KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID- MASJID SELANGOR: KAJIAN TINJAUAN Mohd Norzi bin Nasir, Mohd Khafidz bin Soroni, Rosni binti Wazir, Muhammad Fairuz A. Adi, Nor Asyikin binti Hasan Adali Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected]ABSTRAK Masjid merupakan pusat pembangunan dan pengembangan ummah yang menjalankan pelbagai aktiviti ibadah, ceramah agama dan pengajian talaqqi selain berfungsi sebagai nukleus ke arah melahirkan masyarakat muslim madani. Di Selangor, pengajian hadith seperti kuliah, syarahan kitab hadith turut diajarkan di kebanyakan masjid. Melihat kepada usaha menyampai dan mengembangsuburkan pengajian hadith ini, maka keperluan untuk menyebarluaskan hadith-hadith yang bersifat autentik (sahih dan hasan) amat penting agar masyarakat tidak bersandarkan kepada hadith-hadith yang lemah dan tertolak. Kertas kerja ini cuba untuk memperkenalkan kitab-kitab hadith yang digunakan dalam pengajian hadith oleh tiga buah masjid daerah di Selangor dan meninjau pandangan peserta yang mengikuti kelas pengajian yang ditawarkan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, menerusi instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen, temubual dan observasi. Kajian ini diharapkan dapat menarik minat masyarakat untuk berinteraksi dengan hadith-hadith Rasulullah saw. dan menambah keyakinan mereka untuk berpegang kepada warisan hadith-hadith baginda saw. Selain itu, ia dapat memberi pencerahan kepada masyarakat untuk memahami penggunaan hadith sebagai salah satu pendekatan utama dalam merungkai setiap permasalahan dalam kehidupan mereka. Malah, lebih utama apabila masyarakat menjadikan maslak al-taharri sebagai kerangka pertimbangan dan piawaian utama dalam menerima sesuatu perkhabaran terutama dari golongan anti hadith hadith hadith yang menolak autoriti hadith Rasulullah saw sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran. Kata kunci; Kitab hadis, masjid, Selangor
12
Embed
KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID- MASJID ...conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1013-imam-2016.pdf · KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID- ... adab, akhlak,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID-
MASJID SELANGOR: KAJIAN TINJAUAN
Mohd Norzi bin Nasir, Mohd Khafidz bin Soroni, Rosni binti Wazir,
Muhammad Fairuz A. Adi, Nor Asyikin binti Hasan Adali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
4 Imam Nawawi. 2008. Matan al-Arbain an-Nawawi (text, translation and notes). Cet 3. Petaling Jaya : Islamic
Book Trust. Hlmn vi. 5 Imam Nawawi. 1987. Riyadhus Solihin. Beirut : Dar al-Jil. Hlmn. 4-5.
6 Imam Ibn Hajar. 2007.Terjemahan Lengkap Bulughul Maram. Jakarta : AKBAR. Hlmn xiii.
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
4
Penulisan pada jilid kedua memberi fokus kepada hadis-hadis berkaitan taharah dan solat.
Seterusnya, Mastika Hadis jilid ketiga, dihasilkan pada tahun 1997. Di dalamnya dimuatkan
sebanyak 191 buah hadis. 7
Pengarang menggunakan pendekatan yang sesuai dengan segenap lapisan masyarakat. Hal ini
kerana, pengarang menjelaskan hukum sesuatu masalah itu dengan baik dan mudah difahami.
5. Arba‘un Nawawiyyah
Buku ini ditulis oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi. Beliau
mengikut jejak imam-imam terdahulu yang mengumpulkan hadis empat puluh. Cuma yang
membezakan ialah tema kumpulan hadis yang dikumpulkan. Ulama terdahulu sebelum Imam
Nawawi, ada yang mengumpulkan empat puluh hadis mengenai usul al-Din (tauhid), cabang-
cabang hukum agama, jihad, zuhud, adab dan ucapan nabi dalam berbagai keadaan.8
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada pendahuluan ilmu
hadis, mustalah hadis, bahagian nama hadis, dan riwayat ringkas imam hadis yang masyhur.
Pada bahagian kedua pula, baharulah diletakkan matan hadis-hadis. Meskipun dinamakan hadis
empat puluh, namun, di dalamnya buku ini, Imam Nawawi memuatkan sebanyak 42 hadis sahih
sahaja.
Metodologi yang digunakan ialah pengarang mendatangkan matan hadis, kemudian
mensyarahkannya dengan sokongan hadis atau ayat al-Quran Hadis yang dipilih oleh Imam
Nawawi untuk dimuatkan dalam buku ini ialah hadis yang diriwayatkan daripada Imam Bukhari
atau Imam Muslim. Uniknya, hadis-hadis tersebut merupakan hadis yang hampir dengan
kehidupan masyarakat dan perkara-perkara asas bagi seorang muslim. Di akhir setiap syarahan
hadis, beliau menyenaraikan isi-isi penting atau pengajaran yang boleh diambil daripada hadis
tersebut. Oleh kerana itu, buku ini mudah diterima oleh masyarakat.
6. Syama’il Muhammadiyyah
Buku ini ditulis oleh Imam Tirmizi atau nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah
bin Musa ibnu adh-Dhahhak as-Silmi at-Tirmidzi adh-Dharir (214 H-274 H)9. Syamail
Muhammad memaparkan secara detail semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi
berkaitan susuk peribadi tubuh badan Rasulullah s.a.w serta perilaku dan sahsiah baginda zahir
dan batin.
Imam Tirmizi memuatkan sebanyak 56 bab yang menggambarkan keindahan perilaku, sifat
rendah hati, cara baginda duduk, berpakaian, makan, minum, tidur, melaksanakan solat,
beribadah, berbicara, bergaul bersama keluarga dan para sahabat, sikap kepada tetamu serta
bagaimana baginda memperlakukan kaum muslimin secara umumnya.10
7 Mohd Farid Ravi Abdullah. Syeikh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih : Kajian Terhadap Mastika Hadis.
Jurnal INHAD. 1:3. Hlmn 16. 8 Imam Nawawi. 1989. Hadis 40 (terjemahan dan syarahnya). Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar. Hlmn 53.
9 Imam Tirmizi. 2008. Syamail Muhammad (keperibadian Rasulullah s.a.w). Kuala Lumpur : Telaga Biru. Hlmn
xxi. 10
Ibid. Hlmn xxiii.
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
5
7. Bahr al-Madhi
Nama lengkap buku ini ialah Bahr al-Madzi li Syarah Mukhtasar Sahih At-Tirmizi atau dalam
Bahasa Malaysia, Ringkasan Sahih Tirmizi. Buku yang disusun oleh Muhammad Idris Marbawi
(1313 H – 1408 H) ini merupakan terjemahan dan ulasan lengkap sesudah diringkaskan daripada
Sahih at-Tirmizi. Buku ini mengandungi 22 juzu’ , 1305 bab dan 8200 permasalahan agama
yang berkaitan dengan hal ehwal dunia dan akhirat. Ssusunan bab yang diterangkan di dalam
buku ini, sama seperti bab di dalam Sahih at-Tirmizi kecuali segelintir terdapat beberapa
pertambahan dan keterangan. Buku yang berbahasa Malaysia ini pernah dicetak dan diterbitkan
di Mesir.
Uniknya metodologi buku ini, sebelum beliau menyatakan hadis, akan terdapat sedikit
pengenalan mengenai bab tersebut, kemudian dituruti dengan hadis yang akan menjadi hujah dan
dalil bagi mazhab Syafi’I dan lain-lainnya. Setelah itu, dinyatakan masalah-masalah diikuti
dengan penerangan masalah tersebut bagi memudahkan pembaca.11
8. 40 Hadis Akhir Zaman – Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam12
Buku Siri 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari menjadi
bahan pengajaran di masjid dan surau serta menjadi bahan rujukan di sekolah dan universiti.
Kitab ini membicarakan tanda-tanda Kiamat yang telah dan sedang kita alami. Buku ini
membantu para pembaca untuk mengetahui golongan-golongan yang sesat dan memaparkan
kepada mereka haluan keselamatan.Selesai ditulis pada 7 Rajab 1411 H, bertepatan dengan 23
11
Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtasar Shahih Al-Tirmizi . Cet 2. Kuala Lumpur
: Al-Hidayah Publication. Hlmn 3. 12 Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki, yang nama penanya “Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-
Maliki”, lahir di Amuntai, Kalimantan Selatan, pada 9 Juni 1959. Pendidikan awalnya didapat di kampungnya sendiri. Seterusnya pada tahun 1973-1978, ia melanjutkan pelajarannya di Pondok Pesantren Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan. Pada tahun 1979, ia melangkahkan kaki ke Jawa untuk melanjutkan pelajarannya di Yayasan Pesantren Islam (YAPI) di Bangil, Jawa Timur. Pada tahun 1980, ia melanjutkan pendidikannya di Nadwatul Ulama, Lucknow, India, di bawah asuhan tokoh ulama sangat terkemuka di dunia Islam, Sayyid Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi (wafat 1420 H/1999 M) hingga memperoleh ijazah pertama (BA) pada tahun 1983. Banyak ilmu yang didapatnya dari Sayyid Abul Hasan An-Nadwi dan para tokoh ulama lain di sana. Pada tahun 1984, Ustadz Fahmi Zamzam berkunjung ke negeri Kedah, Malaysia, dan tinggal di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah Derang, Pokok Sena, Kedah. Inilah awal mula pengabdiannya di sana.Pada tahun 1985 ia kembali ke India untuk menyelesaikan pelajarannya pada tingkat sarjana (MA) dalam bidang Dakwah dan Sastera Arab yang diselesaikannya tahun 1987. Pada tahun 1988, Ustaz Ahmad Fahmi sempat berguru di Makkah kepada Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (wafat 1410 H/1990 M) dan memperoleh Ijazah ‘ammah dalam ilmu hadits dari gurunya itu. Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki telah berkhidmat lebih dari 20 tahun di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah, Derang, Kedah, dalam usaha mendidik tunas-tunas muda dan memimpin mereka ke jalan Allah. Selama di Kedah, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki sering menyampaikan pengajaran di masjid-masjid, terutama di Kedah. Sebagai seorang guru yang tinggi ilmunya, pengajaran-pengajarannya mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Selain itu, ia juga diminta oleh Radio RTM Kedah untuk mengisi ruang Kemusykilan Agama (Masalah-masalah Agama), yang disiarkan secara langsung sejak tahun 1994 sehingga 2001. Melalui acara tersebut, ia membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah-masalah agama berkaitan dengan kehidupan keseharian.