PENGENALAN SEPAK TAKRAW Sepak takraw ialah permainan gelanggang yang boleh dimainkan di dalam dan di luar dewan. Nama sepak takraw ialah gabungan daripada bahasa Melayu dan bahasa Thailand.Sepak bermasuk tendang manakala takraw bermaksud bola dalam bahasa Thailand.Setiap pasukan atau regu mempunyai tiga orang pemain. Pemain-pemain tersebut dikenali sebagai tekong, apit kiri dan apit kanan. Permainan bermula apabila apit kiri atau apit kananmelambung bola kepada tekong untuk memulakan servis. Apit kiri atau apit kanan juga boleh menjadi feeder atau killer bagi sesuatu regu. Pemilihan feeder bergantung pada keupayaan seseorag pemain mengawal dan mengumpan bola kepada killer. Manakala pemilihan killer pula bergantung pada keupayaan seseorang melakukan rejaman ke gelanggang dengan pelbagai variasi.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
SEPAK TAKRAW
Sepak takraw ialah permainan gelanggang yang boleh dimainkan di dalam dan
di luar dewan. Nama sepak takraw ialah gabungan daripada bahasa Melayu dan
bahasa Thailand.Sepak bermasuk tendang manakala takraw bermaksud bola dalam
bahasa Thailand.Setiap pasukan atau regu mempunyai tiga orang pemain. Pemain-
pemain tersebut dikenali sebagai tekong, apit kiri dan apit kanan. Permainan bermula
apabila apit kiri atau apit kananmelambung bola kepada tekong untuk memulakan
servis. Apit kiri atau apit kanan juga boleh menjadi feeder atau killer bagi sesuatu regu.
Pemilihan feeder bergantung pada keupayaan seseorag pemain mengawal dan
mengumpan bola kepada killer. Manakala pemilihan killer pula bergantung pada
keupayaan seseorang melakukan rejaman ke gelanggang dengan pelbagai variasi.
KEMAHIRAN
KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW
Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dipelajari untuk menguasai permainan sepak takraw. Antaranya ialah :-
a) Melambung bola
b) Servis
c) Mengumpan bola
d) Menanduk bola
e) Merejam bola
f) Menghadang bola
a) Kemahiran melambung bola
Servis dimulakan dengan lambungan bole oleh apit kepada tekong. Apit yang
melakukan lambungan perlulah mengetahui kedudukan bola yang dikehendaki oleh
tekong. Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola,
membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak. Teknik lakunya adalah seperti yang
berikut :
Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong.
Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan
lambungan
Luruskan lutut semasa bola dilepaskan.
b) Kemahiran servis
Servis ialah sepakan yang dilakukan oleh tekong untuk memulakan permainan.
Kemampuan tekong membuat servis deras, kuat dan pelbagai variasi memberi
kelebihan kepada sesebuah pasukan untuk mendapatkan mata. Servis yang
mengelirukan membolehkan pasukan memperoleh mata dalam masa yang cepat.
Terdapat banyak cara sepak mula dalam permainan sepak takraw seperti sepak sila,
sepak cangkuk, sepak kuda dan sepak telapak.
Servis yang kencang dan pantas adalah sepak mula yang dilakukan oleh tekong
dengan sentuhan bola seberapa tinggi yang mungkin oleh kaki utama tekong. Dalam
pelaksanaan servis ini terdapat tiga fasa yang perlu dilakukan oleh tekong iaitu diri
sedia, lakukan dan ikut lajak. Pelaksanaan servis adalah berikut :
Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
Dalam posisi sedia, tokong akan menjengketkan kaki kanannya sebelum
melakukan ayunan.
Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki.
Ikut lajak.
Kembali ke dalam keadaan bersedia untuk menerima hantaran balas
pihak lawan.
c) Kemahiran mengumpan bola
Pemain akan menggunakan kemahiran sepak sila untuk mengawal dan
menimang bola bagi melakukan umpanan. Umpanan yang kemas dan tepat boleh
membantu killer membuat rejaman yang tajam. Dalam melaksanakan kemahiran ini,
tiga fasa yang terlibat iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
Teknik ini adalah seperti berikut :
Bersedia untuk mengawal bola.
Bengkokkan lutut kiri bagi mendapatkan kestabilan.
Gunakan sepak sila untuk melakukan umpanan.
Imbangkan badan dengan lengan.
d) Kemahiran menanduk bola
Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar,
mengumpan, mengawal dan merejam bola. Umpanan dengan kepala akan
menggunakan teknik berikut :
Dongkakkan muka
Gunakan dahi untuk menolak bola ke atas
e) Kemahiran merejam bola
Merejam bola ialah sepakan kencang yang dibuat bagi mematikan bola. Pelbagai
jenis rejaman boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman sisi dan rejaman
menapak. Untuk menguasai ketiga-tiga rejaman ini, kita mestilah mempunyai fleksibiliti,
kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi. Terdapat tiga fasa dalam membuat
rejaman iaitu diri sedia, lompatan dan kontak. Teknik melakukan rejaman sisi adalah
seperti yang berikut :
Diri sedia
Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola.
Lonjakkan kaki kanan dan gunakan bahagian luar kaki untuk rejaman.
f) Kemahiran menghadang bola
Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat
oleh pihak lawan ditangkis. Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
Dalam kemahiran ini terdapat tiga fasa utama iaitu diri sedia, lompatan dan hadangan.
Teknik menghadang dengan kaki adalah seperti yang berikut :
Diri sedia.
Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring.
Semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin luas kawasan
hadangannya.
Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang
direjam.
Faul jika menghadang dengan tangan.
Kemahiran Otot terlibat Tulang terlibat
Melambung bola Tricep
Deltoid
Quadriceps
Scapula
Trapezius
Humerus
Ulna
Klavikel
Pelvik
Patella
Servis Quadriceps
Rectus femoris
Sartorius
Pelvik
Patella
Femur
Tibia
Fibula
Mengumpan bola Adductor
Quadriceps
Rectus femoris
Pelvik
Patella
Menanduk bola Sternocleidomastoid Hioid, Laring, Mandibula
Merejam bola Hip adductor
Hip flexor
Gluteus medius
External oblique
Soleus
Gastrocnemius
Pelvik
Distal Femur
Patella
Tibia
Fibula
Archilles tendon
Menghadang bola Adductor
Hip flexor
Gluteus medius
External oblique
Pelvik
Tibia
Fibula
OTOT & TULANG
SISTEM SARAF
Dari segi saraf pusat, otak memainkan peranan penting semasa bermain permainan sepak takraw ini. Berikut adalah bahagian otak dan tindakannya semasa seseorang murid bermain permainan sepak takraw.
Bahagian Otak Tindakan Korteks Serebrum Kawasan motor dan asosiasi yg terdapat dalam bahagian
otak ini berfungsi mengawal atur pergerakan otot seperti proses pengecutan dan pengembangan otot semasa permainan.
Serebelum Membantu pergerakan separa sedar yang penting dalam koordinasi dan penetapan badan ketika bermain dan keseimbangan tubuh ketika melompat untuk merejam bola.
Medulla Oblongata Membantu mengawal kadar respirasi dengan memastikan penyaluran oksigen dan tenaga semasa bermain.
Pons Bertindak bersama medulla oblongata dan membantu mengawal pernafasan.
Sistem saraf
Saraf pusat
Otak
Saraf periferi
Saraf refleksi
Saraf somatik
1.2. Sistem saraf yang terlibat semasa dalam permainan sepak takraw
Saraf refleksi yang juga dikenali sebagai saraf motor bertindak untuk menghantar
rangsangan dari pusat ke efektor seperti otot untuk bertindak mengikut rangsangan
yang diterima. Contohnya, mata pemain melihat arah bola melambung dan rangsangan
dari mata dihantar sebagai maklumat ke saraf pusat memproses maklumat tersebut.
maklumat yang terproses akan dihantar melalui eferon ke efektor yang terdiri daripada
otot untuk menyambut bola tersebut.
Saraf somatik pula bertindak dengan mengawal otot voluntari iaitu otot rangka
manusia. Setelah menerima rangsangan melalui sensori deria, otot voluntari ini akan
mula bertindak dengan berlari atau melompat untuk menyambut bola yang dilambung.
Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat
dari sistem saraf pusat ke otot rangka.
Laluan saraf yang mengambil rangsangan dari afektor dan memproses maklumat di
otak seterusnya menghantar impuls tindakan melalui efektor.
BIOMEKANIK Biomekanik dalam sukan dapat didefinisikan sebagai satu analisis kesan daya
dalam kajian aspek anatomi dan aplikasi prinsip-prinsip mekanik dalam kajian benda
hidup. Salah satu aspek dalam biomekanik yang mengkaji pergerakan manusia ialah
kinesiologi. Bidang ini bermatlamat untuk menjelaskan pergerakan untuk meningkatkan
prestasi dan meningkatkan kompetensi terhadap teknik perlakuan. Apabila mengkaji
perlakuan seseorang pemain sepak takraw dua aspek boleh dititikberatkan iaitu inersia
dan daya yang menghubungkaitkan hukum newton yang ketiga iaitu.
INERTIA
Inertia dapat ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu objek untuk mengekalkan
keadaan asalnya sama ada pegun atau gerakkannya. Konsep inertia adalah daya yang
diperlukan untuk menggerakkan sesuatu objek mestilah lebih besar daripada daya
rintangan objek tersebut dan salah satu cara untuk menentang rintangan tersebut ialah
dengan menghentingkan atau menukarkan halaju pergerakan objek tersebut. Selaras
dengan prinsip permainan sepak takraw, di mana bola yang diterima dari pihak lawan
harus ditukarkan ke halaju berbeza dengan servis bola yang datang ke arah dengan
cara merejam dan mematikan bola tersebut di gelanggang lawan. Servis yang deras
akan mengenakan inertia yang kuat terhadap bola dan menukar haluan justeru
mematikan bola serta-merta apabila terkena lantai.
HUKUM NEWTON KETIGA
Apabila kita berlari, kaki kita akan mengenakan daya atas lantai dan lantai akan
bertindak balas dalam keadaan yang sama tetapi bertentangan arah. Hal ini dapat
diaplikasikan ketika melompat untuk menghadang bola. Di fasa lompatan, kedudukan
pemain akan berubah. Apabila pemain menghayun kaki ke atas, daya aksi dikenakan
pada bahagian badan yang lain. Bahagian badan yang lain pula dikenakan daya reaksi
yang sama pada magnitud yang berlawanan arah dengan daya aksi kepada kaki iaitu
ke bawah. Ini menyebabkan bahagian badan lain bergerak ke atas dan membantu
dalam lonjakan 0.5 m ke atas semasa penghadangan bola dan membolehkan pemain
menggunakan kaki untuk menghadang bola yang direjam. Aspek daya dari segi hukum
newton ketiga penting dalam permainan sepak takraw ini terutamnya apabila
melonjakkan badan tinggi semasa penghadangan kerana lompatan yang tinggi
memastikan luasnya kawasan hadangan yang memudahkan penghadangan bola.
REFLEKSIPenulisan refleksi ini menandakan bahawa tugasan pendek PJM ini sudah
disempurnakan. Kerja kursus pendek PJM ini menghendaki kami untuk memilih satu
kemahiran sama ada acar permainan atau olahraga dan membuat satu kajian
biomekanik dari aspek fasa perlakuan untuk mengkaji pergerakan, bahagian otot dan
tulang yang terlibat semasa tindakan serta tindakan saraf atau respirasi semasa
tindakan bermain.
Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa ia kelihatan agak
sukar untuk mengkaji setiap struktur tulang dan otot serta aspek biomekanik yang
berasaskan fizik. Saya membuat rujukan dari pelbagai sumber rujukan untuk meastikan
maklumat yang dikumpul adalah tepat dan merangkumi semua aspek yang tugasan
hendaki. Petunjuk dari pensyarah pembimbing, En. Roslan membantu sedikit sebanyak
untuk mencari apa yang diperlukan unutk kerja kursus ini. Kerana diberi kebebasan
untuk menentukan format tugasan ini dihasilkan, saya berasa agak lega dan membuat
keputusan untuk menjadualkan semua maklumat yang dikumpul supaya memudahkan
proses penyemakan.
Menerusi tugasan ini, saya mempelajari beberapa perkara asas yang perlu diketahui
oleh seorang guru pendidikan jasmani. Semasa mengendalikan sesebuah kemahiran
berasaskan permainan atau olahraga, kita perlu mengenal pasti cara permainan
terlebih dahulu. Seterusnya ialah fungsi permainan tersebut di mana kita harus
mengetahui jenis kecergasan manakah yang akan diutamakan sama ada daya tahan
kardiovaskular, atau kekuatan mahupun daya tahan otot. Pengetahuan dapat
membantu untuk merangka senaman yang betul dan yang diperlukan untuk fizikal
setiap murid-murid kita. Untuk murid yang perlu memantapkan daya tahan
kardiovaskular, latihan berenang dapat dijalankan manakala bagimurid yang daya tahan
kardivaskularnya sudah mantap tetapi kekuatan perlu dititkberatkan, dia diberi latihan
mengangkat berat. Aktiviti yang sesuai dapat dirangka mengikut tahap kecergasan
pelajar sekiranya kemahiran seperti ini ada pada seseorang guru pendidikan jasmani.
Seterusnya, saya juga mempelajari kemahiran dan teknik baru tentang
permainan yang saya pilih iaitu sepak takraw. Sekiranya sebelum ini saya hanya kenal
sepak takraw berdasarkan namanya, kini saya mampu menghuraikan teknik permainan
yang betul beserta peraturan dan undan-undang permainan ini. Ilmu pengiraan mata
juga saya dapat pelajari dan saya percaya ini akan memudahkan saya apabila murid-
murid saya bermain dan saya mengadili permainan mereka. Pengenalan dengan teknik
ini juga memberi saya idea untuk memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada dengan
teknik yangbaru agar permainan menjadi lebih efisien selain mempelajari cara memberi
aktiviti latiohan yang sesuai untuk pemain sepak takraw.
Selain itu, pengkajian biomekanik yang meliputi daya dan halaju juga memberi
saya pengetahuan baru tentang pengaplikasian aspek-aspek tersebut dalam
permainan. Contohnya, apabila saya mengkaji aspek daya yang mengaitkan permainan
takraw ini, saya mengetahui bahawa setiap aksi mempunyai reaksi yang berlawanan
dengan arah aksi. Maka, saya dapat mengajar anak murid saya untuk mengenakan
daya aksi yang bersesuaian terhadap bola supaya dapat reaksi yang diingini semasa
bermain kelak.
Secara keseluruhannya, saya mendapat pengajaran yang baru terutamnya
berkenaan sepak takraw hasil daripada pelaksanaan tugasan ini. Selain memantapkan
lagi ingatan saya berkaitan nama dan lokasi otot dan tulang dalam tubuh badan yang
akan dipersoalkan dalam peperiksaan nanti, saya juga dapat memikirkan cara-cara
baru yang boleh meningkatkan lagi keefisienan permainan ini. Dengan ini saya
berharap agar lebih banyak tugasan yang mencabar minda seperti ini dihasilkan
sebagai peluang kepada guru pelatih untuk menerokai perkara baru.
Sekian.
BIBLIOGRAFI
SUMBER BUKU
Daniel Chiras . (2011). Human Biology. Jones & Bartlett Learning
Slonane, E. (2003). Anatomi dan Fisiologi:An Easy Leaner. Jakarta: ECG.
Idris bin Mohamad, S. B. (2010). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tingkatan 1. DBP & KPM.
Michael Kent. (2000). Advanced Biology. London. Oxford University Press.
Sally, A. M. (2003). Reka Bentuk Dalam Sains: Pergerakan. DBP.
Shamsudin Bin Mohd. Sharif, S. B. (2009). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan Tingkatan 4. DBP & KPM.
SUMBER INTERNET
Docstoc.com. (n.d.). Retrieved Mac 2013, from Docstoc.com: