Top Banner
Tajuk: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. 1. Kejadian jerebu di Malaysia. i) Maksud jerebu Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. ii) Punca jerebu Antara punca utama berlakunya jerebu ialah pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka. Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung apung atau terampai di atmosfera. Jerebu biasanya berlaku apabila tiada hujan dan angina bertiup. iii) Kesan jerebu dan langkah pencegahannya Jerebu ini membahayakan kesihatan dan memburukkan lagi kesihatan penghidap penyakit berikut: 1) Asma 2) Radang paru-paru. 3) Sakit Jantung. 4) Penyakit onstruktif saluran pernafasan kronik. 5) Sakit Tekak 6) Batuk 7) Selesema
14

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Jan 18, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Tajuk: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

1. Kejadian jerebu di Malaysia. i) Maksud jerebuJerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

ii) Punca jerebuAntara punca utama berlakunya jerebu ialah pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka. Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung apung atau terampai di atmosfera. Jerebubiasanya berlaku apabila tiada hujan dan angina bertiup.

iii) Kesan jerebu dan langkah pencegahannyaJerebu ini membahayakan kesihatan dan memburukkan lagi kesihatan penghidap penyakit berikut: 1)  Asma

2) Radang paru-paru.

3) Sakit Jantung.

4) Penyakit onstruktif saluran pernafasan kronik.

5) Sakit Tekak

6) Batuk

7) Selesema

Page 2: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Terdapat beberapa langkah bagi menjaga kesihat kita. Antaranya ialah:

1) Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.

2) Sekiranya ingin ke luar rumah, gunakan penutup hidung danmulut (mask) yang bersesuaian  seperti “N95″ atau “P100″.

3) Banyakkan minum air kosong.

4) Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepasmelakukan aktiviti luar.

Page 3: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

2. Kejadian pulau haba di Malaysia.

i) Maksud pulau habaMaksud pulau haba ialah keadaaan dimana suhu di kawasan pusat bandar yang terhad keluasannya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di kawasan luar bandar atau pinggir bandar disebabkan oleh aktivti manusia.

ii) Punca pulau habaPulau haba berpunca daripada bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat,serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.

iii) Kesan dan langkah pencegahannyaAntara kesan-kesannya ialah:

a) Suhu udara di bandar lebih panas berbanding kawasan pinggir bandar

b) Bilangan penduduk mengalami sakit kepala bertambah

Antara langkah-langkah pencegahnnya ialah:

a) PENANAMAN SEMULA TUMBUHAN HIJAU. -Penghijauan semula kawasan bandar penting dalam mensederhanakan suhu kawasan bandar. Lebih-lebih lagi bandar-bandar utama perlu banyakkan lagi kawasan hijau di kawasan tersebut bagi meningkatkan kadar sejat peluhan dan juga proses fotosintesis.

b) KAWALAN PENGGUNAAN BAHAN API -Dilakukan melalui kempen berkongsi kereta dan penggunaan perkhidmatan kenderaan awam. Bagi pihak industri pemasangan cerobong penapis asap pula,amat penting bagi mengatasi pembebasan bahan pancemar ke udara.

Page 4: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

c) PERANCANGAN BANDAR -Pemindahan lokasi industri perlu diserapkan ke kawasan luar bandar supaya tidak menjejaskan kestabilan suhu bandar. Antaranya,penggunaan bahan binaan yang perlu di ubah selain susun atur bangunan yang perlu di rancang.

d) BANYAKKAN KAWASAN AIR DI BANDAR. Wujudkan lebih banyak badan air untuk membantu meningkatkan kelembapan bandingan di kawasan bandar.

Page 5: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

4. Kejadian hujan asid di Malaysia.

i) Maksud hujan asidHujan asid secara semulajadi adalah berasid.

ii) Punca hujan asidIni disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

iii) Kesan dan langkah pencegahannyaAntara kesannya ialah:

Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan danhidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemahdan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Antara Langkah-langkah pencegahnnya ialah:

a) Menggunakan petrol tanpa plumbum

Page 6: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

b) Penggunaan penapis asap atau gas tercemar di cerobong asap

c) Mengawal aktiviti pembakaran secara terbuka

d) Menggunakan janakuasa hidro atau gas

e) Kempen, forum, seminar berkaitan penjagaan alam sekitarkhasnya berkaitan pencemaran udara

5. Kejadian kemarau di Malaysia.

i) Maksud kemarau

Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung.

ii) Punca kemarau

Punca utama kemarau berpunca daripada pembalakan secara tidak terkawal dan juga pertanian pindah.

iii)Kesan dan langkah pencegahannya

Kesan :

Kesan-kesan utama sebab berlakunya kemarau ialah peningkatansuhu, menjejaskan sumber bekalan air, kemusnahan tumbuhan serta hidupan dan kebuluran.

Page 7: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Langkah:

Antara langkah-langkah utama bagi mencegah berlakunya kemarau ialah dengan mengatasi kekurangan air dengan sumur resapan. Cara termudah untuk menjaga air tanah ialah dengan mengalirkan air hujan yang jatuh di halaman rumah ke dalam sumur resapan.

Page 8: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

6. Indeks Pencemaran Udara (IPU)

i) Maksud Indeks Pencemaran UdaraIndeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon

monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU

Kualiti udara

0 - 50 Baik51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak sihat

201 - 300

Sangat tidaksihat

301 - 400 Berbahaya

401 - 500

Sangat berbahaya

Lebih 501 Darurat

Page 9: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Page 10: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Page 11: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Page 12: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

3. Kejadian penipisan pelapisan ozon di Malaysia.

i) Maksud penipisan pelapisan ozonLapisan ozon bermaksud suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan bumi. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi. Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.

ii) Punca pelapisan ozonOzon terjadi apabila sinaran ultraungu matahari bertemu dengan molekul oksigen di atmosfera yang menyebabkan berlakunya tindak balas yang menghasilkan atom oksigen. Keadaan dimana lapisan ozon berada dibahagian stratosfera yang mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai. Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi.

iii) Kesan dan langkah pencegahannyaAntara kesan-kesannya ialah: a) Kesan ke atas Sistem Geomorfologi Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan: Peningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal,pertambahan kadar hakisan seterusnya mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya kawasan gurun panas, pemanasan suhu dunia akan mempercepatkan proses pemanasan batuan yang akan cepat mengembang dan memudahkan berlakunya penyepaian fizikal.

b) Kesan ke atas Sistem Atmosfera Kadar kenaikan suhu lautan khususnya lautan pasifik akan menjadi lebih cepat. Contohnya antara September 1997, suhu lautan Pasifik telah bertambah sebanyak sebanyak 5 darjah celcius dan meliputi kawasan seluas 8000km persegi. Kenaikan air laut menjadikantekanan udaranya rendah.

Page 13: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Antara langkah-langkah pencegahannya ialah: a) Melalui persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) mengadakan persidangan bagi membincangkan kesan penipisan lapisan ozon dan langkah untuk mengatasinya.

b) Kempen kesedaran dan badan sukarela. Badan-badan sukerela seperti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi,ceramah dan bengkel.

c) Mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan. Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara maju akan menyebabkan pemanasan global berlaku. Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartakan kawasan hutan sebagai kawasanhutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi.

Page 14: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar