KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP) 2014 TARIKH 1 HINGGA 4 MEI 2014 TEMPAT DEWAN GEMILANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN”
22
Embed
KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN · PDF filekertas kerja permohonan penajaan kejohanan badminton piala tun dr. siti hasmah mohd ali (hascup) 2014 tarikh 1 hingga 4 mei 2014 tempat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH
MOHD ALI (HASCUP) 2014
TARIKH
1 HINGGA 4 MEI 2014
TEMPAT
DEWAN GEMILANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN”
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014
DEWAN GEMILANG, UKM
1 HINGGA 4 MEI 2014
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 1
KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP)
2014
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan
penajaan dalam bentuk kewangan atau barangan atau kedua-duanya sekali daripada pihak
MAXIS BERHAD menjadi sebahagian penyumbang ke arah kejayaan penganjuran
Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2014.
2.0 PENGENALAN
Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (HASCUP) 2014 diadakan
edisi kali ketiga penganjurannnya, merupakan kesinambungan penganjuran HASCUP
2012 dan HASCUP 2013 yang telah diadakan dengan jayanya. Pada edisi sulung
penganjurannya, sebanyak 16 pasukan yang terdiri 5 pasangan bergu lelaki telah
mengambil bahagian dan pada edisi kedua ini, pihak penganjur pula sebanyak 32 pasukan
yang terdiri daripada 3 pasangan bergu lelaki. Buat pertama kalinya, kategori bergu
wanita akan dipertandingkan dengan jumlah penyertaan sebanyak 16 pasangan
bergu.Kejohanan pada edisi kali ini akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 16 dan
32 pasukan terdiri daripada 3 pasangan beregu lelaki terbuka dan amatur dan kategori
beregu lelaki individu yang akan menyasarkan sebanyak 48 pasukan.Untuk edisi kali ini
juga pihak kami meluaskan skop penganjuran iaitu melibatkan pasukan Institusi
Pengajian Tinggi(IPT) seluruh Malaysia dan terbuka semua kelab-kelab dan pemain-
pemain di seluruh Malaysia.
3.0 OBJEKTIF PENGANJURAN
3.1 Menyanjung jasa dan khidmat bakti YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah dalam
mencapai kejayaan gemilang sukan badminton tanah air.
3.2 Menyediakan satu medan kepada semua kelab yang bertanding menampilkan
bakat-baru dalam dunia badminton di samping mengiktiraf kewujudan dan
peranan kelab.
3.3 Mempromosikan kepada masyarakat amalan gaya hidup yang sihat dan aktif
melalui bersukan.
3.4 Menjadi kayu ukur pencapaian yang baik kepada kelab-kelab yang bertanding.
3.5 Memastikan sukan menjadi agen perpaduan antara kaum dan daya penarik
keterlibatan belia dalam aktiviti yang bermanfaat.
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014
DEWAN GEMILANG, UKM
1 HINGGA 4 MEI 2014
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 2
3.6 Menyediakan platform kepada syarikat-syarikat mempromosikan produk mereka
di samping menjadi rakan kongsi penganjur sebagai sebahagian tanggungjawab
sosial korporat.
3.7 Mencari bakat-bakat yang berpotensi untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei
selaras dengan hasrat BAM untuk mencari jaguh badminton Negara pada masa
akan datang
4.0 JUSTIFIKASI PENAJAAN
4.1 HASCUP 2014 merupakan program tahunan anjuran pelajar Kolej Keris Mas yang
terbesar diadakan bagi sesi akademik 2103/2014.
4.2 Kolej Keris Mas merupakan kolej kediaman yang mendahului kolej-kolej
kediaman lain dalam jumlah penganjuran program setahun.
4.3 Kolej Keris Mas merupakan kolej kediaman yang terbesar di kampus induk UKM
yang boleh menempatkan sehingga 2 000 orang pelajar.
4.4 Kolej Keris Mas menempatkan hampir 15 pusat tanggungjawab (PTJ) UKM
seperti Institut Kajian Etnik (KITA), Yayasan Canselor dan sebagainya.
4.5 HASCUP 2014 menggunakan venue yang terbesar dengan saiz lantai berukuran 4
padang futsal
4.6 HASCUP 2014 satu-satunya program pelajar yang melibatkan semua unit di
bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Jabatan Pendaftar UKM.
4.7 HASCUP 2014 satu-satunya program anjuran pelajar yang dinaungi oleh YABhg.
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan mempunyai jawatankuasa induk
dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor UKM.
4.8 HASCUP 2014 menyediakan platform mempromosi produk (penjenamaan)
kepada pelajar dan staff universiti serta masyarakat dari sekitar UKM di samping
para peserta dari seluruh negara.
4.9 HASCUP 2014 merupakan penganjuran edisi ketiga dan pada kali ini jumlah
penyertaan digandakan daripada edisi lepas serta mempunyai satu kejohanan
pemanas badan sebagai simulasi kepada jawatankuasa iaitu Kejohanan Badminton
Piala Pengetua Kolej Keris Mas.
4.10 HASCUP 2014 akan mendapat sambutan penyertaan daripada bekas-bekas pemain
Badminton Malaysia.
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014
DEWAN GEMILANG, UKM
1 HINGGA 4 MEI 2014
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 3
5.0 TEMA
“ Bersama mencipta kegemilangan sukan ”
Tema ini dipilih berdasarkan matlamat dan objektif program yang telah digariskan iaitu
mencipta kegemilangan sukan. Bersukan mampu mengeratkan hubungan antara kaum
dan menyahut cabaran kerajaan untuk melahirkan atlet-atlet yang berpotensi. Gabungan
faktor ini memangkinkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang.
6.0 ANJURAN
Sekretariat Biro Sukan dan Rekreasi
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia
7.0 BUTIRAN KEJOHANAN
Kejohanan ini akan diadakan pada:
Tarikh : 1 hingga 4 Mei 2014
Hari : Khamis hingga Ahad
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia
10.0PUBLISITI
Publisiti kejohanan telah pun bermula sebaik sahaja tamat edisi yang kedua. Pada edisi
ketiga ini, pihak penganjur telah merangka dan akan melaksanakan promosi besar-
besaran menggunakan pelbagai media cetak, elektronik dan alternatif. Antaranya adalah
10.1 Rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Hujung Minggu Malaysia (RTM)
10.2 Rancangan Malaysia Hari Ini (TV3)
10.3 Rancangan Assalamualaikum (TV Alhijrah)
10.4 Portal pelajar UKM (www.ukm.my/e-pelajar)
10.5 Portal staff UKM (www.ukm.my/e-warga)
10.6 Papan digital yang terletak di pintu utama UKM
10.7 Website malaysia badminton tournament sofware
Media cetak merangkumi akhbar harian, kain rentang, bunting, poster, majalah dan