INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000, JITRA, KEDAH DARUL AMAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP) JABATAN PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU (PKB 3103) NAMA: MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI K/P:901018-11-5091 KUMP. KULIAH: PISMP PEN.KHAS (PJ),BI,BM AMBILAN: JANUARI 2010 NAMA PENSYARAH:PN. HARLINA BINTI ISHAK
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN,
06000, JITRA,
KEDAH DARUL AMAN
KERJA KURSUS PENDEK (KKP)
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
(PKB 3103)
NAMA: MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI
K/P:901018-11-5091
KUMP. KULIAH: PISMP PEN.KHAS (PJ),BI,BM
AMBILAN: JANUARI 2010
NAMA PENSYARAH:PN. HARLINA BINTI ISHAK
TARIKH HANTAR: 23 SEPTEMBER 2010
SENARAI KANDUNGAN
BIODATA PELAJAR ii
PENGHARGAAN iii
1.0 PENDAHULUAN
2.0 NOTA GRAFIK MASALAH TINGKAH LAKU
2.1 Jenis kanak-kanak masalah tingkah laku
2.2 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah tingkah laku
2.3 Kesan-kesan masalah tingkah laku terhadap P&P
2.4 Khidmat Sokongan dalam Pendidikan Khas
3.0 HASIL KAJIAN
3.1 Latar belakang dan sejarah perkembangan
3.2 Tingkah laku serta kemahiran bersosialisasi
3.3 Kesan masalah tingkah laku dalam kehidupan seharian
3.4 Data yang diperoleh daripada pemerhatian
3.5 Cadangan mengurangkan atau mengatasi masalah tingkah laku yang
dihadapi
KESIMPULAN
REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN
BIODATA PELAJAR
NAMA : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI
ALAMAT : NO.45 RAKR BUKIT SAWA, 21400, MARANG,
TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 10 OKTOBER 1990
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU
NAMA BAPA : ZULKAFLI BIN SAAD
NAMA IBU : MUSLIMAH ABD. RANI
TEMPAT
BELAJAR
: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
NO TELEFON : 019-4706223
MENTOR : PUAN NOORASHIKIN BT. ISMAIL
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dalam salam sejahtera. Setinggi kesyukuran
dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kumpulan
saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dengan jayanya dalam masa yang
ditetapkan. Walaupun saya terpaksa melaksanakan KKP ini bersendirian di SK Bukit
Payong.
Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Puan Harlina yang juga
bertindak selaku pensyarah pembimbing kerana membantu saya untuk menyiapkan
tugasan KKP ini. Tidak lupa juga saya ingin ucapkan kepada rakan-rakan
sekumpulan yang sering memberi sokongan moral dan kerjasama yang tidak
berbelah bahagi untuk melengkapkan tugasan ini.
Bagi menyiapkan tugasan KKP ini saya telah menggunakan segala sumber
yang boleh saya gunakan. Seperti media cetak dan media elektronik seperti nota-
nota dan maklumat-maklumat yang ada dalam internet. Namun tidak lengkap juga
jika saya tidak menyatakan bahawa semua ini turut atas bantuan rakan-rakan saya.
Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang
sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi
teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh
setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau
dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang
individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya
individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi
dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku
normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku
sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius
merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang
lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.
Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang
tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu
tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada
empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala
tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif
dan sikap bergantung.
2.0 NOTA GRAFIK MASALAH TINGKAH LAKU
2.1 Jenis kanak-kanak masalah tingkah laku
KANAK-KANAK YANG
MENGALAMI MASALAH
TINGKAH LAKU
Autisme ADH
D
Cerebral Palsy
Disleksia
Gangguan
Emosi
Sindrom
Down
Terencat Akal
2.2 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah tingkah laku
AUTISME
suka bersendirianTidak kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lainTidak suka dipegang atau dipelukSuka mencium dan menjilat mainan ataupun benda-benda lainDapat duduk tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksiSering marah, ketawa dan menangis tanpa sebabMerosakkan apa sahaja yang ada disekitarnya sekiranya emosinya tergangguMenyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya tergangguAdakalanya mencederakan diri sendiri
ADHD
Gagal menyiapkan tugasanTidak mengikut arahanSukar memberi tumpuan pada satu-satu aktivitiSukar mengendali satu-satu aktivitiSukar menunggu giliranBerlari ataupun memanjat sebarang objek ataupun perabot tanpa terkawalBergerak secara berlebihan semasa tidurKerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk• Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas• Selalu banyak bercakap
SINDROM DOWN
suka bermanjacepat merajuk apabila diabaikanmudah cemburu sukakan sentuhan fizikaltidak boleh duduk diammengamuk apabila emosi terganggusuka diberi perhatiansuka bermain bersama rakan-rakanmenganggu rakan-rakan semasa belajar
DISLEKSIA
tidak suka membacakerap mengelip-gelipkan @ menggosok matasering meninggalkan huruf di pangkal atau hujung perkataanmemakai kasut dengan salahmenulis dengan lambatmenulis dengan tulisan yang buruksuka mendengar bacaan tetapi tidak suka membaca sendirisuka bertanya banyak soalanbercakap dengan nada yang kuat atau menjerit
SLOW LEARNER (LEMBAM)
Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.Sukar menerima arahan.Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.menulis dengan tulisan yang buruklambat memberikan respons apabila bercakapmalas untuk membaca
TERENCAT AKAL
Mempunyai bidang pemerhatian yang singkat dan mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara.Sikap dan nilai berbeza daripada tingkal laku kanak-kanak normalBermasalah komunikasipercakapan yang tidak lancarEmosi yang tidak terkawalCepat lupaMudah terganggumengamuk secara tiba-tibabercakap dalam nada yang tinggi atau marahtidak suka diganggu
2.3 Tingkah laku sasaran yang dipilih terhadap pelajar
Mengganggu rakan-rakan
Suka berjalan-jalan
Memukul rakan-rakan
Membuat bising
Selalu tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru
Tidak memberikan tumpuan pada pembelajaran
2.4 Kesan-kesan masalah tingkah laku terhadap P&P
Kesan-kesan masalah
tingkah laku terhadap
P&P
Rakan-rakan akan berasa terganggu
dan mudah hilang
tumpuan
Guru terpaksa
memberikan perhatian yang lebih
Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran terganggu
Kelas akan menjadi kucar-kacir
Aktiviti pengajaran dan
pembelajarn tidak dapat diselesaikan dalam masa
yang ditetapkan
3.0 HASIL KAJIAN
3.1 Latar belakang pelajar
Nama : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Tarikh Lahir : 13/10/2000
No. Sijil Lahir : AS 72687
Kaum : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Kategori : Masalah Pembelajaran
No. Pendaftaran OKU : LD 04000722
Keterangan : DOWN SINDROM
3.2 Tingkah Laku Serta Kemahiran Bersosialisasi
Hafizam adalah seorang kanak-kanak yang agak ceria. Tetapi dia tidak
banyak bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya. Di dalam kelas dia banyak
mendiamkan diri sewaktu sesi pengajaran. Guru-guru perlu memaksa Hafizam untuk
bercakap dengan peneguhan-peneguhan positif seperti jika dia menjawab soalan
cikgu dia akan dapat gula-gula dan sebagainya.
Hafizam apabila ditanya sesuatu secara tiba-tiba akan mengalami kesukaran
untuk menjawab dengan baik. Contohnya sewaktu pengajaran apabila guru
menanyakan apa yang cikgu ajar sebentar tadi, dia seperti terpinga-pinga. Terlepas
ke dunia sendiri lebih tepat untuk saya nyatakan di sini.
3.3 Kesan Masalah Tingkah Laku Dalam Kehidupan Seharian
Kesan masalah tingkah laku dalam kehidupan seharian yang dihadapi oleh
Hafizam ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan sehariannya. Seperti yang
dapat saya lihat di dalam kelas, masalah kurang bercakapnya itu memberi kesan
yang sangat ketara. Dia tidak mampu menyatakan apa yang dia inginkan pada guru
dan ini agak menyukarkan guru-guru untuk memahami apa yang dikehendakinya.
Dia juga tidak boleh duduk diam dalam kelas. Sentiasa ada saja perkara yang
menyebabkan dia hilang tumpuan dalam kelas. Walaupun hanya sebatang pensel
yang terjatuh sekalipun.
Keadaan ini menjejaskan pembelajaran dia sedikit sebanyak. Tapi guru kelas
ada menyatakan ini mungkin disebabkan oleh keadaan semasa, di mana saya
sebagai orang luar berada di dalam kelas menyebabkan dia lebih tidak mampu
menumpukan perhatian dan membuat sesuatu masalah untuk menarik perhatian.
3.4 Data Yang Diperoleh Dari Pemerhatian
Ini adalah antara data yang berjaya saya rekodkan sewaktu pengajaran di dalam
kelas.
Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency
Recording Data Sheet)
Tarikh : 20 Ogos 2009 Penilai: Mohd Shafuan B. Zulkafli
Nama Murid : Muhammad Hafizam B. Mohd Hamidi
Kelas : 3 Sinar
Pemerhatian
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan
Kejadian
Jumlah Masa Ulasan
Tambahan
Mengangkat
tangan untuk
menjawab
soalan
/// 3 30 minit kelas pada
waktu pagi
( 10.00 pagi-
10.30 pagi)
semasa sesi
bercerita ”Si
Kancil”
Bercakap
sewaktu guru
mengajar
/ 1
Rekod ini menyatakan bahawa Hafizam agak memberi perhatian di dalam kelas. Ini
didorong oleh faktor rangsangan hadiah oleh guru bagi murid-murid yang menjawab
soalan.
3.6 Cadangan-cadangan mengurangkan atau mengatasi masalah
tersebut
3.6.1 Tingkah Laku Yang Menghalang : Bergantung
Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak selalunya akan
menyebelahi dan melindungi anak-anak mereka atas kesalahan yang dilakukan
anak-anak itu. Dengan bersikap demikian kanak-kanak itu akan mengalami
masalah tingkah laku seperti degil, sombong, suka melawan, lekas meradang
dan agresif.
3.6.2 Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku bergantung
ialah :-
i. cara pengasuhan anak yang sering mengamalkan perlindungan
melampau hingga membentuk tingkah laku yang kurang keyakinan,
konsep kendiri rendah serta tidak dapat berdikari.
ii. Tingkah laku yang menghalang pelajar sendiri belajar ialah tingkah laku
bergantung yang biasanya disebabkan oleh pelajar sendiri.
iii. Tingkah laku bergantung ini merupakan kelakuan di mana seseorang itu
sangat bergantung kepada rakan sebaya atau guru untuk menolongnya
menyelesaikan masalah pembelajaran dan menyempurnakan tugasan
sekolahnya.
iv. Kecerdasan yang rendah merupakan faktor yang menyebabkan
pembentukan tingkah laku bergantung.
v. Oleh sebab emosi mereka sentiasa dalam keadaan cemas, bimbang dan
rasa kurang selamat serta pencapaian aktiviti mereka terlalu rendah.
Tingkah laku jenis ini dikenali sebagai pergasingan diri.
3.6.3 Terdapat 3 Kategori Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku
Bergantung.
i. Pergantungan berlebihan
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah hingga amat
bergantung kepada guru atau rakan sebaya untuk menolongnya
atau untuk menjalankan seuatu tugasan atau membuat satu-satu
keputusan.
Ciri-ciri tingkah laku bergantungan
amat bergantung pada orang lain
tidak boleh berdikari
tidak berupaya membuat keputusan sendiri
mudah mengikut percakapan orang lain
senang dipengaruhi
pendirian kurang tegas
sering mengalami kebimbangan dan tekanan
kurang atau tidak berkeyakinan
ketenteraman jiwa terjejas
ii. Kebimbangan
Sesuatu perasaan kurang senang yang disebabkan pra alamat
bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini
berkait rapat dengan emosi ketakutan. Pelajar yang kurang
berkeyakinan diri hingga rasa takut menyertai aktiviti pembelajaran.
Ciri-ciri Kebimbangan
berkait rapat dengan ketakutan
tidak dapat menerangkan sebab sebenar
sukar mengenal pasti faktor penyebab
terlalu banyak remalan
takut menghadapi kenyataan
takut menerima risiko
akan menghadapi kehilangan sesuatu / idea
iii. Pengunduran Diri
Pelajar yang menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial
di dalam sesuatu situasi baru hingga membina tingkah laku helah
bela, demi mengelakkan diri daripada aktiviti pembelajaran atau
permainan di sekolah.
Sebab-sebab pengunduran diri
helah bela diri untuk berfikir serta mencari penyelesaian kepada
sesuatu masalah
tidak berupaya untuk menjawab kerana tidak mempunyai
kemahiran yang diperlukan
3.6.4 Cara Mengatasi Tingkah Laku Bergantung Dalam Pembelajaran
Merancang isi pelajaran dari mudah ke sukar
Mengamalkan sikap penyayang
Menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan
Memberi tugasan mengikut kebolehan pelajar
Mengutamakan kaedah individu dan aktiviti kumpulan pelbagai
kebolehan
3.6.5 Tingkah Laku Yang Menghalang : Disruptif
Tingkah laku yang mengganggu atau menghalang merupakan tingkah
laku disruptif yang boleh menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di antara faktor yang menyebabkan
tingkah laku disruptif ini ialah kekurangan matangnya pelajar sendiri. Masalah
kesihatan pelajar disebabkan makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya
ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya atau pun
iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula menggalakkan
tingkah laku disruptif berlaku.
3.6.6 Jenis-jenis Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku.
a. Hiperaktif
Merupakan keadaan individu yang terlampau aktif jika
dibandingkan dengan keadaan biasa. Ia mungkin disebabkan oleh
kecederaan otak atau makanan yang mengandung bahan awet,
bahan warna atau salisilat.
Ciri-ciri pelajar yang mengalami hiperaktif ialah:-
Pelajar yang tidak dapat duduk diam tetapi sering bergerak di sana
sini,
membuat bising, ketawa kuat, tolak-menolak serta melakukan
sesuatu tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya.
Pelajar yang biasanya menghadapi masalah kesihatan disebabkan
makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil
emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya
Gemar memulakan banyak tugasan atau aktiviti tetapi jarang
menyempurnakannya.
b. Kelakuan nakal
Punca utama yang menyebabkan berlakunya tingkah laku
disruptif ini ialah penyampaian guru kurang menarik atau pun terlalu
sukar difahami oleh pelajar yang berkenaan.
Pelajar yang tidak berminat atau tidak dapat mengikuti pelajaran di
dalam bilik darjah
Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru akan membuat bising, tidak dapat duduk diam dan
bergerak ke sana ke mari mengganggu pelajar lain, ketawa
terbahak-bahak
atau pun menunjukkan ciri agresif fizikal dengan menolak atau
menumbuk pelajar lain di dalam bilik darjah.
3.6.7 Cara Mengatasi Tingkah Laku Yang Mengganggu Dalam
Pembelajaran.
Menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuk penggunaan alat
bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar.
Menggunakan teknik variasi rangsangan untuk mengekalkan minat
pelajar.
Menggunakan aktiviti kumpulan mengikut kebolehan pelajar
Menguruskan bilik darjah dengan membina iklim bilik darjah yang
kondusif dan selesa
3.6.8 Tingkah Laku Anti Sosial : Distruktif / Permusuhan nyata
Tingkah laku anti sosial merupakan salah satu jenis tingkah laku
permusuhan nyata. Pelajar yang menunjukkan tingkah laku permusuhan nyata
ialah pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif di mana terdapat
tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai
seseorang.
3.6.9 Pemusuhan Nyata
Disifatkan sebagai tingkah laku masalah negatif kerana :-
a. Pemusuhan Nyata – Suatu Trait Biologi
menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita
mengharapkan orang lain mengalami sesuatu yang malang
merasa seronok apabila mengetahui berita malang tersebut
b. Permusuhan Nyata – Disebabkan Kekecewaan
akibat kekecewaan kepada suatu bentuk permusuhan
c. Permusuhan Nyata – Dipelajari
daripada individu yang berhampiran
ibu bapa yang agresif
ibu bapa yang sering menghukum anak mereka
daripada sikap masyarakat
sikap agresif ditentang dengan sikap agresif
Tingkah laku kumpulan jahat atau kumpulan klik yang dikenali
geng yang mengugut atau menumbuk guru, mencalar kereta,
atau melepaskan udara daripada kereta guru
Tingkah laku vandalisme seperti suka merosakkan
kemudahan fizikal sekolah
Sekolah yang menggunakan pendekatan disiplin yang
autokratik dan kurang adil juga menjadi punca yang
menyebabkan pelajar memberontak dengan menyertai
kumpulan liar atau geng untuk membalas dendam terhadap
guru
dari Televisyen / Media Massa
dipengaruhi tayangan TV yang negatif seperti filem
keganasan
3.6.10 Cara Mengatasi Tingkah Laku Anti Sosial Dalam Pembelajaran.
i. Menggunakan teknik mendisiplin yang sesuai dengan mengikut peraturan-
peraturan sekolah dan garis panduan displin sekolah
ii. Elakkan hukuman dera dan jatuhkan hukuman selepas pelajar yang
berkenaan telah memahami dan rela menerima hukuman tersebut
berkaitan dengan kesalahannya
iii. Adakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memujuk pelajar menukar
tingkah laku distruktif yang tidak diingini
iv. Mengajar pelajar dengan sifat penyayang dan peramah
v. Menerapkan dan memupuk nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar
vi. Menganjurkan kursus motivasi untuk membina kendiri positif serta
keyakinan diri
Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaiitu