Top Banner
Syeikh Yusuf Makasar Sunday, February 01, 2009, 12:59:50 AM (laluansutera) Syeikh Yusuf lahir tahun 1036 H/1627 M. Jika kita dahulukan catatan tahun Masihi, bererti Syeikh Yusuf lahir 1626 M/1035 H. Dari sini dapat dibuktikan bahawa yang telah ditulis selisih selama setahun. Apa yang betul secara pasti tahun kelahiran Syeikh Yusuf terdapat dua perbandingan tahun 1036 H = 1627 M dengan tahun 1626 M = 1035 H. Saya berpendapat, oleh sebab masyarakat Islam zaman itu menggunakan tahun Hijrah maka catatan yang betul adalah 8 Syawal 1036 H/23 Jun 1627. Catatan tahun wafat Muhammad Baqi Billah al-Lahori juga ada dua. Ada orang yang menyebut tahun 1012 H/1603 M, ada pula yang menyebut tahun 1013 H/1604 M). Rasanya saya masih berkemampuan mengemukakan hujah-hujah ilmiah untuk meniti kebenaran dan pembelaan atas tulisan-tulisan saya supaya dapat dipelajari oleh pihak-pihak yang memerlukannya. Mohd Nasir menulis dalam kertas kerjanya hlm. 15, ... dan juga kesilapan mengidentifikasikan antara dua individu yang berlainan (antara Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji dengan Muhammad Abdul Baqi / Baqi Billah al-Lahori) telah membawa pengertian yang salah bagi pihak ustaz Wan Mohd. Shaghir sehingga beliau mengatakan ketika menerangkan Tarekat Naqsyabandiyyah yang dibawa oleh Syeikh Ismail al-Minankabawi bahawa Syeikh Muhammad Baqi Billah al- Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi (al-Maqassari) Taj al- Khalwati.Kenyataan Syeikh Muhammad Baqi Billah al-Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi bukanlah merupakan pendapat saya, tetapi adalah berdasarkan beberapa manuskrip yang tersebut di bawah ini. Rujukan yang pertama ialah manuskrip Kitab Ar-Risalah an-Naqsyabandiyah Yusuf li al- Qadhi Bilad Buni (maksudnya: Bone, Sulawesi Selatan, pen:), koleksi saya sendiri, ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat salasilah lengkap Tarekat Naqsyabandiyah, disebut nama gurunya Mahdi az-Zaman al-Khuji Muhammad al-Baqi al-Lahuri (Lahore, India, pen:). Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar fi Tahqiq Ba'dhi Masyarib al-Akhyar, juga koleksi peribadi saya sendiri, beliau tulis nama selengkapnya Syaikhuna (maksudnya guruku, pen:) al-Imam Muqtadha al-Anam al-Wali al-Arif Billahi Taala Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani. Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar, manuskrip Universiti Leiden Or. 7025 disebut oleh Nabilah Lubis dalam buku Syeikh Yusuf, Al-Taj Al-Makasari hlm. 132 pada catatan nota hujung nombor 55, menggunakan nama Maulana asy-Syeikh Muhammad al-Baqi Billah. Ia juga menggunakan nama yang sama iaitu Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani, hlm. 114 teks Arab dan hlm. 115 teks bahasa Indonesia. Dalam Zubdah al-Asrar, manuskrip dalam bahasa Jawa, Naskhah Jakarta A 45,
20

Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Jul 03, 2015

Download

Documents

mhamzah
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Syeikh Yusuf Makasar

Sunday, February 01, 2009, 12:59:50 AM (laluansutera)

Syeikh Yusuf lahir tahun 1036 H/1627 M. Jika kita dahulukan catatan tahun Masihi, bererti Syeikh Yusuf lahir 1626 M/1035 H. Dari sini dapat dibuktikan bahawa yang telah ditulis selisih selama setahun. Apa yang betul secara pasti tahun kelahiran Syeikh Yusuf terdapat dua perbandingan tahun 1036 H = 1627 M dengan tahun 1626 M = 1035 H. Saya berpendapat, oleh sebab masyarakat Islam zaman itu menggunakan tahun Hijrah maka catatan yang betul adalah 8 Syawal 1036 H/23 Jun 1627. Catatan tahun wafat Muhammad Baqi Billah al-Lahori juga ada dua. Ada orang yang menyebut tahun 1012 H/1603 M, ada pula yang menyebut tahun 1013 H/1604 M).

Rasanya saya masih berkemampuan mengemukakan hujah-hujah ilmiah untuk meniti kebenaran dan pembelaan atas tulisan-tulisan saya supaya dapat dipelajari oleh pihak-pihak yang memerlukannya. Mohd Nasir menulis dalam kertas kerjanya hlm. 15, “... dan juga kesilapan mengidentifikasikan antara dua individu yang berlainan (antara Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji dengan Muhammad Abdul Baqi / Baqi Billah al-Lahori) telah membawa pengertian yang salah bagi pihak ustaz Wan Mohd. Shaghir sehingga beliau mengatakan ketika menerangkan Tarekat Naqsyabandiyyah yang dibawa oleh Syeikh Ismail al-Minankabawi bahawa Syeikh Muhammad Baqi Billah al-Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi (al-Maqassari) Taj al-Khalwati.”

Kenyataan Syeikh Muhammad Baqi Billah al-Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi bukanlah merupakan pendapat saya, tetapi adalah berdasarkan beberapa manuskrip yang tersebut di bawah ini. Rujukan yang pertama ialah manuskrip Kitab Ar-Risalah an-Naqsyabandiyah Yusuf li al-Qadhi Bilad Buni (maksudnya: Bone, Sulawesi Selatan, pen:), koleksi saya sendiri, ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat salasilah lengkap Tarekat Naqsyabandiyah, disebut nama gurunya Mahdi az-Zaman al-Khuji Muhammad al-Baqi al-Lahuri (Lahore, India, pen:). Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar fi Tahqiq Ba'dhi Masyarib al-Akhyar, juga koleksi peribadi saya sendiri, beliau tulis nama selengkapnya Syaikhuna (maksudnya guruku, pen:) al-Imam Muqtadha al-Anam al-Wali al-Arif Billahi Taala Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani. Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar, manuskrip Universiti

Page 2: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Leiden Or. 7025 disebut oleh Nabilah Lubis dalam buku Syeikh Yusuf, Al-Taj Al-Makasari hlm. 132 pada catatan nota hujung nombor 55, menggunakan nama Maulana asy-Syeikh Muhammad al-Baqi Billah. Ia juga menggunakan nama yang sama iaitu Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani, hlm. 114 teks Arab dan hlm. 115 teks bahasa Indonesia. Dalam Zubdah al-Asrar, manuskrip dalam bahasa Jawa, Naskhah Jakarta A 45, nama yang disebut juga sama iaitu Syeikh Muhammad Baqi Naqisybandi Tariqatane, Yamani Desane.

Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama menggunakan nama Abi Abdillah Muhammad Abdul Baqi (hlm. 40). Terkini, baru-baru ini (April 2006), Syamsul Bahri Andi Galigo dalam kertas kerjanya juga menggunakan nama Syeikh Abu Abdillah Muhammad Abdul Baqiy (Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, hlm. 641). Tidak satu nama pun daripada rujukan-rujukan di atas menyebut nama Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji (hlm. 15) ataupun Muhammad bin Muhammad al-Mizjaji al-Yamani (hlm. 16) seperti yang disebut oleh Mohd. Nasir. Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan memang ada karya Syeikh Yusuf selain yang disebut itu memakai ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) pada hujung nama, selengkapnya seperti Syeikh Abu Abdullah Muhammad Abdul Baqi bin Syeikh al-Kabir al-Mazjaji (al-Mizjaji) al-Yamani az-Zaidi an-Naqsyabandi.

Nama ini beliau sebut dalam karyanya judul Sainah an-Najah, juga disebut oleh Prof. Dr. Tudjimah dalam buku Syeikh Yusuf Makasar, Riwayat dan Ajarannya (hlm. 16 dan 202). Bagi saya, masih dalam ‘kemungkinan’ ada dua nama yang serupa atau hampir serupa dalam satu zaman, yang seorang terdapat pada hujung namanya ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) dan yang seorang lagi tidak. Saya anggap yang terdapat ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) pada hujung nama masih sangat lemah kerana sepanjang penelitian saya tidak seorang pun penulis yang menyebut tahun lahir ataupun tahun wafatnya. Mohd. Nasir dalam kertas kerjanya juga tidak menyebut tahun lahir ataupun tahun wafat ‘al-Mazjaji’ yang dikemukakannya sebagai guru Syeikh Yusuf Taj al-Khalwati. Perkara itu serupa dengan nama sehingga meragukan dan timbul pertanyaan apakah hanya seorang tokoh atau dua orang, atau lebih, bukan berlaku terhadap ulama yang diriwayatkan di atas saja, tetapi juga terjadi pada ulama-ulama lain. Sebagai contoh Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri ataupun Syeikh Abdur Rauf Singkel.

Page 3: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Apakah hanya seorang Syeikh Abdur Rauf atau dua orang? Perkara ini termasuk dalam polemik antara Prof. Dr. Hamka dengan Ir. Mangaradja Onggang Parlindungan. Sangat panjang bicaranya dalam buku Buya Hamka berjudul Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao terbitan Bulan Bintang, Jakarta, 1971.

Ada pun nama yang disebut dalam salasilah Syeikh Ismail al-Minankabawi dalam konteks yang dipersoalkan ialah asy-Syeikh al-Imam Muhammad Baqi Billah yang dapat dirujuk selengkapnya dalam ar-Rahmah al-Habitha fi Zikr Ism az-Zat wa ar-Rabithah (Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1425 H/2004 M, hlm. 83). Masih banyak perkara dalam kertas kerja Mohd. Nasir perlu saya bahas tetapi kerana kekurangan ruangan terpaksa saya tinggalkan saja, dan akan saya bahas lebih lengkap dalam buku tentang Syeikh Yusuf.

Page 4: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

MURSYID THARIQAT QADIRIYAHAHMAD KHATIB SAMBAS

KESOHORAN Syeikh Ahmad Khathib Sambas di kalangan pengamal Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, sama ada peringkat Nusantara mahu pun antarabangsa pada zamannya tidak dinafikan. Sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh orang Arab, menceritakan kisah ulama-ulama Mekah dan nama Syeikh Ahmad Khathib Sambas juga terdapat di dalamnya. Kitab yang pertama, Siyar wa Tarajim, karya Umar Abdul Jabbar. Kitab kedua, Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar, karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh Muhammad Sa'id al-'Amudi dan Ahmad Ali. Kita sangat berterima kasih kepada kedua-dua penulis Arab itu, walau bagaimanapun ketepatan data dan fakta termasuk tahun lahir dan wafatnya perlu ditinjau kembali.

Nama lengkapnya ialah Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi. Lahir di Kampung Dagang, Sambas. Tarikh lahirnya hanya disebut oleh Umar `Abdul Jabbar, ialah pada bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M, pen:), tidak terdapat tulisan lainnya. Wafatnya di Mekah tetapi terdapat perbezaan pendapat mengenai tahun kewafatannya antara Umar Abdul Jabbar dengan Abdullah Mirdad Abul Khair. Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Ahmad Khathib wafat tahun 1280 H (kira-kira bersamaan 1863 M, pen:), tetapi menurut Umar Abdul Jabbar, pada tahun 1289 H (kira-kira bersamaan 1872 M, pen:). Tahun wafat 1280 H yang disebut oleh Abdullah Mirdad Abul Khair sudah pasti ditolak, kerana berdasarkan sebuah manuskrip Fat-h al-'Arifin salinan Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, menyebut bahawa ``Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat daripada gurunya, Syeikh Ahmad Khathib yang tersebut itu di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah di dalam khalwatnya, dan khatamnya pada hari Arba', yang ketujuh hari dari bulan Zulhijjah sanah 1286 Hijrah''. Jadi bererti pada 7 Zulhijah 1286 H, Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Oleh itu Syeikh Ahmad Khathib Sambas wafat tahun 1289 H yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar menepati yang sebenarnya.

Page 5: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

KEMUNCAK KEMASYHURAN

Manusia menjadi terkenal kerana berbagai-bagai sebab, Syeikh Ahmad Khathib Sambas terkenal kerana beliau sebagai Mursyid Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Pada zamannya, di Mekah tentang tariqat itu, Syeikh Ahmad Khathib Sambas merupakan Syeikh Mursyid yang teratas sekali. Ia bukan sahaja bagi masyarakat dunia Melayu, tetapi juga diakui oleh ulama-ulama dunia luar. Sepanjang sejarah perkembangan Tariqat Qadiriyah di dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang memang tidak dapat dinafikan bahawa tokoh yang terbesar dan paling berkesan bagi ulama-ulama Jawi/Nusantara dalam penyebaran Tariqat Qadiriyah itu ialah Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Nama beliau juga dikenal di Uzbekistan, kerana salah seorang murid beliau bernama Syeikh Abdul Murad, adalah seorang ulama Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang menerima tawajjuh kedua-dua tariqat itu daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas.

FAT-HUL 'ARIFIN.

Fat-hul `Arifin termasuk salah satu istilah yang banyak dibicarakan di kalangan sufi. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah sebuah risalah atau kitab yang berasal daripada imlak Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Imlak tersebut ditulis oleh beberapa orang muridnya, dan yang sempat diterbitkan hanyalah versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Manuskrip Fat-hul `Arifin yang dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas, yang ada pada penulis ialah:

1. Judul Silsilah Tariqat Qadiriyah wan Naqsyabandiyah yang dicatat oleh Abdul Hakim ibnu Marhum Lebai Abdul Kari Sambas, Kampung Asam. Naskhah ini merupakan satu-satunya yang ditulis oleh orang yang berasal dari Sambas sendiri.

2. Manuskrip tanpa judul, hanya dinyatakan `Talkin, zikir dan bai'ah tariqat yang diijazahkan oleh guru kita Maulana asy-Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas yang di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah kepada sekalian muridnya''. Pada manuskrip ini dimulai nama pencatatnya bernama Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, bahawa beliau ``... mengambil talkin, dan bai'ah, dan tawajjuh, serta ijazah daripada gurunya Sayid Muhammad bin Ali al-'Aidrus. Dia mengambil daripada Sayid Ja'afar bin Muhammad as-Saqaf Pontianak, mengambil daripada Muhammad Sa'ad bin

Page 6: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Muhammad Thasin al-Banjari mengambil daripada Syeikh Ahmad Khathib... `` Manuskrip ini ditulis tahun 1286 H dan selanjutnya disalin oleh Sayid Ahmad bin Ismail al-'Aidrus pada hari Khamis, 4 Zulhijah 1293 H/21 Disember 1876 M, diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M. 3. Fat-hul `Arifin, naskhah yang ditulis oleh Haji Muhammad bin Syeikh Abdus Samad al-Kalantani diselesaikan pada tahun 1294 H/1877 M. Dalam manuskrip ini dikombinasikan dengan Tariqat Syathariyah.

Tiga versi yang tersebut di atas merupakan manuskrip yang pernah diterbitkan iaitu versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali, beliau selesai menulis kembali setelah diteliti dan bersih daripada corat-coret pada bulan Rejab 1295 H/Julai 1878 M. Naskhah tersebutlah yang ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, kemudian dicetak pertama kalinya oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1305 H/1887 M, yang diterbitkan itu diberi judul Fat-hul `Arifin.Walaupun Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai seorang tokoh sufi, namun selain ditonjolkan karya tasawuf Fat-hul `Arifin, beliau juga menghasilkan karya dalam bidang ilmu fikah. Penulis juga memiliki manuskrip fikah karya beliau, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad Khathib Sambas Perihal Jumaat. Naskhah tulisan tangan itu dijumpai tahun 1986, bekas koleksi Haji Manshur yang berasal dari Pulau Subi, Kepulauan Riau. Kandungan naskhah selain membicarakan masalah Jumaat terdapat pula fatwa beliau mengenai hukum penyembelihan secara Islam. Pada bahagian akhir naskhah terdapat pula suatu nasihat beliau yang panjang, kemudian ditutup dengan beberapa amalan wirid beliau selain amalan Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Sebuah karya (judul yang sebenar tidak terdapat) yang membicarakan fikah mulai taharah, sembahyang dan pengurusan mayat. Manuskrip tanpa dinyatakan tarikh, hanya terdapat tahun penyalinan dinyatakan ``... Hari Khamis, 11 Muharam 1281 H oleh Haji Ahmad ibnu al-Marhum Penggawa Nashir ahli al-Kayung jama'ah Tuan Syeikh Ahmad Khathib Sambas di Mekah al-Mukarramah ...'' Manuskrip di atas diperoleh di Kampung Mendalok, Sungai Kunyit, Kabupaten Pontianak, Kalimantan Barat, pada 6 Syawal 1422 H/20 Disember 2001 M.

MURID MURID NYA

Besar nian pengaruh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas di dunia Melayu, melebihi tokoh-

Page 7: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

tokoh penyebar Tariqat Qadiriyah seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dan lain-lainnya yang lebih dahulu. Di Jawa misalnya, dapat kita semak pada beberapa lembar tulisan Zamakhsyari Dhofier dalam bukunya Tradisi Pesantren, beliau menyebut, ``Dalam abad ke-19, organisasi-organisasi tariqat di Jawa memperoleh semangat dan dukungan baru daripada masyarakat. Hal ini disebabkan oleh kedatangan para pengikut Syeikh Ahmad Khatib Sambas dan Sulaiman Effendi dari Mekah''. Seterusnya, ``Namun yang cukup menarik ialah di Jawa Syeikh Ahmad Khatib Sambas dikenal sebagai pendiri suatu tariqat baru, Tariqat Naqsyabandiyah''. Selanjutnya, ``Kedudukan Syeikh Ahmad Khatib sebagai seorang sarjana Islam perlu kita sedari betul-betul ...''.

Selanjutnya, ``Adalah suatu hal yang penting bahawa seorang sarjana besar seperti Syeikh Sambas, kepada siapa hampir semua kiyai di Jawa menelusuri penealogi intelektual mereka juga dikenal sebagai seorang pemimpin tariqat''. Kalau demikian yang diperkatakan, sekarang mari kita menjejaki kemantapan sistem pengkaderan yang dilakukan kepada murid-muridnya. Salah seorang muridnya bernama Syeikh Zainal Abidin yang berasal dari Kelantan diutus oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas ke Kalimantan Barat sebagai `Ketua Khalifah' di sana. Jadi bererti murid-muridnya yang lain, yang semuanya berasal dari Kalimantan Barat, adalah di bawah pengawasan Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani. Selanjutnya semua mereka disuruh supaya mendalami pelbagai ilmu kepada ulama yang berasal dari Kelantan itu. Kebenaran untuk mentawajjuh/ membai'ah sekali-kali tidak dibenarkan kepada murid-murid yang lain selagi Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani masih hidup, atau selagi beliau masih berada di Kalimantan Barat. Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani meninggal dunia di Kampung Sebedang, Sambas.

Yang dilantik oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai khalifahnya di Mekah ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, beliau mempunyai murid yang ramai sesudah Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Untuk di Jawa terdapat tiga orang wakil khalifah, iaitu: Di Jawa Timur, Syeikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad al- Manduri (Madura) dan lain-lain. Di Jawa Tengah, Syeikh Zarkasyi Barjan, Porwajo Syeikh Ibrahim Berumbung. Di Jawa Barat, Syeikh Asnawi Banten dan lain-lain.Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim berasal dari Pulau Bali. Beliau juga diberikan kebenaran mentawajjuhkan. Salah seorang muridnya yang menjadi ulama besar ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman yang berasal dari Ambon. Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir berasal dari Sarawak. Di

Page 8: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

antara muridnya ialah Haji Muhammad Arsyad bin Abdur Rahman Pontianak. Murid Haji Abdul Lathif yang berasal dari Sarawak yang menjadi ulama besar, mengajar di Masjidil Haram, Mekah, ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi. Tetapi selanjutnya Syeikh Utsman Sarawak ini menerima tawajjuh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah sekali lagi daripada Syeikh Abdul Karim al-Bantani di Mekah. Masih banyak kisah murid-murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang belum sempat disebutkan di sini, penulis menyimpulkan saja bahawa institusi pengajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas yang masih kekal sampai sekarang ialah daripada muridnya yang bernama Syeikh Abdullah Mubarak. Pondok Pesantren yang beliau dirikan 7 Rejab 1323 H/ 5 September 1905 M masih kekal sam-pai sekarang, bahkan terkenal di seluruh Indonesia dan Malaysia. Sistem pelajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang berasal daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas itu dikembangkan dengan penyesuaian pada zaman moden.

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Page 9: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad Haji Muhamad al Baqir( Khalifah Tarekat Naqsyabadi Terawal Di Negeri Sembilan)

Prakata:

Dalam menyingkapkan sejarah perkembangan aliran tarekat di negeri ini dan Tanah Melayu amnya, kita bagai terlupa kepada pembawa asal tarekat Nasyabandiah al Kholidiah di negeri pengamal adat perpatih ini iaitu Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad al Baqir ini. Beliau kiranya adalah sezaman dengan kehadiran Syeikh Muhamad Said al Linggi yang mengasaskan tarekat Ahmadiah di negeri kita. Malangnya, tiada pula penyusun temui penyelidikan khusus mengkaji perjuangan syeikh ini atau sememangnya sudah ada usaha yang ke arah tersebut. Permata gemilang ini adalah anak watan yang berjasa dan melahirkan ratusan pewaris dalam abad ini.

Ketika menyusuri sejarah hidup anak muridnya iaitu al Marhum Syeikh Haji Maarof Yaakob   di Lenggeng ( khalifah ke 37 Naqsyabandiah) dalam buku perjuanganya oleh Tuan Haji Sulaiman bin Haji Mohd Nor, penyusun tertarik untuk menjejaki liku-liku hidup tokoh awal ini dan insyaallah, penyusun akan cuba mendapatkan maklumat sahih dari waris-waris almarhum di Pantai, Seremban.

Mengenali Syeikh

Dicatatkan bahawa Syeikh Haji Ahmad pernah menuntut dan bermukim di bumi Mekah Al Mukarramah. Di sanalah beliau menerima ijazah Khalifah tarekat dari Syeikh Ali Redha yang menetap di Jabal Qubais. Syeikh Ali Redha

Page 10: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

pula adalah pewaris ke 35. Almarhum Haji Ahmad dikatakan waris kepada Dato Kelana Sungai Ujung dan balik membuka suluk di Pantai sejak awal 1900 lagi.

Melalui didikan dan pengawasan Syeikh inilah, ramai murid berjaya menjalani program tawajuh dan bersuluk. Haji Maarof Yaakob adalah antara anak murid bungsunya yang sempat menerima ijazah pada tahun 1942. Dikatakan semasa mengadakan program bersuluk terakhir dalam tahun 1942, Syeikh Ahmad telah begitu uzur namun beliau masih menggagahi untuk menaiki tangga surau bagi menyertai majlis. Surau suluknya kira-kira 10 kaki sahaja dari pintu rumahnya. Adakalanya beliau akan diusung di atas kerusi oleh anak muridnya untuk naik ke surau.

Empat hari sebelum tamat majlis suluk dalam tahun itu, tiba-tiba Almarhum berkata kepada murid-muridnya: "Suluk ini mesti ditamatkan!".

Hari jumaat sesudah maghrib, 1 Syaaban 1362H bersamaan 30 Julai 1942 Tuan Guru yang soleh itu pun pergi menemui kekasihnya yang abadi. Jenazah yang mulia itu dikebumikan pada hari sabtu hari berikutnya di tanah perkuburan Pantai kira-kira 15 rantai dari suraunya.( rencana lanjut akan disediakan selepas penyusun menziarahi Pekan Pantai, insyaallah.)

Pada 2 mei 2007 hari selasa petang itu, saya mula menjejaki waris Almarhum Syeikh Haji Ahmad AlBaqir di Pantai, Seremban. Setelah berpindah ke Seremban, saya kira banyak ruang masa untuk membuat koleksi tokoh-tokoh alim ulama’ negeri ini. Pantai adalah nama penempatan atau sebuah pekan kecil di Jalan Jelebu kira-kira 15 km dari Bandar Seremban. Lokasi yang cari ialah sekitar pekan tersebut dan menyusuri jalan di sana mengingatkan saya zaman remaja ketika bersekolah di Jalan Sikamat, Seremban.

Lebih 30 tahun telah berlalu, banyak perubahan dan pembangunan di Jalan Jelebu khususnya dalam kawasan perbandaran Seremban. Mengimbau kenangan ketika berbasikal di sini, yang pastinya tiada lagi lorong-lorong lama dan rakan-rakan berbasikal zaman persekolahan . Berhampiran kilang rempah Jalan Jelebu itu, saya sering berselisih dengan pelajar senior yang menaiki basikal bermotor yang kiranya waktu itu memang sukar ditemui, mudah sahaja dia melalui lorong berbukit sedang saya ‘mencunggap’

Page 11: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

mengayuh basikal tua. Beberapa tahun kemudiannya, sahabat lama memberitau pelajar senior yang berlagak dengan basikal itu ialah Ahmad Tarmimi Sarigar pelakon terkenal itu. Betul ke?

Beberapa minggu lalu, ketika persatuan bekas pelajar sekolah kami telah mengadakan mesyuarat agong kali ketiga. Di sana saya melihat kefasihan pelakon itu sebagai pengerusi majlis. Ramai pelajar senior yang telah jadi ‘somebody’ menunjukkan aksi mereka sehingga saya begitu terasing sekali dalam dewan tersebut. Sebelum ini YAB Menteri Besar turut meluangkan masa memeriahkan majlis maklumlah beliau juga bekas pelajar sekolah ini tetapi memori ‘CPU’ saya begitu sukar mengimbas wajahnya lebih 30 tahun lalu. Mungkin beliau budak baik waktu itu sehingga diari pelajar nakal seperti saya tidak ‘tally’ untuk membuat rangkaian maklumat dari data-data lama. Inilah pelajar yang pernah dilibas 'rotan godang' oleh Pak Imam ( Pengetua sekolah) dan ditumbuk dek Pitung ( Warden asrama) kerana gara-gara perilaku dan gurauan terlampau. Pengetua itu pernah menggunting rambut saya hingga capuk-mapuk, lalu saya botakkan kepala tanda protes. Phobia dihambat guru itu berlarutan hingga saya sudah berkerja. Sering saya termimpi-mimpi diburu dek kedua guru tersebut. Semuanya tinggal kenangan dan di manakah kawan-kawan lama saya? ( kalau terbaca email : [email protected] )

Pekan Pantai

Kalau melalui Bandar Seremban, kita boleh ke pekan Pantai melalui Jalan Sikamat atau Jalan Jelebu. Awalnya, saya mengira sebuah surau kayu yang usang sebelah kanan jalan sebelum pekan itu madharasah Tuan Syeikh Ahmad Baqir. Di depannya terdapat beberapa kawasan perkuburan yang berkunci. Menurut beberapa penduduk di sini, kubur-kubur tersebut ialah milik keluarga Dato’ Klana Sungei Ujung iaitu Undang Luak bagi Daerah Seremban. Rata-rata kalangan mereka tidak mengetahui siapa Syeikh Haji Ahmad khalifah Tareqat Naqsyabandi terawal di negeri ini.

Seorang lelaki tua yang menyemenda di Pantai, menyarankan saya berjumpa orang yang lebih tua bernama Haji Abdul Rahman di Kampung Batu 7, Pantai yang mungkin lebih banyak mengetahui riwayat tokoh yang saya cari ini. Alhamdulillah, saya dapat bersua muka dengan orang tua sudah uzur seperti yang dimaksudkan. Beliau menyebut nama Syeikh Ahmad Albaqir sebagai "Dato’ Laksamana Haji Ahmad Alkholidi" iaitu seorang kerabat dalam Dato’ Undang Luak Sungei Ujong.

Page 12: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Saya begitu terkejut, apabila isterinya yang juga sedikit uzur itu turut mencelah perbualan kami memberitau bahawa orang yang dimaksudkan itu ialah bapa suaminya atau mertua beliau. Tidak hairanlah jika lelaki tua banyak membetulkan perkhabaran tentang orang alim yang saya cari ini. Beliau seolah-olah cuba mengelak untuk membicarakan sejarah hidup bapanya kerana takut tersilap fakta katanya. Tetapi isterinya agak peramah itu, banyak membantu saya mengimbas kisah mertuanya. Menurutnya, suami beliau sudah uzur dan pelupa pula. Namun saya perhatikan Haji Abdul Rahman anak kedua dari isteri kedua Syeikh Khalifah ini kelihatan lebih ceria apabila imbauan sejarah 70 tahun lampau dibangkitkan.

Keluarga Khalifah

Syeikh Haji Ahmad adalah keturunan akrab kepada pewaris Dato’ Klana. Zaman mudanya beliau dilantik ke jawatan Dato’ Laksamana dan mendapat didikan agama hingga di Mekah Almukarramah dalam usianya 20an. Beliau mungkin dilahirkan dalam tahun 1876 dan mengenali Syeikh Muhamad Said Al Linggi ulama terkenal dan pembawa Tareqat Ahmaddiah yang dominan di negeri ini. Dalam tempoh tersebut ramai anak watan bermukim di kota suci Mekah untuk belajar agama.

Menariknya, kepulangan Syeikh Muhamad Said ke tanah air seakan sekapal pula dengan Syeikh Haji Ahmad. Kedua anak watan yang alim ini terus membuka pusat pengajian di kampung masing-masing dalam mukim Luak Sungai Ujong ini. Antara pusat pengajian masing-masing hanya sekadar 10 km sahaja dan pondok mereka menjadi tumpuan ratusan murid-murid yang datang dari berbagai tempat untuk menimba ilmu agama dari dada orang alim ini. Dua bahtera besar yang mengibarkan panji-panji kesufian Ahmaddiah dan Naqsyabandiah terawal di negeri beradat. Sejak kehadiran Syeikh Haji Ahmad inilah, penduduk negeri mula mengenali tuwajjuh dan bersuluk.

Madrasah atau surau dua tingkat dibina bersebelahan dengan rumah Tuan Guru. Rumah batu yang masih tersegam kukuh dua tingkat itu seolah-olah bangalow peninggalan penjajah. Kini premis dan surau itu terbungkam sepi dan berkunci. Dulunya menurut nenek Siti Zaharah Hashim isteri Haji Abdul Rahman, kanak-kanak hingga murid tua datang berkampung di sini. Apabila petang mereka berbondong-bondong mandi di sungai yang jernih di bawah jambatan tepi rumah nenek ini. Siti Zaharah dengan Tuan Haji Abdul

Page 13: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Rahman adalah bersaudara kerana nenek mereka adik beradik. Hanya dari perut isteri pertama Syeikh Haji Ahmad bernama Posah itu sahaja yang layak mewarisi Dato Klana. Cucu mereka YTM Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak bin Doha sekarang adalah anak kepada Mahari anak perempuan ketiga dari Syeikh Haji Ahmad. Isteri kedua Syeikh Ahmad iaitu Sitiawan binti Haji Yaakob dikawini selepas kematian isteri pertamanya.

Sitiawan binti Haji Yaakob pula adik kepada Tuan Syeikh Haji Maarof khalifah Naqsyabandi dari Lenggeng itu. Haji Maarof menuntut agama dan bersuluk di bawah asuhan Syeikh Haji Ahmad sendiri semasa hidupnya ( baca riwayat hidup Haji Maarof). Apabila negeri ini ditawan oleh tentera Jepun dan kematian tuan guru, aktiviti bersuluk dipimpin pula oleh anak-anak muridnya termasuk Haji Maarof yang berpusat di Lenggeng. Beberapa peralatan kerusi meja dari surau Haji Ahmad telah dipindahkan penduduk ketika berlakunya dharurat, sebahagiannya digunakan untuk peralatan di sekolah dewasa yang dibina waktu itu.

Syeikh yang dikenali

Menurut menantunya, syeikh ini pernah membina kolam ikan di depan suraunya iaitu di tepi jalan besar sekarang. Kawasan ini seperti berpaya dan mungkin dulunya bekas sawah dan sekarang dijadikan tapak semaian benih getah. Haji Abdul Rahman mendakwa bapanya ada mengalami sakit dalam dada dan mudah lelah di kala waktu tuanya. Beliau pernah membawa bapanya menaiki basikal ke Bandar Seremban untuk mengambil pencen bapanya sebagai Dato Laksamana.

Selepas majlis tuwajjuh malam itu, bapanya yang uzur itu dipimpin anak murid ke rumahnya. Malam yang hening di kampung bertuah itulah ruhnya dijemput kembali oleh Penciptanya. Almarhum berusia 66 tahun waktu itu seperti yang dimaklumkan oleh menantunya Siti Zaharah Hashim ( 1936). Beliau meninggalkan 12 orang anak iaitu 7 orang anak dari isteri pertama dan 5 orang anak dari isteri kedua. Antara nama anak-anak isteri pertama yang masih diingati Haji Abdul Rahman ialah Suri, Mahari, Nuri dan Abdul Aziz. Dari perut Suri lahir seorang cendikiawan bernama Prof. Dr Raja Kuziah yang pernah bertugas di UITM dan Dato’ Klana sekarang pula anak Mahari. Manakala isteri kedua pula ialah Zainal Abidin, Haji Abdul Rahman sendiri, Bahauddin, Siti Khadijah dan kembarnya Abdul Jalil, Abdullah Fadhil Suhaimi dan yang bungsu bernama Abu Zahid.

Page 14: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Abangnya yang sulong dan kedua adik kembarnya telah kembali ke rahmatullah. Adiknya yang bungsu masih bujang solo walaupun telah berusia 65 tahun, kata puan Siti Zaharah iparnya itu terlalu memilih hingga jadi bujang terlajak.

Lebah sebagai penyambut tetamu

Petang itu, kira-kira jam 6.30 saya singgah meninjau tapak surau Haji Ahmad. Lelaki tua yang mungkin sibujang terlajak itu sedang menyapu sampah di tepi rumah batu yang sepi dan pintu pagar premis tua itu berkunci kemas. Ketika tangan mulai bersalaman, sekawan lebah seolah-olah turut menyambut saya.

"Bahaya ni…" ujar Abu Zahid.

Memandangkan suasana mencemaskan itu, saya meminta diri untuk meninggalkan beliau sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini. Dalam perjalanan kembali itu, saya memikirkan apa hikmahnya atas kejadian tersebut. Namun begitu saya bersyukur kerana maklumat keluarga Tuan Syeikh Khalifah ke 36 Tareqat Naqsyabandi terawal dari bumi adat perpatih ini diperolehi dari sumber pertama iaitu anak beliau sendiri yang pernah hidup bersamanya. Beliau berusia 15 tahun sewaktu bapanya mengakhiri hayatnya.

Page 15: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Khalifah Naqsyabandiah Al Kholidiah

Guru Tarekat Naqsyabandiah Tuan Syeikh Haji Maarof bin Yaakob

Alhamdulillah ketika tercari-cari bahan untuk koleksi 'Tokoh-tokoh ulama di negeri adat perpatih' ini, penyusun bagai dipandu untuk mencapai websitewww.bicarasufi.com di sana ahli-ahli membicarakan kesufian dan tokoh-tokoh tarekat di negeri kita. Hati menjadi tenang dan diruntun untuk mendekati diskusi ini. Antara tokoh tuan guru tarekat yang disebut-sebut ialah khalifah tarekat Naqsyabandiah al Kholidiah di Lenggeng. Rakan setugas penyusun yang kebetulan pengambil tarekat ini walaupun beliau berasal dari Terengganu, beliau dengan ikhlas telah meminjamkan buku perjuangan Tuan Syeikh Haji Maarof bin Yaakob untuk memudahcara usaha penyusun mengutip ringkasan hidup tokoh yang soleh ini.

Penyusun ingin memohon keizinan kepada waris guru ini dan khususnya Tuan Haji Sulaiman Haji Muhamad Nor selaku penyusun buku bagi maksud di atas. Semoga paparan kisah ini dapat menarik minat pengunjung mengenali lebih dekat perjuangan Tuan Syeikh Haji Maarof bin Yaakob. Andaikata ada kekurangan dan kesilapan dalam menyaring kisah ini, maka penyusun mengharapkan semua pihak sudi melengkapkannya. Sila hubungi penyusun melalui email :[email protected] atau meninggalkan coretan komentar dalam laman web ini.

Latar belakang guru

Tokoh yang kita bicarakan ini berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan iaitu sebuah mukim yang bersempadan dengan kawasan Ulu Langat Selangor. Kawasan ini lebih mudah dihubungi melalui jalan Kajang- Seremban. Sebahagian besar penduduknya ialah berasal dari tanah seberang

Page 16: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

khususnya masyarakat Minangkabau. Tuan Haji Maarof dilahirkan pada tanggal 1901 bersamaan lebih kurang tahun 1322H pada hari selasa pukul 10.00 pagi di sebuah pondok tengah sawah Kampung Sungai Bunga. Anak pertama bagi pasangan Yaakob Haji Saman dan Siti Hajar Haji Arshad asalnya diberi nama Muhamad Jinid, namun bayi ini sering menghadapi masalah dan mengikut kepercayaan orang-orang tua nama tersebut tidak serasi bagi batang tubuh anak. Lalu ditukarkan kepada Maaruf dengan harapan akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Nenek moyang sebelah ibunya berasal dari tanah Jawa. Neneknya bernama Inah dan bapanya Haji Arshad dari Jawa Tengah. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan berkampung di Pulau Besar. Keluarga ini akhirnya masuk suku mengikut adat negeri ini iaitu berperut kepada Suku Biduanda. Manakala sebelah bapanya berasal dari Tanah Minang dan bermukim pula di Kampung Ampang Penajis. Di sanalah bapanya dilahirkan dan ternaung di bawah Suku Batu Hampar.

Mereka berpindah ke Lenggeng dalam sekitar tahun 1895. Di sinilah ibu dan bapanya bertemu jodoh. Lima tahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata. Pondok penginapan mereka terletak kira-kira di hadapan Masjid Mandom sekarang.

Pendidikan

Meningkat usia 7 tahun, Maarof pun menjejakkan kakinya di Sekolah Melayu Pekan Lenggeng kira-kira 2.5 km dari rumahnya. Sekolahnya hanya beratapkan rumbia dan berdinding papan di tepi sawah. Di sinilah ia bersekolah hingga menamatkan darjah 5. Kemudian beliau terpilih melanjutkan pendidikan dua tahun lagi sehinggalah lulus peperiksaan peringkat sekolah rendah. Haji Maarof mendapat nombor ke lapan dari 2,550 murid yang mengambil peperiksaan itu. Kejayaan ini membuka peluang kepada beliau untuk menjadi guru kecil ( pelatih) dan diterima mengajar di Sekolah Melayu Pantai, Jalan Jelebu. Sebagai tanda kelayakannya, Kerajaan British ketika itu menganugerahkan beliau 'Certificate For Standard V' ( 30 Jun 1917) dan 'Certificate Of Registration Of A Teacher' pada 28 Oktober 1921. Haji Maarof kemudiannya berpindah pula ke Sekolah Melayu Mantin (1918). Beliau bertemu jodoh dalam tahun 1921 berkahwin dengan seorang gadis bernama Ghina bt Muhamad Nuh.

Page 17: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Anggota M.V.I

Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama, Kerajaan kolonial British telah menubuhkan pasukan tentera simpanan yang dikenali sebagai Malayan Voluntary Infantry ( MIV) di negeri ini. Maarof telah berkhidmat dalam pasukan ini ketika masih menjadi guru. Beliau memakai nombor 1619 M.V.I dan terpaksa berlatih 2 kali seminggu di Seremban dan kemudiannya latihan intensif selama 2 tahun di Kem Batu 4 Port Dickson dalam tahun 1922. Mungkin tempoh tersebut juga beliau ditukarkan ke Sekolah melayu Bagan Pinang, Port Dickson. Beliau berkhidmat dalam pasukan beruniform ini hingga tahun 1924.

Letak jawatan

Dalam tahun 1925, beliau dipindahkan pula ke Sekolah Melayu Beranang. Di sinilah Haji Maarof meletakkan jawatan sebagai guru secara sukarela dengan gaji terakhir sebanyak $18.70 sebulan. Bagi memenuhi masa lapangnya, beliau belajar memandu kereta sehingga memperolehi lesen memandu. Selepas itu beliau memandu kereta sewa ke Seremban dan bersawah padi di kampung.

Cita-cita mengaji di pondok

Tuan Haji Maarof pernah bercita-cita belajar ilmu agama secara mendalam. Antara negeri-negeri sasarannya ialah Pantai Timur, Pattani dan Kedah. Dalam diam-diam beliau pergi mendapatkan akuan dari Dato' kelana Putra Luak Sungai Hujung yang menyatakan Maarof adalah anak buahnya dan menyokong hasrat beliau untuk merantau menuntut ilmu agama. Surat akuan itu diperolehi bertarikh 4 Mac 1925. Sayangnya, hasrat beliau tidak mendapat restu ibunya.

Merantau ke Jambi

Sebetulnya, Haji Maarof masih menanam tekad untuk menuntut ilmu agama dan dalam tahun 1925, beliau memberanikan diri meminta izin ibunya untuk ke Jambi pula. Tujuan beliau ialah untuk mencari wang belanja bagi meneruskan cita-citanya menuntut ilmu agama di Pantai Timur. Kali ini ibunya mengizinkan, anak muda yang taat kepada ibu dan bapanya itupun bertolaklah ke Singapura bersama pak ciknya. Mereka bermalam di masjid Kg Jawa sebelum belayar ke Jambi.

Page 18: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Di Jambi, Haji Maarof bekerja membersihkan kebun getah dan sebagai pemandu boat tambang di Sungai Jambi. Kemahirannya memandu dan boleh membaik pulih injin itu telah menarik minat penduduk di Pekan jambi untuk mendapat khidmatnya. Beliau balik ke Lenggeng semula setelah dimaklumkan ibunya sakit merinduinya. Kemudian beliau bekerja sebagai 'Revenue officer grade III di Kuala Lumpur dengan gaji bulanan sebanyak $35 dan tambahan $5 untuk elaun basikal. Dia bertugas bermula 11 April 1927 hingga 31 Oktober 1928. Setelah itu Haji Maarof bertukar beberapa kerja sehinggalah mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya.

Mengambil Tarekat

Ketika mengajar di sekolah Mantin dalam tahun 1920, Haji Maarof mengambil tarekat daripada Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad bin Mohd AlBaqir   di Pantai, Seremban. Sekembalinya dari Jambi itu, Haji Maarof mula bersuluk. Suluk pertamanya selama 20 hari dan gurunya mengarahkannya membuat tahlil sebanyak 4 khatam selama sebulan.

Dinyatakan aktiviti bersuluk telah lama diamalkan di kawasan Lenggeng. Surau suluk pertama dicatatkan ada sejak tahun 1901 di bawah pimpinan Syeikh Kubung. Kemudian pusat-pusat bersuluk tumbuh di sana seperti di Kampung Tengah pimpinan Haji Mustaffa, Kg Suluk pimpinan Tuan Faqih, Kg Sungai Macang oleh Haji Abdullah Haji Ismail dan di Kg Dacing pimpinan Haji Said dan Syeikh Muda. Dilaporkan di Kg Dacing itu ramai murid-murid berasal dari tanah seberang.

Ijazah Khalifah

Awal tahun 1940an, Haji Maarof menumpukan masanya berguru sambil bersuluk di surau Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Albaqir di Pantai, Seremban. Tuan guru itu telah lama mengadakan majlis ilmu di sana dan beliau merupakan khalifah tarekat Naqsyanbandi kholidiah ke 36 dan murid kepada Syeikh Ali Redha yang bermastautin di Jabal Qubais Mekah al Mukarramah, penyusun muat turunkan kedudukan lokasi Qubais ini sebagaimana catatan pengembaraan Ibnu Batttutah iaitu:

"Makkah ialah sebuah kota yang besar dan mempunyai bangunan-bangunan yang rapat-rapat. Ia berbentuk bujur dan terletak di dasar sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau. Pengunjung

Page 19: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

yang datang tidak akan dapat melihat kota tersebut hingga ia benar-benar sampai di situ. Bukit-bukau yang mengelilinginya itu tidaklah begitu tinggi. Antara bukit tersebut ialah Jabal Abu Qubais dan Jabal Qu’aiqi’an iaitu dua buah Jabal al-Akhsyaban. Jabal Abu Qubais terletak di sebelah selatan kota Makkah dan Jabal Qu’aiqi’an pula di sebelah baratnya. Di sebelah utaranya terletak Jabal al-Ahmar. Bersebelahan dengan Jabal Abu Qubais pula terletak Ajyad al-Akbar dan Ajyad al-Asghar, kedua-duanya curam serta sempit selain Jabal al-Khandamah yang akan diceritakan kemudian. Tempat-tempat untuk melaksanakan haji iaitu Mina, ‘Arafah dan Muzdalifah, semuanya terletak di timur Makkah. "

Berkat Kesungguhan dan mujahaddah Haji Maarof ketika menuntut dengan Syeikh Haji Ahmad itu maka beliau terpilih untuk diijazahkan Khalifah Tarekat dalam tahun 1941. Ketika bertawajuh dalam tahun 1942, Haji Maarof mengalami sakit teruk hingga melemahkan tubuhnya. Gurunya mengarahkan murid-murid menyediakan setin minyak tanah air sejuk yang dibacakan surah Yassin. Selepas khatam tawajuh, Maarof dipimpin rakan-rakannya ke bawah jambatan sungai yang tidak jauh dari surau suluk mereka. Di atas batu tengah sungai itulah Haji Marof dimandikan. Dia begitu bersyukur kerana selepas dimandikan, tubuh badannya kembali sehat dan mampu berjalan tanpa dipapah lagi.

Memimpin jamaah

Selepas kembalinya ke rahmatullah Syeikh Haji Ahmad al Baqir pada 1 Syaaban 1362 H bersamaan 30 Julai 1942, Haji Maarof terus bersuluk dengan Haji Abdullah Haji Ismail di Suluk Sungai Bunga. Haji Abdullah dianggap guru dan abang tua dalam aliran tarekat ini. Haji Abdullah telah menulis ijazah ( bertarikh 28 April 1952) boleh memimpin tawajuh dan menyuluk bagi Haji Maarof yang tidak sempat ditulis oleh Syeikh Haji Ahmad dalam tahun 1942. Bertawajuh dengan Haji Abdullah berjalan hinggalah Haji Abdullah meninggal dunia lebih kurang tahun 1953/54.

Peninggalan Haji Abdullah, jamaah masih bertawajuh di Masjid Mandom setiap malam selasa dan jumaat di bawah pimpinan Haji Maarof. Kemudian mereka berpindah pula ke bangunan sekolah lama yang telah ditinggalkan dan lebih kurang 10 tahun pula mereka menggunakan bangunan tersebut. Akhirnya, dengan kesepakatan jamaah dan gotong royong telah didirikan surau baru di Kg Hilir pada 23 Ogos 1965. Surau suluk ini telah didaftarkan di

Page 20: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Pejabat Agama dan kebenaran bertulis untuk menjalankan aktiviti keagamaan turut diberikan oleh pihak berwajib. Dato Kelana Putra, Undang Luak Sungai Ujung turut berkenan hadir di hari penutup suluk tahun tersebut. Walau bagaimanapun, jamaah ini tidak lepas dari fitnah orang yang tidak memahami aliran bersuluk atau bertarekat. Surat bantahan dari individu yang ditujukan kepada pihak berwajib telah dilayangkan tetapi kelulusan Pejabat Agama Negeri telah lama diperolehi. Malah dalam surat sokongan jabatan agama negeri bertarikh 23 Disember 1975 antara lain menyatakan:

"..Jabatan ini adalah sentiasa memberikan sokongan kepada apa-apa kegiatan keagamaan dan kerohanian yang boleh membawa masyarakat Islam di negeri ini kembali kepada Allah.."

Mereka juga berharap Tuan Guru Haji Maarof bin Yaakob akan dapat memimpin masyarakat Islam khasnya di kalangan jenerasi muda ke arah menghayati ajaran agama dan bertakwa.

Aktiviti jamaah

Surau telah diperbesarkan sesuai dengan pertambahan murid atau jamaah yang mengikuti majlis pimpinan Haji Maarof. Ramai pengunjung datang menyertai aktiviti di sini dari merata pelusuk negeri termasuk dari Singapura. Setiap majlis penutup suluk, jamaah akan mengadakan kenduri dan jiran-jiran berhampiran yang tidak bersuluk pun turut dijemput serta dalam kenduri tersebut. Apabila datang hari raya, program menziarahi tuan guru dan majlis korban turut diadakan. Haji Maarof akan diwakilkan untuk menyembelih binatang korban murid-murid beliau.

Penutup

Ratusan orang muridnya telah diberi pengakuan mengambil tarekat dan dibenarkan mengadakan tawajuh di masa hidupnya. Mereka adalah dari semua lapisan masyarakat dewasa dan berlatar belakang berbagai profession dari merata negeri. Tidak kira lelaki atau wanita yang ingin mencari keredhaan Illahi tidak akan dihampakan oleh Tuan Guru yang soleh itu. Dipercayai bilangan murid bagi aliran Naqsyabadi Kholidiah telah mencapai ribuan orang di merata pelusuk negeri. Selepas pemergiannya, difahamkan majlis tawajuh di surau itu masih diteruskan oleh menantunya Sheikh Talib.

Page 21: Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36

Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Fatimah Idris ( isteri kedua), Almarhum telah dikurniakan 8 cahaya mata dan mewarisi cucu cicit yang ramai. Isteri beliau meninggal dunia pada 7 Jun 1987 bersamaan 9 Ramadhan 1407H. Manakala Tuan Guru Syeikh Haji Maarof kembali ke rahmatullah pada tanggal tahun 1994. Kita berdoa agar jasa dan perjuangan almarhum khalifah Naqsyabandiah alKholidiah ini mendapat tempat di sisi Allah.Lawati website JEJAK ULAMA DI NEGERI ADAT PERPATIH