2013 AJK Penaja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark 3/20/2013 Kertas Kerja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark
2013
AJK Penaja Pembinaan Surau
Surau Insaniah HillPark
3/20/2013
Kertas Kerja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 2/16
1.0 Pendahuluan
HillPark Homes adalah sebuah taman perumahan baru yang terletak di dalam mukim Semenyih, Selangor. Pada hari ini, selepas setahun dibuka (2012), 75% daripada unit-unit kediaman di Fasa 1 telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakkannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara.
Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Pada bulan Ogos 2012, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Insaniah HillPark.
2.0 Latar Belakang HillPark Homes
2.1 Maklumat Umum
HillPark Homes terletak di kawasan Bandar Teknologi Kajang, dalam jarak 2km dari Jalan Persekutuan Semenyih-Kajang. Fasa 1 Hillpark Homes sebanyak kira-kira 300 buah rumah telah dimulakan pembinaan pada tahun 2010 dan siap untuk diduduki pada bulan Januari 2012. Selain beberapa kawasan perumahan lain, kawasan Hillpark Homes ini juga berdekatan dengan kawasan industri dan juga kawasan komersial di Bandar Teknologi Kajang.
Rajah 1: Peta Hillpark Homes di mukim Semenyih, Selangor
Hillpark Homes
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 3/16
2.2 Maklumat Sosio Ekonomi
Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai :
- Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain) - Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, Pekerja Am dan lain-lain) - Pesara
Dan lain-lain pekerjaan seperti pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, perunding, konsultan dan sebagainya.
2.3 Kemudahan Asas
Diantara kemudahan asas taman perumahan ini adalah
Taman permainan kanak-kanak – 1 padang umum dan 2 padang di kawasan berpagar HillPark Fasa 2
Trek jogging dan senaman Gelanggang bola keranjang Padang bolasepak berkeluasan 1.2 padang bolasepak Padang am – berkeluasan 0.25 ekar Tapak sekolah agama Tapak tadika Tapak dewan orang ramai Tapak gerai – 5 lot
3.0 Objektif Keperluan Surau
Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Dengan komposisi 80% penduduk muslim, dan menyedari peri penting peranan sebuah surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk telah bermesyuarat pada Ogos 2012 dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Insaniah HillPark
Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah untuk berfungsi sebagai:
Pusat solat jamaah & kegiatan agama Kelas mengaji dan fardhu ain Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau) Pengurusan khairat kematian Tadika Islam Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian Dan lain lain
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 4/16
4.0 Rasional
4.1 Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk semangat perpaduan/ukhuwah di kalangan penduduk.
4.2 Tapak surau telah digazetkan oleh pemaju di kawasan yang strategik di tengah-tengah taman dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.
4.3 Surau-surau terdekat adalah terletak di taman perumahan lain yang berjauhan, manakala masjid terdekat adalah di Masjid Pekan Semenyih (7km) dan juga Masjid Bandar Kajang (10km).
4.4 Pembinaan surau ini diharap akan menjadi pemangkin pembinaan tadika di tapak bersebelahan.
5.0 Tapak Surau
5.1 Tapak cadangan pembinaan surau Insaniah adalah merupakan kawasan tapak yang telah disediakan oleh pemaju.
5.2 Tapak ini seluas 0.5 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan perumahan Hillpark seperti dalam pelan di bawah:
Rajah 2: Pelan tapak surau yang telah diwartakan di HillPark Homes
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 5/16
6.0 Perancangan Kemudahan Surau
6.1 Dewan solat jamaah yang selesa, berkapasiti 300 orang, lengkap dengan kemudahan pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.
6.2 Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan berkaitan.
6.3 Ruang mengambil wudhu’ dan juga tandas serta bilik mandi.
6.4 Kawasan khas pengurusan jenazah yang terpisah dari bangunan utama surau.
6.5 Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam di bahagian belakang dewan solat.
6.6 Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan surau.
6.7 Bilik persalinan Imam dan Bilal.
6.8 Ruang simpanan barang dan ruangan memasak di kawasan berasingan dari bangunan utama surau.
6.9 Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan jemaah.
6.10 Surau ini akan dibina dengan rekabentuk boleh naik taraf untuk sebarang perancangan naik taraf surau untuk menempatkan pertambahan jemaah.
