SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (TEKNIKAL) SHT 5072 TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT TUGASAN 1 KEUNIKAN BAJU KURUNG TRADISIONAL DAHULU DAN KINI DISEDIAKAN OLEH : ENI BINTI AZNAN L20073001539 DISEDIAKAN UNTUK : DR. SUPLI EFFENDI B. RAHIM 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (TEKNIKAL)
SHT 5072
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
TUGASAN 1
KEUNIKAN BAJU KURUNG TRADISIONAL DAHULU DAN KINI
DISEDIAKAN OLEH :
ENI BINTI AZNAN
L20073001539
DISEDIAKAN UNTUK :
DR. SUPLI EFFENDI B. RAHIM
ISI KANDUNGAN
1
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
PENGENALAN
BAJU KURUNG RIAU
BAJU KEBAYA BELAH PANJANG
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
BAJU KURUNG
TEKNIK MENGUKUR BAJU KURUNG
TEKNIK MENJAHIT BAJU KURUNG
HIASAN PADA BAJU KURUNG
KESIMPULAN
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
BIL. SENARAI GAMBARAJAH MUKA SURAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
GAMBARAJAH 1 : BAJU KURUNG RIAU
GAMBARAJAH 2 : BAJU KEBAYA BELAH PANJANG
GAMBARAJAH 3 : KERONSANG SERANGKAI
GAMBARAJAH 4 : BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
GAMBARAJAH 5 : BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
GAMBARAJAH 6 : BAJU MELAYU TELUK BELANGA
GAMBARAJAH 7 : BAJU KURUNG
GAMBARAJAH 8 : TALI PENGUKUR
GAMABARAJAH 9 : JARI-JEMARI
GAMBARAJAH 10 : CONTOH JAHITAN SEMBAT
GAMBARAJAH 11 : CONTOH HIASAN MANIK PADA BAJU KURUNG
3
5
5
6
6
7
8
9
9
10
11
2
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Langkah menyusur denai berliku,
mencari bayangan teman sejiwa,
manis sungguh gadis melayu,
berbaju kurung, berselendang di kepala.
Busana melayu yang biasanya dipakai di Malaysia terbahagi kepada dua
iaitu baju melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju
Melayu Teluk Belanga biasanya dikenali di selatan Malaysia di negeri-negeri
seperti Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Ehsan dan Melaka Bandar
Bersejarah manakala potongan Cekak Musang lebih dikenali dikawasan tengah
dan Utara tanah air. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher
baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya
bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk
Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat
berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti mata lalat, Tulang Belut
sebagainya,
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu potongan moden atau dipanggil
potongan cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu
secara sambungan terus atau dijahit kebahagian lain yang dinamakan pesak dan
kekek.
Cara pemakaiannya juga berbeza dimana bagi Baju Melayu teluk Belanga
biasanya dipakai bersama sampin di luar baju, manakala Baju Melayu Cekak
Musang dipakai bersama sampin di dalam baju.
3
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
BAJU RIAU
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju riau juga selalu
disebut sebagai “Engku Puteri atau Raja Hamidah” iaitu puteri kepada Raja Haji
iaitu Yang Dipertua Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.
GAMBARAJAH 1
BAJU KURUNG RIAU
4
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
BAJU KEBAYA BELAH PANJANG
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung tetapi di dalam acara
atau majlis, mereka hadir dengan mengenakan baju kebaya sebagai warisan
daripada kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat
‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga
buku lali Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini.
Umumnya pakaian ini dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau pakaian rasmi.
Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor, kedah dan Perlis.
Baju Kurung Belah Panjang ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ atau
‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan
panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup
dengan kancing atau keronsang tiga.
GAMBARAJAH 2 GAMBARAJAH 3
BAJU KEBAYA BELAH PANJANG KERONSANG SERANGKAI
5
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’
tinggi atau leher tegak empang. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej
alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5 cm) melingkari leher.
Ukuran ditentukan oleh ligkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari yang lain
bertemu di hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan
Ibrahim ibi Sultan Abu Bakar.
GAMBARAJAH 4 GAMBARAJAH 5
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
6
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri khas Johoe khususnya pada abad ke-19. ia juga dikatakan sejenis
pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun
1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Tekuk Belanga di
Singapura ke Johor Bharu. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri
khas masyarakat melayu hingga disebut selengkapnya “Baju Melayu”.
GAMBARAJAH 6
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
BAJU KURUNG7
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Bau kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan.
Perbezaannya terletak pada kocek iaitu jumlah kocek lelaki lebih banyak
berbanding perempuan. Baju Kurung lelaki mempunyai 3 kocek manakala baju
Kurung perempuan mempunyai 1 kocek. Satu lagi perbezaan adalah dari segi
cara pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti
“mengurung atau menutup” anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian
cara melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan
sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Baju Kurung juga
disebut-sebut sebagai “baju kurung bernyawa” walaupun mempunyai pelbagai
nama namun baju kurung tetap menampilkan ciri-ciri tersendiri.
GAMBARAJAH 7
BAJU KURUNG TRADISIONAL DAN SELENDANG
TEKNIK MENGUKUR BAJU KURUNG
8
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Di zaman moden ini, pelbagai alat atau ‘gadget’ boleh digunakan sebagai
alat mengukur dalam pembuatan baju. Alat-alat ini direka atau dihasilkan dengan
mengikut keperluan dan kegunaan semasa. Berbeza sekali dengan zaman
dahulu di mana, alat yang digunakan untuk mengukur adalah dari bahan-bahan
alam semulajadi atau kegunaan harian. Contohnya seperti, alat mengukur di era
sekarang adalah pembaris, pita ukur atau skala tetapi berlainan pula dengan alat
yang digunakan pada masa dahulu. Pernahkah anda terfikir apakah alat yang
digunakan untuk mengambil ukuran keliling dada atau pun labuh baju 50 tahun
yang lalu? Dari pembacaan dan perbualan tidak rasmi saya, saya mendapati info
dari orang-orang yang terdahulu bahawa mereka menggunakan tali atau akar
kayu untuk mengambil ukuran badan manakala mereka menggunakan jari-jemari
mereka untuk menandakan kedudukan pada kain sebelum kain tersebut
dipotong.Mereka memanggilnya ‘jengkal’. Menarik bukan.
GAMBARAJAH 8 GAMBARAJAH 9
TALI PENGUKUR JARI-JEMARI
TEKNIK MENJAHIT BAJU KURUNG
9
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Secara khususnya, baju kurung cantik bila dipakai oleh gadis-gadis melayu yang
mana menampakkan lagi kelembutan dan keayuan mereka tetapi di saat ini
bukan sahaja gadis melayu mengenakan Baju Kurung malah ramai wanita dari
pelbagai peringkat umur berbilang bangsa juga telah bijak mengenakan Baju
Kurung. Jatuhan atau alunan baju Kurung ini menyerlahkan kecantikan si
pemakai. Apa yang penting di dalam pembuatan baju kurung adalah teknik
memotong dan menjahit yang betul.
Pada zaman dahulu, tukang jahit menjahit baju Kurung dengan
menggunakan mata jahitan tangan seperti jahit kia atau ulang alik manakala di
zaman berteknologi seperti sekarang ini tukang jahit lebih senang menggunakan
mesin jahit untuk menjahit pakaian.
Ketika dulu, baju kurung ini dijahit dengan sembat disebelah dalam baju
kurung bagi menyudahkan baju tersebut berlainan pula dengan zaman sekarang
yang mana mesin jahit tepi atau ‘overlock machine’ digunakan untuk
mengemaskan bahagian dalam pakaian. Langkah yang mudah juga kemas bagi
menyudahkan pakaian tetapi kehalusan dalam penghasilan baju kurung masih
terpancar dengan teknik yang lama iaitu jahit kia dan sembat.
GAMBARAJAH 10
CONTOH JAHITAN SEMBAT
HIASAN PADA BAJU KURUNG
10
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Baju Kurung tradisional cantik dengan jahitan tangan yang halus.
Kehalusan jahitan ini jelas kelihatan bila dipakai. Hiasan yang selalu dijahit pada
baju kurung tradisional ialah mata lalat dan tulang belut. Itu adalah mata jahitan
yang biasa menghiasi leher baju kurung.
Berbeza dengan era sekarang dimana haisan pada baju kurung telah
dipelbagaikan dengan elbagai hiasan. Di antara hiasan yang digunakan ialah
sulaman manik yang cantik. Pelbagai bentuk manik dan beads yang digunakan
bagi menghiasi baju kurung.
GAMBARAJAH 11
HIASAN MANIK PADA BAJU KURUNG
KESIMPULAN
11
SHT 5072 - TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia. Ia merupakan
kebanggaan seluruh rakyat jelata, dipakai oleh setiap lapisan masyarakat tidak
mengira umur dan pangkat. Baju kurung adalah warisan negara kita tidak lekang
dek panas, tidak lapuk dek hujan. Ia adalah warisan yang patut dijaga dan