KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)Imbuhan Pinjaman- imbuhan yang
dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan
Inggeris.- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam
bahasa Melayu baku.Contoh imbuhan pinjaman:Imbuhan
Inggeris:AwalanImbuhanMaknaContoh
anti-menentang / benciantidadahantikomunisanti-Amerika
auto-dengan sendiriautomatikautonomiautomobil
poli-banyakpoligamipoliklinikpoliteknik
pro-menyokong / menyebelahiprokerajaanprobaratpro-Malaysia
sub-sebahagian daripadasubtajuksubbidangsubsistem
supra-melebihi / merentasisupranasionalsuprakelas
pasca-selepaspascakemerdekaanpascakolonialpascamajlis
AkhiranImbuhanMaknaContoh
-isorang yang melakukancerpeniskartunisekonomis
-ismekepercayaan / ajaran / fahaman
seseorangkapitalismekomunismenasionalisme
-logibidang ilmuantologipsikologimorfologi
-grafibidang ilmu / bidang senigeografikaligrafibiografi
*Catatan- jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama
khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata
nama khas tersebut.Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel
Imbuhan SanskritAwalanImbuhanMaknaContoh
dasa-sepuluhdasawarsa
dwi-duadwibahasadwimusimdwicara
eka-satuekabahasaekafungsiekatujuan
juru-orang yang pakar / mahir dalam sesuatu
bidangjuruhebahjurubahasajuruterbang
maha-agung / besarmahagurumaharajamahasiswa
panca-limapancaragampancawarnapancaindera
pra-sebelumprakataprasangkaprasyarat
tata-peraturan / sistemtatabahasatatatertibtatadunia
AkhiranImbuhanMaknaContoh
-itawanita / perempuanbiduanitaposnita
-manorang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu
bidangsenimanbudiman
-wanorang yang- pakar dalam sesuatu bidang- melakukan
sesuatuperbuatan- memiliki sesuatu sifat- memiliki
sesuatujutawanwartawanjelitawanilmuwanangkasawan
-watiwanita yang mahir dalam sesuatu bidang
pekerjaanperagawatiseniwatiangkasawati
*catatan- -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir
dengan huruf-huruf lain]- -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang
berakhir dengan huruf i]
Imbuhan Arab ParsiAwalanImbuhanMaknaContoh
bi-tidakbiadabbilazimbinormal
AkhiranImbuhanMaknaContoh
-ahorang perempuan / wanitaustazahqariah
-atorang perempuan / wanitamuslimathadirat
-iahhal yang ada perkaitan dengan
sifatilmiahjasmaniahalamiah
-inorang lelakihadirinmusliminmusyrikin
*catatan- -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf
vokal]- -in[untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf
konsonan]
MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA
A. Kesalahan istilah:Kesalahan istilah bermaksud kesalahan
penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan
kehendak ayat atau situasi.Contoh 1:Salah: Kakaknya bekerja
sebagaipragawatidi Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke
luarnegara.Betuln: Kakaknya bekerja sebagaipramugaridi Syarikat
Penerbangan Malaysia dan sering ke luarnegara.
Contoh 2:Salah: Ibumencuciikan yang dibeli oleh ayah dari kedai
itu tadi.Betul: Ibumenyiangikan yang dibeli oleh ayah dari kedai
itu tadi.
B. Kesalahan tatabahasa:Kesalahan tatabahasa bermaksud semua
bentuk kesalahan dalampembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini
melibatkan kesalahan hokum tatabahasa.
Contoh 1:Salah: Sungai Pahang ialah sungai yangterpanjang
sekalidi Semenanjung Malaysia.Betul : Sungai Pahang ialah sungai
yangterpanjangdi Semenanjung Malaysia.
Contoh 2:Salah: Azim diberi masadua setengah jamuntuk sampai ke
tempat pertandingan itu.Betul : Azim diberi masadua jam
setengahuntuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Latihan:Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa.Betulkan ayat tersebut dengan menulis
semula ayat tersebut.
1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?
tanya para peserta perlawananmemasak yang dianjurkan oleh hotel
tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil
jualan pisang goreng yang diabuat.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi
perangai pemuda bertubuh gempal itulebih baik dari seorang pemuda
lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah
di atas tuduhan memalapkan wangsyarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan
menjajah ke seluruh negeri Melakayang syarikat itu anjurkan.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat
sindrom selsema burung yangmenyerang di beberapa buah daerah di
negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat
petempatan sementara sebaik-baikmenerima arahan daripada pihak
berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya
kerana penulis-penulis di syarikat tersebutbegitu mengutamakan
kuantiti.
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam
surat perjanjian oleh peguam,akhirnya Muzammil bersetuju untuk
menulis surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut
alamat yang tercatat pada bungkusanbuku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi
mesyuarat telah meminta pandangan ahli yanghadir untuk
membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat
tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja
semakin membimbangkan dan jalanpenyelesaian perlu segera
diambil.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar
yang sudah buruk akan dibaik puluhbagi menarik kehadiran pelancong
ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa
toksik ke dalam sungai akandisenaraihitam supaya menjadi teladan
kepada pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling
potong-memotong tanpa memikirkantakat keselamatan diri mereka
sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu
terutamanya ayam goreng yang dibalutitepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,
akhirnya pemjenayah berbahaya ituberjaya ditangkap dan didakwa di
muka perbicaraan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak
permainan yang ditunjukkan olehkedua-dua buah kumpulan bola sepak
dari luar negara.
19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada
malam itu dihiburkan denganpetikan biola seorang ahli muzik tanah
air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu
sekumpulan penjenayah yang dipercayai masihberada pada ibu negara
berkenaan.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri
daripada pertandingan kerana dua butirtayar kereta yang dipandunya
meletup.
22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada
tidur dan mengajak kami berjoging ditaman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan
kepada kami tentang perjalanan kilangtersebut sebaik sahaja kami
sampai di situ.
24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu
tidak bekerja kerana terlibat dalamkecederaan.25. Kami amat
terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana
digiling kereta api dikawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan
ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan
kepada borang di atas meja tersebutsebelum menyerahkan borang itu
kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana
mendapat keputusan cemerlang dalampeperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.
29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling
objek seperti botol apabila para pemaingagal memasukkan gol.
30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat
bagi membendung wabak selsemaburung daripada meluas kepada orang
ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan
dirasmikan oleh seorang tokohperniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan
negara dari masa ke semasa agartanah air yang tercinta ini tidak
akan dijelajah lagi.
33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk
mengurangkan pegerakan wang ke luarnegara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi
mempertahankan tanah air kitadariancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba
basikal itu terpaksa melalui jalan yangberbelok-belok sebelum tiba
ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan
disediakan dengan berapa jenisbahan masakan di ruang masakan
itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar
mempercepatkan kerja-kerjapembinaan rumah kos bawah yang masih
terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah
disebabkan oleh kelemahanpengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan
jenayah yang dia lakukan, namunperbuatan jahatnya itu terbungkam
juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak
berkuasa perlu memberi pendidikanyang sewajarnya pada orang
ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu
telah mereka serahkan kepada pihakpengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu
runjukkan adalah benar setelahmelihat sijil asal yang
dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk
mendapatkan maklumat tentang kepupusanbeberapa jenis burung di
negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama
memikir dan mencari jalan untukmengatasi masalah pendidikan di
negara kita.
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda
hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat
menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yangsingkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat
supaya bersabar menunggu keputusanyang bakal di buat pada minggu
hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan
keterampilan pekerja dari masa kesemasa hingga mencapai satu tahap
yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia
sentiasa menjalankan penyelidikandan menggunakan teknologi terkini
untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT:
A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:Dalam setiap ayat di
bawah, terdapatsatu kesalahan ejaandansatu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan
mereka dengan harga tinggisuka hati kepada pemborong ayam.
2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa
bulan kerana masalah bekalansimen.
3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan
setugasnya kerana dia tidak mahumembesar-besarkan cerita yang
dianggap rimih itu.
4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas
berdasarkan bukti yang ditemui olehpihak polis.
5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam
kegiatan ko-kurikulum yangdijalankan.
6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang
keanak-anak masih tidakberubah.
7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang
dilibatkan bas ekspres itu diserahkankepada Menteri
Pengangkutan.
8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak
dibenarkan jualan di negara ini.
9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh
adik-beradiknya.
10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam
debatan itu kerana pihakpencadang gagal mengemukakan definasi tajuk
perbahasan dengan tepat.
11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung
jalan itu dan harga yangditawarkan berpatutan juga.
12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut
terhibur oleh persembahantarianasli yang ditontonkan.
13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin
melanjutkan pelajaran diingatkan supayamenyertakan semua salinan
sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.
14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu
tidak dapat menamatkanperlumbaan kerana suntuk masa.
15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya
pada pusingan yangkelima.
16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa
menolak tawaran yangdiberikan oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan
tradesional kerana merekamenganggap kaedah tersebut mampu
menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai
remaja tersebut terjebakdengan gejala gengsterisma.
19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang
bagi menceburi diri dalambidang perniagaan dan industri kecil.
20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan
mempamirkan permainanyang menarik dan penuh semangat sukan.
21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja
persembahan nyanyian sempenadisambut kemerdekaan tanah air
selesai.
22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa
lawatan ke bilik seminar.
23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam
lingkungan usia 4 hingga 6tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada
persekitaran sosial.
24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima
imbuhan sekiranya menangipingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam
kesesakan jalanraya terutamapada waktu puncak.
26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan
kematian ahli parlimennyapada awal minggu lepas.
27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai
hidangan dan masak tradisionalMelayu pada minggu yang lalu.
28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu
telah tertangkap oleh pihakpolis di sebuah gudang kosong yang
terletak di Ipoh.
29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada
seseorang yang ingin melibatdiri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah
diadakan secara besar-besar disebuah hotel terkemuka di ibu
kota.
31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana
pehak yang melakukankebakaran secara terbuka untuk menangani
masalah jerebu yang semakin meruncing.
32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang
dari semasa ke semasauntuk mendisplinkan pengguna jalan raya
terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga
dengan menghindari diridaripada perbuatan yang mengaibkan
keluarga.
34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk
memperlebarkan jalan keranabilangan kenderaan yang melalui kampung
itu semakin bertambah.
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan
sempena hari keputeraanbaginda yang ke 52 tahun.
36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat
menyiapkan projek perumahantersebut mengikut jadual yang terdapat
dalam butir-butir perjanjian.
37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada
serangan virus ataudaripada penceroboh sistem komputer, beberapa
panduan telah disediakan oleh pembekal.
38. Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam
bidang kecantikan termasukkhidmatan menggunting rambut, katanya
dengan ramah.
39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah
menasihatkan rakyat supayasentiasa bersatu padu untuk mengekalkan
perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.40. Untuk membenteras
kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan
mestilahmemperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan
bilangan anggotanya.
41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu,
pelbagai acara telah dirancangkantermasuk acara boria yang akan
disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani
kajian bagi mencari puncasebenarnya yang menyebabkan berlakunya
banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan
keperluan negara denganmengambil kira masa depan sektor pertanian
supaya sektor berkenaan dapat diurus denganlebih efisyen.44. Sistem
perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres
telah dikenalibagi memudahkan pengguna serta meningkatkan
perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk
menghadiahkan ibu kitadengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang
jasa mereka membesar kita sehinggadewasa.
46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar
bahasa Inggeris dalammatapelajaran sains dan matematik perlu dikaji
semula untuk memperbaiki kelemahan yangtimbul.
47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui
pusara lama berusia 3000 tahundipinggir sungai itu telah merebak ke
seloroh negara.
TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT
A. Langkah yang perlu diikuti:1. Kenal pasti jenis kesalahan
yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahanimbuhan,
kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.2. Baca ayat
berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat
itu.3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi
perkataan serta cuba kaitkan denganhukum tatabahasa yang telah
dipelajari.4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang
sudah dibaiki dengan lengkap.5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan
atau frasa yang telah dibaiki.6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat
2 kesalahan yang perlu dibaiki.7. Semasa menulis ayat itu semula,
jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.8. Biasanya,
satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.
B. Jenis kesalahan dalam ayat:i.Kesalahan ejaanii. Kesalahan
penggunaan imbuhaniii. Kesalahan penggunaan kata atau istilahiv.
Kesalahan tatabahasaAyat Aktif dan Ayat PasifA. AYAT AKTIF:i. Ayat
aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai
subjek ayat) manakalabenda yang kena buat terletak di belakang
(sebagai pradikat ayat)ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN.,
men.kan dan men.i.iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali
ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kenabuat)
B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat
terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)manakala pelaku terletak
di belakang (sebagai pradikat).ii. Biasanya kata kerja berimbuhan
di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga bolehmenggunakan perkataan
kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dankedua yang
mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh :i.Ikan itu
dipancing oleh Ali.ii.Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri
kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:Tukarkan
ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di
sebelah rumah barunya.Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah
rumah barunya itu sedang ditebang olehbapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki
yang tidak memakai lencanasekolahnya.Ayat pasif: Pelajar lelaki
yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi olehguru
disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan
pembedahan ke atas pesakittersebut.Ayat pasif: Pembedahan ke atas
pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yangberkacamata
tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.Ayat
pasif: Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan
Matematik.Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik
itu belum awak jelaskan.
D. LATIHAN:Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada
ayat-ayat pasif.
1. Encik Husaini sedang menjalankan perniagaan memperbaiki
motosikal di Bandar Melaka.
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang
sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di
Pantai Barat SemenanjungMalaysia.
4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi
kejuaraan tersebut padapagi tadi.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan
plastik ketika bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat
untuk dipikul.
7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu
pada sebelah petang nanti.
8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu
berkata benar.
9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan
kita pada masa depan.
10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa
yang akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan
raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu
dalam perbicaraan dimahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan
yang dibuatnya sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak
yang sedang membacabuku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik
untuk dibuang.
E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:Tukarkan
ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil
tersebut.Ayat aktif: Pemain Brazil tersebut menendang bola itu
dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang
yang tinggal di bandar.Ayat aktif: Pemuda bermata keranjang yang
tinggal di bandar itu mempermainkan perasaangadis tersebut.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya
duduki pada awal bulan lalu.Ayat aktif: Saya telah menduduki ujian
untuk memasuki kelas memandu kereta itu padaawal bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang
diperjelaskan oleh pegawai dariAmanah Saham Nasional.Ayat aktif:
Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan
maklumattentang pelaburan saham tersebut.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas
plastik oleh para pekerja dibahagian pemprosesan.Ayat aktif: Para
pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang
telahdiproses itu ke dalam bekas plastik.
F. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi
ayat aktif.
1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan
bagi merangsang ekonominegara yang sedang menghadapi kemelut
ekonomi.
2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh
sebuah syarikat tempatan bagimenarik penyertaan orang ramai.
3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh
pekerja kontraktor bagimemudahkan keluarga yang menetap di
situ.
4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu
tunaikan di sebuah bank saudagardi Kuala Lumpur.
5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh
kerajaan di semua sekolah bagisemua mata pelajaran teras.
6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan
Disember itu telah beta rasmikanpada akhir bulan itu.
7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah
diperkenankan oleh Tuhan apabiladia lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan itu.
8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh
masyarakat Minangkabau yang berasaldari Sumatera, Indonesia pada
sekitar tahun 1520'an.
9.Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu
telah ditawarkan hargadiskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik
pusat terbabit.
10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan
diperluas oleh pihakkerajaan bagi memacu pendapatan golongan
tersebut.
11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi
meningkatkan prestasi kerja merekapada setiap akhir tahun.
12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok
nipah dan belukar kecil sejakditinggalkan oleh pemiliknya.
13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas
rantai emas sempena ulangtahun kelahirannya.
14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh
peserta lumba basikal itudalam pertandingan Jelajah basikal di
negeri tersebut.
15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk
berhampiran dengan sawahpadinya pada petang kelmarin.
LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:
A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.
a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.2. Susunan ayat hendaklah
dikekalkan (yang dahulu didahulukan)3. Lakukan perubahan
perkataan:
contoh:-
saya.....................dia..................................-kamu...............................dia-
kami....................mereka..........................-hamba..............................dia-
di sini...................di situ/di
sana...............-begini................................begitu-
kini.......................ketika itu.......................-dan
sebagainya.
4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.contoh:-
mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan-
berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa
5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat
asal.contoh:i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan,
menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan
situasi.ii.Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang,
mengajak.iii.Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa,
mencadangkan, menasihati.iv.Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan,
memerintahkan.v.Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan,
menegah, menghalang.vi.Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin
tahu, ingin kepastian.vii.Ayat seruan : (bergantung kepada situasi
ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut,menyindir,
memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".( Sebagai pemahaman
tambahan sila rujuk buku Kerja Twitter Ting. 5 )
6. Contoh penukaran ayat:
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata
Ali kepada Chan.Jawapah:Ali memberitahu Azim bahawa orang itu
menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan
ozon" kata guru itu.Jawapan:Guru itu menerangkan bahawa dunia pada
hari ini semakin panas kerana berlakunyapenipisan ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?"
tanya guru disiplin itu.Jawapan:Guru disiplin itu ingin tahu punca
Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.iv. "Jemput makan
kuih itu!" kata SalbiahkepadaCikgu Hazimah..Jawapan:
Salbiahmenjemput Cikgu Salbiahsupaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor
kepada pesakit itu.Jawapan:Doktor tersebut menasihati pesakitnya
seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!''
kata Husaini kepada Naimullah..Jawapan:Husaini menyindir
Naimullahyang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul11.00
pagi.
vii. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun
Pui.Jawapan:Ashikinmenegur Munirahsambil bertanyakan
khabarnya..
b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:
Contoh 1:Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap
pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan
ini.Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk
dikunjungi.Samad: Betul, tu. Negara ini mempunyai pantai-pantai
yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.Aziz: Ramai rakyat
Malaysia yang suka melancong ke luar negara
sepertiIndonesia,Thailand, Singapura dan negara-negara
Eropah.Samad:Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancongtempatan.pelancong di dalam negeri.Kamariah :
Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu
memberipotongan.harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusatpercutian mereka.Samad: Kesedaran rakyat Malaysia
tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanamdalam
diri.Jawapan:Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara
Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Pendapatnya itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara
ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang
Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah
menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini
berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan
melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti
pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat
Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
dalam diri.Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.Contoh 2:Tulis
semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka
sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah !
Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan.
Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan
hormat.Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau
Cikgu HassanRumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan
mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru
selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan.
Jawapan:1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka
dengan Cikgu Hassan sangat rapat.2. Kamarul telah menyahut sapaan
Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakanbahawa
mereka berada di dalam rumah.3. Setelah berada di tangga rumah
Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naikke
rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.4.
Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan
mengatakan bahawa dia tentu akannaik kerana kalau tidak masakan dia
datang ke situ.5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum
berkemas/ tidak teratur.6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka
tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerjamenuai padi
baru selesai dua hari sebelumnya.
c. Latihan Pengukuhan(AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan
dibuat sahaja!)Latihan 1Tulis semula perbualan di bawah ke dalam
bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa?
jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh
hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu
depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani
tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya
itu.............[ 6 markah ]
Latihan 2:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap
pindah.Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......Ani tak boleh
tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata
belolok anak itu.Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.Ya, Tuk
Yahya tahu.........Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom
jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada,jelas anak itu hampir
meraung.Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk
Yahya.....................................[ 6 markah ]
Latihan 3:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap
pindah.Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya
Nizam.Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran
peperiksaan yang masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan
perasaan sayu.Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu
tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam
dengan perasaan hairan.Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk
perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital
baru-baru ini, jelas Salim.Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak
berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,
kata Nizam.Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang
sangat, kata Salim......[ 6 markah ]
Latihan 4:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap
pindahMAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?FELIX : Mi
Pedas.MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa
namanya ?FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.MAWI :
Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau
dulu.Inilah dia....................[ 6 markah
]..............................................................................................Latihan
5:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap
pindah.Norhayati......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke
sekolah semalam?Norasyikin....: Syikin minta maaflah. Semalam
Syikin ada hal di rumah.Norhayati......: Apa halnya? Ceritakanlah
kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah
kita...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama
berkawan?Norsyikin......: Sebenarnya ibu Syikin
sakit.........................................................[ 6
markah
].....................................................................................................................................................................................................................................................
Contoh jawapan:-Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap
PindahJAWAPAN SOALAN 1:
1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.2. Ani
meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.3.
Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu
berhubung denganrancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya
suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam
mesyuarat pada hari Sabtuakan datang.5. Salleh memuji dan sangat
bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.6. Ani
tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.
JAWAPAN SOALAN 2:
1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan
keseorangan2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal
di sanan kerana tempat itu bahayasambil meneliti mata belolok
Ani.3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai
sesiapa .4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .5. Ani hampir
meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal
dirumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di
situ.Tambahan pula datuknya sudahtiada lagi.6. Tuk Yahya memujuk
Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot
JAWAPAN SOALAN 3:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram
sahaja.2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu
Khairul bertanyakan tentangyuran peperiksaan yang belum
dijelaskannya.3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim
mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskanyuran peperiksaannya.4.
Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk
perbelanjaan rawatanabangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru
ini.5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu
Khairul dan menjelaskanperkara yang sebenarnya.6. Salim enggan
berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan
seorangyang sangat garang.
JAWAPAN SOALAN 4:
1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil
bertanya namanya kepadaFelix.2. Felix memberitahu kepada Mawi
bahawa namanya ialah Mi Pedas.3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi
itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastiannamanya sekali lagi
daripada Felix.4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah
nama mi itu ialah Mi Pedas.5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix
adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-mata makan Mi
Pedas.6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji
untuk membelanja Mawi makandahulu.
JAWAPAN SOALAN 5:
1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke
sekolah semalam.2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana
tidak memberitahunya dan menjelaskanbahawa dia menghadapi masalah
di rumah.3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang
dihadapi dan meminta dia menceritakanperkara yang berlaku
kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggungkesusahan
kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.4) Norasyikin
menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.
B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.
a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:
1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)i.
Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.ii. Menggunakan
dialog seperti wawancara.2. Jaga penukaran ayat yang telah
dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada bentukasal
seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan ayat cakap ajuk
kepada ayat pindah. Jika andalupa, sila rujuk semula.3. Jaga
penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya
untuk mengelakkan markahanda ditolak.
b. Contoh soalan dan jawapan:
Contoh 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk.
Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia
memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara
ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang
Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah
menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini
berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan
melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti
pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat
Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu............[
6 markah ]
Jawapan :Kamariah...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik
untuk dikunjungi.Samad........: Negara ini mempunyai pantai-pantai
yang bersih dan hutan semula
jadi......................yang..indah.
Aziz.............: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke
luar negara seperti Indonesia,.......................Thailand,
Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad.........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi
untuk menarik pelancong.......................tempatan melancong di
dalam negeri.
Kamariah....: Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan
tempatan perlu memberi potongan........................harga
istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
percutian........................mereka.
Samad..........: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
melancong di dalam negeri perlu.........................ditanam
dalam diri.
Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk.
Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah
melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak
Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli
jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya
makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut
suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya
bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan
sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia
hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah
bas.
Jawapan:Mak Limah......: Abang hendak ke mana dalam keadaan
tergesa-gesa ini?Pak Usop.........: Saya hendak berjumpa dengan
ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.Mak Limah......: Kalau sibuk
dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.Pak Usop.........:
Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu.Mak Limah......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?Pak
Usop.........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah
bas.
c. Soalan Latihan:Latihan 1:Tulis semula petikan di bawah dalam
bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam
petikan ini.
Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak
ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah
nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan
Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan
bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung
yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya
bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani
iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya
menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia
tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah
terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya
tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala
dia hendak bekerja makan gaji di bandar.
Latihan 2:Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk
perbualan.Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka
dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan
Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa
mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan,
Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/
sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada
mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa
dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke
situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas.
Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari
sebelumnya.
AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.
A. MAKSUD AYAT:1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat
tunggal:-ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu
pradikat sahaja.2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat
panjang:-- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek
dan/ atau lebih daripada satu pradikat.
B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :Syarat
penukaran:
i.Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.ii.Jangan
mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti
didahulukan.iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan
kata hubung.a.Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada,
demi, untuk, yang dan sebagainya.b.Kata hubung : dan, tetapi, atau,
maka, walaupun, oleh sebab.maka, walaupun .namundan lain-lain.iv.
Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali atau
digunakan.v.Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan
soalan yang diberi.vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat
mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripadaperkara yang
sebelumnya.vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :1. Ah Boon
pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka
membeli gula. Mereka membeli ikan.Ayat majmuk: Ah Boon dan ibunya
pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.
2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.Ayat majmuk: Hetty gemuk
tetapi kakaknya kurus.
3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan
melabur juga.Ayat majmuk: i.Baik kaum lelaki mahupun perempuan,
mereka digalakkan melabur.ii. Kaum lelaki atau kaum perempuan
digalakkan melabur.4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam
peperiksaan itu.Ayat majmuk: Oleh sebab malas maka dia gagal dalam
peperiksaan itu.
5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.Ayat majmuk : Walaupun kaya
tetapi dia sangat kedekut.
D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :
Contoh 1 :(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar
malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual
pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai
pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala
Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar
malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang.
Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu
bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.
Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang
diadakan pada hari Jumaat itu menjualpelbagai barang dengan harga
yang murah.2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke
pasar malam itu untuk menikmatisuasana pasar malam yang meriah
tersebut.3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung
ke pasar malam itu bersamaibu bapa dan rakan-rakan.
Contoh 2 :(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada
pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali
pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar.
Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan
menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan
didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang
ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan
pengajaran.
Jawapan :1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada
pemilik kenderaan persendiriansupaya memasang tali pinggang
keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masihengkar.2.
Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan
undang-undang denganmenangkap pesalah dan didenda RM300.3. Baik
pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan
disaman supaya dapatdijadikan pengajaran.
E. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3
ayat majmuk.
Soalan 1 :Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu
selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari
jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari
seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari
jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan.
Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka
sungguh gembira.
Soalan 2 :Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman
itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris.
Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua
utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke
seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah
ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu
dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.
Soalan 3 :Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat
Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang
melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat.
Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu
meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak.
Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak
dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga
US45 setong.
Soalan 4 :Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara
tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah
sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa
penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh.
Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar.
Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah.
Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.
F. LATIHAN DAN JAWAPAN
Panduan kepada pelajar :** PERKATAANCONDONGIALAH KATA HUBUNG
YANG PERLUDITAMBAH.LATIHAN 1Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan
di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan
dan makna asal ayat-ayat tersebut.Beberapa jenis binatang liar
menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar
tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini
binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca
daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka.
Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah
untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh
dilakukan.Cadangan jawapan :-1) Beberapa jenis binatang liar
menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu.2)
Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusanyangberpunca
daripada kegiatan manusiasepertimanusiaberburu sesuka hati mereka
dankegiatan pembangunan.3) Antara langkah untuk membendung hidupan
liar adalah dengan mengadakan kempenkesedarandanpenyelidikan
terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
LATIHAN SPM 2Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini
supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal
ayat-ayat tersebut.Televisyen merupakan salah satu media sebaran
am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia.
Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya,
akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen
kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut
menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen
dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih
membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan
bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang
dipaparkan.
Cadangan jawapan:-1) Televisyen merupakan salah satu media
sebaran amyang direka untuk memberikan manfaatkepada manusia dalam
pelbagai aspek2)Malangnya,akhir-akhir ini kemunculan televisyen
dikatakan membawa pelbagai masalah serta kesankepada masyarakat dan
hasil penyelidikan menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas ganas
dapatmempengaruhi masyarakat.3)Malangnya,Para penerbit filem masih
membisu terhadap hasil penyelidikantersebut dan
merekamerekamenegaskan bahawa para penonton terhibur oleh
adegan-adegan yang dipaparkan
LATIHAN SPM 3Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini
supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal
ayat-ayat tersebut.
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di
televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM.
Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak
akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu
meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang
kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak
dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai
sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk
jugaCadangan jawapan:-1) Unsur-unsur keganasan dalam
rancangan-rancangan seperti yangdisiarkan olehRTMterdapatjugadi
TV3.2) Sejak akhir-akhir ini, penyiaran rancangan yang bercorak
keganasan itu meningkatdanhalinimembimbangkanibu bapa kerana mereka
bimbangkalau-kalau unsur-unsur tersebutmempengaruhi pemikiran
kanak-kanak dan golongan remaja.3) Golongan-golonganini belum bijak
menilai sesuatu yang baikataumenilai sesuatuyang buruk.
LATIHAN SPM 4Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini
supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal
ayat-ayat tersebut.
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas
komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal
ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam
bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar
bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini
memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer.
Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang
komputer juga.
1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas
komputer untukpara pelajar dinegara ini.2) Langkah Kementerian
Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapademimembantumengisi
kekosongandalam bidang berkenaanyangketara sekali di sekolah luar
bandar.3) Banyak pihak yang berharap agar langkah
kerajaaninimemberikan peluang kepada pelajar luarbandarmempelajari
komputersertalangkah ini diharapkandapat menarik minat pelajar
mendalamibidanginikomputer juga.
LATIHAN SPM 5Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini
supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal
ayat-ayat tersebut.Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku.
Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang
oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki
bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke
Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa
disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya
menewaskan kumpulan itu.Cadangan jawapan:-1) Bercuti ke Pulau Sayak
ialah judul sebuah buku yangtergolong dalam jenisnovel kanak-
kanakdanbuku ini dikarang oleh Darulsalam.2) Buku itu yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakabercuti ke Pulau
Sayakmenceritakan kisahseorang budak lelaki bernama Syahid
bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke PulauSayak3)
Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan
penyeluduptetapitanpa disedari nasibmerekabaik kerana akhirnya
mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
LATIHAN SPM 6Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini
supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal
ayat-ayat tersebut.
Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan
ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi
Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing
datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki.
Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu
dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .
Cadangan jawapan:-1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia
begitu pesat sejakbeberapa tahun yang lalusertakestabilan
ekonominyapula berterusan2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat
asing datang ke sini untuk mencari rezeki.3) Dengan memiliki taraf
kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang
disediakanwalaupunkeistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan
oleh segolongan rakyat asing .
LATIHAN SPM 7Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini
supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal
ayat-ayat tersebut.Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius.
Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran
tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia
memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat
demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil.
Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan
penipisan lapisan ozon.
1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang seriusdankeadaan ini
mencemaskan manusia di seluruhdunia.2) Pencemaran tersebut berpunca
daripada sifat haloba manusiayangmemperlakukan bumi
sewenang-wenangnyauntuk mengaut keuntungan.3) Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjilsepertipeningkatan
suhudan penipisan lapisan ozon.
FRASA DM DAN HUKUM DM:
1. MAKSUD:a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam
bahasa Malaysia. yang bertentangan dengansebutan frasa dalam bahasa
Inggeris.-D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek.-M pula
bermaksud membuat atau sifat benda itu.c. Frasa bahasa Malaysia
berbentuk DM kerana benda mendahului sifatnya.
2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :Frasa Bahasa Malaysia :
('benda' diikuti 'sifat')Contoh:-Rumah saya-Kereta baru-Bebola
ikan-Lampu kereta-Buku teks-Kereta Proton-Idea baru
Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah
dalam bahasa Malaysia.Contoh:-Saya rumah (my house)-Baru kereta
(new car)-Ikan bebola (fish ball)-Kereta lampu (car lamp)-Teks buku
(text books)-Proton kereta (proton cars)-Baru idea (new idea)3.
KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i.Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di
belakang.
Salah :(kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)- dia
menaikimini bas.- makan diAisyah Restoran.- makanMaggie mee.-
naikMara Ekspress- bercicahkancili sos.- membeligoreng pisang.- di
Ah Kong Kedai Basikal.-berbincanglain hal.Betul:(kerana mengikut
struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)-dia menaikibas mini.- makan
diRestoran Aisyah.-makanmi Maggie.-naikEkspress
Mara.-bercicahkansos cili.-membelipisang goreng.-di KedaiBasikal Ah
Kong.-berbincanghal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di
hadapan dan benda yang digandakan.
Contoh:Salah:(salah kerana sifat digandakan)-
hallain-lain-perkaralain-lain-peristiwalain-lain-buku
lain-lain-buku bacaanlain-lain
Contoh:Salah:(salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan
'sifat'
digandakan)-lain-lainhal-lain-lainperkara-lain-lainperistiwa-lain-lainbuku-lain-lainbuku
bacaan
Contoh:Betul:(betul kerana benda di depan dan benda
digandakan)-hal-hallain-perkara-perkaralain-peristiwa-peristiwalain-buku-bukulain-buku-buku
bacaanlain.
4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:i. Ahmad Said menjamu
tetamunya dengangoreng pisangyang masih panas.ii. Kami menaikimini
basyang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.iii. Pada
akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil
menerangkanlain-lainfaktoryang mengakibatkankejatuhan kerajaan
Melayu Melaka pada tahun 1511.
KATA NAFI1. MAKSUD:Kata naf ialah perkataan yang digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu.
2. JENIS KATA NAFI:Tidak: Untuk kata/frasa adjektif dan kata/
frasa kerjaBukan: Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan
hubung
3.KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:
a. tidak hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa
adjektif dan kata/ frasa kerja.Salah:i- Orang yang menyertai
pertandingan itubukanberbadan besar. (adjektif)ii- Kereta baru yang
dibelinya itubukan cantik sangat.(adjektif)iii-Dalam kejadian itu,
orang yang disyakibukan tidur.(kerja)
Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itutidak berbadan
besar.(adjektif)ii-Kereta baru yang dibelinya itutidak cantik
sangat.(adjektif)iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyakitidak
tidur.(kerja)
b. bukan hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama
dan kata/ frasa sendi & hubung.Salah :i-Kereta yang dipandunya
itutidak kereta Proton.(nama)ii-Pelajar perempuan yang baru datang
itutidak Hayati.(nama)iii-Peniaga berbangsa Melayu itutidak
dariKuala Lumpur. (sendi)iv-Dia melawat ke negara barat itutidak
dengansaya. (hubung)
Betul:i -Kereta yang dipandunya itubukan kereta Proton.(nama)ii
-Pelajar perempuan yang baru datang itubukan Hayati.(nama)iii
-Peniaga berbangsa Melayu itubukan dariKuala Lumpur. (sendi)iv -Dia
melawat ke negara barat itubukan dengansaya. (hubung)
c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan tetapi, hanya bukan yang
boleh digunakan tanpa mengirajeniskata di depannya. (jangan gunakan
tidak)
Salah:i- Kereta yang dipandunya itutidakkereta
Protontetapikereta Mazda.ii- Orang yang menyertai pertandingan
itutidakberbadan besartetapiberbadan kurus.iii-Kereta baru yang
dibelinya itutidakcantik sangattetapisederhana sahaja.
Betul:i - Kereta yang dipandunya itubukankereta
Protontetapikereta Mazda.ii - Orang yang menyertai pertandingan
itubukanberbadan besartetapiberbadan kurus.iii -Kereta baru yang
dibelinya itubukancantik sangattetapisederhana sahaja.
d. Kata pemeri adalah sahaja yang boleh digunakan bersama-sama
dengan kata nafi. (jangangunakan ialah) / Lebih tepat jika 'adalah
tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak'atau 'bukan'
sahaja.
Salah:i-Merokokialah tidakmenyalahi undang-undang di negara
kita.ii-Kenyataan yang anda beri tadiialah tidakbenar sama
sekali.iii- Orang kaya ituialah bukanketurunan raja Melayu
Melaka.iv- Peniaga berbadan gempal ituialah bukandari Johor
Bahru.
Betul: i- Merokokadalah tidakmenyalahi undang-undang di negara
kita. (lebih tepat:tidak menyalahi)ii- Kenyataan yang anda beri
tadiadalah tidakbenar sama sekali. (lebih tepat:tidak benar)iii-
Orang kaya ituadalah bukanketurunan raja Melayu Melaka. (lebih
tepat:bukan keturunan)iv- Peniaga berbadan gempal ituadalah
bukandari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari)(Pelajar disaran
supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan
'adalah')
KATA PEMERI1. JENIS KATA PEMERI:i.ialah: digunakan jika di
depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.
ii.adalah: di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa
sendi sahaja.
2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:i. ialah hanya boleh diikuti
dengan kata nama atau frasa nama sahaja.
Salah:-Nama kampung sayaadalah KampungPinang Sebatang.-Tanaman
yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi ituadalah
buah-buahan.
Betul:-Nama kampung sayaialah KampungPinang Sebatang.-Tanaman
yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi ituialah
buah-buahan.ii. adalah hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa
adjektif dan kata/frasa sendiSalah:-Keadaan di pusat perkelahan
ituialah sangat cantikdan menarik.-Tempat tinggalnyaialah diKampung
Pinang Sebatang.-Pegawai ituialah dariPusat Penyelidikan Ikan
Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan ituadalah sangat cantikdan
menarik.-Tempat tinggalnyaadalah diKampung Pinang Sebatang.-Pegawai
ituadalah dariPusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
iii. kata nafi iaitu tidak dan bukan hanya boleh digandingkan
dengan adalah. ( kata pemeriadalah boleh ditiadakan untuk kata
nafi)Salah:-Kenyataan yang anda beri tadiialah tidakbenar sama
sekali.-Pemuda yang bermisai tebal ituialah bukanabang
kandungnya.-Pakaian seperti ituialah tidaksesuai dipakai dalam
majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadiadalah tidakbenar sama
sekali.-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama
sekali.-Pemuda yang bermisai tebal ituadalah bukanabang
kandungnya.-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang
kandungnya.-Pakaian seperti ituadalah tidaksesuai dipakai dalam
majlis seperti ini.-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam
majlis seperti ini.
KATA TANYA ( ? )
1. MAKSUD:Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk
bertanyakan sesuatu.
2. JENIS KATA TANYA:
Jenis dan Fungsi kata tanyaApa - Untuk binatang, benda, perkara,
tidak pasti (lembaga / hantu dll)Siapa - Untuk manusiaMana - Untuk
tempat, kedudukanBila - Untuk masa, zaman, waktuBerapa - Untuk
jumlah, hargaMengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding
kenapa)Kenapa - Untuk sebabBagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah
Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca
3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:
a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata
tanya tetapi mestilah ada tandatanya ( ? ).Betul:-Suasana pada hari
ini sungguh ceria dan tenang sahaja?-Nama bapa saudara awak ialah
Haji Kamaruddin bin Ishak?
b. Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat
tanya.(letak di hadapan atau tengah)Salah:-Semalam awak tidak
hadir,mengapakah?-Awak akan melancong ke
sana,bilakah?Betul:-Semalam awak tidak
hadir,mengapa?-Mengapakahawak tidak hadir semalam?-Awak akan
melancong ke sana,bila?-Bilakahawak akan melancong ke sana?
c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat
anya.(tukar dengan menyebut fungsinya)
Salah:-Saya terkejutbilamelihat lelaki itu menumbuk muka
awak.-Pelanggan itu ingin mengetahuiberapaharga ikan tersebut.-Kami
ingin mengetahuidi manaanda tinggal sekarang.-Kami tidak
tahubagaimanaanda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:-Saya terkejutapabilamelihat lelaki itu menumbuk muka
awak.-Pelanggan itu ingin mengetahuihargaikan tersebut.-Kami ingin
mengetahuitempatanda tinggal sekarang.-Kami tidak tahupuncaanda
boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
d.apa tidak boleh digunakan untuk manusia./ siapa tidak boleh
digunakan untuk binatang.
Salah:-Apakahnamaanak lelaki Encik Kamilyang baru menjadi doktor
itu?-Siapakah nama kucingawak yang comel sungguh itu?
Betul:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamilyang baru menjadi
doktor itu?-Apakah nama kucingawak yang comel sungguh itu?
e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya
dengan syarat telah digandakan.Salah:-Awak boleh bertanyaapasoalan
kepada saya sebelum saya balik.-Awak juga boleh berjumpa dengan
saya padabilamasa pun.-Manapelajar yang masih berdegil akan
menerima hukuman.
Betul:-Awak boleh bertanyaapa-apasoalan kepada saya sebelum saya
balik.-Awak juga boleh berjumpa dengan saya padabila-bilamasa
pun.-Mana-manapelajar yang masih berdegil akan menerima
hukuman.
f. Mengapakah dan bagaimanakah lebih tepat penggunaannya
daripada kenapakah danmacamanakah.Betul:-Mengapakah awak tidak
hadir?(ini lebih tepat)-Bagaimanakah awak sampai ke sini? (ini
lebih tepat)-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?(ikut
susunan mana yang lebih tepat)-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana
awak sampai ke sini?(ikut susunan mana yang lebih tepat)
g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti
diletak.Salah:-Mengapaawak tidur di lantai?-Bilaawak tiba di
sini?
Betul:-Mengapakahawak tidur di lantai?-Bilakahawak tiba di
sini?
KATA MAJMUK1. MAKSUD:Proses pemajmukan ialah proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak
sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk
seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk
dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.
2. JENIS KATA MAJMUK:a.Kata majmuk yang terdiri daripada
rangkaian kata bebas:Contohnya:gambar rajah biru laut air hujan
jalan rayanasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat
tulisbandar raya tengah hari jam tangan meja tulisbom tangan kapal
terbang kuning langsat
b.Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan
sebagai gelaran:Contohnya:Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda
Setiausaha PolitikPenolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor
Profesor MadyaTimbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara
c.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang
ilmiah:Contohnya:model linera garis pusat lelefon dail terus lesung
sendikanta tangan mata pelajaran pita suara darah panaskertas kerja
batu kapur
d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan
bahasa:Contohnya:kaki ayam buah hati makan angin pilih kasihanak
emas bulan madu manis mulut tumbuk rusukberat tangan
e.Bentuk kata majmuk yang telah mantap:Terdapat sebilangan kecil
bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja
sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut
ialah:apahal apabila antarabangsa apakataapalagi bagaimana
barangkali beritahubumiputera darihal daripada dukacitajawatankuasa
kakitangan kepada pilihanrayakerjasama manakala manalagi
olahragapadahal pesuruhjaya sediakala setiausahasukacita sukarela
suruhanjaya tandatangantanggungjawab warganegara matahari
f.Penggandaan kata majmuk:Penggandaan kata majmuk
melibatkanpenggandaan unsur pertamakata sahaja.Contohnya:alat-alat
tulis balai-balai raya suku-suku katajirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftargambar-gambar
rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusatmodel-model linear
Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri
g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkansimpulan
bahasadan bentuk yang telahmantap; penggandaannya melibatkan
keseluruhan unsur.Contohnya:anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam
tambatankaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hatibuah tangan-buah
tangan ibu bapa ibu bapapesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegaratandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasasetiausaha-setiausaha
h. Pengimbuhan kata majmuk :Kata majmuk boleh menerima imbuhan
untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat
dalam dua bentuk, iaitu:
i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan
atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap
terpisah.Contohnya:campur aduk bercampur aduklitar selari berlitar
selariambil alih mengambil alihtemu bual ditemu bualdaya serap daya
serapansenarai hitam -- disenarai hitambaik pulih -- membaik
pulih
ii)apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2
imbuhan), ejaannyamenjadi bercantum.Contohnya:campur aduk
mencampuradukkandaya serap kedayaserapangaris pusat
mengarispusatkansatu padu menyatupadukantunjuk ajar
menunjukajarkansenarai hitam -- disenaraihitamkanbaik pilih --
membaikpulihkan.
KATA BILANGAN1. MAKSUD :Kata bilangan ialah perkataan yang
digunakan untuk menunjukkan jumlah.
2. JENIS KATA BILANGAN :a. Kata bilangan tentu: Menunjukkan
jumlah yang tepat.Contoh : satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh
tiga dan sebagainya.b. Kata bilangan tak tentu: Menunjukkan
bilangan yang tidak pasti jumlahnya.Contoh : semua, banyak, ramai,
pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.c. Kata
bilangan pisahan: Kata bilangan yang menunjukkan sifat
dipisahkanContoh : berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing,
tiap-tiapd. Kata bilangan tingkat: Menunjukkan maksud tempatContoh
: pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.e. Kata bilangan
pecahan: Jumlah yang dinyatakan dalam pecahan.Contoh : suku,
separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.
3. KONSEP KATA BILANGAN :a. Kata bilangan jamak: Menunjukkan
maksud jumlah lebih daripada satu.Contoh : semua, beberapa,
kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.
b. Kata bilangan tunggal: Menunjukkan maksud bilangan tunggal
atau satu.Contoh : satu, se
4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :a. Ada kata bilangan yang
tidak boleh digandakan. (salah jika
digandakan)Salah:-pelbagai-pelbagaihadiah diberi.-para-parapelajar
yang hadir.Betul:-pelbagaihadiah diberi.-berbagai-bagaihadiah
diberi.-parapelajar yang hadirb. Ada kata bilangan yang tidak boleh
disingkatkan/ ditunggalkan.Salah:-Dia ke sekolah
padatiappagi.-Berbagaicabaran telah ditempuh.Betul:-Dia ke sekolah
padatiap-tiappagi.-Dia ke sekolah
padasetiappagi.-Berbagai-bagaicabaran telah
ditempuh.-Pelbagaicabaran telah ditempuh.
c. Kata bilangan berimbuhan ber. Mesti digandakan.Salah:-Lori
itu membawaberguniberas ke kilang.-Sudahbertahunlamanya kami
merantau.-Dia minumbercawanair sejuk.Betul:-Lori itu
membawaberguni-guniberas ke kilang.-Sudahbertahun-tahunlamanya kami
merantau.-Dia minumbercawan-cawanair sejuk.
d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya
tidak boleh digandakan.Salah:-Banyak buku-bukuyang disediakan di
perpustakaan.-Sekawan burung-burunghinggap di atas pokok.-Beberapa
ekor ikan-ikanberjaya dipancing.Betul:-Banyak bukuyang disediakan
di perpustakaan.-Sekawan burunghinggap di atas pokok.-Beberapa ekor
ikanberjaya dipancing.
e. Jika kata bilangan berakhiran dengan .an, kata nama juga
tidak boleh digandakan.Salah:-Barisanpelakon-pelakonakan mengambil
bahagian dalam pertunjukan itu.-Sinaranbintang-bintangkelihatan di
dada langit.-Puluhanpeserta-pesertamengambil bahagian pada malam
ini.Betul:-Barisan pelakonakan mengambil bahagian dalam pertunjukan
itu.-Sinaran bintangkelihatan di dada langit.-Puluhan
pesertamengambil bahagian pada malam ini.
f. Kata bilangan jamak, tidak boleh disertai dengan penjodoh
bilangan.(kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti
'tiga, empat, lima' dan sebagainya)Salah:-Semuaekorikanyang
dibelinya itu sudah busuk.-Kebanyakanorangpengakapyang hadir turut
memberi sumbangan.Betul:-Semua ikanyang dibelinya itu sudah
busuk.-Kebanyakan pengakapyang hadir turut memberi
sumbangan.-Beberapa ekorikan,enam buahrumahdan sebagainya.
g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata
nama tidak boleh digandakan.Salah:-Banyak ikan yang besar-besardi
kawasan hulu sungai itu.-Semua pegawai di situ garang-garangdan
sukar untuk ditemui.Betul:-Banyak ikan yang besardi kawasan hulu
sungai itu.-Semua pegawai di situ garangdan sukar untuk
ditemui.
h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang
memang berganda.Salah:-Di kawasan sungai itubanyak kura.-Ramai
matabertugas di tempat ini.Betul:-Di kawasan sungai itubanyak
kura-kura.-Ramai mata-matabertugas di tempat ini.
i. Kata bilangan berimbuhan ke. yang menunjukkan jumlah mestilah
digandakan.Salah:-Polis berjaya membarkaskelimaperompak
itu.-Keduaberadik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua
tahun.
Betul:--Polis berjaya membarkaskelima-limaperompak
itu.-Kedua-duaberadik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua
tahun.
j. Kata bilangan tentu (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh
rapat dengan kata bilangan pecahan ('suku, separuh, setengah).
(letak objek antara kata bilangan ini)Salah:-Kami mengambil masadua
setengah hariuntuk sampai di sini.-Anda hanya diberi tempohtiga
suku jamuntuk menyiapkan tugas ini.-Masukkansatu suku sudugaram ke
dalam masakan itu.
Betul:-Kami mengambil masadua hari setengahuntuk sampai di
sini.-Anda hanya diberi tempohtiga jam sukuuntuk menyiapkan tugas
ini.-Masukkansatu sudu sukugaram ke dalam masakan itu.
KATA HUBUNG1. MAKSUD:Kata hubungialah perkataan yang digunakan
untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam
sesuatu ayat.
2. JENIS KATA HUBUNG:a. Kata hubung gabungan:Contoh: dan, serta,
atau, sambil, lalu, makab. Kata hubung pancangan:Contoh: sejak,
semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabilac. Kata
hubungan berpasangan:Contoh: oleh sebab maka, walaupun namun,
biarpun tetapi, meskipun namun, baik mahupun,sama ada mahupun,
bukan sahaja - malah
3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:
a. Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam
satu ayat. (gunakan berselang dengan serta)Salah:--Dia
bekerjadanberniaga pada waktu siangdanberehat pada waktu
malam.Betul:-Dia bekerjadanberniaga pada waktu siangsertaberehat
pada waktu malam.
b. Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan.Salah:-Anda boleh
makandanminum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh
berehat di hoteldandi rumah tumpangan.Betul:-Anda boleh
makanatauminum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh
berehat di hotelataudi rumah tumpangan.
c. Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang
tulis.Salah:-Awak datangdari Melaka atau Johor.-Kamu boleh
membawabuku sejarah atau matematik.-Pelajar itumenghisap rokok atau
dadah.Betul:-Awak datangdari Melaka atau dari Johor.-Kamu boleh
membawabuku sejarah atau buku matematik.-Pelajar itumenghisap rokok
atau menghisap dadah.
d. hingga/ sehingga tidak boleh digunakan bersama-sama dengan
ke. (pilih salah satu sahaja)Salah:-Dia belajar dari pagihingga ke
petanghari.-Ibu menghantar saya dari rumahsehingga
ketepijalan.Betul:-Dia belajar dari pagihinggapetanghari.-Dia
belajar dari pagike petanghari.-Ibu menghantar saya dari
rumahsehingga tepijalan.-Ibu menghantar saya dari rumahke
tepijalan.
e. antara perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan pilihan
atau menunjukkan had serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika
umum, gunakan antara : Antara faktor tersebut ialah
.)Salah:-Antaramembacadanmenulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya
terletakantarakedaidenganpejabat pos.Betul:--Di
antaramembacadenganmenulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya
terletakdi antarakedaidenganpejabat pos.
f. Jika di antara digunakan untuk pilihan atau had, gunakan
dengan sahaja. (Jangan gunakan dan )Salah:-Di antaramakandanminum,
adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletakdi
antarapejabat posdankedai.Betul:-Di antaramakandenganminum, adik
saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletakdi antarapejabat
posdengankedai.
g. Tidak ada kata hubung oleh kerana dalam bahasa
Malaysia.Salah:-Oleh keranasakit, dia tidak hadir ke sekolah pada
hari itu.Betul:-Oleh sebabsakit, dia tidak hadir ke sekolah pada
hari itu.
h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan
tetapi.Salah:--Dia kayadandia kedekut.-Dia malas membuat ulang
kajidanlulus dengan cemerlang.Betul:--Dia kayatetapidia
kedekut.-Dia malas membuat ulang kajitetapilulus dengan
cemerlang.
i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua,
gunakan maka.Salah:-Dia malas membuat ulang kajidandia gagal dalam
peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokokdankaki kanannya
patah.
Betul:--Dia malas membuat ulang kajimakadia gagal dalam
peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokokmakakaki kanannya
patah.
j. kerana tidak boleh diletak di depan ayat. Sebab tidak boleh
diletak di tengah ayat. oleh sebab tidak boleh diletak di tengan
ayat.Salah:-Keranaterlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga
seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolahsebabterlibat dengan
ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan ituoleh
sebabhari hujan.Betul:-Oleh sebabterlalu gembira, dia
melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke
sekolahkeranaterlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa
membatalkan lawatan itukeranahari hujan.
Aktiviti Masteri Peribahasa:-
Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk
soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:
A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:1.bagai menatang
minyak yang penuhIbu bapa selalunya menyayangi dan menjaga
anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuhsehinggalah mereka
dewasa.
2. seperti katak di bawah tempurungSikap Muzammil yang sukar
menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikirantertutup
seperti katak di bawah tempurung.
3. seperti paku dengan penukulPelajar yang malas dan bersikap
seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaanyang
cemerlang dalam peperiksaan.
4. ketam mengajar anaknya berjalan lurusMasih ramai ibu bapa
yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji
pelajaransamalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang
diberi:Contoh: Beri tigaperibahasa yang sesuai dengan cerita yang
diberi.
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan
penuh kasih sayang sanggupmelakukan perkara yang terkutuk itu. Dia
tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kesragut yang
telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu
tidak dapatdiselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang
setimpal.
i.bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh
kasih sayang)ii.bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)iii.anak
emas (anak kesayangan)iv.air muka (diri, peribadi)
2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan
itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan
perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu
bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur
sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih
saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian
berlaku.
i. bagai pinang dibelah dua.ii. sedangkan lidah lagi
tergigit.iii. bagai embun di hujung rumput.
C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang
diberi:Contoh:
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing
liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang
hendak meragut beg tangannya.* keluar mulut harimau, masuk ke mulut
buaya.
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya
Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung
halamannya lebih tenteram.* hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan
saling berbalah.* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang
sesuai:Contoh:
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya
membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila
projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka
bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat
sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung
perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau
bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati
semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyiii. mulut manusia lebih tajam
daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya.iii. anak buah
Latihan 1:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina
ayat daripada peribahasa tersebut.
1. bagaikan kera mendapat bunga2. kerana lembu seekor membawa
lumpur, semuanya terpalit3. burung terbang dipipiskan lada4.
menegakkan benang yang basah5. bagaikan telur dihujung tanduk6.
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya7. bagaikan tikus jatuh
di kepuk8. matinya semut kerana gula9. air dicincang tidak akan
putus10. bagaikan embun di hujung rumput
Latihan 2:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina
ayat daripada peribahasa tersebut.
1. seperti mendukung biawak hidup2. sudah jatuh ditimpa tangga3.
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan4. ditelan
mati emak, dibuang mati bapak5. kalau tidak berada-ada, masakan
tempua bersarang rendah6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang7.
sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina8. genggam bara api
biar sampai menjadi arang9. bagai mencurah air ke daun keladi10.
kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina
ayat daripada peribahasa tersebut.
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi2. Seperti cendawan
tumbuh selepas hujan3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi
kain4. seperti pelanduk dua serupa5. melentur buluh biarlah dari
rebungnya6. seperti ular kena palu7. mati semut kerana gula8. bagai
mendapat durian runtuh9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi
lain-lain10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Latihan 4:Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang
dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang
bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukaioleh penduduk di
kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud
yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir,
semua pihak yang bermusuhan telahberbaik-baik semula seperti
sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk
mencari rezeki, namun kehidupan EncikIzkram masih juga susah
apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya
En. Mohd. Ramsul seorang guru yangbaik hari ,lemah lembut, dan
penyanyang.
5. Walaupunkeluarga EncikMohd. Salam cuba menyembunyikan kisah
anaknya terlibat dalam rasuah,namun akhirnya rahsia tersebut
tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua
pelajar di sekolah itu menganggap pelajarkelas tersebut sebagai
kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya Saidiyahseorang pelajar yang lembam namun
setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya,
akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton
tetapi cuba mengambil bahagian dalampertandingan badminton
peringkat Daerah Perak Tengah.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh
pulang dan menetap semula dikampungnya yang terletak di Negeri
Sembilan.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang
bernamaFarislullah supaya berhenti merokoksia-sia sahaja kerana
tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.