KIFAYATUL AKHYAR
* * ( ) * KIFAYATUL AKHYAR pada merungkaikan GHAYATUL IKHTISAR.
Juzuk pertama. Karangan al Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al
Husaini dan al hisni ad dimasqi as Syafie seorang daripada ulamak
kurun kesembilan hijrah. ((barang siapa yang Allah hendaklah
kebaikkan pada dia dia beri dia kefahaman pada ugamaNya)).
: . . 1. Segala puji bagi Allah yang menjadikan segala yang ujud
dari gelap ketiadaan dengan cahaya pengujudan, dan menjadikannya
sebagai dalil diatas keasaanNya bagi segala orang yang punya
matahati hingga Hari Kembali, dan yang mensyariatkan syariat yang
Dia pilih untuk diriNya, dan yang menurunkan dengan sebabnya akan
kitabNya dan mengutuskan dengan sebabnya akan penghulu segala
hamba-hamba lalu dia menjelaskan bagi kita hujjahnya, dan dia
berkata: ini jalan petunjuk. Moga Allah berselawat keatasnya dan
keatas kaum keluarganya sebagai selawat yang murni yang tidak
kehabisan.
() . .2. Adapun selepas itu, maka segala jiwa-jiwa yang murni
yang menuntut martabat-martabat yang tinggi tidak putus-putus
bertabiat pada menghasilkan ilmu-ilmu syara, yang satu daripada
jumlahnya adalah mengetahui cabang-cabangan hukum-hukum fekah,
kerana dengannya tertolaklah segala was-was yang berpunca dari
syaitan dan sah segala muamalat dan segala ibadat yang
direstui.
( ). .3. Hendaklah kamu ambil kata penghulu orang-orang yang
dulu dan kemudian pada kemuliaan fekah itu, selawat dan salam
keatasnya ((orang yang Allah hendakkan ada kebaikkan pada dirinya
Allah berikan dia fekah i.e kefahaman pada ugama)). Meriwayatkannya
dua syeikh dari riwayat Muawiyah. ( ). .4. Diriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((tidak disembah
Allah subhanahu dengan sesuatu yang lebih afdhal dari fekah i.e
faham pada ugama)). Meriwayatkanya Turmizi didalam jaminya. ( ) :
.5. Dan dari Yahya bin Abu kathir pada kata Allah taala ((dan
tahanlah diri kamu bersama orang-orang yang berdoa kepada Tuhan
mereka dipagi dan petang hari, mereka itu mahukan wajahNya)),
katanya: majlis zikir.
( . : ! : ). 6. Kata Atha pada kata nabi sawm bila kamu lalu
pada taman-taman syurga maka hendaklah kamu singgah. Kata mereka:
wahai rasulullah! Apa dia taman-taman syurga itu? Katanya:
halaqah-halaqah zikir.
.7. Kata Atha: zikir itu adalah majlis halal dan haram,
bagaimana kamu membeli, bagaimana kamu menjual, bagaimana kamu
sembahyang, bagaimana kamu mengerjakan haji, bagaimana kamu
berkahwin, bagaimana kamu bercerai dan yang seumpama yang demikian
itu.
: .8. Kata Sufian bin Uyaynah: tidak diberikan kepada sesaorang
selepas daripada kenabian akan suatu yang terafdhal daripada ilmu
dan fekah pada ugama.
: .9. Kata Abu Hurairah dan Abu Zarr r anhuma: satu bab ilmu
yang kami pelajari lebih kasih kepada kami dari seribu rakaat
sunat. : . .10. Kata umar r.a: sungguhnya kematian seribu ahli
ibadat yang berdiri malam dan puasa siang lebih ringan dari
kematian seorang alim yang tajam mata hati berkenaan halal dan
haram bagi Allah taala. Ayat-ayat dan hadith-hadith dan athar-athar
pada demikian itu sangat banyak.
. 11. Bilamana fekah itu berada pada martabat yang mulia dan
kelebihan yang tinggi sebegini adalah pengamatan padanya berada
pada darjat pertama, dan memalingkan masa yang mahal bahkan semua
umur padanya adalah terutama, kerana jalannya jalan syurga dan
beramal dengannya penjagaan dan perisai dari neraka.
.12. Ini bagi orang yang mencarinya untuk memahami ugama diatas
jalan menjayakan diri dari neraka, bukan kerana tujuan meninggi
diri diatas rakan-rakan sebaya dan tujuan mendapatkan harta dan
kemegahan.
( ). . 13. Kata rasulullah sawm siapa yang mempelajari satu ilmu
yang jenisnya dituntut wajah Allah taala dengannya tidak dia
mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan dengannya akan tujuan
dunia tidak dia mendapat bau syurga pada hari kiamat kelak.
Meriwayatkannya Abu Daud dengan isnad yang sahih. ( ). . : ( ).
.14. Katanya lagi siapa menuntut ilmu untuk berbalah dengan
orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengannya sesama ulamak atau
memalingkan wajah orang ramai kepadanya maka hendaklah dia
mensiapkan tempat duduknya didalam neraka. Meriwayatkannya Turmizi
dari riwayat Kab bin Malik. Dan dia berkata ((Dia memasukkannya
kedalam neraka)). Moga Allah yang maha pemurah memaafkan kita dari
demikian itu.
. . : .15. Ketahuilah bahawa para penuntut ilmu itu berbeza
dengan sebab berbeza tujuan-tujuan mereka, dan himmah-himmah mereka
berlainan dengan sebab berlainan martabat-martabat mereka. Maka
yang seorang ini menyelam dilautan dan umpamanya untuk mendapatkan
mutiara yang besar, sementara yang seorang ini berpuas hati dengan
seringkas-ringkas ilmu. Kemudian orang yang berpuas hati itu ada
dua jenis, satu daripadanya orang yang mempunyai keluarga yang
sungguh dia dikuasai oleh penat lelah, sementara yang seorang lagi
mengadap kepada Allah taala dengan benar dan kesungguhan.
16. Maka orang yang pertama itu tidak dapat bergaul dengan
makhluk sementara yang salik pula sentiasa sibuk dengan apa yang
dia tumpukan malam dan siangnya bersama dirinya yang berada didalam
resah. . . ( ).17. Maka aku mahukan kedua mereka berehat dengan
mengekalkan apa yang dia berada diatasnya dan membiarkan usaha
setiap mereka pada apa yang menyeru hajat kepadanya. Aku berharap
dari Allah yang mulia yang berkuasa agar memudahkan apa yang
terhasil dengannya oleh jelas dan mudah, maka sungguhnya ia harapan
orang yang mengharap dan penampung orang-orang yang lemah lagi
pecah hati. Aku namakan kitab ku ini dengan KIFAYATUL AKHYAR pada
menghuraikan ibarat GHAYATUL IKHTISAR. .18. Aku mohon Allah yang
maha besar maha pengampun agar mengampunkan aku dan kekasih-kekasih
ku dari balasan tipudayaNya dan murkaNya dan dari azab neraka,
sungguhnya Dia diatas apa yang Dia mahukan Tuhan yang maha berkuasa
dan dengan memperkenan doa Tuhan yang pasti. ( . ).19. Kata syeikh
[Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian
alam].
() . : : . . .20. [Segala puji]. Puji itu sebut baik keatas
Allah taala dengan sifat-sifat zatNya yang cantik dan selainnya,
dan syukur adalah sebut baik keatasNya dengan pemberian
nimatNya.kerana ini boleh kamu katakan: aku puji si pulan diatas
ilmunya dan murah hatinya, dan tidak boleh kamu katakan: aku
syukuri dia diatas ilmunya. Maka setiap syukur itu puji dan tidak
setiap puji itu syukur. Dikatakan selain demikian itu.
() . : . . . 21. [Bagi Allah]. Huruf lam pada nama yang mulia
itu untuk istihqaq. Tidak kamu katakan . Diidhafatkan puji itu
kepada nama yang mulia ini tidak baki nama-nama kerana ia nama zat
yang mana ia bukannya musytaq. Ramai ulamak muhaqqiq berjalan
diatas bahawa ianya musytaq.
( ). . : . . 22. [Rabb i.e Tuhan sekelian alam]. adalah dengan
makna pemilik dan dengan makna mengasuh dan mengelokkan. Kerana ini
dikatakan iaitu si pulan itu menambahbaikkan kampung itu. Maka
Allah taala adalah pemilik yang mendidik dan membaikkan sekelian
alam ini. Maha suci dan maha tinggilah Dia.
. : . . . .23. i.e sekelian jamak yang tidak ada mufrad baginya
dari lafaznya. Berselisih ulamak pada mereka itu. Maka dikatakan:
mereka itu adalah manusia dan jin. Mengatakannya Ibnu Abbas.
Dikatakan: semua makhluk. Mengatakannya Qatadah dan Hasan dan
Mujahid.
: ( ). . .24. Kata musannif [selawat Allah keatas Muhammad
penyudah para nabi-nabi dan keatas para sahabatnya sekeian].
Selawat dari Allah adalahrahmat, dan dari malaikat istighfar dan
dari anak adam rendah diri dan doa. Rasulullah sawm dinamakan
dengan nama Muhammad kerana banyak sifat-sifatnya yang terpuji.
: . . : . : . . 25. Dikhilafkan pada keluarga maka dikatakan:
mereka itu Bani Hasyim dan Bani Muttalib. Ini apa yang dipilih
Syafie dan para sahabatnya. Dikatakan: mereka keturunan dan ahli
rumahnya. Dikatakan: keluarganya adalah semua umatnya. Memilih
pendapat ini sekumpulan daripada ulamak muhaqqiq yang sebahagian
mereka itu al Azhari.
. . . .26. jamak . Dia adalah setiap orang Islam yang bertemu
nabi sawm dan para sahabatnya walaupun sesaat. Dikatakan orang yang
lama bersahabat dan semajlis dengannya. Yang pertama adalah yang
rajih disisi para muhaddith. Yang kedua adalah yang rajih disisi
ulamak dua usul.
: ( . . ). 27. Kata syeikh: [meminta aku sebahagian rakan-rakan
ku, moga Allah taala memelihara mereka, agar aku membuat satu
mukhtasar pada ilmu fekah diatas mazhab imam Syafie, pada
sehabis-habis ringkas, yang ringan diatas penuntut memahaminya dan
mudah diatas orang yang mula belajar menghafalnya, dan agar aku
membanyakkan padanya pembahagian-pembahagian dan pembatasan
perkara-perkara. Maka aku perkenankan dia kepada semikian itu dalam
keadaan aku mencari pahala lagi gemar kepada Allah subhanahu pada
taufik kepada kebenaran, sungguhnya Dia Tuhan yang kuasa diatas apa
yang Dia hendak dan dengan dengan para hamba-hambaNya maha tahu
lagi nampak. . . 28. Mukhtasar adalah apa yang sedikit lafaznya dan
banyak makna-maknanya. Mazhab Syafie adalah jalannya. . . . 29.
Syafie dinisbahkan kepada datuknya, Syafi. Kuniahnya Abu Abdillah.
Namanya Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi bin Saib
bin Abid bin Yazid bin Hashim bin Muttallib bin Abdu Manaf. . . 30.
Dia bertemu dengan rasulullah sawm pada Abdu Manaf, kerana
rasulullah sawm adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hashim bin Abdu Manaf. Nisbah yang betul kepadanya adalah ,
sementara adalah silap. . .31. Ghayah bagi sesuatu maknanya terjadi
satu kesan diatas suatu itu, sepertimana kamu katakan: ghayah
jualan yang sah adalah halal ambilan manfaat dengan barang jualan,
dan ghayah bagi sembahyang yang sah adalah memadanya dan tidak
perlu dikadha. Yang dikehendaki disini adalah sehabis-habis ringkas
lafaz dan .
. . . .32. Taufik adalah menjadikan kuasa melakukan ketaatan.
Bersalahan khizlan maka ia manjadikan kuasa melakukan maksiat.
Betul adalah lawan bagi salah. Wallahu alam.#
. . .33. KITAB TOHARAH. dipecahkan dari iaitu himpun. Dikatakan
apabila anak-anak si pulan itu berhimpun. Daripadanya i.e
longgokkan pasir. . : . .
34. Thoharah pada bahasa adalah bersih. Kamu katakan iaitu aku
membersihkannya. Pada syara: ibarat dari mengangkatkan hadath atau
menghilangkan najis atau apa yang pada makna keduanya atau diatas
rupa keduanya, seperti basuhan kedua dan ketiga dan mandi-mandi
sunat dan tajdid wudhuk dan tayammum dan selain demikian itu
daripada apa yang tidak mengangkatkan hadath dan tidak
menghilangkan najis, akan tetapi pada maknanya.
