SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat dengan mempertimbangkan juga aspek-aspek bukan linguistik seperti konteks apabila perkataan atau ayat itu digunakan, kebudayaan sesuatu bangsa, unsur-unsur pilihan dan sebagainya. Elemen semantik ini juga dapat dikaji berdasarkan bidang atropologi dan sosiologi, psikologi, linguistik, sejarah, kebudayaan dan kesusateraan. Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang pembentukan kata dan penyusunannya dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilahnya merujuk hal tentang makna, oleh kerana makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani “sema” yang menerbitkan kata “semainein” yang bermaksud menunjukkan , “ ” bererti , atau bermakna . Bidang semantik sudah lama menarik “ ” “ ” perhatian ahli bahasa. Tokoh linguistik yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal (1900) dalam bukunya Semantics : Studies in the Science of Meaning. Sejarah semantik sudah bermula sebelum tahun Masehi. Ketika zaman Yunani sudah terkenal dengan beberapa orang ahli falsafah antaranya Socrates (469-399 S.M) dan salah seorang muridnya ialah Plato (425-348 S.M). Plato telah menggunakan perkataan semainein dalam bukunya yang bertajuk Cratytus. Kata “ ” dasarnya ialah sama yang bermaksud syarat atau tanda dan “ ” “ ” “ ” semainein sebagai kata terbitanyang bermaksud memperlihatkan “ ” atau menyatakan. Salah seorang anak murid Plato pula iaitu Aristotle (384-322 S.M) menekankan terhadap bahasa terutamanya perkataan, melahirkan takrifan bahawa ialah satuan bunyi atau huruf yang terkecil yang mengandungi makna.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada
peringkat perkataan atau ayat dengan mempertimbangkan juga aspek-aspek
bukan linguistik seperti konteks apabila perkataan atau ayat itu digunakan,
kebudayaan sesuatu bangsa, unsur-unsur pilihan dan sebagainya. Elemen
semantik ini juga dapat dikaji berdasarkan bidang atropologi dan sosiologi,
psikologi, linguistik, sejarah, kebudayaan dan kesusateraan.
Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang
pembentukan kata dan penyusunannya dalam ayat. Manakala semantik pula
berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut
istilahnya merujuk hal tentang makna, oleh kerana makna itu adalah
sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian
daripada ilmu linguistik.
Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani “sema” yang
menerbitkan kata “semainein” yang bermaksud “menunjukkan”, “bererti”, atau
“bermakna”. Bidang semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa.
Tokoh linguistik yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal
(1900) dalam bukunya Semantics : Studies in the Science of Meaning.
Sejarah semantik sudah bermula sebelum tahun Masehi. Ketika zaman
Yunani sudah terkenal dengan beberapa orang ahli falsafah antaranya
Socrates (469-399 S.M) dan salah seorang muridnya ialah Plato (425-348
S.M). Plato telah menggunakan perkataan “semainein” dalam bukunya yang
bertajuk Cratytus. Kata dasarnya ialah “sama” yang bermaksud “syarat” atau
“tanda” dan “semainein” sebagai kata terbitanyang bermaksud
memperlihatkan atau menyatakan. Salah seorang anak murid Plato pula iaitu
Aristotle (384-322 S.M) menekankan terhadap bahasa terutamanya
perkataan, melahirkan takrifan bahawa ialah satuan bunyi atau huruf yang
terkecil yang mengandungi makna.
Ferdinard de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique
Generate (1916) mengemukakan pendapat bahawa pada dasarnya bahasa
memiliki dua aspek iaitu langue dan parole. Langue ialah bahasa sebagai
bentuk yang berperaturan yang ada dalam otak manusia manakala parole
ialah bahasa yang diujarkanoleh seseorang pada masa tertentu. Beliau juga
mengemukakan istilah signe iaitu tanda bahasa merupakan perkataan . Signe
terbahagi kepada dua iaitu signitie (yang diertikan) dan signifiant (yang
mengertikan). Maksud yang diertikan ialah “makna’, manakala yang
mengertikan ialah bunyi bahasa.Beliau juga menegaskan bahawa semantik
merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna.
Noam Chomsky dalam bukunya Aspects of the Theory of Syntax
(1965), berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan
oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.
2.0 KAJIAN SEMANTIK DAN PEMBENTUKAN PERISTILAHAN DALAM BIDANG KESUSASTERAAN
2.1 DEFINISI DAN KONSEP SEMANTIK
2.1.1 DEFINISI SEMANTIK
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata
dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit unit ujaran
yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat
mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
Definisi semantik dari segi istilah ialah Istilah semantik berasal
daripada bahasa Yunani “sema” yang menerbitkan kata “semainein” yang
bermaksud “menunjukkan”, “bererti”, atau “bermakna”. Definisi semantik
menurut tokoh bahasa J.W.M Verhar (1996), semantik ialah cabang linguistik
yang akan membahas erti dan makna.
Definisi semantik menurut Abdullah Cheer (1994), semantik
merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna
bahasa. Manakala menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan
Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti
sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda-tanda yang menyatakan makna, hubungan
antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap
masyarakat.
2.1.2 KONSEP SEMANTIK
Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada
gelombang suara dan dari suara. Manakala dari segi tulisan merupakan
coretan dakwat, cat dan sebagainya, yang semuanya merujuk kepada suatu
makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat.
Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna
merupakan sejenis tanda atau sign. (Hashim Hj Musa, 1994: 44). Tanda atau
sign ialah sesuatu tanda yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang
lain.
Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau semiologi.
Kajian semiotik pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu semantik,
sintaktik dan pragmatik Kajian tentang semantik ialah kajian tentang
pemaknaan tanda. Kajian sintaktik merupakan kajian tentang kombinasi
tanda-tanda. Manakala kajian pragmatik merupakan kajian tentang asal-usul
penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan
tanda itu. (Ullmaan, 1962: 15).
Semantik mempunyai dua pengertian iaitu semantik merupakan
bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan
dan juga struktur makna sesuatu pertuturan. Pengertian kedua, semantik
merupakan satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa.
Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980 : 193)
yang menerangkan makna sesuatu bahasa.
“Science dealing with the relations between referents and referents
linguistics symbols (words, expressions, phrase) and objects or concepts to
which they refer – and with the history and changes in the meaning or words”
Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna, semantik
boleh dilihat dari sudut erti yang luas dan sempit. Pengkajian makna pada
peringkat semantik dalam erti kata yang sempit hanya meliputi maklumat
linguistik, cuma melibatkan teori referense dan teori makna sahaja.
Bagaimanapun, dalam erti yang luas semantik itu meliputi juga
sintaksis malah pragmatik. Keadaan ini demikian kerana menurut Nor
Hashimah Jalaludin (1992 :1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson
(1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat
memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.
Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu
penginterpretasi makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik.
Gabungan antara kedua-dua faktorlinguistik dan bukan linguistik ini benar-
benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.
Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna
oleh saranan-saranan kemahuan dan leksikal sesuatu bahasa. Berdasarkan
pandangan teoritis, huraian dan sejarawi malah masalah-masalah semantik
yang harus diteliti ialah sifat-sifatnya, sama ada sikronik atau diakronik. Ini
berlaku kerana bahasa itu mempunyai dua aspek iaitu fisiologi atau mekanikal
dan psikologi atau tidak mekanikal. Fonologi dan morfologi merupakan aspek
mekanikal, maanakala sintaksis dan semantik sebagai aspek psikologi dan
ditambah dengan etimologi yang mempunyai unsur sejarah.
Kita telah mendapat penjelasan bahawa semantik merupakan kajian
tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu pula boleh ditinjau daripada
pelbagai peringkat bahasa, iaitu fonem, morfem, perkataan dan juga ayat.
Malah semantik juga mengkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur
tersebut antara satu sama lain. Walaupun semantik itu sebagai satu kajian
yang sukar dikaji secara formsl, tetapi ia merupakan bahagian yang penting
dalam tatabahasa. Malah ilmu semantik memberikan banyak kebaikan
kepada pengkajinya sebagaimana yang dikemukakan oleh Walpole
(1941 :28-33) iaitu pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar
dan dibaca. Pengkaji dapat bertutur dan menulis dengan lebih berkesan.
Pengkaji juga dapat berfikir dengan lebih berhati-hati.
2.2 PEMBENTUKAN ISTILAH
Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa istilah, jawatan dan jabatan
ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang
digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatan kuasa ini telah mengadakan
sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku istilah
Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514
istslah baharu. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula
pada tahun 1975.
Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah Bahasa Melayu(PUPIBM) hasil kerjasama Malaysia Indonesia
menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan
terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk, menggubal,
memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam
pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik
ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai
pengalaman kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara, mewakili Intitusi
Pengajian Tinggi, Sektor Swasta, Sektor Awam dan Sektor Pendidikan
Negara.
Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar
glosari istilah dengan sejumlah 1002438 istilah telah dibentuk dalam pelbagai
bidang Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut
bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian
tinggi dan berprofesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara
anggota MABBIM.
2.2.1 DEFINISI ISTILAH
Takrif istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna,
konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses
pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat ini disebabkan istilah perlu
dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks
pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu
juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa
Melayu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh didefinisikan sebagai
perkataan atau rangkaikata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu
bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian)
Berdasarkan Buku Bahasa Melayu Tinggi, istilah dapat didefinisikan
sebagai kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses,
keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
2.2.2 KONSEP ISTILAH
Konsep istilah berdasarkan takrif istilah itu sendiri yang bererti kata
atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan
atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
Dasar dalam pembentukan istilah bergantung kepada tataistilah yang
merupakan kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah
kumpulan istilah yang dihasilkan).
Pembentukan istilah berdasarkan tatanama iaitu kumpulan peraturan
yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama
yang dihasilkan).
Istilah dan kata umum juga merupakan konsep dasar pembentukan
istilah. Istilah merupakan kata yang penggunaannya dan maknanya khusus
pada bidang tertentu. Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam
bahasa,namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah.
Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk
benda dalaman dan luaran. Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas
bagi menghasilkan istilah yang tepat. Istilah itu perlulah digubal berdasarkan
konsep dan bukan berdasarkn simbol perkataan
Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau
rangkaikata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Istilah ini seharusnya dilakukan
secara berterusan, supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Bahasa tanpa
istilah dianggap tidak berkembang dan mati.
Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna.
Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks
penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah
maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Konsep
merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah
merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.
Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri
daripada kata, singkatan, huruf, lambang grafik dan sebagaimya. Kata
mempunyai pelbagai makna bergantung kepada penggunaannya, sedangkan
istilah mempunyai makna khusus yang tidak terikat pada konsep
penggunaan.
Pembakuan dalam bidang peristilahan adalah berkait rapat dengan
proses pemodenan bahasa, yang mementingkan pembinaan budaya ilmu.
Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah,
tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan
bentuk peristilahan. Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu
iaitumerujuk kepada konsep satu bidang. Istilah dan kata tersebut sesuai
dengan konteks penggunaannya. Jadi peristilahan, mestilah dilakukan
dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan bahasa Melayu.
2.3 DEFINISI DAN KONSEP KESUSASTERAAN
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni
yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesusateraan ialah satu
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastera yang
bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud
bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan, menurut makna
kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni
karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.
Sastera ialah seni bahasa yang merupakan ungkapan spontan
daripada perasaan yang mendalam. Sastera ialah ekspresi fikiran melalui
medium bahasa iaitu idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua
kegiatan mental manusia. Sastera ialah inspirasi kehidupan manusia yang
diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sastera juga ialah semua
karya yang memuatkan perasaan kemanusian yang mendalam dan
kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan
pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempesonakan.
Sastera terkandung beberapa unsur-unsur yang saling berhubungan
iaitu isi kandungan, ekspresi, bentuk dan bahasa. Isi kandungan sastera yang
berupa buah fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan,
kepercayaan dan sebagainya. Ekspresi dan ungkapan merupakan keupayaan
mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. Bentuk merupakan unsur isi
dalam diri manusia dapat dizahirkan dalam berbagai-bagai bentuk
pengungkapan sastera yang beraneka ragam yang indah, mempesonakan,
menyenangkan dan menarik. Unsur bahasa iaitu bahan utama untuk
mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.
2.3.1 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN
Kesusasteraan terbahagi kepada dua iaitu Kesusasteraan Melayu
Tradisional (klasik) dan Kesusasteraan Melayu Moden. Kesusasteran Melayu
Tradisional merupakan karya seni yang disampaikan melalui bahasa sama
ada secara lisan atau tulisan bagi menyatukan falsafah pencipta dengan
penerimanya pada zaman itu. Genre lisan juga dikenali sebagai sastera
rakyat dan genre tulisan dikenali sebagai sastera istana.
Sastera rakyat (Lisan) terbentuk dalam dua bentuk iaitu naratif dan
bukan naratif. Bentuk naratif merupakan bahan sastera yang berunsur cerita
yang meliputi metos, lagenda dan cerita rakyat. Cerita rakyat meliputi cerita
binatang, cerita penglipurlara, cerita jenaka, dan cerita teladan. Manakala
bentuk bukan naratif pula merupakan puisi rakyat meliputi pantun, syair,
gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun dan
terasul.
Sastera Istana (Tulisan) meliputi sastera hikayat, sastera undang-
undang, sastera epik, sastera panji, sastera agama atau kitab dan sastera
ketatanegaraan. Sastera tulisan mula diperkenalkan selepas penerimaan
Islam, kira-kira pada abad ke-15. Sastera tulisan dikenali juga sebagai
sastera istana kerana sastera ini berkembang dalam lingkungan istana.
Kesusasteraan Melayu Moden, menurut Anas Hj. Ahmad (1988: 152),
hasil karya sastera selepas tahun 1800 masehi digolongkan dalam sastera
moden. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang yang membawa
perubahan dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Antara bentuknya
ialah cerpen, novel, sajak dan drama.
2.3.2 CIRI-CIRI KESUSATERAAN
Ciptaan kesusateraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana
ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaiannya. Keindahan
hasil karya sastera dapat dirasa oleh pembaca melalui bahasa. Gaya dan
lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera dapat menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya itu.
Hasil karya dapat mencerminkan pengalaman, melalui bahasa juga
pengarang dapat menggarapkan isi dan tujuan sambil menghayati segala
pengalaman dan perasaan yang tercurah. Pengalaman di sini merujuk
kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara
realiti. Perkara ini disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada kegiatan
fikiran, tetapi juga kepada kegiatan perasaan dan imaginasi. Realiti pula ialah
sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia.
Kesusasteraan dapat mencerminkan pengalaman seni, melalui
peristiwa sastera pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan
perasaan pengkarya. Karya sastera bukan sekadar memberikan kepuasan
kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui
gagasan dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang
mengagumkan pembaca.
Kesusasteraan juga merupakan satu karya seni, iaitu mempunyai sifat
fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus. Tiga perkara inilah
yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
Fiksyen bermaksud sesuatu karya itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya
berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti. Nilai-
nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan
sejelas-jelasnya dan mendalam. Manakala gaya bahasa merupakan gaya
penyampaian mesej pengkarya kepada pembaca dengan pelbagai cara bagi
mewujudkan nilai-nilai seni dalam karya berkenaan.
3.0 KAJIAN HASIL KARYA KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
CERPEN TINA KARYA AMINHAD
3.1 DEFINISI CERPEN
Cerpen ialah gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek.
Cerpen menjadi popular dalam kesusasteraan Melayu kerana diterbitkan
dalam akhbar dan majalah yang lebih luas penyebarannya. Cerpen biasanya
mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama atau
pusat penceritaan. Peristiwa itu dikembangkan dalam jarak masa yang
terhad. Cerpen membawa satu tema sahaja dan satu atau dua persoalan bagi
menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca.
Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan perkembangan watak
kepada beberapa orang tertentu sahaja. Cerpen hanya memberatkan
identifikasi dan perkembangan watak protagonis. Terdapat satu plot sahaja
dalam cerpen dan plot ini dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit
juga mesti terjalin dengan baik, kemas dan padat. Pencetusan perasaan dan
penyemarakan emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan mengheret
pembaca untuk merasai pengalaman yang digambarkan. Kesan sesebuah
cerpen dapat diukur melalui reaksi emosi pembacanya.
3.2 SINOPSIS CERPEN TINA
Mengisahkan bagaimana Haidi, watak utama mengalami konflik atau
tekanan perasaan selepas kematian adiknya, Sutina, panggilan manjanya
‘Tina’. Sutina meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung berlubang
yang belum sempat menjalani pembedahan.
Perasaan Haidi menjadi tertekan apabila sentiasa terkenangkan
peristiwa semasa bersama adiknya itu. Peristiwa itu menyebabkan perasaan
sayang dan rindu terhadap arwah adiknya semakin kuat. Pertemuan Haidi
dengan seorang pelajar bernama Kursiah yang wajahnya seiras wajah
adiknya telah menyebabkan perasaan Haidi semakin tertekan.
Di sekolah barunya, Kursiah sama rumah sukan dengan Haidi dan
Haidi cuba merapatkan dirinya dengan Kursiah. Haidi sempat berbual-bual
dengan Kursiah yang merupakan pelari jarak jauh. Haidi mencabar Kursiah
agar mengambil bahagian dalam acara itu dengan wang pertaruhan RM5.00.
Haidi terkejut apabila mengetahui Kursiah pengsan semasa mengambil
acara larian jarak jauh (5000 m). Keadaan yang menimpa Kursiah
mengingatkan Haidi peristiwa yang menimpa adiknya dulu. Haidi berdoa agar
peristiwa dulu tidak akan berulang lagi. Kursiah mesti selamat. Dia dihantar
ke hospital. Bagi Haidi, Kursiah merupakan orang yang dapat menggantikan
tempat Sutina dalam dirinya.
3.3RELEVEN PEMILIHAN CERPEN TINA
Pemilihan cerpen Tina karya Aminhad yang terkandung dalam teks
Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, teks komponen sastera bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Teks Antologi Seuntai Kata untuk
Dirasa mengandungi prosa dan puisi bagi kesusateran Melayu Tradisional
dan Moden. Pantun dan syair merupakan karya berbentuk puisi dan prosa
tradisional bagi mewakili komponen sastera dalam bahasa
Melayu.Kesusasteraan Melayu moden meliputi cerpen dan drama dalam
bidang prosa. Manakala sajak mewakili hasil karya berbentuk puisi dalam
Kesusateraan moden.
Pemilihan ini adalah relevan dengan kajian semantik dan peristilahan
yang merupakan satu bidang dalam kajian linguisik yang mengkaji makna.
Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Shipley (dalam Mansoer
Paleda, 2001) terbahagi kepada empat iaitu pengertian (sense), nilai rasa
(feeling), nada (tone) dan maksud (intention). Perasaan sedih dapat dirasai
pembaca apabila menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Sutina
sebagaimana olahan pengarang dlalam menggarapkan situasi tersebut.
“Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang.”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Aspek pengertian (sense) ini dapat dicapai apabila pembicara dengan
lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan
bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Pengertian juga adalah
sistem hubungan-hubungan yang berbeza dengan kata lain di dalam kosa
kata. Pengertian disebut juga dengan tema, iaitu mesej utama yang ingin
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca adalah jelas kerana
mempunyai kesamaan bahasa. Tema kasih sayang seorang abang terhadap
adik perempuan yang menderita sakit jantung berlubang.
“Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti.
Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat
Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina
akan sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Nilai rasa (feeling), aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa
berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan. Nilai rasa
yang berkaitan dengan makna adalah kata-kata yang berhubungan dengan
perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan mahupun penilaian. Jadi
setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan
setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. Nilai
rasa dalam cerpen Tina berkisar dalam konteks kasih sayang sememangnya
berhubungan dengan perasaan. Sutina menderita sakit jantung berlubang
tabah menjalani kehidupan dan ingin merasai kegirangan anak kecil yang
sebaya dengannya. Perasaan sedih dapat dirasai pembaca apabila
menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Sutina.
“Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang.”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Nada (tone), aspek makna nada adalah sikap pembicara terhadap
kawan bicara iaitu pembaca. Aspek nada berhungan pula dengan aspek
makna yang bernilai rasa. Tegasnya hubungan antara pembicara dengan
pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang
digunakan
“A....a....apa abang pesan?”
“Belum pesan lagi,” rungut Tina manja.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :53)
Maksud (intention) merupakan maksud senang dan tidak senang, efek
usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat
deklarasi, imperatif, narasi, pedagogi, persuasi, rekreasi atau politik. Aspek-
aspek makna tersebut mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang
ada dalam semantik. Antara jenis-jenis makna tersebut ialah makna emotif,
konotatf, kognitif, referensial dan psiktorikal.
Makna emotif ialah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara
atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau
dirasakan Contohnya perkataan “rindu “ dengan kalimah
Tinaaa
Abang rindu !
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)
Monolog yang diungkapkan oleh Haidi menerangkan tentang makna
perasaan. Makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimah yang
dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hai ini jelas berhubungan
dengan perasaan.
Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif
cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang
bersifat positif. Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita
terhadap apa yang diucapkan atau didengar
“Seronok tak main layang-layang?” Tanya Mamat tersengih-sengih