KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2) KM 7.75 JALAN KLUANG KARUNG BERKUNCI 524 83000 BATU PAHAT JOHOR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN CADANGAN KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014 Permainan Tradisional Warisan Kita “ ” TEMPAT: Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. TARIKH: DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
KM 7.75 JALAN KLUANGKARUNG BERKUNCI 524
83000 BATU PAHATJOHOR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN FEBRUARI 2012
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
CADANGAN KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014
“Permainan Tradisional Warisan Kita”
TEMPAT:Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
TARIKH:26 September 2014
ANJURAN:Guru PPG Opsyen Sains 1
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 1
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
1. PENDAHULUAN
Subjek PJM3123E Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan adalah merupakan subjek elektif bagi Kumpulan Pengajian PPG SCE. Pada
semester enam ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan
penganjuran sebuah karnival yang dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’.
Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula
daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival
Permainan Tradisional ini hanya melibatkan kumpulan guru PPG Pengajian Sains 1
untuk menyertainya. Karnival ini akan mengetengahkan tema ‘Permainan Tradisional
Warisan Kita’.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting
yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek
kita sahaja.
2. RASIONAL
2.1 Menepati pro forma PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani bagi amali pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional.
2.2 Meningkatkan pengalaman, keyakinan dan kecekapan guru-guru terlatih
mengenai prosedur mengurus dan mengendalikan sukan dan permainan
dengan betul.
2.3 Dapat mengeratkan sillaturrahim dan perpaduan dalam kalangan guru-guru
ppg kumpulan Sains 1 dengan penyertaan dalam acara permainan tradisional
yang dianjurkan.
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 2
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
3. MATLAMAT
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat
dibanggakan. Menyedari bahawa permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu
lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman,
diharapkan dengan penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat memelihara
dan pertahankan warisan nenek moyang kita, supaya “tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas.”
Perancangan dan pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini dengan
jayanya membuktikan guru-guru PPG Kohort 2, Kumpulan Sains 1 merupakan guru
yang berdisiplin, berdaya saing, komited dan efisien dalam kerjayanya.
4. OBJEKTIF
4.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran
untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.
4.2 Meluaskan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru terlatih untuk
mengendalikan sebarang aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah.
4.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang
dilaksanakan.
4.4 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
4.5 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui
penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.
4.6 Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru terlatih dalam menyertai
aktiviti yang dijalankan.
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 3
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
4.7 Mempertingkat daya keyakinan serta percaya pada kemampuan diri.
4.8 Memberi peluang kepada guru terlatih untuk mempelajari serta mengenali
permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.
4.9 Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang
dilaksanakan.
5. KUMPULAN SASARAN
5.1 Guru PPG Opsyen Sains 1 : 19 orang
6. MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
6.1 Nama Program : Karnival Permainan Tradisional 2014
6.2 Tema Program : ‘Permainan Tradisional Warisan Kita’
6.3 Penganjur : PPG SCE1
6.4 Tarikh : 26 September 2014
6.5 Tempat : Gimnasium IPGTHO
6.6 Masa : 8.00 am – 12.00 pm
6.7 Peserta yang Terlibat : 19 orang
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 4
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : EN MOHD HANAPIAH BIN KHAMIS
PENGERUSI : MOHD GHAZALI BIN MOHAMED
(Ketua Opsyen PPG Kohort 2 SCE1)
SETIAUSAHA : NORAINI BINTI ABD RAHIM
PEN. SETIAUSAHA: HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI
BENDAHARI : MARIA BINTI SUPIAN
AHLI JAWATANKUASA:
a) URUS SETIA DAN PROTOKOL: FARAHIYAH BINTI MOHAMED RAMLYHASWANI BINTI ZAKARIAH
b) SIARAYA: NOORLIZAH BINTI BAHARIHALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI
c) PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL: MOHD NIZAM BIN MALIKIMOHD FAHMI BIN SAIFMOHD NADZRI @ SAM BIN DAGANG
d) PUBLISITI DAN DOKUMENTASI: FADZLIYATON BINTI MUSTAFFARFAEZAH BINTI ABU BAKAR
e) HADIAH DAN JAMUAN: NOR ASIKIN BINTI HUSSIENNOOR FADILLA EZANI BINTI MOHD RODZI
f) KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN: MAZLINA BINTI IBRAHIM
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 5
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
8.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA
JAWATAN SKOP KERJA / TUGASAN
PENGERUSI
Pengetuai semua pengurusan program
Mempengerusikan mesyuarat
Meneliti dan memastikan segala keputusan mesyuarat diperolehi
Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa kecil program
Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli jawatankuasa kecil
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari
masa ke semasa
SETIAUSAHA
Menyediakan kertas kerja program
Menguruskan hal-hal surat menyurat
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat
Menyediakan laporan aktiviti yang telah dijalankan
Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat dijalankan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan
Pengerusi dari masa ke semasa
PEN.
SETIAUSAHA
Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan
Pengerusi dari masa kesemasa
BENDAHARI
Bertanggungjawab dalam semua urusan berkaitan dengan kewangan
program
Membuat catatan sebarang pengaliran wang keluar dan masuk
Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira Program
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan
Pengerusi dari masa ke semasa
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 6
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
JAWATAN SKOP KERJA / TUGASAN
URUSETIA DAN PROTOKOL
Merancang, mengatur dan menentukan kedudukan pasukan-pasukan
Menentukan kedudukan VVIP
Menyambut VVIP dan tetamu dan mempersilakan duduk di tempat
yang telah ditetapkan
Menyediakan dan menyematkan rozet
Mengurus Istiadat majlis penutupan
Menyediakan juruacara penutupan
Menyediakan juri rayuan
SIARAYA Menyediakan PA system
Menyediakan juru acara pertandingan
Membuat pengumuman acara, nama peserta dan saringan
Mengumumkan keputusan acara
PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL
Membuat tempahan untuk menggunakan tempat Temasya
Memeriksa dan menentukan keadaan kawasan
Menyediakan peralatan yang diperlukan bagi setiap acara
Menyediakan keperluan untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan
Menyediakan jadual tugasan dan mengadakan taklimat kepada
pegawai-pegawai sukan
Memastikan acara-acara sukan yang dipertandingkan berjalan lancar.
Menguruskan boring-borang penyertaan
PUBLISITI DAN DOKUMENTASI
Menyediakan jadual pertandingan
Merakamkan gambar disepanjang Temasya untuk didokumentasikan.
Mencatatkan laporan dan keputusan di setiap pertandingan.
Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti untuk
didokumentasikan.
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 7
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
JAWATAN SKOP KERJA / TUGASAN
HADIAH DAN JAMUAN
Mencari dan menempah hadiah untuk setiap acara pertandingan
seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK.
Menyemak bilangan hadiah
Memastikan hadiah dan cenderamata diletakkan di tempat yang
sesuai.
Menyediakan keperluan-keperluan lain seperti dulang dan alas meja.
Mengiringi acara penyampaian hadiah
Memesan menu untuk jamuan
Menghidang dan menghias jamuan untuk VIP.
Memastikan kebersihan peralatan dan makanan yang disediakan.
Mengemas tempat jamuan setelah majlis berakhir.
PERSEDIAAN TEMPAT, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
Menyediakan tempat sebelum dan selepas pertandingan.
Memastikan kebersihan dan keselamatan lokasi pertandingan semasa
dan selepas acara berakhir.
Menyediakan kotak pertolongan cemas
Memberikan rawatan awal kepada peserta yang cedera
PERALATAN DAN KELENGKAPAN
Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari jawatankuasa
kecil pertandingan
Mendapatkan / Meminjamkan peralatan tersebut daripada pihak-pihak
tertentu
Mengemas dan memulangkan peralatan tersebut selepas selesai
pertandingan dalam keadaan selamat dan sempurna.
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 8
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
9.0 PEMBAHAGIAN TUGASAN MENGIKUT ACARA PERMAINAN TRADISIONAL
YANG DIPERTANDINGKAN:
ACARA AHLI JAWATANKUASA
SUMPIT
MOHD NIZAM BIN MALIKI
NOOR FADILLA EZANI BT MOHD RODZI
MAZLINA BT. IBRAHIM
HAZLIN BINTI HAMDAN
FARAHIYAH BTE MOHAMED RAMLY
FADZLIYATON BTE MUSTAFFAR
GALAH PANJANG
MOHD GHAZALI BIN MOHAMED
HALIMATUN SAADIAH BT RAMLI
FAEZAH BINTI ABU BAKAR
ARLINA BINTI RAWOP
NOR ZAIMAH BT RAMAN
ANIDA BTE SUJAK
MOHD NADZRI @ SAM BIN DAGANG
SEPAK RAGA BULATAN
MOHD FAHMI BIN SAIF
HASWANI BTE ZAKARIAH
MARIA BINTI SUPIAN
NOORLIZAH BT BAHARI
NOR ASIKIN BT HUSSIEN
NORAINI BINTI ABD RAHIM
10.0 BUTIRAN PERMAINAN
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 9
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
10.1 SEPAK RAGA BULATAN
1. PENGENALAN
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera
Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga
tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini
adalah bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk,
mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah
2. PERATURAN SEPAK RAGA BULAT
1. Permainan dimainkan oleh empat 4 orang pemain.
2. Semua anggota badan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola kecuali tangan dan lengan.
3. Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak lebih daripada dua sentuhan berturut-turut. Pada sentuhan ke dua bola tersebut hendaklah dipindahkan kepada pemain lain.
4. Masa bermain satu pasukan adalah 5 minit.
5. Wisel pertama menandakan permainan bermula dan wisel kedua menandakan permainan tamat.
6. Setiap sentuhan akan dikira satu (1) mata. Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi akan dikira pemenang.
7. Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.
3. JADUAL PERTANDINGAN
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 10
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
4. BORANG MARKAH
PERMAINAN SEPAK RAGA BULAT
NAMA KUMPULAN JUMLAHSENTUHAN
(TIMBANGAN BOLA)MARKAH KEDUDUKAN
LEMPAR TIN
GALAH PANJANG
SUMPIT
GULI
Tandatangan Pengadil
…………………………………
( )
10.2 SUMPITDRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014
M/S 11
KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)
1. PENGENALAN
Sumpit atau sumpitan adalah senjata yang digunakan untuk berburu maupun
dalam pertempuran terbuka atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan diam
diam. Penggunaan sumpit iaitu dengan cara meniup. Dari segi penggunaannya
sumpit atau sipet ini memiliki keunggulan tersendiri kerana dapat digunakan sebagai
senjata jarak jauh dan tidak merosakkan alam kerana bahan pembuatannya yang
semulajadi. Dan salah satu kelebihan dari sumpit atau sipet ini memiliki ketepatan
sasaran yang dapat mencapai 200 meter
Permainan sumpit merupakan permainan anak laki-laki. Permainan ini
bertujuan untuk memupuk jiwa keberanian anak dalam mengatasi segala sesuatu.
Bahan yang diperlukan untuk permainan ini adalah : 1 ruas buluh kecil yang
berlubang yang panjangnya 43 cm dengan diameter 1.5 cm dan damak untuk peluru.
2. PERATURAN PERTANDINGAN
i. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang
ahli.
ii. Semua kumpulan mestilah menyumpit ke arah sasaran untuk mendapatkan
markah.
iii. Setiap ahli akan diberikan dua damak bagi tujuan pertandingan untuk
mendapatkan markah.
iv. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah pungutan markah kumpulan yang
tertinggi.
v. Damak mestilah melekat pada sasaran untuk mengutip markah. Jika damak
terjatuh, sebarang markah tidak akan diberikan.
vi. Pemarkahan adalah berdasarkan Peraturan IFA (International Fukiyado
Association ) – Point Game.
vii. Jarak sasaran dari tempat menyumpit ialah 5 meter.
DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 12