( : ).35. Kata Musannif [air-air yang harus bersuci dengannya
tujuh air: air langit dan air laut dan air sungai dan air telaga
dan air mata air dan air salju dan batu hujan].
{ } . 36. Asal pada air langit itu kata Allah taala ((dan Dia
turunkan keatas kamu dari langit akan air untuk Dia menyucikan kamu
dengannya)), dan selain ayat ini.
( ). .37. Asal pada air laut kata nabi sawm bilamana ditanya
tentang air laut maka katanya ((laut itu airnya menyucikan dan
bangkainya halal)). Mengesahkannya Ibnu Hibban dan Ibnu Sakan dan
Turmizi dan Bukhari. (: ! . : ). . .38. Asal pada air telaga hadith
Sahl r.a, ((kata mereka: wahai rasulullah! Sungguhnya engkau
berwudhuk dari telaga Budhaah, sedang padanya air yang orang ramai
buat istinja dan perempuan berhaid dan orang berjunub buat bersuci,
maka kata rasulullah sawm: airnya menyucikan, tidak menajiskannya
sesuatu)). Membilangnya hasan oleh Turmizi sementara Imam Ahmad dan
selainnya membilangnya sahih. Air sungai dan air mata air pada
makna air telaga. : ( : ! : . . ). .39. Adapun air salju dan air
batu hujan maka asal padanya hadith Abu Hurairah r.a yang namanya
Abdul Rahman bin Sakhr diatas yang lebih sahih, katanya:
((sentiasalah rasulullah sawm bila bertakbir didalam sembahyang dia
diam sebentar sebelum dia membaca fatihah, maka aku kata: wahai
rasulullah! Apa yang kamu baca? Katanya: aku baca ya Allah jauhkan
diantara aku dan diantara kesalahan-kesalahan ku sepertimana Engkau
jauhkan diantara timur dan barat. Ya Allah! bersihkan aku dari
kesalahan-kesalahan ku sepertimana dibersihkan kain putin dari
kekotoran. Ya Allah! basuhlah aku dari kesalahan-kesalahan ku
dengan air dari salju dan air dari hujan batu)). Meriwayatkannya
Bukhari dan Muslim.* ( : ). . : . . 40. Kata musannif. [Kemudian
air-air itu diatas empat bahagian: air yang suci lagi yang
menyucikan yang tidak makruh, iaitu air mutlak]. Air yang
mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis adalah air mutlak.
Dikhilafkan pada tarifnya maka dikatakan: ia adalah air yang sunyi
dari kaid-kaid dan idhafat yang lazim. Ini adalah yang sahih
didalam Raudhah dan Muharrar dan dinaskan oleh Syafie. { } { }. . .
41. Maka katanya dari kaid-kaid keluar dengannya oleh seumpama kata
Allah taala ((dari air yang hina)) ((dari air yang memancut)).
Katanya idhafat yang lazim keluar dengannya seumpama air mawar dan
umpamanya. Dijaga-jagakan dengan idhafat itu akan idhafat yang
tidak lazim seperti air sungai dan umpamanya, maka idhafat ini
tidak mengeluarkannya dari keadaannya mengangkatkan hadath dan
menghilangkan najis kerana kekal keadaannya mutlak.: . . . .42.
Dikatakan: air mutlak itu adalah air yang kekal diatas sifat
kejadian asalnya. Dikatakan : apa yang dipanggil air. Dipanggil ia
sebagai mutlak kerana perkataan air bila dituturkan terpaling
kepadanya. Ini apa yang disebutkan Ibnu Solah, dan Nawawi
mengikutnya diatas demikian itu didalam Syarah Muhazzab.
( ). . . 43. Kata musannif [dan air yang suci yang menyucikan
yang makruh, iaitu air musyammas i.e terjemur matahari]. Ini adalah
bahagian kedua daripada bahagian-bahagian air, iaitu air musyammas.
Ianya suci pada dirinya kerana tidak bersentuh dengan najis dan
menyucikan iaitu mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis
kerana kekal itlak nama air keatasnya.
. . . ( : ). 44. Adakah ianya dimakruhkan? Padanya khilaf. Yang
paling sahih disisi Rafie bahawa ianya makruh digunakan. Ia adalah
yang musannif jazamkan. Rafie berhujjah untuknya dengan bahawa
rasulullah sawm ((menegah Aisyah r.a dari air musyammas dan berkata
bahawa ianya mewariskan sopak)).
( ). : . 45. Dan daripada Ibnu Abbas r.anhuma bahawa rasulullah
sawm berkata ((siapa yang mandi dengan air musyammas maka
mengenainya sopak maka janganlah dia mencela melainkan dirinya
sendiri)). Umar r.a memakruhkannya dan berkata: sungguh ianya
mewariskan sopak.
. .
46. Maka diatas ini air musyammas itu hanyalah makruh dengan dua
syarat. Satu daripadanya bahawa jemuran matahai itu pada
bejana-bejana yang boleh ditempa seperti tembaga besi dan timah,
kerana matahari bila berkesan padanya keluarlah daripadanya
karatnya yang terapung dipermukaan air, dan kerananya terjadilah
sopak.
. . . 47. Yang demikian itu tidak terjadi pada bejana emas dan
perak kerana murni jauhar keduanya, akan tetapi haram penggunaan
keduanya diatas apa yang telah lalu disebutkan. Maka kalau
dituangkan air musyammas dari bejana emas dan perak kedalam bejana
yang mubah tidak makruh ia kerana tidak ada karat itu. Begitu juga
tidak dimakruhkan ia pada bejana tembikar dan selainnya kerana
luput illat itu.
. . . 48. Syarat kedua bahawa jemuran matahari itu berlaku
dinegeri yang kuat kepanasannya tidak yang sejuk dan yang
sederhana, kerana kesan matahari pada keduanya lemah. Tidak ada
beza diantara bahawa jemuran itu disengajakan atu tidak kerna ujud
perkara yang bahaya itu. Tidak makruh air musyammas itu
dikolam-kolam tanpa khilaf.
. . . . 49. Adakah karahah itu dari sudut syara atau nasihat?
Padanya dua wajah. Yang paling sahih daripadanya didalam syarah
Muhazzab bahawa ianya dari sudut syara. Maka diatas ini diberi
ganjaran seorang diatas meninggalkan penggunaannya. Dan diatas yang
kedua yang mana ianya sebagai nasihat tidak diganjari padanya
kerana ia dari sudut penjagaan kesihatan.
. .50. Dikatakan: bahawa air musyammas itu tidak dimakruhkan
semata-mata. Rafie membangsakannya kepada imam-imam yang tiga
itu.
: . . . . . . .51. Kata Nawawi didalam Ziadah Raudhah: ianya
yang rajih dari sudut dalil, dan ianya mazhab kebanyakkan ulamak.
Karahahnya itu tidak ada dalil yang diiktimadkan. Bila kita katakan
karahahnya maka ianya karahah tanzih, ia tidak menegah sah
thoharah, dan khusus penggunaannya dengan tubuh, dan hilang ia
dengan disejukkan diatas yang paling sahih. Pada hal yang ketiga
ini dirujuk para doktor. Wallahu alam. Intaha. . 52. Apa yang
Nawawi sahkan daripada hilang karahah musyammas itu dengan
disejukkan sungguh Rafie mengesahkan didalam syarah Shaghir akan
kekalnya.
: . . . . . . 53. Katanya didalam Syarah Muhazzab pula: yang
betul bahawa musyammas itu tidak makruh. Dan hadith Aisyah ini
dhaif dengan ittifak para muhaddith. Sebahagian mereka
menjadikannya maudhu. Begitu juga apa yang diriwayatkan Syafie dari
Umar al khattab bahawa ia mewarisikan sopak adalah dhaif, kerana
ittifak para muhaddith diatas mendhaifkan Ibrahim bin Muhammad.
Sementara hadith Ibnu Abbas tidak makruf. Wallahu alam.
. . 54. Apa yang dia sebutkan daripada athar Umar r.a maka tidak
dibenarkan, dan dakwaannya tentang ittifak diatas mendhaifkan
Ibrahim seorang daripada para perawi bagi selain Muslim, maka
syafie mengatakan dia thiqah, dan pada perbuatan syafie
menthiqahkannya itu mencukupi. Dan sungguh menghukumkan dia orang
thiqah oleh ramai para huffaz, dan Daruqutni meriwayatkan athar ini
dengan sanad-sanad lain yang sahih.
: . . . . 55. Kata Nawawi didalam Ziadah Raudhah: makruh kuat
panas dan sejuk. Wallahu alam. Illat padanya adalah tidak meratakan
air. Katanya pada telaga Thamud bahawa ia ditegah darinya, maka
serendah-rendah martabatnya bahawa penggunaannya makruh. ( ).
56. Kata [dan yang suci yang tidak menyucikan, iaitu air
mustamal].
. ( ). ( ) . . 57. Ini adalah bahagian ketiga daripada
bahagian-bahagian air iaitu air yang telah digunakan pada
mengangkatkan hadath atau menghilangkan najis bilamana ia tidak
berubah dan tidak bertambah timbangannya. Maka ianya suci kerana
kata nabi sawm ((Allah menjadikan air itu menyucikan, tidak
menajiskannya sesuatu melainkan apa yang mengubah kecapannya atau
baunya)). Pada satu riwayat ((atau warnanya)) yang mana ianya
dhaif. Yang sabit adalah kecapannya atau baunya sahaja.
. . . . . 58. Adakah ianya menyucikan, mengangkatkan hadath dan
menghilangkan najis juga? Padanya ada khilaf mazhab bahawa ia tidak
menyucikan kerana para sahabat r.anhum serta kuat ambil berat
dengan urusan ugama tidak pernah mereka mengumpulkannya untuk
berwudhuk dengannya kali kedua. Kalaulah demikian tu harus nescaya
mereka melakukannya. Berselisih ashab syafie pada illat tegahan
penggunaannya kali kedua. Yang sahih bahawa telah tertunai satu
fardhu dengannya. Dikatakan: bahawa telah tertunai ibadat
dengannya.
. . . 59. Zahir faedah khlaf ini pada dua rupa masaalah.
Pertamanya pada keadaan yang digunakan air pada toharah sunat
seperti tajdid wudhuk dan mandi-mandi sunat dan basuhan kedua dan
ketiga. Maka diatas pendapat yang sahih adalah air itu menyucikan
kerana tidak tertunai sebarang fardhu dengannya. Sementara diatas
yang dhaif ianya tidak menyucikan kerana telah tertunai satu ibadat
dengannya.
. .60. Tidak ada khilaf bahawa air basuhan ketiga adalah
menyucikan diatas dua illat ini kerana tidak tertunai fardhu
dengannya dan ia tidak disyarakan. Dan basuhan yang pertama tidak
menyucikan diatas dua illat ini kerana telah tertunai fardhu dan
ibadat dengan airnya.
: . . . . 61. Rupa masaalah kedua: air yang mandi perempuan
kitabiah dengannya kerana haid supaya dia halal bagi suaminya yang
muslim. Adakah ianya menyucikan? Terbina ia diatas bahawa kalau dia
memeluk Islam adakah lazim dia mengulang mandi? Padanya khilaf.
Jika kita katakan tidak lazim dia mengulang mandi maka ia tidak
menyucikan, dan jika kita katakan lazim dia mengulang mandi yang
mana ia yang sahih maka pada air yang telah dia gunakan ketika
kufurnya ada dua wajah yang dibina diatas dua illat itu. Jika kita
katakan bahawa illatnya tertunai fardhu maka air itu tidak
menyucikan, dan jika kita katakan bahawa illatnya tertunai ibadat
maka ia menyucikan kerana perempuan kafir itu bukan ahli
ibadat.
. . 62. Ketahuilah bahawa isteri yang gila bila berhaid dan
suaminya memandikannya hukumnya adalah hukum perempuan kafir pada
apa yang telah kami sebutkan tadi. Ianya masaalah yang cantik yang
disebutkan Rafie pada sifat wudhuk sementara Nawawi menggugurkannya
dari Raudhah.
. . . 63. Ketahuilah bahawa air yang berwudhuk kanak-kanak
dengannya adalah tidak menyucikan. Begitu juga air yang berwudhuk
dengannya orang yang berwudhuk sunat. Begitu juga orang yang tidak
mengiktikadkan wajib niat, diatas yang sahih pada semua masaalah
ini.
. . 64. Kemudian, selama mana air itu berulang alik diatas
anggota tidak sabit baginya hukum istimal. Kalau mengalir air dari
satu anggota orang yang berwudhuk kepada anggota yang lain jadilah
ia mustamal, hinggakan kalau ia berpindah dari satu daripada dua
tangannya kepada yang satu lagi jadilah ia mustamal.
. . .65. Kalau berpindah air yang biasanya berpindah, dari satu
anggota ketempat lain pada anggota itu, sepertimana yang terjadi
ketika memindahkan air dari tapak tangan kepada lengan, dan dia
mengembalikannya ketapak tangan dan umpamanya, tidak mudharat
pindahannya, sekalipun memisahkannya dari tangan itu oleh angin.
Ianya masaalah yang cantik. Rafie menyebutkannya pada akhir bab
kedua daripada bab-bab tayammum, sementara Nawawi
mengabaikannya.
. .66. Walau begitu dia menyebutnya disini didalam Ziadah
Raudhah bahawa kalau terpisah air dari sebahagian anggota-anggota
orang yang berjunub kepada sebahagiannya akan dua wajah. Yang
paling sahih disisi Mawardi dan Ruyani bahawa pindahan itu tidak
memudharatkan dan air itu tidak menjadi mustamal. . . . . . 67.
Yang rajih disisi syeikh-syeikh Khurasan bahawa ia menjadi
mustamal. Kata al Imam bahawa pindahannya dengan kasad jadilah ia
mustamal. Jika tidak maka tidak. Nawawi mengesahkan didalam Tahkik
bahawa ia menjadi mustamal, sementara Ibnu Rifah mengesahkan bahawa
ia tidak menjadi mustamal.
. : . 68. Kalau seorang berjunub menyelam didalam air kurang dua
kolah dan air itu meratai tubuhnya kemudian dia berniat
terangkatlah janabahnya tanpa khilaf, dan jadilah air itu mustamal
dengan nisbah kepada orang lain, dan tidak menjadi mustamal dengan
nisbah kepada dirinya. Al Khawarizmi menjelaskannya, hingga bahawa
dia berkata: kalau dia berhadath kali kedua ketika selamannya itu
harus terangkat hadath itu dengan air itu. . . 69. Jika orang
berjunub itu berniat sebelum sempurna selam terangkatlah janabahnya
dari juzuk yang bersentuh dengan air tanpa khilaf, dan air itu
tidak menjadi mustamal, bahkan boleh dia sempurnakan selaman itu
dan terangkatlah janabahnya dari baki tubuhnya diatas yang sahih
lagi dinaskan. Wallahu alam.
( ).
70. Katanya [dan yang berubah dengan apa yang bergaul dengannya,
daripada benda-benda suci.]
. : . 71. Ini penyempurnaan bahagian ketiga. Takdir kalamnya:
air yang berubah dengan sesuatu daripada benda-benda suci adalah
suci pada dirinya tidak menyucikan yang lain, seperti air mustamal.
. . .72. Dhabitnya bahawa setiap perubahan yang menegah nama air
yang semata-mata menanggalkan keadaannya menyucikan. Jika tidak
maka tidak. Maka kalau ia berubah dengan perubahan yang sedikit
maka yang paling sahih bahawa ia menyucikan kerana kekal nama air
yang semata-mata itu.
" " . . 73. Katanya dengan apa yang bergaul dengannya kerana
memelihara dari apa yang berubah dengan benda suci yang berjiran
dengannya, walaupun perbubahan itu banyak, maka ia kekal diatas
keadaannya menyucikan, sepertimana bila ia berubah dengan minyak
atau lilin. Ini adalah yang sahih, kerana kekal nama air yang
semata-mata itu.
. . 74. Tidak dapat tidak bahawa adalah benda yang jatuh kedalam
air itu daripada benda yang ia terkaya darinya seperti zafaran dan
simen dan umpama keduanya. Adapun bila perubahan itu dengan barang
yang tidak terkaya air darinya seperti tanah dan kiambang dan kapur
dan zirnikh dan selainnya yang berada pada tempat tetap dan tempat
lalunya, dan air yang berubah dengan sebab lama tetapnya maka ianya
menyucikan, kerana payah dan kekal nama air yang semata-mata itu. :
. . 75. Memada pada perubahan itu oleh satu daripada sifat-sifatnya
yang tiga: rasa atau warna atau bau, diatas yang sahih. Pada satu
wajah yang dhaif disyaratkan berhimpun ketiga-tiganya.
. . . . 76. Tidak ada beza diantara perubahan yang nampak atau
perubahan yang maknawi, sepertimana bila bergaul dengan air oleh
apa yang menyamainya pada sifat-sifatnya, seperti air mawar yang
hilang bau dan air pokok dan air mustamal. Maka kita takdirkan
bahawa kalau yang jatuh itu mengubahnya dengan sifat yang dapat
dikesan dengan pancaindera dan ia menanggalkan keadaannya
menyucikan. Maka kita hukumkan tertanggal keadaan menyucikan air
ini yang jatuh padanya cecair yang menyamainya pada sifat-sifatnya.
Jika tidak maka ia tidak menanggalkan keadaan menyucikan darinya. .
. . 77. Kalau air berubah dengan tanah yang sengaja dicampakkan
kedalamnya maka ia menyucikan diatas yang sahih. Yang berubah
dengan garam ada beberapa wajah. Yang paling sahihnya menanggalkan
keadaannya menyucikan oleh garam bukit tidak garam air. . . . . . .
78. Kalau air berubah dengan daun-daun pokok yang berguguran dengan
sendiri jika ia tidak hancur lumat didalam air maka ia menyucikan
diatas yang paling zahir. Jika ia hancur lumat dan bergaul maka ada
beberapa wajah. Yang paing sahih bahawa ia kekal diatas keadaannya
menyucikan kerana payah memelihara darinya. Maka kalau daun-daun
itu dicampakkan kedalam air dengan sengaja dan ia berubah dengannya
maka pendapat mazhab bahawa ia tidak menyucikan. Sama sahaja ia
dicampakkan kedalam air itu dalam keadaan sekeping atau hancur.
Wallahu alam. ( ).79. Katanya [dan air najis, iaitu air yang jatuh
najis padanya sedang ia kurang dari dua kolah atau cukup dua kolah
lalu ia berubah]. . . . 80. Ini adalah bahagian keempat daripada
bahagian-bahagian air. Ianya sepertimana disebutkan terbahagi
kepada yang sedikit dan yang banyak. Maka adapun yang sedikit maka
ia menjadi najis dengan semata-mata bersentuh najis yang memberi
kesan, sama sahaja ia berubah atau tidak, sepertimana diitlakkan
oleh syeikh. ( ). (). . 81. Demikian itu kerana mafhum kata nabi
sawm ((bila air sampai dua kolah ia tidak menanggung khabath)).
Pada satu riwayat ((najis)). Maka hadith ini dengan mafhumnya
menunjuk keatas bahawa bila ia kurang dari dua kolah ia terkesan
dengan najis. . : . 82. Dipelihara dengan najis yang memberi kesan
dari yang tidak memberi kesan. Kata Nawawi didalam Raudhah: seperti
bangkai yang tidak ada baginya darah yang mengalir seumpama lalat
dan lipas dan umpamanya, dan seperti najis yang tidak dapat dilihat
pandangan sepintas lalu kerana umum bala dengannya, .83. Dan
sepertimana bila hinggap lalat diatas najis kemudian dia jatuh
kedalam air, dan percikkan kencing yang tidak dapat dikesan
pandangan sepintas lalu, maka dimaafkan darinya. . .84. Dan
sepertimana bila menjilat air oleh kucing yang bernajis mulutnya
kemudian ia ghaib dan diihtimalkan suci mulutnya itu. Maka air yang
sedikit itu tidak bernajis pada rupa-rupa masaalah ini.
. . . 85. Diihtimalkan juga sedikit bulu najis, maka ia tidak
menajiskan air yang sedikit. Menjelaskannya nawawi didalam
babbejana-bejana didalam ZiadahNya, dan dia menakalkannya dari para
ashab. : . . : .86. Katanya: tidak khusus ia dengan bulu anak adam
pada yang palling sahih; iaitu sebagai cabangan diatas najisnya
bulu anak adam. Kemudian dia kata: diketahui sedikit itu dengan
uruf.
: . : . 87. Kata al Imam: barangkali ianya bulu yang biasa
tercabut. Akan tetapi dia berkata didalam Syarah Muhazzab:
dimaafkan dari sehelai dan dua helai dan tiga helai. . . .88.
Dikecualikan juga haiwan bilamana ada najis pada manfaznya kemudian
dia jatuh kedalam air, maka ia tidak menajiskannya diatas yang
paling sahih kerana payah menjaganya. Menyebutkannya Rafie pada
syarat-syarat sembahyang. Bersalahan kalau haiwan itu orang yang
beristinja dengan batu maka ia menajiskannya tanpa khilaf,
sepertimana yang dia katakan didalam Syarah Muhazzab, kerana orang
yang istinja dengan batu itu boleh menjaga diri darinya.
. . 89. Dikecualikan juga keadaan bilamana kanak-kanak memakan
suatu yang najis kemudian dia ghaib dan diihtimalkan suci mulutnya,
sama seperti kucing, maka ia tidak menajiskan air sedikit.
Menyebutkan demikian itu Ibnu Sholah, dan ianya masaalah yang
cantik.
: . . .90. Kata Malik rahimahullah taala: air sedikit itu tidak
menajiskan melainkan dengan berubah, sama seperti yang banyak.
Ianya satu wajah didalam mazhab kita. Memilihnya Ruyani.
. . ( ) ( ) . 91. Pada qaul qadim bahawa air mengalir tidak jadi
najis melainkan dengan berubah. Memilihnya sekumpulan ulamak yang
daripada mereka itu al Ghazali dan baidhawi didalam kitabnya
Ghayatul Quswa. Ianya kuat dari sudut tilikkan, kerana dilalah
Allah menjadikan air itu menyucikan adalah dilalah tuturan dan
ianya lebih kuat dari dilalah mafhum pada kata nabi sawm bila air
sampai dua kolah. ( ) .92. Adapun air yang banyak iaitu dua kolah
maka lebih maka ia tidak jadi najis melainkan dengan berubah,
kerana kata nabi sawm ((Allah menjadi air itu menyucikan)), dan
kerana ijmak yang tersimpul diatas kenajisannya dengan berubah.
. . . . . 93. Kemudian tidak ada beza diantara perubahan yang
sedikit dan yang banyak, sama sahaja berubah kecapan atau warna
atau bau. Ini tidak ada khilaf padanya disini. Bersalahan apa yang
telah lalu pada perubahan dengan benda suci. Dan sama sahaja najis
yang bersentuh dengan air itu bergaul atau berjiran. Pada satu
wajah yang syaz bahawa najis yang berjiran itu tidak
menajiskannya.
.94. Katanya jatuh padanya najis dia menjaga dengannya dari
keadaan kalau air berbau dengan bangkai yang terdampar ditebing air
maka ia tidak menajiskan kerana tidak ada sentuhan.
. . .95. Katanya maka ia berubah dia menjaga dengannya dari
keadaan bilamana air yang banyak tidak berubah dengan najis, walhal
najis itu sedikit dan hancur didalam air maka ia tidak jadi najis.
Boleh digunakan semua air itu diatas pendapat mazhab yang sahih.
Pada satu wajah ditinggalkan kadar najis itu. . 96. Kalau jatuh
kedalam air yang banyak oleh najis yang menyamainya pada
sifat-sifatnya seperti air kencing yang hilang baunya maka kita
takdirkannya diatas apa yang telah lalu pada benda-benda suci. . .
. . 97. Kalau jatuh kedalam air yang banyak oleh najis yang keras
maka dua pendapat. Yang paling zahir bahawa harus dia menceduk dari
mana-mana tempat yang dia mahu. Tidak wajib menjauhi najis itu
kerana air itu semuanya suci. Pendapat yang satu lagi bahawa dia
menjauhi najis itu kadar dua kolah. . . . . .98. Kalau berubah
sebahagian daripada air yang banyak maka yang paling sahih didalam
Rafie Kabir adalah najis semua air itu. Yang paling sahih didalam
Ziadah Raudhah jika bakinya kurang dua kolah maka najis. Jika tidak
maka suci. Mentarjihkannya Rafie didalam Syarah Shaghir. Wallahu
alam.
(). . . . . . 99. Cabangan. Didalam Ziadah Raudhah bila jatuh
najis kedalam air dan disyakkan dakah ianya dua kolah atau tidak.
Maka yang dijazamkan al mawardi dan selainnya bahawa ianya najis
kerana najis itu pasti. Bagi al Imam padanya ada ihtimal. Yang
dipilih bahkan yang betul adalah jazam dengan sucinya kerana asal
adalah sucinya dan tidak lazim dari ujud najis oleh menjadi najis
air. Wallahu alam.
( ) : ( ). 100. Katanya [dua kolah itu lima ratus kati Iraq,
diatas jalan taqrib, pada kaul yang paling sahih], kerana apa yang
diriwayatkan al Mawardi dari Abdullah bin Umar r.anhuma, katanya:
kata rasulullah sawm ((bila air sampai dua kolah dengan kolah-kolah
Hajar tidak menajiskannya oleh sesuatu)).
: . . . . . 101. Kata Syafie r.a: kata Ibnu Juraij: aku pernah
lihat kolah-kolah Bani Hajar itu. Satu kolahnya memuatkan dua
qirbah atau dua qirbah dan sesuatu. Maka Syafie r.a bercermat dan
menjadikan sesuatu itu setengah. Satu qirbah itu tidak lebih
ghalibnya dari seratus kati. Ketika itu maka jumlah demikian itu
adalah lima qirbah iaitu lima ratus kati Iraq.
.102. Adakah demikian itu diatas jalan taqrib atau tahdid? Yang
paling sahihnya bahawa ia diatas jalan taqrib.
.103. Maka diatas pendapat yang paling sahih ini bahawa tidak
memudharatkan oleh kurang kadar yang tidak zahir dengan sebab
kurangnya oleh berlebih kurang pada perubahan dengan satu kadar
daripada benda-benda yang mengubah sifat air.
. . . . 104. Contohnya: kalau kita letakkan kadar sekati benda
yang mengubah sifat air kedalam lima ratus kati air ia tidak
berkesan, dan kalau kita kurangkan dari air yang lain kadar dua
kati atau tiga kati sebagai contoh walhal ianya lima ratus kati dan
kita letakkan sekati ia tidak berkesan, maka kurang sebanyak ini
tidak berkesan (pada keadaannya dua kolah). Kemudian kalau kita
letakkan kadar sekati benda yang mengubah sifat air pada lima ratus
kati melainkan lima kati sebagai contoh maka ia berkesan, kita
katakan kurang sebanyak ini memberi kesan.
. . .105. Diatas kaul tahdid: memudharatkan sebarangmana kurang,
sama seperti melaksanakan zakat. Dikatakan: dimaafkan kurang dua
kati. Dikatakan tiga dan umpamanya.
. . . 106. Kadar dua kolah itu dengan ukuran adalah satu dan
satu perempat hasta nisbah panjang dan lebar dan dalam. Kadarnya
dengan kati Damsyiq seratus lapan dan dua pertiga kati diatas jalan
taqrib diatas pendapat Rafie bahawa sekati Baghdad itu seratus tiga
puluh dirham. Wallahu alam.
* ( ).
107. Katanya [Fasal. kulit-kulit bangkai jadi suci dengan
disamak melainkan kulit anjing dan babi dan apa yang lahir dari
keduanya atau dari satu daripada keduanya]. .108. Haiwan yang jadi
najis dengan sebab mati bila disamak kulitnya sucilah ia dengan
samakkan itu, sama sahaja pada demikian itu haiwan yang dimakan
daging dan selainnya. ( : . : ). . 109. Asal pada demikian itu
hadith Maimunah r.a sekira-kira nabi sawm berkata pada kibasnya
((hendaklah kamu ambil belulangnya. Maka kata mereka: ianya
bangkai. Maka kata rasulullah sawm: menyucikannya air dan daun
salam)). Meriwayatkannya Abu Daud dan nasaie. Isnadnya hasan. ( ).
.
110. Daripada Ibnu Abbas r.anhuma bahawa rasulullah sawm berkata
((bila disamak belulang maka ia suci)). Meriwayatkannya Muslim. . .
111. Kemudian bila disamak kulit sucilah zahirnya dengan jazam,
begitu juga batinnya diatas kaul jadid yang masyhur, maka
sembahyang seorang diatasnya dan padanya dan menggunakannya pada
benda-benda kering dan basah. Harus menjualnya dan menghibahkannya
dan mewasiatkannya. Adakah harus memakannya hal keadaan ian
daripada haiwan yang boleh dimakan? Rafie mentarjihkan harusnya,
sementara Nawawi haramnya.
. . . 112. Adalah samakkan itu dengan benda-benda yang tajam
seperti tawas dan xx dan daun salam dan kulit limau dan manjakani.
Terhasil samakkan dengan benda-benda bernajis dan najis seperti
tinja merpati diatas yang paling sahih. Tidak memada mengeraskannya
dengan tanah dan matahari diatas yang sahih.
113. . . 114. Wajib membasuhnya selepas proses samakkan jika ia
disamak dengan najis diatas jalan putus. Begitu juga jika ia
disamak dengan benda suci diatas yang sahih. : . . . 115. Kata para
ashab: diiktibarkan pada keadaannya menjadi disamak akan tiga
perkara. Satu daripadanya tertanggal fahdlah-fadhlahnya, keduanya
bahawa menjadi elok diri kulit itu, ketiganya bahawa ia sampai pada
samakkan itu kepada keadaan yang kalau direndam ia didalam air
tidak kembali rosak dan busuk. Wallahu alam. . .116. Adapun kulit
anjing dan babi dan anak satu daripada keduanya maka tidak suci
disisi kita, tanpa khilaf, kerana keduanya najis pada ketika hidup
lagi, sedangkan samakkan itu hanya menyucikan kulit yang jadi najis
dengan sebab mati, kerana samakkan itu setakat menanggalkan
fadhlah-fadhlah kulit dan mengelakkan dari berubah zatnya, dan yang
maklum bahawa hidup itu lebih mendalam pada demikian itu berbanding
samakkan. Maka bilamana hidupnya tidak berfaedah pada sucinya maka
terutama bahawa samakkan itu tidak berfaedah padanya.
( ). { }. . . 117. Katanya [Tulang bangkai dan bulunya adalah
najis melainkan anak adam]. Asal pada demikian itu kata Allah taala
((diharamkan keatas kamu bangkai)). Pengharaman apa yang tidak
haram dan tidak memudharatkan pada memakannya menunjuk atas
najisnya. Tidak ada syak bahawa tulang dan bulu itu daripada
juzuk-juzuk haiwan.
. . . 118. Naam, pada rambut itu ada khilaf, pada bahawa ianya
jadi najis dengan sebab mati atau tidak. Ianya dua pendapat. Satu
daripadanya ia tidak jadi najis kerana tidak jatuh nyawa padanya,
maka tidak ada roh padanya, maka ia tidak jadi najis dengan sebab
mati dengan dalil bila ia dipotong ia tidak berasa dan tidak
sakit.
. .
119. Yang paling zahir daripadanya bahawa ia jadi najis. Ianya
adalah yang dijazamkan syeikh kerana jika ia bernyawa maka ia jadi
najis dengan sebab mati, dan jika ia tidak bernyawa maka ia jadi
najis kerana mengikutkan keseluruhan tubuh kerana ia sebahagian
daripadanya sepertimana wajib membasuhnya pada toharah dan
janabah,
. . . .
120. Adapun tulang maka padanya ada khilaf. Dikatakan: ianya
sama seperti rambut. Pendapat mazhab adalah jazam dengan najisnya
kerana ia berasa dan sakit dengan dipotong. Bulu halus dan bulu
pahat dan bulu pelepah sama seperti bulu rambut.
. . . . 121. Maka bila kita kata dengan najis bulu maka pada
bulu anak adam ada dua pendapat kerana bina diatas jadi najisnya
dengan sebab mati. Jika kita katakan dia jadi najis dengan sebab
mati maka begitu juga jadi najis bulunya. Dan jika kita katakan dia
tidak jadi najis yang mana ia yang rajih maka tidak jadi najis
bulunya diatas yang paling sahih. Wallahu alam.* ( ) : ( ). .122.
Katanya [Tidak harus mengunakan bejana emas dan perak, dan harus
menggunakan selain keduanya daripada bejana-bejana], kerana apa
yang sabit pada hadith yang sahih daripada riwayat Huzaifah r.a
katanya: aku dengar rasulullah sawm berkata ((jangan kamu memakai
sutera dan dibaj dan jangan kamu minum pada bejana emas dan perak,
maka ianya untuk mereka didunia dan untuk kamu diakhirat)). ( ). (
). ( ) . 123. Didalam Muslim ((orang yang minum pada bejana emas
dan perak dia hanya mengalirkan masuk didalam perutnya api neraka
jahannam)). Pada satu riwayat ((siapa minum pada bejana emas atau
perak maka dia hanya mengalirkan kedalam perutnya api neraka
jahannam)). Pada satu riwayat ((sungguhnya orang yang makan dan
minum)), al hadith. . . . .124. Huruf jim pada yang kedua
dikasrahkan tanpa khilaf. Mengatakannya Nawawi. Didalam al Iqlid
ada satu hikayat yang menyalahinya. Adapun maka harus padanya rafa
dan nashab, nashab adalah yang sahih. . . . . .125. Maknanya bahawa
peminum itu mencampakkan api neraka kedalam perutnya dengan
tegukkan yang berturutan didengar baginya bunyi menggelegak iaitu
bunyi kerana mengalir air itu didalam halkumnya. Diatas riwayat
rafa adalah itu fael. Maknanya bahawa api itu berbunyi didalam
rongganya. Moga Allah taala mensejahterakan kita darinya dan dari
perbuatan yang endekatkan kita kepadanya. : . . . . 126. Kata
Nawawi didalam syarah Muslim: kata para ashab: tersimpul ijmak
diatas pengharaman makan dan minum dan sekelian penggunaan pada
bejana emas atau perak, melainkan apa yang dihikayatkan dari Daud.
Kaul qadim Syafie bahawa ianya dimakruhkan. Para ulamak muhaqqiq
tidak mengambil kira, bersalahan Daud. Kata-kata Syafie itu
ditakwilkan sepertimana dikatakan pengarang Taqrib, serta bahawa
Syafie telah menarik balik kaul qadim itu.
. . 127. Maka terhasil bahawa ijmak tersimpul diatas haram
penggunaan bejana emas dan perak pada makan dan minum dan bersuci
dan makan dengan sudu daripada satu daripada keduanya dan berdupa
dengan pedupaan diperbuat daripadanya dan semua wajah-wajah
penggunaan. Daripadanya bekas dan batang celak dan bekas-bekas yang
mahal dan selain itu. Sama sahaja bejana yang kecil dan yang
besar.
. . . . 128. Sama pada pengharaman itu oleh lelaki dan perempuan
tanpa khilaf. Beza diantara lelaki dan perempuan hanyalah pada
memakai barang kemas dengan tujuan berhias perempuan untuk suami
dan penghulunya. Haram menggunakan air mawar dan minyak pada botol
dari emas dan perak. Ini adalah yang sahih.
. . . .129. Didalam al Qanani: begitu juga haram menghiasai
kedai dan rumah dan tempat-tempat duduk dengan bejana-bejana emas
dan perak. Ini yang betul. Sebahagian ashab mengharuskannya yang
mana ia kesilapan kerana setiap suatu yang asalnya haram maka
memandang kepadanya adalah juga haram. Syafie da para ashab
menaskan bahawa kalau seorang berwudhuk atau mandi dari bejana emas
atau perak dia melakukan maksiat.
. . .130. Haram membuat bejana-bejana ini tanpa menggunakannya
diatas yang sahih, kerana apa yang haram menggunakannya haram
membuatnya seperti alat-alat kelalaian. Moga Allah menyelamatkan
kita dari mencapai apa yang menjadi sebab neraka. Haram diatas
tukang membuatnya, dan dia tidak berhak kepada upah kerana
perbuatannya maksiat. . .131. Kalau seorang memecahkan
bejana-bejana ini maka tidak ada ganti rugi diatasnya. Tidak halal
seorang menuntutnya dengan ganti rugi dan tidak juga melaporkannya
kepada penguasa-penguasa zalim pada zaman kita ini kerana mereka
itu orang-orang jahil yang mencapai bejana-bejana ini sampaikan
mereka meminum arak menggunakannya beserta dengan alat-alat
kelalaian.
( . : ! : ). 132. Pada hadith Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah
sawm berkata ((diiubah rupa sekumpulan orang daripada umat ku pada
akhir zaman kelak menjadi kera dan babi. Kata mereka: wahai
rasulullah! Bukankah mereka itu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa engkau rasulullah? Katanya: bahkan. Akan
tetapi mereka mengambil pemuzik-pemuzik dan penyanyi-penyanyi maka
mereka bermalam diatas kelalaian dan permainan mereka lalu diwaktu
pagi mereka diubah rupa menjadi kera dan babi)). ( ). . .133. Pada
satu hadith Anas r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((siapa duduk
mengadap penyanyi perempuan, mendengar darinya dituangkan pada dua
telinganya aniq)). Aniq itu timah yang cair. Wallau alam.
. : . . . .134. Adapun bejana selain emas dan perak maka jika ia
dari permata yang mahal seperti delima dan fairuz dan umpama
keduanya maka adakah ianya haram? Padanya khilaf? Dikatakan: haram
kerana padanya ada unsur bermegah-megah dan berlebih-lebih dan
memecahkan hati fakir miskin. Yang sahih bahawa ianya tidak haram.
Tidak ada khilaf bahawa tidak haram bejana yang mahal nilainya pada
pembuatannya dan tidak dimakruhkan, sama seperti memakai sutera
kattan dan bulu yang mahal.
() . . . 135. Cabangan. Kalau seorang membuat bejana dari
tembaga dan umpamanya dan dia menyadurnya dengan emas atau perak,
jika terhasil sesuatu daripadanya dengan diletakkan diatas api
haram ia diatas yang sahih. Jika tidak terhasil sedikit daripadanya
dengan dirintangkan diatas api maka yang ditarjihkan pada bab ini
bahawa ia tidak haram. Yang ditarjihkan pada bab zakat dua duit
bahawa ianya haram. : . . . . . 136. Kata Nawawi didalam Syarah
Muhazzab: kalau seorang menyadur pedang dan selainnya daripada
alat-alat perang atau selainnya dengan emas, sebagai saduran yang
tidak terhasil sesuatu daripadanya dengan dirintangkan diatas api
maka dua jalan. Yang paling sahih daripada keduanya dan dengannya
jazam ulamak-ulamak Iraq adalah haramnya kerana hadith itu. Masuk
padanya cincin dan kotak pasir dan botol dakwat dan selainnya. Maka
hendaklah dia mengelakkan demikian itu. Wallahu alam.
: . . . . .137. Katanya didalam Syarah Muhazzab: menyadur
bumbung rumah dan dindingnya dengan emas atau perak adalah haram
dengan jazam. Kemudian jika terhasil daripadanya sesuatu dengan
dirintangkan diatas api haram mengekalkannya Jika tidak maka tidak.
Mengikutnya Ibnu Rifah diatas jazam dengan demikian itu. Wallahu
alam.* (. . : ).
138. [Fasal. Siwak itu sunat pada setiap keadaan melainkan
selepas zawal bagi orang yang puasa. Ianya pada tiga tempat lebih
kuat sunatnya: disisi berubah bau mulut kerana diam lama, dan
disisi bangun dari tidur, dan disisi berdiri untuk sembahyang.]
( ). . . . 139. Siwak itu sunat semata-mata kerana kata nabi
sawm ((siwak itu bekas air untuk menyucikan mulut dan keredhaan
Tuhan)). Ianya hadith sahih yang diriwayaktan Ibnu Khuzaimah dan
Ibnu Hibban dan Baihaqi dan Nasaie dengan isnad yang sahih.
Menyebutkannya Bukhari sebagai talik dengan sighah jazam. Taliknya
dengan sighah jazam itu betul. () . .140. dengan fathah mim dan
kasrahnya. Ianya setiap bejana yang digunakan untuk bersuci, maka
diserupakan siwak dengan demikian itu kerana ia menyucikan
mulut.
. ( ). . ( ). 141. Adakah ia dimakruhkan bagi orang yang puasa
selepas zawal? Padanya khilaf. Yang rajih didalam Rafie dan Raudhah
bahawa ianya makruh kerana kata nabi sawm ((sungguhnya bau mulut
orang yang puasa lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi)).
Meriwayatkannya Bukhari. Pada satu riwayat bagi Muslim ((pada hari
kiamat)).
. . 142. dengan dhammah kha dan lam adalah perubahan. Dikhaskan
ia dengan perubahan selepas zawal kerana perubahan mulut dengan
sebab puasa zahir ketika ketika itu.
. : . . . : .143. Maka kalau berubah mulut sesaorang selepas
zawal dengan sebab lain seperti tidur atau selainnya maka dia
bersiwak kerana demikian itu tidak dimakruhkan ia. Dikatakan: tidak
dimakruhkan bersiwak semata-amata. Dengannya berkata imam-imam yang
tiga, sementara Nawawi mentarjihkannya didalam syarah Muhazzab.
Kata Qadhi Husain: makruh ia pada fardhu tidak pada sunat, kerana
takutkan riak.
. . : . . 144. Kata Musannif bagi orang yang berpuasa difahami
darinya bahawa karahah itu hilang dengan tenggelam matahari. Ini
adalah yang sahih didalam Syarah Muhazzab. Dikatakan: kekal karahah
itu hingga kepada makan berbuka. Wallahu alam.
. . . . 145. Kemudian siwak itu jadi kuat sunatnya pada beberapa
tempat. Daripadanya disisi berubah mulut kerana azm dan selainnya.
Azm itu dikatakan diam yang lama, dan dikatakan meninggalkan makan.
Katanya dan selainnya masuk padanya keadaan bilamana ia berubah
dengan makan benda yang punya bau busuk seperti bawang putih dan
bawang merah dan umpama keduanya. . ( ). ( ). . . .146. Daripadanya
disisi bangun dari tidur. ((sentiasalah rasulullah sawm bersiwak
bila dia terjaga dari tidur)). Diriwayatkan ((membersihkan mulutnya
dengan siwak)). Makna membersihkan dan membasuh. Wajah pengukuhan
tuntutan sunatnya disisi bangun tidur bahawa tidur itu melazimkan
tidak makan dan diam dari bercakap, yang mana keduanya sebeb-sebab
perubahannya.
( ). . ( ). . 147. Daripadanya ketika berdiri untuk sembahyang
kerana kata nabi sawm ((kalaulah aku tidak menyusahkan umat ku
nescaya aku suruh mereka bersiwak disisi setiap sembahyang)).
Meriwayatkannya dua syeikh. Daripada Aisyah r.a dari nabi sawm
katanya ((dua rakaat dengan siwak terafdhal dari tujuh puluh rakaat
tanpa siwak)). Meriwayatkannya Abu Nuaim dari hadith Humaidi dengan
isnad yang setiap rijalnya thiqah.
. . . .148. Siwak itu kuat dituntut disisi berdiri untuk
sembahyang sekalipun mulut tidak berubah. Tidak ada beza diantara
sembahyang fardhu dan sunat, hingggakan kalau seorang mendirikan
sembahyang yang punya banyak kali salam seperti dhuha dan tarawih
dan tahajjud disunatkan dia bersiwak untuk setiap dua rakaat.
Begitu juga sembahyang jenazah dan tawaf. Tidak ada beza diantara
sembahyang dengan wudhuk atau tayammum atau disisi luput dua yang
menyucikan.
. ( ). . 149. Kuat tuntutan sunatnya juga disisi wudhuk
sekalipun dia tidak sembahyang. Meriwayat nasaie ((kalaulah aku
tidak menyusahkan umat ku nescaya aku suruh mereka bersiwak disisi
setiap wudhuk)). Ibnu Khuzaimah membilangnya sahih sementara
Bukhari mentalikkannya. .150. Sunat ia disisi membaca Quran dan
disisi kuning gigi sekalipun tidak berubah mulut.
. . .151. Ketahuilah, terhasil amalan siwak itu dengan perca
kain dan dengan setiap benda kasar yang menghilangkan. Ranting kayu
terutama, dan ranting arak terutama. Yang terafdhal bahawa ianya
dengan ranting yang kering yang dilembabkan dengan air. Sunat
membasuhnya untuk dia bersiwak dengannya kali kedua.
. . . . . . .
152. Kalau seorang bersiwak dengan jari orang lain dan ianya
kasar ia memada dengan jazam. Dia mengatakannya didalam Syarah
Muhazzab. Pada jari dirinya sendiri ada khilaf. Yang rajih didalam
Raudhah bahawa ia tidak memada, sementara yang rajih didalam Syarah
Muhazzab adalah memadanya. Dengannya jazam Qadhi Husain dan
Muhamili dan Bughawi dan syeikh Abu Hamid, sementara Ruyani
memilihnya didalam al Bahr. Tidak mengapa seorang bersiwak dengan
siwak orang lain dengan izinnya. . . 153. Sunat bahawa dia bersiwak
dengan kanannya dan mula dengan sebelah kanan mulutnya, dan bahawa
dia melalukannya diatas bumbung halkumnya dengan lembut dan gusi
gerahamnya, dan dia niatkan sunat dengan siwak itu.
. .154. Sunat ia ketika masuk rumah dan ketika hendak tidur.
Wallahu alam.* (. : ).155. Katanya [Fasal. Fardhu-fardhu wudhuk itu
enam: niat ketika basuh muka].
156. . . 157. Ketahuilah bahawa wudhuk itu punya syarat-syarat
dan fardhu-fardhu. Maka syarat-syaratnya itu Islam dan tamyiz dan
air yang menyucikan, dan tidak ada penghalang yang zahir seperti
daki, dan tidak ada penghalang yang syarie seperti haid dan nifas,
dan masuk waktu pada hak orang yang punya dharurat seperti
perempuan mustahadah dan orang yang bertalian kentut.
. ( ). . .158. Adapun fardhu-fardhu maka enam sepertimana
disebutkan syeikh. Satu daripadanya niat kerana kata nabi sawm
((hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niatnya)).
Meriwayatkannya dua syeikh. Ianya fardhu pada bersuci dari
hadath-hadath, dan tidak wajib ia pada menghilangkan najis diatas
yang sahih.
. .159. Bezanya bahawa yang dimaksudkan dari najis-najis itu
adalah menghilangkannya yang mana ia terhasil dengan basuh,
bersalahan hadath-hadath, maka toharahnya adalah ibadat maka ia
perlu kepada niat sama seperti sekelian ibadat-ibadat. Beginilah
dikatakan Rafie.
. .160. Syarat sahnya adalah Islam, maka tidak sah wudhuk kafir
dan tidak mandinya diatas yang sahih, kerana niat itu ibadat dan
kafir itu bukan daripada ahlinya. Tidak sah toharah orang murtad
dengan jazam kerana memberatkannya.
. .161. Waktu niat yang wajib adalah ketika basuh awal juzuk
daripada muka kerana ia awal ibadat yang wajib. Tidak diberi
ganjaran dia diatas sunat-sunat yang mendahuluinya.
. . . .162. Kaifiatnya jika orang yang berwudhuk itu orang yang
sihat tidak ada sakit padanya adalah bahawa dia niatkan satu
daripada tiga perkara. Satu daripadanya mengangkatkan hadath atau
bersuci dari hadath. Keduanya bahawa dia berniat mengharuskan
sembahyang atau selainnya daripada apa yang tidak harus melainkan
dengan toharah. Ketiganya bahawa dia niatkan fardhu wudhuk atau
menunaikan wudhuk, sekalipun yang berniat itu kanak-kanak.
: . . . .163. Kata Nawawi didalam Syarah Muhazzab: kalau seorang
niat bersuci untuk sembahyang atau bersuci untuk selainnya daripada
apa yang terhenti diatas wudhuk ia memada. Dia menyebutkannya
didalam Tanbih. Kalau dia niatkan bersuci dan tidak mengatakan dari
hadath ia tidak memadainya diatas yang sahih kerana bersuci itu
adalah dari hadath dan dari najis, maka tidak dapat tidak dari niat
yang membezakan.
. . .164. Kalau dia niatkan wudhuk sahaja sah ia diatas yang
paling sahih didalam Tahkik dan Syarah Muhazzab. Bersalahan keadaan
bila dia niatkan mandi walhal dia berjunub maka ia tidak memadai.
Mawardi membezakan dengan bahawa wudhuk tidak dituturkan diatas
selain ibadat, bersalahan mandi.
.165. Kalau dia niatkan mengangkatkan hadath dan mengharuskan
itu maka ia sehabis-habis baik niat.
. . : . : .166. Adapun orang yang ada sakit padanya seperti
orang yang bertalian kencing atau perempuan mustahadhah maka dia
niat mengharuskan diatas yang sahih. Tidak sah dia niat
mengangkatkan hadath kerana hadathnya berterusan dan tidak
tergambar terangkatnya. Dikatakan: wajib dia menghimpunkan diantara
keduanya. Dikatakan: memada satu daripada keduanya. () . . 167.
Cabangan. Syarat niat itu adalah jazam. Maka kalau dia syak pada
bahawa dia berhadath lalu dia berwudhuk kerana bercermat kemudian
dia yakin bahawa dia berhadath, tidak dikira wudhuknya diatas yang
paling sahih, kerana dia berwudhuk dalam keadaan ragu-ragu.
. .168. Kalau dia yakin bahawa dia berhadath dan dia syak pada
bahawa dia telah bersuci kemudian ternyata dia berhadath wudhuknya
memadainya dengan jazam, kerana asal masaalah ini adalah kekal
hadathnya, maka tidak memudharatkan ragu-ragunya bersama
bersucinya, maka dikuatkan sisi niat dengan asal hadath itu,
bersalahan rupa masaalah yang pertama tadi. Wallahu alam. () .169.
Cabangan. Kalau dia berwudhuk maka dia lupa setompok pada basuhan
pertama maka ia terbasuh pada basuhan kedua atau ketiga ia
memadainya diatas yang sahih, bersalahan keadaan bila tompokkkan
itu terbasuh pada tajdid wudhuk, maka ia tidak memadainya diatas
yang sahih.
. . .170. Bezanya bahawa niat tajdid wudhuk tidak meliputi niat
fardhu, bersalahan basuhan kedua dan ketika maka niat fardhu
meliputi ketiga-ketiga basuhan itu, Maka apa yang tidak
menyempurnakan yang pertama tidak menghasilkan yang kedua dan
ketiga, dan kesilapan pada iktikad itu tidak memudharatkan. Adakah
tidak kamu lihat bahawa seorang yang sembahyang kalau meninggalkan
sujud rakaat pertama dalam keadaan lupa dan dia sujud pada rakaat
keduanya sempurnalah yang pertama itu, sekalipun dia iktikadkan
yang menyalahi demikian itu. Wallahu alam.
( ). . { }.171. Katanya [dan basuh muka]. Fardhu wudhuk yang
kedua basuh muka. Muka adalah yang awal daripada anggota-anggota
yang nampak. Kata Allah taala ((maka hendaklah kamu basuh muka-muka
kamu)). . . . . . 172. Wajib meratai muka dengan basuhan. Hadnya
mula dari permulaan dataran dahi hingga kepada penghujung dagu
nisbah panjang, dan dari satu telinga hingga kepada satu telinga
lagi nisbah lebar. Tempat andaman bukannya daripada muka. Dua
pelipis bukannya daripada muka diatas yang paling sahih didalam
Syarah Raudhah. Dia merujuk didalam al Muharrar, bahawa keduanya
adalah sebahagian daripada muka. . . .173. Kemudian bulu yang
tumbuh pada muka itu dua bahagian. Satu daripadanya tidak keluar
dari had muka, sementara yang kedua keluar darinya.
. . .174. Yang tidak keluar dari had muka itu terkadang
jarang-jarang tebal dan terkadang biasanya tebal. Maka yang
jarang-jarang tebal itu seperti dua kening dan bulu mata dan misai
dan tali tudung, iaitu dua yang setentang dengan telinga diantara
pelipis dan bauk. Maka wajib basuh zahir bulu-bulu ini dan batinnya
bersama dengan kulit dibawahnya, sekaipun ia tebal kerana ia
sebahagian daripada muka.
. . .175. Adapun bulu bauk maka jika ianya nipis wajib basuh
zahirnya dan batinnya bersama dengan kulit, dan jika ianya tebal
wajib basuh zahirnya diatas pendapat yang zahir. Kalau
sebahagiannya nipis dan sebahagiannya tebal maka yang rajih bahawa
bagi yang nipis itu hukum yang nipis semata-mata dan bagi yang
tebal itu hukum yang tebal semata-mata.
. .176. Sabit khilaf pada dhabit yang nipis dan yang tebal itu.
Yang sahih bahawa yang nipis itu apa yang kelihatan kulit
dibawahnya pada majlis bercakap, sementara yang tebal pula apa yang
menegah pandangan.
. .177. Bahagian kedua bulu-bulu yang keluar dari had muka,
iaitu bulu janggut dan bauk dan tali tudung dan dan janggut sepat
nisbah panjang dan lebar. Maka yang rajih wajib basuh zahirnya
sahaja kerana terhasil adap-mengadap dengannya. Dikatakan: tidak
wajib kerana ia keluar dari had muka. : . . . .178. Katanya didalam
Ziadah Raudhah: wajib basuh satu juzuk daripada kepala dan
tengkoknya dan apa yang dibawah dagunya bersama dengan basuh muka
supaya terpasti meratakannya. Kalau dipotong hidungnya atau
bibirnya lazim dia membasuh apa yang zahir dengan sebab dipotong
itu pada wudhuk dan mandi diatas yang sahih, kerana ia kekal
sebagai muka. Wajib basuh apa yang zahir daripada merah dua bibir.
Sunat bahawa dia mengambil air dengan kedua tangannya sekali.
( ).179. Katanya [dan basuh dua tangan bersama dengan dua
siku].
{ }. { } . 180. Fardhu yang kedua basuh dua tangan bersama
dengan dua siku, kerana kata Allah taala ((dan tangan-tangan kamu
hingga kepada dua siku)). Lafaz datang dengan makna sepertimana
pada kata Allah taala ((siap penolong-penolong Ku kepada Allah)),
iaitu bersama dengan Allah. ( ). . : ).181. Menunjuk kepada
demikian itu apa yang diriwayatkan Jabir r.a katanya ((aku lihat
rasulullah sawm memutarkan air diatas siku)). Meriwayatkannya
Daruqutni dan Baihaqi dan mereka tidak mendhaifkannya. Diriwayatkan
((bahawa dia memutarkan air diatas dua sikunya, dan berkata: ini
adalah wudhuk, Allah tidak menerima sembahyang melainkan
dengannya)).
. .182. Wajib menyampaikan air kepada semua bulu dan kulit,
hinggakan kalau ada kekotoran dibawah kukunya yang menegah sampai
air kepada kulit tidak sah wudhuknya dan sembahyangnya batil.
Wallahu alam. ( ).183. Katanya [dan sapu sebahagian kepala]. { }. (
) . 184. Fardhu keempat sapu sebahagian kepala, kerana kata Allah
taala ((dan hendaklah kamu menyapu kepala kamu)). Bukanlah yang
dikehendaki disini sapu semua kepala kerana hadith Mughirah r.a
((bahawa nabi sawm berwudhuk dan menyapu ubun-ubunnya dan diatas
serbannya dan diatas dua khufnya)), meriwayatkannya Muslim, dan
kerana orang yang memperlalukan tangannya diatas kepala anak yatim
betul dikatakan bahawa dia menyapu kepalanya.
. 185. Ketika itu maka yang wajib adala apa yang dituturkan
keatasnya nama sapu, walaupun sebahagian rambut atau kadarnya
daripada kulit.
. . 186. Syarat rambut yang disapu itu bahawa ia tidak keluar
dari had kepala kalau dia menjulurkannya dengan bahawa ianya
kerinting. Tidak mengapa melepasi tempat tumbuh rambut yang disapu
itu diatas yang sahih. . 187. Kalau dia membasuh kepalanya ganti
daripada sapu atau dia mencampakkan keatasnya setitik air dan ia
tidak mengalir atau dia meletakkan tangannya yang ada air diatasnya
keatas kepalanya dan tidak melalukannya ia memadainya diatas yang
sahih.
: . . . .188. Katanya didalam Ziadah Raudhah: tidak tertentu
tangan untuk sapu, bahkan harus dengan kayu atau perca kain dan
selain keduanya. Memada sapuan orang lain untuknya. Perempuan sama
seperti lelaki pada sapu ini. Wallahu alam .
( ) { }. . : . . . 189. Katanya [dan basuh dua kaki beserta dua
buku lali], kerana kata Allah taala ((dan kaki-kaki kamu hingga dua
buku lali)). Maka diatas qiraat nashab adalah basuh itu tertentu.
Takdirnya: dan basuhlah kamu akan kaki-kaki kamu. Sementara diatas
bacaan jar maka sunnah menjelaskan wajib basuh itu, dan kalaulah
sapu kaki itu harus tentu nabi sawm menerangkannya, walaupun
sekali, sepertimana nabi sawm buat pada selain demikian itu.
: . . . . 190. Kata Nawawi didalam Syarah Muslim: telah sepakat
ulamak diatas bahawa yang dikehendaki dengan dua buku lali itu dua
tulang yang membonjol diantara betis dan tapak kaki, dan pada
setiap satu kaki ada dua buku lali. Golongan Rafidhah mengeluarkan
pendapat pelik -moga Allah mengkeji mereka- maka kata mereka: pada
setiap satu kaki ada satu buku lali, iaitu tulang yang ada pada
belakang tapak kaki. Dihikayatkan ini dari Muhammad bin Hasan.
Ianya tidak betul.
. . ( ) . .191. Hujjah para ulamak pada demikian itu adalah
nakalan ahli lughah dan isytiqaq, dan hadith sahih ini yang kita
bincangkan menunjuk demikian itu. Maka padanya ((maka dia membasuh
kakinya yang kanan hingga dua buku lalinya, dan kakinya yang kiri
seperti demikian itu)), maka ia mensabitkan pada setiap satu kaki
itu ada dua buku lali. Wallahu alam.
. ( : . ) . . .
192. Aku kata: hadith Numan dan Bashir r.a mengisyarat dengan
jelas pada demikian itu. katanya ((berkata kepada kami rasulullah
sawm: luruskan barisan kamu. Maka aku lihat seorang dari kalangan
kami mendempekkan kepala bahunya dengan kepala bahu sahabatnya dan
buku lalinya dengan buku lali sahabatnya)) meriwayatkannya Muslim,
yang mana yang maklum bahawa ini pada buku lali sendi dan tidak
terboleh pada buku lali yang diats belakang tapak kaki. Wallahu
alam. . .
193. Ketahuilah bahawa basuhan itu wajib bila dia tidak menyapu
diatas kuf. Bacaan jar itu ditanggungkan diatas sapu khuf itu. . .
. . 194. Wajib basuh semua dua kaki dengan air dan membersihkan
kulit dan bulunya, hinggakan wajib basuh apa yang zahir pada
rekahan. Kalau dia meletakkan lilin atau inai pada rekahan itu dan
ia mempunyai jirimnya tidak memada wudhuknya dan tidak sah
sembahyangnya. Begitu juga wajib dia menghilangkan tahi kutu bila
dia sedar dari tidurnya, maka hendaklah dia berjaga-jaga dari
seumpama demikian itu.
. .
195. Maka kalau dia berwudhuk dan lupa untuk menghilangkannya
kemudian dia tahu wajib dia basuh tempat itu dan apa yang
selepasnya dan mengulang sembahyangnya. Wallahu alam.
() . . .196. Cabangan. Bila berhimpun diatas seorang hadath
kecil iaitu wudhuk dan hadath besar iaitu mandi maka padanya ada
khilaf yang tersebar luas. Yang betul yang difatwakan padanya
adalah memadainya basuh semua tubuhnya dengan niat mandi dan tidak
wajib dia menghimpunkan diantara wudhuk dan mandi, dan tidak ada
tertib pada demikian itu. Wallahu alam.
( ).197. Katanya [dan tertib diatas susunan yang telah kami
sebutkan]. . . ( ) . .
198. Fardhu keenam adalah tertib. Kefardhuannya difaham dari
ayat itu bila kita katakan huruf wau padanya untuk tertib. Jika
tidak, maka dari perbuatan dan kata-kata nabi sawm, kerana tidak
dinakalkan darinya bahawa dia berwudhuk melainkan dalam keadaan
tertib, dan kerana dia sawm berkata selepas bahawa dia berwudhuk
dalam keadaan tertib ((inilah wudhuk. Allah tidak menerima
sembahyang melainkan dengannya)), iaitu dengan seumpamanya,
meriwayatkannya Bukhari. Dan kerana wudhuk itu ibadat yang dirujuk
pada keadaan uzur kepada setengahnya, maka wajib padanya tertib
sama seperti sembahyang. Maka kalau seorang lupa tertib ia tidak
memada baginya, sepertimana kalau dia lupa fatihah didalam
sembahyang atau najis diatas tubuhnya.
() . . . .
199. Cabangan. Keluar dari faraj seorang oleh basahan yang harus
bahawa ianya mani dan harus bahawa ianya mazi, dan keadaan ini
kesamaran diatasnya. Maka apa yang wajib dia buat? Padanya ada
khilaf yang masyhur. Aku talikkan ia pada sebahagian kitab-kita
akan lebih daripada tiga belas pendapat. . . .200. Yang rajih
didalam Rafie dan Raudhah bahawa dia memilih. Maka jika dia mahu
dia jadikannya mani dan dia mandi, dan jika dia mahu dia
menjadikannya mazi dan dia basuh apa yang dikenainya daripada tubuh
dan kainnya dan dia berwudhuk, kerana bila dia menjadikannya mazi
dan berwudhuk maka sungguh dia telah mendatangkan apa yang dituntut
oleh wudhuk, maka terangkatlah hadath kecilnya dan tinggal hadath
besarnya dalam keadaan disyakkan padanya, yang mana asalnya adalah
tidak adanya. Beginilah dikatakan bila dia mandi.
. . . .201. Dikatakan wajib dia mengambil langkah cermat, kerana
kita pasti zimmahnya terlibat dengan satu daripada dua hadath dan
dia tidak keluar dari demikian itu melainkan dengan yakin, dengan
bahawa dia bercermat, samalah sepertimana kalau melazimi zimmahnya
satu daripada dua sembahyang dan dia tidak tahukan ainnya wajib dia
sembahyangkan kedua-duanya. Pendapat ini kuat. Mentarjihkannya
Nawawi rahimahullah didalam Syarah Tanbih dan didalam Ruus
masail-nya. Wallahu alam.
* (. : ). . . ( : ) . ( ) .202. Katanya: [Fasal. Sunat-sunatnya
sepuluh perkara: tasmiah] i.e menyabut nama Allah. Wudhuk mempunya
sunat-sunatnya. Sebahagian daripadanya adalah tasmiah pada
permulaannya. ((Diriwayatkan bahawa nabi sawm memasukkan tangannya
kedalam bejana air dan berkata kepada para sahabatnya: berwudhuklah
kamu dengan nama Allah)). Meriwayatkannya Baihaqi. Kata Nawawi:
isnadnya baik. Pada satu hadith ((setiap perkara yang punya tujuan
yang baik yang tidak dimulakan padanya dengan nama Allah maka ianya
kudung)) iaitu putus tangan. . . . . . . ( . ). .
203. Ianya sunat muakkad. Imam Ahmad berkata dengan wajibnya.
Maka kalau dia lupakannya pada mula wudhuk dia mendatangkannya bila
dia ingatkannya didalam wudhuk sepertimana pada tasmiah makan.
Kalau dia menginggalkannya dengan sengaja maka adakah disyarakan
dia memperdapatkannya? Padanya khilaf. Yang rajih ia. Didalam satu
hadith ((siapa berwudhuk dan menyebut nama Allah adalah wudhuknya
itu menyucikan seluruh tubuhnya, dan siapa yang tidak menyebut nama
Allah taala adalah ia menyucikan anggota-anggota wudhuknya)).
Meriwayatkannya Daruqutni dan Baihaqi dan dia mendhaifkannya dari
semua jalan-jalannya.
( ). . . . . 204. [dan basuh dua tapak tangan sebelum memasukkan
keduanya kedalam bejana air]. Daripada sunat-sunat wudhuk itu basuh
dua tapak tangan sebelum muka. Keduanya mempunyaia beberapa
keadaan. Satu daripadanya bahawa seorang itu yakinkan najis
keduanya. Maka orang ini dimakruhkan dia mencelupkan dua tapak
tangannya kedalam bejana sebelum membasuh keduanya tiga kali,
sebagai karahah tahrim, kerana dia merosakkan air.
( ). ( ). 205. Keadaan kedua bahawa seorang syak pada najis dua
tapak tangannya, seperti orang yang tidur dan dia tidak tahukan
dimana tangannya bermalam. Maka orang ini dimakruhkan juga
mencelupkan dua tapak tangannya kedalam bejana sebelum membasuh
keduanya tiga kali, kerana kata nabi sawm ((bila seorang dari pada
kamu bangun dari tidur maka hendaklah dia membasuh dua tangannya
sebelum dia memasukkan keduanya kedalam bejana, tiga kali, kerana
dia tidak tahu dimana tangannya bermalam)). Pada satu riwayat
((maka janganlah dia celupkan dua tengannya kedalam bejana sebelum
dia membasuh keduanya tiga kali)). . . . (( )). . . 206. Ini adalah
mazhab Syafie dan Malik. Berjalan sebahagian ulamak kepada wajib
basuh keduanya sebelum memasukkan keduanya kedalam bejana ketika
bangkit dari tidur kerana zahir tegahan itu, dan dia tidak
membezakan diantara tidur malam dan siang. Imam Ahmad berjalan
kepada wajib demikian itu pada tidur malam, tidak tidur siang,
kerana kata nabi sawm ((dimana bermalam tangannya)), yang mana
bermalam itu adalah pada waktu malam tidak siang. Sementara Syafie
rahimahullah menanggungkan tegahan itu diatas tidak wajib kerana
karenah keadaan. . . . . . . 207. Ketiganya bahawa dia yakinkan
suci keduanya. Maka orang ini tidak dimakruhkan dia mencelupkan dua
tapak tangannya kedalam bejana sebelum basuh keduanya, sebaliknya
sunat. Keadaan ini adalah yang disebutkan oleh syeikh. Tempat
ambilannya adalah bahawa ia adalah yang warid pada sifat wudhuk
nabi sawm, tanpa menyentuh tidur yang mendahului. Ternafi karahah
itu kerana luput illat yang warid pada khabar itu kerana hukum
berputar bersama illatnya, nisbah ada dan tidak ada. Wallahu alam.
( ) . . ( ). .
208. Katanya [dan kumur-kumur dan istinsyaq] kerana perbuatan
nabi sawm. Imam Ahmad berpendapat dengan wajib keduanya. Hujjah
Syafie kata nabi sawm ((sepuluh perkara daripada sunnah, dan dia
membilangnya kumur-kumur dan istinsyaq sebahagian daripadanya)).
Meriwayatkannya Muslim. . . .209. Kemudian asal sunatnya itu
terhasil dengan menyampaikan air kepada mulut dan hidung, sama
sahaja dia memutarkannya atau tidak. Ini adalah yang rajih. Akan
tetapi nas Syafie adalah diatas memutarkannya didalam mulut.
. . .210. Tidak disyaratkan pada menghasilkan sunatnya itu
bahawa dia meluahkan airnya, hinggakan kalau dia menelannya
tertunai sunatnya. Mengatakannya Nawawi didalam Syarah Muhazzab.
Berjalan sekumpulan ulamak kepada mensyaratkan luah pada
menghasilkan sunatnya.
. . .211. Mendulukan kumur diatas istinsyaqsyarat pada
menghasilkan sunat istinsyaq diatas yang rajih. Dikatakan sunat.
Wallahu alam.() . . . . . . . .212. Cabangan. Sunat mubalaghah pada
berkumur dan istinsyaq bagi orang yang tidak puasa. Adapun yang
puasa maka dikatakan haram pada haknya. Mengatakannya Qadhi abu
Thayyib. Dikatakan makruh. Mengatakannya Bandaniji dan selainnya.
Dikatakan meninggalkannya sunat. Mengatakannya Ibnu Shabbagh.
Wallahu alam.
( ). .213. Katanya [dan meratakan kepala dengan sapuan itu].
Daripada sunat-sunat wudhuk adalah meratakan kepala dengan sapuan,
kerana perbuatan nabi sawm, dan kerana keluar dari khilaf wajibnya.
. .214. Sunat pada kaifiat sapu semua kepala itu bahawa dia mula
dengan belah depan kepala, kemudian dia melalukan dua tangannya
hingga kepapan tengkoknya, kemudian dia memulangkan keduanya kepada
tempat yang dia mula padanya. Meriwayatkan demikian itu Abdullah
bin Zaid r.a pada sifat wudhuk rasulullah sawm.
. . .215. Dia meletakkan dua ibu jarinya diatas dua pelipisnya
dan mendempekkan dua telunjuknya. Pergi dan baliknya sekali. Ini
pada orang yang punya rambut yang terbalik dengan sebab pergi dan
balik itu, supaya sampai basahan kepada batin rambut dan
zahirnya.
. . 216. Adapun orang yang tidak punya rambut atau punya rambut
yang tidak terbalik maka dia menghadkan diatas melalukan pergi
saja. Maka kalau dia memulangkannya tidak dikira ia sebagai yang
kedua kerana keadaan air itu kekal dalam keadaan mustamal. .217.
Kalau dia tidak mahu menanggalkan apa yang ada diatas kepalanya
daripada serban atau selainnya dia menyapu diatas satu juzuk
daripada kepalanya dan menyempurnakan diatas serbannya. . . .218.
Yang terafdhal bahawa dia tidak menghadkan diatas kurang daripada
kadar ubun-ubunnya kerana nabi sawm menyapu ubun-ubunnya dan diatas
serbannya. Rafie mensyaratkan bahawa susah mengangkatkan serban
itu. Dia menyebutkannya didalam dua syarah baginya dan didalam
Muharrar. Nawawi mengikutnya didalam Minhaj dan menghazafkannya
dari Raudhah. . . .
219. Tidak harus menghadkan diatas sapu serban, dengan jazam
didalam Rafie dan Raudhah, kerana dia disuruh menyapu kepala, dan
orang yang menyapu serban bukan orang yang menyapu kepala. Didalam
al Bahr dari Muhammad bin Nasr seorang daripada ashab yang besar
bahawa ianya memada. Wallahu alam. ( ). . ( ). . : . 220. Katanya
[dan sapu dua telinga]. Sunat menyapu dua telinga zahir dan
batinnya dengan air baru. Begitu juga sunat sapu dua lubang telinga
dengan air baru. Kata Abdullah bin Zaid r.a ((aku lihat rasulullah
sawm berwudhuk lalu dia mengambil untuk dua telinganya akan air,
bukan air yang dia ambil untuk kepalanya)). Meriwayatkanya Hakim
dan Baihaqi dan mereka berkata isnadnya sahih. Hakim menambah maka
katanya: diatas syarat Muslim . .221. Kaifiat sapunya bahawa dia
memasukkan dua telunjuknya kedalam dua lubang telinganya dan
memutarkan keduanya pada lipatan-lipatannya, dan dia melalukan ibu
jarinya diatas zahir dua telinganya, kemudian dia mendempekkan dua
tapak tangannya walhal keduanya basah pada dua telinga kerana
menuntut rata. Kaifiat ini disebutkan Rafie, sementara Nawawi
menggugurkannya dari Raudhah.
( ).
222. Katanya [dan menyelati janggut yang tebal, dan menyelati
jari-jari dua tangan dan kaki]. ( ). . ( ). : . : .
223. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.anhuma ((bahawa nabi sawm
bila berwudhuk dia menyelati janggutnya yang mulia dengan
jari-jarinya dari pihak bawahnya). Ibnu Abbas r.anhuma meriwayatkan
((bahawa rasulullah sawm sentiasa menyelati janggutnya)). Kata
Bukhari: ini yang paling sahih apa yang sabit pada bab ini. Kata
Turmizi: bahawa ianya hasan lagi ahih. ( ). . : : .
224. Adapun menyelati jari-jari maka dari Ibnu Abbas r.anhuma
((bahawa rasulullah sawm berkata bila kamu berwudhuk maka selatilah
jari-jari dua tangan dan dua kaki kamu)). Meriwayatkannya Ibnu
Majah dan Turmizi dan katanya: hasan lagi gharib. Katanya berkenaan
illat-illatnya: aku pernah tanya Bukhari tentangnya maka katanya:
ia hasan. . .225. Kaifiat menyelati jari-jari kakinya bahawa dia
mulakan dengan kelingking tangannya yang kiri dari belah bawah
kaki, memulakan dengan kelingking kaki kanan, menyudahi dengan
kelingking kaki kiri. Kaifiat ini ditarjihkan Nawawi didalam
Raudhah.
. . . : . .
226. Dia menghikayatkan satu wajah yang lain bahawa dia
menyelati diantara setiap jari-jari dua kaki dengan satu jari
daripada jari-jari tangannya. Dia menghikayatkan didalam Syarah
Muhazzab satu wajah yang lain bahawa dia mula dengan kelingking
tangan kanan, dan dia mengkhabarkan bahawa keduanya sama. Dan dia
membangsakannya kepada Imam Haramain. Kemudian dia berkata: bahawa
apa yang dikatakan Imam adalah yang rajih yang dipilih. Begitu juga
dia memilihnya didalam Tahkik.
. . : . . .227. Menyelati jari-jari dua tangan adalah dengan
tasybik. Kemudian jika jari-jari itu melekat tidak sampai air
kepadanya melainkan dengan diselati wajib ia. Jika ia bersedaging
katanya: tidak wajib merekahkannya dan tidak sunat. Dia
mengatakannya didalam Ziadah Raudhah, bahkan tidak harus.
( ).
228. Katanya [dan mendulukan yang kanan diatas yang kiri dan
bersuci tiga kali-tiga kali dan mualat].
( ). .
229. Daripada Abu Hurairah r.a katanya ((bila kamu berwudhuk
maka mulakanlah dengan kanan-kanan kamu)). Meriwayatkannya Abu Daud
dan Ibnu Majjah dan mengesahkannya Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah.(
). . 230. Daripada Aisyah r.a, dia berkata: rasulullah sawm
sentiasa suka mendulukan kanan pada memakai kasut dan bersikat dan
bersuci dan pada semua urusannya)). Makna bersikat adalah
menguraikan rambut, . . . 231. Dimulakan dengan belah kanan pada
bersuci, dan dimulakan dengan tangan kanan dan kaki kanan pada
wudhuk, dan dengan belah tubuh yang kanan pada mandi. Adapun dua
telinga dan dua pipi maka keduanya dibesihkan serentak. Maka jika
dia kudung dia mendulukan tangan kanan. ( ). . .232. Adapun
menghukumkan sunat keadaannya tiga kali maka pada hadith Uthman r.a
((bahawa rasulullah sawm berwudhuk tiga-tiga)). Meriwayatkannya
Muslim. Tidak ada beza pada demikian itu diantara kepala dan
selainnya. . . : . . 233. Sebahagian ashab menghukum sunat sapu
kepala sekali. Dia berhujah dengan bahawa hadith-hadith Uthman r.a
yang sahih itu menunjuk keatas sapu kepala sekali. Katanya: sungguh
datang pada Muslim pada bagaimana Abdullah bin Zaid mensifatkan
wudhuk rasullah sawm bahawa dia menyapu kepalanya sekali. Sungguh
dikatakan bahawa Turmizi menghikayatkannya dari nas Syafie.
. . 234. Yang masyhur pada mazhab Syafie dan jazam jumhur ulamak
dengannya bahawa sunat menyapunya tiga kali. Hujjah demikian itu
adalah hadith Uthman r.a, pada satu riwayat bagi Abu Daud pada
hadith Uthman r.a bahawa nabi sawm pernah menyapu kepalanya tiga
kali.
: . ( : )). .
235. Memang pada sanadnya ada Amir bin Syaqiq. Kata Hakim: aku
tidak tahu pada Amir ada cercaan pada satu wajah pun daripada
wajah-wajah cercaan. Dan didalam Ibnu Majah ((bahawa Ali r.a
berwudhuk tiga-tiga kali dan menyapu kepalanya tiga kali dan
berkata: ini adalah wudhuk rasulullah sawm)). Wallahu alam.
. . . ( ). 236. Musannif rahimahullah mengabaikan beberapa
sunat. Daripadanya sapu tengkok. Rafie mengesahkan didalam syarah
Shaghir bahawa ianya sunat. Dia berhujah didalam syarah Kabir
dengan bahawa nabi sawm berkata ((sapu tengkok itu keamanan dari
sakit hati)). : . . . : . : . . . 237. Nawawi mengkritik maka
katanya: tidak disapu ia kerana tidak sabit apa-apa padanya. Kerana
ini Syafie dan para ashab tidak menyebutnya. Ini adalah yang betul.
Katanya didalam Syarah Muhazzab: hadithnya maudhu. Kata Hamawi
pensyarah kitab Tanbih: kaul jadid bahawa sapu tengkok itu tidak
sunat. Kehendaknya bahawa pada demikian itu ada dua pendapat.
Wallahu alam. . . : . 238. Daripadanya adalah doa-doa keatas
anggota wudhuk. Mengatakannya Rafie. Kata Nawawi: doa-doa ini tidak
ada asal baginya. Tidak menyebutkannya melainkan Syafie dan jumhur.
. . : . . . . . 239. Daripadanya minta bantuan. Adalah ia
dimakruhkan? Dua wajah. Kata Nawawi: dua wajah itu adalah pada
keadaan bila dia meminta bantuan orang menuangkan air keatasnya.
Yang paling sahih daripada keduanya adalah tidak makruh. Adapun
minta bantuan orang membasuh anggota-anggotanya maka makruh dengan
jazam. Jika ia pada menghadhirkan air maka tidak mengapa, dan tidak
dikatakan ia menyalahi utama. Sekira-kira ada padanya uzur maka
tidak mengapa meminta bantuan semata-mata.
. . . . . . . 240. Daripadanya adakah sunat meninggalkan
daripada mengelap air? Padanya ada beberapa wajah. Yang sahih
bahawa meninggalkannya sunat. Beginilah dia tashihkan didalam asal
Raudhah. Dikatakan bahawa ianya mubah, buat dan tidak membuatnya
sama. Memilihnya Nawawi didalam Syarah Muhazzab. Dikatakan sunat
semata-mata. Dikatakan makruh mengelap semata-mata. Dikatakan
makruh pada musim panas tidak musim sejuk.
: . . . 241. Kata Nawawi didalam Syarah Muhazzab: tempat khilaf
ini adalah bilamana tidak ada hajat kepada mengelapnya disebabkan
panas atau sejuk atau melekat najis. Maka jika ada maka tidak ada
karahah dengan jazam, dan tidak dikatakan bahawa ianya menyalahi
sunat.
( ) . . . : . .242. Daripadanya sunat bahawa dia tidak
meretak-retakkan dua tangannya kerana kata nabi sawm ((bila kamu
berwudhuk maka janganlah kamu retak-retakkan tangan kamu, maka
ianya kipas syaitan)). Meriwayatkannya Ibnu Abi Hatim dan
selainnya. Maka kalau dia menyalahi dan meretak-retakkan tangannya
maka yang jazam Rafie dengannya bahawa ianya makruh. Nawawi
menyalahinya maka dia mentarjihkan bahawa ia tidak makruh, bahkan
ianya mubah, melakukan dan meninggalkannya sama. Katanya didalam
Tahkikk: kerana ia menyalahi aula. Berkenaan hadith itu dia berkata
didalam Syarah Muhazzab bahawa ianya dhaif, tidak diketahui.
. 243. Daripadanya mualat, yang ianya wajib pada kaul qadim, dan
bahawa dia membaca selepas tasmiah i.e segala puji bagi Allah yang
menjadikan air sebagai alat penyucian, dan bahawa dia menyelati
cincin, dan merawati apa yang perlu kepada cermat,
244. dan dia mula dengan bahagian atas mukanya dan hadapan
kepalanya, dan pada tangan dan kaki dengan hujung jari-jari jika
dia menjirus keatas dirinya, dan jika orang lain menjirus keatasnya
dia mula dengan dua siku dan dua tumit, dan bahawa tidak kurang air
wudhuknya dari secupak, dan tidak berlebih-lebih, dan tidak lebih
diatas tiga kali, dan tidak dia bercakap ditengah wudhuk, dan tidak
dia menamparkan mukanya dengan air,
( . . ). 245. dan bahawa dia berkata selepas wudhuk . . .
. . .246. Tinggal lagi beberapa sunat yang lain yang disebutkan
didalam kitab-kitab besar. Kami tinggalkannya kerana takut
memanjangkan bahasan. Wallahu alam.
() . . 247. Cabangan. Kalau seorang syak pada basuhan sebahagian
daripada anggota-anggotanya ditengah dia bersuci tidak dikira ia
baginya. Selepas selesai tidak memudharatkan syak diatas yang rajih
kerana banyak berlaku syak serta bahawa yang zahir telah sempurna
bersucinya itu. . .248. Disyaratkan pada basuh anggota mengalir air
diatas angota yang dibasuh tanpa khilaf. Wallahu alam.
* (. ). 249. Katanya [Fasal. Istinja itu wajib kerana kencing
dan berak]. ( ). .250. Dihujjahkan untuknya dengan kata nabi sawm
((hendaklah dia beristinja dengan tiga ketul batu)). Ianya
perintah, yang mana zahirnya adalah wajib.
( ). .251. Dari Aisyah r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((bila
seorang dari kamu pergi ketandas maka hendaklah dia membawa tiga
ketul batu, dia membersihkan diri dengannya, maka ia memadainya)).
Meriwayatkannya Abu Daud dan Ahmad dan Daruqutni dan Ibnu Majah
dengan isnad yang hasan lagi sahih.
: . : . : . : . 252. Katanya kerana kencing dan berak. Difaham
daripadanya bahawa ianya tidak wajib kerana angin, bahkan kata
ashab: tidak disunatkan, bahkan kata Jurjani: ianya makruh. Kata
syeikh Nasr: ianya bidah dan berdosa seorang dengan sebabnya. Kata
Nawawi didalam Syarah Muhazzab: adapun katanya bidah maka betul,
dan adapun dosa maka tidak, melainkan bahawa dia iktikadkan
wajibnya serta dia tahu tidak wajibnya. : . : .
253. Kata Ibnu Rifah: bila tempat angin itu basah sayugia bahawa
datang khilaf pada wajib istinja kerananya, kerana dibina diatas
najis asap najis sepertimana dikatakan yang seumpamanya pada
bernajis kain yang dikenainya dalam keadaan ia basah. Kemudian
katanya: terkadang dijawab dengan bahawa dia tidak menambah keatas
apa yang tinggal pada tempat najis itu selepas digunakan batu.( . .
).254. [Yang terafdhal adalah bahawa dia beristinja dengan batu
kemudian memperikutkannya dengan air. Harus dia menghadkan diatas
air atau diatas tiga ketul batu yang bersih tempat najis dengannya.
Bila dia hendak menghadkan diatas satu daripada keduanya maka air
terafdhal].
{ }. 255. Yang terafdhal pada istinja adalah bahawa dia
menghimpunkan diantara air dan batu atau apa yang pada maknanya,
kerana Allah taala memuji penduduk Quba dengan sebab demikian itu,
dan menurunkan pada mereka kataNya, yang mana Dia yang paling benar
daripada orang-orang yang berkata ((padanya ada orang-orang yang
suka bersuci, dan Allah kasih kepada orang-orang yang bersuci)). .
. 256. Dan padanya dari sudut makna bahawa ain najis hilang dengan
batu dan kesannya hilang dengan air, maka dia tidak perlu kepada
berlumur dengan najis. Kerana ini didululan batu mula-mula.
. .
257. Kemudian bahawa kehendak talil ini bahawa tidak disyaratkan
suci batu itu dan dengannya Ajali menjelaskan, dan dia menakalkan
dari Ghazali. . ( : ). : ( ) .258. Ketahuilah bahawa hadith itu
didhaifkan oleh mereka. Meriwayatkannya Bazzar dengan isnad yang
dhaif. Lafaznya ((maka nabi sawm bertanya mereka tentang demikian
itu, maka kata mereka: kami memperikutkan batu dengan air)). Nawawi
ingkarkan riwayat ini didalam Syarah Muhazzab maka katanya:
beginilah diriwayatkan fuqaha didalam kitab-kitab mereka, sedang
tidak ada asal baginya pada kitab hadith, bahkan yang disebut
padanya ((adalah kami beristinja dengan air)). Tidak ada padanya
bersama batu. . . 259. Kalau dia menghadkan diatas air ia
memadainya kerana ia menghilangkan ain dan kesan, dan ianya
terafdhal disisi menghadkan diatas satu daripada keduanya. Harus
bahawa dia menghadkan diatas tiga ketul batu atau diatas seketul
yang punya tiga sisi.
. . .260. Yang wajib adalah tiga sapuan, maka jika terhasil
bersih dengannya maka zahir. Jika tidak, wajib tambah hingga
bersih. Sunat mengganjilkan bilangannya.
. . . . 261. Ketahuilah bahawa setiap apa yang sama makna dengan
makna batu harus istinja dengannya. Baginya beberapa syarat. Satu
daripadanya bahawa adalah ia suci. Maka kalau dia beristinja dengan
najis tertentu air selepasnya diatas yang sahih. . . . . .262.
Syarat kedua bahawa apa yang dia beristinja dengannya adalah benda
yang menanggalkan najis lagi mengelapnya. Maka tidak memada kaca
dan tidak buluh, dan tidak tanah yang peroi. Harus yang keras. Maka
kalau dia beristinja dengan benda yang tidak menanggalkan najis ia
tidak memadainya. Kalau dia beristinja dengan batu atau selainnya
yang basah ia tidak memadainya diatas yang sahih.
. . 263. Syarat ketiga bahawa ia tidak dimuliakan. Maka tidak
harus istinja dengan barang makanan seperti roti dan tulang, dan
tidak dengan satu juzuk daripada dirinya seperti tangannya, dan
tangan orang lain, dan tidak dengan juzuk haiwan yang bersambung
dengannya seperti ekor unta kerana ia dihormati. Bila dia
beristin