KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA SAINMATIK PERINGKAT SEKOLAH 2013 ************* MOTTO : “SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR” ********* TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA SEKOLAH TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU) MASA : 0730 – 1400 PETANG DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIK UNIT KOKURIKULUM SK LANDEH
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA SAINMATIK
PERINGKAT SEKOLAH 2013
*************
MOTTO :
“SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR”
*********
TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA
SEKOLAH
TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU)
MASA : 0730 – 1400 PETANG
DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIKUNIT KOKURIKULUM SK LANDEH
1.1 Rasional Program
Program Sukaneka Sainmatik merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sains dan
Matematik SK Landeh. Program ini merupakan program yang pertama kali diadakan yang
melibatkan murid, warga sekolah, PIBG serta ibu bapa dan masyarakat setempat. Program ini
juga bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
Sebelum ini, aktiviti sains dan matematik hanya melibatkan murid-murid sekolah sahaja
memandangkan kekangan kewangan yang menghadkan aktiviti bercorak pertandingan secara
terbuka diadakan. Semoga dengan adanya program sukaneka ini akan dapat melahirkan murid
yang berketrampilan, kreatif dan inovatif dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta
matematik selaras dengan transformasi pendidikan terhadap kedua-dua mata pelajaran ini.
1.2 Matlamat Program
Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk :
1.2.1 melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berminat dalam mata pelajaran sains dan
matematik.
1.2.2 merangsang minda murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik supaya mereka
lebih memahami pembelajaran sains dan matematik melalui aktiviti di luar bilik darjah.
1.2.3 membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dan seterusnya mencapai sasaran
akademik yang telah ditetapkan.
1.2.4 melahirkan murid yang bijak pandai, kreatif, inovatif dan kompeten dalam bidang sains
dan matematik selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, teras kedua
iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
1.2.5 melatih murid bersatu hati dan bekerjasama melalui pertandingan atau permainan secara
berkumpulan terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara melalui
konsep “1 Malaysia”
1.3 Objektif Program
Antara objektif program sukaneka sainmatik adalah :
1.3.1 untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik.
1.3.2 untuk meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik melalui
aktiviti bercorak permainan.
Page ii of 20
1.3.3 untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing dengan rakan mereka
dalam mata pelajaran sains dan matematik.
1.3.4 untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains dan
matematik di samping mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan.
1.4 Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan program ini disasarkan kepada semua murid SK Landeh termasuk ibu bapa mereka
dan warga guru serta masyarakat setempat.
1.5 Jawatankuasa Induk Kelab Sains dan MatematikPenasihat : Tn. Haji Zulkipli Haji Amin
Guru Penasihat : Pn. Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains)
Pn. Masni Bt Alem (Ketua Panitia Matematik)
Cik Sarsifarila Bt Usin
Pn. Annabell Decapena
Pengerusi : Clarre Joandy Ak Richard Kawi (murid Tahun Enam)
Setiausaha : Nurul Hazirah Bt Mahrup (murid Tahun Enam)
Bendahari : Mohd. Shazrin bin
AJK Kecil : Nur Nisa, Siti Maisarah, dan Laila (murid Tahun 4)
Mohd. Azri, Adawiyah dan Vhaleeny (murid Tahun 5)
AJK Guru : Semua guru mengajar sains dan matematik SK Landeh
Page 3 of 20
2.0 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013
Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 ini telah diubah tarikh cadangan pelaksanaannya kepada
13 April 2013 iaitu selepas cuti pertengahan penggal pertama yang jatuh dari 22 Mac hingga 31
Mac 2013. Pemilihan hari Sabtu disebabkan hari tersebut adalah hari tidak bekerja dan
diharapkan para ibu bapa dapat menyertai pertandingan yang dirancang bersama-sama dengan
anak-anak mereka. Warga sekolah juga dapat meluangkan sepenuh masa dan tenaga mereka
dalam memastikan kelicinan setiap aktiviti pertandingan yang dirancang. Penyertaan semua
pihak seperti warga sekolah, pelajar dan masyarakat setempat dalam menjayakan aktiviti
pertandingan ini amatlah digalakkan untuk memupuk hubungan erat dikalangan warga sekolah
dengan ibu bapa pelajar.
Pertandingan sukaneka Sainmatik ini akan dilaksanakan dalam masa hampir satu hari iaitu
bermula dari jam 0730 pagi hingga jam 2.00 petang. Penganjuran aktiviti pertandingan adalah
sepenuhnya dikendalikan oleh Kelab Sains dan Matematik dengan bantuan guru-guru penasihat.
kelab serta pihak PIBG sekolah. Sumbangan hadiah untuk pertandingan sukaneka sainmatik ini
adalah daripada pihak PIBG sekolah serta peruntukkan daripada pihak pejabat pendidikan
daerah. Sukaneka Sainmatik ini adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6
bersama ibu bapa serta warga sekolah. Di bawah ini disenaraikan bersama jadual-jadual aktiviti
pertandingan sukaneka sainmatik tersebut.
2.1 Pertandingan Sukaneka Sainmatik anjuran Kelab Sains dan Matematik
Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum yang telah dipilih dalam senarai takwim aktiviti tahunan kelab sains dan matematik bagi sepanjang tahun 2013 sebagai satu aktiviti untuk melaksanakan tugasan ini seperti yang tercatat dalam carta gantt aktiviti tahunan di bawah (Jadual 1). Hakikatnya untuk sekolah saya, pelaksanaan bagi aktiviti Kelab Sains dan Matematik adalah pada bulan Mei (minggu 1 dan 2) dan Jun (minggu 3 dan 4) iaitu diperuntukkan sebagai Bulan Sains dan Matematik dalam takwim sekolah bagi tahun 2013.
Page 4 of 20
Page 5 of 20
AKTIVITI TAHUNAN
KELAB SAINS DAN MATEMATIK
2013
BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR
MEI
Bulan
dan
JUN
Sains
Matematik
JUL OGOS SEPT OKT
1Mesyuarat AJK
Perlantikan AJK Kelabx x x x x x x
laporan
2Mesyuarat AJK
Kokurikulum Sekolahx x x x
3 Kenali Bahan, Peralatan
dan Radas Sainsx x x x x x x
4Kenali Kemahiran Proses
Sains (KPS)x x x x x x x x
5 Sukaneka Sainmatik x
6Projek Buku Skrap Sains
Matematik
x
Tahap 1
x
Tahap 2
Page 6 of 20
7 Projek Kuasai KPS Sains x x x x x x x x
8Kuiz Sains dan
Matematik
x
tahap 1
x
tahap 2
9 Pertandingan Menghafal
Sifirx
10Saintis Muda
Tahap 2x
11 Kem Motivasi Sains dan
Matematik
x Tahun
6
12Pertandingan Melukis
Poster Sains dan Matematik
x
Terbuka
semua
pelajar
x
Terbuka
semua
pelajar
x
Ahli
kelab
x
Ahli
kelab
13Pertandingan
Sains/Maths Puzzle
x
Ahli
kelab
x
ahli
kelab
Page 7 of 20
2.2 Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik
Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kelab sains dan matematik yang
telah dipilih untuk melaksanakan tugasan ini sebagai memenuhi syarat Tugasan bagi Modul
HBEF2703 Kokurikulum, Semester Januari 2013. Berikut disertakan bersama Jawatankuasa-
jawatankuasa yang akan bertugas sebagai pelaksana bagi Program Sukaneka Sainmatik 2013.
2.2.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Tuan Haji Zulkipli bin Haji Amin (Guru Besar SK Landeh,
Padawan)
YDP PIBG Encik Haratono bin ………..
Pengerusi 1 : Cikgu Linem ak Nyogor (PK KK Sekolah)
Pengerusi 2 : Cikgu Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains)