KERTAS KERJA INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES 2013 (IFOC) TARIKH 1 DISEMBER 2013 TEMPAT KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM ANJURAN BIRO KEBUDAYAAN DAN WARISAN BIRO INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN SIVIK TEMA “ENLIGHTEN CULTURES THROUGH COLOURS” “MENYEMARAKKAN KEBUDAYAAN MELALUI KEPELBAGAIAN”
18
Embed
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM · BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN SIVIK ... diedarkan ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain bagi memberikan infomasi berkenaan program
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES 2013
(IFOC)
TARIKH
1 DISEMBER 2013
TEMPAT
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM
ANJURAN
BIRO KEBUDAYAAN DAN WARISAN
BIRO INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN SIVIK
TEMA
“ENLIGHTEN CULTURES THROUGH COLOURS”
“MENYEMARAKKAN KEBUDAYAAN MELALUI KEPELBAGAIAN”
International Festival Of Cultures (IFOC)
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 Disember 2013
2
KERTAS KERJA
INTERNATIONAL FESTIVAL OF CULTURES (IFOC) 2013
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan memohon kelulusan dan bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar
(JPPel) bagi mengadakan International Festival Of Cultures (IFOC) 2013.
2.0 PENGENALAN
International Festival Of Cultures (IFOC) 2013 diperkenalkan dengan harapan dapat menyemai semangat
kebudayaan dalam diri para mahasiswa. Melalui program ini jawatankuasa menyahut seruan pihak universiti
memperkaya budaya bangsa disamping memupuk semangat muhibbah dalam mewujudkan satu komuniti pelbagai
bangsa yang unggul. Melalui progrm ini juga kepelbagaian budaya dan cara hidup kaum-kaum yang ada di dalam
negara diketengahkan. Disamping itu, dengan penglibatan pelajar antarabangsa dapat mempelbagaikan lagi nilai dan
budaya yang akan dikongsi.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai satu medan untuk mengetengahkan dan mengkomersilkan budaya pelbagai kaum
dan negara dalam usaha pihak kolej dan pihak universiti untuk mewujudkan suasana kampus yang harmoni dalam
kehidupan pelbagai bangsa dan negara serta berlainan budaya.
International Festival Of Cultures (IFOC)
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 Disember 2013
3
4.0 MATLAMAT
Matlamat utama International Festival Of Cultures (IFOC) 2013 ini adalah untuk memperkenal budaya pelbagai
kaum dalam dan luar negara agar warga UKM dapat menambah pengetahuan serta pengalaman tentang budaya kaum
dan negara lain.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memperkenal budaya pelbagai bangsa dan negara di serata dunia.
5.2 Menyuntik nilai komersil dalam usaha mengetengahkan budaya bangsa Malaysia.
5.3 Memartabatkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia melalui penganjuran program berbentuk
kebudayaan dan perpaduan.
5.4 Menggalakkan pembangunan sifat kerjasama dan profesionalisme melalui pelbagai aktiviti yang
dapat membantu pembangunan insaniah mahasiswa/i.
6.0 TEMA
“Enlighten Cultures Through Colours”
7.0 ANJURAN
Biro Kebudayaan Dan Warisan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),
Kolej Aminuddin Baki Sesi 2013/2014,
Biro Integrasi Dan Perpaduan Kaum
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),
Kolej Aminuddin Baki Sesi 2013/2014,
Biro Pembangunan Kerohanian Dan Sivik
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),
Kolej Aminuddin Baki Sesi 2013/2014,
International Festival Of Cultures (IFOC)
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 Disember 2013
4
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh dan masa yang dicadangkan bagi International Festival Of Cultures (IFOC) 2013 ialah :
Tarikh: 1 Disember 2013
Masa: 9.00 Pagi hingga 11.00 Malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan bagi International Festival Of Cultures (IFOC) 2013 ialah :
Dataran K4 Kolej Aminuddin Baki
Foyer Kolej Aminuddin Baki
Taman Siswa Siswi Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
10.0 PUBLISITI
Strategi publisiti adalah dengan menawarkan sekretariat-sekretariat MEP dari kolej-kolej kediaman yang lain untuk
menyertai International Festival Of Cultures (IFOC) 2013. Program ini akan diiklankan melalui banner, flyers dan
poster dalam kampus dan juga kolej-kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahan-bahan publisiti ini turut
diedarkan ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain bagi memberikan infomasi berkenaan program
yang telah dirancang. Taklimat dan promosi untuk menarik minat pelajar di universiti juga bakal dijalankan.
