Top Banner
Pendidikan Islam di Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin Posted on January 22, 2011 by asyshakor Oleh: Mohammad Syukor Mohammad Ghulam ABSTRACT Khulafa’ Al-Rasyidin were good companies of Rasullullah s.a.w. who inherited his traits. They were not only took over the throne of Islam after Rasulullah s.a.w., but they also continued his efforts in spreading Islam and arranged the Islamic educational systems brought by Rasulullah s.a.w. Therefore, Islamic educational systems during the years of Khulafa’ Al-Rasyidin will be thoroughly discussed in this article. It includes its objectives, contents, syllabus, educational resources and institutions and teachers. ABSTRAK Khulafa’ Al-Rasyidin merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang mewarisi risalah baginda. Mereka bukan sahaja mewarisi pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah, bahkan meneruskan segala usaha baginda di dalam menyebarkan Islam serta menyusun sistem pendidikan Islam yang dibawa oleh baginda. Oleh itu, system pendidikan Islam semasa zaman Khulafa’ Al-Rasyidin akan dibincangkan di dalam kertas ini. Ianya mengandungi ibjektif, isi kandungan, sukatan pelajaran, sumber-sumber dan institusi-institusi pendidikan serta golongan tenaga pengajar. 1. Pengenalan Pendidikan berperanan penting dalam membina tamadun manusia. Menerusi pendidikan, lahir para pemikir dan pelaksana yang membina dan mengembangkan tamadun. Tamadun satu bangsa tidak akan wujud seandainya sistem pendidikannya tidak mampu membina cendiakawan yang dapat menghasilkan pemikiran asli yang bernas untuk membina bangsanya. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya rakyatnya hanya bergantung kepada sistem pendidikan asing yang dipinjam dari luar. Oleh itu untuk membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran dan penilaian semula terhadap seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita (Tajul Ariffin Noordin 1993).
27

Khulafa Ar Rasyidin

Nov 22, 2015

Download

Documents

Khulafa Ar Rasyidin sumbangan 4 tokoh utama Khalifah terunggul dalam kemajuan Islam
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Pendidikan Islam di Zaman KhulafaAl-RasyidinPosted onJanuary 22, 2011byasyshakorOleh: Mohammad Syukor Mohammad GhulamABSTRACTKhulafa Al-Rasyidin were good companies of Rasullullah s.a.w. who inherited his traits. They were not only took over the throneof Islam after Rasulullah s.a.w., but they also continued his efforts in spreading Islam and arranged the Islamic educational systems brought by Rasulullah s.a.w. Therefore, Islamic educational systems during the years of Khulafa Al-Rasyidin will be thoroughly discussed in this article. It includes its objectives, contents, syllabus, educational resources and institutions and teachers.ABSTRAKKhulafa Al-Rasyidin merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang mewarisi risalah baginda. Mereka bukan sahaja mewarisi pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah, bahkan meneruskan segala usaha baginda di dalam menyebarkan Islam serta menyusun sistem pendidikan Islam yang dibawa oleh baginda. Oleh itu, system pendidikan Islam semasa zaman Khulafa Al-Rasyidin akan dibincangkan di dalam kertas ini. Ianya mengandungi ibjektif, isi kandungan, sukatan pelajaran, sumber-sumber dan institusi-institusi pendidikan serta golongan tenaga pengajar.1. PengenalanPendidikan berperanan penting dalam membina tamadun manusia. Menerusi pendidikan, lahir para pemikir dan pelaksana yang membina dan mengembangkan tamadun. Tamadun satu bangsa tidak akan wujud seandainya sistem pendidikannya tidak mampu membina cendiakawan yang dapat menghasilkan pemikiran asli yang bernas untuk membina bangsanya. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya rakyatnya hanya bergantung kepada sistem pendidikan asing yang dipinjam dari luar. Oleh itu untuk membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran dan penilaian semula terhadap seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita (Tajul Ariffin Noordin 1993).Pendidikan Islam zaman Khulafa al-Rasyidin mewarisi pendidikan yang dicetus oleh Rasulullah s.a.w bermula dengan penurunan wahyu pertama di Gua Hira. Penulis berpendapat sistem Talaqqi Musyafahah yang digambarkan melalui cara Rasulullah menerima sumber wahyu daripada Jibril merupakan permulaan salah satu sistem pendidikan Islam yang cukup ideal untuk dipraktikkan dalam dunia pendidikan masa kini. Rasulullah mengajar al-Quran itu kepada para sahabat dan sahabat pula mengajarkan kepada para tabiin sehinggalah kepada kita hari ini mengunakan cara yang sama yang telah digunakan oleh Jibril kepada Rasulullah iaitu secara Talaqqi dan Musyafahah ( Abdul Halim 1987; Norasikin Fabil et al. 2005; Kementerian Pelajaran Malaysia 2008).Sistem Pendidikan zaman Rasulullah telah diwarisi oleh para sahabat dan seterusnya diperkembangkan mengikut zaman berdasarkan kecekapan dan kreativiti pemerintahan khalifah masing-masing. Justeru, penulis akan mengupas perbahasan ini dengan lebih lanjut mengenai pendidikan Islam di zaman Khulafa al-Rasyidin.2. Definisi PendidikanDalam perbahasan mengenai definisi pendidikan, penulis mengutarakan beberapa pandangan sarjana. Anwar Ibrahim (1986) menyatakan, pendidikan itu bukan hanya untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi untuk membentuk insan yang baik, penuh dengan adab sopan dan berakhlak tinggi kerana ilmu pengetahuan tanpa disiplin dan moral bukanlah ilmu dalam ertikata yang sebenarnya (Tajul Ariffin Noordin 1993).Tajul Ariffin Noordin (1993) pula mendefinisikan pendidikan sebagai ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya. Proses perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Menerusi konsep pendidikan perlulah dibina kesepaduan ilmu iaitu integrasi di antara ilmu pengetahuan menerusi akal dengan ilmu wayhu iaitu dari al-quran dan hadisManakala Abdul Rahman Abdullah (2007) berpendapat pendidikan ialah proses memasukkan sesuatu (ilmu) kepada manusia atau proses melatih dan membangun seluruh bakat dan potensi manusia dari segi jasad, akal dan emosi, yakni perkembangan individu manusia sepenuhnya.Menerusi pendidikan dan pelajaran sahaja generasi muda pada hari ini dan masa depan dapat dipupuk, diasuh, agar mereka tumbuh membesar dan segera menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada Allah, dirinya, bangsanya dan negaranya. Matlamat pendidikan kita ialah untuk membentuk rakyat yang boleh menggunakan akalnya serta boleh berfikir ke tahap maksima yang mungkin. Dengan kebolehan ini adalah diharap mereka akan lebih bertanggungjawab (Tajul Ariffin Noordin 1993).Natijahnya, penulis berpendapat pendidikan ialah proses membentuk diri seseorang manusia menjadi seorang yang berpekerti mulia dan berkualiti serta menghambakan diri kepada Allah. Ini selari dengan pandangan al-Jamali dan Al-Syaibani yang berpendapat pendidikan ialah membina atau membentuk keperibadian yang sempurna dalam berbagai aspek yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal. akhlak, amalan dan sosial supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah bagi mendapatkan kebahagian dunia dan akhirat (Abdul Ghani 1984 & Abdullah Ishak 1995).3. Definisi Pendidikan IslamPendidikan Islam tersimpan pelbagai falsafah dan matlamat yang murni. Para sarjana Islam mendefinisikan Pendidikan Islam dengan pelbagai pandangan. Menurut Mohd Athiyah Al-Abrasyi,Pendidikan moden sekarang ini memerlukan amat pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan kelazatan ilmiah, dengan demikian kita terlepas dari keruntukan, kejahatan dan kemiskinan, keserakahan, penjajahan dan keangkara-murkaan serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk dapat menikmati suatu kehidupan yang abadi, hidup bersama saling bantu membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia(Tajul Ariffin Noordin 1993)Pandangan Mohd Athiyah Al-Abrasyi ini, diperluaskan lagi skop definisinya oleh Abdul Halim El-Muhammady (1987, 1994) dan Ahmad Fauzi & Ahmad Tarmizi (1998) yang merumuskan Pendidikan Islam merupakan proses mendidik, membentuk serta melatih individu manusia dalam berbagai-bagai aspek sama ada akal, rohani, emosi dan fizikalnya berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah serta sumber-sumber ijtihad lain untuk melahirkan manusia yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan alam semesta bagi memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.Matlamat utama Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan seorang muslim yang menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan ikutan sebagai seorang yang berkualiti dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti yang dituntut oleh Islam. Skop pendidikan Islam ini amatlah komprehensif iaitu merangkumi pendidikan jasmani, aqli, akhlak dan rohani (Mohd Mokhtar Shafii 1994).Tegasnya penulis berpandangan, Pendidikan Islam merupakan satu proses atau operasi yang cukup teliti dan terancang dalam usaha mendidik seseorang insan berpandukan al-Quran dan Sunnah agar seimbang dalam segenap aspek pembangunan diri dan seterusnya mengamalkan akhlak mahmudah sesuai dengan fitrahnya sebagai khalifah di dunia.Pendapat penulis disokong dengan pandangan Engku Ibrahim Ismail yang berpendapat Pendidikan Islam lebih menekankan pembangunan individu bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga aspek rohani dan akhlak yang bertujuan untuk membangunkan potensi dan kecenderungan ke arah kebaikan kepada orang lain di samping menghindari akhlak buruk atau dengan konsep yang kini dikenal sebagai al-amru bi al-maruf wa al-nahyu an al-munkar (Abdullah Ishak 1995).4. Pengenalan Ringkas Khulafa Al-RasyidinZaman Khulafa al-Rasyidin dipimpin oleh empat orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.Para Khulafa al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w.. Mereka menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala jejak langkah yang telah ditunjuk baginda semasa hidupnya (Zawawi 1984). Abdullah Ishak (1995) menjelaskan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (11H/632M-41H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah bukan sahaja bertindak sebagai Ulu al-Amr yang memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan juga memberi penekanan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam.5. Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa Al-RasyidinSistem pendidikan pada zaman Khulafa al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulaa al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat (Mahayudin 1993).Objektif PendidikanMenurut Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin yang dapat bangun berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci. Manakala kandungan pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah s.w.t..Beliau menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa al-Rasyidin, sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w., menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa hidupnya. Perkara ini dapat dilihat melalui proses perlantikan Khalifah al-Rasyidin ketiga, selepas kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab, iaitu semasa dalam memilih antara dua orang calon khalifah iaitu Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf diamanahkan untuk mengendalikannya. Selepas beliau meminta pandangan dan pendapat daripada pihak-pihak tertentu seperti sahabat karib nabi dan ketua-ketua kabilah. Hasil tinjauan tersebut didapati ada yang menyokong Uthman dan ada juga yang menyokong Ali.Akhirnya Abdul Rahman bin Auf pergi sendiri bertanya kepada Saidina Ali, katanya,Jika sekiranya engkau dilantik menjadi khalifah, adakah engkau sanggup melaksanakan kesemua ajaran al-Quran dan Hadis, serta mengikut jejak dua orang khalifah sebelum kamu? Jawab Ali, Aku harap aku boleh melakukannya di atas kadar kebolehan dan kemampuanku.Kemudian Abdul Rahman bin Auf pergi berjumpa pula Saidina Uthman dan mengemukakan pertanyaan yang serupa. Lantas Saidina Uthman bin Affan menjawab dengan jawapan yang pendek dan tegas,Ia, aku sanggup.Dengan ketegasan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Uthman itu, maka Abdul Rahman bin Auf terus melantik Uthman bin Affan sebagai khalifah yang baru (Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi 1993).Ini bererti, menjadi prasyarat sebelum seseorang yang menjadi calon Khalifah Islam ialah melaksanakan ajaran al-Quran dan As-Sunnah serta meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Khalifah sebelum mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan Islam di zaman Khulafa Al-Rasyidin juga sama dengan objektif pengajaran di zaman Rasulullah s.a.w. iaitu membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin untuk menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci.Isi kandungan / sukatan pelajaran pendidikan islamIsi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran). Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu.Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah (hadis), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa al-Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.Menurut Norliyana (2007) pelajaran yang dijadikan tumpuan utama ialah tauhid, fekah, hadis, Al-Quran, dan Ilmu Mantiq. Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan sajak dan syair yang berunsur pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa al-Rasyidin ialah ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan kerana ia wujud di zaman Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).Sumber Pendidikan IslamMenurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan:Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: Dengan apa engkau berhukum? Jawabnya dengan kitab Allah? Sabda baginda: Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)? Jawab Muaz : Dengan sunnah Rasulullah saw, Sabda baginda: Jika engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: Aku berijtihad dengan pendapatku. Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.(Riwayat al-Tarmizi)Berdasarkan hadis tersebut, penulis melihat sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini dapat kita lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf al-Quran kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan al-Quran.Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.Institusi MasjidMasjid adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Masjid didirikan di setiap wilayah yang ditakluki sebagai pusat pendidikan dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 & Hassan Langgulung 1996).Masjid juga memainkan peranan penting dalam pembentukan perpaduan ummah. Ini diakui oleh Al Buti (1997) yang berpendapat masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian (immunity) dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan peradabannya.Peranan masjid diperluaskan lagi dimana pada zaman Rasulullah dan para sahabat, masjid berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-fungsi lain seperti pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan sosial, tempat perisytiharan, tempat keadilan dah kehakiman, penggerak Baitul Mal negara serta tempat para musafir bermalam (Mohd Mokhtar 2003).Penggunaan masjid sebagai institusi pendidikan selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah khusus adalah bersesuaian dengan inspirasi akhlak dan kemasyarakatan umat Islam. Seiring dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya selepas kewafatan Rasulullah, institusi masjid juga berkembang pesat sebagai pusat pendidikan (Nasruddin Yunos & Mohamad Taha 2003)Tegasnya, penulis melihat pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan penting sebagai institusi peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan kemudahan kepada umat Islam. Melalui amalan pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan di masjid, ramai cendiakawan Islam dan ulama telah dapat dilahirkan. Ini bersesuaian dengan pandangan Haron Din (2007) yang berpendapat masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai Islam dalam setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan iman.Institusi SuffahMenurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan masjid. Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara sistematik dan teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid Nabawi di Madinah.Pandangan Shalaby ini disokong oleh Abdullah Ishak (1995) yang berpendapat al-Suffah dapat dianggap sebagai sekolah atau madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.Institusi KuttabMenurut Shalaby (1976) dan Rosnani Hashim (1988), orang-orang Arab telah menubuhkan Institusi Kuttab sejak sebelum kedatangan Islam lagi dengan tujuan sebagai pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah iaitu kemahiran asas seperti membaca dan menulis. Biasanya kuttab ini dibina bersampingan dengan masjid atau surau. Kebanyakkan guru yang mengajar di institusi Kuttab mengajar secara sukarela. Walau bagaimanapun, institusi tersebut tidak mendapat perhatian masyarakat Jahiliyah Arab dengan bilangan pelajar lebih kurang 17 orang.Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi pendidikan sampingan bagi masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai pelajar. Kanak-kanak dan orang yang baru masuk Islam diajar di institusi tersebut. Pada waktu pagi, kanak-kanak membaca dan menghafaz al-Quran. Manakala pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar solat bahasa dan sastera Arab. Pelajaran yang diajar pada peringkat kuttab ialah belajar membaca dan menulis, membaca al-quran dan menghafalnya serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk, sembahyangh, puasa dan sebagainya (Mahayudin 2005).Justeru, penulis melihat institusi dan perkembangan pendidikan melalui kuttab ini terdapat persamaan dengan pelaksanaan kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang terdapat di negara kita sekarang ini dari sudut umur murid yang memasuki institusi tersebut. Penubuhan KAFA adalah bermatlamatkanmembasmi buta Al-Quran dan menguasai asas-asas Fardhu Ain bagi kanak-kanak Muslim berumur 7 hingga 12 tahun.Golongan guruGuru yang mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa al-Rasyidin merupakan guru-guru yang pakar mengikut bidang masing-masing. Umar sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid Madinah dan menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk mengajar hadis bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang tulen dengan hadis palsu (Suffian Abdul Rahman 1983). Khalifah Umar juga menggalakkan umat Islam membuat kajian tentang Al-Quran dan Hadis (Norliyana 2007).Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk membimbing pelajar membaca, menulis dan memahami isi Al-Quran. Para muallim tersebut diberi ganjaran. Umar juga telah melantik golongan pakar dalam bidang al-Quran seperti pengkaji hadis dan perundangan Islam (Mohd Rashad 2006). Ulama dan muballigh dihantar ke seluruh wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Masud ke Kufah (Shibli 1981). Ramai juga guru-guru dihantar ke wilayah-wilayah kekuasaan Islam yang baru (Norliyana 2007).7. RumusanPendidikan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin merupakan kesinambungan agenda pendidikan yang telah diletak acuannya oleh Rasulullah sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa al Rasyidin dilaksanakan mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu.Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Ijtihad para sahabat. Sumber-sumber ini menjadi paksi kepada usaha memartabatkan pendidikan Islam. Keempat-empat tokoh sahabat yang ulung ini telah berjaya memartabatkan pendidikan di landasan yang cukup tinggi dan unggul di dalam pemerintahan masing-masing. Kesinambungan kejayaan mereka telah berkembang pesat dan berlanjutan sehingga ke hari ini.Pendidikan di zaman Khulafa al-Rasyidin dijalankan secara sistematik dan teratur, mempunyai objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang tersendiri. Pergolakan politik yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu dan pendidikan Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini menjadikan pendidikan Islam semakin matang setelah mengharungi cabaran yang dilalui.Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu dan pendidikan yang memberi sumbangan yang cukup besar dan bernilai kepada umat Islam. Sehubungan dengan itu setiap ummah perlu menjadikan acuan pendidikan dan aktiviti pendidikan yang telah diletak asasnya oleh khulafa al Rasyidin ini sebagai contoh dan model ikutan bagi menjadikan kita sebagai umat yang cemerlang.RujukanAbdul Ghani Hj. Shamsuddin. 1984. Pendidikan Ruhaniyyat,Jurnal Pendidikan Islam1(1):1-9.Abdul Halim Muhammady. 1987. Pendidikan Al-Quran di Sekolah Rendah dan Menengah ke Arah Pembentukan Pandangan Hidup Muslim,Jurnal Pendidikan Islam2(5):29-43.Abdul Halim Muhammady. 1994. Pendidikan Islam Di Malaysia,Jurnal Pendidikan Islam7(2):155-163.Abdul Rahman Abdullah. 2007.Sejarah Dan Tamadun Islam. Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.:Kedah.Abdullah Ishak. 1995.Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib. 1998.Tamadun Islam. Kuala Lumpur :Masadah (M) Sdn. Bhd.Ahmad Shalaby. 1976.Sejarah Pendidikan Islam.Terj. H Muchtar Jahja & M Sanusi Latief. Singapura:Pustaka Nasonal.Haron Din. 2007. IslamRujukan Efektif Akhlak Mulia. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.Hassan Langgulung. 1996.Pengenalan Tamaddun Islam dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008.Buku Panduan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. 1993.Siri Sejarah Fajar Bakti. Sejarah Islam.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.Mahmood Zuhdi. 1992.Sejarah Pembinaan Hukum Islam.Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.Mohd Mokhtar b. Shafii. 2003. Masjid Sebagai Pusat Pendidikan dan Penjanaan Ummat Cemerlang.Jurnal Pendidikan Islam.10(3) 41-56.Muhammad Said Ramadan Al Buti. 1997.Fiqh Al-Sirah 2. Terj. Mohd Darus Sanawi. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.Nasruddin Yunos & Mohamad Taha. 2003.Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Zarina Shukur, Siti Fadzillah Mat Noor & Khairuddin Omar. 2005. Aplikasi Pendekatan Talaqqi dan Musyafahah dalam Pembangunan Perisian Multimedia Tajwid.Al-Bayan Journal of Al-Hadith.3: 83-108.Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.Rosnani Hashim. 1988. Pendidikan Pra Sekolah Islam.Jurnal Pendidikan Islam 2 (8):11-27.Suffian Abdul Rahman. 1983. Dlm.Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab Dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan Dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.Tajul Ariffin Noordin. 1993.Pendidikan Suatu Pemikiran Semula.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Zawawi bin Ahmad. 1984. Struktur Pendidikan Islam.Jurnal Pendidikan Islam.1(1): 41-51.ZAMAN ABU BAKAR0Perkembangan Pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin bermula dengan zaman Abu Bakar As-Siddiq.1. Pada peringkat permulaan, perkara yang ditekankan ialahmengumpul ayat-ayat suci Al-Quran. Hal ini adalah disebabkan olehramai tahfiz telah mati syahid semasa berperang. Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara hafalan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ia juga bertujuan untuk memerangi golongan nabi palsu (Ar-Riddah). Zaid bin Thabit telah diperintah untuk melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah menjadi penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ayat-ayat Al-Quran ditulis semula diatas pelepah kurma, kepingan batu dan lain-lain bahan penulisan.2. Pembaharuan kedua yang dilakukan ialah penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi Muhammad S.A.W. Tokoh-tokoh hadis adalah seperti Abu Hurairah, Aisyah dan Abdullah bin Umar. Hadis juga turut diriwayatkan oleh tokoh daripada golongan Tabiin seperti Said bin Musayyab, Urwan bin Zubayr dan Salim bin Abdullah bin Umar. Penyebaran hadis ini dilakukan agar setiap perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sampai kepada para pengikutnya.3. Khalifah Abu Bakarmenjadikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan. Ini adalah untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata. Ia juga boleh digunakan atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah, pusat pentadbiran dan pendidikan. Abu Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke masjid untuk berdakwah. Beliau turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah bin Saad untuk mengajar Al-Quran dan hadis di sekitar masjid Madinah. Pengajaran pendidikan yang digunakan adalah berdasarkan sistem halaqah dimana guru berada ditengah dan dikelilingi pelajar-pelajarnya.4. Pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha dakwah. Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan. Ia juga dijadikan antara syarat sebelum berperang seperti memeluk Islam, membayar jizyah dan berperang apabila dicabar. Satu utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang tentera. Utusan-utusan lain dihantar ke Palestin, diketuai oleh Amr bin Al-As, dan Syurahbil bin Hasanah ke Jordan menerusi perang Tabuk. ZAMAN ALI 0 Fashahah dan Balaghah Al-Masudiy meriwayatkan, bahwa lebih dari 480 khutbah yang diucapkan oleh Saidina Ali r.a. tanpa dipersiapkan lebih dahulu, dihafal oleh banyak orang. Syarif Ar-Ridha mengatakan dalam kitab Khutbah Nahjul Balaghah, bahwa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib adalah pencipta dan pengajar ilmu Fashahah dan juga merupakan orang yang mengeluarkan ilmu Balaghah. Dari dialah munculnya aturan-aturan ilmu tersebut dan dari dia juga orang mengambil kaedah-kaedah dan hukum-hukumnya. Tiap orang yang berbicara sebagai khatib, pasti mengambil pepatah atau kata-kata mutiara dari dia, dan tiap orang yang pandai mengingatkan orang lain pasti mencari bantuan dengan jalan mengutip kata-kata Saidina Ali. Demikian kata Syarif Ar-Ridha. Nahu Keistimewaannya ialah dalam meletakkan kaedah-kaedah tata bahasa Arab itu, Saidina Ali r.a. seolah-olah seperti berbuat mujizat. Sebab sebelum itu, belum pernah ada orang Arab yang mengenal kaedah penyusunan tata bahasa. Rumus-rumus tata bahasa Belem pernah dikenal orang sama sekali. Padahal bahasa Arab hdala bahasa yang sangat tua, kaya dan rumit. Bangsa-bangsa Eropah yang dalam abad modern sekarang ini menguasai peradaban dunia, waktu itu masih tenggelam dalam vandalisme dan pengembaraan liar. Jadi tidaklah keliru kalau dikatakan Saidina Ali r.a. itu adalah bapa bahasa Arab moden. Sebab rumus-rumus dan kaedah-kaedah yang diletakkan olehnya, membuat bahasa Arab mudah dipelajari oleh orang asing. K h u t b a h Kecakapannya berkhutbah bukan asing lagi bagi para penulis sejarah Islam. Saidinaa Ali r.a. bukan hanya dikenal sebagai Bapa Bahasa Arab, tetapi dalam hal penggunaan dan penerapan bahasa pun ia dikenal sebagai orang ahli terkemuka. Keunggulannya dalam kecakapan berbahasa dan bersastra membuat orang menarik kesimpulan, bahwa nilai perkataan Saidina Ali r.a. berada di bawah firman Allah Al-Khaliq dan tutur-kata RasulNya. Pada masa hidupnya tidak sedikit orang datang kepadanya menimba ilmu berkhutbah dan ilmu menulis. T a u h i d Ilmu ke-Tuhan-an yang sasarannya adalah Dzat Yang Maha Agung, tidak boleh tidak pasti merupakan ilmu yang paling tinggi mutu dan nilainya. Orang awam dan para ahli yang menekuni ilmu yang mulia itu, hampir tak ada yang meragukan bahwa ilmu tersebut dikuasai dengan baik sekali oleh Saidina Ali r.a. Bahkan peribadinya sendiri di belakang hari dijadikan sumber penggalian dan perbahasan ilmu tersebut, yakni Ilmu Tauhid. F i q h Orang yang paling lembut hatinya dan paling ramah di kalangan ummatku ialah Abu Bakar. Demikian diungkapkan oleh Rasul Allah s.a.w. Sedang yang paling keras membela agama ialah Umar Ibnul Khattab. Yang paling pemalu adalah Utsman bin Affan. Adapun Ali, ujar Rasul Allah s.a.w. seterusnya, ialah yang paling tahu tentang hukum. Ilmu yang bersangkut-paut dengan semua ketentuan hokum Islam itu jelas sekali berpangkal antara lain dari Saidina Ali r.a. Boleh dikatakan semua ahli fiqh di kalangan kaum muslimin menimba dan mengambil dasar-dasar ilmu pengetahuannya masing-masing dari Fiqh Saidina Ali. T a f s i r Ketika Abdullah Ibnu Abbas ditanya orang, bagaimana perbandingan ilmu pengetahuan yang dimilikinya dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh putera paman anda (Saidina Ali r.a.), jawabnya sederhana saja: Perbandingannya seperti setitis air hujan dengan air samudera!. Jawapan itu tidak mengherankan. Bukan kerana ia rendah hati, melainkan juga kerana ia adalah murid Saidina Ali r.a. sendiri. Dalam ilmu Tafsir, nama dua orang itu hampir tak pernah pisah sama sekali.Benar sekali penyaksian Abu Fudhail yang mendengar sendiri Saidina Ali r.a. berkata dari atas mimbar: Tanyakanlah kepadaku selama aku ada. Apa saja yang kalian tanyakan, aku sanggup menjawab. Tanyakanlah tentang Kitab Allah. Demi Allah, tak ada satu ayatpun yang aku tidak mengetahui, apakah ayat itu turun di waktu siang ataukah di waktu malam, di datankah atau di pegunungankah!. T a r i k a t Ilmu Tarikat-pun tidak lepas kaitannya dengan Saidina Ali r.a. sebagai sumber sejarahnya. Di kalangan para ahli Tarikat, Saidina Ali r.a. diakui sebagai tokoh puncaknya. Semua Ilmu Tarikat, Hakikat dan Tashawuf bersumber pada pemikiran-pemikiran Saidina Ali r.a. Tilawatil Quran Bagi Saidina Ali r.a. ilmu Tilawatil Quran merupakan ilmu yang paling pertama kali diteguk dan diperolehnya langsung dari Rasul Allah s.a.w. sejak berusia muda belia. Ialah orang yang paling tahu bagaimana Rasul Allah s.a.w. membaca ayat-ayat Al-Quran. Sejak Rasul Allah s.a.w. masih hidup, Saidina Ali r.a. sudah dikenal sebagai orang pertama dan yang paling dini menghafal Al-Quran. Kedudukannya yang sangat dekat dengan Rasul Allah s.a.w. dan kecerdasannya membuat Saidina Ali r.a. dapat menguasai dengan sempurna Ilmu Tilawatil Quran.ZAMAN UMAR0Setelah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia, jawatan khalifah Islam yang kedua diserahkan kepada Umar Al-Khattab. Umar memerintah dan memimpin umat Islam selama 10 tahun dari tahun 13H/634M hingga 23H/644M dengan penuh kecemerlangan dan kejayaan dalam segenap lapangan hidup. Zamannya disebut sebagai zaman penaklukan dan pembinaan empayar Islam sehingga berhasil mengembangkan kekuasaan Rom Timur dan Parsi, di beberapa kawasan dunia ketika itu khususnya di Timur Tengah. Digelar sebagai amirul mukminin dan khalifah Umarlah merupakan ketua negara Islam pertama meletakkan Baitul Maqaddis yang di dalamnya terletak Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam sebelum menghadap Baitullah) di bawah jagaan orang Islam.LATAR BELAKANG UMAR AL-KHATTABNama lengkap ialah Umar ibn al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Kaab bin Luai al-Quraisy, tergolong dari suku kaum Adi. Beliau dilahirkan pada tahun 13 dari tahun Fiel (setelah peristiwa Gajah). Beliau mempunyai tubuh badan yang tinggi sasa dan tegap, dan sikap keberanian yang terserlah akan tetapi berdisiplin. Kemahirannya menunggang kuda menonjol apabila berjaya menunjukkan kehandalannya ketika menunggang dan menjinakkan kuda liar. Al-Khattab, ayah Umar merupakan seorang tokoh yang disegani dikalangan Bani Adi. Bonda Umar al-Khattab ialah Khanthamah, anak perempuan Hisyam bin al-Mughirah( tokoh yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat Quraisy).SUMBANGAN KHALIFAH UMAR DALAM BIDANG PENDIDIKANSatu-satunya jasa dan sumbangan Umar yang dirasakan oleh Umat Islam hari ini ialah saranan dan cadangannya agar dilakukan usaha mengumpul dan membukukan Al-Quran. Inilah antara sumbangannya yang benar-benar berkesan sehingga zaman-berzaman umat Islam merasakan nikmatnya.Khalifah Umar adalah seorang pemerintah yang begitu menghargai ilmu pengetahuan dan sentiasa menggalakkan umat Islam menambah ilmu pengetahuan untuk kepentingan hidup dunia akhirat. Pendidikan di bidang ilmu pengetahuan Islam amat diperhati dan diambil berat oleh Khalifah Umar, khususnya yang menyangkut dengan bacaan dan pemahaman isi kandungan al-Quran. Sumbangan Umar dalam bidang pendidikan ialah : Membentuk sistem pendidikan dan pengajian al-Quran disetiap wilayah kekuasaan Islam. Masjid- masjid didirikan di semua kampung sebagai tempat ibadat dan pusat pengajian al-Quran. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat mengerjakan ibadat tetapi tempat mengajar ilmu-ilmu, hukum-hukum dan ajaran Islam. Mendirikan pusat-pusat pengajian Islam di kota-kota Basrah, Kufah dan wilayah wilayah lain dengan guru-guru agama dihantar ke pusat-pusat ini, manakala imam-imam diadakan di masjid. Guru-guru/para muallim yang dilantik itu akan ditugaskan mengajar membaca dan menulis. Guru-guru itu diberikan imbuhan sewajarnya sementara para huffaz diberikan penghormatan istimewa oleh Khalifah Umar. Diera Khalifah Umar, setiap mukmin dikehendaki berkeupayaan menghafaz atau mengingati beberapa surah al-Quran, terutamanya surah-surah yang menyentuh perundangan dan prinsip ajaran Islam seperti surah Al-Baqarah, surah Al-Maidah dan surah An-Nur. Melantik golongan yang arif di bidang ilmu yang lain seperti pengkajian ilmu al-Hadis dan perundangan Islam untuk mengajar seperti Abdullah bin Masud dan Ubadah bin Samit yang dikirim ke kota besar seperti Syria dan Kufah sebagai tenaga pengajar. Beliau sentiasa menggalakkan umat Islam memperdalami ilmu-ilmu agama seperti tauhid, fekah, tasawuf dan seumpamanya demi meyakinkan diri kepada kekuasaan Allah. Umat Islam pada zamannya begitu digalakkan mempelajari ilmu peperangan seperti belajar memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan apa jua ilmu mempertahankan diri yang boleh digunakan untuk menegakkan kalimat tauhid dan menyebar luas ajaran Islam. Menjalankan tugas sebagai pemimpin agama yang menerangkan prinsip-prinsip Islam dan mewajibkan setiap orang mengetahui asas perundangan Islam. Mendidik para tentera Islam agar melakukan sembahyang fardhu jemaah dalam susunan yang teratur demi memastikan pertolongan Allah akan tiba di medan perjuangan.ZAMAN UTHMAN0Pada zaman khalifah Uthman bin Affan, sistem pendidikan Islam banyak berkembang ke arah penulisan Al-Quran.Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya: Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Kaab, zaid bin thabit dan saidina Umar al-Khattab. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda r.a. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan daripada saidina Umar al-Khattab, zaid bin thabit, saidina Uthman bin Affan, saidina Ali bin Abi Thalib dan Abu Musa al-ashari r.a. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin masud, saidina Ali bin Abi Thalib, saidina Uthman bin Affan, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit r.a.Pada tahun 25 hijrah : Satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran. Punca perbalahan mereka ialah perbezaan bacaan; masing-masing mengatakan bacaan mereka betul dan menyalahkan yang lain.Melihat kepada peristiwa tersebut, Saidina Uthman mengambil keputusan untuk membukukan semula Al-Quran dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya: Mengambil keputusan dalam penulisan Al-Quran berdasarkan bacaan para qura. Jika terdapat perbezaan dalam bacaan Al-Quran, maka mesti ditulis mengikut dialek suku Quraisy kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Quraisy.Khalifah Uthman bin Affan r.a telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran bagi menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut yang terdiri daripada : Zaid bin Thabit (Ketua) Abdullah bin Zubair Said bin Al-As Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.Menurut pendapat yang muktamad : Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf Al-Quran. Sebuah mushaf untuk digunakan saidina Uthman bin Affan r.a sendiri yangdinamakan mushaf Al-Imam, dan mushaf yang lain dikirimkan keMekah,Syam,Basrah,KufahdanMadinah.Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-sama mushaf tersebut seorang imam ( qari ) yang adil dan mutqin ( orang yang teliti dan cermat ) di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan.Mereke terdiri daripada : Mekah : Abdullah bin Saaib Syam : Al-Mughirah bin Abi Syahab Kufah : Abdul Rahman Abdullah bin Habib Al-Sulami Basrah : Amru bin Qais Mekah : Zaid bin ThabitSelepas itu, saidina Uthman bin Affan r.a memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan.Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada sehingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a kerana bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah s.a.w ( qiraat ) secara mutawatir.DAKWAH Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah dalam kalangan orang-orang tawanan perang. Ramai dalam kalangan mereka yang memeluk Islam ekoran daripada dakwah yang disampaikan oleh beliau. Beliau juga turut mengajar fiqh kepada penganut-penganut Islam, yang pada suatu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu yang sempurna. Guru Cemerlang Lahirkan Anak Didik Gemilang Golongan ilmuwan adalah aset sangat berharga kepada agama dan negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab penting bagi menyebarluaskan ilmu-ilmu Allah untuk melahirkan generasi berilmu, beriman, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Mendidik manusia berilmu bukan perkara mudah kerana memerlukan usaha berterusan. Oleh itu, sewajarnya guru diberi penghormatan tinggi. Hal ini seperti firman Allah bermaksud:

Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu dan (Allah meninggikan) orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah al-Mujaadalah, ayat 11)

Guru hendaklah mendidik murid dengan penuh semangat dan kesungguhan. Mereka juga perlu mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan semoga apa yang diajarkan akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid. Dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang dipelajari.

Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan semua pelajar di sekolahnya. Hal ini supaya segala ajarannya akan memberi kesan kepada semua murid. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan, bahawa sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat:

-Ilmu pengetahuan (pengetahuan seseorang mengenai sesuatu konsep).

- Penerangan yang mendalam terhadap konsep itu.

- Perubahan yang timbul hasil daripada ilmu yang diperoleh.

Guru cemerlang akan melahirkan anak didik gemilang. Ia terbukti Rasulullah SAW sendiri ialah seorang pendidik cemerlang hingga lahirlah pada zamannya sahabat yang hebat seperti Khulafa' Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A'uf, Abu Hurairah dan Saad bin Abi Waqas.

Golongan guru atau ilmuwan juga pernah disebut oleh Rasulullah seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bermaksud:

Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi kegelapan sama ada di darat atau lautan. Apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah petunjuk.

Pembentukan adab dan budi pekerti juga perlu menjadi tunggak kepada setiap pendidik. Ia bagi memastikan budaya hormat-menghormati, kasih-mengasihi sesama manusia dan segala sifat yang terpuji diamalkan oleh generasi muda masa kini dan pada masa akan datang. Ibnu Khaldun sangat menekankan soal adab dan dalam mendidik peribadi manusia, sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud:

Muliakanlah anak kamu dan perelokkanlah budi pekerti mereka.

Bagi mengangkat martabat pendidikan, kita hendaklah menghormati guru dan meletakkan mereka setaraf dengan ilmuan serta ahli profesional lain. Ia sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk itu, hak pendidik dan ilmuwan perlu diingati, Saidina Ali Abi Talib mengatakan, bahawa hak orang alim ada tujuh iaitu:

- Jangan banyak bertanya dan bertanya apabila dia bersedia untuk menjawab.

- Jangan halang jika dia hendak berdiri.

- Jangan buka rahsia di hadapannya.

- Jangan mengumpat orang di hadapannya.

- Hormatlah dia kerana Allah.

- Jangan duduk membelakanginya.

- Jika ada keperluan lain, utamakanlah keperluannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kemuliaan dan mengangkat martabat guru, sejajar dengan apa yang disebut oleh Islam iaitu:

- Memberi layanan baik dan beradab terhadap guru.

- Mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak kita.

- Menyebarkan sejarah kecemerlangan ulama dan ilmuwan dalam peradaban Islam.

- Menerbitkan buku dan risalah yang membicarakan ketokohan guru dan kemuliaannya.

- Sentiasa mendoakan guru dan bekas guru agar ditempatkan bersama solehin.

Justeru, marilah kita bersatu hati bersama guru dan menggembleng tenaga bagi menyemai benih keimanan dan ketakwaan supaya terbentuk sebuah negara maju dan cemerlang yang mendapat keredhaan Allah.