Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman 1 KESEIMBANGAN KEFAHAMAN TERHADAP PRINSIP DAN PRAKTIS SEMASA DALAM MEMAHAMI DALIL POLITIK Oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman 1 1.0 PENDAHULUAN Jika sekiranya hukum asal berkaitan ibadat diambil dengan penyerahan dan pematuhan kepada nas, maka hukum asal berkaitan perkara biasa dan muamalat – iaitu urusan hidup yang berbeza-beza – perlulah melihat kepada illah dan tujuan di sebalik pensyariatannya. Perkara-perkara ini disyariatkan sudah pasti untuk merealisasikan maslahat (perkara yang mendatangkan kebaikan) dan menolak mafsadah (perkara yang mendatangkan kemudaratan). Oleh itu, seorang mujtahid – terutamanya pemerintah yang dilantik- hendaklah mengamati apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perintah dan larangan dalam perkara yang berkaitan dengan muamalat dari sudut illah dan tujuan yang ingin dicapai oleh syara` supaya tidak mengabaikannya ketika membuat rang undang-undang, ketika mengeluarkan fatwa atau ketika proses penghakiman agar tidak luput kebaikan yang banyak daripada manusia dan agar mereka tidak ditimpa kemudaratan yang besar. Dengan pengamatan yang baik terhadap nas, mencantumkannya antara satu sama lain, mengkaji maksud tersirat di sebaliknya, tidak tertumpu kepada luaran dan literalnya sahaja, memperelokkan pemahaman terhadap apa yang di mahukan oleh Allah dan RasulNya, seorang alim akan diberi petunjuk untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik nas yang terdiri dari rahsia dan tujuan yang dibekalkan oleh syara` dengannya. Inilah yang telah dicapai oleh fuqaha dari kalangan sahabat Rasulullah. Mereka tidak hanya tertumpu kepada literal nas sahaja, bahkan mereka berusaha untuk menyelami sehingga ke dasar nas tersebut dalam usaha mencungkil tujuan di sebaliknya untuk direalisasikan. 1 Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi NGO MURSHID. Boleh dihubungi di [email protected]atau hubungi 03-6201 1062
33
Embed
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
1
KESEIMBANGAN KEFAHAMAN TERHADAP PRINSIP DAN PRAKTIS SEMASA
DALAM MEMAHAMI DALIL POLITIK
Oleh
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman1
1.0 PENDAHULUAN
Jika sekiranya hukum asal berkaitan ibadat diambil dengan penyerahan dan pematuhan
kepada nas, maka hukum asal berkaitan perkara biasa dan muamalat – iaitu urusan hidup yang
berbeza-beza – perlulah melihat kepada illah dan tujuan di sebalik pensyariatannya. Perkara-perkara
ini disyariatkan sudah pasti untuk merealisasikan maslahat (perkara yang mendatangkan kebaikan)
dan menolak mafsadah (perkara yang mendatangkan kemudaratan).
Oleh itu, seorang mujtahid – terutamanya pemerintah yang dilantik- hendaklah mengamati
apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perintah dan larangan dalam perkara yang berkaitan dengan
muamalat dari sudut illah dan tujuan yang ingin dicapai oleh syara` supaya tidak mengabaikannya
ketika membuat rang undang-undang, ketika mengeluarkan fatwa atau ketika proses penghakiman
agar tidak luput kebaikan yang banyak daripada manusia dan agar mereka tidak ditimpa
kemudaratan yang besar.
Dengan pengamatan yang baik terhadap nas, mencantumkannya antara satu sama lain,
mengkaji maksud tersirat di sebaliknya, tidak tertumpu kepada luaran dan literalnya sahaja,
memperelokkan pemahaman terhadap apa yang di mahukan oleh Allah dan RasulNya, seorang alim
akan diberi petunjuk untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik nas yang terdiri dari rahsia dan
tujuan yang dibekalkan oleh syara` dengannya.
Inilah yang telah dicapai oleh fuqaha dari kalangan sahabat Rasulullah. Mereka tidak hanya
tertumpu kepada literal nas sahaja, bahkan mereka berusaha untuk menyelami sehingga ke dasar
nas tersebut dalam usaha mencungkil tujuan di sebaliknya untuk direalisasikan.
1 Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi NGO MURSHID. Boleh dihubungi
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
3
Ertinya: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru di dalam urusan kami (agama kami) yang
bukan sebahagian darinya, maka perkara tersebut adalah tertolak”3 dengan maksud tidak diterima.
Sabda Nabi :
ض�لة بدعة كل فإن ا�مور ومحدثات إياكم
Ertinya: “Berhati-hatilah terhadap perkara yang baru, sesungghunya setiap bid’ah adalah sesat "4
.
Disebabkan inilah, para sahabat amat menjaga initipati tulen sesuatu ibadat,
mereka tidak melakukan penambahan di dalamnya, tidak mengubah parameternya dan tidak
melakukan pengurangan darinya. Jika terjadi sesuatu daripada perkara tersebut yang dilakukan oleh
orang yang jahil, maka ulama mereka akan segera melarangnya. Ini fenomena yang berlaku pada
zaman ibn Mas`ud, ibn Umar dan selain mereka. Para sahabat membezakan dengan jelas tujuan
sesuatu perkara agama itu disyariatkan dan cara mencapainya. Mereka menjaga tujuan
pensyariatannya dan mengembangkan cara mencapainya.
Sheikhuna Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab
ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah :
� إ2 يعبد أ2
Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah)
شرع بما إ2 يعبد أ2
Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari’atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum
dari nas dalil al-Quran dan hadith).
Sedikit penambahan di sini iaitu kaedah yang telah disebutkan oleh Imam Hassan al Banna :
Satu lagi kaedah yang penting di dalam membezakan antara ibadat dan adat ialah : hukum asal
berkaitan ibadat atau perkara agama adalah dengan menuruti (apa yang dinaskan). Manakala
hukum asal berkaitan perkara biasa atau urusan duniawi adalah dengan melakukan
pembaharuan/inovasi.
3 Muttafaq `alaih daripada Aishah.
4 Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Tirmizi.
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
4
Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia selepas kewafatan baginda
nabi dan khulafa al-Rasyidin, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil
naqli. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan cara
istidlal dan istinbad yang sohih.
Manakala bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat termasuk
urusan politik atau pentadbiran, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama
yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya
boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum
mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu.
Displin, kaedah serta syarat tertentu adalah penting agar kebebasan ini tidak disalahgunakan
oleh sebahagian manusia yang berkepentingan peribadi. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan
pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa
berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.
Kaedahnya menyebut :
المعاني إلى ا6لتفات والعادات المعام4ت في ا�صل
Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada
penelitian objektifnya.5
Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab
muamalat dan siasah berubah-ubah disebabkan oleh suasana, pertimbangan mudarat dan manfaat
serta kebiasaan setempat yang dinamakan ‘uruf. Namun mestilah ‘uruf terbabit tidak secara jelas
bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan ‘uruf fasid atau kebiasaan
yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan.
Justeru, perlulah kita fahami urusan politik adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia
dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kaedah pentadbiran yang tidak pernah wujud di
zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam penjagaan hak rakyat dan pemerintah
dipelihara. Selagimana tiada larangan dan pengharaman yang bersifat thawabit serta qat’ie
dilanggari.
5 Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
5
Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi sallaallahu‘alai
wasallam? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari kebijaksanaan dalam Islam memberi keluasan serta
flexible (anjal) dalam hal pentadbiran kerana perbezaan suasana dan pendidikan manusia boleh
menjadi berubah menjadikan kaedah mencapai sesuatu keadilan dan keberkesanan pemerintahan
juga berubah dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan terbanyak buat
masyarakat.
Para sahabat Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam menggunakan konsep pembaharuan dan
inovasi dalam hal pentadbiran politik. Iaitu dengan mereka cipta cara, uslub, pegangan dan
mekanisma yang memajukan dunia, menggalakkan pembinaan, dan mengembangkan kehidupan
kepada tahap yang lebih baik. Perkara ini bertepatan dengan hadith sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim daripada Aishah dan Anas :
دينكم بأمر أعلم أنتم
Ertinya: “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”.
Dan satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga daripada Jariri bin Abdullah :
القيامة يوم إلى بھا عمل من وأجر أجرھا فله حسنة سنة سن من
Ertinya: “Barangsiapa yang menghidupkan suatu sunnah yang baik maka baginya pahala dan pahala
orang yang beramal dengannya sehingga ke hari Qiamat”.
Rangsangan inilah yang menjadikan Umar melakukan perubahan di dalam banyak perkara
yang dinamakan sebagai "عمر أوليات" . Beliau mendapat petunjuk di dalam kerja- kerja beliau dengan
melakukan perbincangan dengan para sahabat terutamanya Ali bin Abi Talib yang dikatakan
padanya:
عمر لھلك علي � لو
Ertinya: “Jika tiada Ali maka binasalah Umar”
3.0 PERBEZAAN PRAKTIS KHULAFA AL RASHIDIN DARIPADA NABI DI BIDANG MUAMALAT.
Antara perkara penting yang ingin diutarakan adalah kewujudan beberapa pandangan
khulafa al rashidin yang zahirnya kelihatan menyalahi sunnah Nabi di dalam urusan politik, ekonomi,
pengurusan, peperangan dan seumpamanya. Perkara ini berkaitan dengan apa yang disabdakan dan
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6
dilakukan oleh Nabi dengan komposisi sebagai seorang pemimpin atau ketua sebuah negara Islam.
Ini bermakna tingkah laku Nabi dalam perkara berkenaan merupakan asas dalam menjaga maslahat
umat secara total atau keseluruhannya yang mana ianya dilakukan oleh Nabi pada zaman
pemerintahan Baginda. Maslahat yang wujud pada zaman Baginda boleh berubah dan perkara yang
berkaitan dengan maslahat ini boleh menerima perubahan. Ketika melakukan perubahan ini,
seseorang khalifah yang menggantikan Nabi dalam menegakkan agama dan menguruskan dunia
dengannya hendaklah memelihara maslahat baru. Perkara ini tidak dikira menyalahi perbuatan Nabi,
bahkan pada hakikatnya dikira sebagai menuruti Nabi dalam cara yang dijalankan oleh Baginda, iaitu
cara pemimpin memelihara maslahat umat ketika zaman permerintahannya.
4.0 KEFAHAMAN DALIL DAN INOVASI OLEH SAHABAT NABI
Antara perubahan atau inovasi yang dilakukan ialah menyediakan kalendar khas bagi orang
Islam yang bermula dari peristiwa penghijrahan Nabi, menubuhkan birokrasi, membangunkan
bandar dan sebagainya.
Manakala perubahan yang dilakukan oleh Uthman pula membuatkan manusia menggunakan
satu mushaf (mushaf al imam), memerintahkan Ali Abu al Aswad al Duali untuk mereka cipta prinsip
ilmu nahu dan seumpamanya daripada kerja-kerja yang diusahakan oleh para sahabat berkaitan
urusan duniawi. Ini kerana apabila orang Islam ketinggalan, mereka menjadikan situasi sebaliknya.
Mereka akan akan maju di dalam urusan duniawi, dan mula melakukan perubahan di dalam urusan
agama.
4.1 Pengiraan jizyah (cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di
negara Islam).
Dari sini kita akan memahami bagaimana Umar r.a mengubah pandangan beliau dalam menetapkan
kadar jizyah berbeza dengan apa dilakukan oleh Nabi. Beliau adalah seorang yang amat teliti
terhadap al Quran dan sunnah Rasulnya.
Dalam satu hadith :
معافر عدله أو) بالغ أي( حالم كل من يأخذ أن وأمره, اليمن إلى جبل بن معاذ بعث النبي أن
Ertinya: Nabi telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, dan Nabi memerintahkan supaya beliau
mengambil jizyah daripada setiap orang yang baligh satu dinar atau yang sama kadar dengannya
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
7
daripada mu`afir6. Al mua`fir ialah pakaian Yaman yang popular. Maknanya diharuskan bagi beliau
untuk mengambil daripada golongan non muslim yang telah baligh sebagai ganti kepada duit :
pakaian yang ditenun di Yaman dengan kadar yang sama dengan dinar yang diperlukan. Ini adalah
untuk memudahkan dan memberi keringan kepada meraka.
Inilah perkara yang diarahkan oleh Rasulullah terhadap Muaz, dan Muaz telah
melaksanakannya di Yaman dengan mengambil jizyah samada dengan bayaran dinar atau pakaian
Yaman yang menyamai kadar satu dinar tersebut.
Tapi kita melihat bahawa Umar mempunyai pandangan yang berbeza pada zaman
pemerintahannya di dalam penetapan jizyah ke atas penduduknya. Beliau bukan sahaja tidak
komited dengan pembayaran dinar atau sesuatu yang menyamai kadarnya, di samping tidak
menetapkan satu kadar sahaja bagi semua orang, bahkan telah membahagikan jizyah itu kepada
tiga peringkat menurut tahap kemampuan mereka yang dikenakan jizyah. Maka di sana terdapat
peringkat tinggi, peringkat pertengahan, dan peringkat rendah. Setiap peringkat ini sesuai dengan
peringkat kemampuan orang yang dikenakan jizyah. Para sahabat memperakui pandangan Umar ini
dan tidak mengganggap perkara ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi. Lalu ia
boleh dianggap sebagai ijma’ para sahabat juga.
Umar telah menetapkan had tertinggi bagi jizyah adalah sebanyak empat puluh lapan
dirham, had pertengahan pula adalah sebanyak dua puluh empat dirham, dan had terendah pula
adalah sebanyak dua belas dirham. Pandangan ini telah dipegang oleh mazhab Hanafi7.
Dalam satu riwayat yang lain, beliau telah menetapkan ke atas ahli emas (wang emas)
sepertimana yang ditetapkan ke atas penduduk Sham : empat dinar, ahli perak (wang perak)
sepertimana yang ditetapkan ke atas penduduk Iraq : empat puluh dirham. Perkara ini telah
diriwayatkan oleh Abu Ubaid dalam kitabnya “ ا�موال” dan pandangan ini dipegang oleh mazhab
Maliki.
Sebahagian fuqaha tidak memandang perbuatan Umar itu sebagai satu pandangan yang
berhubungkait dengan politik syar`ie berdasarkan kepada perkara yang dikira sebagai maslahat pada
6 Lafaz hadis :
)) معافر عدله أو حالم كل ومن, تبيعة أو عاتبي ث�ثين كل ومن, مسنة أربعين كل من, البقر من آخذ أن فأمرني, اليمن إلى � رسول بعثني((
Diriwayatkan oleh Ahmad (5/230), Abdul al Razzaq (6841), Abu Daud dalam bab zakat (1578), al Tirmizi dan
beliau menyatakan ini hadis hasan (633), al Nasaie (5/52,62), ibn Majah (1803), al Darimi (1/283), ibn Hibban
dalam Sahihnya (al Ihsan/4886), al Hakim (1/398), dan al Zahabi mengsahihkannya. 7 Lihat Fath al Qadir `ala al Hidayat karya ibn al Hummam : 4/368, 369 cetakan Bulaq, dan al Ikhtiar Syarh al
Mukhtar :4/137,137.
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
8
zaman pemerintahan beliau, bahkan mereka memandang perbuatan Umar itu sebagai satu sunnah
dari sunnah-sunnah khulafa al rasyidin al mahdiyyin yang mesti diikuti dan mesti dipegang dengan
teguh. Maka mereka mengeluarkan satu resolusi berdasarkan kepada pendirian Umar ini dengan
mewajibkan pengambilan jizyah dengan menuruti ketetapan yang telah diperakui oleh Umar dan
mengikut pembahagian yang telah dilakukan beliau selama-lamanya.
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa terdapat dua bentuk jizyah iaitu:
1) Jizyah yang ditetapkan mengikut keredhaan dan disepakati ke atasnya. Jizyah ini ditetapkan
berdasarkan kepada kata sepakat dengan tidak dilebih atau dikurangkan kadarnya bagi
mengelakkan berlaku pengkhianatan kepada perjanjian tersebut.
2) Jizyah yang bermula dengan perlantikan pemerintah apabila ditumpaskan orang kafir,
ditakluk negara mereka dan diserahkan segala harta benda mereka. Jizyah ini mengikut
jizyah yang telah diketahui, samada mereka mahu atau tidak, redha atau tidak. Diwajibkan
kepada orang kaya pada setiap tahun : empat puluh lapan dirham, orang pertengahan : dua
puluh empat dirham, dan orang faqir yang bekerja : dua belas dirham.
Mazhab Maliki bersetuju dengan mazhab Hanafi pada jizyah yang ditetapkan mengikut
keredhaan dan persepakatan. Tetapi mereka tidak bersetuju dengan kadar jizyah yang ditetapkan
oleh pemerintah. Oleh itu, mereka menetapkan empat dinar ke atas ahli emas, empat puluh dirham
ke atas ahli perak, dan mereka tidak menjadikannya tiga peringkat. Hujah mereka dalam perkara
tersebut ialah satu riwayat daripada Umar8.
Tetapi kedua-dua mazhab ini menghadkan jizyah pada kadarnya, tidak melampauinya. Mereka
tidak melebihi kadar tersebut dan tidak menguranginya.
Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi ketika mengulas hal ini menegaskan sepatutnya kita dalam
perkara berkaitan al khulafa al rasyidin : menurut sunnah mereka secara total, dan bukan mengikut
sebahagian kata-kata mereka sahaja. ( الجزئية أقوالھم اتباع وليس, الكلية سنتھم اتباع.(
Beliau juga menambah ”Sunnah Umar di sini ialah perubahan hukum mengikut perubahan
situasi, sehingga beliau membenarkan diri beliau melanggar apa yang diperintahkan oleh Nabi yang
mulia kepada Muaz. Hakikatnya, beliau tidak melanggarnya tetapi beliau memahami Rasul dengan
lebih baik. Beliau tahu perbuatan beliau itu adalah perbuatan yang dijalankan oleh seorang
8 Al Syarh al Qadir karya al Dardir ma`a Hasyiah al Sowi, cetakan al Ma`arif : 2/310-312.
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9
pemerintah kepada rakyatnya berdasarkan kepada apa yang dilihatnya lebih sesuai. Beliau telah
mengikut Nabi dalam perkara tersebut dan beliau sedikitpun tidak terpesong dari petunjuk Nabi.
Apa yang wajar pilih menurut Al-Qaradawi daripada pendapat fuqaha dalam isu ini ialah
pendapat mereka yang menyerahkan perkara ini kepada ijtihad pemerintah yang dilantik, iaitu
pemerintah yang mengambil kira soal keadilan dan kesaksamaan dalam perkara yang diwajibkan ke
atas non muslim supaya tidak mencabuli hak mereka dalam menjaga maslahat orang Islam. Bahkan
pemerintah tersebut mestilah takut kepada Allah dengan tidak membebankan mereka melebihi
kesanggupan mereka. Inilah yang ingin dicapai dan dijaga oleh Umar sebenarnya.”
Ini juga merupakan adalah mazhab Sufian al Thauri, Abu Ubaid, satu riwayat dari Imam Ahmad,
juga disebut oleh ibn Qudamah di dalam (al Mughni) dan beliau telah merajihkannya : Jizyah ini tidak
ditetapkan dengan sebarang kadar, tidak dilebihkan dan tidak dikurangkan darinya. Bahkan
terpulang kepada ijtihad pemerintah dalam penambahan dan pengurangannya.
Al Bukhari9 berkata : ibn `Uyainah telah berkata : daripada ibn Abi Najih, aku bertanya kepada
Mujahid :
.كا�جرة تتقدر فلم عوض و�نھا...اليسار أجل من ذلك جعل: قال ؟ دينار عليھم اليمن وأھل دنانير أربعة عليھم الشام أھل شأن ما
"Kenapa penduduk Sham dikenakan jizyah empat dinar, manakala penduduk Yaman pula dikenakan
satu dinar? Beliau menjawab : dijadikan begitu bagi tujuan kemudahan (kepada mereka)…dan ianya
adalah cukai maka ia tidak ditetapkan sepertimana bayaran sewa"10
.
4.2 Menghapuskan Perkataan Jizyah Daripada Bani Taghlib Dari Golongan Nasrani.
Dalil-dalil sunnah menunjukkan Nabi sallaallahu‘alaihi wasallam mengenakan zakat ke atas
umat Islam dan jizyah bagi penduduk bukan Islam dari kalangan yang duduk di bawah pemerintahan
negara Islam, mendapat pengiktiarafan dan perlindungan serta tidak memerangi Islam.
Namun, kefahaman terdapat sunnah tersebut kelihatan sedikit berubah pelaksanaannya di
zaman khalifah Umar Al-Khattab. Pandangan beliau yang teliti lagi berani, yang telah beliau ambil
bagi pihak Bani Taghlib dari golongan Nasrani. Mereka adalah qabilah Arab yang besar dan mereka
tinggal berdekatan dengan sempadan negara Rom. Mereka mempunyai kekuatan dan kekebalan
serta jumlah yang ramai. Dikhabarkan mereka telah menyeberangi Sungai Furat dan ingin menyertai
9 Dalam bab al jizyah wa al muwada`ah ma`a ahli al harb, dari kitab al jizyah. Sahih al Bukhari 4/117.
10 Lihat al Mughni, halaman : 13/209-211 dengan analisa Dr al Turki dan Dr al Hilwu.
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
10
Rom. Sebahagian daripada mereka berkata kepada Umar : Wahai Umar, Bani Taghlib merupakan
golongan yang engkau telah tahu kekuatannya. Mereka mahu menyertai musuh. Kalau mereka
menyertai musuh, kekuatan mereka akan bertambah. Jika sekiranya engkau melihat sesuatu yang
engkau boleh berikan kepada mereka, maka berilah11
.
Al Baihaqi menyatakan dalam Sunannya : al Shafi`e berkata di hujung hadith ini : (( Kenakan
ke atas mereka jizyah. Mereka menjawab : Kami golongan Arab, kami tidak akan menunaikan apa
yang ditunaikan oleh orang ’ajam (bukan Arab). Tetapi ambillah daripada kami apa yang diambil
daripada kalangan kamu – mereka maksudkan sedeqah(zakat). Umar berkata :
الجزية باسم � ا2سم بھذا شئت ما فزد: فقالوا المسلمين فرض ھذا, �
Ertinya: Tidak, ini merupakan kewajipan orang Islam. Mereka berkata : Maka gunalah nama apa yang
engkau mahu, tetapi selain dari nama jizyah.
Maka Umar berbuat demikian dan mereka saling meredhai untuk menggandakan ke atas
mereka sedeqah (zakat)”12
.
Ibn Qudamah menyatakan pandangan Umar kekal begitu tanpa sebarang perselisihan
daripada para sahabat maka pandangan tersebut dikira sebagai ijma`. Ramai di kalangan fuqaha
selepas para sahabat yang menganggapnya ijma` termasuklah ibn Abi Laila, al Hasan bin Soleh, Abu
Hanifah, Abu Yusuf dan al Shafi`e13
.
Sesungguhnya perbuatan Umar ini dilakukan oleh ahli yang dibangkitkan pada setiap kurun
bagi menyelesaikan setiap perkara yang berlaku pada kurun tersebut. Apa yang diambil dari Bani
Taghlib walaupun dinamakan sedeqah(zakat), ianya bukannya dikira sedeqah (zakat). Ianya tidak
diberikan kepada lapan asnaf yang disebut di dalam Surah al Taubah, sebaliknya dikategorikan
sebagai jizyah14
.
Pandangan politik Umar ini tentulah berbeza dengan praktis Nabi di zamannya, ia
merupakan kebijaksanaan ijtihad politik oleh Umar yang dibina di atas dasar maslahat mencapai
manfaat dan menolak kemudaratan. Sekiranya Umar tidak bekerjasama membenarkan
11
Al Kharraj karya Yahya bin Adam, disemak oleh al Syeikh Ahmad Syakir, halaman : 66, dan lihat : Kharraj
karya Abu Yusuf, halaman : 120, cetakan al Salafiah wa al Sunan al Kubro : 9/216. 12
Lihat : al Sunan al Kubro karya al Baihaqi : 9/116. 13
Disebut oleh ibn Qudamah di dalam al Mughni : 13/224. 14
Al Amwal : 227,723.
Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa – 15 Sept 2012 Dr. Zaharuddin Abd Rahman
11
penggunanan nama ’sedeqah berganda’ bagi melayani permintaan mereka, Bani Taghluib mungkin
sudah menjauhi Islam dan menyertai musuh Islam khususnya Rom di ketika itu.
4.3 Umar r.a tidak memberi zakat kepada yang dijinak hati mereka
ijtihad Umar dengan tidak memberikan zakat kepada al muallafat qulubuhum seperti apa
yang mereka terima pada zaman permerintahan Rasulullah.
Sebahagian oreintalis cuba berpandukan kes ini dengan mendakwa perbuatan Umar
bersalahan dengan firman Allah yang telah menetapkan bahagian sedeqah(zakat) bagi golongan ini
(al muallafat qulubuhum) sebagaimana yang dinaskan di dalam ayat 60 Surat al Taubah. Nabi juga
telah memberikan zakat kepada mereka yang mempunyai kriteria ini pada zaman Baginda,
antaranya : Uyainah bin Hisn al Fazari, al Akra` bin Habis al Tamimi, Abbas bin Mirdas dan selain
mereka. Abu Bakar pada zaman khilafahnya juga telah memberikan zakat kepada golongan ini.
Namun begitu, Umar telah menolak dari memberikan mereka zakat selepas itu dengan berkata :
عنكم وأغني ا�س�م � أعز فقد اليوم فأما ، لكم تأليفا ـ وسلم عليه � صلى ـ � رسول يعطيكموه كان شيء ھذا
Ertinya: “Ini adalah sesuatu yang dahulunya Rasululllah sallaallahu‘alaihi wasallam memberikannya
kepada kamu untuk menjinakkanmu, adapun hari ini Allah telah memuliakan Islam dan Allah tidak
tidak berhajat kepada kamu”.15
Maka tiada lagi keperluan kepada proses menarik orang kepada Islam dan tiada lagi antara
kita golongan al muallafat qulubuhum.
Kriteria ini boleh berubah seperti kriteria faqir. Seseorang itu faqir sebelum ini, maka dia
berhak mendapat bahagian zakat. Kemudian apabila dia telah menjadi kaya, maka dia tidak layak lagi
menerima zakat.
Tidak sepatutnya golongan ini merasakan bahawa mereka berhak memiliki kriteria ini
sepanjang umur mereka, atau merasakan bahawa pemerintah wajib menganggap mereka begitu
sehingga hujung usia. Tetapi perkara ini merupakan penilaian maslahat mengikut pandangan
pemerintah. Jika sekiranya dia berijtihad bahawa mereka patut mendapat zakat maka berikanlah.