Page 1
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANGKOTA KINABALU, SABAH
KERTAS KERJA
PROJEK MENCERIAKAN KORIDOR BAHASA MELAYU
_________________________________________________________
TARIKH: 12 – 16 OKTOBER 2015
TEMPAT: LALUAN TANGGA KE TINGKAT 1
ANJURAN:
PANITIA BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG KOTA KINABALU
DENGAN KERJASAMA:
GURU PELATIH IPG KAMPUS KENT
1
Page 2
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke
arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah
yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga
sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum,
kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Projek
menceriakan kawasan sekolah ini merupakan projek yang sesuai untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di sekolah.
Justeru itu, projek ini sangat sesuai dilaksanakan di sekolah agar suasana yang
ceria, kondusif dan bermutu dapat diwujudkan.
2.0 MATLAMATPrasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda
utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran
yang diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri
daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru itu, keceriaan
sekolah merupakan antara faktor major yang membantu dalam mewujudkan
persekitaran yang kondusif dan ceria.
3.0 OBJEKTIF
i. Menjadikan laluan tangga ke tingkat 1 bangunan sekolah sebagai satu
tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu
yang berkunjung ke sekolah.
ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah untuk memenuhi syarat dalam program internship.
iii. Menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
iv. Memberikan pengalaman baharu kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah.
2
Page 3
4.0 TARIKH PELAKSANAANTempoh :1 Minggu (12 – 16 Oktober 2012)
Tempat : Laluan Tangga ke Tingkat 1
5.0 MAKLUMAT PROJEKProjek menceriakan koridor Bahasa Melayu: Laluan Tangga Ke Tingkat 1
Bangunan Sekolah
- Menceriakan dinding dengan ilmu kebahasaan seperti berikut:
i. Peribahasa
ii. Kosa Kata
- Mural geometri
Gambar lokasi kawasan projek yang hendak dilaksanakan
3
Page 4
6.0 AHLI JAWATANKUASA6.1 Jawatankuasa Induk
PenaungJaafar bin Hj. Othman
(Guru Besar)
PenasihatSarbanon Hj. Tahir (PK HEM)
Liza Ladat (PK KOKUM)
Siti Rukiah Abd Murad (PK Petang)
Penasihat ProjekRosemilah Hj. Tahir
Timbalan Penasihat ProjekNadirah Abdullah
SetiausahaFhenyius Duasin
4
Page 5
AJK Pelaksana
Rosemilah Hj. Tahir
Mohd Affandy Abdullah
Saniah Ismail
Ag. Juri Boestaman
Haslina@Jamjirah Hussin
Fhenyius Duasin
Charlene Marieann Rukimin
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA PERINCIAN UNIT JUMLAH (RM)1. Kertas A4 berwarna RM 8.60 x 1 RM 8.60
2. Wallpaper RM 19.90 x 1 RM 19.90
3. Wallpaper glue RM 7.90 x 1 RM 7.90
4. Sticker RM 3.90 x 2 RM 7.80
5. PVC foam RM 8.90 x 2 RM 17.80
6. Tape RM 2.90 x 2 RM 5.80
7. Double tape RM 2.80 x 1 RM 2.80
Jumlah RM 70.60
5
Page 6
8.0 PENUTUPProjek menceriakan kawasan sekolah ini merupakan projek yang amat sesuai
dilaksanakan di sekolah. Suasana sekolah yang ceria akan dapat menjamin
prestasi pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid dengan lebih
berkesan lagi. Diharapkan projek yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Bukit Padang ini dapat dijalankan dengan lancar dan
mendapat kerjasama daripada semua pihak. Semoga projek ini mendapat
kelulusan penuh daripada pihak tuan.
6
Page 7
Disediakan oleh :
................................................( FHENYIUS DUASIN )Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Bukit Padang.
Catatan :
Tarikh :
Disemak oleh :
..............................................( ROSEMILAH HJ. TAHIR )Ketua Panitia, Panitia Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Bukit Padang.
Catatan :
Tarikh :
Diluluskan oleh :
...............................................( JAAFAR HJ. OTHMAN )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Bukit Padang
Catatan :
Tarikh :
7