Kertas kerja kejohanan olahraga trek dan padang sekolah rendah as salam...enjoy cite tika k...........
KERTAS KERJAKEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG,SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,TAHUN 2012.
1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 RASIONAL
Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :
i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 MATLAMAT
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih dapat:i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.iv) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.v) Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 2 MEI 2012Masa : 7 PAGI 2 PETANGTempat : SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
6.0 SASARAN Semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Kota Tinggi.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BILPERKARAKUANTITIJUMLAH
1Pingat 1. Pingat acara olahraga individu.i. Emasii. Perakiii. Gangsa
2. Pingat acara olahraga pasukan.i. Emasii. Perakiii. Gangsa
26 x RM526 x RM526 x RM5
4 x4 x RM54 x4 x RM54 x4 x RM5
RM130RM130RM130
RM80RM80RM80
2.Piala Kejohanan1. Juara2. Naib Juara3. Tempat Ketiga4. Olahragawan dan olahragawati1x RM251 X RM201x RM152 X RM10RM25RM20RM15RM20
3.Hamper1. Juara2. Naib Juara3. Ketiga4. Keempat1 X RM301 x RM301 x RM201x RM20RM30RM30RM20RM20
4.Makanan /MinumanPegawai /guru/ staf100 x RM5RM500
5. Bayaran Pelepas1 x RM120RM 120
JUMLAH
RM2210
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat Kejohanan: Tuan Haji Said Bin Hasran
Pengurus Kejohanan: Encik Zali Bin A.Rahman
Penolong Pengurus Kejohanan: Encik Tormadi Bin Jono
Setiausaha: Pn Norhayati Binti Ibrahim
: Cik Nurulain Hasan
Bendahari
AHLI JAWATANKUASA
Publisiti dan Buku Program : Mohd Nazirul Bin Ahmad
Perasmian dan Penutupan: Norghahira Binti Ahmad Shukri
Kepegawaian: Mohd Haniff Bin Miohd Suhaimi
Teknikal: Mohd Azizi Zamri Bin Ilias
Hadiah dan Cenderamata: Nor Aien Binti Abu Hasan
Juruacara: Norainzatun Binti Md.Kasim
Jurugambar : Nur Syaima Binti Salleh
Dokumentasi: Nur Zufika Binti Che Rosdi
Rekod dan Statistik: Mohamad Faris Bin Mokhtar
: Nurulain Binti Hasan
Penjaga Masa: Rafeah Binti Badaruddin
: Mohamad Riezman Bin Ramli
: Nur Farhana Binti Abd Majid
Penyelia Peserta: Chia Lee Shan
: Hamizan Bin Mohd Noor
Pengadil Lorong: Chia Ee Chiam
: Ang Angeline
: Nadia bt Mustafa
Pelepas: Muhammad Hamiduddin Bin Shuhaimi
Penolong pelepas: Muhammad Hafiz Azree Bin Badrul Hisham
Pelepas panggil balik: Mohd Izuddin b Mohd Zain
Hakim Penamat: Muhammad Faris Bin Hashim
: Muhamad Asyraf Bin Yunus
Pencatat: Ruslina bt Hassan
: Foo Kwee Yee
: Stefaenus Olver Sabin
Referi Balapan: Muhammad Zulhilmi Bin Rahazat
(Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas)
9.0 TENTATIF PROGRAM
7.00 - 7.30 am
Semua murid dan kakitangan SKPJ berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing-masing. Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka.
7.30 - 7.50 am
Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SKPJ.
8.10 am
Ketibaan VIP
8.10 - 9.30 am
Kata alu-aluan juruacara Lintas hormat setiap kontijen Ikrar Temasya Sukan Doa Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan Ucapan Guru Besar Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12 Perarakan keluar semua kontigen Persembahan padang (senam earobik) 9.40 - 1.00 pm
Pegawai bertugas mengambil tempat Pertandingan akhir berlangsung Penyampaian pingat-pingat Sambungan acara akhir Penyampaian pingat
1.00- 2.00 pm
Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-12 SKPJ Penyampaian Hadiah Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik Olahragawan 2012 Olahragawati 2012 Hadiah keseluruhan
(Rujuk lampiran Jadual Pertandingan)
10.0 PENUTUPKejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.Lampiran5 ( Surat Jemputan)
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,KOTA TINGGI JOHOR
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Tahun 2012,Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,Kota Tinggi Johor,Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:
Tuan/Puan: _____________________________________________________________
Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:Hari Khamis ( 26 April 2012)Jam: 8.00 pagiTempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor.Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.
Terima kasihLampiran 2
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengurus KejohananBertangungjawab dalam pengendalian dan
menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas
Penolong Pengurus KejohananBertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan
kejohanan
SetiausahaBertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua
fail-fail sebagai rujukan
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
dalam perlaksanaan program
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
dan surat pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat
Publisiti dan Buku ProgramMenyediakan buku program/cenderamata
Mengedarkan buku program kepada setiap guru
dan tetamu.
Menyediakan kain rentang kejohanan
Menyediakan senarai nama peserta
Menyediakan senarai nama peserta
Perasmian dan Penutupan Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
(termasuk bacaan ikrar)
Menguruskan pertandingan perbarisan.
Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.
Membuat surat jemputan dif kehormat
KepegawaianMengatur dan melatih pembantu padang.
Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar
Teknikal Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan untuk acara padang dan balapan.
Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan
dengan lancar
Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
spesifikasi rasmi
Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan
dalam pertandingan.
Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir
kejohanan.
Hadiah dan CenderamataMenyediakan senarai hadiah dan cenderamata
Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
Menghias meja hadiah
Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
JuruacaraMenyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program
Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara
Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiah
Jurugambar dan DokumentasiBertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti
yang berlangsung sepanjang program
Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir
Rekod dan StatistikMenyelia papan markah (Score board)
Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
pengacara atau pencatat
Menyelia markah dari sukantara
Penjaga MasaMemastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua peserta yang bertanding
Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa
Penyelia PesertaMenyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang
bertanding.
Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian
hadiah
Pengadil LorongMemerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak
melanggar peraturan.
Memutuskan sebarang bantahan peserta
Memastikan peserta berlari mengikut lorong
Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran
peraturan
Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia
PelepasMempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang
sedang dalam keadaan sedia
Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan
Pengadil lorong sudah bersedia
Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh
peserta sebelum memulakan pelepasan
Pelepas panggil balikBertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas
Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya
dapat memerhati setiap peserta dengan jelas
Penolong pelepasMemastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang
betul dan memakai nombor
Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan
masing-masing
Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan
permulaan
Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta
sudah bersedia
Hakim PenamatMemastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara
yang dipertandingkan
Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod
PencatatMenerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam
borang keputusan rasmi
Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya
RefriRefri yang berasingan dilantik bagi setiap acara
Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap
sebarang perkara ketika kejohanan
Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan
segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan
Lampiran 3
Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya No AcaraAcaraKategori
0150mLelaki
0250mPerempuan
03100mLelaki
04100mPerempuan
05200mLelaki
06200mPerempuan
07400mLelaki
08400mPerempuan
09800mLelaki
10800mPerempuan
111500mLelaki
121500mPerempuan
134x50mLelaki
144x50mPerempuan
154x100mLelaki
164x100mPerempuan
174x400mLelaki
184x400mPerempuan
19Lompat jauhLelaki
20Lompat jauhPerempuan
21Lompat tinggiLelaki
22Lompat tinggiPerempuan
23Lontar peluruLelaki
24Lontar peluruPerempuan
25Lempar cakeraLelaki
26Lempar cakeraPerempuan
27Merejam lembingLelaki
28Merejam lembingPerempuan
Lampiran 4
Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya. Khamis, 26 April 2012 (Berkumpul pada 7:30 pg)NoNo AcaraAcaraKategoriPeringkatMasa
106200mPerempuanAKHIR0930
207400mLelakiAKHIR1000
308400mPerempuanAKHIR1015
409800mLelakiAKHIR1030
510800mPerempuanAKHIR1045
6134x50mLelakiAKHIR1100
7144x50mPerempuanAKHIR1115
8154x100mLelakiAKHIR1130
9164x100mPerempuanAKHIR1145
10174x400mLelakiAKHIR1200
11184x400mPerempuanAKHIR1230
1219Lompat jauhLelakiAKHIR0900
1320Lompat jauhPerempuanAKHIR0930
1421Lompat tinggiLelakiAKHIR0900
1522Lompat tinggiPerempuanAKHIR0930
1623Lontar peluruLelakiAKHIR0800
1724Lontar peluruPerempuanAKHIR0830
1825Lempar cakeraLelakiAKHIR1400
1926Lempar cakeraPerempuanAKHIR1400
2027Merejam lembingLelakiAKHIR1000
2128Merejam lembingPerempuanAKHIR1030
Lampiran 1
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12, SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PETRI JAYA, KOTA TINGG JOHOR.
Semua Jawatankuasa KerjaKejohanan Olahraga 2012Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,81900 Kota Tinggi Johor.
Tuan/puan,
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Kali Ke-12
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 kali ke-12 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 13 April 2012 (Khamis)Masa: 9:00 pagiTempat : Dewan Seri SKPJ
2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut: 2.1Ucapan Pengerusi2.2Ucapan PK HEM2.3Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada karnival sukan2.4Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi2.5Hal-hal lain
Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian
Yang menjalankan tugas........................................( Cik Nurulain Binti Hasan)Setiausaha Kejohanan Olahraga 2012
s.k.Tuan guru besarTuan PK. HEM