-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
1/10
Kesan negative kegunaan nuklear
Harapan atau Kehancuran
Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia
meletup dengan sinaran cahaya yang
paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan
itu dengan serta-merta merubahbandar Hiroshima menjadi padang jarak
padang tekukur.
Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas
kubahnya tidak memusnahkan terus
bangunan itu. Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke
hari ini terhadap malapetaka itu.
KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi.
Peristiwa yang berlaku lebih 40
tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja.
Kejayaan penyelidikan tiga tahun
The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat,
meninggalkan catatan hitam yang
memilukan.
Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi
hari ini, 44 tahun yang lalu,
sukar untuk dilupakan. Kepada segolongan manusia, ledakan bom
akibat tindak balas bahan utama
satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan
tidak munasabah. Bagi yang lain,
malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100
kilogram itu adalah suatu impian
yang diharapkan.
Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak
padang tekukur', dengan 78,000
orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium
239 yang dimuatkan dalam Fat
Man.
Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa
nuklear adalah ancaman terbesarkepada kewujudan manusia di muka
bumi serta mampu manjadi faktor yang menjejaskan keamanan
dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai
yang tinggi, dengan faedah besar bagi
ekonomi perusahaan.
Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan
nuklear disebut. Walupun ia telah
mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu,
agak menghairankan mengapa
ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan olehnya,
sedangkan mekatian berlaku di
mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus
pekerja manakala kemalangan
jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun.
Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber
alternatif tenaga? Haruskah kita
terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas
dan minyak? Perlu disedari bahawa
bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi
arang batu, ia menyebabkan
pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan
asid.
Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga
yang amat merbahaya, tetapi perlu
disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan.
Mungkin sebahagiannya kerana
ketakutan mengenai perang nuklear. Secara tidak langsung,
kegunaan nuklear secara aman
ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat
membimbangkan.
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
2/10
Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada
pertubuhan alam sekitar,
ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih
tertumpu kepada stesen
janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh
yang adisebabkan oleh
nuklear. Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh
meletup seperti sebutir bom.
Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear
untuk tujuan pemusnahan dan
dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika
Syarikat dan Soviet Union. Jika
perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan
meletup, sebaliknya bumi ini! Jumlah
penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda
daripada kekuatan bom atom yang
meledak di Hiroshima dan Nagasaki. Buat sementara, kita masih
boleh hidup dengan aman selagi
negara yang saling mencurigai itu belum membuat kesilapan.
Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear
amat menyedihkan sejak
kebelakangan ini. Selain pergeseran antara kuasa besar (walaupun
beberapa persetujuan perlucutan
senjata dicapai dan belum terlaksana), negara dunia ketiga
sebaliknya tidak mahu ketinggalan untuk
membuat senjata nuklear. Dalam masa mereka berusaha mencapai
impian, sebahagian besar rakyat
terpaksa menghadapi kemiskinan dan kelaparan. Contohnya ialah
India dan Pakistan.
Inikah layanan kerajaan dan pemimpin negara untuk rakyat yang
memerlukan pembelaan?
Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba
menghasilkan peluru
berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah
berkuasa nuklear. Rakyat
yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada bahaya
yang sengaja diwujudkan.
Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga
mempunyai bahaya dan risiko.
Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga
menenggelamkan kemampuan dan
manafaatnya.
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0
keburukan nuklear
Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah.
Peristiwa pengeboman bom atom di
Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk
kepada alam sekitar,
harta benda dan manusia. Walaupun penggunaan tenaga nuklear
dapat mengurangkan
pencemaran udara, kecuaian dalam penjanaannye boleh menyebabkan
pencemaran bahanradioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah
dilakukan dengan sempurna tanpa
sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh
menyebabkan bahan2 radioaktif
terbebas di udara. Uranium(U-235) mempunyai 'hayat separuh' yang
lama. Bahan ini bolah
kekal berjuta-juta tahun dalam persekitaran sebelum ia terurai.
'Hayat separuh' atau 'Half Life'
adalah jangkamasa satu2 bahan radioaktif itu untuk terurai
kepada separuh dari beratnye.
Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi
kesan yang sangat
buruk kepada manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye
dipercayai boleh
menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada kanser
dan penyakit2 lain
dalam tempoh jangkamasa panjang.
http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.html
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0http://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://forum.engkabang.net/index.php?topic=34525.0
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
3/10
redotstar.blogspot.com/2011/12/kesan-teknologi-nuklear.html
SEKTOR KETENTERAAN
Sejarah telah menceritkan tentang tragedi pengeboman Bandaraya
Hiroshima dan dan Nagasaki
pada 6 dan 9 Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam
penggunaan teknologi nuklear dalamperadaban manusia. Fakta dari
peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian
akibat ledakan seramai 140 ribu nyawa serta merta dan ratusan
ribu lagi yang terkorban
selepasledakan akibat radiasi sinaran dan kesanterbakar.
Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika
Syarikat memulakan projek
menghasilkan bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di
Los Alamos, New Mexico pada
tahun 1942. Ujian bom atom pertama dilakukan di tapak ujian
Alamogodro didaerah yang sama.
Sepanjang sejarah, hanya dua kali bom atom digugurkan iaitu di
Hiroshima dan Nagasaki sekaligus
menamatkan Perang Dunia ke-2. Selain malapetaka Hiroshima dan
Nagasaki, masyarakat terusdihantui dengan tragedi yang membabitkan
nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden
kebocoran reaktor nuklear diThree Mile Islands, Amerika Syarikat
pada 1979, Chernobyl, Ukraine
(1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom (2000).
(Faizal Aziz, 2010)
ANCAMAN BAHAN RADIOAKTIF
Tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan
manusia. Ini kerana, tenaga
nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya
kepada tubuh badan manusia kerana
radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan
radioaktif yang terhasil daripada aktiviti
penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat
berbahaya dan kos
menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika
dilepaskan ke alam sekitar, akan
bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah
tahap selamat kepada manusia.
Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium
dikategorikan sebagai bahan api tidak
boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan
arang batu.
http://4.bp.blogspot.com/-PSfma7acnF8/TuL20TzaUmI/AAAAAAAAAUk/ZGaLadi5_7c/s1600/Untitled+4.png
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
4/10
Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia
juga akan berkurangan jika terus
digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.
Kekurangan lain yang juga sering
dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko
kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika
kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya
akan mengambil masa yang panjang
untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di
Chernobyl pada April 1986. Dikatakan
bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang
terburuk dalam sejarah dunia. Letupan
ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding
peristiwa pengeboman Bandar
Hiroshima. (Murray, 2009)
Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan
Soviet, Timur dan Barat Eropah,
daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika
Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk
berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga
memaksa lebih daripada 336,000
orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka.
Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy
Agency (IAEA) and World Health
Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian
serta-merta. Manakala,
dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada
radiasi letupan itu, 9000 daripadanya
dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.
(Azrina Sobian, 2010)
http://4.bp.blogspot.com/-NNIxFdzxfN4/TuL3Ka1k9nI/AAAAAAAAAU0/sdiA9Pvrmuk/s1600/Untitled+6.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-6rMFrkJ-iF0/TuL3EKHYO3I/AAAAAAAAAUs/uGPDkTszFbM/s1600/Untitled+5.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-NNIxFdzxfN4/TuL3Ka1k9nI/AAAAAAAAAU0/sdiA9Pvrmuk/s1600/Untitled+6.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-6rMFrkJ-iF0/TuL3EKHYO3I/AAAAAAAAAUs/uGPDkTszFbM/s1600/Untitled+5.png
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
5/10
Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom AtombyEDITORon Aug 5, 2010
2:46 pm2 Comments
Oleh : Mohd Faizal Aziz
Hari ini genaplah usia 65 tahun ulangtahun kemusnahan bandaraya
Hiroshima di Jepun akibat ledakan
bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ketika Perang
Dunia ke-2. Menurut Prof Muhammad
Samudi Yasir, pensyarah dari Program Sains Nuklear Universiti
Kebangsaan Malaysia, dua hari lepas
telah diadakan Majlis Memperingati Pengeboman Hiroshima dan
Nagasakiyang dianjurkan
oleh Malaysia Nuclear Societydi UNITEN, Bangi.
