Top Banner
1 KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM PENERBITAN BUKU SASTERA Mohammad Hafiz Abdul Latiff Abstrak Penerbitan buku sama ada dalam skala besar atau kecil mempunyai dampak tersendiri dalam membangunkan ketamadunan sesebuah bangsa. Buku menjadi salah satu medium untuk menyampaikan ilmu dan bahan utama untuk menggerakkan budaya membaca selain majalah, komik dan bentuk bahan bacaan yang lain. Fokus dalam penelitian ini ialah dilema penerbitan buku sastera sama ada harus bersandarkan pada komersialisasi atau tanggungjawab sosial semata-mata atau memerlukan kedua-duanya. Penelitian ini akan memanfaatkan Teori Keusahawanan Sosial yang menyentuh hal komersial dan tanggungjawab sosial menurut pandangan dan kajian beberapa orang tokoh keusahawanan sosial. Selain daripada itu, penelitian ini juga akan melihat penerapan Dasar Buku Negara yang diwujudkan sebagai usaha bagi memastikan perkembangan industri buku di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dirangka bagi mewujudkan sistem pendidikan yang komprehensif turut diambil kira sebagai satu penilaian dalam makalah ini sekali gus mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penelitian yang dibuat, nilai komersial dan juga tanggungjawab sosial harus saling mendukung dalam penerbitan buku sastera demi memastikan kelangsungan hayat sesebuah buku dapat dipertahankan dalam tempoh yang lebih lama. Kemampuan melaksanakan keusahawanan sosial sebagai salah satu langkah dalam mengkomersialkan penerbitan buku sastera harus ditunjangi oleh kontinum model keusahawanan yang tidak hanya mementingkan keuntungan material, tetapi turut menekankan penciptaan nilai positif kepada masyarakat.
23

KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

Nov 09, 2021

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

1

KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM PENERBITAN BUKU SASTERA

Mohammad Hafiz Abdul Latiff

Abstrak

Penerbitan buku sama ada dalam skala besar atau kecil mempunyai dampak

tersendiri dalam membangunkan ketamadunan sesebuah bangsa. Buku menjadi

salah satu medium untuk menyampaikan ilmu dan bahan utama untuk menggerakkan

budaya membaca selain majalah, komik dan bentuk bahan bacaan yang lain. Fokus

dalam penelitian ini ialah dilema penerbitan buku sastera sama ada harus

bersandarkan pada komersialisasi atau tanggungjawab sosial semata-mata atau

memerlukan kedua-duanya. Penelitian ini akan memanfaatkan Teori Keusahawanan

Sosial yang menyentuh hal komersial dan tanggungjawab sosial menurut pandangan

dan kajian beberapa orang tokoh keusahawanan sosial. Selain daripada itu, penelitian

ini juga akan melihat penerapan Dasar Buku Negara yang diwujudkan sebagai usaha

bagi memastikan perkembangan industri buku di Malaysia. Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia yang dirangka bagi mewujudkan sistem pendidikan yang

komprehensif turut diambil kira sebagai satu penilaian dalam makalah ini sekali gus

mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penelitian yang dibuat,

nilai komersial dan juga tanggungjawab sosial harus saling mendukung dalam

penerbitan buku sastera demi memastikan kelangsungan hayat sesebuah buku dapat

dipertahankan dalam tempoh yang lebih lama. Kemampuan melaksanakan

keusahawanan sosial sebagai salah satu langkah dalam mengkomersialkan

penerbitan buku sastera harus ditunjangi oleh kontinum model keusahawanan yang

tidak hanya mementingkan keuntungan material, tetapi turut menekankan penciptaan

nilai positif kepada masyarakat.

Page 2: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

2

Kata kunci: penerbitan buku sastera, tanggungjawab sosial, komersial, Teori

Keusahawanan Sosial, Dasar Buku Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Abstract

Book publications whether it is at small or big scale has the impact in developing the

civilisation of a nation. It also a medium of knowledge transmission and the main

catalyzer of reading movement as well as comic, magazine and other forms of reading

resources. The focus of this paper is the dilemma of the literary book publications

whether it has to be a purport of commercialization or the social responsibility or it has

to be a correlation between both elements. This study will deploy the theory of social

entrepreneurship that distinguish commercialization and social responsibility

throughout viewpoints and researches of social entrepreneurship figures. Other than

that, this paper will count in Dasar Buku Negara as an effort to ensure the development

of book industry in Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia that proposed

on creating the comprehensive educational system become a subject of analysis in

this paper too, which also uphold Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Based on the

study, literary book publication must uphold the togetherness of commercialization and

social responsibility to ensure the life span of books. The execution of social

entrepreneurship in order to commercialize the literary books must be supported by

the continum of entrepreneurship model that not only become the purport of revenue

in material form but the positive value to its people as well.

Keywords: literary books publications, social responsibility, commercial, theory of

social entrepreneurship, Dasar Buku Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia.

Page 3: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

3

1. Pengenalan

Mutakhir ini, ketidaksamaan ekonomi dan sosial membawa takah baru dalam

konsep keusahawanan yang menjadikan skala perniagaan tidak lagi

memfokuskan keuntungan semata-mata, tetapi turut memikirkan sumbangannya

kepada masyarakat atau komuniti setempat. Inilah yang dinamakan sebagai

keusahawanan sosial.

Menurut Vasakaria (2008), nilai yang diutamakan oleh keusahawanan sosial

tidak boleh diukur berdasarkan nilai keuntungan atau kepuasan pelanggan.

Sebaliknya, harus diukur menerusi impak sosial daripada usaha tersebut (Suraiya

Ishak dan Ahmad Raflis Che Omar, 2015:39-40).

Sebelum penelitian dibuat dengan lebih lanjut berkenaan keusahawanan

sosial, bahagian ini juga akan menjelaskan definisi sastera, tanggungjawab sosial

dan juga komersial. Definisi keusahawanan sosial turut dibincangkan melalui sisi

pandang beberapa tokoh keusahawanan sosial yang akan dinyatakan dalam

makalah ini.

1.1 Sastera

Sastera membawa maksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan

bahasa basahan); hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang

mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu; ark kitab suci Hindu; sl kitab

ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan (perhitungan dll);

sl tulisan, huruf (Kamus Dewan, 2007:1396).

Page 4: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

4

Sastra adalah lembaga sosial yang menggunakan bahasa sebagai

medium; bahasa itu sendiri merupakan ciptaan sosial (Sapardi Djoko Damono,

1979:1).

Oleh hal yang demikian, sastera ialah suatu medium sosial sama ada

untuk menyampaikan idea, maklumat atau ilmu kepada masyarakatnya.

1.2 Tanggungjawab Sosial

Tanggungjawab ialah kewajipan yang dipikul oleh seseorang, segala yang

wajib ditanggung (Kamus Dewan, 2007:1601). Manakala sosial pula ialah

segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,

kemasyarakatan; berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti

masa lapang; suka bergaul dan bermesra; bukan hal-hal kemasyarakatan

(keramaian) (Kamus Dewan, 2007:1518).

Ferrel, Thorne & Ferrel (2011) memberi definisi tanggungjawab sosial

korporat sebagai suatu aktiviti organisasi untuk menepati jangkaan pihak

berkepentingan, sama ada mereka berada dalam sektor swasta atau awam,

bersaiz besar atau kecil, pada sesuatu peringkat strategik ekonomi, undang-

undang, etika atau tanggungjawab terhadap masyarakat. Ia adalah suatu set

kewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di

mana ia berfungsi (Prof. Dr. Ansary Ahmed, 2007).

Oleh hal yang demikian, tanggungjawab sosial ialah tanggungjawab

terhadap masyarakat sama ada ia digerakkan oleh individu, berkumpulan atau

melalui sesebuah organisasi.

Page 5: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

5

1.3 Komersial

Komersial bermaksud hal yang berkaitan dengan atau bersifat perdagangan

(Kamus Dewan, 2007:808). Sesuatu produk yang dihasilkan atau

perkhidmatan yang disediakan, sekiranya ia melibatkan hal-hal yang berkaitan

dengan perkembangan perniagaan, memberi nilai tambah kepada populariti

dan menjana keuntungan, ia dianggap sebagai langkah mengkomersialkan

produk dan perkhidmatan tersebut.

Komersialisasi pula bermaksud proses, perbuatan atau usaha

menjadikan sesuatu mempunyai sifat, matlamat, dsb perdagangan (Kamus

Dewan, 2007:808).

1.4 Keusahawanan Sosial

Suraiya Ishak dan Ahmad Raflis Che Omar memetik kajian dibuat oleh

Neck et al. (2009), definisi keusahawanan sosial dapat dibahagikan kepada

dua iaitu (1) definisi berasaskan proses; dan (2) definisi berpusatkan

usahawan (entrepreneur centric). Definisi berasaskan proses menjurus

kepada definisi yang melibatkan pembentukan struktur baru bagi

menyelesaikan masalah sosial dan kelakuan inovatif bagi mencapai matlamat

sosial dan aktiviti mencipta nilai sosial. Manakala definisi berpusatkan

usahawan (entrepreneur centric) menjurus kepada huraian berasaskan sifat

usahawan sosial (Suraiya Ishak dan Ahmad Raflis Che Omar, 2015:39-40).

Menurut Dave dan Christine (2005), keusahawanan sosial ialah

pembinaan, penilaian dan merebut peluang untuk perubahan sosial

transformatif dijalankan oleh individu berwawasan dan berdedikasi. Menurut

Francois et al. (2010), keusahawanan sosial sebagai satu konsep yang

Page 6: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

6

mewakili pelbagai aktiviti dan proses untuk mewujudkan dan mengekalkan nilai

sosial dengan menggunakan lebih aktiviti keusahawanan dan inovatif dan

dikekang oleh persekitaran luaran. Atu Bagus et al. (2015) menyatakan

bahawa keusahawanan sosial adalah proses penciptaan nilai yang

mempunyai perspektif ekonomi sebagai aspek utama dan perspektif sosial

sebagai menyokong aspek utama (Shahrilzaily bin Ab Karim, 2017:134).

Jean-Baptiste Say, seorang tokoh ekonomi sosial berpandangan

bahawa keusahawanan ialah suatu penciptaan nilai. Oleh itu peranan seorang

usahawan adalah menunjukkan sifat tanggungjawab yang tinggi dalam

sesuatu organisasi atau komuniti tempat berkhidmat dalam merealisasikan

penciptaan nilai (Anis Amira binti Ab Rahman, 3). Say menegaskan bahawa

pendidikan dan peradaban ditentukan oleh perindustrian:

Industry... renders indispensable the relationships between men; it teaches them to help one another instead destroy one another as in the savage state that has so unreasonably been called the state of nature; it mellows morality while procuring comfort; in showing men, what they have to gain from joining together, it is the cement of society.

(Evelyn L. Forget, 2002:7)

Praszkier dan Nowak (2012) juga memberi pandangan bahawa

keusahawanan sosial berkisar mengenai pembinaan dan pelaksanaan misi

yang dapat memenuhi dua objektif iaitu objektif komersial dan objektif sosial

(Anis Amira binti Ab Rahman, 3-4).

Oleh sebab itu, berdasarkan pandangan tokoh-tokoh usahawan dan

sosial ini, keusahawanan sosial dapat dilihat sebagai perusahaan yang

mendukung jalinan komersial dan juga sosial yang berfungsi sebagai industri

yang memberi nilai yang baik kepada masyarakat.

Page 7: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

7

1.5 Dasar Buku Negara

Dasar Buku Negara merupakan suatu usaha bagi memperkayakan industri

buku baik dari sudut komersialisasi mahupun nilai kepada bangsa. Dasar Buku

Negara yang menjadi rujukan ini telah dirangka seawal tahun 1985. Dasar ini

telah mendapat kelulusan kerajaan Malaysia pada 9 November 1988 berikutan

kesedaran dalam mencapai cita-cita membentuk masyarakat membaca dan

meningkatkan taraf kehidupan manusia seterusnya melahirkan perpaduan

dalam bangsa Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Hal ini telah

dinyatakan dengan jelas:

Buku merupakan alat perakam dan penyambung tamadun manusia; buku juga merupakan media komunikasi yang penting bagi penyebaran maklumat, pendidikan dan penyelidikan dan sumber penting bagi kebudayaan, rekreasi serta pembangunan negara.

(Dasar Buku Negara,1992:2)

1.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi rujukan dalam kajian

ini ialah Pelan Pembangunan Negara Malaysia 2013-2025. Pelan ini telah

mengusulkan tiga objektif dan pendekatan kajian semula yakni:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia

dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,

meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),

mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta

mengoptimumkan kecekapan sistem;

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem

pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan

3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif

merangkumi perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi

Page 8: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

8

permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan

menyokong transformasi perkhidmatan awam.

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013:E-3)

Penelitian ini akan mengambil kira aspek pembangunan modal insan

melalui industri perbukuan terutamanya melalui penerbitan buku sastera

berikutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mendukung hasrat kerajaan

Malaysia dalam melahirkan generasi dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelektual. Hal ini turut disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Negara:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2013:E-4)

Secara keseluruhan, berdasarkan definisi yang diberi, kajian ini

dijalankan bagi meneliti hubung kait antara komersialisasi penerbitan buku

sastera dengan peningkatan nilai hidup masyarakat melalui konsep

keusahawanan juga dasar yang diusulkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh hal

yang demikian, kajian ini terhad kepada pembuktian bahawa elemen komersial

dan nilai sosial harus saling melengkapi dalam penerbitan buku sastera.

2. Penerbitan Buku Sastera

Penelitian ini akan mengambil kira Dasar Buku Negara dan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh

Page 9: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

9

sebab keusahawanan sosial menekankan nilai sosial selain daripada keuntungan

material, maka nilai sosial yang diguna pakai dalam kajian ini ialah nilai pendidikan

kerana pendidikan yang baik akan membawa kepada peradaban negara bangsa.

Peradaban akan bermula daripada rakyat yang berpendidikan.

Pendidikan pula amat berkait rapat dengan perkembangan industri buku.

Melalui industri buku yang berkembang dengan baik negara akan dapat

mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan rakyat kerana kemahiran

membaca merupakan kemahiran asas dalam pendidikan. Oleh sebab itu,

perkembangan industri buku wajar dilihat lebih serius dan tidak harus dianggap

sebagai suatu isu pinggiran atau masalah individu semata-mata. Hal ini telah

disentuh dalam Dasar Buku Negara:

Buku dan usaha menerbitkannya dianggap seolah-olah ‘soal swasta’ dan bukan soal negara. Buku merupakan suatu bahan yang unik dan memerlukan satu proses yang khusus dari peringkat penulisannya hingga buku itu sampai kepada sasarannya.

Perusahaan buku ialah perusahaan yang kompleks, yang melibatkan satu rangkaian terdiri daripada pengarang, penterjemah, editor, penerbit, pereka bentuk, pelukis, pengatur huruf, pencetak, penjilid, pengeluar kertas, pengeluar taip, penjual buku, guru dan pustakawan. Kejayaan perusahaan buku bergantung pada mereka. Industri yang unik ini berkait rapat pula dengan perkembangan pendidikan, kebudayaan dan sosial negara.

(Dasar Buku Negara, 1992:4)

Oleh hal yang demikian, kedudukan buku sebagai suatu medium terpenting

dalam merangka sistem pendidikan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Hal ini termasuklah buku-buku sastera yang sentiasa menjadi wakil utama dalam

menggambarkan pembangunan pemikiran negara bangsa di mata dunia.

2.1 Sastera sebagai Wakil Intelektual Bangsa

Penerbitan buku melibatkan banyak pihak dan ia bukan hal yang boleh diambil

mudah baik dari segi kandungannya, gaya persembahan mahupun strategi

Page 10: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

10

menyampaikan produk kepada khalayak seperti yang dinyatakan dalam Dasar

Buku Negara.

Oleh hal yang demikian, perusahaan buku tidak boleh dianggap sebagai

soal ekonomi semata-mata. Perusahaan buku ialah perusahaan ilmu

pengetahuan (knowledge industry) kerana buku merupakan alat penting bagi

perkembangan intelek. Jumlah buku, jenis buku yang dikeluarkan, bilangan

kedai buku serta perpustakaan yang ada, akan menggambarkan tingkat

perkembangan intelektualisme masyarakat Malaysia (Dasar Buku Negara,

1992:4). Perusahaan ini seharusnya mendatangkan keuntungan komersial

sekali gus keuntungan nilai dalam masyarakat.

Hal yang jelas tentang keuntungan nilai dalam masyarakat ialah karya-

karya sastera yang telah kita warisi turun-temurun. Peradaban yang tersimpan

dalam karya sastera membuktikan pemikiran intelektual masyarakat Malaysia

sejak zaman dahulu. Hal ini telah disentuh oleh mantan Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Dr. Hassan Ahmad dalam bukunya

Ke Luar Jendela:

Sejarah bangsa meninggalkan dua jenis harta yang cukup besar nilainya kepada bangsa generasi berikutnya. Pertama ialah ‘harta’ dalam bentuk pelajaran yang penting dipelajari atau direnungi oleh bangsa kemudiannya... Harta sejarah bangsa jenis kedua ialah harta yang ditinggalkan oleh nenek moyang Melayu dalam bentuk seni dan kesusasteraan bangsa (yang merupakan dua hasil ilmu dan kreativiti fikiran bangsa Melayu yang penting), baik dalam bentuk fizikal mahupun dalam bentuk yang tidak dapat dilihat mata tetapi hanya dapat difahami, dihayati dan dipelajari isi dan maknanya melalui fikiran yang tajam, halus dan mendalam, dan pusaka dalam bentuk institusi dan nilai budaya, sosial, agama dan politik yang dapat dilihat tidak sahaja berdasarkan bentuk-bentuk atau struktur dan organisasi fizikalnya tetapi lebih penting lagi berdasarkan cerita, mesej, makna, nilai dan wacana Melayu yang disampaikan melalui pelbagai korpus budaya dan persuratan Melayu, misalnya melalui peribahasa dan pepatah Melayu, melalui pantun, seloka dan gurindam Melayu, melalui hikayat dan cerita rakyat Melayu dan melalui kitab-kitab ilmu Melayu yang dihasilkan sejak abad ke-16 atau ke-17 di seluruh rantau berbahasa Melayu ini.

(Hassan Ahmad, 2009:104-105)

Page 11: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

11

Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui pantun yang telah pun menjadi

wakil ketajaman pemikiran Melayu melalui suatu kajian oleh seorang pengkaji

berbangsa Perancis:

If one of the assets of poetry at its best is the magic of beauty accomplished by language, the Malay pantun can be placed among the highest achievements of mankind in this form of art.

(Francois-Rene Daillie, 2002:152)

Jelas di sini bahawa sastera merupakan suatu medium yang penting

dalam pembentukan negara bangsa selain turut berfungsi sebagai wakil

intelektual bangsa bukan hanya di Nusantara, malah merentas dunia.

2.2 Penerbitan Buku Sastera dan Perkembangan Teknologi Penerbitan

Teknologi berkembang dengan sangat pesat seiring dengan peredaran

zaman. Perkembangan teknologi memainkan peranan dan mempengaruhi

persekitaran industri penerbitan buku di Malaysia. Kegagalan untuk

mengadaptasi dan berevolusi akan memungkinkan sesuatu industri menjadi

ketinggalan lantas tidak mampu mewujudkan persaingan yang kuat terhadap

industri-industri lain. Albarran (2004) menghujahkan, teknologi sangat penting

bagi sesebuah organisasi media kerana proses penghasilan sesebuah produk

media, yang merangkumi proses pengeluaran, pengedaran, termasuk bentuk

kandungan media itu sendiri sangat bergantung kepada teknologi. Menurut

Albarran (2004:297-298) lagi, terdapat tiga perkembangan utama teknologi

yang berperanan penting iaitu kemajuan teknologi komputer, peralihan bentuk

kandungan media, dan kemunculan Internet (Fadli Abdullah dan Md. Sidin

Ahmad Ishak, 2016:73).

Page 12: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

12

2.2.1 Peralihan Bentuk Karya

Sastera juga tidak terlepas daripada revolusi teknologi. Sastera yang

dahulunya bermula daripada tradisi lisan telah beralih kepada

persuratan dan kini sedang menghadapi revolusi media elektrik dan

elektronik terutamanya kemudahan Internet.

Melalui ‘eksploitasi’ kandungan, karya sastera yang dicetak kini

mengalami peralihan bentuk kandungan dan platform. Dalam usaha

mengkomersialkan penerbitan buku sastera, ia boleh dieksploitasi

kepada e-buku, dijadikan animasi, diadaptasi kepada drama dan juga

filem, malah puisi-puisi yang dihasilkan seterusnya digubah menjadi lagu

puisi.

Peredaran zaman tidak memungkinkan kita hanya memegang

kepada cara konvensional sahaja. Oleh hal yang demikian, kesediaan

para penerbit untuk mengisi ruang peralihan bentuk karya juga

menjamin dua perkara; (1) survival penerbit dan (2) karya yang baik

dapat disampaikan kepada khalayak atau masyarakat.

2.2.2 Teknologi Komputer

Percetakan di Malaya muncul seawal tahun 1806 menerusi usaha

persendirian Andrew Burchet Bone. Alat percetakan termasuk mesin

cetak dan taip asal dibeli dari Eropah. Antara teknik awal yang digunakan

bagi mencetak buku ialah cetak batu, xilografi dan cetakan ceparas (Md.

Sidin Ahmad Ishak, 1998). Kini, kemajuan teknologi komputer sangat

membantu untuk mempercepat proses percetakan buku dan memberi

Page 13: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

13

kesan kepada tahap efisien bekerja manusia dalam pelbagai bidang

(Albarran, 2004).

Kemunculan revolusi digital memudahkan para penerbit sedia

ada dan penerbit-penerbit baru termasuklah swaterbit untuk memasuki

industri penerbitan. Kewujudan perisian ‘desktop publishing’ yang murah

dan mudah didapati menjadikan proses penghasilan sesebuah buku

semakin mudah dilakukan. Keberadaan percetakan berbentuk digital

juga telah membolehkan buku dicetak dalam kuantiti yang sedikit,

termasuk mengikut kehendak pasaran melalui perkhidmatan ‘Print-on-

Demand’ (Fadli Abdullah dan Md. Sidin Ahmad Ishak, 2016:78).

2.2.3 Kemudahan Internet

Ronning dan Slaatta (2011) berpendapat bahawa kemampuan penerbit-

penerbit kecil mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran

penerbitan buku banyak dipengaruhi oleh perkembangan Internet.

Kemunculan Internet telah membuka peluang untuk mereka

mempromosi buku-buku ‘backlisted’ melalui dalam talian (Fadli Abdullah

dan Md. Sidin Ahmad Ishak, 2016:78).

Perkembangan Internet diguna pakai sepenuhnya oleh para

penerbit dalam usaha mengkomersialkan penerbitan buku masing-

masing. Ini termasuklah melalui penjenamaan di media sosial seperti

Facebook, Twitter dan Instagram. Mereka turut menggunakan kaedah

pengiklanan di Facebook sebagai salah satu cara untuk menyampaikan

produk kepada khalayak sasaran.

Page 14: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

14

Internet juga membolehkan penjualan buku dapat dilakukan

secara dalam talian melalui pembinaan laman sesawang dan kedai

dalam talian yang menggunakan konsep e-dagang.

Walau apa pun bentuk revolusi teknologi yang dihadapi, sastera harus

berasimilasi dengan perubahan zaman untuk terus menjadi suatu nilai

bangsa. Hal ini demikian kerana, meski segala maklumat atau bahan

sudah mudah di hujung jari, buku sastera tetap harus meraikan kedua-

dua bentuk, yakni bentuk maya dan bentuk fizikal. Perkembangan

teknologi ini bukanlah sekadar tentang apa yang dicetak tetapi juga

tentang bagaimana teknologi ini dijadikan alat yang penting ke arah

kemajuan budaya dan sosial; bagaimana buku mengembangkan horizon

intelektual dan bagaimana ia memainkan peranan dalam perjuangan ke

arah kemerdekaan negara (Md. Sidin Ahmad Ishak, 1998:xix). Sastera

yang sememangnya memberi nilai besar kepada negara bangsa

sebenarnya telah pun mengalami revolusi mengikut teknologi dari

zaman ke zaman sejak zaman ia dituturkan secara lisan kepada bentuk

bahan menerusi Internet. Hal yang tinggal hanyalah menjalani proses

komersialisasi dalam kerangka keusahawanan sosial kerana meskipun

ia berfungsi sepenuhnya sebagai wadah keintelektualan, tidak ada

gunanya fungsi itu jika ia tidak pula sampai kepada masyarakatnya. Oleh

hal yang demikian, ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya dalam konteks

tanggungjawab sosial.

Page 15: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

15

3. Keusahawanan Sosial dalam Penerbitan Buku Sastera

Keusahawanan sosial merupakan suatu bentuk perniagaan yang mendukung

keterkaitan komersialisasi dan tanggungjawab sosial berikutan sifat

‘keusahawanan’ yang menjalankan perusahaan bagi mendapatkan keuntungan

juga sifat ‘sosial’ yang membawa sifat kemasyarakatan. Ia mengangkat nilai

material dan nilai intelektual dengan sejajar pada satu masa yang sama. Kedua-

duanya diletakkan sebagai hal yang sama taraf dan sama penting, yang

kemudiannya memberi nilai kepada masyarakat.

Social entrepreneurship is a process by which citizens build or transform institutions to advance solutions to social problems, such as poverty, illness, illiteracy, environmental destruction, human rights abuses and corruption, in order to make life better for many.

(David Bornstein and Susan Davis, 2010:1)

Penelitian ini mengambil kira Dasar Buku Negara dan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 sebagai suatu perspektif tanggungjawab sosial

sebagai mana yang telah diterapkan dalam keusahawanan sosial yang

menyasarkan penciptaan nilai menerusi penyelesaian masalah sosial. Walau

bagaimanapun, dalam usaha menyelesaikan masalah sosial, keusahawanan

sosial turut mengalami masalah perusahaan, sebagaimana ciri konvensional

keusahawanan.

Kertas ini meneliti masalah sosial Malaysia dalam memutuskan sama ada

penerbitan buku sastera harus dikomersialkan atau hanya menjadi bahan

tanggungjawab sosial semata-mata. Melalui dua definisi keusahawanan sosial,

penelitian terhadap Dasar Buku Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 akan dilakukan berdasarkan permasalahan sosial dan inovasi

yang dihadapi oleh industri penerbitan buku, dan sifat keusahawanan sosial itu

sendiri yang mementingkan tanggungjawab sosial dan komersialisasi.

Page 16: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

16

Dasar Buku Negara menyasarkan peningkatan kadar celik huruf dalam

kalangan rakyat Malaysia. Kadar celik huruf merupakan permasalahan sosial yang

dihadapi dalam industri buku sehingga hari ini. Hal ini merupakan hal yang pertama

disentuh dalam dasar ini pada bahagian Keadaan dan Suasana Untuk

Perkembangan Buku:

3.1 Kadar Mengenal Huruf dan Minat Membaca Haruslah Tinggi dan Meluas

Pentingnya membaca bagi individu dan masyarakat seluruhnya tidaklah dipersoalkan lagi. Pelajaran dan pendidikan memerlukan pembacaan... Hasil kajian A Survey of the Reading Habits and Interests of the Malaysian People (DBP 1983) menunjukkan bahawa kadar mengenal huruf masyarakat Malaysia ialah 74%. Tetapi kadar mengenal huruf ini tidak semestinya mempunyai korelasi yang positif dengan kadar pembacaan. Suatu indeks yang boleh kita gunakan untuk mengukur betapa meluasnya kadar pembacaan dalam masyarakat ialah angka-angka penjualan dan penyebaran buku. Jika tabiat membaca telah berkembang, maka kita andaikan bahawa industri penerbitan buku akan berkembang dan para pengarang buku dapat menyara hidup dengan menghasilkan buku-buku sepenuh masa.

(Dasar Buku Negara, 1992:6-7)

Bahagian ini jelas menyentuh sasaran tanggungjawab sosial dalam

penerbitan buku yakni kadar celik huruf yang harus meningkat dari semasa ke

semasa. Pada masa yang sama, ia juga menyentuh hal komersialisasi iaitu

penjualan buku dan penyebaran buku yang perlu mengalami peningkatan,

kemudian ia kembali kepada tanggungjawab sosial yakni ‘menyara hidup

penulis’, dan menjurus ke arah tanggungjawab sosial dan komersialisasi yang

sejajar melalui frasa ‘menghasilkan buku-buku sepenuh masa’. Hal demikian

kerana, jualan yang memberangsangkan bakal mendatangkan wang yang

lumayan (komersialisasi) yang dapat mencegah daripada masalah saraan

hidup atau kemiskinan orang seni dan sastera (tanggungjawab sosial) dan

akhirnya memberikan tenaga dan rangsangan kepada pengkarya untuk terus

Page 17: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

17

berkarya dan menyampaikan pemikirannya yakni nilai kepada bangsa

(tanggungjawab sosial dan komersialisasi).

Hal komersialisasi dan tanggungjawab sosial dalam Dasar Buku Negara

ini seterusnya disentuh lagi pada perkara kedua dalam bahagian yang sama:

3.2 Perusahaan Buku Hendaklah Diiktiraf sebagai Perusahaan Budaya yang

Penting

Proses penerbitan buku memerlukan tenaga dan pengetahuan profesional dari mula konsep sesebuah karya itu dicetuskan hinggalah bukunya sampai di tangan pembacanya. Untuk memungkinkan perusahaan buku diiktiraf sebagai perusahaan budaya yang penting, maka beberapa masalah yang dihadapi oleh para penerbit buku mestilah diatasi terlebih dahulu.

(Dasar Buku Negara, 1992:7-8)

Tenaga dan pengetahuan profesional memberikan hasil kerja yang

memberi nilai kepada masyarakat. Tetapi ia memerlukan modal dalam bentuk

bagi membayar profesionalisme itu. Oleh sebab itu penerbitan buku ditakrifkan

sebagai ‘perusahaan’ dalam perkara kedua ini sekali gus memenuhi definisi

proses dalam menyelesaikan permasalahan sosial dalam mencapai matlamat

sosial. Ia adalah sebuah perniagaan dan tentunya memiliki risiko. Budaya pula

memberikan nilai ketamadunan terhadap negara bangsa. Konsep

keusahawanan sosial ialah menjalinkan komersialisasi tanpa menggadaikan

nilai bangsa. Oleh sebab itu, permasalahan yang ditanggung oleh perusahaan

buku telah disenaraikan sebagai perkara-perkara lain dalam perkara kedua:

(a) Tenaga Penulis

...Penulis merupakan unsur penting dalam penghasilan manuskrip.

Malangnya, tenaga penulis yang benar-benar berbakat, yang produktif,

Page 18: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

18

yang jitu pemikirannya dan yang boleh menulis dalam bahasa Melayu

yang indah lagi gramatis amatlah terbatas... Untuk membolehkan

penulis negara ini berkarya dan menghasilkan manuskrip yang bermutu,

maka suasana yang sesuai serta galakan yang sewajarnya untuk

penulisan haruslah wujud.

(b) Tenaga Penterjemah

Dasar Pelajaran Kebangsaan memerlukan penggunaan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan

seterusnya pada peringkat pengajian tinggi... Malaysia masih

bergantung pada buku-buku yang diimport, khususnya, buku-buku

dalam bahasa Inggeris, supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan

ilmu... Justeru, tenaga penterjemah profesional diperlukan untuk

membuat terjemahan yang bermutu, tepat dan mudah difahami...

Penterjemah mempunyai 2 fungsi besar:

i. Untuk memperbanyak bahan bacaan bahasa Melayu dan

dengan demikian dapat memperkaya khazanah ilmu

dalam bahasa Melayu

ii. Untuk membina pemikiran serta budaya negara

Penterjemah bukan sekadar mengalih bahasa tetapi menaksir

cita rasa penulis asal yang menulis untuk masyarakatnya dalam

bendungan rangka budayanya. Oleh itu seseorang penterjemah harus

sensitif terhadap cita rasa ini apabila menterjemah untuk

masyarakatnya pula...

Page 19: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

19

(c) Tenaga Editor

...Editor juga bertanggungjawab terhadap kandungan intelek sesebuah

buku. Isu buku sudah tentunya merupakan perkara yang amat sensitif

dan hanya editor yang sensitif juga dapat mengesan baik buruk

sesebuah buku yang hendak diterbitkan. Hanya pengeditan yang dibuat

dengan penuh kemahiran dan kepakaran akan dapat menghasilkan

buku yang tinggi mutunya yang setanding dengan penerbitan yang

diimport...

(d) Pengeluaran buku

i. Pelukis dan Pereka Bentuk

... Apa yang ada dalam organisasi penerbitan ialah pelukis grafik

yang harus membuat pelbagai ilustrasi: daripada sepanduk

hinggalah kepada reka bentuk kulit yang serius... Jelas sekali

tenaga profesional dalam bidang reka bentuk buku sangat

penting dibina untuk menghasilkan reka bentuk buku yang

bermutu.

ii. Pencetak

Dalam perusahaan buku, manuskrip yang sudah diuruskan untuk

diterbitkan tidak dapat diperbanyakkan tanpa pencetak... tenaga

pencetak yang mahir perlu dibina untuk meningkatkan

profesionalisme dalam bidang percetakan.

Percetakan memerlukan kertas. Kertas yang bermutu sangat mahal harganya dan terpaksa dibeli dari negara-negara asing. Harga kertas juga tidak terkawal iaitu sentiasa naik.

(Dasar Buku Negara, 1992:8-13)

Page 20: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

20

Setiap permasalahan yang dikemukakan menekankan soal buku yang

bermutu yang hanya akan terhasil daripada manuskrip yang bermutu melalui

kerjasama antara penulis, editor, penterjemah, pelukis dan pereka bentuk dan

pencetak profesional. Beberapa hal dari sudut tanggungjawab sosial selain

mutu karya turut disentuh iaitu isu bahasa kebangsaan, keilmuan, budaya dan

masyarakatnya. Malah fungsi penterjemah berfokus kepada kerja-kerja

menterjemah bahan-bahan pelajaran untuk tujuan pendidikan. Permasalahan

sosial di sini ialah kekurangan tenaga profesional yang membawa kepada

kegiatan mengimport buku dari luar negara. Permasalahan dari segi modal

percetakan dalam (d)(ii) Pencetak turut menjadi isu yang dibangkitkan dalam

perkara seterusnya:

3.3 Keadaan Ekonomi yang Dapat Membantu Perusahaan Buku

(a) Ekonomi Penerbitan

Untuk menghasilkan buku yang murah, yang mampu dibeli oleh setiap

rakyat, maka penerbitan mestilah berusaha untuk menurunkan kos

penerbitan serendah mungkin. Malangnya kos penerbitan tidak pernah

turun.

Hal permasalahan sosial dan komersialisasi kemudiannya

disentuh dalam perkara keempat, masih dalam bahagian yang sama:

3.4 Promosi, Pengedaran dan Penjualan Buku

Buku mesti dipasarkan, diberi promosi yang hebat dan diedarkan sehingga

sampai kepada sasarannya. Segala usaha untuk menerbitkan buku akan sia-

sia sahaja tanpa satu rangkaian pengedaran buku yang sistematik.

Page 21: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

21

Pengedaran buku merupakan aspek penting dalam industri buku. Malangnya

aspek ini pula yang tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.

Rangkaian pengedaran buku di Malaysia di Malaysia dewasa ini jika adapun, amatlah lemah. Saluran pengedarannya tidak menyeluruh, tidak jelas, dan sementara itu tenaga profesional untuk mengendalikannya hampir tidak ada. Pengedaran buku merumitkan apabila tidak ada promosi yang berkesan dan profesional sifatnya, maklumat bibliografi yang tidak cukup, sistem kredit tidak tentu, diskaun yang tidak standard, serta pembelian melalui tender oleh institusi yang menimbulkan persaingan yang tidak sihat. Pengedaran buku menjadi lebih rumit lagi apabila tidak ada jalan raya yang dapat menghubungkan kawasan-kawasan bandar dengan kawasan luar bandar yang terpencil, di samping kuasa membeli yang rendah serta minat membaca yang kurang dalam kalangan masyarakat.

(Dasar Buku Negara, 1992:15-16)

Permasalahan di atas ialah permasalahan sosial yang memberi kesan

terhadap proses komersialisasi terutamanya isu pengedaran yang masih

berlanjutan sehingga hari ini. Rantaian perniagaan harus dijaga melalui sistem

yang berkesan kerana para penerbit masih lagi menghadapi masalah-masalah

seperti sistem kredit yang tidak tentu dan tidak jelas yang membawa kepada

masalah kewangan. Masalah kewangan ini bukan hanya memberi dampak

kepada penerbit tetapi turut memberi kesan terhadap penulis. Masalah

komersialisasi ini telah diambil kira dalam Dasar Buku Negara. Ia adalah

rantaian komersial dan tanggungjawab sosial yang sangat perlu dijaga bagi

melestarikan perindustrian buku sebagai suatu perusahaan sosial. Oleh hal

yang demikian, masalah sosial sebenarnya turut menjadi masalah

komersialisasi dalam mencapai matlamat sosial dalam sesebuah bangsa.

4. Kesimpulan

Keusahawanan sosial sememangnya bertujuan mencapai nilai komersial dan nilai

sosial. Kedua-dua elemen ini pula menghadapi permasalahan sosial yang

kemudiannya membawa kepada masalah komersial. Oleh hal yang demikian,

penyelesaian kepada permasalahan sosial dalam keusahawanan sosial akan turut

Page 22: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

22

menyelesaikan permasalahan komersial. Penyelesaian masalah-masalah ini pula

kemudiannya akan membawa nilai sosial kepada masyarakat setempat.

Penerbitan buku, terutamanya penerbitan buku sastera bergerak daripada nilai

sosial yakni karya sastera itu sendiri. Tetapi nilai sosial karya sastera ini tidak akan

dapat berfungsi sepenuhnya jika ia tidak memenuhi tanggungjawab sosial

terhadap masyarakatnya. Proses komersialisasi seperti promosi, pengedaran,

penjualan dan pembikinannya dalam bentuk yang bermutu sama ada dari segi

kandungan mahupun bentuk fizikal harus menyelesaikan dahulu permasalahan

sosial yang dihadapi seperti yang telah dinyatakan dalam Dasar Buku Negara.

Malah, beberapa hal yang terdapat dalam Dasar Buku Negara haruslah digubal

semula kerana industri buku sudah mengalami revolusi setiap tahun. Hal ini

penting bagi mengenal pasti permasalahan sosial dan komersial yang terkini

dalam industri buku sementelah penerbitan buku merupakan suatu bentuk

keusahawanan sosial yang mendukung kedua-duanya.

Page 23: KEUSAHAWANAN SOSIAL: KOMERSIALISASI DALAM …

23

Bibliografi

i. Bornstein, D., & Davis, S. (2010). Social Entreprenurship: What Everyone

Needs to Know. New York: Oxford University Press, Inc.

ii. Daillie, Francois-Rene (2002). Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

iii. Dasar Buku Negara (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

iv. Forget, E.L., (1999). The Social Economics of Jean-Baptiste Say: Markets and virtue. London: Routledge.

v. Hassan Ahmad (2009). Ke Luar Jendela. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

vi. Md. Sidin Ahmad Ishak (1998). Penerbitan & Percetakan Buku Melayu 1807- 1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

vii. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) (2013). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

viii. Sapardi Djoko Damono (1979). Sosiologi Sastra Sebuah Pengantar Ringkas. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

ix. Anis Amira Ab Rahman (2015). “Perspektif Keusahawanan Sosial: Satu Input kepada Pendidikan Keusahawanan Sosial Islam”. Kelantan: Universiti Malaysia Kelantan.

x. Fadli Abdullah & Md. Sidin Ahmad Ishak (2016). “Kesan Perkembangan Teknologi terhadap Industri Penerbitan Buku di Malaysia”. Dalam Jurnal Pengajian Media Malaysia, Vol. 15, No. 2, 2016:71-86.

xi. Prof. Dr. Ansary Ahmed et al. (2007). “Tanggungjawab Sosial dan Organisasi”. Dalam Professional Ethics, Topik 6, 2007:97-109. Kuala Lumpur: MeteorDoc Sdn. Bhd.

xii. Shahrilzaily Ab Karim (2017). “Amalan Keusahawanan Sosial di Malaysia: Konsep dan Definisi”. Dalam Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), Vol. 1, No. 1, 2017:133-142.

xiii. Suraiya Ishak & Ahmad Raflis Che Omar (2015). “Keusahawanan Sosial sebagai Satu Pendekatan Inovatif ke Arah Transformasi Sosial Masyarakat: Kajian Kes di Malaysia”. Dalam Malaysian Journal of Society and Space 11, Isu 8, 2015:38-51.