11.0 CADANGAN PERASMI
Prof. Datuk Noor Azlan Ghazali
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa )
Universiti Kebangsaan Malaysia
International Festival Of Cultures (IFOC)
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 Disember 2013
5
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Cadangan penglibatan dalam International Festival Of Cultures (IFOC) 2013 adalah:
12.1 Jumlah peserta = 500 orang
12.2 Wakil daripada Persatuan-persatuan pelajar antarabangsa.
12.3 Wakil daripada kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.4 Wakil daripada fakulti-fakulti di Universiti Kebangsaaan Malaysia.
12.5 Kelab dan persatuan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.6 Semua ahli biro Majlis Eksekutif pelajar (MEP), Kolej Aminuddin Baki.
12.7 Ahli-ahli dari biro MEP kolej-kolej kediaman di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.8 Mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta berdekatan.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Sila rujuk kepada Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk kepada Lampiran B
International Festival Of Cultures (IFOC)
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 Disember 2013
6
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Cadangan slot yang akan dijalankan:
15.1 Majlis Rewang dan Edaran Bubur Lambuk
Peserta akan diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman terlibat dalam kegiatan rewang yang
jarang sekali untuk dipraktikkan di bandar pada masa sekarang. Program rewang yang berasaskan
budaya melayu akan dimulakan aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk untuk diedarkan
secara percuma kepada para peserta dan para pengunjung yang hadir pada hari tersebut setelah tamat
acara sukan rakyat. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Eksekutif dan Biro
Pembangunan Kerohanian Dan Sivik.
15.2 Pameran Kebudayaan Pelbagai Bangsa dan Negara.
Pameran ini bertujuan memberi pendedahan secara umum kepada semua peserta mahupun
pengunjung dalam usaha mengkomersilkan budaya pelbagai bangsa dan negara di serata dunia.
Pameran ini merangkumi kesemua aspek kebudayaan sesuatu kaum dan negara termasuklah dari
segi makanan, perayaan, tarian, busana mahupun amalan sehari-hari. Aktiviti yang disediakan
disetiap ‘booth’ juga akan berperanan dalam membantu para peserta untuk memahami dengan lebih
dekat budaya pelbagai bangsa dan negara ini. Satu slot perkongsian maklumat yang akan
dikendalikan oleh pelajar pertukaran (exchange students) mengenai program mobiliti yang mereka
jalani dan sertai, dalam usaha menarik minat pelajar serta member pendedahan secara umum dan
berkesan mengenai program pertukaran pelajar serta manfaat yang bakal diperoleh daripada program
tersebut. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Eksekutif dan Biro Integrasi Dan Perpaduan
Kaum.
15.3 Acara Sukan Rakyat
Acara sukan juga diselitkan dalam menyemai semangat kesukanan dalam diri para peserta melalui
sukan tradisional yang disediakan. Peserta akan berpecah mengikut kumpulan dan akan bertanding
sesame sendiri dalam acara-acara yang disediakan oleh pihak penganjur. Antara acara yang akan
dipertandingkan ialah :
1. Pertandingan batu seremban .
2. Pertandingan congkak.
International Festival Of Cultures (IFOC)
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
1 Disember 2013
7
3. Pertandingan sepak raga bulatan.
4. Pertandingan tating lawi.
5. Pertandingan galah panjang.
15.4 Malam “Colours of The Night”
Malam ini adalah merupakan malam kemuncak kepada International Festival Of Cultures (IFOC)
2013 yang mana pada malam ini para peserta mahupun pengunjung akan menyaksikan persembahan
kebudayaan pelbagai kaum yang disediakan dalam mana kita untuk mengenali aspek kebudayaan
pelbagai kaum dengan lebih dekat. Pada malam ini juga akan disampaikan penghargaan kepada
pihak yang terlibat dan seterusnya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap
aktiviti yang dijalankan. Program pada malam itu akan diuruskan oleh Eksekutif dan Biro
Kebudayaan Dan Warisan.
16 ANGGARAN BELANJAWAN
16.1 Belanjawan I (Perbelanjaan Am)
16.2 Belanjawan II (Program Bubur Lambuk)
16.3 Belanjawan III (Program Seni Pasir Dan Kolam)
17 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat, sila hubungi: