KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014 Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (22 Februari 1857 - 8 Januari 1941) 19 FEBRUARI 2014 RABU Disediakan oleh : PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT KETUA PEMIMPIN PENGAKAP
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (22 Februari 1857 - 8 Januari 1941)
19 FEBRUARI 2014
RABU
Disediakan oleh :
PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT
KETUA PEMIMPIN PENGAKAP
(KUMPULAN 26 – TAMPIN)
SMK TUNKU SYED IDRUS
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN – POWELL
( 22 FEBRUARI 1857 – 8 JANUARI 1941)
1.0 PENGENALAN
Aktiviti ini diadakan adalah untuk memperingati tokoh atau pengasas pertubuhan
pengakap dan sempena tarikh penubuhan pengakap yang diraikan bersama oleh
seluruh pengakap di seluruh dunia pada tanggal 22hb Februari setiap tahun. Tokoh
atau pengasas pertubuhan pengakap tersebut ialah Mr. Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai Baden Powell (BP). Sumbangan beliau
dalam pertubuhan pengakap adalah sangat besar dan tidak ternilai. Segala sikap
dan semangat beliau yang positif dan cemerlang perlu dicontohi oleh semua ahli
pengakap walau di mana mereka berada. Aktiviti sebegini juga memberi peluang
kepada ahli – ahli pengakap untuk mengenali dengan lebih dekat lagi sejarah dan
susur galur pertubuhan pengakap di dunia ini.
2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT
2.1 Menghargai dan memberi peluang kepada semua ahli pengakap untuk
mengenali dengan lebih dekat lagi susur galur dan sejarah pengasas
pengakap khasnya serta pertubuhan pengakap amnya.
2.2 Menggalakkan dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli pengakap
dengan mengalakkan kerjasama di dalam aktiviti yang disediakan.
3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM
3.1 Program ini dijalankan pada hari persekolahan 19 Februari 2014 (Rabu).
3.2 Masa perlaksanaan program ini melibatkan dua sesi iaitu pada sesi pagi,
jam 7.20 am – 7.45 am dan sesi petang, jam 2.30 pm – 4.00 pm
4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM
19 Februari 2014 (Rabu).
Page 2
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
5.0 SASARAN PESERTA
5.1 Ahli – ahli pengakap SMKTSI 2014.
5.2 Semua guru penasihat pengakap SMKTSI 2014
6.0 LOKASI TERLIBAT
a) Dataran Perhimpunan (Sesi Pagi)
b) Dewan Gemilang (Sesi Petang)
7.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM
TARIKH SESI MASA AKTIVITI
19 FEB 2014
RABU
PAGI 7.20 am a) Dataran Perhimpunan
- Semua pelajar dan guru berkumpul
di dataran perhimpunan
- Juruacara majlis memberi ucapan
kata aluan dan memperkenalkan
majlis sambutan hari pengasas
pengakap
- Menjemput pengetua / gpk
kokurikulum melancarkan simbolik
perasmian sambutan hari pengasas
pengakap
- persembahan pelajar.
- Juruacara menjemput warga
sekolah melihat pameran pengakap
di kantin yang diadakan sepanjang
hari.
PETANG 2.30 pm a) Dewan Gemilang
- Semua ahli pengakap dan guru
penasihat berkumpul di dalam dewan
Page 3
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
gemilang
- Nyanyian lagu rasmi Pengakap
Malaysia
- Tayangan Video Baden Powell
- Ahli dipecahkan kepada 3
kumpulan (PM, PR & PK). Aktiviti
permainan / kuiz diberikan.
- Penyampaian hadiah
- Jamuan Makan
8.0 SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM
JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
Penaung : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini
Penasihat : Tn. Hj. Mohamad Jeffry Bin Mohd Isa
Ketua Pemimpin : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK Pameran / Buku Program : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
AJK Perasmian : Pn. Noor Hanim Binti Karim
Pn. Monarasiah Binti Saad
AJK Media / Siaraya : Pn. Faizol Azni Binti Azazi
En. Mohammad Nah Bin Ujang
AJK Dokumentasi : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin
AJK Makanan : Pn. Syazrah Binti Sahrani
Cik Hjh Siti Rafyza Binti Hj Ismail
AJK Hadiah : Pn. Wong Soot Fan
Pn. Nur Ilyani Binti Mamat
* Guru penasihat pengakap boleh melibatkan mana – mana ahli pengakap di dalam
jawatankuasa mereka untuk membantu dan melancarkan aktiviti yang ditetapkan.
Page 4
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP 2014
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KOS
1.2.
3.4.
Alat – Alat / Bahan – Bahan PameranBunting PengakapHadiah Pertandingan (RM 5.00 x 10 hadiah)Jamuan Makan / Minum(RM 3.00 x 100 orang)
RM 250.00RM 70.00RM 50.00
RM 300.00
JUMLAH RM 670.00
10.0 SUMBER KEWANGAN
11.1 Peruntukan Kokurikulum
11.0 PENUTUP
Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli pertubuhan unit
beruniform pengakap dan menjadi landasan yang baik dalam menjadi pemangkin
kepada aktiviti seterusnya. Selain itu, moga aktiviti ini memberi pengalaman dan
pengetahuan kepada semua ahli pengakap yang terlibat secara lansung ataupun
tidak lansung.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) (TN. HJ. MOHAMAD JEFFRY MOHD ISA)
Ketua Pemimpin Pengakap(26) GPK Kokurikulum
SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus
73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Disokong oleh,
(HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI)
Pengetua
SMK Tunku Syed Idrus
73000 Tampin, Negeri Sembilan
Page 5
Catatan / Ulasan :
........................................................
........................................................
........................................................