-
Shalom,
Mamee Chef - Malacca Factory Visit (PPP)
Assalammualaikum masyarakat, hawyadoin?
Pada 31.5.2014 bersamaan hari sabtu yang lepas aku dan
blogger-blogger yang lain melawat kilang mamee di Melaka. Dan ini
adalah aktiviti nuffnang aku , yang pertama aku join, so dengan
menggunakan waze & maps kiteorang pun pergila carik kilang
mamee subang, punyala susah nak carik rupanya sebelah Honda subang
je.
Bas ni lah yang akan hantar rombongan kiteorang ke Melaka. Bas
ni tunggu betul-betul kat parking Mamee Double Decker Berhad, Lot
793, Persiaran Subang Indah, Off Persiaran Subang,47500 Subang
Jaya, Selangor, Malaysia. Kiteorang meet up pukul 7:30 am, dan bas
bergerak dalam pukul 8:00PM.
-
Sampai-sampai je dah Nampak dari jauh MAMEE punyer banner yang
besar gedabak yang kaler dia kontra habis iaitu kuning &
biru.
-
Kedatangan kami disambut dengan senyuman dengan staff-staff
mamee.
-
Ini adalah ruang dimana kami akan diberi ilmu serba sedikit
pasal sejarah mamee & produk-produk yang dikeluarkan di kilang
mamee.
-
Ini adalah chef Lejen yang menunjukkan cara bagaimana mee
tarikni ditarik lepas menjadi kecik-kecik, dah macam magic dah.
Patut la mee mamee ni sedap, adunan dia ni sangat lejen. Apa yang
dorang Berjaya pegang ialah :THE RAMEN RATERS TOP TEN INSTANT
NOODLES OF ALL TIME 2014 EDITION(www.theramenrater.com), Putra
Brand Awards Bronze Recipient 2014 under food Stuff Category,Frost
and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient.
-
Ini adalah rahsia terbesar Mamee yang semua orang taktahu, iaitu
ciptaan asli mamee chef dari DatoChef Ismail yang menggambarkan
Malaysia.iaitu tom yam & kari laksa. Kiteorang dapat tengok
live, bau dia toksah cerita memang perut berdongdang sayang la
lepas bau.
-
Bergambar dengan patung mamee monster. Aum aum aum.. on nom nom
nom..
-
Tempat pengasingan mamee, kalo lebih dorang letak dalam bakul
hijau tu, supaya machine tu senang nak packet mamee tu. Janganpelik
kenapa dorang tak pakai sarung tangan bila asingkan tu, dorang
pakai hand sanitizer.
-
Ni dorang letak packet-packet mamee yang kecik tu masuk dalam
packet besar.
-
Yang ni pulak area Mamee cups diproses. Kilang mamee ni bentuk
dia memanjang, dan besar hokay.
-
Apa yang aku respect sangat pasal kilang mamee ni, tengok lantai
die, bersih gila bukan? Bagusnya! Bukan senang nak maintain lantai
bersih camni, lagi-lagi kilang makanan.
-
Ni tempat makan tengah hari kiteorang.
-
Jangan risau ye kawan-kawan, walaupun owner Kilang Mamee ni
cina, tapi produknya 100% HALAL. Selamat makan.
-
Kalau Nampak kat jonker street bangunan kuning ada tanglong ni,
ni adalah kedai mamee.. dia ada caf jugak kat dalam dia.
-
Dalamnya ada jual barang-barang Mamee macam merchandise, mamee
caf, ada mamee world, noodle doodle, dan lil moster kitchen.
-
Customize ur own mamee cup dekat tingkat atasdekat noodle doodle
! boleh mix and match favourite seasoning and condiments.
-
Aku punya mamee cup. Hahaha.crowded gila.
-
Proses membungkus.
-
Yeay! My own mamee cup dah siap.
-
Para blogger yang turut customize kan cup depa . main-main
dengan marker dan doodle.
-
Kat belah atas ada meja mamee cup besar.
-
MAMEE CAF!! Kalo lepak caf kalo dongak atas ade Nampak benda
unik ni. Wah bangunan lama ni memang cantik gila. Banyak omputeh
lepak lepak sini. Weee.
-
Yang paling famous kat sini delicious Hainanese Chicken Rice
Balls. Sedapnyer.
-
Sepanjang trip ni, sangat best sebab tak pernah ada pengalaman
pergi kilang lagi, bersama blogger pulak tu. Terima kasih nuffnang
bagi peluang yang sangat berharga camni. Sekian.