6.11 Surau juga akan dibina dengan konsep mesra IT selaras dengan saranan kerajaan.
7.0 Anggaran Kos Pembinaan
Pembinaan Surau Insaniah Hillpark dijangka siap dalam tempoh 1 tahun (Ogos 2013 – Julai 2014). Pembinaan dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut:
Fasa 1:
Kerja cerucuk, kerangka konkrit tetulang, kerja bumbung, kerja Batu Bata. Anggaran kos : RM 400,000.00
Fasa 2:
Kerja pendawaian elektrik, PA system, perpaipan, kemasan dinding dan lantai, karpet, sehingga penyiapan pembinaan. Anggaran kos : RM 400,000.00
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 6/16
Fasa 3:
Pengurusan kelengkapan, pengurusan jenazah dan peralatan surau dan bangunan sokongan. Anggaran kos : RM 200,000.00 Jumlah keseluruhan = RM 1,000,000.00
8.0 Sumber Dana Pembinaan
8.1 Dana semasa yang dikutip sejak Disember 2012 sehingga kini berjumlah RM 8,000.00
8.2 Diantara sumber lain yang dicadangkan adalah seperti berikut:
8.2.1 Permohonan rasmi kepada Pemimpin, Menteri atau VVIP.
8.2.2 Permohonan rasmi kepada Syarikat GLC atau korporat.
8.2.3 Sumbangan melalui komitmen ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa
ditetapkan.
8.2.4 Sumbangan bergerak ke pasar-pasar malam atau lokasi tumpuan masyarakat, program
atau Majlis orang ramai.
8.2.5 Notis dan tabung di surau dan masjid-masjid berhampiran
8.2.6 Edaran risalah ke rumah-rumah dan kedai berhampiran.
8.2.7 Laman Web (http://surauinsaniah.com), laman facebook dan e-mail
8.2.8 Banner, banting dan poster
8.2.9 Unit tabung bergerak (Pengutip derma bergerak)
8.2.10 Jualan Kupon wakaf bernilai RM50, RM10, RM5 setelah mendapat kelulusan kutipan
wakaf (dijangka Mei 2013)
9.0 Penutup
9.1 Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat
utama pembinaann surau Insanish ini adalah bertujuan sebagai titik tuju dan juga nadi
kehidupan harian masyarakat Islam di sini.
9.2 Dengan terbinanya bangunan surau ini, adalah menjadi harapan penduduk-penduduk Islam di
setempat, agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi
dengan teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 7/16
semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat,
Insya Allah.
10.0 Lampiran
Lampiran 1 – Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau
Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Insaniah, Hillpark Homes
Lampiran 3 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark
Lampiran 4 – Surat Sokongan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Lampiran 5 – Surat Permohonan Mewartakan Tanah Rezab Surau di Perumahan Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Lampiran 6 – Surat Penerimaan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor
Lampiran 7 – Surat Kebenaran Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor
Lampiran 8 – Surat Permohonan Pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark oleh J/K Penaja Surau Insaniah Hillpark
Lampiran 9 – Dokumen pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark dari CIMB Bank.
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 8/16
Lampiran 1 – Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau
BIL NAMA ALAMAT NO. KP JAWATAN NO. TELEFON
01. Hamzah bin Husin No. 1 Jln. HP 3/1 Hill Park
600430-10-6817 PENGERUSI 017 6023789
02. Asrul Hafiz bin Houd No.. 5 Jln. HP 1/3
Hill Park
800815-10-5993 SETIAUSAHA 010 3668434
03. Muhamad Ismail bin Mohamad Hisham
No. 22 Jln. HP 1/3
Hill Park
831210-14-5425 BENDAHARI 012 2382714
04. Mohd Ramzi bin Abdul No. 13A Jln. HP 3/1 Hill Park
760701-08-6671 IMAM
019 2379198
05. Shamsol Fahimy No. 13 Jln. HP 1/3
Hill Park
BILAL 016 6180510
06. Ayub bin Haji Muda No. 13 Jln. HP 1/1
Hill Park
760413-11-5175 SIAK 012 2900369
07. Siti Fadhilah bin Abd. Rani
No. 1 Jln. HP 3/1
Hill Park
670305-06-5306 BILAL WANITA
017 6416001
08. Helmeey bin Jumaat No. 3 Jln. HP ½
Hill Park Bdr.
780811-01-6031 WAKIL PEMUDA
013 6699390
09. Mohd Faisal Fikri bin Kamaruddin
No. 13A, Jln HP1/3 820802-14-5089 PEMERIKSA KIRA-KIRA
013 6555192
10. Khairol Nizam bin Anuar
No. 22 Jln. HP ½
Hill Park
800816-14-6121 PEMERIKSA KIRA-KIRA
019 2670969
11. Rohizad Jamel
No. 3A, Jln HP1/6 770407-02-5797 AJK 017-2657447
12. Zulkefli bin Ab. Rahman
No. 6 Jln. HP ½
Hill Park
780125-04-5289 AJK 012 6564551
13. Hanafi bin Latif AJK 013 9027066
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 9/16
Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Insaniah, Hillpark Homes
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 10/16
Lampiran 3 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 11/16
Lampiran 4 – Surat Sokongan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 12/16
Lampiran 5 – Surat Permohonan Mewartakan Tanah Rezab Surau di Perumahan Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 13/16
Lampiran 6 – Surat Penerimaan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 14/16
Lampiran 7 – Surat Kebenaran Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 15/16
Lampiran 8 – Surat Permohonan Pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark oleh J/K Penaja Surau Insaniah Hillpark
Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013
Mukasurat 16/16
Lampiran 9 – Dokumen pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark dari CIMB Bank.