Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA
Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN:
ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA
& AKAUN KONTRA
2.1 ASET
Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai)
yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada
organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual
semula.
Boleh berbentuk fizikal (aset nyata) dan bukan fizikal (aset
tidak nyata).
Terbahagi kepada dua jenis:
a) Aset Semasa
b) Aset Bukan Semasa
2.1 b) Pengelasan Aset
Aset Semasa Aset Bukan Semasa
Ciri-ciri -Mudah ditukar menjadi wang
tunai (mudah dijual).
-Untuk dijual atau untuk
pembuatan barang.
-Digunakan dalam tempoh satu
tahun atau satu tempoh
perakaunan.
-Tidak mudah ditukar menjadi
wang tunai (sukar dijual).
-Bukan untuk dijual semula.
-Tempoh penggunaan melebihi
setahun atau lebih dari satu
tempoh perakaunan.
Contoh Tunai di tangan
Tunai di bank
Stok barang niaga / stok bahan
mentah
Penghutang
Belanja terdahulu
Hasil terakru
Premis (bangunan)
Tanah
Kenderaan
Perabot
Alatan pejabat
Mesin
Loji
2.2 LIABILITI
Definisi: Merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar
yang perlu dijelaskan. Hutang ini mungkin muncul daripada
urusan pembelian barang niaga, perkhidmatan atau
pinjaman wang.
Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan
(pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi
kemudahan kredit kepada perniagaan.
Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barang
niaga secara kredit dikenali sebagai pemiutang dagangan,
manakala pemiutang yang muncul daripada sebab-sebab
yang lain dikenali sebagai pemiutang bukan dagangan.
2.2 b) Pengelasan Liabiliti
Liabiliti Semasa Liabiliti Bukan Semasa
Ciri-ciri -Hutang perniagaan yang perlu
dijelaskan dalam satu tahun /
satu tempoh perakaunan.
-Hutang perniagaan yang akan
dibayar balik dalam tempoh
melebihi satu tahun / melebihi
satu tempoh perakaunan.
Contoh Pemiutang
Overdraf bank
Pinjaman jangka pendek
Belanja terakru
Hasil terdahulu
Pinjaman bank (jangka panjang)
Gadai janji
2.3 EKUITI PEMILIK
Definisi: Ekuiti pemilik atau modal ialah jumlah pelaburan
atau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia
merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.
Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan
modal ke dalam perniagaan, dia mengharapkan perniagaan
dapat membalas dengan memberi keuntungan kepadanya.
Ekuiti pemilik merangkumi:
Modal asal yang dilaburkan + Keuntungan terkumpul yang
tidak diagihkan
2.3 b) Komponen Ekuiti Pemilik
Ekuiti Pemilik Akan BERTAMBAH
apabila:
Akan BERKURANG
apabila:
1.Pemilik memasukkan modal
tambahan
Pemilik membuat ambilan
2.Perniagaan beroleh
keuntungan
Perniagaan mengalami
kerugian
Nota:
Ambilan bermaksud pemilik mengambil aset perniagaan
(barang atau tunai) untuk kegunaan peribadi.
2.4 Hasil
Definisi: Wang yang diterima atau yang akan diterima
daripada jualan barang atau perkhidmatan.
Hasil mungkin boleh diterima dalam bentuk komisen,
sewa, faedah simpanan, dividen dan lain-lain.
Terbahagi kepada dua jenis:
a) Hasil Kendalian
b) Hasil Bukan Kendalian
2.4 b) Pengelasan Hasil
Hasil Kendalian Hasil Bukan Kendalian
Maksud -Hasil yang diperoleh daripada
aktiviti utama perniagaan.
-Hasil yang diperoleh daripada
aktiviti selain aktiviti utama
perniagaan.
Contoh -Jualan barang niaga (jika
perniagaan menjual barangan)
-Penerimaan daripada
perkhidmatan (jika perniagaan
menyediakan perkhidmatan)
-faedah atas simpanan
-sewa diterima
-dividen pelaburan
-untung daripada jualan aset
bukan semasa terpakai (contoh:
jualan perabot pejabat terpakai)
2.5 Belanja
Definisi: Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akan
dibayar pada masa hadapan (kos pemerolehan barang atau
perkhidmatan) kesan daripada aktiviti pengendalian
perniagaan.
Belanja adalah termasuk kos belian stok, gaji pekerja,
bayaran bil elektrik dan air, insurans kedai dan lain-lain.
Terbahagi kepada dua jenis:
a) Belanja Kendalian
b) Belanja Bukan Kendalian
2.5 b) Pengelasan Belanja
Jenis Kategori Contoh
Belanja
Kendalian
Kos Jualan Belian barang niaga untuk dijual
Angkutan masuk
Duti atas belian
Insurans atas belian
Operasi jualan Gaji & Komisen jurujual
Iklan
Angkutan keluar
Pentadbiran &
Belanja Am
Gaji pengurus
Insurans
Kadar bayaran (belanja elektrik, air, telefon)
Kewangan Faedah atas pinjaman
Hutang lapuk
Belanja
Bukan
Kendalian
Rugi daripada jualan aset bukan semasa
Kecurian
Rugi luar biasa daripada bencana alam dan kebakaran
2.6 Akaun Kontra
Definisi: Akaun yang akan mengurangkan nilai dalamakaun induk. Akaun Kontra memberikan nilai bersih bagiakaun-akaun induk tersebut.
Pengelasan Akaun Kontra:
Akaun Kontra Akaun Induk (yang dikurangkan nilai)
-Susut Nilai Terkumpul -Akaun Bukan Semasa
-Peruntukan Hutang Ragu -Penghutang
-Pulangan Jualan -Jualan
-Pulangan Belian -Belian
-Diskaun Diberi -Jualan
-Diskaun Diterima -Belian
-Ambilan -Modal
2.7 Carta Akaun
Definisi: Carta akaun adalah satu senarai tajuk dannombor akaun secara sistematik yang digunakan dalamsistem perakaunan berkomputer.
Pengelasan akaun dibuat mengikut jenis akaun sepertikategori aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dankontra.
Biasanya, carta akaun disusun mengikut tertib akaun-akauntersebut muncul di dalam penyata kewangan, akaun-akaunPenyata Pendapatan diikuti akaun-akaun Kunci Kira-kira.
Kod untuk carta akaun boleh menggunakan nombor atauabjad sahaja (aplhabetical atau numeric), atau gabungankedua-duanya (alpha-numeric).
2.7 Carta Akaun (sambungan)
Contoh: Akaun-akaun kategori aset mungkin dikelaskan
menggunakan kod 1000.
Kod Item
1000
1001
1002
1003
1004
Aset
Tunai
Bank
Kenderaan
Penghutang
Penerangan: Dalam contoh ini, Kod 1000
digunakan untuk mewakili akaun-akaun
jenis Aset di dalam sistem perakaunan.
Jika akaun aset baru hendak ditambah di
dalam sistem, kod akaun tersebut mesti
diletakkan sebagai 1xxx (bermula
dengan nombor 1). Kod 1000 tidak
digunakan untuk akaun aset sebenar,
hanya untuk mewakili kategori aset.
2.7 b) Fungsi Carta Akaun
Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan
bagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara
konsisten.
Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk
menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumat
tambahan kepada akaun yang ditambah.
Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah
perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.
2.7 c) Penyediaan Carta Akaun
1. Kenalpasti semua akaun berdasarkan urus niaga.
2. Bandingkan senarai akaun yang dibuat dengan senarai
akaun seperti di dalam perisian perakaunan.
3. Semak semula nama akaun, klasifikasi akaun serta
maklumat tambahan lain.
4. Masukkan maklumat carta akaun ke dalam sistem
perisian perakaunan
2.7 d) Inventori
Definisi: Juga dikenali sebagai stok, inventori merujuk
kepada semua item yang menjadi barang niaga bagi
sesebuah perniagaan.
Bagi perniagaan menjual barang, inventori terdiri daripada
barang siap yang dibeli untuk dijual semula.
Bagi perniagaan pembuatan barang, inventori terdiri
daripada inventori bahan mentah, inventori kerja dalam
proses dan inventori barang siap.
Sistem penilaian inventori:
a) Sistem Inventori Berkala
b) Sistem Inventori Berterusan
a) Sistem Inventori Berkala
Tiada rekod terperinci disimpan mengikut sistem ini bagi
mengesan semua inventori yang diterima atau yang
dikeluarkan.
Pengiraan fizikal (mengira inventori satu per satu) dibuat
untuk menentukan nilai dan kuantiti inventori akhir
(inventori yang masih dalam simpanan).
Biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit. Juga
digunakan di kebanyakan koperasi sekolah.
b) Sistem Inventori Berterusan
Rekod yang terperinci disimpan bagi mengesan
pergerakan inventori yang diterima dan juga yang
dikeluarkan.
Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok digunakan
untuk merekod pergerakan inventori.
Kelebihan sistem ini ialah kuantiti dan nilai inventori dapat
diperolehi pada bila-bila masa dengan merujuk kepada
Buku Rekod Inventori.
2.8 Persamaan Perakaunan
Ingat kembali!
Aset: Sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah
organisasi perniagaan.
Liabiliti: Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu
dijelaskan.
Ekuiti Pemilik:Tuntutan pemilik terhadap aset
perniagaan (modal yang dilaburkan pemilik).
Bagaimanakah perhubungan ketiga-tiga item dia atas
dihubungkan di dalam perakaunan?
2.8 a) Persamaan Perakaunan (tanpa hasil
dan belanja).
Pemilikan aset oleh sesebuah organisasi perniagaan boleh
dibiayai sama ada oleh pihak luar (liabiliti) atau pemilik
(ekuiti pemilik). Perkaitan ini ditunjukkan di dalam
persamaan perakaunan seperti di bawah:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Semua aset
yang dimiliki
oleh
perniagaan
Sumber pembiayaan
bagi pemilikan aset
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Persamaan ini bermula pada RM0 pada kedua-dua belah
persamaan, iaitu sebelum perniagaan dimulakan.
Persamaan perakaunan ketika ini adalah seperti berikut;
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
RM0 = RM0
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan denganmemasukkan modal RM10 000.
Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Analisis: Perniagaan menerima tunai (aset) yang dibawa masuk oleh pemilik. Jadi asetbertambah RM10 000 dan modal juga bertambah RM10 000. Liabiliti pada ketika initidak menerima kesan.
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Modal
1. +RM10 000 +RM10 000
b/b RM10 000 = RM10 000
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM5 000
daripada Bank Bumiputeri.
Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Analisis: Perniagaan menerima tunai daripada pinjaman bank. Jadi aset bertambah
RM5000 dan liabiliti (perniagaan berhutang dengan bank) juga bertambah RM5000.
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Pinjaman Modal
1. +RM10 000 +RM10 000
2. +RM5 000 +RM5 000
b/b RM15 000 = RM5 000 + RM10 000
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai
RM3000.
Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Analisis: Pembelian perabot (aset) dibiayai oleh aset yang lain (tunai). Jadi kesan
urusniaga hanya berlaku disebelah aset sahaja, dan keseimbangan dikekalkan.
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Perabot Pinjaman Modal
1. +RM10 000 +RM10 000
2. +RM5 000 +RM5 000
3. -RM3 000 +RM3000
b/b RM12 000 RM3 000 = RM5 000 + RM10 000
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000 secara kredit.
Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Analisis: Perniagaan membeli kenderaan dan dibiayai oleh pemiutang. Jadi, asetbertambah RM16000 dan liabiliti (pemiutang) bertambah RM16000.
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Perabot Van Pinjaman Pemiutang Modal
1. +RM10 000 +RM10000
2. +RM5 000 +RM5000
3. -RM3 000 +RM3000
4. +RM16000 +RM16000
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 = RM5 000 RM16 000 + RM10 000
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai
RM2500 ke dalam perniagaan.
Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Analisis: Sebarang aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan direkod
sebagai modal tambahan. Jadi, perniagaan akan mengalami peningkatan aset dan juga
modal pada nilai RM2 500.
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Pinjaman Pemiutang Modal
1. +RM10 000 +RM10000
2. +RM5 000 +RM5000
3. -RM3 000 +RM3000
4. +RM16000 +RM16000
5. +RM2500 +RM2500
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 = RM5 000 RM16 000 + RM12500
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500
secara kredit.
Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah:
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal
1. +RM10 000 +RM10000
2. +RM5 000 +RM5000
3. -RM3 000 +RM3000
4. +RM16000 +RM16000
5. +RM2500 +RM2500
6. +RM6500 +RM6500
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan
mengambil kira hasil dan belanja).
Anda telah mempelajari persamaan perakaunan yang asas:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Anda juga telah mempelajari bahawa Ekuiti Pemilik akan
meningkat apabila perniagaan memperoleh keuntungan.
Persamaan perakaunan akan dikembangkan menjadi:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung
Anda juga telah mempelajari cara pengiraan untung yang asas
iaitu hasil tolak belanja. Masukkan ke dalam persamaan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja
Sekarang, persamaan perakaunan juga akan menerima
kesan akibat perubahan kepada hasil dan juga belanja.
Menyambung contoh yang sebelum ini, kita akan melihat
kesan urusniaga yang melibatkan hasil dan belanja ke atas
persamaan perakaunan.
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan
mengambil kira hasil dan belanja).
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan
mengambil kira hasil dan belanja).
Imbas kembali, baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
dalam contoh sebelum ini:
Apabila melibatkan hasil dan belanja, satu lajur baru
(hasil/belanja) perlu ditambah.
Aset = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /
Belanja
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan
mengambil kira hasil dan belanja).
Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga berkos
RM700 pada harga RM850 secara tunai.
Analisis: Perniagaan menjual inventori, jadi inventori berkurang pada harga kos
(RM700). Tunai bertambah RM850, iaitu pada harga jualan. Perbezaan antara harga
jualan dan kos (positif RM150) adalah untung
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /
Belanja
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500
7. + RM850 - RM700 +RM150
b/bRM12850 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500 RM150
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan
mengambil kira hasil dan belanja).
Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900
secara tunai.
Analisis: Sewa yang dibayar merupakan belanja kendalian. Ia akan dimasukkan sebagai
nombor negatif (- RM900) di dalam lajur hasil / belanja. Tunai juga akan berkurangan
pada nilai yang sama.
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /
Belanja
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500
7. + RM850 - RM700 +RM150
8. - RM900 - RM900
b/bRM11950 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM22 500 + RM12500 - RM750
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan
mengambil kira hasil dan belanja).
Urusniaga 9: Membayar pemiutang RM2250 dan menerima
diskaun RM250.
Analisis: Aset tunai akan berkurang RM2250, diskaun diiktiraf sebagai hasil RM250
dan pemiutang berkurang pada nilai RM2500 (RM2250+RM250)
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Tunai Perabot Van Komputer Inventori Pinjaman Pemiutang Modal Hasil /
Belanja
b/b RM12 000 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM6500 = RM5 000 RM22 500 + RM12500
7. + RM850 - RM700 +RM150
8. - RM900 - RM900
9. - RM2250 - RM2500 + RM250
b/bRM 9700 RM3 000 RM16 000 RM2500 RM5800 = RM5 000 RM20000 + RM12500 - RM500
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan
memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua
akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun
dikreditkan.
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Akaun
DEBIT
Akaun-akaun
KREDIT
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Pengenalan kepada debit dan kredit.
Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan).
Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’.
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’:
Nama Akaun
Debit
Catatan di sebelah kiri akaun
Kredit
Catatan di sebelah kanan akaun
Akaun aset, yang mewakili sumber-
sumber yang digunakan oleh
perniagaan, merupakan akaun debit.
Peningkatan baki dalam akaun
tersebut dibuat melalui catatan di
sebelah debit, manakala pengurangan
baki dibuat melalui catatan di sebelah
kredit.
Akaun liabiliti dan ekuiti pemilik
yang mewakili sumber-sumber dana
bagi perniagaan, merupakan akaun
kredit.
Peningkatan baki dalam akaun
tersebut dibuat melalui catatan di
sebelah kredit, manakala
pengurangan baki dibuat melalui
catatan di sebelah debit.
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:
Debit = Kredit
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Peningkatan – Debit
Pengurangan – Kredit
Peningkatan – Kredit
Pengurangan – DebitAset bukan semasa
- kenderaan
- bangunan
- perabot
- alatan pejabat
Liabiliti bukan semasa
- pinjaman bank
- gadai janji
- modal
- modal tambahan
Aset semasa
- tunai & bank
- penghutang
- stok
- belanja terdahulu
- hasil terakru
Liabiliti semasa
- pemiutang
- overdraf bank
- belanja terakru
- hasil terdahulu
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatanbergu, adalah penting untuk anda:
a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat.
b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama adaianya aset, liabiliti & ekuiti pemilik.
c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atasakaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan bakiatau pengurangan baki), dan rekodkan sama ada debit atau kredit.
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Contoh Perekodan:
Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan
memasukkan modal RM10 000 ke dalam bank.
Analisis urusniaga:
- Aset (bank) meningkat – akaun didebitkan.
- Ekuiti Pemilik (modal) meningkat – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Bank
Modal
(memulakan perniagaan)
10 000
10 000
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Contoh Perekodan:
Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM10 000
daripada Bank Bumiputeri.
Analisis urusniaga:
- Aset (tunai) meningkat – akaun didebitkan.
- Liabiliti (pinjaman) meningkat – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Tunai
Pinjaman(membuat pinjaman bank)
10 000
10 000
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Contoh Perekodan:
Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai
RM3000.
Analisis urusniaga:
- Aset (perabot) meningkat – akaun didebitkan.
- Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Perabot
Tunai(beli perabot secara tunai)
3 000
3 000
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Contoh Perekodan:
Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000
secara kredit daripada Chong Motors.
Analisis urusniaga:
- Aset (kenderaan) meningkat – akaun didebitkan.
- Liabiliti (pemiutang) meningkat – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Kenderaan
Chong Motors(beli van secara kredit)
16 000
16 000
2.9 Sistem Catatan Bergu
(tanpa hasil dan belanja)
Contoh Perekodan:
Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer
bernilai RM2500 ke dalam perniagaan.
Analisis urusniaga:
- Aset (alatan pejabat) bertambah – akaun didebitkan.
- Ekuiti pemilik (modal) bertambah – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Alatan pejabat
Modal(pemilik membawa masuk
komputer)
2 500
2 500
2.9 Sistem Catatan Bergu
(dengan hasil dan belanja)
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih
Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja
Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:
Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil
Akaun-akaun
DEBIT
Akaun-akaun
KREDIT
2.9 Sistem Catatan Bergu
(dengan hasil dan belanja)
Debit = Kredit
Aset + Belanja = Liabiliti +Ekuiti
Pemilik+ Hasil
Peningkatan – Debit
Pengurangan – Kredit
Peningkatan – Kredit
Pengurangan – Debit
Aset bukan
semasa
- kenderaan
- bangunan
- perabot
- alatan pejabat
Belanja
kendalian dan
bukan
kendalian.
- belian
- sewa dibayar
- gaji & upah
- dan lain-lain
Liabiliti
bukan semasa
- pinjaman bank
- gadai janji
- modal
- modal
tambahan
Hasil
kendalian dan
bukan
kendalian
- jualan
- hasil
perkhidmatan
- sewa diterima
- komisen
diterima
- dan lain-lain
Aset semasa
- tunai & bank
- penghutang
- stok
- belanja
terdahulu
- hasil terakru
Kontra
kepada ekuiti
- ambilan
Liabiliti
semasa
- pemiutang
- overdraf bank
- belanja
terakru
- hasil
terdahulu
2.9 Sistem Catatan Bergu
(dengan hasil dan belanja)
Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai
RM6500 secara kredit daripada Aneka Mart.Catatan: Menggunakan sistem catatan bergu, pembelian inventori barang niaga akan
direkodkan ke Akaun Belian (sebagai belanja), bukannya ke dalam akaun inventori seperti
dipelajari sebelum ini.
Analisis urusniaga:
-Kos inventori (belian) meningkat – akaun didebitkan.
-Liabiliti (pemiutang) meningkat – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Belian
Aneka Mart(belian barang niaga secara
kredit)
6 500
6 500
2.9 Sistem Catatan Bergu
(dengan hasil dan belanja)
Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga pada harga
RM1000 kepada Kedai Talib.Catatan: Jualan inventori barang niaga akan direkod ke Akaun Jualan sebagai hasil (kos
tambah tokokan), bukannya sebagai pengurangan dalam inventori seperti dipelajari sebelum
ini.
Analisis urusniaga:
-Aset (penghutang) meningkat – akaun didebitkan.
-Hasil (jualan) meningkat – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Kedai Talib
Jualan(jualan barang niaga secara
kredit)
1 000
1 000
2.9 Sistem Catatan Bergu
(dengan hasil dan belanja)
Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900
secara tunai.
Analisis urusniaga:
-Belanja (sewa) meningkat – akaun didebitkan.
-Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Sewa
Tunai(bayar sewa kedai)
900
900
2.9 Sistem Catatan Bergu
(dengan hasil dan belanja)
Urusniaga 9: Membayar penuh hutang kepada Aneka
Mart secara tunai dan menerima diskaun tunai RM500.
Analisis urusniaga:
-Liabiliti (pemiutang) berkurang – akaun didebitkan.
-Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.
-Hasil (diskaun) bertambah – akaun dikreditkan.
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
Aneka Mart
Tunai
Diskaun diterima(menjelaskan hutang kepada
Aneka Mart)
6 500
6 000
500