Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian 1 - PengenalanBahagian pertama pengenalan perlu memberi
gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan
diceburi.Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif,
perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat
yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu
memberikan maklumat-maklumat berikut:-i. Nama Syarikatii. Jenis
perniagaan yang diceburiiii. Nama dan lokasi/alamat perniagaaniv.
Status dan saiz projekv. Produkvi. Peluang, pentadbiran, pemasaran
dan perancanganvii. Anggaran kos projek.
Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas KerjaBahagian
ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan
disediakan, contohnya;i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak
institusi kewangan atau yang berkaitan.ii. Merancang perlaksanaan
projek.iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaaniv.
Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.v. Lain-lain.
Bahagian 3 - Latarbelakang PerniagaanBahagian ini membentangkan
maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan
seperti:
i. AlamatAlamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat
menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika
tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
ii. Bentuk perniagaanBoleh membuat pilihan diantara Perniagaan
Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan
Perseorangan boleh juga digunakan.
iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.Ini hanya sesuai untuk
perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang
dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam
proses pendaftaran.
iv. Modal PermulaanIni merupakan jumlah modal sendiri yang
dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan
Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan
modal dibayar perniagaan.
v. BankNyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan
dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan
pembiayaan pinjaman.
Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
i. Nama penuhii. No. kad pengenalaniii. Tarikh lahiriv. Umurv.
Alamat Tetapvi. No telefonvii. Taraf perkahwinanviii. Kelulusan
akedemikix. Kursus yang pernah dihadirix. Kemahiranxi.
Pengalamanxii. Pekerjaan sekarangxiii. Perniagaan yang pernah
diceburi.Bahagian 5 Kedudukan Projek Lakaran/plan menunjukkan
kedudukan atau tapak sebenar projek.
Bahagian 6 Objektif Projek Membincangkan objektif projek secara
terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan
objektif jangka panjang perniagaan.
Bahagian 7 - Rancangan Pentadbirani. Pentadbiranii. Carta
Organisasiiii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerjaiv. Spesifikasi
Tugasv. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gajivi. Senarai Keperluan
Pejabatvii. Perbelanjaan Pentadbirana. Perbelanjaan asetb.
Perbelanjaan bulananc. Lain-lain perbelanjaan
Bahagian 8 - Rancangan Operasi
1. Carta aliran ProsesNyatakan langkah-langkah utama dalam
proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.Proses
ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
2. Unit pengeluaran / jam operasiNyatakan hasil operasi dalam
unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini
berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan
Pemasaran.
3. Keperluan bahanSenaraikan bahan mentah atau stok barang yang
diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai
dan pembekalnya.
4. Tenaga KerjaSenaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian
operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.
5. Mesin dan peralatanSenaraikan mesin dan peralatan yang
diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran
atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
6. Susun atur Ruang OperasiNyatakan faktor-faktor utama yang
diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan
keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi
tersebut.
7. LokasiNyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan
sama ada disewa atau beli.
8. Overhead operasiIni termasuk kemudahan bekalan air dan
letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses
operasi.
9. Perbelanjaan OperasiRumuskan segala perbelanjaan yang
dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan
harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkanNyatakan dengan
jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak
pengguna yang ingin diberikan kepuasan
2. Sasaran PasaranNyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan
pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang
berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
3. Saiz PasaranLangkah ini adalah untuk meramal jualan
perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM
atau kedua-duanya sekali.
4. Pesaing-pesaing utamaKenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing
utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama
perniagaan mereka.
5. Kekuatan dan kelemahan pesaingUntuk semua pesaing nyatakan
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
6. Syer pasaranDari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan
pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang
dicadangkan.
7. Ramalan JualanSediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun
pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk
tahun-tahun berikutnya.
8. Strategi Pemasaran
i. Strategi BaranganReka bentuk barangan atau penjelasan
pekejCorak pembungkusan dan jenama berkaitan.
ii. Strategi PromosiBentuk Promosi yang dicadangkan
iii. Strategi hargaHarga seunit yang dicadangkan.
iv. Strategi edaranCorak pengedaran yang dicadangkan.Kenderaan
atau kakitangan pemasaran.
Bahagian 10 - Rancangan Kewangan
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2. Penyata-penyata kewangan:i. Aliran wang tunaiii. Penyata
pendapataniii. Kunci kira-kiraiv. Jadual pembayaran hutang jangka
panjang.v. Kos pelaksanaan Projekvi. Pelaburan aset tetap: Termasuk
semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga
aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.vii. Modal Pusingan:
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasiviii.
Lain-lain perbelanjaan: Seperti deposit sewaan dan utiliti serta
belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn
sebagainya)
3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)i. Modal sendiri yang
merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset.
Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.ii. Pinjaman bank
merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.iii. Sewa beli merangkumi
pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan
kenderaan)
4. Prestasi penyata Aliran Wang TunaiPenyata Alir wang Tunai
perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan.
Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
5. Prestasi Penyata PendapatanPrestasi penyata pendapatan untuk
tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.6. Prestasi Kunci
kira-kiraPenyata ini juga selaras dengan prestasi penyata
pendapatan.
7. Analisis Daya Maju KewanganDari jadual Aliran Tunai Analisis
daya maju kewangan diolah.Diantara petunjuk-petunjuk daya maju
kewangan yang kerap digunakan ialah:
i. Nilai kini bersih ii. Kadar Pulangan dalaman iii. Nisbah
faedah kos iv. Tempoh pulang modal
Nilai kini bersihNilai kini bersih ialah aliran tunai yang
didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah
nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih.
Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif
maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.
Kadar Pulangan DalamanKadar pulangan dalaman adalah kadar
diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan
dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup
dibayar oleh pelabur. Nisbah Faedah KosIa merupakan petunjuk
keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan
nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos. Tempoh
Pulang ModalMerupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada
tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri
tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur
mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
Contoh-Contoh Jadual
Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.
BilJawatanBil pekerja
1Pengurus1
2Kerani kewangan2
3Pekerja Ladang4
Contoh jadual Spesifikasi Tugas
JawatanTanggungjawab
Pengurus1. Menyelia operasi ladang.2. Koordinasi tugas
tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan1.Pembayaran gaji pekerja2.Merekod wang masuk dan
keluar.
Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran
JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH
Pengurus13500.00350.00150.003900.00
Kerani2750.0075.0050.00875.00
Keperluan PejabatContoh: Senarai perabut dan peralatan
pejabat
JENISBILANGANJumlah RM
1.Perabut Pejabat1 set1000.00
2. Komputer2 unit5000.00
Perbelanjaan Pentadbiran
ButirPerbelanjaan Harta(RM)Perbelanjaan(bulanan) RMLain-lain
Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat1000.00
2. Komputer5000.00
3.Gaji dan caruman4775.00
4. Pendaftaran dan kertas kerja2500.00
Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama
123456789101112Jumlah
RamalanJualan
Jadual Perbelanjaan Pemasaran
ButirPerbelanjaan harta (RM)Perbelanjaan Bulanan (RM)Lain-lain
Perbelanjaan (RM)
1.Kenderaaan (van)
40000.00
2. Promosi100.00
3. Insuran dan cukai jalan500.00
Jadual Keperluan Bahan Mentah
Jenis BahanKuantiti DigunakanStok simpananHarga seunitJumlah
belian
1. Jagung100 kg100 kg0.4080.00
2. soya
Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi
JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH
Penyelia23000.00300.00150.003450.00
Pekerja42400.00240.00100.002740.00
Jadual mesin dan peralatan
JenisHargaBilanganJumlah Harga
1. Chopper5000.0015000.00
2. Otomatik drinker12000.00112000.00
Perbelanjaan Operasi- Jadual Perbelanjaan Operasi
ButirPerbelanjaan Harta (RM)Perbelanjaan(bulanan) RMLain-lain
Perbelanjaan (RM)
1. Chopper5000.00
2.otomatik drinker12000.00
3.Gaji dan caruman6190.00
4.
Contoh Kos Perlaksanaan Projek
1.Perbelanjaan harta- (Pelaburan Aset Tetap )
----------------------
2.Perbelanjaan Bulanan- (modal pusingan)
----------------------
3.Lain-lain perbelanjaan ---------------------- 4.Belanja Luar
Jangka ----------------------
Jumlah Kos Projek ----------------------
Sumber Pembiayaan Projek
1. Modal sendiri ----------------------
2. Pinjaman ---------------------
3. Sewa beli----------------------
3. Lain-lain (termasuk geran kerajaan)
----------------------
Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------
Contoh : Prestasi Penyata pendapatan SyarikatABC
Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap
tahun)
2002200320042005
Hasil
Jualan 100,000 100,000 100,000 100,000
- kos Barang dijual 70,000 70,000 70,000 70,000
Untung kasar 30,000 30,000 30,000 30,000
- Belanja-belanja
Pentadbiran5,0005,0005,0005,000
Pemasaran3,0003,0003,0003,000
Kewangan1,0001,0001,0001,000
Jumlah Belanja9,0009,0009,0009,000
Untung Bersih 21,000 21,000 21,00021,000
Contoh Prestasi Kunci kira-kira
Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua
perniagaanPada setiap tahun yang berakhir pada :
Tahun2002200320042005
Aset Tetap
Kenderaan50,00045,00040,00035,000
-susut nilai
5,0005,0005,0005,000
Jumlah45,00040,00035,00030,000
Perlalatan5000045,00040,00035,000
-susut nilai5,0005,0005,0005,000
Jumlah45,00040,00035,00030,000
Aset Semasa
Tunai15,00020,00025,00030,000
Si berhutang10,00010,00010,00010,000
Stok bahan mentah5,0005,0005,0005,000
Stok akhir10,00010,00010,00010,000
Jumlah40,00040,00040,00040,000
JUMLAH ASET130,000130,000130,000130,000
Ekuiti
Modal sendiri10,00010,00010,00010,000
Untung Bersih21,00021,00021,00021,000
Jumlah
Liabiliti
Baki Pinjaman90,00090,00090,00090,000
Pemiutang9,0009,0009,0009,000
Jumlah
JUMLAH EKUITI dan LIABILITI130,000130,000130,000130,000
Bahagian 11 Penutup / Kesimpulan
Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda
jalankan.Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang
hendak dijalankan.
Bahagian 12 -Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)
Contohnya:-
1.Surat sebutharga2.Sijil kursus3.Surat sokongan pihak
tertentu4.Surat dapat tender5.Sijil pendaftaran syarikat6.Salinan
permit/lesen7.Surat-surat kepujian8.Bukti modal sendiri9.Salinan
surat Cagaran10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)