60 Lembaga Pertubuhan Peladang Carta 9: 6HQDUDL SURJUDP SHPEDQJXQDQ 50.H 53 GDQ 53 /33 PHQJLNXW SHFDKDQ EDMHW WDKXQDQ PENGELUARAN AGRO MAKANAN 25,599,586 59% 10% 5% 9% 5% 30% 4% 6 % 3% 2% 15% 5% 6% KHIDMAT SOKONGAN 18,368,978 41% Pengeluaran Sayuran Fertigasi dan Berkelompok Latihan Peladang Progresif Pengeluaran Akuakultur Pembinaan Pusat Khidmat Sokongan Hasil Pengeluaran Pengeluaran Ternakan Secara Berkelompok Naiktaraf PP Sedia Ada dan Menubuhkan PP Baru di Sabah Pengeluaran Buah-buahan Naiktaraf Pusat Pemprosesan Industri Asas Tani Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang Naiktaraf Mekanisasi Ladang Sedia Ada dan Geran Padanan Jentera Kecil Petani Pembangunan Rantaian Nilai PP Latihan dan Pemindahan Teknologi Kepada Ahli PP: Transformasi dan Inovasi Peladang
9
Embed
KHIDMAT PENGELUARAN SOKONGAN AGRO · PDF filekesinambungan daripada projek tanam ... Halia 16 2 9 27,923 Sayuran Berdaun/Berbuah (Bayam, Bendi, Brokoli, Daun Selom,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
60 Lembaga Pertubuhan Peladang
Carta 9:
PENGELUARANAGRO MAKANAN25,599,58659%
10%
5%
9%
5%
30%4%
6 %
3%2%
15%
5%6%
KHIDMATSOKONGAN
18,368,97841%
Pengeluaran Sayuran Fertigasi dan Berkelompok
Latihan Peladang Progresif
Pengeluaran Akuakultur
Pembinaan Pusat Khidmat Sokongan Hasil Pengeluaran
Pengeluaran Ternakan Secara Berkelompok
Naiktaraf PP Sedia Ada dan Menubuhkan PP Baru di Sabah
Pengeluaran Buah-buahan
Naiktaraf Pusat Pemprosesan Industri Asas Tani
Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang
Naiktaraf Mekanisasi Ladang Sedia Ada dan Geran Padanan Jentera Kecil Petani
Pembangunan Rantaian Nilai PP
Latihan dan Pemindahan Teknologi Kepada Ahli PP: Transformasi dan Inovasi Peladang
61Laporan Tahunan LPP 2013
TANAMAN
KOMODITI PADI
Sektor Pertanian merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (National Key Economic Area - NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme). NKEA Pertanian memberi fokus kepada subsektor yang mempunyai potensi besar dalam pembangunan negara terutama untuk menjamin bekalan makanan negara.
Terdapat 16 Projek Permulaan (Entry Point Project – EPP) dan sebelas Potensi Perniagaan (Business Opportunities) telah dikenalpasti. NKEA Pertanian mempunyai tiga aspirasi utama iaitu:
i. Meningkatkan sumbangan semasa Pendapatan Kasar Negara (Gross National Income) sektor pertanian sebanyak RM28.9 bilion kepada RM49.1 bilion menjelang
ii. Mewujudkan peluang pekerjaan baru sebanyak 74,600, di mana sebahagian besar daripadanya akan diwujudkan di kawasan
iii. Mempertingkatkan pendapatan petani yang mengambil bahagian dalam inisiatif NKEA sebanyak dua hingga empat kali ganda.
Beberapa buah PP telah telah terlibat secara langsung dalam melaksanakan projek ini berdasarkan kemampuan dan rangkaian yang dimiliki oleh PP. Beberapa PPN, PPK telah dilantik sebagai Special Purpose Vehicle (SPV), Operator atau Pengurus Kewangan bagi program NKEA ini. Sasaran pengeluaran adalah daripada 5.5 kepada 6.5 (m/t) per hektar. Pecahan projek EPP seperti di Jadual 12.
EPP
Padi dan Beras
EPP 11 : Penanaman Padi di Kawasan Jelapang
Hortikultur
EPP 7 : Pasaran Premium Buah- buahan dan Sayuran Segar
Ternakan dan Burung Walit
EPP 2 : Pengeluaran Sarang Burung Walit
EPP 5 : Integrasi Lembu di Ladang Kelapa Sawit
Akuakultur
EPP 3 : Mini Estet Rumpai Laut
EPP 4 : Ternakan Ikan Dalam Sangkar (i-Cage)
Sokongan
EPP 8 : Taman Pengeluaran Makanan
62 Lembaga Pertubuhan Peladang
Padi dan Beras
Pengeluaran padi merangkumi kawasan jelapang dan luar jelapang dengan keluasan tanaman keseluruhannya dianggarkan 613,801 hektar (ha) pada tahun 2013 (dalam jelapang 381,553 (ha) dan luar jelapang 129,053 (ha)). Daripada keluasan tersebut 510,606 (ha) terdapat di Semenanjung Malaysia dan selebihnya 103,195 (ha) adalah di Sabah dan Sarawak.(Sumber : Laporan Penyiasatan Padi Jabatan Pertanian Tahun 2012/2013).
PP terlibat secara langsung dalam rantaian nilai industri padi melalui program/aktiviti seperti berikut:
Mini Estet Padi Seluas 68,000 (ha) kawasan padi telah dibangunkan secara estet dan mini estet yang melibatkan 88 buah PPK serta 38,000 orang peladang. Sasaran hingga tahun 2020 adalah seluas 90,000 (ha).
PP
Kg. Pelet 147 703.26 851,540.35 4.8
Seri Pulau 81.21 432.52 480,971.87 5.4
Kuala Kurau 188.8 728.03 799,727.63 3.9
Bagan Serai 100 1,947 2,485,822 6.53
Bachok 100 503.19 490,554.99 5.03
Kota Belud 164.15 173.69 191,909.03 1.1
Tg. Karang 127 825 996,869 6.5
908.16 5,312.69 6,297,394.87 5.8
PP m/t)
Kg. Pelet 147 690.17 830,487.61 4.7
Seri Pulau 81.21 406.05 426,352.50 5.0
Kuala Kurau 390.36 1,429.33 1,572,956 3.7
Bagan Serai 268.58 1,090.26 969,816.52 4.1
Bachok 100 270.95 262,196.67 2.7
Kota Belud 164.15 165.12 154,438.31 1.0
Tg. Karang 127 699.6 839,520 5.5
1,278.30 4,751.48 5,055,767.61 3.7
Sebanyak 29 buah pusat pengumpulan padi telah diwujudkan dengan kapasiti pengendalian sebanyak 145,000 (m/t) padi setahun.
Melibatkan kuota sebanyak 8,000 (m/t) setahun oleh PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang. Ini melibatkan kawasan seluas 2,940 (ha) dengan bilangan peserta seramai 1,288 orang.
Sebanyak dua buah kilang padi telah dibina dengan kapasiti pengeluaran 30,000 (m/t) setahun.
Di bawah EPP 11, tujuh buah PPK telah dilantik sebagai SPV. Maklumat PPK dan prestasi adalah seperti di Jadual 13.
Musim 1/2013:
SPV
Musim 2/2013:
63Laporan Tahunan LPP 2013
Pada tahun 2013, 89 buah PP telah terlibat dalam perlaksanaan MEP secara berpusat. MEP bertujuan membantu kerajaan mengurus infrastruktur secara sistematik dan teratur yang mampu menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran hasil padi dan pendapatan peserta seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import beras negara.
Jadual 14 dan Carta 10, 10i dan 10ii menunjukkan pencapaian pengeluaran padi di bawah MEP tahun 2013.
Pengeluaran benih padi sah merupakan satu program khas kerajaan bagi memenuhi keperluan benih padi berkualiti melalui pengeluar-pengeluar yang diiktiraf kerajaan. Penggunaan benih padi sah merupakan pra syarat untuk mendapatkan bantuan dan insentif daripada kerajaan.
Pada tahun 2013, PPK Lahar Bubu telah mengeluarkan benih padi sebanyak 5,654.19 (m/t) bagi keluasan tanaman 2,940 (ha) yang melibatkan seramai 1,288 orang peserta.
Projek pengeluaran buah-buahan PP dan ahli merupakan kesinambungan dari projek pengeluaran bahan makanan asas yang telah dilaksanakan dalam RMKe-10. Pelaksanaan projek ini diteruskan dengan tambahan strategi untuk meningkatkan pengeluaran projek sedia ada serta pertambahan keluasan projek baru yang berpotensi.
Berkonsepkan pembangunan moden dengan menambahkan bilangan penggunaan teknologi dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran secara maksimum. Tumpuan utama adalah kepada jenis tanaman nangka, mangga, nanas, pisang dan tembikai.
Terdapat juga PP telah teribat dengan tanaman industri iaitu projek Kelapa Matag. Ianya merupakan projek pemuliharaan dan kesinambungan daripada projek tanam semula yang diambil alih pada tahun 2009.
Keluasan keseluruhan projek adalah 207.48 (ha) iaitu meliputi Kawasan Bagan Datoh 184.69 (ha) dan Hutan Melintang 22.79 (ha), Perak yang melibatkan penyertaan seramai 144 orang peserta. Pelaksanaan projek ini dibuat dalam sistem pengurusan berpusat melalui penglibatan PPK dan dibantu oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Projek ini juga mampu meningkatkan purata pendapatan peserta. Selain itu, projek ini juga mengamalkan amalan pertanian yang baik (GAP) dan didedahkan dengan kegiatan pertanian secara integrasi iaitu dengan tanaman kontan seperti pisang, serai, jagung dan terung serta ternakan kambing. Sepanjang tahun 2013, sejumlah RM 1,808,000 telah diperuntukkan bagi pembangunan projek buah-buahan dengan keluasan 217.63 hektar melibatkan 271 orang peserta.
Sehingga tahun 2013, LPP telah berjaya mengeluarkan sebanyak 63,385.53 (m/t) buah-buahan seperti Jadual 15.
Perlaksanaan projek pengeluaran sayuran ini diteruskan dengan tambahan strategi untuk meningkatkan pengeluaran sedia ada. Berkonsepkan pertanian moden dengan menambah penggunaan teknologi seperti sistem fertigasi bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran secara maksimum.
Jenis sayuran seperti cili, vitato, jagung, tomato, ubi kayu, halia, rock melon dan cendawan. Komponen projek yang dibiayai melalui peruntukan yang disalurkan oleh LPP adalah Sayuran Fertigasi dan Berkelompok. Pada tahun 2013, LPP telah menerima peruntukan sebanyak RM4,481,000 dengan melibatkan seramai 206 orang peserta dengan keluasan 145.63 (ha).
Sehingga akhir tahun 2013, secara keseluruhannya, LPP berjaya menghasilkan pengeluaran sayuran sebanyak 169,374 (m/t) seperti di Jadual 16.