-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
1
“MENGINGATI MATI : PERSIAPAN HARI TERAKHIR”
:
أَشهد أَنْ هدحو واللَّه لَه رِيكشهدبا عدمحأَنَّ م دهأَشوو
لُهوسرلِّ . وص ماَللَّه
مّلسو دمحا منيِّدس و هآل َأابِهوحص يعمأَجآ .نفَي ،دعا
بونَأَمملسا الْمهأَي! ،قُواْ اللَّهتا
. أُوصيكُم وإِياي بِتقْوى اهللا فَقَد فَاز الْمتقُونَقَالَ
اللَّه :
.
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
2
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita
sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-
Nya. Mudah-mudahan hidup kita berbahagia di dunia dan mendapat
rahmat di
akhirat. Khutbah pada hari ini mengingatkan kita betapa
pentingnya “Mengingati
Mati : Persiapan Hari Terakhir”. Sidang Jumaat yang dirahmati
Allah sekalian, Secara mudah, mati dapat difahami sebagai
terpisahnya roh daripada
jasad atau nyawa daripada badan. Sesungguhnya setiap yang hidup
akan
merasai mati, tidak kira muda atau tua, kanak-kanak atau dewasa,
sakit ataupun
sihat. Ia adalah ketentuan Allah yang manusia tidak dapat lari
daripadanya.
Samada suka atau tidak, bersedia atau belum, tidak kira dimana
mereka berada. Firman Allah SWT. Dalam surah an-Nisa’ ayat 78 :
...
“ Di mana jua kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu
(bila
sampai ajal), sekalipun kamu berada didalam bintang-bintang yang
tinggi lagi
kukuh”. Hidup lawannya mati. Mati tidak bererti kehidupan
seseorang telah berakhir
serta tidak mempunyai apa-apa tanggungan lagi. Ini kerana hidup
dan mati
adalah ujian Allah bagi menentukan siapakan yang terbaik
amalannya.
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
3
Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 2:
“ Dialah yang menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji
kamu,
siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia maha perkasa
(dalam
melakukan pembalasan terhadap orang derhaka) lagi maha pengampun
(bagi
orang yang bertaubat). Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
sekalian, Melalui beberapa penjelasan daripada al-Quran dan
al-Hadis, Allah SWT.
telah menentukan ajal seseorang. Apabila sampai ketikanya ia
tidak akan
dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat. Malaikat Izrail
yang ditugaskan
mencabut nyawa seseorang tidak akan mengambil kira tempat,
keadaan dan
kedudukan seseorang itu. Apabila ajal sampai, tidak ada apa-apa
lagi untuknya di
dunia, tanah untuk ia berpijak, sesuap nasi untuk dimakan,
setitis air untuk
diminum dan sesedut udara untuk bernafas. Akan kembalilah rohnya
kepada
Allah, kembalilah badannya ke tanah. Kecuali amalan baik atau
buruk yang akan
kembali kepada dirinya sebagai bekalan. Ketika menghadapi
kematian, orang yang tidak beriman merasa gerun
serta penuh penyesalan, kerana diperlihatkan amalan buruknya.
Bagaimanapun
orang yang beriman, ketika diperlihatkan amalan baiknya akan
merasa gembira.
Sedang ahli keluarganya yang berada disekelilingnya merasa cemas
sambil
berusaha untuk menyelamatkannya.
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
4
Firman Allah SWT. dalam surah al-Qiyaamah ayat 26-29:
“Sedarlah (jangan mengutamakan dunia dan melupakan akhirat.
Ingatlah
akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai kepangkal
kerongkong
dan orang yang hadir disisinya heboh) berkata: “Siapakah yang
dapat menawar
jampi (dan mengubatinya)?. Dan dia sendiri yakin, bahawa
sesungguhnya saat
itu ialah saat perpisahan. Betis akan bertaut satu sama lain
(lantaran kesakitan
menghadapi mati). (Maka) kepada tuhanmulah pada waktu itu,
engkau dibawa
(untuk menerima balasan)”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
sekalian, Kematian bererti berakhirnya hidup di alam dunia dan
permulaan bagi
kehidupan di alam akhirat. Di akhirat perkiraannya sangat
berbeza berbanding
dengan kehidupan di dunia. Segala-galanya berdasarkan keimanan
dan
ketaatannya kepada Allah, ketika hidup di dunia. Dengan tidak
mengira
bagaimana matinya, cara biasa, terbakar, lemas, atau terbunuh,
ia tetap akan
melalui alam barzah atau alam kubur. Tidak ada ketetapan
tertentu tempoh masa
ia berada di alam kubur ini. Di alam kubur manusia akan
berhadapan dengan soalan mungkar dan
nakir. Bagi mereka yang melepasi soalan kubur, akan diberikan
nikmat berupa
permaidani dan pakaian daripada syurga. Kuburnya akan meluas,
sejauh mata
memandang. Bagi mereka tidak dapat melepasi soalan kubur akan
disediakan
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
5
tempat pembaringan dari neraka, kuburnya menyempit mengasak
badan
sehingga patah remuk tulang-tulangnya. Kemudian, apabila sampai
saatnya berlaku kiamat, manusia akan
dibangkitkan dan dihimpunkan dipadang mahsyar. Bayangkanlah
betapa
sesaknya, kerana semua manusia sejak zaman Nabi Adam AS. hingga
hari
kiamat akan dihimpunkan dipadang mahsyar. Walau bagaimanapun
bagi
golongan yang beriman akan berada dalam kenikmatan, sementara
yang ingkar
dalam keadaan azab. Setiap orang akan melalui titian (Sirat
al-Mustaqim),
dihisab dan ditimbang amalannya. Semuanya bagi menunjukkan
bahawa Allah
SWT. maha adil dan manusia akan diberi pembalasan dengan
seadil-adilnya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bermuhasabah diri untuk memastikan kerja kuat kita,
siang dan
malam bukan hanya bagi memenuhi keperluan dan kesenangan hidup
di dunia
yang sementara, tetapi dapat menjadi bekalan kehidupan yang
abadi di akhirat.
Untuk dijadikan sebagai bekalan akhirat, tidak terbatas kepada
perkara-perkara
yang berkaitan ibadah khusus sahaja. Segala pekerjaan yang
zahirnya bersifat
keduniaan seperti untuk menyara kehidupan dan mencari kekayaan,
ia tetap
boleh menjadi bekalan akhirat sekiranya ia dilakukan dengan niat
yang betul
serta menepati prinsip syarak. Yakinlah, dengan menerapkan nilai
agama dalam
pekerjaan serta istiqamah dalam ibadah, Allah SWT. akan menjaga
kehidupan
kita, hati kita menjadi tenang dan segala urusan akan
dipermudahkan disamping
beroleh keberkatan rezeki yang datang dari sumber-sumber yang
tidak diduga. Ingatlah, akhirat adalah tempat meraih untung rugi
yang hakiki, hasil
daripada usaha dalam kehidupan kita semasa di dunia. Akhirat
bukan lagi tempat
untuk bekerja dan beramal. Justeru, gunakanlah masa sekarang,
masa muda,
masa sihat, masa lapang, sebagai waktu untuk mencari dan
mengumpul bekalan
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
6
yang menguntungkan. Allah SWT. menggesa umat manusia bekerj adan
beramal
untuk faedah mereka sendiri. Allah SWT. tidak rugi, jika manusia
enggan taat,
kerana Allah sedia bersifat maha sempurna dan maha kaya. Allah
SWT. tidak
bertambah mulia, dengan ketaatan manusia, kerana Allah sedia
bersifat maha
agung dan maha mulia. Jangan sampai timbul kekesalan, dengan
memohon
untuk kembali kedunia kerana hendak beramal. Sesuatu perkara
sia-sia yang
tidak mungkin boleh berlaku. Ia juga suatu keyakinan yang tidak
membawa apa-
apa erti lagi. Firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat 12:
...
“Wahai tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan
sejelas-
jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
mengerjakan amal-
amal yang baik, sesungguhnya sekarang kami telah yakin”. Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Bukankah kita sentiasa
diperingatkan setiap kali mendengar khutbah
Jumaat agar bertaqwa, bagi tujuan membuat persiapan serta
menyediakan
bekalan untuk kehidupan di akhirat. Iaitu dengan menunaikan
amanah Allah serta
melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifahnyaa. Kerana taqwa
merupakan
sebaik-baik bekalan bagi kehidupan di akhirat. Firman Allah SWT.
dalam surah al-Baqarah ayat 197:
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
7
…
“Dan berbekallah secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik
bekalan
adalah takwa, dan bertakwalah kepadaku wahai orang yang
berakal”. Merujuk kepada isyarat Rasulullah SAW. ketika menyatakan
takwa,
baginda meletakkan tangannya kedada, arah letaknya hati (kalbu)
yang
fungsinya untuk mengenal dan mengingati Allah. Dengan selalu
mengingati Allah,
akan terjadilah sifat ihsan yang membentuk watak hamba yang taat
kepada
perintah Allah dan rasulnya. Justeru hindarilah daripada
meletakkan harta dunia dihati, kerana boleh
menggalakkan pandangan terhadap kehidupan akhirat. Letakkan
harta dunia
ditangan. Dengan dorongan hati yang mengenali dan mengingati
Allah, dengan
tangan harta diperolehi, dengan tangan juga harta diinfakkan.
Sentiasalah sedar
bahawa harta dunia adalah amanah kurniaan Allah. Dunia adalah
alat, bukan
matlamat. Antara pengajaran dan penghayatan daripada khutbah
hari ini adalah:
1. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa saat kematian pasti
akan tiba dan
tiada sesiapa yang mampu menghalangnya.
2. Banyakkanlah berdoa agar kita mati dalam keadaan Husnul
Khatimah iaitu
beriman kepada Allah SWT.
3. Bersedialah menghadapi kematian dengan beramal soleh bagi
kehidupan
di akhirat yang kekal abadi.
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
8
ِ ◌
“ Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya adalah
untuk
dirinya sendiri. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, maka
risikonya akan
menimpa dirinya sendiri, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
tuhan
kamu”.
(al-Jaasiyah : 15).
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
9
, آن ولَكُم بارك اُهللا لي نِيفَعنو نم اتي نِّيلَ مقَبتو كُمنمو
التهتوو ,هوإِن وه .
يلأَقُولُ قَو يل ميظاَهللا الْع رفغتأَسومسلمين والْمسلمات،
ولَكُم ولسآئرِ الْ
ورفغتفَاسهإِن ه فُوالْغ وهيحالر رم.
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
10
KHUTBAH KEDUA
لَّهلدماََلْح يا الَّذلَنعج نا مقَنزرو ،نيملسالْماتالطَّيِِّب
نم. دهأَنأَش َ◌ هدحواُهللا و
هدبا عدمحأَنَّ م دهأَشو ،لَه كرِيوش ولُهوسور. مّلسلِّ وص
ماَللَّه ارِكبو انيِّدس
و بِهحصو مهبِعت نموأَما بعد، فَيا عباد اِهللا، .ِمِ الدّينِيو
بِإِافَاز فَقَد قُواْ اللَّهنَ تقُوتاقَالَ اُهللا. الْمعت :
. َلِّ اص مللَّهمّلسو يِّدس ماللَّه ضارو نيلسرالْم نع
ابِهحأَص هتابقَرو نيعمأَج هـَّات .وأَزواجِه وذُرِّيماَللَّه
راغْف نيملسلْمل ننِيمؤالْمو اتمِلسالْمو
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
11
اتنمؤالْماِء وياَألح مهناتمواَألمو كإِن ، يب الدعوات ويا
قَاضيسميع قَرِيب مجِ
اتاجالْح. ماَللَّه و أَلُكسا نإِن كلُ إِلَيسوتن مينِ، ونسأَلُك
بِأَسمآئك الْحسنىك ابِنبِيِّ
أَنْ تحفَظَ بِعينِ عنايتك وصفَاتك الْعظْمىلَةَ الربانِية وبِحفْظ
وِقَايتك الصمدانِية، جال
، سلْطَان شرف سلْطَان ملكنا الْمعظَّمِالدّين ادريس شاه احلاج ابن
املرحوم سلْطَان
اَللَّهم .ين عبد العزيز شاه احلاجح الدّصالأَدمِ الْعونَ
والْهِدايةَ والتوفيق، والصّحةَ
، مةَ منك، لولىِّ عهدوالسالشرف الدّين ادريس شاه ابنِ
السلْطَانأَمري
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
12
حٍ وعافية بِمنِّك شاه احلاج فى أَمنٍ وصال أَطلْ اَللَّهم
.كْرامِواِإل لِِالْجالذَاوكَرمك يا
نيظَّفولْمنِ ليحلصا ممهرمالْبِِِال عو ةيعالرو ،ددطَرِيقِ الْهِا
لمهدِقَاصغْ مّبلو ادشالرو.
.
. ادبع، اِهللا
-
Khutbah Jumaat 8 Ogos 2014: “Mengingati Mati : Persiapan Hari
Terakhir” Jabatan Agama Islam Selangor
13
اشو كُمذْكُري ميظواْ اَهللا الْعفَاذْكُر هوكُر همنِع هلفَض نم
هأَلُواسو ،كُمزِدي كُمطعي
.ولَذكْر اِهللا أَكْبر واللَّه يعلَم ما تصنعونَ
JAIS/Nurul*** 21.07.2014