Jika kita membaca sejarah, tragedi pengeboman Bandaraya
Hiroshima dan dan Nagasaki pada 6 dan 9
Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi
nuklear dalam peradaban manusia.
Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan
kematian akibat ledakan seramai 140
ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban
selepas ledakan akibat radiasi sinaran dan
kesan terbakar.
Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika
Syarikat memulakan projek menghasilkanbom atom yang dikenali
sebagai Projek Manhattandi Los Alamos, New Mexico pada tahun 1942.
Ujian
bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodrodi daerah
yang sama. Sepanjang sejarah, hanya
dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki
sekaligus menamatkan Perang Dunia ke-2.
Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terus
dihantui dengan tragedi yang membabitkan
nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden kebocoran reaktor
nuklear di Three Mile Islands, Amerika
Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun
(1999) dan United Kingdom(2000).
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa
Malaysia akan menggunakan
tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan
itu, Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Airtelah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji
nuklear negara pertama. Loji ini dijangka
mula beroperasi pada tahun 2021. Selepas pengumuman tersebut,
timbullah pelbagai persoalan yang
bermain di benak masyarakat tentang risiko-risiko yang bakal
berlaku sekiranya projek ini diteruskan. Di
kalangan aktivis dan masyarakat yang belum memahami isu tenaga
nuklear ini, sudah muncul banyak
tulisan dan rencana yang menghentam dan mengkritik langkah
kerajaan untuk memanfaatkan teknologi
nuklear untuk tenaga. Ironinya, di kalangan pakar, penyelidik,
saintis serta penyokong kuat penggunaan
teknologi ini, jarang kelihatan artikel dan rencana mereka
tersiar bagi memudahkan masyarakat awam
memahami isu ini secara jelas. Seakan-akan wujud jurang yang
memisahkan antara golongan yang faham
dan masyarakat awam tentang teknologi nuklear.
Di kalangan negara maju, teknologi penggunaan sumber tenaga
nuklear sudah tidak asing lagi. Iadigunakan dengan meluas dan
negara maju sepertiKorea Selatan, sejak beberapa tahun lalu
dilaporkansudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus
bekalan elektrik disumbangkan oleh sektorberkenaan.Kepentingan
nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya
tidak dapat
dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas
dan arang batu akan berakhir suatu masananti.
http://www.majalahsains.com/author/faizal/http://www.majalahsains.com/author/faizal/http://www.majalahsains.com/author/faizal/http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2010/08/Nuclear-Power.jpghttp://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#commentshttp://www.majalahsains.com/author/faizal/
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
6/10
Masyarakat umum melihat teknologi nuklear hanya digunakan untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
Sedarkah kita bahawa teknologi nuklear boleh dikembangkan dan
diperluaskan meliputi pelbagai bidang
penting seperti perubatan, pertanian, pembuatan dan alam
sekitar.Dalam bidang perubatan misalnya, teknologi nuklear sudah
digunakan dengan meluas di hospitalseperti Magnetic Resonance
Imaging (MRI)yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk
pengesanpenyakit berbahaya pada manusia. Menurut Profesor Bradley,
seorang pakar teknologi nuklear
dari University Of Surrey United Kingdomyang berkunjung ke
Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, pada awalnya nama
asal bagi MRIialah Nuclear Magnetic Resonance Imaging. Namun
begituakhirnya perkataan nuklear digugurkan bagi mengelakkan
kekeliruan dan ketakutan masyarakat tentangistilah tersebut. Dalam
bidang pertanian penggunaan teknologi nuklear berjaya menghasilkan
anak pokok,enzim serta baja yang bermutu tinggi.
Begitu juga dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear
membolehkan pengeluaran sarung
tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar
pada industri sarung tangan di
Malaysia.Dalam industri minyak dan sektor marin, teknologi Non
Destructive Testing-NDT(Ujian Tanpa
Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan
seperti Sinar Gammadan Sinar
Xdigunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku
pada paip-paip minyak atau gas.
Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysiadan
beberapa syarikat swasta yang lain.
Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali
sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat
Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismailyang ditubuhkan 27
tahun dahulu yang kini dikenalisebagai Agensi Nuklear Malaysia ).
Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak
di
Bangi. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta
eksperimen pancaran neutron. Selain itu ia
juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang
terdiri daripada fizik reaktor, kejuruteraan
reaktor dan kejuruteraan nuklear, hidraulik
haba(thermalhydraulic) dancore analysis.
Kebimbangan masyarakat terhadap isu tenaga nuklear timbul
apabila penerangan tentang kebaikan
sumber tenaga hijau dan bersih ini kurang diberi perhatian oleh
pihak berwajib. Apa yang timbul hanyalah
berita-berita yang negatif seperti bom atom, letupan Reaktor
Chernobyl, Tragedi Three Miles Island dan
sebagainya yang mengabui mata masyarakat tentang kebaikan
teknologi ini. Selain itu pendedahan
kepada nuklear di Malaysia agak perlahan menyebabkan orang ramai
kurang pengetahuan mengenai
perkara itu dan timbul kebimbangan yang berlebihan.
Pada pandangan saya, penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber
tenaga pada masa depan wajar
diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti
keselamatan, pengurusan, penerangan dan
kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan
oleh manusia. Untuk menghindari risiko,
manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk
menguruskan teknologi. Lebih banyak
penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk
mereka memahami isu ini.
Walaubagaimanapun, pendirian kita jelas terhadap jenayah perang
dan penggunaan teknologi nuklear
dalam peperangan wajib ditentang habis-habisan. Jelas bahawa
tenaga atom yang digunakan dalam
peperangan hanya akan memusnahkan kehidupan dan peradaban
manusia.
- See more at:
http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/#sthash.PD9PvmLE.dpuf
http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/
http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/http://www.majalahsains.com/2010/08/teknologi-nuklear-dan-malapetaka-bom-atom/
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
7/10
PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI NUKLEAR~
http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905
Wednesday, 4 January 2012 at 01:24
PENDAHULUAN
-Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis
tenaga yang "mengikat"nukleus
sesebuah atom.
-Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti
pereputan radioaktif serta
pembelahan atau pelakuran nuklear.
-Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri
tenaga nuklear yang membolehkan
penjanaan tenaga sekunder sepertitenaga elektrik.
- Teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing
lagi.Antara negara yang
mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran,
Perancis dan lain-lain.
- Ia juga digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea
Selatan, sejak beberapa tahun lalu
dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40
peratus bekalan elektrik
disumbangkan oleh sektor berkenaan.
- Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber
tenaga sebenarnya tidak dapat
dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas
dan arang batu akan berakhir suatumasa nanti.
(KEBURUKAN)
1-Bahan radioaktif daripada tenaga nuklear mengancam kesihatan
manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan
radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi
genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang
pelbagai
Sebagai contohnya, kebocoran bahan radioaktif diloji nuklear
Chernobyl di Rusia pada tahun 1986
mendedahkan penduduk di sekitarnya kepada bahaya radiasi.
Kedua,bsnyak penduduk kepulauan
Polynesia menghidap barah otak akibat ujian nuklear yang
dijalankan oleh Negara Perancis di
kawasan tersebut.
2-Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata
nuklear
http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
8/10
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk
menghasilkan senjata nuclear. Peluru
berpandu nuklear di hasilkan dengan banyak.
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup
menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan
tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa
kesengsaraan hidup serta
kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan
manusia.
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi.
PENUTUP/KESIMPULAN
- Penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa
depan wajar diteruskan selepas
mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan,
penerangan dan kajian yang
mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia.
Untuk menghindari risiko,manusia perlu diasuh dan diajar tentang
bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak
penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk
mereka memahami isu ini agar
manfaat teknologi nuklear dapat di nikmati oleh semua
http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html
Keburukan
. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan
manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan
radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi
genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang
pelbagai
. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata
nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk
menghasilkan senjata
nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah
cukup
menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan
melenyapkantamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa
kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi
Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan
- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga
nuclear
http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.htmlhttp://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.htmlhttp://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
9/10
Kesan Nuklear kepada alam sekitar dan manusia: Tragedi Chernobyl
Dalam
Kenangan
Nun kelihatan jauh berada di tengah gambar di atas juga loji
nuklear Chernobyl di Ukraine (Bangunan
beserombong asap). Gambar itu di ambil dari satu kawasan yang
dipanggil Pripyat. Seramai 50,000 orang telah
dipindahkan dari bandar ini setelah kebakaran loji nuklear yang
berlaku pada 26 tahun dahulu. Bandar Pripyat ini
di tinggalkan kerana kesan nuklear masih berlegar
dipersekitaran. Namun mengikut rekod perpindahan
keseluruhan penduduk di sekitar Chernobyl adalah seramai 200,000
orang.
Chernobyl adalah antara projek nuklear terawal negara Rusia. Ia
meletup pada tahun 1986 yang mengorbankan
banyak nyawa dan meninggalkan keturunan yang cacat akibat
penularan radiasi yang meluas.
Stesen Tenaga Nuklear itu mempunyai empat reaktor, masing-masing
mampu menghasilkan satu gigawatt
kuasa. Pada waktu kemalangan, empat reaktor mereka berjaya
menghasilkan sekitar cuma 10 peratus daripada
kuasa elektrik yang digunakan untuk negara Ukraine.
Pembangunan Stesen Nuklear itu bermula pada tahun 1970-an.
Reaktor yang pertama dari 4 reaktor itu mula
bertugas pada tahun 1977, dan Reaktor No 4 mula menghasilkan
kuasa pada tahun 1983. Ketika kemalangan itu
berlaku pada tahun 1986, dua reaktor nuklear yang lain sedang
dalam proses pembangunan.
Hanya selepas 3 hari kebakaran berlaku di Loji Nuklear
Chernobyl, pihak Soviet akhirnya mengakui bahawa
berlakunya malapetaka di loji tersebut, dan ketika itu, mereka
sudah terlambat untuk mengosongkan daerah
yang berhampiran reaktor itu. Tindakan lewat ini adalah kerana
mereka mahu menutup berita dari pengetahuan
orang ramai.
Itu pun kerana pada April 28, 1986 , pekerja loji nuklear di
Sweden telah mengesan terdapatnya radiasi di
pakaian mereka melalui keadah scan. Namun setelah di periksa, ia
bukan datang dari reaktor nuklear di Sweden.
Penemuan itu di buat melalui satelit yang berupaya mengesan zon
merah yang menjadi punca dan mengenal
pasti bahawa radiasi yang dikesan adalah dari Reaktor Nuklear
Chernobyl yang jaraknya adalah 600 batu dari
situ.
Akibat dari kebakaran itu, Banyak kematian yang melibatkan
petugas pemadam kebakaran dan kakitangan yang
berada di Chernobyl, juga di kalangan penyelam yang menyelam ke
dasar kolam terletaknya injap yang kritikal
yang mengakibatkan kebakaran tersebut. Terdapat juga Juruterbang
helikopter yang kemudiannya jatuh sakit
setelah mengangkut air dan simen bagi meredakan kebakaran di
tempat celaka itu.
Ribuan anak-anak yang tinggal berdekatan bandar tersebut turut
mengembangkan penyakit tiroid. Radiasi yang
jatuh dibandar tersebut perlu memakan masa 300 tahun untuk
menghilang. Begitu lah hebatnya kesan nuklear
pada manusia. Hanya sekadar pengetahuan betapa kemodenan tidak
menjamin keselamatan. Semakin maju,
manusia semakin tamak dan akhirnya menimbulkan kemudaratan.
http://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.html
http://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.htmlhttp://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.htmlhttp://onlytanahairku.blogspot.com/2011/03/kesan-nuklear-kepada-alam-sekitar-dan.html
-
5/23/2018 Kesan Negative Kegunaan Nuklear
10/10