Surat Pekeliling KPU 10/1977 Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia Dengan Tujuan mengadakan satu amalan yang sama dalam perlaksanaan kerja-kerja kadastra, bersama-sama ini dikembarkan 5 helai contoh-contoh TAJUK PLAN dan 5 salinan contoh- contoh PLAN KADASTRA untuk dilaksanakan dengan serta merta selepas menerima Surat Pekeliling ini. Plan.plan yang telah dilukis sebelum penguatkuasaan Surat Pekeliling ini tidak perlu dipinda dan boleh diterima. 2. Perbezaan kecil atas Nota TAJUK PLAN boleh juga diterima asalkan maksudnya jelas. 3. Dengan Surat Pekeliling ini surat S.G1146 Pt.1/26 dibatalkan. DATO' PAUL FOO Ketua Pengarah Ukur, Semenenjung Malaysia. Semua Pengarah Ukur Pengurus Bahagian Komputer Elektronik s.k : Timbalan Ketua Pengarah Ukur Penolong Ketua Pengarah Ukur (Perancang dan Pembangunan) Penolong Ketua Pengarah Ukur (Utara) Penolong Ketua Pengarah Ukur (Selatan) Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Keterangan kepada Surat Pekeliling KPU 10/1977 Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia Adalah dimaklumkan bahawa contoh-contoh plan ialah untuk panduan dan kegunaan semua Bahagian Kadastra Jabatan Ukur dan Juruukur-Juruukur Berlesen. Akan tetapi apabila Juruukur- Juruukur Berlesen menggunakan contoh-contoh plan tersebut mereka hendaklah mengubahsuai kerja-kerja lukisan dengan meninggalkan maklumat-maklumat yang berikut :- a) "Diukur oleh"