Top Banner
SESI 2017/2018
52

Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Jan 23, 2018

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SESI 2017/2018

Page 2: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 3: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 4: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 5: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Hassina, A., Zaia, A. & Mazari A.C

2010

Al-Khalil: The Arabic linguistic ontology

project

Conference: Proceedings of the International

Conference on Language Resources and

Evaluation

hlm. 3826-3829

Page 6: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan membina infrastruktur berpusat ontologi untuk sumber aplikasi

bahasa Arab.

Pemerhatian yang mendalam kepada kajian ini telah dibuat terutama dalam siri

menyingkap hasil linguistik yang terdapat dalam Kitab al-’Ain karya al-Khalil ibn

Ahmad al-Farahidi.

Kajian ini telah memilih al-Khalil ibn Ahmad kerana menganggap beliau adalahorang yang pertama telah membina ontologi untuk bahasa Arab melalui Kitab al-‘Ain.

Kitab al-’Ain dikatakan berasal dari fakta bahawa kamus ini mengikuti urutan fonetikberkenaan penghasilan bunyi percakapan melalui kedudukan, bentuk dan pergerakanorgan percakapan seperti bibir, lidah dan lipatan vokal.

Page 7: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Pendekatan yang cuba diketengahkan dalam kajian ini adalah untuk memberi lebihbanyak penglihatan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahuitentang linguistik bahasa Arab.

Menurut kajian ini, ontologi akan berfungsi sebagai infrastruktur untuk membinaaplikasi untuk linguistik pada masa akan datang seterusnya menjadi alat untukmembangunkan beberapa alat dan program yang berguna untuk orang ramai.

Dalam bidang sains komputer, ontologi adalah pemahaman bersama mengenaisesetengah domain yang boleh disampaikan ke seluruh dunia dan sistem aplikasimemudahkan orang ramai mendapatkan capaian yang dicari.

Oleh sebab itu, ketiadaan sumber dan alat-alat leksikal dan semantik yang bolehdigunakan secara percuma untuk bahasa arab menjadikannya bahasa yang kurangjelas dan sukar untuk difahami.

Page 8: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Dalam membina prototaip pertama mengenai ontologi, kajian ini telahmemberi tumpuan kepada konsep Tatabahasa Tradisional Arab yang tidakkelihatan dalam teori linguistik lain seperti mital, qiyas, lafda, dan konsep-konsep lain yang berkaitan tafsiran Tatabahasa Tradisional Arab.

Kajian ini lebih menumpukan kepada Tatabahasa Tradisional Arab agarorang ramai mudah mempelajarinya. Namun kajian ini tidak mengenepikankonsep baru dari rangka lingistik yang diterapkan kepada bahasa Arab.

Kaedah GOLD atau General Ontology for Linguistic Description merupakanontologi pertama yang direka khas untuk penerangan linguistik di SemantikWeb.

Page 9: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

GOLD menganjurkan konsep yang berkaitan dengan bahasa ke dalam empatdomain utama: ekspresi, tatabahasa, constructs data, dan meta-concepts. Editorontologi Protégé-OWL telah digunakan untuk kedua-dua pembinaan visual danpengeditan visual mengenai ontologi.

Walau bagaimanapun, ontologi bukan hanya taksonomi konsep domain tetapi teoriontologi menentukan entiti kepentingan dalam domain tertentu dan entiti tersebuttermasuk bukan sahaja kelas dan contohnya tetapi hubungan yang berlaku di antaracontoh tersebut.

Peningkatan ontologi linguistik adalah hasil dari dua situasi yang bersamaan.Tidak dapat dinafikan bahawa zaman kini merupakan zaman maklumat, sangatmudah untuk kita mendapatkan maklumat terutama pencarian di web.

Secara keseluruhannya, keperluan data linguistik terutama dalam bahasa Arabjuga penting dalam bidang penyelidikan yang berkaitan dengan organisasimaklumat.

Page 10: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 11: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Abu Abd al-Rahman al-Khalil ibn Ahmad ibn Amr ibn Tammam al-Farahidi al-Azdi al-Yahmadi (100H/791M-173H/718M) telah dilahirkan di sebuah perkampungan Azad, Oman. Beliau berhijrah dan membesar di Basrah, Iraq.Gelaran al-Farahidi dinisbahkan kepada kabilah nenek moyang beliau iaitu Farhud, salah satu kabilah di perkampunganAzad.

Berguru bersama Ibn Abi Ishak, Isa bin Amr dan Abu Amr bin al-’Alaa yang merupakan guru bahasa Arab dan Qiraat.

Dikenali sebagai tokoh yang mampu menguasai pelbagai bidang seperti perkamusan (leksikografi), tatabahasa dansintaksis (nahu & sorof), syariah, matematik, muzik dan sastera (arud). Beliau digelar ‘Bapa Leksikologi Arab’.

Anak murid beliau seperti Sibawaih, al-Nadr ibn Shumail, al-Mu’arrij al-Sadussi, Nasr ibn Ali al-Jahdami dan al-Laithibn Nasir ibn Sayyan.

Beliau mendapat inspirasi menulis puisi ketika mengerjakan ibadah haji di Mekah, beliau terdengar bunyi irama ketukandari tukang besi lalu segera menulis not-not irama berkenaan.

Beliau wafat di Basrah, Iraq pada bulan Jamadil al-Akhir tahun 173H, pada zaman kepemimpinan Khalifah Harun al-Rasyid dari Kerajaan Abbasiyyah. Imam Al-Zahabi menyatakan di dalam kitabnya Tarikh al-Islam: Sebuah kisah yangmenjelaskan asbab meninggalnya al-Khalil, diriwayatkan bahawa beliau (al-Khalil) berkata: “Aku sedang memikirkansebuah metode, supaya ilmu al-Hisab (matematik) mudah difahami oleh orang awam.” Lalu beliau masuk ke masjidsambil terus berfikir, dan tanpa disedarinya terlanggar tiang yang ada di depannya, lalu beliau jatuh dan wafat.

Bab 3: Biografi al-Khalil ibn Ahmad

Page 12: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Walaubagaimana pun, semua karyanya ini tidak dapat dikesan danyang hanya tinggal ialah Kitab al-’Ain. Namun kewujudan Kitabal-’Ain ini samar-samar.

1914-Père Anastase Marie-de Saint-Elie (Anastas al-Karmali)seorang pakar philologist Linguistik Arab mengumumkan bahawabeliau telah menjumpai salinan asal kitab ini yang telah lamahilang dari seorang bangsa Parsi yang tidak tahu berbahasa Arab.Beliau menyalin dan menerbitkan kitab ini di Baghdad denganbantuan 3 manuskrip yang dijumpainya sehingga mencecah 2,500muka surat. Namun pada Perang Dunia Pertama meletus telahmemusnahkan jilid pertama dan yang tinggal hanya jilid 2 dan 3.

Antara kitab-kitab beliau ialah:

Kitab al-Arud (puisi)

Kitab al-Shawahid (puisi, tatabahasa)

Kitab al-Nuqat (diakritikal-tanda baca)

Kitab al-Nagham (muzik)

Kitab al-Awamil (sorof)

Kitab al-Jumal (nahu)

Kitab al-Iqa’ (muzik)

Kitab al-’Ain (kamus)

Pada ketika itu, hanya tinggal dua salinan kitab ini, kedua-duanya di Mesir iaitu di Dar al-Kutub al-Misri

dan Majma’al al-Lughat al-Arabiya.

Manuskrip asal yang digunakan oleh al-Karmali tidak diketahui keberadaannya tetapi dua dari manuskrip ini

berada di perpustakaan University of Tübingen, Jerman pada tahun 1927 yang ditranskripsi oleh orientalis,

Reutter, dan di Muzium Baghdad, Iraq yang telah ditranskripsi oleh al-Samawi sekitar tahun 1936.

Page 13: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Para pengkaji Kitab al-’Ain tidak dapat pastikan siapakah penulis sebenar kamus ini berikutan dari perkataan ‘qalaal-Khalil’ (telah berkata al-Khalil) yang menjadi kontroversi. Terdapat beberapa tokoh ulama yang memberipandangan:

1) Al-Khalil tidak menyusun kamus ini dan tidak ada hubungan dengannya kerana tidak memiliki sanad yangbersambung dengan al-Khalil dan ulama di Basrah (Al-Sajistani 862M).

2) Al-Khalil mempunyai gagasan/cita-cita untuk menulis kamus ini tetapi tidak ikut serta. Bahkan al-Laith yangberperanan besar dalam penyusunan kamus ini lalu beliau meletakkan penyusun Kitab al-’Ain kepada al-Khalil,gurunya (Al-Azhari 895M).

3) Al-Khalil menyusun sebahagian isi dari kamus al-‘Ain dan sebahagian yang lain diteruskan oleh al-Laith (Al-Lughawi, Al-Zubaidi & Yusuf Al-‘Ish).

4) Al-Khalil merupakan penyusun kamus ini, akan tetapi karya al-Khalil tersebut lenyap terbakar. Justeru, al-Laithdan beberapa pakar bahasa berusaha menulis semula kamus Al-’Ain (Ibnul Mu’taz).

5) Al-Khalil merupakan penulis dan penyusun sebenar kamus al-’Ain (Ibn Duraib & Ibn Faris).

Menurut al-Laith, al-Khalil telah menulis kitab ini di Khurasan. Majoriti ulama bersepakat mengakui bahawaKamus al-’Ain ini telah disusun oleh al-Khalil berikutan anak murid beliau, Sibawaih, yang telah menulis dalamkaryanya, Al-Kitab, dengan ucapan: “Aku bertanya kepadanya” atau “Ia berkata”, maka kata ganti diri yangdimaksudkan dalam pernyataan seperti ini adalah untuk al-Khalil, gurunya sendiri.

Bab 4: Kitab al-’Ain

Page 14: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Menurut al-Khalil, terdapat 29 huruf Arab dan bermula dari huruf ‘ain’. Tetapi 4 huruf darinyadikategorikan sebagai huruf ‘berat’ kerana dianggap lemah iaitu ‘waw’, ‘ya’, ‘alif’ dan ‘hamzah’.

أ-ي-ا-و-م-ب-ف-ن-ل-ر-ث-ذ-ظ-ت-د-ط-ز-س-ص-ض-ش-ج-ك-ق-غ-خ-هـ-ح-عBeliau menggunakan metode nidzam al-sauti (sistem fonetik). Metode ini merupakan model penyusunan

kamus pertama yang diperkenalkan oleh beliau. Al-Khalil menyusun perkataan yang berhasil beliaukumpulkan dengan cara mengatur urutan perkataan secara tertib berdasarkan urutan huruf yang akanmuncul dari makhraj huruf (tempat keluarnya huruf hijaiyyah). Beliau tidak menggunakan metodesusunan alphabet kerana menurut beliau, sebuah huruf hanya merupakan simbol dari suara, dan suaraadalah karakter dasar dari sesebuah bahasa. Kemudian setiap huruf ini dijadikan abwab (bab).

Perkataan Arab terbina dari 4 jenis suku kata (wazan) sama ada dari segi kata kerja (KK) dan kata nama(KN). Al-Khalil telah membahagikan kepada beberapa bab iaitu:

Biliteral (املضاعفالثنائيابب) : terdiri dari 2 suku kata - ‘bal’, ‘hal’, ‘qad’

Triliteral (اللفيفواببواملعتلالصحيحالثالثيابب) : terdiri dari 3 suku kata - ‘dakhala’, ‘kharaja’, ‘jalasa’

Quadriliteral (الرابعيابب) : terdiri dari 4 suku kata - ‘dahraja’, ‘hamlaja’, ‘aqraba’

Quinquiliteral ( اخلماسيابب) : terdiri dari 5 suku kata - ‘ismankala’, ishanfara’, ‘isbakarra’

Kamus ini telah menjadi rujukan oleh pelbagai ahli linguistik antaranya Abu Nasr Isma'il atau lebihdikenali sebagai al-Jauhari yang telah menulis al-Sihah fi al-Lughah.

Page 15: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Majdi Ibrahim

2008

Madkhal ila cIlm al-cArud wa al-Khafiyah

Kuala Lumpur

Matbacah al-Jamicah al-Islamiyyah al-

cAlamiyah bi Maliziyya.

Page 16: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan penulisan Majdi Ibrahim (2008) di dalam Madkhal ila Ilmual-Arud wa al-Qafiyah, secara keseluruhannya buku ini membincangkanmengenai 3 Bab, iaitu tentang ilmu arud, bahar syair dan ilmu qafiyah.Antara perkara yang turut disertakan dalam buku ini ialah latarbelakang Khalil ibn Ahmad al-Farahidi. Biodata beliau merangkuminasabnya, guru-guru dan murid-muridnya, kezuhudan dan akhlaknya,pendidikannya, kata-kata dan syairnya, kitabnya dan kewafatannya.

Page 17: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Secara keseluruhannya, Ilmu Arud ialah satu ilmu untuk mengetahuisebuah wazan syair sama ada ia benar atau tidak, dan perubahanwazan syair dari beberapa zihaf atau illat. Selain itu, ilmu ini jugamempunyai banyak faedah, salah satunya untuk membezakan antarasyair arab dengan prosa. Pengasas ilmu Arud ialah Khalil ibn Ahmad al-Farahidi. Beliau dilahirkan pada tahun 100H di Basrah dan wafat padatahun 175H. Khalil merupakan salah seorang guru kepada Sibawaih.

Page 18: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Khalil dikenali ramai pada zamannya kerana ketinggian ilmunya. Beliautelah memberi pendekatan kepada pelajarnya, Sibawaih untuk menulisbukunya dalam bidang Nahu. Beliau juga telah mengehadkanpenggunaan bahasa dalam kamus yang berjudul Kitab Al-’Ain yangbanyak digunakan dan diabaikan dari Bahasa Arab. Terdapat banyakkitab yang telah disusun oleh beliau dalam bidang syair, iaitu Kitab al-Iqa’, Kitab aln-Nagham dan sebagainya. Kedua-dua kitab ini memuatkandisiplin-disiplin ilmu Arudh dan qafiyah dengan lengkap.

Page 19: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Seterusnya, penulis menceritakan tentang bahar syair. Bahar adalahwazan tertentu yang dijadikan pola dalam menggubah syair arab.Menurut Khalil, jumlah bahar ada 15, kemudian datang pelajarnya, al-Akhfasy, dengan menambahkan satu lagi bahar, iaitu bahar mutadari’.Menurut penulis kitab ini, Ilmu Qafiyah adalah sebuah ilmu yangmembahas hujung kata di dalam bait syair yang terdiri dari huruf akhiryang mati di hujung bait sampai dengan huruf hidup sebelum huruf mati.Pembahasannya meliputi jenis-jenis qafiyah, huruf-huruf qafiyah, harakatqafiyah dan aib qafiyah.

Page 20: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

al-Makhzumi, Mahdi

1986

Al-Khalil ibn Ahmad

al-Farahidi

Bayrut

Dar al-Raid al-cArabi

Page 21: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Secara keseluruhan buku ini menceritakan tentang kehidupan al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi dan sumbangannya terhadap perkembangan ilmu nahu. Buku ini terbahagikepada enam bab iaitu, antaranya ialah:

• Bab Pertama: membicarakan tentang al-Quran dan orang-orang muslim.

• Bab Kedua : mengisahkan tentang kehidupan al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi.

• Bab Ketiga : mazhab Khalil dalam penggunaan bahasa, kehidupan berbahasa dan penggunaan lafaz dalam makna.

• Bab Keempat: penggunaan suara dalam bahasa.

• Bab Kelima : pembinaan ayat umum untuk kalimah arab.

• Bab Enam : penggunaan i’rab ataupun nahu dengan makna yang khas.

Page 22: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

BAB 1 : Al-quran dan Orang-orang Muslim.

• Ramai orang muslim yang belajar al-Quran di Kufah dan Basrah.

• Di Kufah, mereka menjadikan Abi Jaafar al-Rawasi dan Khalil ibn Ahmad al-Farahidi sebagai rujukan untuk penggunaanbahasa dalam Al-Quran.

• Di Basrah, al-Khalil merupakan salah seorang pengasas pertama dalam perkembangan aliran Basrah.

BAB 2 : Kehidupan al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi.

• Beliau lahir pada tahun 100H dan wafat pada 170H.

• Anak murid al-Khalil bernama Sibawaih.

• Beliau selalu mengembara bersama Sibawaih untuk menuntut ilmu dan membawa bersamanya kitab untuk mengetahui apayang telah dipelajari.

• Beliau dikatakan seorang yang sangat jelas dalam menyampai ilmu nahu iaitu menyampaikan dengan secara tersusun danmudah untuk orang lain memahami.

• Al-Khalil merupakan seorang ahli agama yang warak dan sentiasa zuhud dalam melakukan sesuatu perkara.

BAB 3 : Mazhab al-Khalil Dalam Penggunaan Bahasa, Kehidupan Berbahasa dan Penggunaan Lafaz dalam Makna.

• Beliau menggunakan sumber al-Quran, syair arab jahiliyah dan Islamiyyah dan lafaz-lafaz arab daripada penduduk arab.

• Menurut al-Khalil, sesiapa yang tidak beramal dengan bahasa, mereka tidak akan berkembang dengan persekitaranmasyarakat.

• Al-Khalil juga merupakan seorang ketua untuk sekolah-sekolah bahasa seperti sekolah Abi Ali al-Farsi dan muridnya IbnJunah.

Page 23: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

BAB 4 : Penggunaan Suara dalam Bahasa.

• Al-Khalil menyusun makhraj huruf bersama sibawaih dengan menggunakan manhaj masing-masing dalam pembelajaranpenggunaan suara dalam bahasa.

• Beliau juga membincangkan kesan suatu huruf antara satu sama lain dari segi kekuatan dan kelemahan yang merupakanasas pembentukan ayat yang zahir.

• Kitab al-’Ain merupakan kitab Arab pertama yang dikarang oleh al-Khalil.

BAB 5 : Pembinaan Ayat Umum untuk Kalimah Arab.

• Al-Khalil membicangkan bagaimana terbentuk kalimah arab yang mempunyai pelbagai jenis kalimah penambahandaripada yang asal.

• Contoh, tiada dalam percakapan perkataan ‘wau’ pada awal kalimah, tiada dalam percakapan huruf akhir ‘wau’ yangberbaris dan sebagainya.

• Selain itu, ‘waqaf’ pada hujung kalimah di mana orang arab menggunakan dalam teks arab dengan meletakkan baris mati.

BAB 6 : Penggunaan I’rab ataupun Nahu dengan Makna yang Khas.

• Dalam kitab al-Khalil ada membincangkan tentang gambaran yang jelas berkaitan dengan pembelajaran dalam perkataani’rab.

• Contoh, tiada huruf jar untuk setiap perbuatan, kata nama yang khusus tidak perlu kepada penambahan perkataan ‘alif’ dan‘lam’ di hadapan kalimah dan lain-lain.

• Kaedah nahu dan ilmu i’rab yang dibina oleh al-Khalil memberikan kesan yang baik kepada pembinaan kalimah yangtersusun dan menjadi rujukan kepada ahli-ahli falsafah yang lain.

Page 24: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Moh. Pribadi

2017

Sumbangan al-Khalil dalam perkembangan

nahwu Arab

Adabiyyat: Jurnal Bahasa dan Sastra

1(1): 73-93

Page 25: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Page 26: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Di awal penulisan artikel jurnal ini, penulis telah membincangkan mengenai riwayathidup dan keperibadian al-Khalil. Walaubagaimana pun menurut penulis, tidak adabanyak sumber yang menyatakan secara terperinci mengenai riwayat hidup beliau.

Dalam kajian Moh. Pribadi (2017) tersebut, berdasarkan penelitian dari KitabSibawaih iaitu anak murid al-Khalil beliau menyimpulkan bahawa al-Khalil yangmerupakan pelopor teori istilah-istilah Nahu seperti mubtada’, khabar dansebagainya. Seterusnya beliau mencetuskan teori ‘amil dan ma’mul dan tanda-tanda Nahu yang berkaitan dengan masalah i’rab dan bina’ seperti rafa’, nasab, jardan jazm. Manakala konsep sima’i dilakukan oleh beliau dengan cara melakukankaedah pendengaran dan pemerhatian terhadap penggunaan bahasa dari kalanganmasyarakat badwi yang bertutur bahasa Arab fusha yang kemudiannya dijadikansebagai rujukan untuk menetapkan kaedah bahasa Arab. Seterusnya selepasmelakukan pengumpulan, beliau telah menyusunnya di dalam kamus besar yangdinamakan Kitab al-’Ain.

Page 27: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Selain itu, al-Khalil juga merupakan seorang ahli muzik Arab danmerupakan pelopor ilmu Arud. Malah beliau telah mencipta rumus-rumus syair Arab yang dikenali sebagai Bahr yang mempunyai 15 jeniskaedah seperti al-Wafir, al-Hajaz, al-Mutaqarib dan sebagainya. Al-Khalil telah menterjemahkan wazn dari imu Sorof ke wazn Arud yangmerupakan proses interpretasi al-Khalil dari ilmu bahasa ke ilmusastera. Secara kesimpulannya, sumbangan al-Khalil dalam bidangpenulisan dan muzik begitu besar kepada perkembangan ilmu bahasaArab.

Page 28: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Mullah, cAbd al-Wahhab

2001

Mucjam al-Khalil ibn Ahmad al-

Farahidi

Bayrut

cAlam al-Kutub.

Page 29: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Nasab Keturunan Khalil Ahmad :

Nama asal : Khalil bin Ahmad bin Amru bin Tamim al-Farahidi

Nama Panggilan : al-Furhudi, al-Azdi al-Yahmadi, al-Nahwi al-Basri

Pendapat al-Sayuti : Al-Farahidi dinisbahkan kepada Farahid bin Malik bin Fahmi bin Abdullah bin Malik bin Madri bin al-Azdu

Antara pengarang-pengarangnya :

1. Kitab al-‘Ain = Matbui’2. Kitab Faat al-Ain = Mafqudi3. Kitab al-‘Arud4. Kitab al-Jamlu Fi al-Nahu

Buku ini menceritakan tentang salasilah keturunan, kehidupan, percakapan, hikayat, guru-gurunya, murid-muridnya, pengarang-pengarang, pandangan barat, khalil dan

kitab al-’Ain, dan kemusykilan.

Page 30: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Berikut adalah guru-guru beliau :

Abu Amru bin al-Ala’2. Isa bin Umar as-Saqafi3. Ayub al-Sahtiyani4. Asimu al-Ahwalu5. Ghalib al-Qatan

Di antara murid-muridnya :

1. Sibawaih

2. Al-Kisai’

3. Al-Asmai’

4. Kisani

5. Al-Nadir bin Syamil

Page 31: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PANDANGAN TERHADAP KAMUS AL-’AIN KARYA AL-KHALIL:

•Dalam menghasilkan sesuatu ilmu, beliau banyak merujuk kepada manuskrip dan kitab-kitab yang terdahulu.

•Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui sesuatu hukum yang tidak pernah wujud sebelumini.

•Khalil meletakkan wazan-wazan syair dan menisbahkannya kepada kaum Arab.

KEMUSYKILAN PENGARANG DALAM KITAB AL-AIN :

1. Adakah Khalil mengarang seorang ‘Kitab al-’Ain’ , semua atau sebahagian sahaja ?

•Sebahagian pendapat mengatakan bahawa ini adalah benar.

•Sebahagian pendapat mengiktirafkan idea dan cara beliau diterima.

•Sebahagian pendapat menolak apa yang dibuat olehnya.

KHALIL DAN KITAB AIN :- Buku ini mengisahkan tentang terciptanya nama-nama buku dibuat oleh Khalil.- Ada berpendapat sebagai Gila dan Malam, namun mereka berpendapat bahawa nama tersebut tidak sesuai untuk digunakan.- Pendapat lain menamakan Kitab Ain bagi Khalil, di mana pada pandangan mereka Khalil dan Kitab Ain ini sangat berkait

rapat.- Akhir sekali, mereka meletakkan nama kitab ini sebagai Kitab Ain sehingga kini.

Page 32: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Qubawah, Fakhr al-Din

1995

Kitab al-Jumal fi al-Nahwi

Halab

Jamic al-Huquq Mahfuzah

Page 33: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Buku ini mengisahkan tentang hasil tulisan Khalil Ahmad ibnal-Farahidi berkaitan dengan ilmu nahu.

Beliau telah banyak melakukan beberapa pembetulan,menyumbangkan ilmu dengan menerangkan daripadapenyampaian gurunya serta menyelesaikan masalah-masalahyang timbul berkaitan dengan nahu.

Contohnya: masalah dalam perselisihan faham tentang katanama (isim).

Page 34: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SEJARAH KITAB AL-JUMAL FI AL-NAHWI

Salinan kitab al-Jumal yang ditulis oleh Khalil ibn Ahmad al-Farahidi telah disalinsemula pada tahun 601H.

Pada peringkat permulaan, salinan kitab ini berada di perpustakaan Aya Sofia,Istanbul, kemudiannya salinan kitab ini dipindahkan ke perpustakaan yang terletakdi Mesir.

Akhir sekali, salinan kitab itu dipindahkan ke perpustakaan Basyir Ara di Istanbul.

Menurut terjemahan Ibn Syakir, kitab ini dinamakan al-Jumal dan diambil darikarangan Ibn Syakir yang mempunyai 40 bentuk (wajah) berkaitan dengan hukum‘Nasob’.

Dalam kedudukan (Al-Tabaqat) Ibn Misa’ar, kitab ini dinisbahkan kepada Khalildan dinamakan ‘al-Mahalla’.

Akhirnya, sebahagian orang Arab bersetuju dengan menamakan kitab ini sebagai‘Al-Jumal fi al-Nahwi’.

Page 35: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KAEDAH PENGHASILAN KITAB

3 Perkara utama berkaitan perselisihan tentang ilmu Nahu:-

Berlaku perselisihan faham dalam sesuatu perkataan atau ayat (penambahanpengurangan), (didahulukan diakhirkan) dan juga (frasa yang berkait rapat denganperbendaharaan kata).

Kebanyakkan berlaku perselisihan faham tentang huruf ”ب“ dan .”ق“

Perselisihan 2 salinan (hasil tulisan) tentang kecuaian pada asal penetapan ayat-ayatdalam surah.

Secara keseluruhannya, dengan membaca dan memahami isi kandungan sertahuraian-huraian dan contoh-contoh yang pelbagai yang terkandung dalam Kitab al-Jumal fi al-Nahwi ini, dapat menyelesaikan segala permasalahan yang bercanggahterutamanya dalam fahaman mengenai ilmu nahu yang sangat penting untukdipelajari pada masa kini.

Page 36: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Raja’i, Ahmad

1999

Awzan al-Alhan bi Lughah

al-Arud

Suriah

Dar al-Fikr

Page 37: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Buku ini menceritakan tentang wazan melodi dalam ilmu arud.

BUKU INI MENGANDUNGI

4 BAB

BAB PERTAMA - Teori Pandangan

BAB KEEMPAT - Irama-irama Muzik dan Syair

Bab Ketiga- Rima Kontemporari

BAB KEDUA - Rima-rima Arab Terdahulu

Page 38: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

RINGKASAN BUKU • Khalil bin Ahmad al-Farahidi mengatakan bahawa semasa pengajiannya

terhadap bahar syair arab tersebut melodi bahar arud berbeza dengan melodi

muzik yang lain.

• Selain daripada itu, melodi bahar yang diperkatakan merupakan sesuatu yang

tidak dapat digambarkan dan tersangat unik berbanding melodi muzik yang lain.

• Dalam pada itu, bahar syair arab ini mempunyai wazannya yang tersendiri.

• Untuk menyingkap dengan lebih mendalam ilmu arud dalam buku ini, Khalil ibn

Ahmad al-Farahidi telah mengaturkan bahar-bahar syair dan telah memberi

kesan kepada para penyair.

Page 39: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SAMBUNGAN RINGKASAN

Bahar syair ini tidak banyak seperti melodi muzik arab yang lain.

Kebanyakan penyair arab ini akan bergantung dengan melodi bahar

yang di perkenalkan oleh Khalil ibn Ahmad al-Farahidi untuk

melagukan setiap syair mereka iaitu sebanyak empat belas sahaja.

Terdapat banyak percampuran rima di dalam muzik arab yang

terdahulu khususnya dalam aturan dan tanda-tanda wazan, sehingga

memberi kesan ke atas rima tersebut.

Page 40: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

al-Zabidi, Isra’ Yasin Hassan

2009

Athar Khalil ibn Ahmad al-Farahidi fi al-

Mazhab al-Kufi

Oman

Dar Safa li Nashar

Page 41: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Buku ini mengisahkan pengaruh Khalil Ahmad al-Farahidi khususnya dalam mazhab Kufi.

Dalam bab yang pertama m/s 9-23 pada mulanya menceritakan aliran Basrah di mana ilmu

nahu tumbuh dan berkembang di tangan para ulama Basrah pada awal perkembangannya,

ilmu nahu masih merupakan ilmu dengan lingkup yang kecil. Abu al-Aswad

menemukannya dan kemudian dikuatkan oleh Imam Ali r.a. Pada masa perletakan dan

penyusunan yang terjadi di Basrah, ada beberapa faktor yang mendorong ulama-ulama di

kota ini melakukannya. Di antaranya adalah faktor agama, nasionalisme Arab dan juga

faktor sosiologi. Faktor agama sangat terkait erat dengan keinginan atau tanggungjawab

para ulama untuk menjaga dan menyampaikan al-Quran agar terhindar dari kesalahan.

SOROTAN KAJIAN

Page 42: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Khalil Ahmad mengembangkan Ilmu Nahu

sehingga dengan kata lainnya bahasa Arab benar-

benar menjadi bahasa ilmiah dan dapat dipelajari

secara metodologi dan sistematik.

Khalil tidak saja melengkapi dan

memperluas teori-teori Abu Aswad dan

para muridnya, tetapi secara

spektakuler telah mencetuskan teori

baru, iaitu tentang Mubtada’, Khabar,

Kana, Inna dan saudara-saudaranya

berserta fungsi dan cara kerja masing-

masing

Ia juga merumus al-fael dan berbagai

jenis al-maf’ul, al-khal, al-tamyiz, al-

tawabi’, al-Nida’ berikut jenisnya,

kata benda (tanwin musharif) dan

sebaliknya. Semuanya ia definisikan

dan disusun metode-metodenya

secara rapi.

Ia membuat teori-teori bahasa lain

yang kemudian disebut dengan Ilmu

Sorof. Ia kategorikan semua (yang kita

kenal sekarang dengan thulasi, ruba’i,

khumasi dan lain-lain).

BAB 2 :

Page 43: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Fungsi Nahu

Kata Nama

Abwab NahwuMakna imbuhan Nahu

Gaya Bahasa Nahu

Kata Kerja

Terdapat didalamnya fe’el iaitu perbuatan, fa’el iaitu pelaku dan maf’ul iaitu pemangsadan tidak akan marfu’, mansub, majrur ataumajzum kecuali dengan sebab pelaku rafa’

atau nasab

Antara tanda yang membezakanisim makrifah adalah dengan

memasukkan ‘alif laf’ dan ianyacukup untuk menunjukkan sifat

Contoh fe’el madhi : menunjukkan peristiwaberlaku pada masa bercakap/kejadian

Contoh uslub takjubIaitu suatu emosi dalam diri apabila

merasakan sesuatu yang mengagumkan ,mempunyai 2

bentuk : 1) ma af’aluhu 2) af’il bih

Contoh istisna’ Mengeluarkan sebahagian daripada semuaatau cukup dengan 1 kalimah didalamnya

mengandungi ‘kecuali’

Ulama telah meletakkan setiap lafaz dan hurufmempunyai makna dan menunjukkan mereka

mengambil makna tersebut daripadapenggunaan yang berbagai daripada lafaz danhuruf yang terdapat dalam aliran basrah yang

dijelaskan dalam aliran kufi .

Page 44: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Dua aliran utama iaitu Basrah dan Kufah keduanya tidak dapat disangkal sebagaibahagian kajian nahu. Seandainya aliran Basrah disebut sebagai sumber dasarnahwu maka aliran Kufah merupakan mata rantai dari mengukuhkan kajian nahuterutama dengan ciri khas tertentu yang terkadang merupakan pendekatan yangberdiri diametral dengan aliran Basrah.

Secara sederhana dapat dikatakan perbezaan kedua aliran nahwu tersebutterletak pada perbedaan metodologi yang digunakan oleh keduanya. Aliran Basrahdalam banyak hal lebih berupaya menciptakan kaedah berdasarkan banyakcontoh. Dengan demikian aliran Basrah menganggap contoh yang sedikit tidakdapat dijadikan dalil atau paling tidak mereka menganggap hal itu sebagai sesuatuyang syadz. Berlawanan dengan aliran Basrah, aliran Kufah lebih menganggapbahasa yang benar haruslah sebagaimana diriwayatkan oleh penuturnya biarmana walaupun syaadznya riwayat itu .

Page 45: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Zahid, Zuhayr Ghazi

2001

Buhuth fi Lughah al-Syacir wa

al-cArud

Bayrut

cAlam al-Kutub.

Page 46: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PERKEMBANGAN ILMU ARUD1. Ilmu Arud Sebelum Khalil

Istilah Arud ini telah dikenali secara sedikit oleh individu dahulusebelum Khalil seperti Qasidah, lagu (Bahar), dan rangkap (Bait) sajaksepertimana yang terdapat istilah yang mengkhususkan kepada Qafiyahdalam Nusus. Contohnya, Qafiyah sangat terikat dengan rangkap,manakala bagi Qasidah dan sajak adalah jarang digunakan. Bagi Rowidan ayat yang jelas adalah khusus seperti Iqwa’, Sanad dan Ikfa’.Adapun dalam istilah Arud penggunaan makna bahasa dan juga nastidak dilakukan sebelum Khalil, tetapi mereka menggunakan istilah iniuntuk menunjukkan bukti yang telah ditetapkan dalam baris-baris sajaksepertimana yang telah dihasilkan Khalil.

Page 47: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

2. Penetapan Ilmu Arud di Basrah

Pada permulaan kurun ke-2 telah berlaku satu gerakan penguatkuasaan dalam pembetulanbahasa, riwayat syair, tulisan, pembacaan yang dilakukan oleh Syeikh untuk diperbetulkan.

Khalil telah menetapkan baris-baris (wazan) Syair Arab dengan menghasilkan suatukaedah, pola-pola dan istilah-istilah Arud yang merupakan suatu kesenian dalam sajakyang semakin berkembang dalam Syair Arab.

Perkembangan syair telah bermula dari (Saja’( kepada asal (Rajaz), kemudiannya iasemakin berkembang dalam lagu-lagu (Bahar) dalam syair Arud seperti Tawil, Basit, Wafirdan Kamil.

Page 48: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

3. Sumber Terpenting Khalil

Beliau telah merujuk beberapa orang Syeikh dan dijadikan sebagai rujukan dalam penghasilan ilmuArud, Antaranya ialah:-

o Syeikh Abu Amru bin al-Ula’ (Linguistik yang digunakan oleh Penyair).

o Isa bin Umar al-Rowi (Bacaan dan struktur ayat dalam Nahu).

o Asim bin Abi al-Nujud dan Ibn Kathir (Huruf-huruf Rowi).

Beberapa buah sekolah dan masjid juga sumber terpenting Khalil kerana terdapatnya kumpulanbulatan (halaqah) para Syeikh.

Beliau juga telah mendampingi para ulama, para penyair di Basrah untuk mengetahui tentang i’rabdan juga kefasihan bahasa yang sesuai dalam riwayat syair serta keseniannya.

Page 49: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

4. Pandangan Khalil terhadap Ilmu Arud

3 ASAS PENTING:-

(a) Suatu pengertian linguistik bahasa yang luas dan menyeluruh berkaitan dengan asasbahasa yang terdiri daripada sebutan suara, maqati’ (kegiatan yang berkaitan denganpotongan-potongan irama puisi) dan pembentukan baris (wazan).

(b) Qiyas dalam ilmu Sorof sangat membantu dalam persoalan-persoalan ilmu nahu danjuga membantu dalam pengungkapan wazan sesuatu Syair bersesuaian dengan muzik danirama yang digunakan.

(c) Tafsiran yang digunakan oleh seseorang dalam menzahirkan makna bahasa bercanggahdari kaedah syair yang sebenar kerana mereka menyebut syair tersebut hanyalah melaluiapa yang dirasa (tabiat).

Page 50: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

5. Ilmu Arud selepas Khalil

- Ilmu Arud semakin berkembang luas dan mudah para pelajar untuk mempelajarinya khususnyadalam pembacaan teks syair Arab.

- Ibn Rasyiq menjelaskan: gambaran pembelajaran ilmu Arud dapat dilihat bahawa Khalil merupakan orang pertama yang menghasilkan wazan, menghimpunkan ‘Arud-Arud’ dan ‘durub-

durub’ dalam satu kitab iaitu “al-Arud”.

- Al-Jauhari juga menyatakan Khalil telah melakukan perubahan juzuk dalam huruf badal iaitu dari8 huruf kepada 7 huruf, apabila dikurangkan dari juzuk dan (معموالت) digunakan wazan .(مستفع لن)

- Pembelajaran ilmu Arud yang diasaskan Khalil dapat memudahkan untuk memahami peneranganilmu nahu yang merupakan asas bagi mempelajari ilmu Arud.

Page 51: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Hassina, A., Zaia, A. & Mazari A.C. 2010. Al-Khalil: The Arabic linguistic ontology

project. Conference: Proceedings of the International Conference on Language

Resources and Evaluation, hlm. 3826-3829.

Haywood, J.A. 1960. Arabic Lexicography: It’s History, and Its Place in the General

History of Lexicography. Leiden: E.J. Brill.

Majdi Ibrahim. 2008. Madkhal ila cIlm al-cArud wa al-Khafiyah. Kuala Lumpur:

Matbacah al-Jamicah al-Islamiyyah al-cAlamiyah bi Maliziyya.

al-Makhzumi, Mahdi. 1986. Al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi. Bayrut: Dar al-Raid al-cArabi.

Moh. Pribadi. 2017. Sumbangan al-Khalil dalam perkembangan nahwu Arab.

Adabiyyat: Jurnal Bahasa dan Sastra 1(1): 73-93.

Page 52: Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Mullah, cAbd al-Wahhab. 2001. Mucjam al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi. Bayrut:cAlam al-Kutub.

Qubawah, Fakhr al-Din. 1995. Kitab al-Jumal fi al-Nahwi. Halab: Jamic al-Huquq

Mahfuzah.

Raja’i, Ahmad. 1999. Awzan al-Alhan bi Lughah al-Arud. Suriah: Dar al-Fikr.

al-Zabidi, Isra’ Yasin Hassan. 2009. Athar Khalil ibn Ahmad al-Farahidi fi al-

Mazhab al-Kufi. Oman: Dar Safa li Nashar.

Zahid, Zuhayr Ghazi. 2001. Buhuth fi Lughah al-Syacir wa al-cArud. Bayrut: cAlam

al-Kutub.