-
1
Kertas Konsep Pelaksanaan MS 1900:2014
Perkara: Tiga Nilai Penerapan Syariah Dalam Mencapai MS
1900:2014
Tiga Nilai Utama Dalam MS 1900:2014
1- Syura (Musyawarah)
Islam telah memberi penekanan khusus kepada syura
sehinggakan
sebuah surah diberi nama oleh Allah S.W.T. dengan perkataan
'Syura'.
Surah ke-42 ini mengandungi 53 ayat, Makkiah. Ini bererti
perintah
melaksanakan syura oleh Allah S.W.T. telah bermula sebelum
hijrah
Rasulullah S.A.W. ke Madinah lagi.
Syura merupakan istilah yang diperkenalkan oleh al-Quran.
Secara ringkas ia membawa erti sebagai amalan bermesyuarat.
Ia
merupakan satu proses komunikasi yang mengandungi
perbincangan,
perundingan, percambahan fikiran, pengumpulan dan pertukaran
maklumat, pengumpulan fakta dan data serta pengumpulan dan
pertukaran pelbagai idea dari setiap sudut.
Intipati daripada saripati idea yang terbaik disimpulkan
menjadi
keputusan. Keputusan syura merupakan suara majoriti dan
bersama
untuk mencapai matlamat iaitu kebenaran. Keputusan itu
dilaksanakan
dalam bentuk tindakan oleh setiap individu secara bersama,
menyeluruh
dan bersepadu.
Di antara kebaikan dan kepentingan syura adalah :
-
2
a. Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas
dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan,
kebaikan
dan kebajikan semua.
b. Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.
c. Kesepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat
kepada
individu dan kumpulan kecil tertentu. Sesuatu isu, cabaran,
halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh
dari
pelbagai sudut dan terperinci.
d. Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan
dalam
membuat sesuatu keputusan penting.
e. Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat
ikhlas,
amanah dan bertanggungjawab. Setiap individu memberikan
sumbangan terbaik dari segi idea dan mereka bertanggungjawab
pula untuk bertindak melaksanakan keputusan itu.
f. Melahirkan tindakan bersepadu dalam pelaksanaan keputusan
yang telah dipersetujui bersama.
g. Menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu,
profesionalisme
dan kepakaran.
h. Memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas
dasar hormat menghormati, kasih mengasihi, muhibah dan
persaudaraan (ukhuwah Islamiah).
i. Organisasi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada
kakitangan. Negara pula mendapat kesetiaan dan pengorbanan
daripada rakyatnya untuk menghadapi semua kemungkinan.
-
3
j. Melahirkan keutuhan dan kestabilan organisasi dan negara
dari
segi pengurusan, politik, ekonomi dan sosial.
k. Melahirkan kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian
individu, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan
antarabangsa.
l. Mendapat keredaan Allah S.W.T.
Sementara itu, pengabaian syura membawa implikasi buruk
seperti meluasnya konflik dan krisis dalam keluarga,
masyarakat,
organisasi, negara dan antarabangsa. Ia juga mengakibatkan
perpecahan, perbalahan dan persengketaan, di samping
melahirkan
amalan autokrasi dan nepotisme yang akhirnya membawa kepada
kemunduran keseluruhan dan kehancuran.
Kebaikan dan kepentingan syura dan implikasi buruk akibat
pengabaiannya ada dalam ilmu Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui
lagi
Maha Bijaksana.
Firman Allah S.W.T.,
نَ ُهمْ َوأَْمُرُهْم ُشوَرى بَ ي ْ
Maksudnya: “Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat
sesama mereka.”
(Surah asy-Syura: 38).
ْل ِلْنَ َعَلى اهلِل ِإنَّ اهلَل يُِ َوَشاِوْرُهْم ِف اْْلَْمِر
فَِإَذا َعَزْمَت فَ تَ وَكَّ تَ وَكِلُ
ُّبا اُ
-
4
Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan
(peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau
telah
berazam (setelah bermesyuarat untuk (berbuat sesuatu) maka
bertakwalah kepada Allah. Kerana Allah mengasihi orang-orang
yang
bertawakal kepadaNya.”
(Surah Ali Imran: 3:159).
Antara hadis-hadis nabi S.A.W. yang menyentuh tentang syura:
وََّل َعَليَّ َما َلَْ َعْن َأِب ُهَريْ َرَة قَاَل:قَاَل َرُسوُل
اللَِّه َصلَّى اللَُّه َعَلْيِه َوَسلََّم: َمْن تَ قَ أَُقْل فَ
ْلَيَتبَ وَّْأ َمْقَعَدُه ِمْن النَّاِر َوَمْن اْسَتَشارَُه َأُخوُه
اْلُمْسِلُم فََأَشاَر َعَلْيِه بَِغْْيِ ُرْشٍد
َا ِإْْثُُه َعَلى َمْن أَفْ َتاهُ َيا َغْْيِ ثَ ْبٍت فَِإَّنَّ
فَ َقْد َخانَُه َوَمْن أَفْ ََت بُِفت ْ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A.: Rasulullah S.A.W.
telah
bersabda: "Sesiapa mengatakan sesuatu atas namaku yang aku
tidak
mengatakannya, maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya
di
neraka dan sesiapa diminta bermesyuarat oleh saudaranya
sesama
Muslim lalu dia memberikan pendapatnya dengan menyimpang
dari
kebenaran maka dia telah mengkhianatinya dan sesiapa memberi
fatwa
dengan fatwa yang tidak jelas (kebenarannya), maka dosanya
adalah
bagi orang yang memberikan fatwa."
(Hadis 7918 Musnad Ahmad, Sanadnya sahih / Syeikh Ahmad
Syakir)
ا َساَر َرُسوُل اللَِّه َصلَّى اللَُّه َعَلْيِه َوسَ ََ فَاْستَ
َعْن أََنٍس قَاَل َلمَّ ََ َبْدٍر َخَر َشاَر لََّم ِإِضَي
َتَشاَرُهْم فََأَشاَر َعَلْيِه ُعَمُر رَ النَّاَس فََأَشاَر
َعَلْيِه أَبُو َبْكٍر َرِضَي اللَُّه َعْنُه ُُثَّ اسْ
-
5
َا يُرِيدُكُ لَِّه ََل ْم فَ َقاُلوا يَا َرُسوَل اللَِّه
َوالاللَُّه َعْنُه َفَسَكَت فَ َقاَل َرُجٌل ِمْن اْْلَْنَصاِر
ِإَّنَََّلم َنُكوُن َكَما قَاَلْت بَ ُنو ِإْسَرائِيَل ِلُموَسى
َعَلْيِه السَّونَ اْذَه ُّْب أَْنَت َورَباَك فَ َقاِتََل ِإنَّا
َهاُهَنا قَاِعدُ } }
ُلَغ ب َ ِبِل َحَتَّ تَ ب ْ ْرََ اْلِغَماِد َلُكنَّا َمَعكَ
َوَلِكْن َواللَِّه َلْو َضَرْبَت َأْكَباَد اْْلِ
Maksudnya: Daripada Anas R.A. berkata; "Ketika Rasulullah
S.A.W.
melakukan perjalanan menuju peperangan Badar, baginda keluar
mendapatkan pendapat kepada para sahabat, maka Abu Bakar pun
memberinya pandangan. Setelah itu baginda meminta pandangan
lagi
kepada para sahabat, maka Umar R.A. pun memberi pandangan,
akhirnya baginda diam. Lalu seorang laki-laki dari kaum Anshar
berkata;
"Bahawasanya baginda memerlukan kalian, para sahabat pun
berkata:
"Wahai Rasulullah, demi Allah kami tidak ingin seperti Bani
Isra`il yang
berkata kepada Musa A.S.: "Kerana itu pergilah kamu bersama
Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami
hanya
duduk menanti di sini saja. Akan tetapi, demi Allah, sekiranya
engkau
pukul punggung unta hingga engkau sampai Barkal Ghahimad
(nama
tempat) kami akan tetap bersamamu." (Hadis 11584, Musnad
Ahmad,
Isnadnya sahih di atas syarat syaikhan / al-Albani)
Adab : Syura mesti dilaksanakan dengan penuh akhlak, etika
dan
adab dari pengerusi hinggalah setiap ahli. Tanpa adab,
mesyuarat
menjadi medan sindiran, kutukan, melepas geram,
pertengkaran,
perbalahan dan sebagainya.
Sesungguhnya syura memainkan peranan penting di dalam
kehidupan manusia ke arah kesejahteraan, keamanan dan
kebahagiaan
sejagat.
-
6
2- Ketelusan
Ketelusan bermaksud keadaan atau sifat yang terus terang, tiada
hal
yang tersembunyi dan boleh disangsikan. (Kamus Dewan edisi
keempat). Ia merupakan satu keadaan yang tidak menimbulkan
keraguan. Dalam Islam, sifat yang jelas sehingga tidak
menimbulkan
keraguan adalah sangat dituntut pada setiap bentuk amalan
dan
tugasan yang dilakukan.
Dengan meneliti dalil-dalil syarak, tuntutan meninggalkan
perkara
dan keadaan yang boleh menimbulkan keraguan boleh diteliti
pada
hadis-hadis Nabi S.A.W. antaranya:
نَ ُهَماا ٌ َوبَ ي ْ ٌ َواْلََْراُم بَ نِل َهاٌت ََل يَ
ْعَلُمُهنَّ َكِثٌْي ِمْن النَّاِس َفَمِن أُُمورٌ ْلَََْلُل بَ نِل
ُمَشب ََّرأَ ِلِديِنِه َوِعْرِضِه. َهاِت اْسَتب ْ ب ْ ات ََّقى
اْلشا
Maksudnya: “Halal itu jelas dan yang haram juga jelas dan di
antara kedua-duanya itu ada perkara-perkara yang mutasyabihat,
tidak diketahui ramai di kalangan manusia akan hakikatnya, maka
sesiapa yang takut akan perkara-perkara mutasyabihat dia telah
membebaskan agamanya dan kenamaannya dari urusan-urusan ( yang
tidak jelas halal atau pun haram).”
(Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Iman, Hadis No. 52) Seterusnya sabda
baginda S.A.W. dalam hadis yang lain: Al-Hawra’ bin Sa’di telah
berkata, aku bertanya kepada Hasan bin Ali apa yang engkau hafaz
daripada Rasulullah S.A.W., Maka Hasan bin Ali pun berkata, aku
telah bertanya kepada seorang lelaki tentang masalah yang aku tidak
tahu, maka katanya :
ََ َما ََل يَرِيُبكَ دَْع َما يَرِيُبَك ِإ
-
7
Maksudnya: “Tinggalkan apa yang meragukan kepada yang tidak
meragukan.”
(Sunan al-Darimi, Kitab al-Buyu’, Hadis No. 2532)
Bagi mengaplikasikan nilai ketelusan dalam budaya kerja
masyarakat Darul Quran Jakim, dua ciri dijadikan asas kepada
nilai
tersebut iaitu:
2.1- Jujur dan amanah
2.2- Ihsan
Kedua-dua sifat ini akan menjadi ukuran ke atas komuniti
masyarakat Darul Quran Jakim.
Sifat jujur dan amanah sangat mustahak untuk dibudayakan
dalam
kehidupan seseorang Muslim terutamanya ketika menjalankan
tanggungjawab dan profesion dalam kerja. Masalah tidak telus
sehingga
banyak berlaku ketirisan dalam pengurusan dan kerja adalah
kerana
tidak ada sifat amanah dan kejujuran pada individu terlibat.
Sikap
khianat dan pecah amanah akan mengakibatkan implikasi yang
tidak
baik pada sesebuah organisasi dan institusi. Allah S.W.T. sangat
jelas
meminta orang yang beriman menjauhi sifat buruk tersebut
sebagai
bukti kebenaran ikrar iman yang dinyatakan oleh manusia
kepada-Nya.
Firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
-
8
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati
amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah Al-Anfal : 27)
Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah menyatakan sifat khianat
terhadap amanah merupakan salah satu dari cabang-cabang
nifaq
(munafik). Sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadis:
َث َكَذَب َوِإَذا َوَعَد َأْخَلَف َوِإَذا اْؤُتَُِن َخانَ آيَُة
اْلُمَناِفِق َثََلٌث ِإَذا َحدَّ
Maksudnya: “Tanda-tanda munafik itu tiga, apabila bercakap dia
berdusta, dan apabila berjanji dia menyalahi janji dan apabila
diberi amanah dia khianat.”
(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Hadis No. 33)
Sifat kedua bagi merealisasikan budaya telus dalam
melaksanakan kerja dan tanggungjawab bagi kedua-dua komuniti
terlibat, ialah sifat ihsan. Asas dalam memahami konsep ini
boleh diteliti
dalam sebuah hadis iaitu ketika Nabi S.A.W. ditanya oleh Jibril
A.S.
berkenaan hakikat iman, Islam dan ihsan. Ketika menjawab
hakikat
ihsan Nabi S.A.W. telah menyatakan:
ََ َكأَنََّك تَ َراُه، فَِإْن َلَْ َتُكْن تَ َراُه فَِإنَُّه يَ
رَا َأْن تَ ْعُبَد اهلل َ
Maksudnya: “Kamu menyembah Allah S.W.T. seolah-olah kamu
melihatnya, sekiranya kamu tidak dapat merasakan demikian,
sesungguhnya Dia melihat kamu.”
(Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Hadis No. 1)
-
9
Sifat ihsan akan menjadikan kita sentiasa merasakan diri dilihat
dan
diawasi oleh Allah S.W.T. yang akan menjadikan kita lebih
beramanah
dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang
diberikan. Malah akan menyebabkan kita bersungguh-sungguh
bagi
menghasilkan output yang bermutu tinggi.
3- Itqan
Sifat itqan dalam menjalankan tugas dan arahan adalah punca
kejayaan
dalam sesuatu organisasi dan institusi. Nilai tersebut wajib
dimiliki oleh
setiap individu yang terlibat. Sikap ini dalam melaksanakan
amanah dan
tugasan boleh dilihat pada diri seseorang apabila individu
terlibat
sedang melaksanakan tugasannya atau reaksinya semasa
menerima
sesuatu arahan. Sikap ini boleh terzahir dengan nilai-nilai
berikut:
3.1 Dedikasi
3.2 Tekun
Dedikasi bermaksud pengabdian diri, masa, dan lain-lain
sepenuhnya kepada menghasilkan sesuatu tujuan tertentu dalam
kerjaya dan lain-lain. Tekun pula bermaksud melakukan dengan
rajin
(melakukan sesuatu) dan bersungguh-sungguh. (Lihat Kamus
Dewan
Edisi Keempat).
Kedua-dua sifat ini adalah amat disarankan oleh Islam pada
pelaksanaan setiap kerja dan tugasan yang dilakukan oleh
setiap
individu. Allah S.W.T. telah menyatakan dalam al-Quran secara
isyarat
akan kedua-dua sifat ini apabila seseorang itu meninggalkan
perkara-
-
10
perkara yang melalaikan sebagai orang beriman yang mendapat
kejayaan. Firman Allah s.w.t.:
ْغِو ُمْعِرُضوَن َوالَِّذيَن ُهم َعِن اللَّ
Maksudnya: “Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan Yang sia-sia” (Surah Al-Mukminun : 3)
Setiap individu yang ingin mencernakan sifat dedikasi dan
tekun
dalam diri ketika melaksanakan tugas, perlu meninggalkan
perkara-
perkara yang sia-sia. Masa dan kemudahan yang diberikan
dapat
dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menghasilkan dapatan
yang
terbaik.
Nabi S.A.W. juga pernah menyatakan sabdanya yang
mengandungi maksud dan ibrah yang sama untuk kita hayati dan
amalkan dalam mewujudkan kedua-dua sifat ini dalam diri kita
antaranya:
ََ اللَِّه َما َداَوَم َعَلْيِه َصاِحُبُه َوِإْن َقلَّ َأَح ُّبا
اْلَعَمِل ِإ
Maksudnya: “Amal yang amat dikasihi oleh Allah S.W.T. ialah
amalan yang berterusan sekalipun hanya dilaksanakan dengan kadar
yang sedikit.”
(Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Hadis No. 782)
Hadis tersebut menyatakan amalan yang berterusan iaitu usaha
yang berterusan dalam melaksanakan sesuatu tugas, arahan
atau
amanah adalah merupakan satu sikap yang baik dan disukai oleh
Allah
S.W.T.
-
11
Program dan Aktiviti yang dinilai:
1- Syura (Musyawarah)
a. Mesyuarat-mesyuarat utama Darul Quran seperti Pengurusan,
Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Pentadbiran dan Kewangan.
b. Mesyuarat dalam membentuk dasar dan hala tuju Darul Quran
2- Ketelusan
a. Pengurusan dan pengendalian peperiksaan meliputi dua
skop:
2.1 Pelantikan pemeriksa skrip jawapan.
2.2 Pengurusan pembayaran elaun penggubalan soalan dan
memeriksa skrip jawapan.
b. Pengeluaran surat cuti sakit dan surat pelepasan pelajar oleh
unit
yang berkenaan.
3- Itqan
a. Kelulusan pihak Hal Ehwal Pelajar dan Akademik berkenaan
pelepasan kuliah.
b. Proses pengambilan pelajar Darul Quran Jakim peringkat sijil
dan
diploma oleh Unit Pengambilan. Meliputi dua hal:
3.1 Pelantikan panel temu duga.
3.2 Mesyuarat Pengambilan Pelajar pada peringkat keputusan
calon yang berjaya diterima masuk.
-
12
Sebagai kesimpulan, kesemua nilai-nilai dan sifat-sifat mulia
yang
dicadangkan ini adalah selari dan sesuai bagi mencapai objektif
syarak
ke atas diri mukallaf iaitu menjana maslahah mereka dan
menolak
mafsadah. Pelaksanaan MS 1900:2014 juga adalah dengan tujuan
yang
sama disamping menyuburkan penghayatan syariah ke atas diri
warga
Darul Quran Jakim.
واهلل أعلم
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Penasihat Syariah
Darul Quran Jakim.