7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
1/47
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 1 - PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian 3
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Kepentingan Kajian 10
1.4 Skop Kajian 12
1.5 Batasan Kajian 13
1.6 Objektif Kajian 14
1.6.1 Objektif Am
1.6.2 Objektif Khas
1.7 Persoalan Kajian 15
1.8 Definisi Konsep 15
1.8.1 Pembelajaran Koperatif 15
1.8.2 Laman Web 16
1.8.3 Mata Pelajaran Sejarah 16
1.8.4 Tingkatan Dua 17
1.9 Kesimpulan 17
1
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
2/47
BAB 2 - TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 18
2.1 Pembelajaran Koperatif 18
2.2 Pembelajaran Berasaskan Laman Web 29
2.3 Pembelajaran Sejarah 39
2.4 Rumusan 40
BIBLIOGRAFI 41
2
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
3/47
KESAN TERHADAP PEMBELAJARAN KOPERATIF BERASASKAN LAMAN WEB
BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH KBSM TINGKATAN DUA
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Kurikulum Sejarah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Inggeris pada tahun 1863 di
peringkat Menengah Rendah. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Omar Hashim (1992).
Kurikulum Sejarah pada ketika itu ditentukan oleh Universiti Cambridge, London. Namun
walau bagaimanapun, pada tahun 1891 buat kali pertamanya pelajar di Tanah Melayu
mengambil peperiksaan Sejarah dalam Cambridge Local Examinations. Selain itu, di sekolah-
sekolah aliran Melayu, kurikulum Sejarah diajar hanyalah dengan tujuan agar dapat memahami
budaya Melayu melalui pengalaman kesusasteraan khususnya yang berbentuk hikayat seperti
Sejarah Melayu danHikayat Hang Tuah (Khoo Kay Kim, 1992).
Pada masa kini mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras kepada pelajar-pelajar
sekolah menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1990). Perlaksanaan KBSM telah mengubah kedudukan mata pelajaran
Sejarah. Mata pelajaran Sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah secara
berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Penekanan terhadap kepentingan mata
pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara kita dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah khususnya, merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis amalan yang
dijalankan oleh setiap pelajar selama ini. Selian itu, kurikulum ini juga telah dirangka selaras
dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara (Omar Hashim, 1992).
3
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
4/47
Mata pelajaran Sejarah adalah sangat penting dalam proses memupuk semangat
kewarganegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, menurut (Nicol, 1984),
mata pelajaran ini dapat membangunkan kemahiran pendidikan dalam ruang yang lebih luas
dan bukan setakat sebagai bahan pembacaan sahaja. Mata pelajaran Sejarah mengandungi
banyak idea yang abstrak serta berkonsep yang kadangkalanya agak sukar difahami oleh para
pelajar khususnya. Setiap konsep yang terkandung dalam sukatan pelajaran sejarah ini amat
penting untuk mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual seseorang pelajar
itu. Namun, seseorang pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep jika tidak mengetahui
maksud atau makna perkataan tersebut. Justeru itu, fakta yang diperolehi mempunyai perkaitan
dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk,
membina dan mengembangkan sesuatu konsep tersebut (Abdul Rahim,2000). Memandangkan
pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir,
maka penekanan terhadap teknik atau kaedah pengajaran yang membolehkan pelajar dapat
mengingati serta menguasai isi kandungan pelajaran diperlukan dalam mata pelajaran Sejarah
adalah wajar dilakukan oleh guru sejarah. Guru adalah pemantau serta secara langsung menjadi
fasilitator kepada anak didiknya dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
Selama ini terdapat tanggapan yang pelbagai mengenai mata pelajaran Sejarah. Ada
yang membuat tanggapan bahawa mata pelajaran Sejarah adalah satu ulangan peristiwa yang
membosankan dan tidak meransang minda untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah semasa
(Santhiram, 1978). Maka dengan itu, segala tanggapan dan pandangan pelajar serta orang ramai
itu haruslah dibendung dan diatasi dengan satu cara atau kaedah yang berkesan. Individu yang
memainkan peranan utama dalam proses ini adalah guru dan pelajar. Guru harus memastikan
4
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
5/47
strategi dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan
di sekolah. Dalam hal ini, strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui kaedah
koperatif yang berasaskan web perlu dijalankan sepanjang masa. Perkara ini juga secara
langsung dapat memenuhi domain pendidikan iaitu kognitif, efektif dan psikomotor pelajar.
Pelajar juga akan didedahkan dengan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Perkara ini bersesuaian dengan hasrat Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan yang ingin mewujudkan jalinan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, dalam era globalisasi ini secara tidak langsung telah membuka cabaran baru
kepada sektor pendidikan negara di dalam meningkatkan daya saing pengajaran dan
pembelajaran di negara ini setaraf dengan negara membangun lain. Penggunaan teknologi
maklumat secara tidak langsung telah menjadi pemangkin yang begitu jitu kepada peningkatan
kualiti di dalam bidang ini. Penerbitan secara elektronik juga telah memberikan kaedah baru
untuk menyampaikan pengetahuan terutama kepada institusi pendidikan (Walker, 1998).
Teknologi perkomputeran telah memainkan peranan yang amat penting dalam
kehidupan harian kita dan yang lebih khususnya adalah kepentingan kepada pelajar sekolah.
Generasi baru hari ini perlulah dibekalkan dengan kemahiran perkomputeran yang secukupnya
bagi menandingi cabaran dan kualiti hidup yang lebih baik dan sempurna. Selain itu juga,
golongan ini perlu mempunyai kemahiran asas seperti mengakses, memanipulasi serta
menghasilkan maklumat dengan menggunakan kemahiran dan peralatan yang berkonsepkan
teknologi. Dengan kesedaran akan keperluan dan kepentingan literasi perkomputeran ini, pihak
kurikulum telah mengambil langkah inisiatif untuk memperkembang dan menekankan
penggunaan teknologi maklumat di peringkat sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
5
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
6/47
Penggunaan teknologi maklumat berasaskan web sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran adalah suatu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan prestasi akademik
pelajar. Kaedah semasa yang diterapkan terutama bagi mata pelajaran Sejarah masih
mempunyai kekurangan apabila semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kaedah
tradisional masih lagi dilakukan. Pengajaran berbentuk syarahan dengan guru menulis nota di
papan hitam dan memberikan lembaran kerja kepada pelajar untuk disiapkan adalah
penerimaan yang terlalu pasif dan perlu dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan web. Terdapat ramai pengkaji juga mendapati bahawa pembelajaran
berasaskan laman web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Perkara ini
secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang selama ini dikatakan lesu dan sangat membosankan. Proses pembelajaran
cara konvensional kini telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya sistem
pembelajaran yang dilengkapi dengan kemudahan komputer serta jaringan telekomunikasi.
Oleh itu, pembelajaran koperatif berasaskan web merupakan satu cara atau kaedah yang
berkesan. Selain itu, kaedah ini juga membolehkan seseorang pelajar menggunakan strategi
kognitif yang sesuai untuk meningkatkan motivasi, lebih idea dan pemahaman yang cepat
terhadap sesuatu pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari sesuatu mata pelajaran
menggunakan pengetahuan sedia ada dan dengan menggunakan pengalaman sedia ada mereka
sendiri (Joyce, Weil & wald, 1972). Sistem pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diolah
bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran tersebut berubah dan berpusatkan kepada
pelajar (Slavin et al., 1985). Selain itu, pembelajaran koperatif berasaskan web juga boleh
membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan
6
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
7/47
sesuatu masalah dengan berkesan. Berikutan itu, secara tidak langsung dapat meningkatkan
mutu prestasi akademik dan minda pelajar berkaitan dengan dunia teknologi maklumat.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan web adalah konsep yang
mengintergrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication
Technology (ICT) dalam sistem pendidikan. Perkara ini merupakan satu perkembangan
pendidikan hasil daripada ledakan ICT yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut
dalam membantu menyelesaikan sesuatu permasalahan atau kekurangan pembelajaran
tradisional.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang ingin dikaji oleh
pengkaji. Mengikut pemerhatian awal pengkaji, dalam konteks pendidikan sejarah di sekolah-
sekolah masa kini kebanyakan kaedah pengajaran pembelajaran Sejarah yang digunakan guru
adalah kurang menarik dan boleh mematikan semangat serta motivasi pelajar untuk
mempelajari sejarah. Menurut Abdul Rahim (1985) dalam tinjauan yang dibuat oleh Unit
Kajian Kemasyarakatan Jabatan Pelajaran Johor di 59 buah sekolah rendah dan 39 sekolah
menengah di Muar didapati kebanyakan guru sejarah bergantung sepenuhnya kepada isi
pelajaran daripada buku teks, pengajaran guru berdasarkan kaedah syarahan dan penerangan,
guru menyuruh murid-murid membaca buku sejarah secara bergilir-gilir dan sangat sedikit guru
yang berusaha meyampaikan pengajaran berdasarkan kaedah yang dicadangkan oleh kurikulum
Sejarah KBSM sepertimenggunakan kaedah yang menekankan penyiasatan, penerokaan dan
penemuan. Rohana (1986), juga membuat kesimpulan yang sama iaitu guru kurang melibatkan
pelajar secara aktif sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran sejarah.
7
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
8/47
Walaupun kurikulum sejarah KBSM sudah lama diperkenalkan, namun kaedah
pengajaran dan pembelajaran sejarah masih lagi tidak mengalami perubahan yang besar.
Perkara ini dapat dibuktikan hasil daripada kajian Wan Zahid (1992), yang mendapati hanya
6.6 minit daripada 40 minit yang diperuntukan, digunakan untuk pelajar menyuarakan
pendapat dan menjawab soalan sewaktu proses pembelajaran dan pembelajaran sejarah.
Fenomena ini berlaku kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran, pelajar lemah,
saiz kelas yang besar, keadaan kelas yang kurang kondusif dan pelbagai lagi alasan lain yang
diberi oleh guru tetapi apa yang pastin suasana pembelajaran di bilik darjah bercorak sehala
(Aini Hassan 1992).
Kaedah pengajaran sebegini mengakibatkan proses pembelajaran menjadikan tidak
seronok dan lesu. Tambahan pula cara pengajaran banyak menggunakan kaedah lisan dan
hanya berpusatkan guru. Ini boleh meninggalkan kesan negatif dalam proses pembelajaran bagi
setiap pelajar. Menurut Bruner (1969), jika pengajaran tidak seimbang dengan kebolehan
pelajar yang sedia ada, mungkin pembelajaran tidak akan berlaku seperti yang diharapkan
bahkan apa yang akan berlaku ialah pelajar akan menagalami sekatan psikologi antara dirinya
dengan guru dan pelajaran sejarah. Keadaan seperti ini boleh mematikan minat pelajar terhadap
mata pelajaran Sejarah seterusnya prestasi akademik pelajar semakin merundum dan tidak
bermaya.
Menurut Rowse (1963), oleh sebab sejarah bukan satu disiplin yang sempit tetapi
memerlukan pemikiran yang ekstensif, satu ilmu Ever Becoming iaitu boleh dibuat melalui
pelbagai interprestai dan mengalami perubahan dari semasa ke semasa (Furet, 1983; Khoo Kay
Kim, 1991). Pemilihan kaedah pengajaran haruslah melibatkan pelajar secara aktif. Untuk
8
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
9/47
mencapai tujuan tersebut, guru seharusnya memberikan penekanan kepada proses penyiasatan
dan penemuan dan menghindarkan penggunaan kaedah yang menuntut guru menyampaikan
fakta sebanyak mungkin atau dengan kata lain guru tersebut berasa bangga dengan
penyampaiannya sendiri tanpa mengetahui tahap kefahaman pelajar.
Sekiranya pendekatan ini dapat dilakukan oleh guru, maka pembelajaran sejarah itu
akan memenuhi kehendak kurikulum sejarah KBSM. Disamping itu juga, melalui pengajaran
sejarah secara langsung dapat mengembangkan pemikiran kritis, melatih pemikiran sejarah
(historical thinking) dan pemikiran membuat pertimbangan sejarah (historical judgement) yang
secara amnya merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran sejarah. Daripada
perbincangan di atas, boleh dikatakan bukanlah kerana mata pelajaran sejarah yang tidak
menarik tetapi kegagalan guru menggunakan kaedah yang berkesan menjadikan mata pelajaran
ini tidak menarik dan lesu. Perkara ini selari dengan pendapat Brown (1980) iaitu, It is not the
course that they inefficient but the way theytaught.
Oleh yang demikian, satu kaedah alternatif harus diketengahkan supaya pengajaran dan
pembelajaran sejarah menjadi lebih menarik dan matlamat serta objektif utamanya tercapai.
Kaedah yang dicadangkan seharusnya dapat menimbulkan rasa seronok belajar, bermakna
dalam kehidupan, menyuburkan minat, meningkatkan pelbagai potensi diri pelajar di samping
untuk tujuan akademik. Jika ini dapat dilakukan, mata pelajaran Sejarah bukan saja berguna
malah bermakna dan dihargai oleh pelajar. Mata pelajaran Sejarah juga akan sentiasa kekal
sebagai mata pelajaran yang merentasi kurikulum.
Sehubungan dengan itu, kajian ini berusaha mengetengahkan satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang difikirkan sesuai, berkesan dan praktikal untuk proses pengajaran dan
9
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
10/47
pembelajaran Sejarah khasnya dalam konteks Pendidikan Sejarah di Malaysia. Kaedah yang
dicadangkan ini adalah untuk mengatasi kelesuan yang sering berlaku dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah. Kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif berasaskan web
adalah satu kaedah yang boleh dikatakan sesuai dan dapat membantu meningkatkan prestasi
akademik pelajar bagi mata pelajaran Sejarah. Kaedah ini dipilih kerana ia mementingkan
penglibatan pelajar secara aktif, dapat menyemai nilai-nilai murni seperti yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Negara (FSK), meningkatkan kemahiran belajar, teknologi
maklumat dan komunikasi seperti mengumpul dan mengkelas maklumat, mentafsir,
menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. Perkara ini juga secara langsung dapat memenuhi
domain FPK yang meminta guru memenuhi dan menerapkan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Selain itu dalam kaedah pembelajaran koperatif berasaskan web ini juga terdapat
pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan dan disesuaikan dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Slavin (1985), kaedah ini berstruktur, berstrategi dan sesuai digunakan
dalam pelbagai mata pelajaran Sejarah.
1.3 Kepentingan Kajian
Matlamat dan objektif kajian ini secara langsung memberikan gambaran agar kaedah
pembelajaran dan pengajaran koperatif berasaskan web berupaya memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan disetiap sekolah. Kaedah ini juga boleh
dijalankan dengan lebih baik dan bersistematik kerana dengan adanya bantuan jaringan
komunikasi iaitu web. Permasalahan yang wujud berdasarkan kepada kajian yang dijalankan
memberikan gambaran satu mekanisma baru perlu diwujudkan menerusi teknologi maklumat
dan kaedah pendidikan yang bersesuaian. Kepentingan kepada pendekatan baru adalah jelas
bagi menarik minat pelajar dan memudahkan pelajar menguasai terutama di dalam mata
10
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
11/47
pelajaran Sejarah. Kaedah konvensional yang akan menggunakan teknologi atas talian ini akan
dapat mengubah paradigma pelajar sejajar dengan perkembangan teknologi pendidikan.
Kajian ini juga penting dilakukan kerana guru boleh menggunakannya sebagai kaedah
alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana selari dengan cadangan yang diberikan
dalam kurikulum sejarah KBSM disamping dapat meningkatkan potensi diri para pelajar sama
ada dalam aspek kognitif mahupun afektif, berupaya mencapai matlamat, objektif pengajaran
dan pembelajaran Sejarah. Selain daripada itu, kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu
seperti institusi pendidikan atau penganjur kursus peningkatan profesionalisme guru supaya
memberi kursus dan latihan cara melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif berasaskan web
dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya mereka yang mengajar mata pelajaran Sejarah di
sekolah.
Selain itu, melalui kajian yang dijalankan ini secara tidak langsung juga dapat
membuka minda pelajar agar tidak terlalu berfikir tentang kesulitan mempelajari mata pelajaran
Sejarah. Melalui kaedah yang dicadangkan ini, para pelajar boleh mengakses maklumat dengan
sendiri tanpa terlalu terhad dengan bahan yang disediakan oleh guru semata-mata. Pelajar juga
boleh meminta pandangan daripada pelajar luar kawasan mengenai topik yang diberikan.
Proses pengumpulan maklumat menjadi lebih berkesan apabila segala bukti yang dicari
disampaikan oleh pelajar sendiri di dalam kelas sebelum memasukan data tersebut di atas talian
bagi perbincangan selanjutnya.
Justeru itu, kaedah tradisional yang berpusatkan guru dapat diberikan anjakkan
paradigma melalui transformasi dalam kaedah pembelajaran koperatif berasaskan web.
Pembelajaran dua hala akan berjalan sepanjang masa di dalam kelas dan secara langsung para
11
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
12/47
pelajar menjadi semakin berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah yang dulunya lesu
dan tidak bermaya. Namun guru adalah mentor utama dalam mengembangkan lagi idea-idea
sedia ada disamping menjadi seorang pemantau yang berkesan.
1.4 Skop Kajian
Skop kajian saya adalah lebih berfokuskan kepada pelajar tingkatan dua. Manakala perkara
utama yang akan diambil perhatian dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kaedah yang
berkesan bagi memantapkan mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Selain
itu, mutu prestasi akademik pelajar yang mempelajari mata pelajaran Sejarah juga diambil
perhatian. Kajian ini juga melihat kebolehan pelajar tingkatan dua dalam proses mengakses
maklumat bagi melengkapkan tugasan yang diberikan mengikut tema-tema tertentu. Kajian ini
juga melihat tahap keupayaan pelajar tingkatan dua dalam proses mencari maklumat yang
merangkumi fakta sebenar, bahan bukti yang diperolehi dan seterusnya menyampaikannya
kepada pelajar lain sebelum dimuatkan setiap maklumat tersebut di atas talian bagi
perbincangan global.
Kajian ini akan dijalankan di beberapa buah sekolah. Kriteria sekolah yang akan dipilih
adalah berdasarkan kesesuaian dengan tajuk kajian penyelidik. Tumpuan kajian iaitu di sekitar
bandar Merlimau, Melaka yang di kategorikan sebagai sekolah luar bandar. Tujuan penyelidik
memilih lokasi itu sebagai kawasan kajian disebabkan kedudukan kawasan tersebut sebagai
salah satu lokasi yang agak strategik untuk menjalankan kajian. Hal ini kerana Merlimau bukan
sahaja mempunyai banyak sekolah bahkan para pelajarnya juga kurang mendapat pendedahan
teknologi maklumat. Selain itu, kebanyakan pelajar di tempat kajian adalah dari kalangan yang
keluarganya berpendapatan rendah. Mereka perlukan pendedahan seiring dengan pelajar-
pelajar Bandar yang sememang sangat mahir dalam dunia teknologi. Walaupun pada
12
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
13/47
hakikatnya, taraf hidup di kawasan ini sederhana namun tidak dinafikan ada sebilangan
penduduk di kwasan ini juga mempunyai pendapatan yang stabil. Tetapi melalui pemerhatian
pengkaji, para pelajar yang terlibat dalam kajian ini bertaraf sederhana dari segi kehidupan
semasa.
Kajian ini akan dijalankan melalui pelaksanaan kaedah pemerhatian, soal selidik serta
temuramah daripada sebahagian pelajar tingkatan dua di sekolah terbabit yang jumlah
sebenarnya adalah seramai 275 orang.
1.5 Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan di beberapa kawasan di Bandar Merlimau, Melaka. Responden yang
akan dipilih terdiri daripada beberapa orang pelajar tingkatan dua. Kajian ini juga member
tumpuan kepada kelas yang mempunyai tahap akademik baik dan sederhana. Kajian ini hanya
akan memberikan tumpuan khusus terhadap prestasi pelajar dari segi akademik melalui kaedah
koperatif berasaskan web.
1.6 Objektif Kajian
1.6.1 Objektif Am
13
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
14/47
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan laman web sosial terhadap
prestasi pelajar menengah. Kajian yang dijalankan adalah di sebuah sekolah di bandar
Merlimau, Melaka.
1.6.2 Objektif Khas
Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji. Antara objektif khas
tersebut adalah seperti di bawah:
1. Mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap pengajaran sejarah menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif berasaskan laman web.
2. Mengenalpasti perspektif pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah koperatif berasaskan laman web bagi mata pelajaran sejarah.
3. Meneliti penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah koperatif berasaskan laman web bagi mata pelajaran sejarah.
4. Mengkaji tahap keupayaan pelajar mengakses maklumat menggunakan laman web bagi
mata pelajaran sejarah.
5. Mengenalpasti keberkesanan pendekatan kaedah koperatif berbanding kaedah
tradisional.
6. Kajian ini untuk membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif berasaskan web
merupakan satu kaedah alternatif yang dapat membantu mencapai matlamat, objektif
pengajaran dan pembelajaran sejarah serta selari dengan Falsafah Pendidikan Sejarah
KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara.
1.7 Persoalan Kajian
14
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
15/47
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, kajian yang dijalankan ini
sebenarnya bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang ingin dikaji semasa kajian ini
dilaksanakan. Antara persoalan yang diutarakan seperti berikut:
1. Apakah kaedah yang boleh digunakan bagi mengetahui tahap kefahaman pelajar
terhadap mata pelajaran sejarah?
2. Bagaimanakah kebolehan pelajar dalam mengakses maklumat menggunakan laman web
bagi proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah perspektif pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah koperatif berasaskan laman web bagi mata pelajaran sejarah
4. Sejauhmanakah penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut?
5. Adakah pendekatan kaedah koperatif lebih berkesan berbanding kaedah tradisional
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah?
1.8 Definisi Konsep
1.8.1 Pembelajaran Koperatif
Secara umumnya, keseluruhan pergerakan yang berkembang di sekitar format pembelajaran
bersama-sama sering dikenali sebagai pembelajaran koperatif (Kohn, 2009). Pembelajaran
koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil supaya
pelajar dapat bekerja bersama-sama untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan
pelajar lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1998). Sebaik sahaja kaedah pembelajaran koperatif
dilaksanakan, maka ia menjadi satu strategi pengajaran berstruktur tinggi yang melihat bahawa
ramai pelajar dapat belajar dengan lebih baik apabila mereka berinteraksi dengan rakan sebaya
15
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
16/47
mereka (Williams, 2002). Pembelajaran koperatif juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang
membenarkan pelajar bekerja dan belajar dalam kumpulan kecil yang mempunyai kemahiran
yang berbeza (Slavin, 1987). Apabila pelajar tersebut dapat belajar bersama-sama, maka
pembelajaran koperatif mampu untuk meminpin pelajar kepada social power learning
(Zemelman, Daniels & Hyde, 1993)
1.8.2 Laman Web
Laman web ialah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer, biasanya mengandungi
teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan,
individu dan sebagainya yang dapat dicapai melalui Internet (Kamus Pelajar, 2008). Selain itu,
laman web bukan sahaja berfungsi sebagai penghubung antara organisasi dan individu dengan
oragnisasi dan individu luaran, tetapi juga dapat menggambarkan atau mencerminkan imej
organisasi atau individu itu sendiri (Mohd. Shahizan et al. (2006).
1.8.3 Mata Pelajaran Sejarah
Menurut Kamenterian Pelajaran Malaysia (2000), Sejarah ialah mata pelajaran teras di
peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai perasaan bangga dan cinta akan tanah air, bersemangat kekitaan dan perpaduan
serta menjadi warga dunia yang berupaya untuk mewujudkan persefahaman di peringkat
antarabangsa.
1.8.4 Tingkatan Dua
16
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
17/47
Pelajar tingkatan dua merujuk kepada pelajar sekolah menengah di peringkat menengah rendah
yang berjaya menamatkan pelajaran di tingkatan satu sebelum menaiki tingkatan dua dan
berumur antara 13 hingga 14 tahun.
1.9 Kesimpulan
Perbincangan berkenaan tentang latar belakang kajian ini telah memberikan kefahaman yang
lebih mendalam berkenaan latar belakang kajian ini, sekaligus menimbulkan keperluan kepada
penghasilan kajian ini. Bagi memastikan kajian ini berada di landasan yang betul, tinjauan
literatur perlu dijalankan bagi mewujudkan keselarasan antara kajian ini dan kajian yang lepas.
Oleh itu, bab seterusnya akan membincangkan kajian-kajian lepas yang mempunyai kaitan
secara langsung atau tidak langsung dengan kajian ini. Tinjauan literatur juga turut menyorot
hasil kajian lepas sama ada dari luar atau dalam negara yang relevan dengan kajian ini.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
17
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
18/47
2.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan sorotan penulisan yang berkaitan dengan aspek-aspek penting
mengikut pembahagian yang telah dispesifikan mengikut keutamaan. Hal ini bertujuan
membantu pengkaji mendapatkan gambaran lanjut berkenaan bidang yang hendak dikaji.
Eleman-eleman yang akan dibincang oleh pengkaji di dalam bab ini ialah pertama mengenai
kelesuan dan penyertaan pelajar yang agak pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Sejarah. Selain itu juga, kajian ini bertujuan untuk melaksanakan kaedah
koperatif dalam bilik darjah.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan
pembelajaran koperatif termasuklah menggunakan laman web dalam meningkatkan mutu dan
proses pengajaran dan pembelajaran. Bab ini akan dimulakan dengan perbincangan mengenai
kajian lepas mengenai pembelajaran koperatif daripada pelbagai aspek. Perbincangan
seterusnya akan meneliti kajian lepas mengenai pembelajaran berasaskan laman web dan
diakhiri dengan perbincangan mengenai kajian lepas yang dijalankan oleh sarjana mengenai
pembelajaran sejarah.
2.1 Pembelajaran Koperatif
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran terutamanya mata pelajaran Sejarah menjadi
semakin menarik dan mudah, satu usaha yang berteruskan perlu dijalankan. Penggunaan
pelbagai pendekatan atau model pembelajaran bukan sahaja dapat mengelakkan pelajar berasa
bosan dengan mata pelajaran Sejarah, tetapi juga dapat meningkatkan minat dan kefahaman
mereka terhadap sejarah. Salah satu model pembelajaran yang dapat digunakan dalam
18
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
19/47
pembelajaran sejarah ialah model koperatif. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan
oleh sarjana berkenaan pembelajaran koperatif seperti prinsip dan teori pembelajaran koperatif
serta kesan penggunaan pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar.
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif juga adalah satu strategi
pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu- membantu di antara satu
sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah
koperatif terutamanya yang berasaskan web, guru perlu menentukan pengetahuan dan
kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh setiap para pelajar. Seorang guru juga perlu
memberitahu pelajar tentang cara bekerjasama dalam setiap kumpulan kecil itu. Pelajar-pelajar
juga perlu melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah
bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan iaitu
mereka perlu menolong antara satu sama lain.
Kaedah koperatif juga mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial
pelajar tersebut. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk
mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakan-rakan yang berada dalam
kumpulan tersebut.
Menurut D. W. Johnson & R. T. Johnson (1989) dan Kagan (1992) dalam Koh Lee
Ling et al. (2008), pembelajaran koperatif yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu
mematuhi lima prinsip utama yang berikut:
19
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
20/47
(i) Hubungan saling gantung yang positif
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling bergantung
untuk mencapai matlamat kumpulan yang diberikan, kejayaan seseorang ahli kumpulan
bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang ahli kumpulan
bermaksud kegagalan seluruh kumpulan, ("sink or swim together"). Untuk mewujudkan
hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat bersama untuk setiap kumpulan,
memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya mencapai kritiria yang
ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi peranan peranan Kapten, Pelari, Penggalak
dan Pemeriksa.
(ii) Akauntabiliti individu
Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran
individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian murid sama
ada dengan memberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid secara rawak dari setiap
kumpulan untuk menjawab soalan dan markah yang diperolehi diberi kepada kumpulan
tersebut.
(iii) Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama
lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi sokongan kepada usaha ahli
kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun supaya dapat bersemuka antara satu sama
lain.
(iv) Kemahiran sosial
20
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
21/47
Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangant penting untuk menjayakan
pembelajaran koperatif. Guru perlu mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan terancang
dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat
keputusan, mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. Kemahiran sosial juga adalah
amat penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan dari etnik dan
budaya yang berbeza.
(v) Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian
matlamat. Ini membolehkan ahli kumpulan terus berfokus pada matlamat bersama, berusaha
membaiki kemahiran sosial, memastikan ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap
sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan untuk terus bekerjasama.
Pada peringkat awal, teori pembelajaran koperatif telah diperkenalkan oleh Johnson,
Johnson & Holubec (1986). Terdapat lima elemen utama dalam kumpulan pembelajaran
koperatif iaitu saling kebergantungan yang positif, akauntabiliti individu dan kumpulan,
interaksi bersemuka, kemahiran interpersonal dalam kumpulan yang kecil dan pemprosesan
kumpulan. Teori tersebut kemudian telah dikembangkan oleh Slavin (1987, 1989) yang mula
memasukkan ciri-ciri kurikulum dalam pembelajaran koperatif, sekaligus memudahkan guru-
guru yang sukar untuk mengaplikasikan kurikulum dalam pembelajaran koperatif. Kagan
(1989) kemudian telah memasukkan beberapa aktiviti penting dalam pembelajaran koperatif
sepertijigsaw puzzle dan round Robin yang boleh diaplikasikan dalam mana-mana kurikulum.
Seterusnya Bellanda & Fogarty (1991) telah memperkenalkan unsur pemikiran tahap tinggi
dalam pembelajaran koperatif (Williams, 2002).
21
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
22/47
Menurut Slavin (1990), terdapat beberapa teori pembelajaran yang menerangkan kesan
pembelajaran koperatif terhadap pembelajaran pelajar, iaitu Teori Tingkah Laku, Teori Kohesif
Sosial, Teori Perkembangan Kognitif dan Teori Penerangan Kognitif. Kesemua teori tersebut
amat mementingkan interaksi sesama pelajar dalam proses pembelajaran. Terdapat dua teori
yang boleh diaplikasikan bagi mendorong pelajar berinteraksi sesama ahli kumpulan. Pertama
ialah Teori Kohesif sosial yang mencadangkan bahawa pelajar akan mula berinteraksi apabila
mereka mula mengenali dan mengambil berat antara ahli kumpulan. Kedua ialah Teori Tingkah
Laku yang mencadangkan bahawa ganjaran adalah perlu sebagai motivasi untuk pelajar
berinteraksi antara satu sama lain (Suhaida et al., 2006).
Salvin (1987) pula mencadangkan dua perspektif teori yang dapat dikaitkan dengan
kesan positif pembelajaran koperatif. Salvin (1987) juga menegaskan kesan pembelajaran
koperatif ialah melibatkan teori perkembangan (development) dan teori elaborasi (elaboration).
Teori developmentmengandaikan bahawa interaksi sesama pelajar dalam menjalankan tugasan
yang bersesuaian akan dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep
penting (Damon, 1987). Hal ini kerana melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar
akan terpaksa menerangkan dan membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu
tajuk atau isu dan ini seterusnya membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap
apa yang mereka pelajari. Semasa sesi perbincangan antara pelajar tersebut, usaha untuk
menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul turut mengakibatkan peningkatan
tahap pemahaman terhadap konten yang dipelajari.
Selain itu, terdapat juga beberapa kajian lain mengenai kesan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pendekatan koperatif terhadap para pelajar. Menurut Humphreys,
Johnson & Johnson (1982), mereka telah membuat perbandingan strategi pembelajaran secara
22
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
23/47
koperatif, kompetitif dan individualistik dalam pembelajaran sains. Hasil kajian mereka
menunjukkan bahawa pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah koperatif dapat
mengingat dan mengekalkan setiap maklumat yang dipelajari dengan lebih banyak, berbanding
pelajar yang belajar secara kompetitif dan individualistik. Kajian Sherman & Thomas (1986)
turut memperolehi hasil dapatan yang sama. Namun begitu, kajian tersebut telah dijalankan ke
atas pembelajaran matematik moden di salah sebuah sekolah menengah.
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada
komunikasi dua hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar yang lain.
Hubungan ini boleh mempengaruhi motivasi serta tahap pencapaian akademik pelajar. Roger
dan Freiberg (1994) juga ada mengatakan bahawa:-
When teachers as facilitators of learning rather than mere givers of information,
student are challenged to think for themselves. When teachers respect student as source of
knowledge rather than consumers, students become engaged in the learning process.
Menurut Roger dan Freiberg (1994) lagi, para pelajar lebih suka pengajaran yang tidak
terlalu formal dan pembelajaran koperatif telah memenuhi syarat dan kehendak pelajar ini.
Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama sendiri dan pelajar juga
sebenarnya ingin berkongsi pendapat serta idea bersama guru dan rakan-rakan mereka. Pelajar
juga membina persahabatan apabila mereka bekerja secara berkumpulan. Mereka juga dapat
belajar berkongsi, memberi dan mendapat bantuan serta mendengar pendapat daripada rakan
mereka.
23
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
24/47
Pada hakikatnya, pembelajaran koperatif ini adalah antara kaedah yang digunakan
untuk memenuhi kepelbagaian dalam gaya belajar seseorang individu kerana terdapat individu
yang lebih suka belajar secara berkumpulan daripada berseorangan. Menurut Lie. A (2004),
struktur pembelajaran koperatif yang berkesan dapat memastikan pelajar-pelajar terlibat secara
aktif dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama dapat memberikan
semangat antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran masing masing.
Selain itu, menurut Saedah Siraj, et. Al (1996), individu tidak harus berpuas hati jika ia
gagal dalam sesuatu bidang atau aktiviti. Jika terdapat pelajar yang menunjukan kepuasan
apabila menempuh kegagalan, mereka dijangka sangat susah untuk dimotivasikan. Sebaliknya,
pelajar yang menunjukkan keinginan untuk sesuatu serta menunjukkan ketegangan, mereka
pela dijangka untuk memperolehi kejayaan. Jika pelajar senyiasa mendapat kejayaan, sudah
tentu aspirasi mereka akan meningkat.
Chua Yock Chuan (2001), mengatakan bahawa motivasi (minat) dan semangat baru
yang diperolehi dan dipunyai oleh setiap pelajar akan menjadi pudar dan luntur sekiranya tidak
disusuli dengan sesuatu program pengisian yang positif dan konkrit. Dengan adanya pengisian
seperti pembelajaran berkumpulan (koperatif) di dalam kelas dapat merangsang minda mereka.
Perkara ini bersesuaian dengan tujuan kajian ini dijalankan dimana pelajar boleh meningkat
mutu pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang boleh dijalankan secara maya. Pelajar
dapat menerapkan kaedah koperatif berkesan dan menarik melalui penggunaan laman web.
Kajian Kohn (2009) pula mendapati bahawa terdapat guru yang menyukai pembelajaran
koperatif kerana mereka dapat menghabiskan unit-unit pelajaran yang tidak disukai oleh pelajar
tanpa sebarang rungutan. Amalan menyuruh para pelajar berkumpul secara kerap dalam
24
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
25/47
kumpulan-kumpulan kecil bukan sahaja membantu perkembangan kemahiran sosial mereka
dan membangkitkan perasaan keprihatinan sesama sendiri, tetapi juga sangat efektif dalam
pembelajaran istilah intelektual.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif ini melibatkan proses kumpulan kecil
(small group) dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Melalui kumpulan kecil ini, setiap
pelajar harus bekerjasama sesama dengan setiap ahli dalam kumpulan untuk memaksimumkan
pembelajaran sama ada untuk diri sendiri ataupun ahli kumpulan (Johnson & Johnson, 1991).
Selain itu, Badura (1996) menyatakan kewujudan kontigensi kumpulan bagi mendapatkan
ganjaran kepada kumpulan. Kewujudan kontengensi kumpulan inilah yang merangsang pelajar
melakukan kerja dengan baik. Konsep ganjaran dan hukuman yang terdapat dalam aliran
psikologi ini.
Koh Lee Ling et al. (2008) yang mengkaji penggunaan pembelajaran koperatif terhadap
pembelajaran mata pelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching,
Sarawak mendapati bahawa penggunaan kaedah koperatif kurang berkesan untuk membaiki
pandangan dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik, tetapi amat berkesan dalam
meningkatkan pencapaian matematik. Kajian Suhaida et al. (2006) terhadap pembelajaran
koperatif dalam mata pelajaran prinsip akaun di sekolah mengengah sekitar Hulu Langat,
Selangor mendapati bahawa 70% pelajar bersedia untuk menerima pembelajaran koperatif
dalam kelas prinsip akaun, manakala 73% pelajar pula gemar belajar secara berkumpulan
sekaligus memberi gambaran bahawa guru perlu memperbanyak lagi aktiviti pembelajaran
berkumpulan.
25
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
26/47
Menurut Fox (1989), proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu kumpulan
akan meningkatkan lagi mutu kemahiran kognitif dan sosial kepada para pelajar. Selain itu,
Webb (1989) pula mengatakan bahawa proses dalam kumpulan juga mengandungi elemen
memberikan dan menerima pertolongan dalam kalangan ahli kumpulan. Menurut beliau lagi,
menerima pertolongan dalam pembelajaran lebih berkesan berbanding menerima jawapan terus
dalam melakukan sesuatu penyelesaian masalah kerana ia memberikan tindak balas seperti
yang dikehendaki. Pemberi pertolongan pula akan menerima faedah melalui tindakannya ketika
menerangkan sesuatu dan menyatakan sesuatu idea yang diperolehinya. Proses ini berlaku
sewaktu penerang sesuatu idea ialah individu tersebut terpaksa mengorganisasi sesuatu idea itu
secara semula. Sekiranya idea itu tidak boleh difahami, individu tersebut terpaksa mencari cara
lain supaya ideanya boleh difahami oleh para pelajar lain seperti dari segi penggunaan gaya
bahasa yang boleh difahami oleh setiap pelajar yang lain.
Peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan perkara
utama. Guru berperanan dalam menarik minat pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran
yang dijalankan dengan menggunakan satu kaedah yang berkesan. Menurut Atan Long (1986),
aktiviti meransang pelajar sewaktu proses pembelajaran dan mewujudkan suasana demokratik
di bilik darjah dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan. Justeru itu juga, kebijaksanaan
guru memilih teori pengajaran bagi menentukan kemahiran-kamahiran yang hendak diajar dan
kefahaman guru mengenai prinsip pembelajaran seperti meluaskan horizontal intelektual,
sosial, moral, kerohanian, merangsang minat dan keseronokkan, memberi ruang dan peluang
kepada pelajar untuk mengatasi kelemahan sebagai faktor penting untuk mendapatkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar (Abd. Rahim, 1992, 1998; Nik
Aziz, 1990; Kamarudin, 1990).
26
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
27/47
Menurut Che Mansor bin Che Tom (2000), guru-guru perlu menggalakkan para pelajar
berfikir agar generasi akan datang mampu berfikir secara kreatif, inovatif dan mempunyai idea
yang bernas. Para pendidik tidak semestinya terikat dengan satu-satu fakta dalam proses
penyampaian isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya penglibatan pelajar secara aktif dalam
proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.
Mengikut pendapat Shahabudin Hashim et.al (2007), kaedah koperatif ini juga dapat
memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat dan sebagainya. Dengan itu
kemahiran sosial dalam kalangan pelajar juga meningkat. Beliau juga mengatakan lagi bahawa
bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan
perlu diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesame mereka sewaktu perbincangan
dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian
yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan bagi membincangkan sesuatu topik
dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang ditetapkan oleh guru.
Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasa yang diberikan.
Guru hanya menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.
Selain itu juga, guru banyak menggunakan teknik pengajaran yang konvensional iaitu
guru berdiri dihadapan kelas dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran sementara para pelajar
mendengar dengan membuat rujukan kepada buku teks atau bahan-bahan pembelajaran yang
digunakan. Situasi pembelajaran ini menjadikan pelajar seorang pasif, dan seterusnya tidak
dapat meningkatkan potensi diri sama ada dari segi kognitif mahupun efektif. Pelajar hanya
bercakap apabila guru menyoal mereka dalam sesi soal jawab diadakan. Jika terdapat usaha-
usaha untuk melibatkan para pelajar secara aktif, kegiatan itu hanya bertujuan untuk
mengukuhkan sesuatu pengajaran semata-mata iaitu agar para pelajar boleh atau dapat
27
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
28/47
menguasai pelajaran mereka (Rahimah, 1984). Terdapat juga dalam kalangan guru-guru yang
hanya menguasai ilmu pengetahuan dan pedagogi yang amat terhad. Mereka tidak mempunyai
pilihan untuk melakukan pengajaran yang luas dan oleh itu para guru lebih suka kepada
pengajaran secara tradisional (Talbert & McLaughlin, 1993).
Mays (1974), Rohana (1986) dan Masariah (1995) pula mengatakan bahawa pengajaran
dan pembelajaran sejarah masih lagi stetreotaip iaitu guru masih lagi menggunakan kaedah
memberi nota, bercakap dan menulis, bergantung kepada sebuah buku teks, penekanan kepada
mengingat dan menghafal fakta, pengajaran yang berbentuk lisan dan tidak melibatkan pelajar
secara aktif dan pembelajaran wujud tanpa perasaan kenikmatan dan kerelevenan. Sekiranya
semua pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dibilik darjah dengan erti kata lain
iaitu pembelajaran secara koperatif, maka secara langsungnya aktiviti pembelajaran menjadi
semakin menarik dan berkesan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru bukan sahaja perlu
mempunyai pengetahuan yang baik mengenai mata pelajaran sejarah itu sendiri, malahan
guru juga perlulah mempunyai kelayakan ikhtisas, berdedikasi, berpengetahuan dalam bidang
psikologi, sosiologi, ilmu pengurusan bilik darjah serta berupaya mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran. seorang guru yang berkesan juga perlu mahir dan cekap menggunakan dan
mengaplikasikan pelbagai teknik dan pendekatan pengajaran supaya penyampaian ilmu
pengetahuan yang terdapat dalam matapelajaran sejarah menjadi menarik, mudah difahami dan
wujud pembelajaran yang berkesan kepada pelajar (Abd. Rahim, 1998).
2.2 Pembelajaran Berasaskan Laman Web
28
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
29/47
Web atau World Wide Web (WWW) merupakan suatu hipermedia yang canggih. Ia terdiri
daripada sumber-sumber yang berbentuk teks, audio dan juga maklumat yang berbentuk
visualisasi yang tersimpan di dalam komputer. Komputer-komputer itu kemudiannya
dihubungkan bersama dengan satu jaringan rangkaian tanpa batasan dari segi kedudukan
geografinya. Kandungan-kandungan laman web yang terdapat dalam jaringan rangkaian
maklumat ini sebenarnya dapat membekalkan suatu program pembelajaran yang berstruktur
dan sistematik selain melibatkan pengukuhan pelbagai jenis deria (Hughes, 1994). Menurut
Chua (1997), WWW merupakan sebahagian daripada internet dan mempunyai koleksi pelbagai
dokumen yang disimpan di dalam komputer di seluruh dunia. Terdapat pelbagai maklumat
yang terkandung di dalam WWW, seperti dokumen berbentuk teks, gambar, bunyi dan animasi
yang merangkumi setiap topik dari bidang hiburan ke perubatan serta sektor perniagaan ke
arena sukan secara maya.
Penggunaan laman web sebagai medium alternatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu pendekatan pembelajaran yang semakin berkembang pada hari
ini. Penggunaan laman web bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran,
tetapi juga secara tidak langsung dapat meningkatkan minat pelajar tersebut terhadap mata
pelajaran Sejarah. Implikasinya, setiap sekolah perlulah membuat perancangan dan persediaan
yang rapi bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru
dapat diaplikasikan dengan lebih efektif, sekaligus dapat meningkat pencapaian akademik
pelajar.
Penggunaan laman web dalam aktiviti pembelajaran mempunyai pelbagai manfaat.
Laman web dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk melayari pelbagai jenis
maklumat yang dipaparkan dalam bentuk teks, bunyi, animasi, gambaran atau video. Maka
29
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
30/47
kemudahan teknologi yang baru ini dapat menyediakan suatu persekitaraan pembelajaran yang
kondusif sekaligus dapar merangsang minat pelajar. Perubahan harus dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah agar mengaplikasikan pembelajaran koperatif
berasaskan laman web bagi memupuk minat serta menggalakkan pelajar agar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sekaligus dapat menerapkan amalan pembelajaran
sepanjang hayat.
Menurut Tanner (1995), pelajar sebenarnya tidak memahami apa dan mengapa sesuatu
kemahiran perlu dilakukan walaupun mereka itu mahir menggunakan komputer. Perkara ini
kerana dalam banyak keadaan, pengetahuan dipersembahkan sebagai fakta manakala
pengalaman lepas pelajar dianggap tidak penting dan yang lebih merisaukan, adakalanya
pelajar tidak bebas menggunakan kaedah yang berlainan daripada yang digunakan oleh guru
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Dalam hal ini, guru berperanan sebagai
pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain menjadi tunggak utama dalam
menjamin prestasi akademik para pelajar. Oleh yang demikian, setiap pendidik haruslah
melakukan perubahan yang sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan alat
teknologi sebagai salah satu alat pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Rohani, 1999; Ab. Rahim, 2000).
Pada masa ini, penggunaan internet serta laman web pendidikan telah diperkenalkan
sejak pertengahan tahun 1990-an lagi. Collins (1996) juga ada mengatakan bahawa tahun 1996
merupakan era internet dalam pendidikan bermula. Pada ketika ini, telah wujud laman-laman
web yang dibina khusus untuk tujuan pendidikan dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Antara contoh-contoh laman web tersebut aalah seperti Portal
Pendidikan Utusan, E-Sekolah, E-Tuisyen, MahirNet, Cikgu Net dan seumpamanya. Justeru
30
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
31/47
itu, para guru juga digalakkan untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jackson & Songer (2000), ciri-ciri komputer yang dapat
meningkatkan motivasi pelajar serta pencapaiannya adalah bersifat komunikasi, kolaboratif,
ketulenan dan kemudahan pendedahan kepada maklumat yang sebenar serta terkini. Faktor
cabaran dan sifat ingin tahu juga merupakan satu agen motivasi bagi penggunaan teknologi
maklumat dalam pembelajaran (Small & Arnone, 1998).
Oleh yang demikian, bidang teknologi sangat memainkan peranan penting dalam alam
pendidikan masa kini yang semakin hari semakin mencabar dan penuh tranformasi ini. Bidang
teknologi ini berfungsi sebagai alat penghubung dan penyokong pembelajaran merentasi
kurikulum. Perkara ini juga bersesuaian dengan matlamat kurikulum mata pelajaran sejarah itu
sendiri terutamanya di peringkat sekolah iaitu untuk membentuk pelajar yang berpengatahuan
secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan
teknik dan perkakasan ICT bagi menyelesaikan sesuatu masalah (KPM, 2005). Kajian juga
telah menunjukkan bahawa teknologi dapat memimpin dan membantu dalam perkembangan
kualiti dalam kurikulum.
Penggunaan laman-laman web untuk tujuan pendidikan ini sekurang-kurangnya
mempunyai dua istilah yang sering digunakan iaitu Pengajaran Berasaskan Web (web based
instruction, WBI) dan Pembelajaran Melalui Web Pendidikan (educational web sites, EWS).
Khan (1999) menyatakan bahawa pengajaran berasaskan web boleh dilihat sebagai satu
inovatif dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar iaitu penggunaan web sebagai
medium perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara saluran komunikasi
yang biasa digunakan dalam persekitaran Pengajaran Berasaskan Web (WBI) ialah melalui e-
mel, ruang bual, papan buletin, perbincangan video dan seumpamanya. Selain itu, berjuta-juta
31
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
32/47
laman web yang mengandungi pelbagai maklumat dari seluruh dunia juga boleh digunakan
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web bukan sahaja bertujuan untuk
memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan
persekitaran pembelajaran yang efektif malah ia juga dapat melibatkan penyertaan aktif dalam
kalangan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Pang (1998) yang
mengkajian proses mengoptimumkan penggunaan web bagi mempertingkatkan hasil
pengajaran, pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran menggunakan web melibatkan
penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta menghasilkan sesuatu laman web. Bagi merealisasikan proses
pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman web melibatkan komponen
berikut iaitu pengintegrasian web pada masa yang sesuai, penglibatan aktif pelajar,
pemerolehan sumber web yang bermakna, web bukan sahaja digunakan untuk menghantar
bahan kursus, polisi sekolah yang mewajibkan penggunaan web, pengintegrasian web dalam
kurikulum dan reka bentuk laman web yang baik. Oleh itu, , guru perlulah merancang aktiviti
pembelajaran di samping mengambil kira isi kandungan, penilaian formatif dan sumatif
terhadap para pelajar untuk mengoptimumkan penggunaan web ke arah pengajaran yang lebih
efekif. Guru juga perlu melihat keperluan dan pengalaman pelajar semasa membina dan
menerbitkan laman web serta mewujudkan unsur koperatif melalui web tersebut.
Terdapat juga kajian yang telah dilaksanakan oleh Chang (2001) yang melihat sama ada
proses pembelajaran mengguakan laman web dapat membantu memberikan kefahaman kepada
pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan, sekaligus dapat mempertingkatkan kemajuan
pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian beliau menunjukkan bahawa 85.84 % pelajar
32
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
33/47
mengatakan bahawa pembelajaran berasaskan web sangat sesuai dan dapat memberikan
keseronokan semasa proses pembelajaran sedang dijalankan.
Jung et al. (2002) ada mengkaji hubungan antara bidang akademik, semangat
kolaboratif dan interaksi sosial terhadap kepuasan proses pengajaran dan pembelajaran,
penyertaan dan sikap terhadap persekitaraan pembelajaran dan pembelajaran berasaskan web.
Interaksi akademik yang dimaksudkan di sini meliputi interaksi antara pelajar dan sumber
pembelajaran atas talian di samping interaksi pelajar dan guru. Interaksi sosial di antara pelajar
dan guru berlaku apabila guru-guru menyesuaikan strategi untuk memperkembangkan
kerjasama antara individu pelajar.
Selain itu juga, satu kajian tentang ciri-ciri amalan pembelajaran pada abad ke-21 yang
menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan
terhadap pembelajaran pula telah dijalankan oleh Law et al. (2002). Melalui dapatan kajian
mereka, ia membuktikan bahawa pelajar yang bersikap positif berupaya mempelajari
kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet. Pelajar juga dapat mereka bentuk
laman web bagi mempersembahkan setiap hasil projek yang dihasilkan oleh mereka kepada
para pelajar yang lain. Di samping itu, mereka juga berupaya untuk berfikir secara kritis,
belajar dari pelbagai sumber serta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling
hormat-menghormati idea yang dikemukakan di antara satu sama lain.
Selain itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Hamric (1997) juga telah mendapati
bahawa pembelajaran berasaskan web berkesan dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan
pelajar-pelajar tahun lima di Vista California. Anderson & Joeng (1996) melaporkan dalam
kajian mereka bahawa web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar
33
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
34/47
serta pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran. Ramai juga
pengkaji seperti Jeong (1995), Day (1996) dan Hambric (1997) mendapati bahawa
pembelajaran berasaskan web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional.
Justeru itu, pengajaran berasaskan laman web juga merupakan medium alternatif atau cara baru
pengajaran dan pembelajaran masa kini. Perkara ini secara tidak langsung memberi banyak
potensi bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.
Pembelajaran berasaskan laman web mempunyai banyak kebaikan antaranya
mempunyai ciri-ciri hyperteks, hypermedia dan hyperlink yang boleh menghubungkan antara
pengguna laman web lain dari seluruh dunia. Pembelajaran seperti ini tentunya dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan menarik dan secara tidak langsung
dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kemajuan dalam pembelajaran.
Menurut Abtar (1998) pula, pembelajaran berasaskan laman web merujuk kepada
kemahiran sistem jaringan dalam sudut pembelajaran. Pencapaian kognitif dan kemahiran
mendapatkan maklumat adalah bergantung kepada keaktifan penglibatan seseorang pelajar
menggunakan sumber maklumat yang diperolehi menerusi sambungan jalur lebar yang
diperolehi daripada WWW, atau melalui pembelajaran koperatif dengan rakan sebaya atau
golongan pakar.
Perkembangan laman web yang kaya dengan maklumat telah mula menstrukturkan
persekitaran di alam pendidikan (Dustastle, 1997). Penggunaan laman web juga mempunyai
beberapa kebaikan yang tersendiri. Laman web mempunyai ciri location transparensi iaitu
sebarang fail di dalam laman web boleh diakses pada sebarang masa dan lokasi, dengan syarat
seseorang itu mempunyai sebuah komputer yang disambungkan kepada satu modem,
34
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
35/47
mempunyai talian telefon dan service provider di samping mempunyai kemahiran
menggunakan komputer. Pembelajaran juga boleh dijalankan sepanjang masa, sekaligus
memberi ruang kepada pembelajaran berasaskan kadar dan keupayaan sendiri berlaku kerana
ciri-ciri fleksibelnya (Greenwood, 1998). Menurut Kumari (1998) pula, internet boleh dilihat
sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran dinamik yang berkeupayaan untuk
mempertingkatkan proses pembelajaran, menggalakkan kefahaman dan juga menyediakan satu
suasan pembelajaran yang kaya untuk pelajar.
Relan & Gillani (1997) pula menyatakan bahawa pengajaran yang berasaskan laman
web adalah pembelajaran kognitif dalam persekitaran pembelajaran konstruktif dan kolaboratif
yang melibatkan penggunaan sumber WWW. Pembelajaran berasaskan laman web yang
didefinisikan oleh Khan (1997) sebagai satu program pengajaran yang bermakna dan disokong
oleh kemudahan hypermedia yang menggunakan laman web. Menurut Agarwal & Day (1998),
keberkesanan penggunaan internet dalam alam pendidikan disebabkan oleh cirinya yang
membenarkan interaksi yang luas berlaku antara pengajar dan pelajar. Jika dilihat dari sudut
pedagogi pula, internet mempunyai banya kelebihan khususnya dari segi kemampuannya
melibatkan aktiviti berinteraksi, perbincangan, kajian dan penghantaran maklumat sesama
penggunanya.
Menurut Le & Le (1999) pula, laman web telah mewujudkan satu identiti yang
tersendiri dengan bahasanya yang tersendiri merujuk kepada masyarakat daripada pelbagai
komuniti. Oleh itu, laman web dapat menyumbangkan satu platform baru bagi mensimulasikan
semangat yang baru di alam pengajaran dan pembelajaran. Carvin (1999) pula menyatakan
bahawa laman web mempunyai empat peranan yang menjadikannya berfungsi sebagai satu
medium pengajaran yang berkesan. Laman web adalah berperanan sebagai tutor, ruang
35
http://www.pembelajaran/http://www.pembelajaran/7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
36/47
pameran, forum dan pengemudi. Gabungan daripada keempat-empat peranan ini akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta menarik minat pelajar.
Dari segi perisian pula, Ehrmann (1995) berpendapat bahawa World Ware adalah suatu
perisian yang dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran. Ia berkeupayaan membekalkan
kepelbagaian maklumat dari segi kuantiti, kualiti dan tahap kekompleksan yang tinggi. Maka
secara langsung, perisian ini dapat menarik serta mengekalkan minat pelajar sekiranya ia
digunakan dalam bidang pendidikan. Merujuk kepada akhbarBerita Harian pada 24 Jun 2000,
Menteri Pedidikan ketika itu iaitu Tan Sri Musa Mohammad telah mengesyorkan dan
menggalakkan penghasilan laman web tempatan. Pembelajaran elektronik atau nama
singkatannya iaitu e-pembelajaran boleh menjadi pemangkin perubahan dalam proses
membudayakan pembelajaran bestari di negara kita. E-pembelajaran bukan sahaja dapat
menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar malah ia dapat melahirkan budaya berfikir
dalam kalangan masyarakat.
Selain itu juga, pengajaran yang berpusatkan laman web juga merupakan suatu modul
pembelajaran yang berkesan dan direalisasikan oleh internet. Laman web sebenarnya adalah
kaya dengan pelbagai jenis dan bentuk maklumat. Kandungan maklumat yang disampaikan
kepada pengguna boleh wujud dalam bentuk video, audio, animasi, nota, latihan dan
komunikasi. Oleh sebab terdapat kepelbagaian bentuk penyaluran maklumat, pengajaran yang
berbentuk laman web ini akan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
pencarian maklumat mengikt minat dan tahap kebolehan mereka. Pelajar secara langsung akan
di latih mencari dan didedahkan bagaimana untuk menerokai alam maklumat dan bukannya
menghafal fakta secara membuta tuli sahaja.
36
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
37/47
Manakala dalam laporan Utasan Malaysia pada 3 Ogos 2000 menyatakan bahawa
terdapat perlaksanaan e-pembelajaran di 27 buah maktab perguruan di seluruh negara ini bagi
merealisasikan tenaga pengajar baru yang berpengetahuan serta berkemahiran teknologi
maklumat untuk berkhidmat di sekolah. Di samping itu, khusus sperti e-tuisyen juga telah mula
diperkenalkan di negara kita bagi beberapa tahun kebelakangan ini bertujuan untuk
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Syarikat Renong Berhad misalnya
telah membangunkan sebuah laman web yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada
tahun 2000. Laman web ini memuatkan sebanyak 28 mata pelajaran bagi peperiksaan awam
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Sekolah Menengah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Terdapat pelbagai sokongan maklumat daripada sumber elektronik iaitu internet dan
juga galakan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pihak perancang kurikulum
dalam menyemai penggunaan teknologi dalam alam pendidikan. Sebagai seorang pengajar dan
pembimbing yang berinisiatif, maka mereka haruslah mengimplimentasikan teknik dan
penggunaan alat elektronik ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan efisien.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sama ada di dalam mahupun di luar bilik
darjah sangat memerlukan pendekatan dan kaedah yang sangat sesuai bagi menarik minat dan
penghayatan pelajar sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh pendidik. Aplikasi
teknologi komputer merupakan salah satu kaedah terkini yang digunakan oleh ramai pendidik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan didapati ini melibatkan
penggunaan pelbagai pancaindera para pelajar. Menurut Halimah (1996), penggunaan
37
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
38/47
pancaindera seperti deria penglihatan, pendengaran dan deria sentuhan sentiasa digunakan
untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeluruh dalam apa jua kaedah pengajaran.
Salah satu teori pembelajaran berasaskan laman web ialah menggunakan pendekatan
konstruktivisme. Pendekatan konstruktivisme adalah satu teori pembentukan kefahaman
individu. Pendekatan konstruktivisme telah dipelopori oleh dua orang sarjana yang terkenal
dalam bidang pendidikan iaitu Piaget dan Vygotsky. Menurut Papert (1998), teori Piaget
menekankan kefahaman atau makna dalam minda seseorang berdasarkan maklumat luaran
yang diterima, manakala Vygostsky (1978) pula mementingkan soal peranan sosial dan
interaksi dalam pembentukan kefahaman oleh seseorang individu.
Terdapat empat ciri konstruktivisme yang telah dipersetujui iaitu setiap pelajar
membentuk kefahaman sendiri, pembelajaran berdasarkan pemahaman semasa, pembelajaran
dipercepatkan melalui interaksi dan pembelajaran lebih bermakna jika berkait rapat dengan
kehidupan seharian. Teknologi maklumat seperti laman web yang mengandungi gambar,
warna, audio, visual, suara dan muzik juga boleh berfungsi sebagai medium yang berkesan
untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat kepada pelajar. Pendekatan konstruktivisme
juga membolehkan pelajar membentuk kefahaman sendiri dengan mengakses maklumat di
laman web.
2.3 Pembelajaran Sejarah
Menurut Robiah (1993), aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi perasaan,
boleh dilakukan oleh pelajar dan kewujudan proses interaksi sama ada secara formal atau tidak
formal dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan. Situasi
pengajaran dan pembelajaran yang sebegini bukan sahaja membolehkan para pelajar memenuhi
38
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
39/47
tanggungjawab, malahan mewujudkan suasana demokrasi didalam bilik darjah dan faktor-
faktor yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran seperti masalah disiplin dibilik darjah
dapat diminimumkan. Perancangan aktiviti pengajaran pelajar secara aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang dapat mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Kajian ini dijalankan ekoran daripada beberapa isu yang sering diperkatakan berkaitan
dengan mata pelajaran Sejarah. Sejarah sering dikaitkan dengan satu mata pelajaran yang agak
membosankan dan kurang difahami. Menurut kajian daripada (Gallop Poll, 1979), terdapat
tanggapan negatif terhadap mata pelajaran Sejarah dan mengganggap mata pelajaran Sejarah
tidak setanding dan tidak memberi manfaat jika dibandingkan dengan mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan juga Matematik. Kajian School Council Enquiry 1 (1986) pula mendapati bahawa
ramai responden berpendapat bahawa mata pelajaran Sejarah tidak membawa sebarang faedah.
Ada juga pihak yang mengatakan bahawa mata pelajaran sejarah bagi sesetengah individu dan
masyarakat tidak mempunyai kepentingan (Kirkenndall, 1976; Wesley, 1967).
Dalam penulisan pengajaran dan pembelajaran Sejarah, literasi sejarah dikatakan
merangkumi tiga dimensi utama iaitu pengetahuan fakta sejarah, penaakulan sejarah dan
kemahiran berkomunikasi untuk aktiviti perkongsian pengetahuan sejarah dan penaakulan
sejarah tersebut dengan orang lain (Drake, 1997). Kajian tentang proses pembelajaran dan
pemikiran manusia pula telah menegaskan bahawa penguasaan pengetahuan baru dan
pengekalan pengetahuan baru dalam ingatan menuntut supaya pemerolehan pengetahuan
dilakukan melalui pelbagai deria, adanya latih-tubi, melibatkan pengetahuan yang bermakna
dan dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada (Donovan et al., 1999).
39
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
40/47
2.4 Rumusan
Terdapat pelbagai kajian lepas yang telah dijalankan oleh sarjana tempatan dan luar negara
berkenaan pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran
sejarah. Penelitian terhadap kajian lepas juga membolehkan pengkaji meneliti sebarang pola
perubahan sama ada persamaan atau perbezaan antara kajian yang telah dijalankan oleh sarjana
terdahulu dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan juga bukan sahaja memberi idea kepada pengkaji untuk memantapkan lagi
pelaksanaan kajian ini, tetapi juga memberikan gambaran yang lebih luas dan jelas mengenai
aspek yang hendak dikaji.
BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Abd. Rashid et al. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd. Rahim Abd. Rashid (1998). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Abdul Rahim Ahmad (1985). Tanggapan Guru dalam Perancangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Laporan Praktikum M. E.d., Universiti Malaya.
Abtar, K. (1999). Integrating Library Resources into a Web-Based Learning. Journal BTP, 25-34.
40
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
41/47
Agarwal, R. & Day, A. E. (1998). The Impact of the Internet on Economic Education. Journal
of Education, 29, 2, 99-110.
Aini Hassan (1992). Mata Pelajaran Sejarah KBSM Yang Baru: Apa Yang Baru? JurnalPendidikan Guru, 8, 83-93.
Anderson, T. D. & Joerg, W. B. (1996). WWW to Support Classroom Teaching . Canadian
Journal of Educational Communication, 25 1, 19-35.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah (2009). Tahap Keupayaan
Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah
Berprestasi Rendah.Jurnal Pendidikan Malaysia, 34, 1, 53 66.
Atan Long (1986).Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Badura, A. (1965). Influence of Models Reinforcement Contingencies on the Acquisition of
Imitative Responses.Journal of Personality and Social Psychology, 1, 6, 589-595.
Brown, R. J. S. (1980). Scrapping History and Geography: A Response to Paul Schumann,
Educational Leadership, 37, 588-599.
Bruner, J. S. (1969). Toward Theory of Instruction. Cambridge: Belknap Press of Harvard
University.
Carvin, A. (1999). A New Tool in the Arsenal: The Role of the Web in Curricular Reform.
Diakses pada 2 Mei 2012 daripada http://edwed.gsn.org/web .effects.html
Chang Chi-Cheng (2001). A Study on the Evaluation and Effectiveness Analysis of Web-Based
Learning Portfolio (WBLP).British Journal of Educational Technology; 32, 4, 435-459.
Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari: Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan
Negeri Johor.Hlm 48.
Cheong Keat Mooi (2003).Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Laman Web Dalam Topik
Ikatan Kimia Tingkatan Empat. Kertas Projek, Universiti Malaya.
Chua Chooi See (1997).Internet for Beginners. Shah Alam: Federal Publications Sdn. Bhd.
Chua Yock Chuan. (2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan: PKPSM
Johor. Hlm 61-64.
Collins, B. (1996). The Internet as an Educational Innovation: Lessons from Experience withComputer Implementation.Educational Technology, 35, 6, 21-30.
41
http://edwed.gsn.org/web%20.effects.htmlhttp://edwed.gsn.org/web%20.effects.html7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
42/47
Damon, W. (1987). The Moral Child: Nurturing Childrens Natural Moral Growth. New York:
Free Press.
Day, T. M. (1996). The Effects of WWW Instruction on Learning Styles on Achievement andChanges in Student Attitudes in a Technical Writing in Agricommunication Course . Tesis
M.Sc., Mississippi State University. Diakses pada 1 Mei 2012 daripada
http://education.ti.com/us/resorces/research/parta.html .
Donovan, M. Suzanne, Bransford, John D. & Pellegrino, James W. (1999). How People Learn:
Bridging Research and Practice. Washington DC: National Academy Press.
Drake, Frederick D. (1997). Using Alternative Assessment to Improve the Teaching and
Learning of History. ERIC Digest, Jun. Diakses pada 5 Mei 2012 daripada
http://cssie.indiana.edu/Portals/456/CSSIE%20Archives/1997/Using%20Alternative
%20Assessments%20to%20Improve.pdf
Effendi Zakaria. (1998).Pembelajaran Koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis PhD.
Tidak diterbitkan.
Ehrmann, S. C. (1995). The Bad Option and the Good Option. The Educom Review, 30, 5, 41-
43.
Fox, R. (1989). Development and Learning. Dalam Desforges, C. W. (Ed.). An Introduction toTeaching: Psychological Perspectives. Oxford: Blackwell.
Furet, Frangois (1983).Beyond the Annates.Journal of Modem History, 55, 3, 389-410.
Gallup, G. (1979). The Eleventh Annual Gallup Poll of Public Attitudes Towards the Public
Schools.Phi Delta Kappan, 61, 1, 33-66.
Greenwood, D. A. (1998). Web-Based Learning: Building an Online Course. Diakses Pada 3
Mei 2012 daripada http://danag.org/thesis/thesis-paper.html.
Halimah Badioze Zaman, Indera Renganathan & Mohd. Jan Nordin (1996). Pembangunan
Pakej Multimedia Berbantukan Komputer: Pengenalan Kepada Sudut dan Garis Lurus .
Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 20-21 November.
Hamric, P. J. (1997). An Investigation of World Wide Web Use on Problem Solving of Fifth
Grade Students. Disertasi Ed.D., United States International University.
Hamzan Omar (1999). Kaedah Pembelajaran Koperatif dan Aplikasi Dalam Pengajaran danPembelajaran Sejarah KBSM. Kertas Projek, Universiti Malaya.
42
http://education.ti.com/us/resorces/research/parta.htmlhttp://cssie.indiana.edu/Portals/456/CSSIE%20Archives/1997/Using%20Alternative%20Assessments%20to%20Improve.pdfhttp://cssie.indiana.edu/Portals/456/CSSIE%20Archives/1997/Using%20Alternative%20Assessments%20to%20Improve.pdfhttp://danag.org/thesis/thesis-paper.htmlhttp://education.ti.com/us/resorces/research/parta.htmlhttp://cssie.indiana.edu/Portals/456/CSSIE%20Archives/1997/Using%20Alternative%20Assessments%20to%20Improve.pdfhttp://cssie.indiana.edu/Portals/456/CSSIE%20Archives/1997/Using%20Alternative%20Assessments%20to%20Improve.pdfhttp://danag.org/thesis/thesis-paper.html7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
43/47
Humphreys, B., Johnson, R. T. & Johnson, D. W. (1982). Effects on Cooperative, Competitive
and Individualistic Learning on Students Achievement in Science Class. Journal of
Research in Science Teaching, 19, 351-356.
Hughes, K. (1994). Entering the World Wide Web: A Guide to Cyberspace. Diakses Pada 3
Mei 2012 daripada http://www.sr.net/srnet/enteringwww/guide.01.html.
Khoo Kay Kim (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia. Dalam Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan. Sejarah dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jeong, Allan C. (1995). Teaching Motion Graphs with Real-Time Notations and Methods of
Computer Graph Manipulation. Wisconsin: University of Wisconsin-Madison.
Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1984). Cooperation in the Classroom. Edina, Minnesota:
Interaction Book Company.
Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1991). Teaching Students to be Peace-Makers. Edina,
Minnesota: Interaction Book Company.
Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1986). Circles of Learning: Cooperation in
the Classroom. Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development.
Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1998). Cooperation in Classroom. Edina,
Minnesota: Interaction Book Company.
Joyce, Bruce R., Weil, Marsha & Wald, Rhoada (1972). Three Teaching Strategies for the
Social Studies. Chicago, Illinois: Science Research Associates.
Jung, Insung Choi & Seonghee Lim, Cheolil, (2002). Effects of Different Types of Interaction
on Learning Achievement, Satisfaction and Participation in Web-Based Instruction
Source.Innovation in Education & Teaching International, 39, 2, 153-163.
Kagan, S. (1989). Cooperation Works!.Educational Leadership, 47, 4 12-15.
Kamaruddin Hj. Hussin (1990).Pegagogi 2. Kuala Lumpur: Longman
Kaur, Abtar (1998). Designing Web Pages for Effective Learning. Dalam Prosiding
Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia Ke-11. Kuala Lumpur: Persatuan
Teknologi Pendidikan Malaysia.
Khan, B. H. (1999). Web-Based Instruction. New Jersey: Educational Technology Publications.
43
http://www.sr.net/srnet/enteringwww/guide.01.htmlhttp://www.sr.net/srnet/enteringwww/guide.01.html7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
44/47
Kirkenndall, R. S. (1976). What Has Happened to the Teaching of History in the United States.
Social Education, 40, 446-451.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah: Sejarah
Menengah Atas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Koh, Lee Ling et al. (2008). Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian
Matematik Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal
Penyelidikan IPBL, 8, 50-64.
Kohn, Alfred (2009). Inilah Sekolah Idaman Pelajar [Terj.]. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Kumara, S. (1998). Teaching with the Internet.Journal of Information Technology for Teacher
Education, 7, 3, 363-337.
Law, N. Y. Lee & A. Chow (2002). Practice Characteristics That Lead To 21st Century
Learning Outcomes.Journal of Computer Assisted Learning, 18, 415-426.
Le, Thao & Le, Quynh (1999). A Web-Based Study of Students Attitudes toward the Web.
Dalam Collis, Betty & Oliver (Ed.). Proceedings of Ed-Media 1999 World Conferenceon Educational, Multimedia, Hypermedia & Telecommunications. Charlottesville,
Virginia: Association for the Advancement of Computing in Education.
Lemlech, J. K. (1979). Classroom Management. New York: Harper & Row Publisher.
Lie. A. (2004). Cooperative and Competition: Theory and Research. Interadian Book Co.
Edina MN.
Masariah Mispari (1995). Program Latih Tubi Sejarah. Kertas Kerja Yang Dibentangkan
Dalam Seminar Kurikulum Kebangsaan, 11-13 Disember, 1995, Bayu Beach Resort, Port
Dickson.
Mays, Pamela (1974). Why Teach History?. London: University of London Press.
Mohd. Shahizan Othman et al. (2006). Pembangunan Aplikasi Web Menggunakan Active
Server Pages (ASP). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Nichol, Jon (1984). Teaching History: A Teaching Skills Workbook. London: Macmillan.
44
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
45/47
Nik Aziz Nik Pa (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas: Teori dan Praktik.
Kajang: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.
Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong (2009). Pembangunan dan Penilaian Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web-Webquest Bagi Mata Pelajaran ICT.Jurnal Pendidikan Malaysia,34, 1, 111-129.
Omar Mohd. Hashim (1992). Falsafah Pendidikan Sejarah. Dalam Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Wilayah Persekutuan. Sejarah dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pang, Alex C. (1998). Optimize the Web for Better Instruction. SITES 98:Proceedings Society
for Information Technology & Teacher Education International Conference (hlm. 10-
14).
Papert, S. (1988). The Conservation of Piaget: The Computer as Grist to the Constructivist
Mill. Dalam Forman, G. & Pufall, P. B. (Ed.). Constructivism in the Computer Age (hlm.
3-13). Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Rahimah Ahmad (1984). Kerjasama dan Persaingan di dalam Situasi Pembelajaran:
Implikasinya Kepada Polisi Pendidikan. Dalam Rahimah Haji Ahmad, Robiah Sidin &
Khadijah Rohani Mohd. Yunus (Ed.).Konvensyen Nasional Ke-4 Mengenai Pendidikan,
6-8 Ogos 1984, Kumpulan Kertas Kerja. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Malaysia.
Relan, A. & Gillani, B. B. (1997). Web-Based Information and the Traditional Classroom:
Similarities and Differences. Dalam Khan, B. H. (Ed.). Web-Based Instruction (hlm. 44-
46). New Jersey: Educational Technology Publications.
Robiah Sidin (1993). Classroom Management. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Rohana Zubir (1986).Aplikasi Teknologi dalam Pngajaran-Pembelajaran Sejarah: Kesan dan
Masalahnya. Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Sejarah Pendidikan Sejarah
Masa Kini dan Masa Depannya. Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Kuala
Lumpur, 4 Oktober 1986.
Roger, C & Freiberg.J. (1994). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Rowse, A. L. (1963). The Use of History. London: English Universities Press Ltd.
Saedah Hj. Siraj. (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd.
45
7/31/2019 Kesan Terhadap Pembelajaran Koperatif Berasaskan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kbsm Tingkatan Dua
46/47
Santhiram, R. (1978). The Development of History Teaching in School in Peninsular Malaysia
(1905-1978): An Examination of the Syllabuses and Textbooks. Tesis M. Ed., Universiti
Sains Malaysia.
Shahabudin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007).Pedagogi: Strategidan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd.
Sherman, L. W. & Thomas, M. (1982). Mathematics Achievement in Cooperative versus
Individualistic Goal-Structured High School Classrooms. Journal of Educational
Research, 79, 169-172.
Slavin, R. E. (1985). When Does Cooperating Learning Increase Student Achievement?
Psychological Bulletin, 38, 429-445.
Slavin, Robert et al. (1985).Learning to Cooperate, Cooperating to Learn. New York: Plenu