BINA INSAN GURU NURKHAIRI B MOHD SHUKRI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PERLIS,JALAN BEHOR PULAI, 01000
KANGAR, PERLISprogram pensiswazahan guru ( ppg )mod pjj
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
SEK.KEB.SUNGAI RUSA,BALIK PULAU,PULAU PINANG.BINA INSAN GURU (
B.I.G )
NAMA : NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI
NO IC : 840615-09-5037
NO MATRIK : PPG 0611 / 2383
KELAS : PPG / PJ ( B )
KURSUS : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PENSYARAH : EN HANAFI BIN GHAZALI
SEKAPUR SIRIH
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada
Allah S.W.T kerana memberikan kami kesihatan yang baik dan memberi
peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan berterima
kasih kami ucapkan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
kerana telah memberi kerjasama, memberi panduan dan pendedahan
kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa
nasihat daripada rakan-rakan sejawatan, kami pasti tidak dapat
menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang
ditetapkan. Di sini rakan-rakan telah memberikan banyak kerjasama
untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Kerjasama daripada ahli kumpulan sangat dihargai. Kami
berharap sekiranya terdapat kesalahan harap dimaafkan. Kami telah
melakukan yang terbaik dan penuh berhati-hati. Segala sumbangan
kalian akan dikenang sepanjang masa dan moga-moga bimbingan,
sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai
ibadah di sisi Allah SWT.
Wassalam...
ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 Rasional 42.0 Latar
Belakang43.0 Matlamat54.0 Objektif55.0 Tema66.0 Konsep
Perlaksanaan67.0 Tujuan68.0 Aktiviti69.0 Ketetapan Dan
Perlaksanaan710.0 Maklumat Penyertaan711.0 Jawatankuasa Kerja
Perkhemahan Badan Uniform 2012812.0 Anggaran Perbelanjaan 913.0
Jadual Aktiviti Perkhemahan 1014.0 Peraturan Perkhemahan1115.0
Harapan1216.0 Ikrar Perkhemahan1317.0 Syarat-Syarat Aktiviti
Pertandingan14 - 1618.0 Bidang Tugas Jawatankuasa Perkhemahan 16 -
18 19.0 Laporan Perkhemahan Unit Beruniform 19 19.1 Objektif 2019.2
Strategi Pelaksanaan SEBELUM ,SEMASA ,SELEPAS 20 - 2119.3
Gambar-gambar sepanjang perkhemahan 21 - 2519.3 Refleksi2619.3.1
Kekuatan Projek26 19.3.2 Kelemahan Projek2620.0 Cadangan
Penambahbaikan2721.0 Kesimpulan27
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,BALIK PULAU,PULAU PINANG 2012
1.0 RasionalAktiviti perkhemahan adalah di antara
aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui
aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk
secara hands on dengan para peserta serta dapat memupupuk sifat
mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong,
berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada
kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para
peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak
langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri
masing-masing. Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara
sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung dapat mewujudkan
peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif,
afektif dan psikomotor masing-masing. Misalnya dengan menjalani
aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat
pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan
kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi
kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar.
2.0 Latar Belakang Selaras dengan rasional di atas, Sekolah
Kebangsaan Sungai Rusa, Pulau Pinang akan menganjurkan Perkhemahan
Badan Uniform 2012 dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar
menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita-cita
melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta
seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Program ini
juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina
dan memupuk integrasi dikalangan pelajar dalam usaha membentuk
generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan
jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan
sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.3.0
MatlamatSesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai
sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi
untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu
merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan
ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta
berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba
hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah
diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman
perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai
matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing,
berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan
mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan
perkembangan semasa.
4.0 Objektif:4.1Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas
perkhemahan.4.2Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu
sama lain.4.3Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti
kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. 4.4Mendedahkan
para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.4.5Memberi
peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.4.6Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan
kreativiti masing- masing dalam bidang kesenian dan
kebudayaan4.7Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan
rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral
5.0 Tema: CINTAI ALAM SEKITAR6.0 Konsep PelaksanaanPerkhemahan
akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah
dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-6.1Pemupukan
semangat kerjasama dan berpasukan.6.2Penerapan nilai-nilai murni
kemanusiaan.6.3Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan
emosi6.4Pengukuhan disiplin kendiri6.5Pengukuhan disiplin
berpasukan6.6Pengukuhan keimanan dan ketakwaan6.7Pembinaan daya
saing dan daya juang yang tinggi6.8Penyemaian ciri-ciri kepimpinan
berwibawa.6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara
integratif dan harmonis.
7.0 TujuanMemupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi
dan reka cipta.
8.0 Aktiviti Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada
2 bahagian iaitu aktiviti tanpa pertandingan dan aktiviti
pertandingan.
SENARAI AKTIVITI
BILAktivitiPengendali
1Ice-BreakingKem Komandan / Penolong Kem Komandan
2Kembara MalamPengakap
3Pertandingan BalutanPuteri Islam
4Pertandingan Kawad KakiTunas Kadet Remaja Sekolah
5Masakan RimbaPuteri Islam
6Permainan TradisionalPengakap
7Pertandingan IkatanTunas Kadet Remaja Sekolah
8Memasang KhemahTunas Kadet Remaja Sekolah
9Malam Apresiasi SeniPuteri Islam
10Istiadat PagiKem Komandan / Penolong Kem komandan
11Senaman PagiJ/K Senaman Pagi.
12Kuliah Maghrib / SubuhJ/K Kerohanian
9.0 Ketetapan dan pelaksanaan:-9.1Tarikh:13hb -15hb Julai
20129.2Hari:Jumaat - Ahad9.3Tempat:Padang Sekolah,Sekolah
Kebangsaan Sungai Rusa, P.Pinang.
9.4Majlis Perasmian Pembukaan a)Tarikh:13 Julai
2012b)Hari:Jumaatc)Masa:3.30 Petangd)Tetamu Kehormat: Pn. Hjh
Hasnah Binti A.HamidGuru Besar SK Sungai Rusa,P.Pinang.
9.5Majlis Perasmian Penutupa)Tarikh:15 Julai
2012b)Hari:Ahadc)Masa:12.00 Tengaharid)Tetamu Kehormat: Pn. Hjh
Hasnah Binti A.HamidGuru BesarSK Sungai Rusa,Pulau Pinang.
10.0 Maklumat PenyertaanSetiap badan uniform akan diwakili oleh
semua pelajar tahun 3, 4 dan 5 Anggaran bilangan peserta
perkhemahan ialah seramai 55 orang.
Bilangan ahli Unit Beruniform 2012Unit
BeruniformLelakiPerempuan
Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 3Tahun 4Tahun 5
Pengakap434452
TKRS523553
Puteri Islam334
11.0 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2012
Pengerusi:Puan Hjh Hasnah Binti A.HamidGuru Besar, SK Sungai Rusa,
P.Pinang.
Naib Pengerusi:En.Wan Hamid Wan AhmadGPK Ko-Kurikulum
Naib Pengerusi 2:En.Rafidah YahyaGPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 3:En Pn Sabariah YahyaGPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha:En. Nurkhairi bin Mohd Shukri ( Kem Komandan
)Penolong Setiausaha:En Mohd Khairul Farhan bin Bukhari( Pen. Kem
komandan )Bendahari:Pn Mardiyah binti DarusAhli
Jawatankuasa:Elektrik / Siaraya:En. Ibrahim bin MustapaHadiah /
Cenderahati :Pn. Yusmasuria Binti YahayaPersiapan Tempat :En. Ahmad
Mustafa Lotfi bin AhmadMakanan / Minuman :Pn. Che Noraina binti
BakarPn.Faizah binti CheSijil Penyertaan/Buku Program:En Azmi b.
HussinKerohanian:Pn.Saridah binti HarunTapak Perkhemahan :En. Mohd.
Faizie bin Shuib Keselamatan En Mohd Fadhlian Bin SaadApresiasi
seni:En. Anuar bin SaariDokumentasi:En. Azmi bin Hussin
12.0 Anggaran Perbelanjaan:
BilPerkaraButiranJumlah
1Makan muridMakan pagi ( 55 X 1.50 X 2)Makan tengahari ( 55 X
2.50 X 1 )Makan tengahari ( 55 X 1.50 X 1 )Makan malam ( 55 X 2.50
X 2 )RM165.00RM137.50RM 82.50RM 275.00
2Hadiah Pertandingana) 8 hadiah Pertama ( RM 20.00 x 8 )b) 8
hadiah Kedua ( RM 15.00 x 8 )c) 8 hadiah Ketiga ( RM 10.00 x 8)d)
Peserta terbaik ( RM 10.00 x 2 )e) Hadiah Terbaik keseluruhan ( RM
50.00 )RM160.00RM120.00RM 80.00RM 20.00RM 50.00
4PeralatanRM200.00
5CenderahatiRM100.00
Jumlah RM1390.00
12.1 Anggaran Pendapatan 1. Yuran pendaftaran peserta ( RM 10.00
x 55 ) RM 550.002. PIBG RM 300.003. Hasrat sariRM 60.004. Pn.Buni
binti SafarRM 20.005. Pn. Saridah binti HarunRM 20.00 JUMLAH RM
940.00
13.0 Jadual Aktiviti PerkhemahanMasa / HariJumaatSabtuAhad
5.30 am
Bangun, Siap diri , Solat , Bersenam
7.30 am
Sarapan pagi , pemeriksaan pagi
8.30 am
Pertandingan pertolongan cemas - Balutan Membersihkan tapak
perkhemahan serta menurunkan khemah
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Pn. Rokiah
bt Khalid Guru Besar , SKTTB
9.30 am Pertandingan kawad kaki
12.30 T/Hari
Berehat , Makan , Solat
3.00 pm Pendaftaran Peserta Mendirikan khemah Pertandingan
memasak Pertandingan Permainan Tradisional
BERSURAI
4.00 pm
Minum petang dan Solat Asar
5.00 pmIce-Breaking Pertandingan ikatan Pertandingan memasang
khemah Persediaan Apresiasi Seni
7.00 pmMANDI , SOLAT MAGHRIB, CERAMAH / BACAAN YASINMANDI ,
SOLAT MAGHRIB , CERAMAH MOTIVASI
9.00 pmKembara malam( semua peserta )Pertandingan Apresiasi
Seni
11.00 pm
Tidur
14.0Peraturan tetap perkhemahan:a)Setiap penyertaan mestilah di
atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau
penjagab)Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang
ditetapkan semasa menyertai perkhemahan.c)Setiap peserta
dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan.
Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan
tidak akan dilayan.d)Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan
meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kelulusan kem komandan
atau guru bertugas.e)Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau
sebarang peralatan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah
dilarangf)Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang
kemas atau barang-barang lain yang berharga , termasuklah peralatan
elektronikg)Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki
kawasan-kawasan larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pelaksana termasuklah kawasan penginapan jurulatih
atau pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan
jantina.h)Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan
yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa
melaksanakan aktiviti-aktiviti di sepanjang perkhemahan.i)Semua
pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan
sepanjang masa. j)Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar
tanpa kebenaran dari pihak penganjur. k)Peserta diwajibkan
mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan. l)Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran
di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah
malam.m)Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan
dimaklumkan dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.
15.0 HarapanKejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada
kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan
dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada
kejayaan itu.
DISEDIAKAN OLEH
(EN NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI) PENYELARAS PERKHEMAHAN BADAN
BERUNIFORM 2012
DISAHKAN OLEH
(PN.HJH HASNAH BINTI A.HAMID )GURU BESAR SK SUNGAI RUSA,PULAU
PINANG.
16.0 Ikrar Perkhemahan
KAMIPARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SEKOLAH
KEBANGSAAN TITI TOK BANDAR TAHUN 2012DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN
TAKZIMNYA BERIKRARBAHAWA KAMI AKAN :MENYERTAI PERKHEMAHAN INI
DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH
MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN DENGAN TABAH DAN
PENUH SEMANGAT
MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK MEMPERKAYA PENGETAHUAN
DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPADUAN DIANTARA
KAMI
MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALAPANDUAN, NASIHAT DAN
TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI
MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DENGAN PENUH
KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB
BERUSAHA BERSAMA SAMA MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI
KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI DAN KAMILAH
PENDUKUNG CITA CITA BANGSA DAN NEGARA
17.0 Syarat-Syarat Aktiviti Pertandingan
JENIS AKTIVITIBIL PESERTATEMPOH MASACATATAN
Kawad Kaki
Pengendali: TunasKadet Remaja Sekolah10 minit
Rujuk Panduan Kawad Perkhemahan Pertandingan akan dijalankan di
kawasan Perhimpunan. Disiplin , Kekuatan suara dan keseragaman
merupakan perkara yang dinilai
Pertolongan CemasPengendali: Puteri Islam Semua unit Terlibat 10
Peserta setiap unit
10 MinitMelakukan Simulasi Kemalangan- Menunjukkan 4 Jenis
Balutani. Balutan Kepalaii. Balutan Kakiiii. Balutan Tanganiv.
Balutan Dada
Pertandingan MasakanPengendali: Puteri Islan
2 Pasukan A dan B Setiap pasukan 5 Orang Semua unit terlibat
60 Minit
Peralatan memasak disediakan sendiri oleh peserta Bahan-bahan
masakan disediakan sendiri oleh peserta Bahan hiasan juga
dibenarkan Nasi hendaklah dimasak dalam buluh Ikan / udang / sotong
/ ketam boleh dijadikan lauk dengan cara membakar Kreativiti / Rasa
/ Kebersihan adalah dinilai., kerjasama
Taraf PerkhemahanPengendali: Kem Komandan dan Pen. Kem
KomandanSemua Unit
Sepanjang Perkhemahan
Kebersihan Kws.Khemah Adanya Gajet Kasut Adanya Gajet Pingan
Mangkuk Kebersihan Dalam Khemah Kebersihan Dapur Gajet Ampaian
Seanarai Bertugas Senarai nama ahli Nama Pasukan dan bendera
Kekemasan Diri Ketepatan waktu aktiviti Tong Sampah Pagar Kws.
Khemah
Permainan TradisionalPengendali: Pengakap Unit Pengakap dan
T.Kadet sahaja 6 Orang setiap pasukan
60 minit
Permainan tuju kasut Selipar yang disilang akan dibaling
menggunakan bola. Kumpulan yang paling lama bermain akan dikira
sebagai pemenang.
Ikatan / Simpulan
Pengendali: TunasKadet Remaja Sekolah Semua unit terlibat Setiap
unit perlu menyediakan 2 pasukan . Setiap pasukan 5 Orang
Paling Awal siap dan betul ikatannya 5 jenis ikatani. Manukii.
Buku silaiii. Bunga ketiiv. Nelayanv. Tindih kasih Tali disedikan
sendiri oleh peserta Panjang setiap tali lebih kurang 1 m
Kelima-lima ikatan tersebut hendaklah disambungkan antara satu sama
lain dan ikatan Tindih Kasih hendaklah diikat pada pinggang peserta
yang terakhir.
Apresiasi SeniPengendali: : 1. En.Mohd Fadhlian bin Saad2.
Pn.Siti Noor Aneeis binti Hasyim
Semua unit terlibat Setiap Unit perlu menyediakan 2 Pasukan
Setiap Pasukan Maksimun 20 orang
10 minit
Jenis Persembahan adalah bebas Setiap persembahan boleh
menggunakan alat sokongan Kreativiti persembahan dan daya tarikan
persembahan diutamakan Persembahan yang melebihi masa yang
ditetapkan akan ditolak 10 markah. Persembahan dibuat di Pentas
Dewan sekolah
Memasang KhemahDanMelipat Khemah
Semua unit terlibat Setiap unit perlu menyediakan dua pasukan
sahaja Setiap pasukan hanya 5 orang peserta sahaja.
30 minit
Khemah Iglu digunakan . Khemah disediakan oleh pihak
urusetia
18.0 Bidang Tugas Jawatankuasa Perkhemahan
JawatanBidang Tugas
Pengurus Peserta :Semua Ketua Unit Beruniform
1. Pengakap 2. Tunas Kadet Remaja3. Puteri Islam
1. Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan.2. Menyediakan
borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta unit masing-masing.3.
Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan.4.
Menyediakan jadual guru bertugas unit masing-masing5. Memastikan
penyediaan senarai semak peralatan lebih awal.6. Memastikan
disiplin peserta sebelum , semasa dan selepas perkhemahan
Tapak PerkhemahanPengerusi : En. Mohd Faizie bin Shuib
1. Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan
mengikut unit.2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan
murid dan guru.3. Memastikan komponen khemah dan segala peralatan
yang berkaitan mencukupi.4. Memastikan setiap khemah di buka dan
dibersihkan selepas perkhemahan.5. Menyediakan segala dokumen perlu
sekiranya terdapat pinjaman khemah dari luar.
Persiapan Tempat Aktiviti / Alatan PertandinganPengerusi :
En.Ahmad Mustafa Lotfi bin Ahmad
1. Menyediakan,memasang dan menyiapkan semua jenis peralatan dan
halangan bagi aktiviti lasak yang akan diadakan.2. Mengemas dan
menyimpan semula peralatan yang telah digunakan ditempat yang
sesuai.3. Menyediakan kayu / buluh untuk pertandingan gajet.4.
Menyediakan daun kelapa bagi tujuan kraftangan.
Hadiah dan CenderahatiPengerusi : Pn. Yusmasuria binti Yahaya1.
Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang
dijalankan.2. Menguruskan majlis penyampaian hadiah3. Menyediakan
lain-lain hadiah jika sekiranya ada.
Sijil Penyertaan/Buku ProgramPengerusi : Pn.Faizah binti Che
Nat1. Pn.Marlia binti Mat Razi
1. Menguruskan segala keperluan untuk menyediakan sijil
penyertaan kepada semua peserta perkhemahan .2. Menyediakan buku
program
Kerohanian : Pn.Saridah binti Harun 1. Menyediakan jadual
bertugas imam mengikut waktu solat.2. Memastikan ada bacaan yasin
dan doa selamat pada malam jumaat.3. Mengendalikan kuliah maghrib
dan subuh.
Elektrik dan SiarayaPengerusi : En.Ibrahim bin Mustapa
1. Memastikan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna
diseluruh tapak perkhemahan .2. Mengemaskini peralatan yang telah
digunakan dan disimpan ditempat yang sesuai3. Mengurus dan
menyediakan peralatan pada malam kebudayaan
Makan / MinumPengerusi : Pn.Noraina binti Bakar1. Pn.Che Noraini
binti Bakar2. Pn. Buni binti Safar
1. Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi bagi semua
guru dan murid yang terlibat.2. Menyediakan jadual serta menu
masakan setiap hari perkhemahan.3. Menyediakan anggaran
perbelanjaan makan yang mencukupi.4. Mengurus dan menyediakan semua
peralatan memasak.5. Mengemas dan membersihkan semua peralatan
masakan selepas perkhemahan
Keselamatan / KecemasanPengerusi : En.Anuar bin Saari
1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan
berada dalam keadaan yang baik.2. Menyediakan bekalan ubat-ubatan
serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi.3. Menyediakan
jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan.4.
Membuat makluman kepada pihak polis berhubung perkhemahan.5.
Membuat makluman kepada klinik kesihatan berdekatan berhubung
bantuan kecemasan semasa perkhemahan.6. Memberi taklimat kecemasan
yang lengkap dan diletakkan di urusetia7. Menyediakan peti
kecemasan yang lengkap.
Apresiasi seniPengerusi : En.Mohd Fadhlian bin Saad1. Pn.Siti
Noor Aneeis binti Hasyim
1. Menentukan jenis persembahan dan syarat-syarat.2. Menyediakan
borang penghakiman.3. Menguruskan perjalanan Malam Kebudayaan.4.
Memastikan tempat aktiviti Malam Kebudayaan bersih selapas
digunakan.5. Memberi taklimat kepada peserta persembahan
sekurang-kurangnya 4 hari sebelum pertandingan.
DokumentasiPengerusi : En.Azmi bin Hussin1. Melakukan
tugas-tugas dokumentasi
19.0 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI
RUSA,P.PINANG.
19.1 ObjektifPada 13 15 Julai 2012, satu program perkhemahan
unit beruniform telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai
Rusa. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada
aspek-aspek asas perkhemahan.Ini adalah kerana kebanyakan peserta
yang dipilih tidak pernah mengikuti sebarang program perkhemahan
unit beruniform sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan
untuk melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
Para perserta akan dilibatkan dalam banyak aktiviti kumpulan. Hal
ini supaya para peserta lebih menghargai kehadiran insan lain dalam
kehidupan mereka. Program perkhemahan ini juga dapat melatih para
peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin selain mendedahkan para pelajar dengan
pelbagai kemahiran ikhtiar hidup. Kemahiran seperti pertolongan
cemas, asas ikatan, asas balutan turut diajar. Peserta juga akan
menimba pengalaman menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar
yang tidak pernah mereka lakukan selama ini. Selain itu, para
peserta juga dapat mengembangkan potensi diri dan kreativiti
masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Keberanian
peserta dalam menonjolkan karekter juga dapat dicungkil. Akhir
sekali, program ini bertujuan untuk membimbing para pelajar
menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan
bermoral.
19.2 Strategi Pelaksanaan SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS.Sebelum
pelaksanaan perkhemahan dibuat, beberapa strategi telah direncana
bagi memastikan kelancaran program ini. Pertama, perbincangan
dengan guru penolong kanan kokurikulum dibuat. Perbincangan ini
dibuat untuk mendapat gambaran awal tentang aktiviti perkhemahan
yang dibuat di sekolah ini sebelum ini. Perbincangan awal juga
lebih menjurus kepada aspek penglibatan murid dan guru serta sumber
kewangan yang boleh diperolehi. Kedua, ialah proses membuat kertas
kerja. Dalam kertas kerja ini dicatatkan rasional, matlamat, konsep
pelaksanaan, jadual aktiviti, senarai ahli jawatan kuasa dan
anggaran perbelanjaan program. Kertas kerja ini diluluskan oleh
Puan Guru Besar, Puan Rokiah binti Karim. Ketiga, satu senarai
semak telah dibuat untuk mengenalpasti alatan yang akan digunakan.
Saya mendapati pihak sekolah cuma mempunyai 5 buah khemah.
Programperkhemahan ini memerlukan 11 buah khemah untuk kapasiti
peserta 55 orang. Sebagai langkah susulan, saya membuat surat untuk
meminjam khemah dari Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis. Akhirnya
masalah kekurangan khemah ini selesai. Keempat, saya dan rakan
intership mencari penaja untuk program ini. Kami berjaya mendapat
RM 2300 hasil tajaan beberapa individu. Duit yang diperoleh ini
digunakan untuk membeli alatan dan menampung perbelanjaan makan dan
minum peserta program. Seterusnya, mesyuarat bersama guru-guru
dibuat. Mesyuarat ini dibuat untuk memberi maklumat lengkap kepada
guru-guru berkenaan program yang akan dijalankan. Hal ini kerana
persediaan untuk menjalankan program ini perlu dibuat dalam tempoh
2 minggu. Dalam mesyuarat ini juga senarai ahli jawatankuasa
program, jadual bertugas guru dan jadual aktiviti program
diedarkan. Guru-guru memberi kerjasama yang amat baik. Seterusnya
adalah proses pemilihan peserta. Peserta diambil dari kalangan
murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Peserta dipilih oleh guru kelas. Sebelum
pemilihan peserta dimuktamadkan, ibu bapa perlu mengisi borang
kebenaran untuk memberi keizinan anak atau jagaan mereka mengikuti
proram perkhemahan ini. Hal ini supaya pihak sekolah tidak
dipertanggungjawabkan di atas kemalangan atau kecederaan yang
berlaku sepanjang program ini dijalankan. Akhirnya, seramai 55
orang murid berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta. Selepas
pemilihan peserta dimuktamadkan, satu taklimat dibuat. Antara isi
kandungan taklimat tersebut adalah penerangan tentang aktiviti yang
akan dijalankan dan risiko yang perlu dihadapi peserta. Peserta
juga diberi senarai semak alatan yang perlu dibawa semasa program
perkhemahan.Program perkhemahan mula dijalankan pada 13 15 Julai
2012. Semua guru yang terlibat hadir mengikut jadual yang
disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembahagian
kumpulan, memasang khemah, pertandingan masakan, pertandingan
pertolongan cemas, pertandingan ikatan dan pertandingan persembahan
malam kebudayaan. Setiap aktiviti dikendalikan oleh guru-guru
mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Para peserta sedang memasang khemah
Kuliah agama disampaikan oleh Ustaz Lotfi
Bacaan Yasin20
Aktiviti menaikkan lilin dengan menggunakan tali
Aktiviti Kembara Malam
Pertandingan Balutan
21
Pertandingan Tuju Kasut Tiga
Pertandingan Memasak
Para peserta menikmati makanan selepas pertandingan masakan
22
Malam Apreasasi seni
Para Peserta menurunkan Khemah
Acara Penyampaian Hadiah Untuk Pemenang
Setelah selesai perkhemahan, satu senarai semak dibuat untuk
memeriksa keadaan alatan yang digunakan. Segala alatan yang
dipinjam dari pihak luar dipulangkan. Selepas itu, satu post-mortem
dibuat untuk mengenalpasti kekuatan dan kelamahan projek yang telah
dijalankan.
19.3 REFLEKSI
19.3.1 Kekuatan Projek
Kekuatan projek ini pertama adalah dari segi pengalaman
guru-guru mengendalikan program perkhemahan unit beruniform sebelum
ini. Pengalaman lalu guru-guru banyak membantu saya. Contohnya
tentang saluran yang betul untuk mendapatkan tajaan dan juga cara
menguruskan dana yang diperoleh dengan berhemah. Kekuatan kedua
adalah jumlah dana yang boleh dibelanjakan untuk program ini. Tanpa
kekuatan kewangan yang kukuh, program perkhemahan ini mungkin akan
menghadapi beberapa masalah terutamanya masalah makan dan minum
peserta. Dengan kewangan yang kukuh maka, masalah ini tidak
timbul.
19.3.2 Kelemahan ProjekTerdapat beberapa kelemahan dalam program
yang dijalankan ini. Pertama, masalah cuaca. Pada mulanya, pihak
sekolah bercadang supaya para peserta tidur di dalam khemah. Namun
akibat hujan yang sangat lebat, para peserta terpaksa tidur di
dewan. Hal ini supaya keselamatan para peserta terjamin.
Seterusnya, pertandingan kawad kaki tidak dapat dijalankan dan
digantikan dengan latihan kawad kaki sahaja. Hal ini kerana para
peserta masih lemah dalam kawad kaki. Namun demikian, masalah ini
akan diatasi dengan beberapa sesi latihan yang dirancang oleh
guru-guru badan beruniform Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar,
Perlis.
20.0 Cadangan PenambahbaikanBeberapa penambahbaikan boleh
dilakukan bagi mamastikan program perkhemahan unit beruniform ini
lebih lancar di masa akan datang. Yang pertama, penyelaras program
perlu merancang pelan kedua sekiranya berlaku masalah pada aktiviti
yang telah dirancang awal. Sebagai contoh, untuk masakan rimba
peserta perlu memasak telur di dalam tanah. Oleh sebab hujan, maka
pertandingan masakan rimba boleh ditukar kepada pertandingan
masakan sahaja.Kedua, aktiviti pembinaan kumpulan dibuat dengan
menggunankan aktiviti yang hanya boleh dilakukan secara
berkumpulan. Contohnya permainan mengangkat lilin dengan
menggunakan tali. Sekiranya peserta kumpulan tidak bekerjasama,
lilin tidak akan berjaya diangkat. Hal ini supaya peserta tidak
sesekali menipu semasa aktiviti dijalankan.
21.0 KESIMPULANKesimpulannya, program yang dijalankan ini
berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini,
berjaya membentuk peserta program menjadi lebih bertanggungjawab
dan berdisiplin seterusnya membantu menjayakan hasrat kerajaan yang
inginkan murid-murid maju dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Program ini juga banyak memberi nilai tambah
kepada profesion keguruan saya. Holistiknya,melalui program ini,ia
dapat membentuk satu generasi yang berdaya tahan dan mampu bersaing
diperingkat global.Selaras dengan kurikulum baru iaitu
KSSR,aktiviti seperti ini dapat memdedahkan murid dengan pelbagai
ilmu dan membuat satu anjakan paradigma dalam diri murid-muird
tersebut bagi menghadapi pendidikan abad ke-21.
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM ( S.K.S.R ) | 2