1.0 PENDAHULUAN
2.0 PENTAKSIRAN
2.1 Konsep PentaksiranKONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai,maklumat tentang pembelajaran seorang
bagi sesuatu tujuan
2.2 Definisi Pentaksiran
Definisi
Pentaksiran boleh didefinisi dari pelbagai kontek. Salah satunya
ialah pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pula pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Manakala pentaksiran juga merupakan satu proses
untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang
dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Oleh hal yang
demikian boleh dirumuskan bahawa aktiviti pentaksiran perlu
dijalankan secara berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat.
2.3 Tujuan PentaksiranMerancang dan melaksanakan aktiviti tindak
susul yang berkesan dan Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaranProses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaranTujuan Pentaksiran
2.4 Fungsi Pentaksiran
2.5 Aspek aspek Utama Pentaksiran
2.6 Ciri-ciri Pentaksiran yang baik
2.7 Rumusan PentaksiranRumusan Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan
prestasi.Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan
pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan
operasi, dapatan dan hasil.
3.0 PENGUJIAN
3.1 Definasi Pengujian
Definasi Pengujian
Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti
sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek
(pelajar)Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian
pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian
ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi
pembelajaran.
3.2 Tujuan Pengujian
a) Mengukur:- kecergasan, kemahiran, pengetah atau atribut
psikologib) Mengukur pembelajaranc) Menentukurkan (prauji)d)
Mengukur pencapaiane) Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)f)
Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred)g) Memotivasikan
pelajarh) Menyediakan maklum balas kepada pelajari) Menyediakan
maklum balas kepada guruj) Mengukur keberkesanan pengajaran
Tujuan Pengujian
3.3 Ciri-ciri Pengujian
3.4 Insrumen Pengujian
Insrumen Pengujian
Alat/ kaedah/ pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons
(data) dalam pentaksiran bagi mengukur penguasaan terhadap sesuatu
bidang pembelajaran atau pengajaran
3.5 Rumusan PengujianRumusan Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan
cara yang sistematik. Satu cara mengukur tingkah laku seseorang
individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pengajaran Ujian boleh diberikan sebelum
sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat.
Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test. Semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara
lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang
dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P
guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan
yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh
guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, ujian kloz
bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai
dengan perkara yang hendak diuji itu
Rumusan Pengujian
4.0 PENILAIAN
4.1 Definisi Penilaian
4.2 Konsep Penilaian
4.3 Tujuan PenilaianMenolong guru mengetahui sejauh manakah
pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah disampaikan.
Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya
atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia
ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar
Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah
dalam pencapaian mereka
Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya.
Tujuan Penilaian
4.4 Perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep
berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan
ketiga-tiga aspek bekenaan.
5.0 TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL
5.1 Definisi Taksonomi BloomDefinisi Taksonomi Bloom
Istilah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam
pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan
sifat organisma itu. ruj. : Kamus Pelajar Edisi KeduaKajian tentang
prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.Ruj. :
Kamus Dewan Edisi EmpatDiasaskan oleh Benjamin S. Bloom tahun
1956.Kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu
berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dalam bidang
pendidikan, digunakan untuk menganalisa bidang-bidang
pendidikan.Berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang
melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor.
Amat menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak
hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Soalan perlu dibuat
pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
5.2 Kerangka Konsep
5.3 Taksonomi Bloom
5.4 Domain Kognitif
5.4.1 Definisi Domain Kognitif
Definisi Domain KognitifMembincangkan pengingatan semula atau
pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan
kemahiran. Objektif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan
mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung
serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan
kreatif. Membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta,
perangkaan, teori-teori dan kefahaman. berkaitan dengan kebanyakkan
perkembangan pengujian masa kini.
5.4.2 Tahap Domain Kognitif
Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Tahap Domain KognitifPengetahuan
5.4.3 Peringkat Peringkat Dalam Domain Kognitif
5.5 Domain Afektif ( Domain David Krathwohl )5.5.1 Definisi
Domain Afektif ( Domain David Krathwohl )
Definisi Domain AfektifTaksonomi Krathwohl diasaskan oleh David
R. Krathwohl.Taksonomi ini merupakan bidang berhubung dengan
perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan
unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
baik.Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya
murid yang dapat membentuk sikap positif.
5.5.2 Peringkat-peringkat Dalam Domain
AfektifPeringkat-peringkat Dalam Domain Afektif
Penerimaan - Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea atau
bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi. Gerak Balas -
Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan
daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat
reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Menilai -
Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan
atau situasi , kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan
serta menilai berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik.
Organisasi - Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila
lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa
nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan
keutamaan di antara nilai-nilainya. Perwatakan - Kesanggupan
bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang dan
perubahan tingkah laku yang positif selepas sesi P&P.
5.6 Domain Psikomotor5.6.1 Definisi Domain Psikomotor
Berkaitan dengan aspek-aspek keterampilan yang melibatkan fungsi
sistem saraf dan otot (neuronmuscular system) dan fungsi
psikis.
Definisi Psikomotor
5.6.2 Peringkat-peringkat Dalam Domain Psikomotor
6.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
6.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian
Definisi JSU
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan
ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang
ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap
konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. JSU mengandungi
maklumat seperti :- Topik pelajaran Aras kemahiran mengikut aras
taksonomi pendidikan Pemberatan/peratus pemberatan pada kandungan
aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan
sesuatu kemahiran yang perlu diajar. Bentuk ujian (objektif,
subjektif,esei, amali, kerja kursus dll) Bilangan item (soalan)
yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau
kesukaran item.
6.2 Tujuan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )
Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada
keutuhan
Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan
secara spontan tidak tahu aras)
Tujuan
6.3 Syarat Jadual Spesifkasi Ujian ( JSU )
Ujian tidak dibina semberangan. Menimbulkan kepentingan topik
dan aras kemahiran yg diuji. panduan dan penentuan kepada
pengubalan ujian. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut
aras dan kemahiran.
6.4 Ciri-ciri Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Merupakan matrik
yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran
dan menegak kandungan. Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut
aras kemahiran yang ditetapkan. Mengandungi aras yang mengikut aras
taksonomi. Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan
kepentingan kemahiran. Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas
khusus dan lain-lain. Kandungan ujian berupa topik-topik
pelajaran.
Ciri-ciri JSU
6.5 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )1) Mengelakkan
daripada membina ujian secara sembarangan. 2) Menjamin kesahan isi
kandungan sesuatu ujian. 3) Menimbulkan rasa kepentingan
topik-topik dan aras-aras kemahiran.4) Menentukan perimbangan
antara topik-topik dengan aras- aras kemahiran yang diuji.5) Kertas
ujian dapat digubal secara sistematik 6) kesahan dari segi
persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.7) Memberi panduan
untuk membentuk format ujian. 8) Memberi panduan untuk membentuk
soalan. 9) Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun
ke tahun.10)Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk
sesuatu topik.11)Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian
dengan ujian yang lain.12) Taburan soalan mengikut tajuk adalah
seimbang; 13) Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
Kepentingan JSU
6.6 Langkah-langkah membina JSU
6.7 Konsep IK (Indeks Kesukaran)Konsep IK (Indeks Kesukaran)
Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah)
Pengiraan :IK = B / J (jumlah yang sedikit)B = bil. Calon menjawab
betulJ = jumlah keseluruhan calon IK = BT + BR / J (jumlah yang
banyak - lebih 40 orang)BT = jumlah calon dalam kumpulan tinggi
yangmenjawab betulBR = jumlah calon dalam kumpulan rendahyang
menjawab betulJ = jumlah keseluruhan calon
7.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4NOTOPIK / TAJUK /
SUBTAJUKARAS KEMAHIRANJUMLAH
PEGETAHUNKEFAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN
1Imbuhan11
2Kata Sendi11
3Struktur Ayat11
4Antonim11
5Sinonim11
6Kata Banyak Makna11
7Kata Adjektif11
8Peribahasa11
9Kata Ganda11
10Kata Ganti Nama11
JUMLAH21212210
8.0 UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI
BLOOM
PengetahuanAras kognitif yang terendah yang melibatkan proses
mengingat kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya. Ianya
dapat menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah,
erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah
dipelajari. Oleh hal yang demikian, perkataan yang biasa digunakan
dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan,
nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya
Contoh Soalan :1. Mak andam __________ air bunga ke seluruh
badan Kak Hawa.
A. menjirusC, merenjisB. menyimbahD. Menyiram
2. Ahmad _________ berusaha untuk mencapai kejayaan dalam
peperiksaan UPSR.
A. kepadaC. akanB. perluD. harus
KefahamanAras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan
pemikiran. Pada aras ini murid menyatakan idea-idea utama dalam
perkataan mereka sendiri. Soalan pada tahap ini, menguji kebolehan
calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas,
konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Contoh-contoh
perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat
kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan,
tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
Contoh Soalan :
3. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betul.
I. Seharian suntuk datuk bekerja di sawahnya.II. Baju itu sangat
suntuk untuk budak yang gemuk itu.III. Jangan menunggang basikal
terlalu suntuk dengan kawan-kawan.IV. Tempahan yang diberikan oleh
ketuanya untuk menyiapkan tugasan itu begitu suntuk.
A. I dan IIC. III dan IVB. II dan IIID. I dan IV
AplikasiMurid menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep,
teori, prinsip, hukm atauprosedur dan sebagainya) yang mereka
pelajari serta kefahaman mereka tentangpengetahuan dan maklumat
itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru. Pada
peringkat ini, saoalan menguji kebolehan calon menggunakan fakta
asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah. Perkataan - perkataan yang biasa digunakan
ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan
dan sebagainya.
Contoh Soalan :
4. Kejadian ganjil sering berlaku di kediaman yang baru diduduki
oleh keluarga Encik Khairul.Perkataan seerti bagi ganjil ialahA.
istimewaC. pelikB. canggihD. unik
5. Persatuan itu telah dibubarkan kerana tidak mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh pendaftar syarikat.Perkataan
berlawanan bagi dibubarkan ialahA. dimansuhkanC. ditutupkanB.
ditubuhkanD. dibatalkan
AnalisisAras kognitif yang menunjukkan bahawa murid boleh
mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang
berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami
hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis,
pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi
mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti
atau hujah-hujah. Oleh itu contoh perkataan yang biasa digunakan
ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan,
mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
Contoh Soalan :
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
6. Lebih baik __________ beredar dari sini sebelum pihak msuh
tiba . arah Bendahara Ali kepada Laksamana Hang Tuah.
A. beta C. hambaB. patikD. tuan hamba
SintesisAras kognitif yang menghendaki murid menggunakan
imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang
terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan,
membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan,
integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
Contoh Soalan :
7. ________ daripada rumah itu rosak teruk apabila _______ ketul
batu besar telah jatuh dari bukit yang berhampiran.
A. Sebahagian ....... beberapaB. Setengah ....... setiapC.
Sekalian ..... satuD. Sesetengah ...... sesuatu
8. Sementara menunggu bas sampai, Azmi ______ di kaki lima
pondok bas itu.
A. lalu-lalangB. simpang-siurC. mundar-mandirD. bolak-balik
PenilaianAras kognitif yang menghendaki murid melakukan
penilaian, diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat
dengan alasan-alasan tertentu. Peringkat ini merupakan peringkat
tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan
mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen
dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
Contoh Soalan :Pilh ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.9. Kami berbesar hati kerana menerima kunjungan Datuk
Mustapa ke tempat kami. Kata ketua kampung dalam ucaapannya.
A. Ketua kampung memberitahu bahawa dia dan penduduk kampung
berbangga dengan kunjungan Datu Mustapa ke kampung mereka.B. Ketua
kampung berucap bahawa kedatangan Datuk Mustapa amat
ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung.C. Datuk Mustapa berbesar
hati kerana menerima kunjungan penduduk kampung.D. Penduduk kampung
berbangga kerana ketua kampung sudi mengunjungi Datuk Mustapa.
Pilih ayat yang betul.
10. A. Baju yang berpotongan labuh seperti ini bukan sesuai
untuk mereka yang berbadan rendah. B Majalah-majalah di kedai itu
tidak untuk dibaca tetapi untuk dijual.C. Dia bukan anak angkat
Tuan Budin tetapi anak saudara sebelah isterinya.D. Budak lelaki
yang bersongkok itu tidak abang Khairil.
9.0 INSTRUMEN PERMARKAHAN / PERATURAN DALAM UJIAN
BILPERKARAKERTAS 1/ 011
1
InstrumenUjian Berbentuk Objektif
2ItemUjian Objektif
- Pilihan A,B,C atau A,B,C,D
- Aneka Pilihan
3Jumlah Soalan
10 Soalan
- 10 Soalan Objektif ( kemahiran Bahasa )
4
Agihan Markah10 markah
5
Peruntukan Masa13 minit
6
Aspek Pentaksiran1) Tatabahasa 10 soalan
a) Morfologib) Sintaksisc) Golongan katad) Kosa Katae)
Peribahasa
7
PemarkahanDikotumus 1 : 0
8
SkopMerangkumi semua Sukatan PelajaranTahun 1 hingga Tahun 6
9
AlatanTiada
10.0 KESIMPULAN
Dalam KKBI BMM 3103 ini, terdapat beberapa kepentingan seperti
dapat membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari
setiap konsep dan kemahiran, membekalkan murid dan ibu bapanya
dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses
pembelajaran, megesahkan suatu paras pencapaian pelajar,
membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional
lain untuk membimbing pelajar secara individu. Ianya juga banyak
membantu dalam menentu aras penulisan kertas soalan untuk murid
bagi menentukan mencapaian yang baik dalam peperiksaan.
Refleksi Individu Dalam masyarakat alaf baru ini yang
berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi
memainkan satu peranan yang besar dalam setiap pendidikan di Negara
kita.Ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak
pengajaran pembelajaran Bahasa Malaysia l. Guru sekarang menganjak
peranannya sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat
kepada peranan sebagai pemudah cara dan pengurus untuk mendapat
maklumat. Begitu juga dalam setiap pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia di masa kini.Pada semester 2 ini, para pelajar PPG
yang mengambil mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah
rendah ( BMM 3103 ) dikehendaki membuat satu kerja kursus pendek.
Para pelajar dikehendaki mengumpul maklumat yang berkaitan dengan
pentaksiran dan membuat nota dalam bentuk pengurusan grafik,
menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi kemahiran
Bahasa Melayu sekolah rendah Tahap 2 berdasarkan Taksonomi Bloom.
Berdasarkan JSU tersebut, guru diminta membina 10 ujian objektif
aneka pilihan. Di samping itu, pelajar perlu menyediakan instrumen
pemarkahan/peraturan memberi markah bagi ujian yang telah dibina,
dan menyediakan penulisan refleksi tentang kekuatan, kekurangan,
dan cadangan penambahbaikan perkara yang pelajar laluisepanjang
melaksanakan projek ini. Kerja kursus yang diberikan ini boleh
membantu saya dalam proses pemgajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia. Ini kerana kerja kursus yang diberikan ini membolehkan
saya memahami bagaimana seorang guru menyediakan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) bagi kemahiran Bahasa Melayu sekolah rendah Tahap 2
berdasarkan Taksonomi Bloom serta bagaimana seorang guru membuat
analisis sebelum menyediakan soalan peperiksaan untuk murid. Oleh
yang demikian, KKBI yang diperoleh ini dapat memberi pengetahuan
yang baru kepada saya. Sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di
Pusat Kegiatan Guru, saya merasakan tugasan ini adalah salah satu
daripada garis panduan dan langkah yang bijak serta amat sesuai
bagi membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan saya sebagai
seorang pendidik untuk menyediakan saya tentang pentaksiran,
pengujian dan penilaian yang boleh diaplikasikan semasa membina
soalan dan menjadi panduan untuk saya dalam melaksanakan ujian.
Sememangnya tugasan ini banyak membantu saya menjadi seorang guru
yang lebih berinformasi dan berpengetahuan luas dalam bidang ini
serta boleh membantu saya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam melaksanakan proses p&p di sekolah kelak. Tidak dapat
dinafikan KKBI ini memberikan pendedahan yang banyak dalam membantu
saya apabila saya mengajar disekolah nanti. Penerangan oleh
pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Zarina binti Ahmad juga
membantu sedikit sebanyak dalam proses saya menyiapkan KKBI ini.
Info- infi yang diberikan dapat saya jadikan panduan dalam
melaksanakan tugasan ini. Diharap beliau berpuas hati terhadap
hasil tugasan yang telah saya sediakan ini serta dapat memberi
manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua orang. Insyaallah.
Di sediakan Oleh :FAIROS AZMI BIN MARZAHPPG AMBILAN FEB KELAS
2.07
RUJUKAN
Nik Safiah Karim et.al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf (1989), Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Sasbadi Sdn,
Bhd.
Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa
Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM (2012), BMM3103
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
http://www.slideshare.net/zaidillah/ee-ah-meng
http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html
FAIROS AZMI BIN MARZAH PPG 2.07 45