REKREASI KE ULU YAM, SELANGOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN TARIKH: 7- 9 SEPTEMBER 2012 TEMPAT: ULU YAM, SELANGOR ANJURAN: UNIT PENDIDIKAN JASMANI (PPISMP SEM3) DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 1
kerja kursus pendek tentang program rekreasi daripada pelajar IPG Kampus Raja Melewar
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
REKREASI KE ULU YAM, SELANGOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TARIKH:
7- 9 SEPTEMBER 2012
TEMPAT:
ULU YAM, SELANGOR
ANJURAN:
UNIT PENDIDIKAN JASMANI (PPISMP SEM3)
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
REKREASI KE ULU YAM, SELANGOR
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENGENALAN
Mengikut kamus, rekreasi merupakan kegiatan yang menyeronokkan dan boleh menyegarkan
kembali kesihatan dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan melakukan aktiviti
yang dapat menghiburkan hati. Rekreasi juga melibatkan sukan dan konsep utama sukan
rekreasi adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Oleh itu, unit
Pendidikan Jasmani PPISMP Semester 3 merancang mengadakan program rekreasi di Ulu
Yam, Selangor bagi guru pelatih yang mengambil Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akademik
1. Seramai 117 guru pelatih telah terlibat dalam program rekreasi kali ini.
2.0 RASIONAL
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru
Malaysia untuk melahirkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus yang berkualiti
di samping mempunyai pengalaman yang luas sebagai persediaan dalam mendukung
profesionalisme perguruan. Penglibatan guru-guru pelatih dalam pelbagai kegiatan berfaedah
sepanjang tempoh kursus selain kuliah-kuliah wajib adalah diharapkan dapat membantu
mencapai hasrat ini.
Sehubungan itu, unit Pendidikan Jasmani PPISMP Semester 3 mengadakan program rekreasi
untuk memberi peluang kepada guru pelatih yang mengambil Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan akademik 1 untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu. Melalui
program tersebut, guru-guru pelatih dapat membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti
berdikari, berani dan yakin.
3.0 MATLAMAT
2
Sebagai keperluan dalam sukatan pelajaran PPISMP Semester 3 Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan akademik 1.
4.0 OBJEKTIF
1.1 Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang
lain.
1.2 Melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan risiko dalam
kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik.
1.3 Membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial
yang sihat serta melahiran guru yang berpengetahuan luas,
berdisiplin dan bersatu padu.
1.4 Meningkatkan kecergasan guru pelatih.
1.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru – guru pelatih.
5.0 TARIKH
7-9 September 2012
6.0 MASA
3 hari 2 malam ( aktiviti melibatkan siang dan malam )
7.0 TEMPAT
Ulu Yam, Selangor
8.0 ANJURAN
3
PPISMP Semester 3 Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
9.0 PENYERTAAN
Semua guru pelatih PPISMP Semester 3 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan akademik 1
10.0 SEKRETARIAT PELAKSANA
Rujuk Lampiran A
11.0 TUGAS SEKRETARIAT PELAKSANA
Rujuk Lampiran B
12.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C
13.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
14.0 SENARAI NAMA PESERTA
Rujuk Lampiran E
15.0 HARAPAN
Pelaksanaan program rekreasi ini diharap dapat melahirkan insan yang bersedia
berdepan dengan risiko dalam kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik.
Diharapkan agar usaha mengadakan program rekreasi seperti ini dapat membina dan
mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan guru
4
yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.
Disediakan oleh,
(YAP PEI WOON)Setiausaha Program RekreasiIPG Kampus Raja Melewar Seremban
Disemak oleh,
(NOR AMIRUL AKMAL BIN HISHAM)Pengurus Program RekreasiIPG Kampus Raja MelewarSeremban
Diluluskan oleh,
(DARINDA BINTI ASARI)Ketua Jabatan Pendidikan JasmaniInstitut Pendidikan GuruKampus Raja MelewarSeremban.
Lampiran A
5
JAWATANKUASA PENGELOLA
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pn Darinda binti Asari (Ketua Jabatan PJ)
Penasihat I : Tuan Haji Abd Halim bin Md Salleh
Penasihat II : En Jalil bin Osman
Pengurus Rekreasi : Sdr Nor Amirul Akmal bin Hisham
Penolong P. Rekreasi : Sdri Rizza binti Ab. Rashed