PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN 19 NOVEMBER 2014 KERTAS KERJA PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN SESI 2014/2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 21 NOVEMBER 2014 (JUMAAT) TEMPAT KOLEJ DATO’ ONN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MEP KEROHANIAN DAN SIVIK DENGAN KERJASAMA MEP INTEGRASI & PERPADUAN KAUM KOLEJ DATO’ ONN TEMA “PANGGILAN CINTA DARI-NYA”
15
Embed
KOLEJ DATO’ ONN - ifolio.ukm.my · 5.3 Memberi penekanan terhadap praktikal ibadah haji yang merangkumi tawaf, sa’i, melontar dan lain-lain. 5.4 Merapatkan ukhuwah dan silaturrahim
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN
19 NOVEMBER 2014
KERTAS KERJA
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH
KOLEJ DATO’ ONN
SESI 2014/2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
21 NOVEMBER 2014 (JUMAAT)
TEMPAT
KOLEJ DATO’ ONN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
MEP KEROHANIAN DAN SIVIK
DENGAN KERJASAMA
MEP INTEGRASI & PERPADUAN KAUM
KOLEJ DATO’ ONN
TEMA
“PANGGILAN CINTA DARI-NYA”
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN
19 NOVEMBER 2014
KERTAS KERJA
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH
KOLEJ DATO’ ONN
SESI 2014/2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni dan pentadbiran Kolej
Dato’ Onn bagi menganjurkan program Lambaian Kaabah peringkat Kolej Dato’ Onn Sesi
2014/2015.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Program ceramah ilmiah berbentuk kerohanian ini merupakan program tahunan yang dijalankan
oleh pihak kolej. Program LAMBAIAN KAABAH dengan tema “ PANGGILAN CINTA DARI-
NYA” merupakan salah satu program yang dirancang bagi sesi 2014/2015. Pihak kami memilih
untuk melaksanakan program praktikal perlaksanaan ibadah haji kerana bersesuaian dengan
musim haji baru-baru ini.
Melihatkan kepada peredaran zaman yang kian pesat pada masa kini terlalu ramai anak-anak muda
kurang mendapat didikan yang sempurna dari sisi agama sehingga ada di antara mereka yang kini
terlalu jauh daripada asas-asas rukun Islam.Bagi kami ,tiada manusia yang menerima didikan yang
sempurna sedari kecil oleh individu yang bertanggungjawab justeru dengan wujud program
seumpama ini kami yakin terdapat beberapa pengajaran yang tersirat untuk kebaikan semua
peserta.
Pihak kami merasakan terdapat keperluan untuk menganjurkan satu program yang bersifat
keagamaan dan kerohanian bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah dan
amali pelaksanaan haji yang merupakan salah satu daripada rukun islam. Islam didirikan atas lima
dasar, iaitu bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu
utusanNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa dibulan ramadhan dan menunaikan haji
di Baitullah. Ibadat haji merupakan kemuncak rukun Islam seseorang. Perlaksanaannya
merangkumi falsafah empat rukun Islam sebelumnya iaitu syahadah, solat, menahan kesabaran
dan kesediaan berkorban harta. Justeru, perlaksanaannya perlu dihayati dengan sepenuhjiwa agar
mencapai kemabruran yang dihajatkan.
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN
19 NOVEMBER 2014
Diharapkan ceramah penerangan dan amali yang bakal diadakan dapat memberikan impak yang
berguna kepada pelajar supaya dapat mempraktikkan ilmu tentang ibadah haji ini agar pelajar
memahami bukan sekadar teori, malah menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadat mulia
ini.
3.0 MISI
Meningkatkan mutu pengetahuan,keinginan dan keazaman dalam diri para peserta untuk sama-
sama menghayati kehendak rukun Islam yang kelima ini,selain,memberi peserta motivasi supaya
membina nawaitu untuk mengerjakan haji di Tanah suci Mekah ,serta menyebarkan ilmu berkaitan
haji kepada semua pelajar yang masih belum jelas tentangnya.
4.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat :
4.1 Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim
berasaskan rukun-rukun islam yang telah diwajibkan ke atas tiap-tiap muslim itu
terutamanya ibadah haji.
4.2 Melahirkan para pelajar yang sentiasa berkeinginan dan berwawasan tinggi bagi
mencapai sesuatu yang di luar kemampuan.
4.3 Meningkatkan pengetahuan dalam diri pelajar melalui pembelajaran di luar kuliah.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi input-input yang berguna kepada para pelajar berkaitan ibadah haji yang
menjadi kewajipan bagi setiap muslim.
5.2 Pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
5.3 Memberi penekanan terhadap praktikal ibadah haji yang merangkumi tawaf, sa’i,
melontar dan lain-lain.
5.4 Merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara sesama pelajar.
5.5 Menggalakan pelajar supaya menanam keinginan untuk mengerjakan haji suatu
hari nanti.
5.6 Menyedarkan pelajar tentang hikmah ibadah haji yang disyariatkan ke atas setiap
muslim.
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN
19 NOVEMBER 2014
6.0 TEMA
“PANGGILAN CINTA DARI-NYA”
7.0 ANJURAN
MEP Kerohanian Dan Sivik
Kolej Dato’ Onn 2014 /2015
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 21 NOVEMBER 2014 (JUMAAT)
Masa : 2.30 petang – 6.00 petang
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan:
Kafeteria Kolej Dato’ Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.0 PUBLISITI
Program ini terbuka kepada seluruh warga UKM khususnya penghuni Kolej Dato’ Onn. Antara
langkah untuk mempromosikan kempen ini adalah melalui poster,digital box, edaran risalah dan
publisiti maya seperti facebook.
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN
19 NOVEMBER 2014
11.0 CADANGAN PENCERAMAH
1. Ustaz Dr. Abdul Rahman Mahmood
Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Tasawwuf, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : Pelajar Kolej Dato’ Onn(50 orang)
Jumlah urusetia : 20 orang
Jumlah VIP : 9 orang VIP
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 CERAMAH
Antara pengisian ceramah yang akan disampaikan ialah :
a) Menyatakan kewajipan menunaikan fardhu haji bagi orang Islam yang
berkemampuan.
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ DATO’ ONN
19 NOVEMBER 2014
b) Menerangkan sejarah permulaan ibadah haji dan asal usul terjadinya
periwayatan ibadah haji.
c) Memberi pencerahan tentang praktikal ibadah haji yang akan dilakukan
oleh para peserta.
d) Menjawab persoalan peserta mengenai permasalahan dalam mengerjakan
ibadah haji.
15.2 PRAKTIKAL
a) Melakukan sendiri ibadah tawaf yang biasa dilihat di kaca televisyen.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan surat menyurat, sila hubungi: