Top Banner
Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 7 Number 1, March 2019 ©Penerbit UMT Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39 KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI ANURA IBRAHIM 1 , RUHANI MAT MIN 2 DAN ZAKARIA MOHAMAD 2 1 Fakulti Sains Sosial, University College Bestari 2 Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu *Pengarang Koresponden: [email protected] Abstrak: Pengalaman kehilangan orang yang tersayang ialah suatu yang amat menyedihkan kepada wanita yang masih mempunyai anak-anak. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang cabaran kesedihan yang dialami oleh wanita selepas kematian suami dan proses yang dilalui semasa menghadapi kesedihan selepas kematian suami. Pendekatan grounded theory diguna untuk kajian ini, bagi mendapatkan data tentang isu kesedihan yang dialami. Seramai sembilan peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini. Peserta berumur di antara 30 hingga 50 tahun, yang masih mempunyai anak yang bersekolah. Kesemua suami mereka meninggal disebabkan penyakit. Hasil kajian mendapati tujuh tema cabaran kesedihan yang dialami oleh wanita selepas kematian suami iaitu emosi terganggu, tanggungjawab kewangan, anak-anak keutamaan, tanggungjawab pelbagai, ingatan berpanjangan, cabaran kesihatan dan akhir sekali sub tema lebih kuat beribadah. Sebanyak tiga proses kesedihan yang dilalui oleh peserta kajian iaitu sedih, menerima dengan reda, bangkit kerana keutamaan kepada anak-anak dan teringat-ingat pada suami. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara hasil kajian ini dengan model lepas proses kesedihan yang dialami. Kata Kunci: Kesedihan, Grounded Theory, Reda, Bangkit, Teringat-ingat. Pendahuluan Sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia menjadi impian setiap insan. Pada pandangan umum, keluarga yang bahagia adalah sebuah keluarga yang sempurna yang terdiri dari sepasang suami isteri dan anak-anak (Malinen, Kinnunen, Tolvanen, RonkA, Wierda-Boer & Gerris, 2010). Walau bagaimanapun kadang-kadang keluarga sempurna ini tidak berpanjangan sebagaimana yang diinginkan. Kesedihan dirasai bila terdapat sesetengah keluarga yang diduga dengan suami meninggal dunia. Apabila suami meninggal disebabkan penyakit yang dideritai, ianya satu kehilangan besar bagi wanita dan anak- anak menyebabkan mereka merasa kesedihan dengan apa yang menimpa mereka. Kehilangan salah seorang ahli keluarga boleh mengganggu keseimbangan sistem keluarga, mengubah struktur, dan memerlukan sistem penyusunan semula dalam proses bertindakbalas, peralihan peranan dan fungsi dalam keluarga (Isserman, Greebne, Bowen, Hollander-Goldfein, & Cohen, 2014). Mereka perlu menghadapi cabaran kehidupan tanpa suami di sisi. Kesedihan adalah suatu perasaan dan keadaan sedih atau kesusahan hati (Kamus Dewan, 2007). Menurut Archer (1999) dan Meuser & Marwrit (2000), kesedihan adalah satu tindakbalas kepada kematian. Ramai pakar psikologi membincangkan proses kesedihan yang dialami seperti Bowlby (1980) membincangkan tentang Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) dan Kubler-Ross (1969) menghasilkan Model Peringkat Kesedihan Kubler- Ross. Permasalahan Kajian Isu kesedihan ini dikaitkan dengan kehilangan orang yang disayangi atau yang bermakna dalam hidup mereka perlu kajian mendalam bagi merungkai apa yang sebenarnya dialami oleh mereka. Walaupun menurut (Melinda Smith, 2012) kesedihan akibat kematian mereka yang disayangi adalah satu tindakbalas normal yang biasa berlaku kepada mereka. Namun isu wanita yang menghadapi kematian suami digambarkan berhadapan pelbagai cabaran terpaksa dihadapi selepas kematian suami yang menjadikan diri mereka mengalami kesedihan. Cabaran pertama sekali sudah semestinya struktur keluarga sekarang telah bertukar, menyebabkan peranan juga bertukar (Nichols, 2010). Struktur keluarga sempurna bertukar kepada keluarga nuklear sebelah ibu (maternatal nuclear family) dimana ianya diketuai oleh ibu sahaja tanpa ada sokongan atau peranan dari pihak bapa (Azizi, 2008). Wanita ini perlu membawa peranan sebagai ayah. Walaupun mereka berperanan sebagai ayah, fizikalnya mereka masih lagi wanita. Mereka tidak mampu melakukan aktiviti yang memerlukan kudrat
16

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Mar 07, 2021

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668

Volume 7 Number 1, March 2019 ©Penerbit UMT

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

ANURA IBRAHIM1, RUHANI MAT MIN2 DAN ZAKARIA MOHAMAD2

1Fakulti Sains Sosial, University College Bestari 2Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Abstrak: Pengalaman kehilangan orang yang tersayang ialah suatu yang amat

menyedihkan kepada wanita yang masih mempunyai anak-anak. Tujuan kajian ini

dijalankan untuk mengkaji tentang cabaran kesedihan yang dialami oleh wanita

selepas kematian suami dan proses yang dilalui semasa menghadapi kesedihan

selepas kematian suami. Pendekatan grounded theory diguna untuk kajian ini, bagi

mendapatkan data tentang isu kesedihan yang dialami. Seramai sembilan peserta

kajian yang terlibat dalam kajian ini. Peserta berumur di antara 30 hingga 50 tahun,

yang masih mempunyai anak yang bersekolah. Kesemua suami mereka meninggal

disebabkan penyakit. Hasil kajian mendapati tujuh tema cabaran kesedihan yang

dialami oleh wanita selepas kematian suami iaitu emosi terganggu, tanggungjawab

kewangan, anak-anak keutamaan, tanggungjawab pelbagai, ingatan berpanjangan,

cabaran kesihatan dan akhir sekali sub tema lebih kuat beribadah. Sebanyak tiga

proses kesedihan yang dilalui oleh peserta kajian iaitu sedih, menerima dengan reda,

bangkit kerana keutamaan kepada anak-anak dan teringat-ingat pada suami. Hasil

kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara hasil kajian ini dengan model lepas

proses kesedihan yang dialami.

Kata Kunci: Kesedihan, Grounded Theory, Reda, Bangkit, Teringat-ingat.

Pendahuluan

Sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia menjadi

impian setiap insan. Pada pandangan umum, keluarga yang

bahagia adalah sebuah keluarga yang sempurna yang terdiri

dari sepasang suami isteri dan anak-anak (Malinen,

Kinnunen, Tolvanen, RonkA, Wierda-Boer & Gerris,

2010). Walau bagaimanapun kadang-kadang keluarga

sempurna ini tidak berpanjangan sebagaimana yang

diinginkan. Kesedihan dirasai bila terdapat sesetengah

keluarga yang diduga dengan suami meninggal dunia.

Apabila suami meninggal disebabkan penyakit yang

dideritai, ianya satu kehilangan besar bagi wanita dan anak-

anak menyebabkan mereka merasa kesedihan dengan apa

yang menimpa mereka. Kehilangan salah seorang ahli

keluarga boleh mengganggu keseimbangan sistem keluarga,

mengubah struktur, dan memerlukan sistem penyusunan

semula dalam proses bertindakbalas, peralihan peranan dan

fungsi dalam keluarga (Isserman, Greebne, Bowen,

Hollander-Goldfein, & Cohen, 2014). Mereka perlu

menghadapi cabaran kehidupan tanpa suami di sisi.

Kesedihan adalah suatu perasaan dan keadaan sedih atau

kesusahan hati (Kamus Dewan, 2007). Menurut Archer

(1999) dan Meuser & Marwrit (2000), kesedihan adalah

satu tindakbalas kepada kematian. Ramai pakar psikologi

membincangkan proses kesedihan yang dialami seperti

Bowlby (1980) membincangkan tentang Model Kesedihan

Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) dan Kubler-Ross

(1969) menghasilkan Model Peringkat Kesedihan Kubler-

Ross.

Permasalahan Kajian

Isu kesedihan ini dikaitkan dengan kehilangan orang yang

disayangi atau yang bermakna dalam hidup mereka perlu

kajian mendalam bagi merungkai apa yang sebenarnya

dialami oleh mereka. Walaupun menurut (Melinda Smith,

2012) kesedihan akibat kematian mereka yang disayangi

adalah satu tindakbalas normal yang biasa berlaku kepada

mereka. Namun isu wanita yang menghadapi kematian

suami digambarkan berhadapan pelbagai cabaran terpaksa

dihadapi selepas kematian suami yang menjadikan diri

mereka mengalami kesedihan.

Cabaran pertama sekali sudah semestinya struktur

keluarga sekarang telah bertukar, menyebabkan peranan

juga bertukar (Nichols, 2010). Struktur keluarga

sempurna bertukar kepada keluarga nuklear sebelah ibu

(maternatal nuclear family) dimana ianya diketuai oleh

ibu sahaja tanpa ada sokongan atau peranan dari pihak

bapa (Azizi, 2008). Wanita ini perlu membawa peranan

sebagai ayah. Walaupun mereka berperanan sebagai ayah,

fizikalnya mereka masih lagi wanita. Mereka tidak

mampu melakukan aktiviti yang memerlukan kudrat

Page 2: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

seorang lelaki (Dharatun Nissa, 2017). Perubahan struktur

keluarga dan peranan ini dilihat dari sudut kelemahan

wanita ini menghadapi kesedihan dalam kehidupan

mereka bersama anak-anak.

Akibat dari perubahan struktur keluarga ini juga

memberi bebanan yang berganda kepada wanita ini

(Dunn, 2015; Diyana, Doris & Nor Aini, 2009)

berbanding keluarga yang sempurna. Wanita yang perlu

keluar bekerja menyebabkan masa semakin kurang

bersama anak-anak (Hamidah, Sabariah, Mohd Taib,

Ajmain, Hamdan dan Puteri Khairul Bariah, 2006).

Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat

membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga

sehingga anak-anak terabai (Zaini, 2014). Mereka

sebenarnya berada dalam keadaan dilema, bagaimana

untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai pekerja dan

sebagai ketua keluarga yang sihat (Albelda, Himmelweit

& Humphries, 2004). Keadaan semakin tertekan apabila

terdapat dalam kalangan anak-anak yang kematian bapa

ini menunjukkan protes dan tingkah laku yang tidak

bersesuaian kepada ibu mereka (Rozumah, Krauss, Siti

Nor & Pei, 2011). Bagi wanita kematian suami yang

muslim pula, kesibukan menggalas bebanan,

menyebabkan mereka terlepas pandang dalam

membentuk peribadi anak dalam acuan Islam yang

sebenar (Dharatun Nissa, 2017). Keadaan ini telah

menimbulkan tekanan dan dilema kepada wanita

kematian suami untuk menghadapinya.

Selain masalah disiplin dalam kalangan anak-anak,

cabaran kemiskinan, pertambahan kos hidup dengan

persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan pelbagai

lagi merupakan antara isu yang terpaksa ditangani oleh

wanita yang kematian suami (Diyana et al., 2009).

Menurut Broussard, Joseph & Thomson (2012), isu

kemiskinan dalam kalangan wanita ini merupakan

penyebab kepada sumber tekanan yang mereka hadapi, ia

dikatakan mempunyai toksik yang tinggi sehingga boleh

mengganggu kesihatan mental dan fizikal mereka.

Rousou, Kuota, Middleton & Karanikola (2013), juga

melihat pada aspek yang sama, iaitu isu kewangan yang

menyumbang kepada tahap stres yang tinggi dikalangan

wanita kematian suami. Mereka dilihat seolah-olah

golongan yang kurang bernasib baik kerana berdepan

dengan masalah kewangan yang serius sehingga menjejas

kesejahteraan mental mereka.

Cabaran seterusnya adalah cabaran emosi. Menurut

Anura, Ruhani & Zakaria (2019), cabaran emosi

merupakan cabaran utama kepada wanita pertengahan

usia yang kematian suami. Antara cabaran emosi ialah

mengalami tekanan (Anura et al., 2019; Bharati, Sridevi

dan Kumar, 2015; Astri, 2014), kesepian dan kesedihan di

saat kenangan bersama pasangan akan selalu muncul di

saat diri berhadapan dengan masalah walaupun kematian

suami lebih dari belasan tahun (Anura et.al., 2019; Winda

Aprilia, 2014). Mereka memerlukan tempoh masa yang

panjang dan boleh membawa kepada kemurungan dan

masalah mental yang lebih serius, dan ianya merupakan

reaksi terhadap kematian yang dipengaruhi oleh fasa

bersedih yang sedang mereka dilalui (Kubler-Ross &

Kessler, 2005; Winda, 2014). Perasaan kesunyian ini

berkait rapat secara spesifiknya dengan ketidakhadiran

individu pertautan yang tidak dapat digantikan oleh

individu yang lain (Dharatun Nissa, 2017). Sekali lagi

wanita yang selepas kematian suami dilihat bermasalah,

perspektif negatif dan lemah.

Kurangnya sokongan sosial terhadap mereka juga

merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wanita

ini. Menurut Grossman, Hudson, Lefler, Jodell & Titilola

(2009), antara isu dan cabaran yang perlu dilalui oleh

wanita kematian suami ini adalah kurangnya sokongan

sosial. Antaranya masalah hubungan dengan adik-beradik

arwah suami disebabkan tidak mempunyai hubungan

yang baik dengan ahli keluarga suami, juga disebabkan

oleh pewarisan harta atau hak-hak lain yang boleh

dimiliki bersama (Dharatun Nissa, 2017). Menurut

Worden & Silverman (1993), kekurangan sokongan

daripada orang yang terdekat boleh menyebabkan tahap

kemurungan yang tinggi dialami oleh wanita kematian

suami. Oleh kerana itu, berdasarkan kepada bukti yang

dinyatakan, pentingnya kajian dilakukan untuk mengenal

pasti cabaran-cabaran yang dilalui semasa proses

kesedihan wanita berhadapan dengan kesakitan dan

kematian suami lebih terperinci.

Persoalan Kajian

Dua persoalan kajian di utarakan dalam kajian ini

iaitu;

1. Apakah cabaran kesedihan yang dilalui oleh

wanita kematian suami?

2. Apakah proses yang dilalui semasa

menghadapi kesedihan selepas kematian

suami?

Peringkat Kesedihan

Peringkat kesedihan akibat kehilangan orang yang

tersayang telah di dikemukan oleh John Bowlby (1980)

dan Kubler-Ross (1969) sebagaimana berikut;

a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of

Grief) (1980)

Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan,

ianya amat sesuai untuk kajian wanita kematian suami ini,

dimana melalui teori ini dapat melihat tahap hubungan

wanita selepas kematian suami. Aspek ini dibincangkan

secara terperinci di dalam teori ini. John Bowlby

mengembangkan teorinya tentang kedekatan dengan

mengatakan bahawa manusia secara nalurinya

memperoleh dan mempertahankan ikatan kasih sayang

dengan orang terdekat melalui tingkahlaku kedekatan.

Kedekatan berlaku semasa arwah suami masih ada lagi.

Dengan kedekatan inilah menyebabkan wanita ini masih

lagi mempunyai hubungan yang kuat sehinggakan masih

lagi mengaitkan tindakan semasa seperti teringat arwah

semasa makan makanan kesukaan arwah. Tingkah laku

21

Page 3: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

kedekatan muncul, sehingga digambarkan individu tersebut

berada dalam penderitaan, kemarahan, mencari individu

atau benda yang hilang, berteriak, menangis dan memprotes

dalam usaha untuk mengembalikan ikatan kasih sayang

yang telah hilang (Bowlby, 1980).

Bowlby dalam kajiannya mencadangkan supaya proses

berkabung perlu dipecahkan agar individu tersebut boleh

berubah dan pulih. Pada dasarnya, kajiannya berfokus kepada

memecahkan kebimbangan. Empat peringkat yang dilalui

oleh mereka yang kematian suami mengikut Teori Kedekatan

Bowlby (1969) iaitu;

1. Peringkat terkejut, penyangkalan dan kekakuan

biasanya berlaku bermula dari beberapa jam

hingga seminggu atau minggu pertama selepas

peristiwa kematian berlaku, dan ianya mungkin

boleh mengganggu mereka, dimana ianya akan

melahirkan tekanan atau kemarahan yang

melampau.

2. Peringkat merindui dan terbayang-bayang mereka

yang telah meninggal dunia, ianya dialami oleh

mereka untuk beberapa bulan dan kadang-kadang

untuk beberapa tahun.

3. Peringkat kecelaruan dan putus asa atau putus

harapan.

4. Peringkat reorganisasi semula kognitif dan

kehidupan diri untuk memulihkan semula

hidupnya dan kesedaran diri.

b. Model Peringkat Kesedihan Kubler-Ross (1969)

Model yang kedua ialah Model Peringkat Kesedihan

Kubler-Ross (1969) telah mengkategorikan peringkat

kesedihan kepada lima peringkat utama iaitu;

1. Penafian (denial) - Penafian biasanya bersifat

sementara. Perasaan ini akan berubah apabila

wanita ini mula ada kesedaran yang tinggi

akan situasi yang berlaku dan memikirkan

suami yang masih sihat dan ada bersamanya.

Pada peringkat ini, dunia menjadi tidak

bermakna dan amat menyedihkan. Wanita ini

berada dalam keadaan terkejut dan penafian.

2. Kemarahan (anger)- Pada tahap ini, wanita ini

mula mengakui penafian tidak boleh

diteruskan. Disebabkan oleh rasa marah,

wanita ini sukar mengawal emosinya dengan

memarahi sesuatu atau seseorang tanpa

mengira tempat dan keadaan.

3. Rasa bersalah (bergaining)- Dalam fasa ini,

wanita menyalahkan diri sendiri atas apa yang

berlaku dan berharap keadaan akan kembali

seperti biasa. Mereka melakukan apa sahaja

untuk mengurangkan rasa kesakitan akibat

kehilangan ini.

4. Kemurungan (depression)- Selepas melalui

fasa rasa bersalah, perhatian wanita ini lebih

kepada apa yang ada pada masa kini. Perasaan

kesunyian mula hadir, kesedihan terhadap

kehidupan berada pada tahap yang mendalam,

lebih mendalam daripada apa yang

dibayangkan. Kemurungan mula berlaku pada

peringkat ini.

5. Penerimaan (acceptance)- Peringkat akhir

dalam tahap-tahap bersedih adalah proses

untuk menerima kenyataan bahawa

kehilangan ini termasuk kehilangan masa sihat

suami dan kehilangan suami di sisi bersifat

kekal dan cuba menerima realiti apa yang

berlaku. Apabila individu menerima

kenyataan, mereka tidak lagi bergantung pada

kehidupan lampau, tetapi mereka perlu

membuat penyesuaian untuk meneruskan

kehidupan.

Kubler–Ross (1969) juga mencadangkan langkah ini

tidak semestinya datang dalam susunan yang

dinyatakan di atas. Proses kesedihan adalah sangat

peribadi dan tidak boleh dipaksa dan semua fasa

dilalui oleh individu bergantung pada tahap kekuatan

emosi individu. Bagi wanita menjaga suami sakit dan

kematian suami, proses ini merupakan proses yang

terpaksa dihadapi oleh mereka supaya dapat

meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.

22

Page 4: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

a.

b.

Rajah 1: Peringkat Kesedihan (grief) Kubler-Ross (1969)

Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif grounded

theory. Grounded theory telah dipelopori oleh dua orang

ahli sosiologi iaitu Glaser dan Strauss pada tahun 1967

(McLeod, 2001). Menurut beliau lagi, teori dalam grounded

theory bermaksud kerangka kerja formal yang dihasilkan

daripada pengumpulan data kajian. Menurut Strauss dan

Corbin (Cresswell, 2012), grounded theory merupakan

pendekatan kajian kualitatif yang digunakan untuk

memperoleh atau menemukan satu teori atau satu skema

analitik yang abstrak dari satu proses (atau tindakan atau

interaksi).

Pengalaman kesedihan selepas kematian suami ini

merupakan satu proses, di mana dalam melalui proses ini

beberapa perkara yang berkait dengan pengalaman ini di

tonjolkan, sehingga menghasilkan satu rumuasan untuk

menjelaskan tentang proses dan interaksi pengalaman yang

dilalui oleh peserta kajian ini. Menurut Strauss & Corbin

(1998), terdapat 3 jenis proses analisis data (coding) iaitu

open coding, axial coding dan selective coding. 3 jenis

coding tersebut dilakukan serentak supaya rumusan yang

dibuat hasil dari data tersebut betul dan tepat sebagaimana

Rajah 2.

Rajah 2: Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Menggunakan Kaedah Grounded Theory

(Sumber: Cresswell, 2012)

Penafian

Kem

arah

an

Ras

a b

ersa

lah

Kem

uru

ng

an

Penerimaan

Open

coding

Pengumpulan

Data

Theoretical sampling

Axial

coding

Selective

coding

Constant comparison

23

Page 5: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Seramai 9 orang peserta yang dikenali sebagai

pserta 1 (P1), peserta 2 (P2), peserta 3 (P3),

peserta 4 (P4), peserta 5 (P5), peserta 6 (P6),

peserta7 (P7), peserta 8 (P8) dan peserta 9 (P9)

temubual separa struktur dan pemerhatian tidak

turut serta. Mereka berumur di antara 30 hingga

50 tahun yang berada di Daerah Setiu terlibat

dalam kajian ini.

Hasil Kajian

Hasil kajian menjawab persoalan ‘Apakah

cabaran kesedihan yang dilalui oleh wanita

kematian suami?’ Dan ‘Apakah proses yang

dilalui semasa menghadapi kesedihan selepas

kematian suami?’

Cabaran kesedihan yang dilalui oleh

wanita kematian suami

Sebanyak tujuh tema dihasilkan dalam tema cabaran

kesedihan selepas kematian suami. Tema paling utama

dialami ialah Emosi terganggu, diikuti tanggungjawab

kewangan, anak-anak keutamaan, tanggungjawab pelbagai,

ingatan berpanjangan, cabaran kesihatan dan akhir sekali sub

tema lebih kuat beribadah. Cabaran kesedihan yang dilalui

oleh wanita kematian suami adalah sebagaimana Jadual 1.

Jadual 1: Kesedihan Selepas Kematian Suami

Tema Sub Tema

Emosi Terganggu Berlawan dengan perasaan (DE1)*

Emosi tidak stabil (DE2)*

Kuat semangat (DE3)**

Memujuk hati (DE4)**

Merasa bersalah (DE5)*

Merasakan macam baru berlaku (DE6)*

Menerima dengan reda kematian suami (DE7)**

Perasaan sedih selepas kematian suami (DE8)*

Tekanan selepas suami meninggal (DE9)*

Merasakan kehilangan tempat berbincang (DE10)*

Merasa arwah masih ada di sisi (DE11)**

Merasa sunyi (DE12)*

Enggan bersosial (DE13)*

Merasa tidak bersalah (DE14)**

Terkejut (DE15)*

Ingatan berpanjangan Teringat-ingat pada arwah (DK1)*

Ingatan segala peristiwa bersama suami macam baru berlaku (DK2)*

Ujian untuk diri (DK3)**

Pada penilaian kognitif lebih baik arwah ada (DK4)*

Pelbagai perkara yang di fikirkan (DK5)*

Kehilangan suami masih segar diingatan (DK6)**

Tidak fikir untuk kahwin (DK7)**

Tidur bermimpi arwah suami (DK8)*

Tanggungjawab pelbagai Fobia dengan hospital (DT1)*

Memikul peranan sebagai ibu dan bapa (DT2)**

Penat bekerja (DT3)*

Sentiasa menziarahi pusara (DT4)**

Berdikari (DT5)**

Berpindah (DT6)*

Pergerakan terhad (DT7)*

Membayar hutang arwah suami (DT8)*

Tidak lena tidur (DT9)*

Bersenam untuk kesihatan diri (DT10)**

Cabaran kesihatan Sakit (DF1)*

Sakit buatan orang (DF2)*

Lebih kuat beribadat Pengharapan kepada Pencipta (DS1)**

Terasa lebih dekat dengan Tuhan (DS2)**

Pengharapan kepada Pencipta (DS1)**

Anak-anak keutamaan Keutamaan kepada anak-anak (SA1)**

Anak berjaya dalam pelajaran (SA2)**

Anak bermasalah (SA3)*

Anak hendak ayah ganti (SA4)*

Masa kurang di rumah untuk bersama anak-anak (SA5)*

Tidak sanggup serah anak kepada orang lain (SA6)**

Anak tidak bermasalah (SA7)**

Anak teringat kepada arwah suami (SA8)*

Anak-anak tidak boleh berjauhan (SA9)*

Anak rapat dengan arwah suami (SA10)*

Tanggungjawab kewangan Mendapat duit KWSP (SW6)**

Tidak cukup kewangan (SW7)*

24

Page 6: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Menerima bantuan zakat (SW8)**

Pendapatan dari sumber-sumber lain (SW9)**

Harta pusaka yang ditinggalkan arwah (SW10)**

Pendapatan tidak menentu (SW11)*

Bekerja makan gaji (SW12)**

Tidak ada harta yang di tinggalkan arwah suami (SW13)*

Tidak ada kenderaan untuk berjalan-jalan bersama anak-anak (SW14)*

*=item negatif **=item positif

Emosi Terganggu

Sebanyak 15 sub tema dalam tema emosi terganggu. Ianya

merupakan tema yang paling utama dialami oleh peserta,

berbanding lain-lain tema. Sub tema perasaan sedih

selepas kematian suami (DE8) dan sub tema menerima

dengan reda kematian suami (DE7) merupakan konsep

yang paling banyak dialami oleh peserta kajian iaitu

kesemua sembilan orang peserta menghadapinya

berbanding lain-lain konsep. Seterusnya sub tema terasa

arwah masih ada di sisi (DE11) sebanyak tujuh peserta

mengalaminya, sub tema kuat semangat (DE3) seramai

enam peserta, sub tema berlawan dengan perasaan (DE1),

sub tema tekanan selepas suami meninggal (DE9), sub

tema merasa sunyi (DE12) dan sub tema terkejut (DE15)

masing-masing lima orang peserta kajian mengalaminya.

Sub tema memujuk hati (DE4), sub tema merasakan

kehilangan tempat berbincang (DE10), masing-masing

empat orang peserta. Sub tema merasakan macam baru

berlaku (DE6) dan sub tema merasa tidak bersalah (DE14)

masing-masing seramai tiga orang peserta. Sub tema emosi

tidak stabil (DE2) dan sub tema merasa bersalah (DE5)

masing-masing dua orang. Akhir sekali sub tema enggan

bersosial (DE13) hanya seorang peserta sahaja yang

mengalami sub tema tersebut.

Jadual 2: Tema Emosi Terganggu

SUB TEMA PESERTA N1

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Berlawan dengan perasaan

(DE1)*

/ / / / / 5

Emosi tidak stabil (DE2 )* / / 2

Kuat semangat (DE3)** / / / / / / 6

Memujuk hati (DE4)** / / / / 4

Merasa bersalah (DE5)* / / 2

Merasakan macam baru berlaku

(DE6)*

/ / 2

Menerima dengan reda kematian

suami (DE7)**

/ / / / / / / / / 9

Perasaan sedih selepas kematian

suami (DE8)*

/ / / / / / / / / 9

Tekanan selepas suami

meninggal (DE9)*

/ / / / / 5

Merasakan kehilangan tempat

berbincang (DE10)*

/ / / / 4

Merasa arwah masih ada di sisi

(DE11)**

/ / / / / / / 7

Merasa sunyi (DE12)* / / / / / 5

Enggan bersosial (DE13)* / 1

Merasa tidak bersalah (DE14)** / / / 3

Terkejut (DE15)* / / / / / 5

N2

Jumlah (*)

Jumlah (**)

10

7

3

9

6

3

3

2

1

11

6

5

9

7

2

6

4

2

10

5

5

6

3

3

5

2

3

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema N2= Jumlah sub tema mengikut peserta

* = item negatif

**= item positi

Tanggungjawab Kewangan

Tema kedua utama ialah tanggungjawab kewangan wanita

selepas kematian suami di antaranya; seramai enam peserta

kajian menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) (SW5). Lima orang peserta bekerja

makan gaji (SW12). Empat orang peserta menyatakan

bahawa pendapatan semakin berkurangan (SW2). Tiga

orang peserta kajian masing-masing memperoleh

pendapatan dari sumber-sumber lain (SW9), mendapat duit

25

Page 7: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

pencen (SW4) dan ada harta pusaka yang ditinggalkan

arwah suami (SW10). Dua orang peserta masing-masing

berniaga (SW1), tidak cukup kewangan (SW7), mendapat

duit KWSP (SW6), menerima bantuan zakat (SW8) dan

tidak ada kenderaan untuk berjalan-jalan bersama anak-

anak (SW14). Seterusnya hanya seorang peserta yang

menyatakan tidak ada harta yang ditinggalkan oleh arwah

suami (SW13) dan membuat pinjaman (SW3) sebagaimana

Jadual 3.

Jadual 3: Tema Tanggungjawab Kewangan

SUB TEMA PESERTA N1

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Berniaga (SW1)** / / 2

Pendapatan semakin berkurangan

(SW2 )*

/ / / / 4

Membuat pinjaman (SW3)* / / 2

Mendapat duit pencen (SW4)** / / / 3

Menerima bantuan Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM)

(SW5)**

/ / / / / / 6

Mendapat duit KWSP (SW6)** / / 2

Tidak cukup kewangan (SW7)* / / 2

Menerima bantuan zakat

(SW8)**

/ / 2

Pendapatan dari lain-lain sumber

(SW9)**

/ / / 3

Harta pusaka yang di tinggalkan

arwah (SW10)**

/ / / 3

Pendapatan tidak menentu

(SW11)*

/ / 2

Bekerja makan gaji (SW12)** / / / / / 5

Tidak ada harta yang di

tinggalkan arwah suami (SW13)*

/ / 2

Tidak ada kenderaan untuk

berjalan bersama anak-anak*

(SW14)

/ / 2

N2

Jumlah (*)

Jumlah (**)

4

1

3

6

2

4

6

2

4

3

0

3

4

2

2

5

1

4

3

0

3

5

3

2

4

3

1

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema N2= Jumlah sub tema mengikut peserta

* = item negatif

**= item positif

Keutamaan kepada anak-anak

Tema ketiga ialah keutamaan kepada anak-anak. Sebanyak

10 sub tema yang dihasilkan dalam tema keutamaan kepada

anak-anak ini sebagaimana Jadual 4. Kesemua peserta

kajian mempunyai anak-anak yang masih belajar dan

sebahagian dari anak peserta sudah bekerja.

Hasil tema ini menunjukkan fikir tentang anak-anak dahulu

(SA1) menjadi perkara utama kepada setiap peserta kajian.

Seramai lima peserta didapati masa kurang di rumah

bersama anak-anak (SA5), empat orang peserta kajian

masing-masing mempunyai anak-anak berjaya dalam

pelajaran (SA2) anak teringat pada arwah suami (SA8), anak

rapat dengan arwah suami (SA10) dan mempunyai anak

tidak bermasalah (SA7). Seorang peserta masing-masing

mempunyai anak hendak ayah ganti (SA6), peserta tidak

sanggup serah anak pada orang lain (SA8) dan anak-anak

tidak boleh berjauhan (SA12).

26

Page 8: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Jadual 4 : Tema Keutamaan Kepada Anak-anak

SUB TEMA PESERTA N1

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Keutamaan kepada anak-anak dahulu (SA1)** / / / / / / / / / 9

Anak berjaya dalam pelajaran (SA2)** / / / / 4

Anak bermasalah (SA3)* / / / / 4

Anak hendak ayah ganti (SA4)* / 1

Masa kurang di rumah untuk bersama anak-anak (SA5)*

/ / / / / 5

Tidak sanggup serah anak kepada orang lain (SA6)** / 1

Anak tidak bermasalah (SA7)** / / / / 4

Anak teringat kepada arwah suami (SA8)* / / / / 4

Anak-anak tidak boleh berjauhan (SA9)* / 1

Anak rapat dengan arwah suami (SA10)* / / / / 4

N2

Jumlah (*)

Jumlah (**)

5

2

3

5

3

2

3

0

3

4

3

1

3

1

2

8

4

4

6

4

2

4

1

3

2

1

1

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema

N2= Jumlah sub tema mengikut peserta

Tanggungjawab pelbagai

Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 10 sub tema

diperoleh dalam tema tanggungjawab pelbagai iaitu sub

tema fobia dengan hospital (DT1), memikul peranan

sebagai ibu dan bapa (DT2), penat bekerja (DT3), sentiasa

menziarahi pusara arwah suami (DT4), berdikari (DT5),

berpindah (DT6), pergerakan terhad (DT7), membayar

hutang arwah suami (DT8), tidak lena tidur (DT9) dan

bersenam untuk kesihatan diri (DT10). Sub tema memikul

peranan sebagai ibu dan bapa merupakan sub tema yang

dinyatakan oleh semua peserta kajian. Manakala sub tema

berpindah dan sentiasa menziarahi pusara arwah suami

sebanyak lima peserta, sub tema pergerakan terhad dan

penat bekerja seramai tiga peserta, dan sub temma berdikari

seramai dua peserta. Sub tema membayar hutang arwah

suami, bersenam untuk kesihatan diri dan fobia dengan

hospital masing-masing seorang peserta kajian sebagaimana

Jadual 5.

Jadual 5 : Sub Tema Tanggungjawab Pelbagai

KONSEP PESERTA N1

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Fobia dengan hospital (DT1)* / 1

Memikul peranan sebagai ibu dan bapa (DT2 )* / / / / / / / / / 9

Penat bekerja (DT3)* / / / 3

Sentiasa menziarahi pusara (DT4)** / / / / / 5

Berdikari (DT5)** / / 2

Berpindah (DT6)* / / / / / / 5

Pergerakan terhad (DT7)* / / / 3

Membayar hutang arwah suami (DT8)* / 1

Tidak lena tidur (DT9)* / / / / / 5

Bersenam untuk kesihatan diri (DT10)** / 1

N2 Jumlah (*)

Jumlah (**)

4 3

1

3 2

1

2 2

0

9 7

2

6 4

2

4 3

1

5 4

1

2 2

0

2 2

0

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema

N2= Jumlah sub tema mengikut peserta * = item negatif

**= item positif

Ingatan berpanjangan

Dapatan kajian mendapati sebanyak tujuh konsep dihasilkan

dalam Sub tema Ingatan Berpanjang iaitu teringat pada arwah,

pelbagai perkara yang difikirkan, ingat tarikh arwah suami

meninggal, tidak fikir untuk berkahwin, tidak lena tidur dan

tidur bermimpi arwah suami sebagaimana Jadual 6.

Kesemua peserta kajian didapati ingat tarikh arwah

suami meninggal (DK6). Teringat-ingatkan pada arwah

(DK1) sebanyak enam peserta kajian. Tidak fikir untuk

kahwin (DK7) dan tidak lena tidur (DK9) masing-

masing sebanyak lima peserta kajian. Tidur bermimpi

arwah suami (DK8) sebanyak empat peserta. Tidak

menyangka (DK2 ) dan pelbagai perkara yang di

fikirkan (DK5) masing-masing tiga orang peserta.

* = item negatif

**= item positif

27

Page 9: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Merasakan lebih baik arwah ada (DK4) sebanyak dua

orang peserta kajian dan hanya seorang peserta

menyatakan ujian untuk diri (DK3).

Jadual 6: Tema Ingatan Berpanjangan

SUB TEMA PESERTA N1

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Teringat-ingat pada arwah (DK1)* / / / / / / 6

Ujian untuk diri (DK2)** / 1

Merasakan lebih baik arwah ada (DK3)* / / 2

Pelbagai perkara yang di fikirkan (DK4)* / / / 3

Kehilangan suami masih segar diingatan (DK5)**

/ / / / / / / / / 9

Tidak fikir untuk kahwin (DK6)** / / / / / / / 5

Tidur bermimpi arwah suami (DK7)* / / / / 4

N2

Jumlah (*)

Jumlah (**)

5

3

2

5

3

2

1

0

1

6

3

3

4

2

2

3

1

2

3

1

2

3

1

2

2

1

1

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan konsep

N2= Jumlah konsep mengikut peserta * = item negatif

**= item positif

Lebih kuat beribadah

Hasil kajian berkaitan dengan tema lebih kuat beribadat

menunjukkan kebanyakan para peserta menggunakan kaedah

sembahyang dan berdoa (DS1) dan terasa lebih dekat dengan

Tuhan (DS2) sebagaimana Jadual 7. Kesemua peserta kajian

terlibat dengan konsep sembahyang dan berdoa dan dua orang

peserta sahaja iaitu P4 dan P5 menyatakan terasa lebih dekat

dengan Tuhan.

Jadual 7: Tema Lebih Kuat Beribadat

SUB TEMA PESERTA N

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Pengharapan kepada Pencipta

(DS1)**

/ / / / / / / / / 9

Terasa lebih dekat dengan Tuhan

(DS2 )**

/ / 2

N

Jumlah (*)

Jumlah (**)

1

0

1

1

0

1

1

0

1

2

0

2

2

0

2

1

0

1

1

0

1

1

0

1

1

0

1

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan sub tema N2= Jumlah sub tema mengikut peserta

* = item negatif

**= item positif

Kedua-dua sub tema lebih kuat beribadat adalah

item positif. Terasa lebih dekat dengan Tuhan

dan berdoa serta sembahyang merupakan

kekuatan kepada peserta kajian untuk

meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Hasil dapatan ini menunjukkan mereka terus

bangkit meneruskan kehidupan dengan lebih

kuat beribadat.

Cabaran kesihatan

Dua sub tema dalam tema cabaran kesihatan yang dialami oleh

wanita kematian suami yang dihasilkan dalam kajian ini iaitu

sakit (DF1) dan sakit buatan orang (DF2) sebagaimana Jadual

8. Sub tema sakit seramai empat orang peserta terlibat dan sub

tema sakit buatan orang seramai tiga peserta.

P1 dan P4 didapati terlibat dengan kesemua sub tema. P7

dan P9 masing-masing satu sub tema sahaja, manakala lain-lain

peserta iaitu, P2, P3, P5, P6 dan P8 tidak terlibat langsung

dengan sub tema cabaran kesihatan. Kedua-duanya adalah item

negatif. Penjelasan lanjut sebagaimana Jadual 8.

J

28

Page 10: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

adual 8: Tema Cabaran Kesihatan

SUB TEMA PESERTA N1

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9

Sakit (DF1)* / / / / 4

Sakit buatan orang (DF2)* / / 2

N2

Jumlah (*)

Jumlah (**)

2

2

0

0

0

0

0

0

0

2

0

2

0

0

0

0

0

0

1

0

1

0

0

0

1

0

1

N1= Jumlah peserta yang terlibat dengan konsep

N2= Jumlah konsep mengikut peserta

* = item negatif **= item positif

Proses yang dilalui semasa menghadapi kesedihan

selepas kematian suami

Hasil kajian menunjukkan bahawa proses yang dilalui

bagi wanita selepas kematian suami adalah;

Pertama- sedih. Semua peserta menyatakan mereka

terkejut dengan kematian suami mereka dan tidak

menyangka suami mereka meninggalkan mereka buat

selama-lamanya. Walaupun mereka mengetahui penyakit

suaminya susah untuk sembuh, harapan dan doa selalu

mengiringi mereka agar suami mereka kembali sihat.

Kesemua peserta mengalami perasaan sedih dengan apa

yang menimpa mereka. Contoh sedih yang dialami oleh

peserta kajian ialah;

“Ho la sedih la…Terlintas sedih la, anak-anak

ramai…”(temu bual 1 P1, hlm. 2).

Perasaan sedih yang dialami oleh P1 dikuatkan lagi

dengan melihat beliau mengalirkan air mata semasa sesi

temu bual dilakukan.

“…nak tengok buka pulak di surau, tapi air mata

(sedih) dari Chalok sampai ke Ia sampai ke balik pulak.

(semasa jenazah arwah di buka, P2 tidak dapat menahan

air mata dari bercucuran sejak dari pergi ke hospital,

kemudian balik semula ke rumah).” (temu bual 1 P2, hlm.

7)

Beliau nampak sedih semasa menceritakan peristiwa

yang menimpa dia (suami meninggal) tanpa disangka-

sangka. (pemerhatian 2 P3, hlm. 1)

“...tapi perasaan sedih tu ada lagi ah… Macam

terbawa-bawa jugak la, teringat… ambik masa jugak

la…”(temu bual 1 P4, hlm. 10)

“Hmm…, terasa (sedih) jugak, kalau rumah tu kan, hok

biasa tempat dia guling sokmo tu kan, nampak bayang

hmmm…”(temu bual 1 P6, hlm. 9)

“Ho la... ye la nak jaga anak, sedih jugak la...doh muga

anak kecik-kecik belaka lagi…” (temu bual 1 P7, hlm. 7)

“hmmm... saya ingat sedih jugak…doh balik dumah

dua-dua lah sakit, macam kita ni jadi misi lah…” (temu

bual 1 P8, hlm. 7)

“…lepas balik lepas sipan (ke bumi) gapo, tanam (ke

bumi) belaka baru balik duk bilik menangis-nangis tak

leh nak kawal lah.” (P9 tidak dapat menahan kesedihan

nya selepas arwah suami dikebumikan. (temu bual 1 P9,

hlm. 9)

Kedua- Menerima dengan reda. Apa yang berlaku ke atas

kesemua peserta kajian mendapati mereka menerima

dengan reda ketentuan Ilahi. P1, P2, P3, P4, P P7, P8 dan

P9 menerima dengan penuh keredaan di atas pemergian

arwah suami, apa yang di harapkan, semoga Allah

memurahkan rezeki beliau untuk membesarkan anak-

anak.

“Kita terima… nak wak krane…” (temu bual 1 P1,

hlm. 2)

“Aku reda dengan pemergiannya… Kau berilah rezeki,

untuk aku membesar anak-anak ku, dengan air mata

bercucuran...”(temu bual 1 P2, hlm 7).

“Kejut jugak…tapi nak buat krane doh…” (temu bual 1

P3, hlm. 3)

“…saya pun jadi macam ge reda doh...Biarlah

kata…”(temu bual 1 P4, hlm. 6)

“Ho lah, saya reda lah ho... doh muga sampai masa dia

doh, kita pun gitu jugak (begitu juga)

tapi tak tahu lagi dok…” (temu bual 1 P7, hlm. 14)

“Sakit 5 tahun 11 hari dia sakit…kita terima hok

berlaku…” (temu bual 1 P8, hlm. 7)

“…nak kata tu memang lah sedih, reda, apa-apa pun

kita reda.” (temu bual P9, hlm. 6)

P5 dan P6 seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku,

menyebabkan beliau terpaksa reda dengan pemergian

29

Page 11: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

suami. Ia berlaku terlalu pantas, dalam keadaan P5

seolah-olah tidak percaya.

“…pastu tak dok (meninggal).. macam tak caya. Bukan

kita tak reda, kita reda, tapi hmmm… la…” (temu bual 1

P5, hlm. 5)

“Tak sangka … tapi saya terima…” (temu bual 1 P6,

hlm. 7)

Ketiga- Bangkit kerana keutamaan kepada anak-anak.

Apa yang menjadi perkara utama kepada para peserta

kajian ialah anak-anak. Mereka telah menjadi ayah dan

ibu secara serentak setelah kematian arwah suami, oleh

yang demikian para peserta kajian tidak mahu

mengabaikan anak-anak. Kesemua peserta kajian tidak

berfikir perkara lain, apa yang difikirkan ialah anak-anak

semata-mata sekarang, ingin membesar anak-anak dengan

sempurna sebagaimana orang lain. Mereka berusaha

mencari kerja untuk mendapat rezeki bagi menyara

keluarganya. Sebagai contoh;

“…duk fikir hal anak-anak… tak dok (tak ada) hok

(yang) lain…”(temu bual 1 P1, hlm. 5)

Pernyataan ini mempunyai persamaan dengan

pemerhatian pengkaji terhadap P1.

P1 dilihat tinggal di rumah peninggalan arwah suami

bersama yang anak yang masih belajar. (pemerhatian 1

P1, hlm. 1)

“…lepas pada tanam dia gapo…paling kut (ikut) tu

anak...paling kut (ikut) ni anak... tak dok aroh nak gaga

(capai)… (selepas arwah suami dikebumikan, saya tengok

sebelah kiri anak, sebelah kanak anak, buntu masa

itu).”(temu bual 1 P2, hlm. 7)

P2 terus bekerja sebagai buruh am di kolej swasta

walaupun tidak habis edah demi anak-anak. P3 pula

terpaksa membuat pinjaman dengan Bank Muamalat bagi

menampung perbelanjaan anak-anak yang menyambung

pelajaran di universiti. Walaupun beliau mendapat pencen

dari arwah suami, tetapi ianya tidak dapat menampung

perbelanjaan anak-anak pada masa itu, selain digunakan

untuk baiki kereta yang menjadi kenderaan utama kepada

mereka sekeluarga.

“Doh nak ngatar budak-budak (menghantar anak-anak

masuk universiti)... masuk bengkel RM1000 pulak, takut

rosak tengah jalan.. van jual ke Pok Ku Nuar dah kan

LKIM RM10,000 hari tu, dah nak ambik duit mana kalau

dok kita pinjam tu hok debok (sekali gus) lalu, RM2000,

RM3000, hok dia nok (yang dia nak) belajar ni minta

RM200, RM300 boleh masuk sikit-sikit, dah nak daftar,

pastu abah dia ninggal bulan 11, bulan 6 Omar gi

UiTM..nak daftar, nak ape, nak pakai duit belaka dok,

jadi kita buat pinjaman tu, bukan buat baiki rumah saja,

nak budak-budak ni…” (temu bual 1 P3, hlm. 7)

P4 tidak mempunyai masalah dari segi kewangan,

kerana beliau bekerja selain dari itu beliau juga mendapat

pencen dan sewa rumah yang ditinggalkan oleh arwah

suami. Walau bagaimanapun semua yang beliau ada,

adalah untuk membesarkan anak-anak dengan dibantu

oleh ibunya yang tinggal bersama dengan P4.

“…macam mana nak hidup lah nak besar kan anak-

anak… nok besar ke anak-anak….dan nasib baik saya

ada kerja…”(temu bual 1 P4, hlm. 7)

Isu dalam temu bual ini mempunyai persamaan dengan

pemerhatian pengkaji terhadap P4.

P4 dilihat sedang berbincang seorang staf tentang

jumlah pembahagian harta pusaka untuk anak-anak dan

dirinya sendiri yang di tinggalkan oleh arwah suami.

(pemerhatian 2 P4, hlm. 1)

Begitu juga dengan P5, P6, P7, P8 dan P9, mereka

menolak keperluan dan kepentingan diri seperti P8

walaupun berumur hampir 55 tahun tapi masih bekerja

dan kesemua peserta juga mahu tinggal bersama anak-

anak, dan ingin melihat mereka membesar sebagaimana

orang lain yang ada bapa.

“...nak cara ke anak dulu.” (temu bual 2 P5, hlm. 1)

Pernyataan ini dikukuhkan dengan pemerhatian

terhadap P5.

P5 dilihat tinggal bersama anak-anak, anak lelaki baru

balik dari sekolah, anak yang telah berkahwin juga ada di

rumah. (pemerhatian 1 P5 , hlm. 1)

“…nak duduk anak-anak.” (temu bual 1 P6, hlm. 10)

P6 bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah Saujana,

semata-mata ingin menanggung anak-anak dan keluarga.

“…ye la nak jaga anak, doh muga (sebab) anak kecik-

kecik belaka lagi.

(temu bual 1 P7, hlm. 7)

P7 tinggal bersama anak-anak di rumah yang di bina

sebelah rumah abang P7. Beliau juga bekerja sebagai

cleaner di sebuah sekolah di Saujana.

“…saya nak kerja lagi, sebab anak sekolah sape (siapa)

nak tanggung.” (temu bual 1 P8, hlm. 13)

Walaupun P8 sudah berusia, beliau tetap bekerja demi

anak-anak.

“Hmmm…mikir ke anak lah.” (temu bual 1 P9, hlm 12)

Walaupun P9 sakit kanser, beliau tetap menerima

tempahan menjahit baju untuk menampung perbelanjaan

anak dan keluarga beliau.

30

Page 12: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Keempat- Teringat-ingat pada arwah suami. Majoriti

peserta kajian mengatakan mereka masih teringat kepada

arwah suami. Teringat pada arwah tidak dapat di kesan

melalui pemerhatian kerana kebanyakan peserta sibuk

dengan kerja dan anak-anak. P1 mengatakan beliau

semakin lama semakin teringat pada arwah suami.

Sekiranya beliau teringat pada arwah suami, beliau akan

membaca ayat Al-Quran.

“Loni (sekarang) rasa macam baru la jugak, tika

(masa) ingat, macam serabut, tika (masa) ingat ko dia

(arwah), rasa macam baru-baru jah...”(temu bual 1 P1,

hlm. 3)

Kenangan ini mempunyai persamaan dengan

pemerhatian terhadap P1.

P1 dilihat sedang memperingatkan anak lelaki pertama

supaya selalu mengaji untuk ayah yang telah meninggal.

(pemerhatian 1 P1, hlm. 1)

P2 mengatakan bahawa beliau selalu teringat tempat

arwah menunggu di wakaf hospital dan bunyi siren

ambulan. Disebabkan arwah suami terlalu lama sakit

iaitu hampir 10 tahun, keluar masuk hospital dan bunyi

siren ambulan adalah perkara biasa semasa arwah masih

ada.

“…banyak kenangan, macam, mari sokmo (selalu),

macam lalu kut (ikut) spital (hospital) tu, macam dia duk

(duduk) tunggu di wakaf nampok sokmo (sentiasa), muga

banyak tubik masuk spital (kerapkali keluar masuk

hospital)… kalau ambulan tak leh (tak boleh) dengar

siren ambulan tu, teringat ke dia.”(temu bual 2 P2, hlm.

4)

P4 selalu teringat pada waktu arwah suami balik dari

kerja. P5 pula tidak boleh kalau tidak menziarahi kubur

arwah setiap Jumaat, kerana P5 akan teringat-ingatkan

arwah. P6 teringat-ingat tempat arwah biasa berbaring dan

makanan yang disukai. P7 pula semakin lama semakin

teringat terutama apabila menghadapi masalah anak-anak

remaja.

“Hmmm… sebab duduk rumah tu kan (rumah di Setiu).

Ingat macam ge time ni (masa ni) dia balik pukul 8.00

malam…”(temu bual 1 P4, hlm. 10)

“…K tie tak leh tak gi (pergi) kubur rasa teringat-

ingat…”(temu bual 1 P5, hlm. 7)

“Hmm, terasa jugak, kalau rumah tu kan, hok biasa

tempat dia guling (baring) sokmo (selalu) tu kan, nampak

bayang hmmm…. Kalau makan-makan gak, dia berehi

gotu (suka itu), goni (ini) kan teringat lah…”(temu bual 1

P6, hlm. 9)

“Kadang tu mari, baru-baru tu dia tak tu mana lagi

(tak teringat), koho lama jadi teringat (semakin

teringat).” (temu bual 1 P7, hlm. 10)

Perbincangan Hasil Kajian

Perbincangan kajian dibuat mengikut susunan persoalan

kajian iaitu; (1) cabaran kesedihan yang dilalui oleh

wanita kematian suami, (2) proses yang dilalui semasa

menghadapi kesedihan selepas kematian suami. Masing-

masing hasil kajian dibincang dan disokong dengan

pelbagai teori dan hasil-hasil kajian lepas yang dilakukan

oleh pengkaji-pengkaji sebelumnya.

Cabaran kesedihan yang dilalui oleh wanita kematian

suami

Cabaran emosi yang terganggu adalah cabaran paling

banyak dihasilkan dalam kajian ini namun mereka reda

dengan apa yang terjadi. Reda merupakan satu kekuatan

kepada mereka. Ia menyebabkan wanita ini tidak

mengalami perasaan sedih yang melampau atau mencapai

tahap kemurungan dengan reda menerima ujian. Dapatan

kajian ini ada sedikit persamaan dengan kajian oleh

Bharati et al., (2015), Enekeme (2015), Shuchter &

Zisook (1993), Bonanno, Wothman, Lehman, Tweed,

Haring, Sonnega, Carr &Nesse (2002) dan Yusnita Marlia

Suryani (2010), mereka mendapati wanita yang baru

kematian suami mengalami kesedihan. Terdapat

sebahagian dari kalangan mereka dalam kajian lepas

mencapai tahap kesedihan yang melampau. Walau

bagaimanapun wanita dalam kajian ini tidak mencapai

tahap kesedihan yang melampau.

Mereka juga perlu kuatkan semangat menghadapi

dugaan ini. Kekuatan semangat mereka bukan disebabkan

oleh pendapatan yang stabil seperti gaji yang tinggi

namun ia nya disebabkan oleh melihat kepada anak-anak

yang tiada orang lain tempat mereka bergantung selain

dari peserta kajian. Dapatan kajian ini terdapat sedikit

kesamaan dengan kajian Hamdan, Ummi Habibah &

Zuraini (2008), mendapati tahap kendiri yang tinggi

dalam kalangan ibu tunggal yang bekerja di bandar.

Mereka boleh menguruskan kehidupan yang lebih baik

salah satunya disebabkan oleh pendapatan yang agak

stabil di kalangan mereka.

Hasil kajian juga menunjukkan sebahagian wanita ini

mengalami tekanan dengan peristiwa yang menimpa

mereka. Ia disebabkan banyak tanggungjawab yang

terpaksa dilakukan selepas ketiadaan suami. Tekanan

yang dialami bagaimanapun ianya belum sampai tahap

tekanan yang agak tinggi. Ianya bermaksud tekanan

berada dalam tahap yang masih terkawal. Dapatan ini

berbeza dengan hasil dapatan Astri Nur Kusumasturi

(2014), Siti Nur Zakirah (2014), Hamidah et al., (2008),

Weitoft (2000), Holmes & Rahe (1967), dan Gass-Sternas

(1995). Hasil kajian lepas menunjukkan peserta kajian

yang menghadapi peristiwa kematian suami mengalami

tekanan hidup sehinggakan sebahagian mereka yang

mengalami tekanan yang melampau. Ianya disebabkan

pelbagai faktor seperti tanggungjawab menjadi ibu dan

31

Page 13: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

bapa serentak dan beberapa tanggungan yang lain. Ianya

merupakan perkara pertama dan utama yang dialami oleh

mereka.

Ingatan berpanjangan wanita ini pula mengalami

keadaan teringat-ingatkan pada arwah, mereka juga tidak

fikir untuk kahwin lagi dan apabila tidur sentiasa

bermimpi arwah suami. Dapatan kajian ini juga

bersamaan dengan kajian Dian Ratna (2007) mendapati

wanita kematian suami ini ingatan terhadap suami mereka

memang susah untuk dihilangkan. Sehinggakan ingatan

terhadap suaminya sentiasa dalam kenangan. contohnya,

suaminya sentiasa menunggu beliau untuk makan

bersama selepas balik dari kerja walaupun isterinya sudah

makan, dan sentiasa menghantar dan mengambilnya

pulang dari kerja. Wanita ini juga didapati tidak mahu

berkahwin untuk kali kedua, pelbagai perkara yang

difikirkan oleh peserta kajian, dan ia nya bertepatan

dengan hasil kajian ini mendapati, wanita ini tidak fikir

untuk kahwin dan pelbagai perkara yang di fikirkan.

Hasil kajian juga mendapati peserta kajian menganggap

apa yang berlaku merupakan ujian untuk diri dan keluarga

mereka, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Ia nya selari dengan kajian Dharatun Nissa (2017)

mendapati peserta kajian perlu berfikiran positif iaitu

dengan berfikiran terbuka dan tidak mengambil pusing

percakapan orang sekeliling. Keadaan itu menyebabkan

mereka dapat menyesuaikan diri dengan status ibu

tunggal dalam tempoh masa yang agak cepat. Beberapa

kognitif lain yang dialami oleh wanita dalam kajian ini

ialah namun kurang diberi penekanan oleh kajian lepas

ialah tidak menyangka apa yang terjadi, pelbagai perkara

yang difikirkan oleh mereka selepas suami meninggal dan

merasakan lebih baik sekiranya arwah. Ianya perlu diberi

perhatian supaya masyarakat faham apa yang dialami oleh

mereka.

Pengalaman tanggungjawab pelbagai mendapati

keseluruhan wanita ini menjadi ibu dan bapa kepada

anak-anak. Sebahagian mereka didapati berpindah.

Mereka juga sentiasa menziarahi pusara arwah suami.

Pergerakan untuk ke mana-mana terhad kerana tiada

kereta. Mereka juga mengalami rasa penat dengan

tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada keluarga.

Walau bagaimanapun mereka cuba untuk berdikari.

Seorang peserta terpaksa membayar hutang arwah suami

dan terdapat juga seorang peserta yang fobia dengan

hospital. Item negatif juga lebih banyak berbanding item

positif di dalam pengalaman tingkah laku ini.

Dapatan kajian tidak ada keselarasan dengan dapatan

kajian Hamdan et al., (2008), di mana wanita dalam

kajian mereka mempunyai tahap tingkah laku asertif yang

tinggi dan kurangnya tekanan yang lain. Ianya

mempunyai kaitan dengan faktor bekerja dan mempunyai

pendapatan melebihi RM1500.00 sebulan dan mempunyai

anak kurang dari tiga orang. Hasil kajian ini dan hasil

kajian lepas menunjukkan faktor yang berbeza dialami

oleh wanita ini dalam tingkah laku mereka yang

menyebabkan tekanan hasil kajian ini atau tidak

menyebabkan tekanan hasil kajian lepas. Begitu juga

dengan kajian Dharatun Nissa (2017) menunjukkan

wanita ini mampu untuk menangani cabaran yang

dihadapi salah satu strategi daya tindak yang digunakan

adalah bertingkah laku positif.

Wanita ini juga didapati terpaksa melakukan banyak

perkara selepas arwah suami meninggal seperti menjadi

ibu dan bapa kepada anak-anak dan penat merupakan

perkara paling utama dalam tingkah laku. Dapatan kajian

ini selaras dengan kajian Dian Ratna (2007), kerana

banyak perkara yang terpaksa dilakukan oleh peserta

kajian sedangkan sebelum arwah meninggal segala urusan

rumahtangga banyak dilakukan oleh suami. Wanita ini

telah menggantikan peranan suami yang sebelum ini tidak

pernah dilakukannya, seperti mengurus kereta, bil-bil

elektrik, telefon, memasak untuk anak-anak yang sebelum

ini dilakukan oleh suaminya, mengajar matematik dan

membawa anak-anak bersiar-siar secara sendiri. Kedua-

dua peserta sedikit tertekan dengan apa yang mereka

alami.

Mereka menjalankan pelbagai tanggungjawab seolah-

olah tiada apa yang terjadi, kerana apa yang difikirkan

adalah anak-anak. Sekiranya mereka tidak menunjukkan

tingkah laku yang baik, menyebabkan ianya memberi

kesan kepada anak-anak. Ia nya tidak bersamaan dengan

hasil kajian Yusnita Marlia Suryani (2010). Beliau

mendapati peserta tidak lalu makan pada peringkat awal

kematian suami, sehinggakan berat badan turun pada

peringkat awal kematian suami. Cabaran kesihatan

sebahagian wanita ini menunjukkan mereka mengalami

sakit dan terdapat juga yang mengalami sakit buatan

orang. Seorang peserta kajian mengalami sakit kanser,

seorang sakit gegendang telinga, seorang mengalami

ketumbuhan payu dara dan seorang mengalami gastrik.

Dapatan kajian juga tidak selaras dengan hasil kajian

(Herman, 1977). Hasil dapatan mereka mendapati peserta

kajian membunuh diri dan terlibat dengan minum alkohol

selepas suami meninggal.

Boleh dikatakan banyak tekanan yang dihadapi oleh

mereka dalam menangani diri mereka. Namun dikuatkan

dengan pengalaman lebih kuat beribadah di mana

keseluruhan peserta melakukan sembahyang dan berdoa

dan terasa lebih dekat dengan Tuhan. Perkara tersebut

menunjukkan bahawa kekuatan kerohanian membantu

wanita ini menangani situasi atau keadaan yang menekan

mereka disebabkan peristiwa kematian suami. Oleh sebab

itulah mereka boleh dan bersedia menghadapi apa yang

terjadi kepada mereka. Kajian ini sependapat dengan

kajian Nur Anifatul Aliyah (2014) menunjukkan bahawa

strategi daya tindak agama memainkan peranan besar

dalam kehidupan mereka, kerana mereka memerlukan

kebergantungan kepada Tuhan. Peserta juga banyak

menggunakan strategi daya tidak agama yang positif

berbanding dengan negatif seperti ikhlas, sabar dan

bersyukur. Begitu juga kajian oleh Dharatun Nissa (2017)

32

Page 14: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

juga menunjukkan salah satu strategi daya tindak yang

digunakan adalah amalan pendekatan spiritual.

Persamaan hasil kajian ini juga jelas dengan hasil kajian

Hamidah (2008). Beliau mendapati spiritual dan

keagamaan boleh mengurangkan sebarang gejala negatif

berlaku dalam kalangan keluarga ibu tunggal. Begitu juga

kajian Dian Ratna (2007). Beliau mendapati peserta

kajian sentiasa berdoa ketika menghadapi masalah.

Kesemua peserta kajian ini juga sentiasa berdoa dan

sembahyang dalam menghadapi hidup tanpa suami di sisi.

Fariza (2005) menunjukkan bahawa menggunakan cara-

cara yang positif dalam menguruskan tekanan terutama

sekali menggunakan pendekatan amalan kerohanian

adalah lebih berkesan. Kemudian dikuatkan lagi dengan

Model Integrasi Kehidupan Sihat Secara Spiritual

Seaward (2006) mendapati spiritual yang baik akan

mengurangkan tekanan seseorang.

Sebagai seorang kaunselor, beberapa perkara yang

penting yang perlu diambil kira oleh kaunselor

profesional apabila mendapat klien dari wanita yang

menjaga suami sakit dan akhirnya kematian suami.

Pertamanya perlu tahu waktu yang kritikal yang dilalui

oleh wanita ini. Peringkat awal semasa menjaga suami

sakit dan disusuli dengan kematian suami merupakan

waktu yang memerlukan empati dan sokongan kuat dari

individu yang signifikan dengan mereka. Pada masa ini

wanita ini terdedah dengan emosi yang negatif seperti

kesedihan, kesunyian, tertekan dan memerlukan

perluahan emosi kepada seseorang. Melalui penceritaan

yang diceritakan oleh peserta kajian melalui temu bual,

mereka membuat refleksi dan mengimbau semula

pengalaman sedih yang dilalui. Terdapat kekuatan yang

sebenarnya ada dalam diri mereka yang kadang-kadang ia

tidak disedari oleh mereka. Perkara tersebut juga berlaku

dalam sesi kaunseling. Mereka berkongsi pengalaman dan

mengimbau kembali peristiwa yang telah mereka alami

kepada kaunselor. Empati dan mengambil berat kaunselor

kepada klien sangat perlu dalam menangani isu wanita

kematian suami yang hadir sesi kaunseling. Perhatian dari

semua pihak perlu diberikan kepada diri wanita ini

terutamanya yang melibatkan perkara yang memberi

tekanan kepada mereka. Supaya perkara yang memberi

tekanan ini tidak memberi kesan negatif kepada diri

mereka sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat.

Proses dalam menghadapi kesedihan

Hasil kajian mendapati peserta melalui empat peringkat

kesedihan iaitu sedih, menerima dengan reda, bangkit

kerana keutamaan kepada anak-anak dan teringat-ingat

pada arwah suami. Sedangkan dalam Model Kesedihan

Bowlby (1980), empat peringkat yang berbeza dilalui

oleh mereka yang kematian suami iaitu; peringkat

terkejut, peringkat merindui dan terbayang-bayang

mereka yang telah meninggal dunia, peringkat kecelaruan

dan putus asa atau putus harapan dan peringkat

reorganisasi semula kognitif dan kehidupan diri untuk

memulihkan semula hidupnya dan kesedaran diri. Begitu

juga dengan Model Peringkat Kesedihan Kubler-Ross

(1969) telah mengkategorikan peringkat kesedihan

kepada lima peringkat utama iaitu penafian (denial) -

Penafian biasanya bersifat sementara, kemarahan (anger)-

Pada tahap ini, wanita ini mula mengakui penafian tidak

boleh diteruskan, rasa bersalah (bergaining)- Dalam fasa

ini, wanita akan menyalahkan diri sendiri atas apa yang

berlaku dan berharap keadaan akan kembali seperti biasa,

kemurungan (depression)- Selepas melalui fasa rasa

bersalah, perhatian wanita ini lebih kepada apa yang ada

pada masa kini dan penerimaan (acceptance)- Peringkat

akhir dalam tahap-tahap bersedih adalah proses untuk

menerima kenyataan bahawa kehilangan ini termasuk

kehilangan masa sihat suami dan kehilangan suami di sisi

bersifat kekal dan cuba menerima realiti apa yang

berlaku.

Walaupun teori Bowlby (1980) dan Kubler-Ross

(1969) tidak menyatakan secara khusus setiap peringkat

dari segi tempoh masa, namun mereka memecahkan apa

yang dialami oleh wanita ini mengikut peringkat dan

proses-proses tersebut. Sedangkan hasil kajian ini jelas

menunjukkan bahawa peringkat dan proses hampir

serentak, dalam keadaan tengah bersedih, terkejut, para

peserta terus bangkit menghadapi hari esok demi anak-

anak dan menerima segala ujian yang menimpa dengan

reda. Majoriti peserta kajian terus mencari pekerjaan, atau

bagi yang sudah mempunyai pekerjaan, mereka kembali

bekerja walaupun belum habis idah dan tanpa memikirkan

kesedihan mereka. Bagi mereka anak-anak perlu

diutamakan sekarang.

Terdapat persamaan semasa fasa pertama hasil kajian ini

dengan teori lepas. Cuma ianya berbeza semasa peringkat

kedua dan seterusnya, perbezaan yang ketara ini mungkin

disebabkan peserta kajian mempunyai anak-anak. Cara

menangani isu kesedihan mereka adalah berbeza dengan

peserta lain.

Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi

oleh wanita kematian suami ini menyumbang kepada

kesedihan mereka. Proses kesedihan yang dilalui oleh

peserta kajian berlaku seolah-olah berlaku serentak

disebabkan tindakan yang diambil oleh peserta kajian

begitu drastik demi anak-anak. Pada peringkat pertama

boleh disimpulkan berlaku perkara yang sama kepada

semua wanita yang kematian suami. Hasil kajian juga

berbeza pada peringkat kedua dan seterusnya dan ianya

berbeza dengan fasa kesedihan model yang lepas.

Rujukan

Abelda, R., Himmelweist, S., &

Humphries, J. (2004). The Dilemmas of Lone

Motherhood: Key Issues for Feminist Economics.

Feminist Economics, 10(2), 1-7.

33

Page 15: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min dan Zakaria Mohamad

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Anura Ibrahim, Ruhani Mat Min & Zakaria Mohamad.

(2019). Challenges of Single, Middle-Aged Mother.

Proceedings of the Regional Conference on Science,

Technology and Social Sciences (RCSTSS 2016).

Singapore: Springer Nature Singapore Pte Ltd.

Archer, J. (1999). The Nature of Grief: The Evolution and

Psychology of Action to Loss. New York:

Rroutledge.

Astri Nur Kusumastuti. (2014). Stres Ibu Tunggal yang

Memiliki Anak Autisme. Jurnal Psikologi Volume

2, No. 7, 54-60.

Azizi Yahaya. (2008). Pembentukan Personaliti Remaja

Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Bharati. P., Sridevi. G., & Kumar. K. B. (2015). Gender

Difference and Age Factor in Loneliness,

Depression and Social Network Effects of

Widowhood. International Journal of Scientific

and Research Publication, Volume 5, (11), 179-

186.

Bonanno, G.A., Wothman, C., B., Lehman, D., R.,

Tweed, R., G., Haring, M., Sonnega, J., Carr, D.,

& Nesse, R., M. (2002). Resilience to Loss and

Chronic Grief: A Prospective Study from Pre-loss

to 18-Month Post Loss. Journal of personality and

social psychology, 83(5): 1150-64.

Bowlby, J. (1969). Attachment and Loss. Vol 1:

Attachment. New York: Basic Books.

Bowlby, J. (1980). Attachment and Loss: Loss, Sadness

and Depression. (Vol. III). New York: Basic

Books.

Broussard, C.A., Joseph, Al., & Thompson, M. (2012).

Stressor and Coping Strategies used by Single

Mothers Living in Poverty. Journal of Women and

Social Work, 27(2), 190-204.

Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning,

Conducting, and Evaluating Quantitative and

Qualitative Research (4th ed.). Boston, MA:

Pearson.

Dian Ratna Sawitri. (2007). Menjalani Hidup Sepeninggal

Suami: Kenangan, Perjuangan, dan Harapan.

www.eprints.undip.ac.id/8588/1/Menjalani_Hidup

_Sepeninggal_Suami.pdf

Diyana Isahak, Doris Padmini Selvaratnam & Nor Aini

Idris. (2009). Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam

Menghadapi Perubahan Persekitaran Global.

Prosiding PERKEM IV, Jilid 1, 324-336.

Dharatun Nissa Puad Mohd Kari. (2017). Strategi Daya

Tindak dalam Kalangan Ibu Tunggal Kematian

Suami. (Doktor Falsafah). Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Dunn, C.R. (2015). Young widows’ grief: A Study of

Personal and Contextual Factors Associated with

Conjugal Loss. (3733815 Ph.D.) Utah State

University: Ann Arbor. Retrieved from

http://search.proquest.com/docview/1731940705?a

ccountid=27931

Enekeme. B.A., (2015). Psychological and Social

Problem of Widowhood. World Educators Forum,

Volume 7 No. 1, ISSN: 2350 - 2401

Fariza Md Sham. (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam.

ISLA-MIYYA-T 27(1): 3 – 24. Jabatan Pengajian

Dakwah dan Kepimpinan. Fakulti Pengajian Islam.

UKM Bangi Selangor Darul Ehsan.

Gass-Sternas, K. (1995). Single Parent Widows:

Stressors, Appraisal, Coping, Resources, Grieving

Responses and Health. Marriage and Family

Review, 20 (3/4), 411-445.

Grossman, C.C., Hidson, D.B., Lefter, R.K., Jodell, R.K., &

Titilola, O. (2009). Community Leaders’

Perceptions of Hispanic, Single, Low-Income

Mothers’ Needs, Concerns, Social Support, and

Interactions with Heath Care Services. Issues in

Comprehensive Pediatric Nursing, 32, 31-46.

Hamdan Abdul Kadir, Ummi Habibah Abd Rani &

Zuraini Zakaria. (2008). Hubungan antara Tingkah

Laku Asertif dan Konsep Kendiri dengan Stress di

kalangan Ibu Tunggal Bekerja di Bandar

Mentakab, Pahang. Asertif. Skudai, Johor: Penerbit

Universiti Teknologi

Malaysia.www.bookchapter_fppsm14.pdf

Hamidah Ab. Rahman, Sabariah Din, Mohd Taib Dora,

Ajmain Safar, Hamdan Abd. Kadir & Puteri

Khairul Bariah Mohd Mansur. (2006). Faktor

Penyumbang kepada Masalah Keluarga dan

Penceraian: Kajian Kes di Johor. Universiti

Teknologi Malaysia: Fakulti Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia.

Herman, S.J. (1977). Women, Divorce and Suicide.

Journal of Divorce. 1 (2)

Isserman, N., Greene, R.R., Bowen, S.P., Hollander-

Goldfein, B., & Cohen, H. (2014).

Intergenerational Families of Holocaust Survivors:

Designing and Piloting a Family Resilience

Template. Journal of Evidence-Based Social Work,

11(3), 256-268.

34

Page 16: KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI · a. Model Kesedihan Bowlby (John Bowlby’s Model of Grief) (1980) Teori Kedekatan Bowly memfokuskan kepada hubungan, ianya amat sesuai untuk kajian

KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :20-39

Kamus Dewan. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kubler-Ross, E. (1969). On Death and Dying. London:

Routledge.

Kubler-Ross & Kessler. (2005). On Grief and Grieving:

Finding the Meaning of Grief through the Five

Stages of Loss. New York: Scribner.

Malinen, K., Kinnunen, U., Tolvanen, A., RonkA, A.,

Wierda-Boer, H., & Geris, J., (2010. Happy

Spouses, Happy Parent? Family Relationship

Among Finnish and Dutch Dual Earnes. Journal of

Marriages & Family, 72 (2), 293-306.

McLeod, J. (2001). Qualitatives Research in Counselling

and Psychotherapy. London: SAGE Publication.

Melinda Smith. J.S. (2012) Coping and Loss. Retrieved

March 15. 2012. From helpguide.org.

http://helpguide.org/mental/grief_loss.htm

Meuser, T.M., & Marwit, S.J. (2000). An integrative Model

of Personality, Coping & Appraisal for the

Prediction of Grief Involvement in Adult. Omega:

Journal of Death & Dying, 40, 375-393.

Nichols, M.P. (2010). Family Therapy Concepts and

Methods (9th ed). Boston: Pearson Education.

Nur Anifatul Aliyah. (2014). Koping Religius Pada Ibu

yang Berperanan sebagai Orang Tua Tuan. Tesis

Sarjana Strata Satu. Yogyakarta. Fakulti Ilmu

Sosial dan Humaniora. Universitas Islam Negeri

Sunan Kalijaga.

Rousou, E., Kouta, C., Middleton, N., & Karanikola, M.

(2013). Single Mothers’ Self- assessment of

Health: A Systematic Exploration of the Literature.

International Nursing Review, 60, 425-434.

Rozumah, B., Krauss, S. E., Siti Nor, Y., & Pei, T. J.

(2011). Family Processes as Predictors of

Antisocial Behaviors among Adolescents from

Urban, Single-Mother Malay Families in Malaysia.

Journal of Comparative Family Studies, 42(4),

509-522.

Seaward, B. L. (2006). Managing Stress. Principles and

Strategies for Health and Well-Being. Fifth

Edition. Boston: Jones and Bartlett Publishers.

Shuchter & Zisook. (1993). Uncomplicated Bereavement.

J Clin Psychiatry. 54 (10): 365-72

Siti Nur Zakirah Mohd. Hashim. (2014). Hubungan

antara Tingkah Laku Tegas Diri dengan Tekanan

dalam Kalangan Ibu Tunggal Bekerja yang

Berdaftar di Pertubuhan Ibu Tunggal C. A. R.E

Negeri Johor. (Sarjana Sains), Universiti

Teknologi Malaysia.

Strauss A., & Corbin J. (1998). Basic of Qualitative

Research: Techniques and Procedures for

Developing Grounded Theory. New York: SAGE

Publication.

Weitoft, G.R. (2000). Mortality among Lone Mothers in

Sweden: A Population Study. The

Lancet. Vol. 355: 1215-1219.

Winda Aprilia. (2013). Resiliensi dan Dukungan Sosial

pada Orang Tua Tunggal (Studi pada Ibu Tunggal

di Samarinda). ejournal.psikologi.fidsp-unmul.org,

1(3): 268-279.

Worden, J. W. & Silverman, P.S. (1993). Grief and

Depression in Newly Widowed Parent with

School-age Children. OMEGA. Journal of Death

& Dying, 27, 251-261

Yusnita Marlia Suryani. (2010). Penyesuaian Diri sebagai

Kepala Keluarga. Tesis Sarjana Pendidikan.

Surakarta: Fakulti Keguruan dan Iimu Pendidikan.

Universitas Sebelas Maret.

Zaini Said. (2014). Hubungan Spiritualiti, Religiositi,

Sokongan Sosial ke atas Kesihatan Mental dalam

kalangan Ibu Tunggal di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur: (Doktor Falsafah). Universiti

Kebangsaan Malaysia.

35