INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR CAKNA INSAN SEJAHTERA PDK PROGRAM KHIDMAT SISWA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN EHSAN, KEPONG 07 OKTOBER – 11 OKTOBER 2013 JABATAN PENDIDIKAN KHAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR
CAKNA INSAN SEJAHTERA PDK
PROGRAM KHIDMAT SISWA
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN EHSAN,
KEPONG
07 OKTOBER – 11 OKTOBER 2013
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
KERTAS KERJA INDUK
PROGRAM KHIDMAT SISWA
PDK TAMAN EHSAN KEPONG
1.0 PENGENALAN
Pemulihan Dalam Komuniti PKU 3112 merupakan satu kurikulum yang
wajib bagi guru-guru pelatih semester 6 untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP) pengkhususan major Pendidikan Khas. Kursus ini
memperuntukkan tugasan amali secara berkumpulan yang melibatkan 11 orang
guru pelatih daripada gabungan dua pengkhususan yang berbeza iaitu Masalah
Pembelajaran dan Masalah Pendengaran.
Tugasan amali yang dilaksanakan dalam tempoh satu minggu ini
merupakan aktiviti kemasyarakatan yang merangkumi tiga aktiviti yang utama
iaitu aktiviti keceriaan, aktiviti lawatan ke rumah (home-based) dan aktiviti
akademik. Aktiviti-aktiviti ini akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Komuniti
Taman Ehsan, Kepong yang terletak di No.29, Jalan 2/151A Taman Suria, Batu
6 Jalan Puchong, Kuala Lumpur.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini merupakan salah satu
daripada usaha pihak institusi untuk memupuk kesedaran di kalangan guru
pelatih mengenai tanggungjawab mereka sebagai masyarakat terhadap
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Di samping itu, tugasan projek ini juga
mampu dijadikan sebagai satu medium bagi mereka untuk merasai pengalaman
sebenar berurusan dengan pelbagai pihak yang terlibat seperti barisan pentadbir
di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), ibu bapa, masyarakat setempat,
pihak-pihak daripada Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), dan pihak-pihak swasta
yang lain.
Tugasan ini juga merupakan satu latihan kepada para pelatih tentang cara
untuk merancang, mengelola, mengurus, dan mengumpul dana bagi menjayakan
sesuatu projek yang melibatkan pihak luar dan perbelanjaan yang besar. Di
samping itu, tugasan ini turut mampu menggalakkan sikap bekerjasama,
toleransi, saling membantu, dan gigih berusaha dalam kalangan guru pelatih
yang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
1.1 Latar belakang
Pada tahun 2004, para ibu bapa yang berkaitan telah berkerjasama memulakan
usaha untuk menubuhkan PDK Taman Ehsan. Langkah pertama yang dilakukan
adalah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dan mencari bangunan yang sesuai
untuk dijadikan sebagai bangunan PDK. Bagi memastikan hasrat menubuhkan
PDK benar-benar dapat direalisasikan dan sebagai langkah pertama rumah
(pengerusi sekarang) telah digunakan sebagai PDK Taman Ehsan.
Usaha mendapatkan premis tetap untuk dijadikan sebagai bangunan PDK kerap
menemui jalan buntu. Namun akhirnya dengan jasa baik Ketua Cawangan
UMNO Taman Ehsan, PDK Taman Ehsan telah mendapat tapak untuk
beroperasi. Tapak yang dimaksudkan adalah Bilik Gerakan UMNO Cawangan
Taman Ehsan, Kepong.
1.2 Bilangan Pelatih PDK
Jumlah pelatih pada awal penubuhan adalah seramai 13 orang dengan kategori
seperti berikut:
a. Autisme - 5 orang.
b. Cerebral palsy - 4 orang.
c. Down Syndrome - 3 orang
d. Slow Learner - 1 orang
Sehingga ke hari ini seramai 30 pelatih telah mendaftar dengan PDK Taman
Ehsan. Namun begitu, daripada jumlah tersebut, seramai 15 orang murid sahaja
yang akan berada di PDK sepenuhnya selama 5 hari dalam seminggu
berbanding kanak-kanak yang hanya akan hadir sekali atau dua kali dalam
seminggu ke PDK.
1.3 Bilangan kakitangan PDK
Bagi memastikan segala perancangan aktiviti PDK berjalan dengan lancar,
seramai 7 orang kakitangan telah ditugaskan untuk membantu pelatih-pelatih
PDK ini.
1.4 Infrastruktur
PDK Taman Ehsan ini bukan sahaja menyediakan kelas pembelajaran untuk
pelatih-pelatih PDK,bahkan juga turut menyediakan kemudahan dan infrastruktur
lain seperti:
Tandas
Dapur
Ruang aktiviti
Padang / gelanggang permainan
Bilik terapi
2.0 TUJUAN
Bagi membentangkan rancangan Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan
Kepong yang akan dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Major Pendidikan Khas
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ) Semester Enam ( 6 ) IPGM
Kampus Ilmu Khas, Cheras.
3.0 OBJEKTIF
Objektif Program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman
Ehsan Kepong adalah untuk :
i. Memenuhi syarat kursus PKU 3112 PISMP ( Semester 6 ) Ambilan
Januari 2011.
ii. Membolehkan para pelajar mengenalpasti dan memahami masalah
yang dihadapi oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) di peringkat
komuniti.
iii. Meningkatkan pengetahuan guru pelatih berkaitan dengan
permasalahan dan kehidupan seharian golongan OKU.
iv. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menjalankan interaksi
dengan golongan OKU dan ibu bapa mereka.
v. Membantu dan bekerjasama dengan golongan OKU dalam
melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka.
vi. Melatih guru pelatih untuk merancang dan mengendalikan program
yang bersesuaian dengan kemampuan golongan OKU.
vii. Melahirkan sifat penyayang dalam kumpulan para pelajar kepada
golongan kurang bernasib baik.
viii. Menceriakan premis dan memperbaiki persekitaran kawan PDK.
4.0 MATLAMAT
Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan , Kepong ini bermatlamat untuk :
4.1 Mengubah pemikiran komuniti terhadap PDK.
4.2 Menyediakan perkhidmatan yang profesional kepada golongan yang
memerlukan.
4.3 Mengeratkan hubungan di antara komuniti dengan OKU yang
mendapat khidmat di PDK.
4.4 Menyedarkan ahli komuniti tentang tanggungjawab sosial mereka
kepada OKU dalam kawasan masing-masing.
4.4 Memberikan pendedahan mengenai situasi sebenar dalam PDK
kepada para pelajar program Khidmat Siswa.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Program Khidmat Siswa ini disasarkan kepada :
5.1 Golongan pelatih Taman Ehsan
5.2 Warga petugas PDK Taman Ehsan
5.3 Keluarga pelatih di PDK
5.4 Komuniti setempat
6.0 PROGRAM YANG DIRANCANG
Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan Kepong akan melibatkan
pelaksanaan projek-projek seperti berikut:
6.1 Projek Keceriaan
6.2 Projek Akademik
6.3 Projek Lawatan Home-based
6.1 Projek Keceriaan.
Aktiviti yang dirancang bagi projek ini adalah seperti berikut:
a) Membaik pulih gelanggang yang berada dalam kawasan PDK Taman
Ehsan.supaya dapat digunakan warga PDK Taman Ehsan
b) Membaik pulih tandas yang mengalami kerosakan.
c) Menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan PDK Taman
Ehsan.
d) Menghasilkan satu mural pada dinding kosong dengan lukisan yang
menarik dan bermakna.
e) Menanam pokok bunga dalam pasu dan menyusun pasu-pasu tersebut
di tempat-tempat yang sesuai supaya kawasan lebih menarik.
f) Meletakkan papan tanda pada tempat-tempat yang perlu.
g) Membina satu gazebo di hadapan kawasan PDK supaya murid-murid
boleh menggunakan gazebo itu untuk tujuan pembelajaran.
h) Mewarnakan tayar-tayar yang terbuang dengan warna-warna yang
menarik untuk dijadikan hiasan di kawasan PDK.
i) Membaik pulih akuarium terpakai supaya dapat dijadikan akurium ikan
yang menarik dan dijadikan hiasan di PDK Taman Ehsan.
j) Menanam pokok besar sebanyak 10 batang pokok.
6.2 Projek Akademik.
Di dalam merangka aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat secara
langsung kepada Pelatih PDK, projek yang telah dikenalpasti untuk
dilakukan adalah:
Program Lawatan ke FRIM
Sukaneka .
