1,001 khasiat pegaga
[email protected]
Centella asiatica atau lebih dikenali dengan nama pegaga di
negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan
dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada
kecantikan seseorang.Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa
terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia
semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari
kebaikannya.Ia juga dikenali dengan nama Gotu Kola di India dan
sering ditemui di kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja
sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi
minuman.Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan
pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami
wanita.Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara
tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah
lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan daun
pegaga atau minum air rebusannya.Apabila disapukan pada kulit,
sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga
dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu
yang rosak dan mengurangkan parut.Bahan aktif pada pegaga yang
merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di
bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan
kolagen, sekali gus mengurangkan masalah seperti parut atau
regangan kulit.Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah
kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut
dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya
mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula
jadi.Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan
mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur
darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan
paha.Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga
boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki
sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan
beberapa minit.Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien
antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin,
vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.Bukan sekadar pencuci
wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi
menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.Lebih mengujakan,
pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami
wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan
penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping
meningkatkan peredaran darah.Sifat antibakteria yang ada pada
pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk
jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran
kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.Selain kulit,
pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah
keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali
rambut tidak bermaya.Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan
kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak
masalah rambut yang lain.Peredaran darah yang baik di kulit kepala
membantu meningkatkan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah
rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.Pegaga
menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan serius,
penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:00 Am
MANFAAT DAN KHASIAT PETAI UNTUK KESEHATAN
MANFAAT DAN KHASIAT PETAI/ PETE BAGI KESEHATANPetai memiliki
kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang dikombinasikan dengan
serat. Ketiga zat ini adalah gula alami yang bisa menghasilkan
energi instan namun cukup lama dan cukup besar efeknya bagi mereka
yang mengkonsumsinya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat
kali lebih banyak daripada apel. Selain itu, kandungan karbohidrat,
fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lainnya dalam
petai juga masih lebih banyak bila dibandingkan apel.Petai juga
kaya kalium dan merupakan buah dengan nilai makanan terbaik.
BEBERAPA KHASIAT PETAI/ PETE :
OBAT HATI DAN GINJALRadikal bebas mudah sekali ditemukan pada
berbagai produk pangan, terutama pada produk yang digoreng atau
dibakar. Hidrogen peroksida; superoxidee anion, dan hidroksil,
merupakan contoh-contoh radikal bebas. Molekul tersebut sangat
tidak stabil, sangat reaktif, dan merusak jaringan. Radikal bebas
akan menjadi tidak berdaya bila berhadapan dengan antioksidan.
TEKANAN DARAH TINGGI DAN STROKEBuah tropis unik ini sangat
tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk
memerangi tekanan darah. Begitu tingginya, sehingga FDA Amerika
mengizinkan perkebunan petai untuk melakukan klaim resmi mengenai
kemampuan buah ini untuk menurunkan resiko tekanan darah dan
stroke.Menurut riset dalam The New England Journal of Medicine
makan pete sebagai bagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan
resiko kematian karena stroke sampai 40%.
LUKA LAMBUNGBuah ini mampu menetralkan asam lambung dan
mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam lambung.
STRESKalium adalah mineral penting, yang membantu untuk
menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur
keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, kecepatan
metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar
kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan
makan petai yang tinggi kalium.
ANEMIADengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat
menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi
anemia.
SEMBELITKarena kandungan serat yang tinggi, maka pete akan
mempermudah menormalkan kembali aksi pencernaan, membantu mengatasi
permasalahan ini tanpa harus kembali ke laksativ.
GIGITAN NYAMUKSebelum anda meraih krim gigitan nyamuk, coba
untuk menggosok daerah yang terkena gigitan dengan bagian dalam
kulit pete. Banyak orang berhasil mengatasi rasa gatal dan bengkak
dengan cara ini.
Mengenali Tongkat AliDitemui di hutan Thailand, Malaysia dan
Indonesia, 4 jenis telah dikenalpasti:Eurycoma longifolia,
Entomophthora apiculata, Polyathia bullatadanGoniothalamus sp.
Dalam perubatan tradisional,Eurycoma longifolialebih digunapakai.
Nama lain termasukLong Jack, Malaysian Ginseng,Setunjang Bumi,
Bedara Pahit, Pokok Jelas, Cay ba binh, Ian-don dan Jelaih.Mencapai
ketinggian 15 18 meter dan mengeluarkan buah selepas 2 3 tahun
penanaman, kematangan sempurna dicapai pada usia 25 tahun. Namun
untuk keperluan komersial, akarnya dituai hanya selepas 4 tahun
penanaman. Buahnya sepanjang 2-3 cm dan berwarna merah kehitaman
apabila masak. Daunnya jenis pinat, sepanjang 10-15 inci dengan
10-30 helai setangkai manakala bunga jantan dan betina berada pada
pokok yang berbeza.Umumnya, akar paling terkenal namun batang,
bunga dan daunnya juga bermanfaat. Secara tradisional, antara lain
ia digunakan sebagai anti-malaria, anti-ulser dan rawatan wanita
selepas bersalin. Daunnya digunakan untuk mengelakkan penyakit gusi
dan merawat penyakit kelamin (sifilis dan gonorea) dan akarnya
untuk mengurangkan tekanan darah, demam dan keletihan.Kajian
saintifik: manfaat, mudarat dan kesan sampinganSejak dikenali umum,
kajian-kajian dilakukan bagi mengesahkan dakwaan khasiatnya serta
mengenalpasti kesan sampingan. Beberapa manfaat dan mudarat yang
telah dibuktikan melalui kajian saintifik sehingga 2013
termasuk:Manfaat Anti-malaria:ujud aktiviti anti-malaria terhadap
malaria Thailand K-1, beberapa jenis malaria Indonesia, perencatan
sempurna terhadap enam isolat malaria Malaysia serta 2 kompaun
akarnya menunjukkan potensi sebagai anti-malaria ). Anti-kanser:1
daripada 6 kuasinode yang diambil daripada daunnya dikenalpasti
mempunyai kompaun perencatan pengaktifan virusEpstein-Barryang
menggalakkan tumor. Daripada 65 kompaun akar Tongkat Ali, 8
menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser paru-paru manakala
7 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser payudara.
Anti-kencing manis:menunjukkan penurunan gula dalam darah bagi kes
kandungan gula tinggi (hyperglycaemic) dan tiada kesan signifikan
terhadap kadar gula yang normal (normoglycaemic).
Anti-bakteria:ekstrak daun dan batang menunjukkan keaktifan pada
kedua-dua bakteriaGram-positivedanGram-negativekecuali 2 jenis
bakteriaGram-negative; namun ekstrak akar tidak menunjukkan apa-apa
aktiviti anti-bakteria. Sifat maskulin dan aktiviti
seksual:menunjukkan peningkatan aktiviti seksual tikus dewasa,
motivasi seksual tikus pembiak yang telah pencen dan berahi pada
tikus tua dan tikus pembiak yang telah pencen
Kitaranspermatogenesisdan kesuburan:menunjukkan peningkatan yang
signifikan pada jumlahspermatocytesdanspermatids, kadar penghasilan
spermatozoa dan jumlah selLeydigserta indeks kesuburan dan
keproduktifan pada tikus jantan.Mudarat dan kesan sampingan
Ketoksikan:ujud dalam beberapa kuasinode akar Tongkat Ali.
Pencemaran lead: daripada 100 produk yang dikaji, 17%
mengandungileadsebanyak 10.3 20.3 ppm dan tidak menepati keperluan
kualiti ubatan tradisional Malaysia. Pencemaran merkuri: daripada
100 produk yang dijual di farmasi, 36% mengandungi 0.52 5.30 ppm
merkuri manakala penyediaan produk Tongkat Ali hitam pada dos-dos
yang berbeza mendapati 26% daripadanya mengandungi 0.53 2.35 ppm
merkuri. Keduanya melebihi kadar yang dibenarkan dalam ubatan herba
dan tidak menepati kualiti ubatan tradisional Malaysia. Kesan
sampingan:walaupun kekurangan bukti saintifik, pengambilan jangka
panjang telah dikaitkan dengan ganguan tidur atau apnoea, mudah
marah, tekanan kepada testis dan sikap yang agresif.Pengambilan dan
dosSecara tradisional, akarnya dipotong kecil, direneh dan diminum.
Disebabkan rasanya terlalu pahit, ramai pengamal menganjurkan untuk
merebus dengan api kuat bersama madu atau kurma.Pengambilannya
hanya dianjurkan secara oral kerana cara lain boleh meningkatkan
ketoksikan sehingga 100 kali ganda. Dos yang selamat adalah di
antara 270 350mg/kg sehari dan kesan ketoksikan seperti peningkatan
berat pada hati, ginjal, limpa dan testis dilaporkan pada
pengambilan sehingga 430mg/kg sehari. Keselamatan pengambilannya
oleh wanita hamil dan lelaki yang bermasalah jantung tidak dapat
dipastikan. Wanita menyusukan dan kanak-kanak juga tidak digalakkan
mengambilnya.Bagi produk berasaskannya, menurut Prof. Dr. Ramlan
Aziz, Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia di Universiti
Teknologi Malaysia, dua perkara menjadi masalah. Pertama, cara
pemprosesan dan kedua, kandungannya. Ia memudaratkan jika hanya
dikisar untuk dicampur dalam minuman manakala kajianawal oleh
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menunjukkan
kandungannya jauh daripada dos yang dapat memberi manfaat.Lebih
membimbangkan ialah kecenderungan pengeluar untuk mencampurkannya
dengan bahan lain, yang mana risiko tindak balas sesama sendiri
belum dapat dipastikan.
Khasiat Buah Jering
Info dan Khasiat Buah JeringPengenalan Jering ialah tumbuhan
yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering
mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda
kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama
mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila
dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya
berasa lemak-lemak pahit danKhasiat Buah JeringDalam usaha
mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan
senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga
ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman
segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat
sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan
zaman.Artikel kali ini membincangkan tentangKhasiat Buah Jeringyang
mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti(Myanmar),0.1%
lemak,1.7% karbohidrat,3.5% protein,Archidendron
jiringa,B,besi,chaniang (Thailand),dan C,dan vitamin A,Djengkol
(Jawa),fosforus,Jering,kalsium,niang,penyakit kencing manis.Info
tentangKhasiat Buah Jeringini kami masukkan dalam kategori
:Buah,Ubat,Ulam
PengenalanJeringialahtumbuhanyangberasaldariMalaysia,Indonesiadan
kawasanASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini
menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi
sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang
sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos
ataupunkelapaparut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak
pahit danpedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan
air kencing yang berbau hancing kuat.
Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan
alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi
pesakitpenyakit kencing manispula, jering boleh menjadi penawar
yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang
sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu
meneutralkan kandunganguladalam badan.Jering dikelaskan sebagai
racun serdahana kerana ia mempunyaiasid djenkolic,asid amino, yang
menyebabkan keracunan Jering (djenkolism jengkol bean poisoning).
Ia menyebabkan sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain),
penyakitgout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut
(acute renal failure).[1]Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan
tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan mereka yang
memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat
kegagalan renal pada satu ketika lain.[2]Keadaan ini boleh
dikurangkan dengan banyak meminum air kosong selepas memakannya
bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan
danmelawaskan kencing.
Khasiat dan Kebaikan JeringBuah jering mengandungi 3.5% protein,
0.1% lemak, 1.7%karbohidrat, kalsium,fosforus, besi, danvitamin A,
B, dan C. Ia juga mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh
memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga
mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jenkolik.
Sekiranya kita memakan terlalu banyak, ia akan memudaratkan
kesihatan. Asid jenkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan
membentuk hablur dalam ginjal dan akhirnya akan menyebabkan pundi
kencing tersumbat. Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk
pesakitdiabetiskerana kandungan sebatian alkoloid mampu
meneutralkan kandungan gula dalam badan. Akar pokok jering yang
dikeringkan kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut
dipercayai dapat merawatdiabetis.Selain buahnya yang dimakan
sebagai ulam, pucuk muda pokok jering juga boleh dijadikan ulaman.
Buah jering boleh dimakan segar sebagai ulam, dijeruk, dijadikan
jering relung dan direbus. Jering relung dihasilkan dengan kaedah
menanam biji jering matang atau agak tua di dalam pasir sehingga
tunasnya mula bercambah. Setelah tunasnya bercambah, biji jering
boleh digali dan dibersihkan untuk dimakan sebagai ulam. Proses
membuat jering relung ini adalah untuk mengurangkan bau dan
melembutkan tekstur isi buah jering. Jering relung boleh dibiarkan
berada di dalam pasir sehingga anak pokok jering mula tumbuh.
Habitat Buah JeringPokok jering Sesuai ditanam dalam iklim
tropika dengan kawasan yang mempunyai saliran yang baik. Anak benih
biasanya daripada biji jering yang matang dan disemai. Jarak
penanaman anak belih pula antara 20 meter x 15 meter. Pembiakan
jering secara liarnya didalam hutan oleh tupai yang memakan jering
dan membawa merata tempat lalu tumbuh.Pokok jering akan berbuah
setelah 4-6 tahun ditanam. Bunga berbentu dibahagian hujung dahan
dan sesuai dipetik selepas warna bertukar coklat gelap dan berisi.
Cara petik biasanya mengunakan galah buluh dan ada mata pisau
dihujung bagi memotong tangkainya.
Herba Tidak Berbunga ( Khasiat Pokok Kera)Periuk kera juga
mempunyai beberapa nama lain seperti periuk monyet, periuk
kerengga, moyong akar dan kenchong kera. Periuk kera merupakan
sejenis tumbuhan daripada famili Nepenthaceae atau saintifiknya
Nepenthes gracilis Korth.
Tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan dipterokarpa, bukit
dan hutan gunung. Masyarakat Cina percaya bahawa tanaman ini
membawa tuah kepada sesiapa yang menahannya. Spesies ini adalah
daripada jenis memanjat pokok lain dan batangnya pula menjalar di
permukaan tanah. Kaedah pembiakannya adalah melalui keratan
akar.
Daun pokok ini berbentuk bujur dan berwarna hijau terang.
Keistimewaannya pokok ini adalah kerana mempunyai sejenis alat yang
berbentuk uncang yang juga disebut sebagai periuk. Saiz periuk ini
ialah hingga 12 sentimeter panjang dan mempunyai pelbagai warna
seperti hijau, coklat dan putih.
Separuh daripada bahagian dalam periuk ini berisi cecair yang
enzim pencernaan. Periuk ini mempunyai penutup dan dibahagian
bawahnya terdapat bahagian yang menyimpan madu yang berfungsi
sebagai penarik kepada serangga. Periuk kera agak unik kerana
tumbuhan ini boleh memusnahkan serangga juka serangga berkenaan
terjatuh atau masuk ke dalamnya. Serangga yang masuk kedalam akan
dihancurkan oleh enzim yang terdapat di dalam periuk sebagai bahan
makanan pokok berkenaan. Malah saintis menganggap bahawa tumbuhan
ini sabagai tumbuhan maging atau karnivor kerana memakan serangga
dan haiwan kecil lain.
Khasiat dan KegunaanPeriuk kera merupakan sejenis tumbuhan
yangsering digunakan untuk rawatan melebatkan rambut, sakit mata,
cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi. Cecair
dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan cara melumurnya pada
rambutdan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum
untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang
periuk kera diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan. Untuk
mengubati penyakit cirit-birit, batuk dan demam, caranya adalah
denga merebus akar, batang dan daun selama satu jam sebelum airnya
diminum bagi mengurangkan panas dan mengeluarkan kahak serta
melegakan batuk.
Memadai dengan meminum secawan sehari. dan baki airnya disimpan
sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokkan harinya. Air di
dalam takungan periuk kera baik untuk memcuci mata.. Selepas
penutup periuk kera dibuka, cecair di dalam periuk itu tidak boleh
dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus dicurah atau
dititikkan pada mata. Jika periuk kera tersebut besar dan air
takungannya banyak, airnya bukan sahaja berguna untuk mencuci mata
malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.
Syaratnya ialah penutup takungan itu belum terbuka. Selepas
penutup priuk kera dibuka, cecair di dalam periuk itu tidak boleh
dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus dicurah atau
dititikkan pada mata. Jika pokok periuk kera tersebut besar dan air
takungannya juga banyak, airnya bukan saja berguna untuk mencuci
mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.