Top Banner
EKONOMI RUMAH TANGGA BAB 2 : BATER
21

khb

Jul 07, 2016

Download

Documents

iskandar_saim

ert
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: khb

EKONOMI RUMAH TANGGA BAB 2 : BATER

Page 2: khb

PENGERTIAN BATERAdunan campuran tepung dengan cecair

seperti air,susu,santan.Telur dicampurkan ke dalam bater untuk mendapat adunan yang

lebih berkhasiat dan rasa yang sedap dan lazat.

Page 3: khb

JENIS BATER

BATER PEKAT BATER CAIR

Page 4: khb

BATER PEKATCampuran tepung dengan cecair dalam

bentuk krim yang pekat .Digunakan untuk menyadur makanan

sebelum digoreng.Sukar dituang dalam kuali kerana ia agak

likatBater pekat juga dikenali sebagai bater sadur

Page 5: khb

BATER CAIRKonsistensinya cair dan berkrim.Dikenali sebagai bater penkek / lempeng.Mudah dituang ke dalam kuali

Page 6: khb

CONTOH BATER PEKAT

KUIH RENGAS

KELEDEK GORENG

PISANG GORENG

CUCUR UDANG

SKON TITIS

Page 7: khb

RESEPI MEMBUAT KUIH RENGASBAHAN-BAHAN:1 cawan kacang hijau¾ atau 1 cawan gula pasir (kemanisan bergantung kepada selera tersendiri)1 sudu kecil garamAir yang secukupnya untuk merebus kacang hijau

Page 8: khb

CARA MEMBUATNYA1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika , rebus

dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.2. Apabila air rebusan hampir kering , tambahkan sedikit

air supaya kacang hijau lebih lembut dan tunggu sehingga benar-benar kering (sila kacau selalu apabila hampir kering untuk mengelakkan berkerak atau hangus.

3. Setelah benar-benar kering barulah masukkan ¾ atau 1 cawan gula dan 1 sudu kecil garam. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair itu. Biarkan renih dan kering sekali lagi. Kacau sekali sekala dan pastikan anda meggunakan api yang sederhana.

Page 9: khb

4. Apabila sudah mula kering perlahankan api dan kacau sentiasa

5. Untuk memastikan inti sudah masak, kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih bernyala .

6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk.

7. Apabila ianya telah dibentuk, sadurkan inti tadi ke dalam bater dan sedia untuk dimasak.

Page 10: khb

CARA MEMBUAT PISANG GORENG

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT PISANG GORENG:2 cawan tepung beras2 cawan tepung gandum5 sudu besar santan (santan kotak)½ sudu besar baking powder½ sudu besar garam½ sudu kecil serbuk kunyit1 biji telurAir secukupnya2 sudu mentega (dipanaskan sehingga cair dan disejukkan)

Page 11: khb

CARA MEMBUATNYA

1. Satukan semua bahan kecuali air dan mentega cair

2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat

3. Masukkan mentega cair 4. Celup pisang ke dalam adunan dan goreng ke

dalam minyak yang sudah panas itu

Page 12: khb

CARA MEMBUAT KELEDEK GORENGBAHAN-BAHAN MEMBUAT KELEDEK GORENG:2 ketul ubi keledek (saiz besar)2 cawan tepung beras½ cawan tepung gandum½ sudu teh soda bikarbonat1 sudu teh gula 1 biji telur 1 cawan airsedikit serbuk kunyitsedikit garam

Page 13: khb

CARA MEMBUATNYA1. Campurkan semua bahan kecuali air. Masukkan

air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang dikehendaki. Rehat untuk seketika.

2. Kupas kulit keledek dan potong mengikut saiz yang dikehendaki

3. Panaskan minyak di dalam kuali.apabila ia sudah cukup panas,celupkan keledek ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga masak.

Page 14: khb

RESEPI MEMBUAT CUCUR UDANGBAHAN- BAHAN UNTUK MEMBUAT CUCUR:3 Cawan tepung gandum4 cawan air1 sudu kecil baking powder(larutkan dengan setengah cawan air panas)½ sudu kecil serbuk soda bikarbonat300 gram udang sederhanaTaugeh dan kucai secukupnyaGaram dan serbuk kunyitMinyak untuk menggoreng

Page 15: khb

BAHAN-BAHAN UNTUK SOSNYA:

8 biji cili merah (dibuang bijinya)2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah½ cawan air1 sudu besar tepung jagung½ sudu cuka makan

Page 16: khb

CARA MEMBUAT CUCUR

1. Masukkan 3 cawan tepung gandum ,4 cawan air ,1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ,300 gram udang sederhana ,taugeh dan kucai secukupnya ,garam dan serbuk kunyit dan gaulkan kesemuanya kecuali larutan baking powder .

2. Setelah sebati ,masukkan larutan baking powder tadi. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum menggorengnya.

3. Sementara itu ,panaskan minyak bersekali dengan senduk acuan .bila minyak panas ,masukkan adunan ke dalam senduk dalam anggaran 2 sudu.

4. Letakkan udang dan goreng hingga kekuningan.

Page 17: khb

CARA MEMBUAT SOS

1. Kisar cili dan bawang.2. Masak cili dengan atas api kecil.3. Kemudian masukkan tepung jagung (kacau

dengan 3 sudu air) dan cuka.4. Teruskan mengacau sehingga agak pekat

dan sedia untuk dimakan bersama cucur udang tadi.

Page 18: khb

RESEPI MEMBUAT SKON TITISBahan-bahan:120 gram tepung30 gram gula halus30 gram mentega½ camca teh cream of tar tar¼ tin susu¼ sudu serbuk bikarbonat1 biji telur

Page 19: khb

CARA MENYEDIAKANNYA1. Ayakkan 120 gram tepung bersama ½ camca teh

serbuk bikarbonat.2. Ramaskan 30 gram mentega dengan tepung

sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.

3. Buat lubang di tengah dan masukkan telur dan susu. Kacau adunan dengan cepat tanpa memukulnya.

4. Panaskan kuali leper dan griskan dengan sedikit mentega.

5. Titiskan sedikit bater dan masak sehingga bater berbuih-buih dan buih itu pecah di atas api yang kecil.

6. Balikkan dan masak sehingga kekuningan.7. Hidangkan dengan sedikit

mentega/butter,jem,madu,mapple syrup dan lain-lain.

Page 20: khb

SEKIAN, TERIMA KASIH

Page 21: khb

NAMA AHLI KUMPULAN : SITI NUR HUSNA SYUHADA BINTI NORAZMAN SHAZLIANA BINTI SUKRI

KELAS : 1 BALAUNAMA GURU : EN.NORISKANDAR BIN SAIM