Merentas desa.
Program Terapi Seni Visual
Aktiviti membuat doh dan membentuk doh.
Aktiviti mencucuk nugget dan sosej.
Aktiviti membuat origami.
6.3 Projek Home-based.
Bagi mencapai salah satu daripada objektif Program Khidmat Siswa ini, guru
pelatih akan melakukan lawatan ke beberapa rumah Pelatih PDK untuk
melakukan terapi yang dicadangkan pihak PDK. Antara aktiviti yang akan
dijalankan adalah seperti berikut :
a) Sesi ramah mesra
b) Terapi fisioterapi
c) Penyampaian hamper
7.0 ORGANISASI PERLAKSANAAN
Bagi memastikan kelancaran dan kejayaan perlaksanaan Program Khidmat
Siswa ini, Organisasi perlaksanaan di bentuk seperti berikut:
7.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KHIDMAT SISWA/SISWI
PENSYARAH PEMBIMBING
PUAN ALIJAH BINTI UJANG
PENGERUSI
FIRDAUS BIN KHAIRUDIN
NAIB PENGERUSI
MOHD ISKANDAR BIN MAZLAN
SETIAUSAHA
SYARIFAH NURSOLLEHAH BINTI SYED MOHAMAD KHER
NAIB SETIAUSAHA
NOR HIDAYAH BINTI ISHAK
BENDAHARI
MUHAMMAD SOLLIHIN BIN AHMAD JAMALI
AHLI JAWATANKUASA KECIL
AJK PENAJAAN DAN HUBUGAN LUAR
MUHAMMAD FAHMI BIN HASSIM
MUHAMMAD TARMIDZI BIN SAZALI
AJK MAKANAN
NOR AMIRA EMYLIA BINTI MOHD NOR
AJK DOKUMENTASI DAN PUBLISITI
NUR FARIHAH BINTI KAMARUDDIN
AJK TUGAS KHAS
ABU BAKAR BIN ISMAIL AJK CENDERAHATI
NUR’ ADILAH BINTI MUHAMAD KAMAL
7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KHIDMAT SISWA/SISWI
7.2.1 Projek keceriaan
7.3.2 Projek akademik
PENGARAH PROJEK
MUHAMMAD FAHMI BIN HASSIM
TIMBALAN PENGARAH PROJEK
SYARIFAH NURSOLLEHAH BINTI SYED MOHAMAD KHER
SETIAUSAHA PROJEK
NUR FARIHAH BINTI KAMARUDDIN
BENDAHARI PROJEK
ABU BAKAR BIN ISMAIL
PENGARAH PROJEK
MOHD ISKANDAR BIN MAZLAN
TIMBALAN PENGARAH PROJEK
NOR AMIRA EMYLIA BINTI MOHD NOR
SETIAUSAHA PROJEK
MUHAMMAD TARMIDZI BIN SAZALI
BENDAHARI PROJEK
NOR HIDAYAH BINTI ISHAK
7.3.3 Projek Home-based
8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Peruntukan perbelanjaan bagi melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang telah
dianggarkan berdasarkan keperluan aktiviti. Segala perbelanjaan disenaraikan dan
diagihkan seperti berikut:
8.1 Program keceriaan
BIL BAHAN DAN
ALAT
KUANTITI HARGA BARANG
SEUNIT
JUMLAH HARGA
1. Cat
Biru
Merah
Kuning
5 RM30 RM150
PENGARAH PROJEK
NUR’ ADILAH BINTI MUHAMAD KAMAL
SETIAUSAHA PROJEK
FIRDAUS BIN KHAIRUDIN
BENDAHARI PROJEK
MUHAMMAD SOLLIHIN BIN AHMAD JAMALI
Hitam
Coklat
2.Orkid
8 RM35 RM325
3. Papan Tanda 2 RM50 RM100
4.Kerusi Batu
1 RM500 RM500
5. Pokok Bunga 1 RM 100 RM200
6. Makanan 48 RM4 RM192
7. Gazebo 1 RM2500 RM2500
8. Roller 6 RM5.00 RM30
9. Berus cat 5 RM3.00 RM15.00
10. Papan Cat 5 RM10.00 RM50.00
11. Jaring 2 RM30 RM60
12. Pasir 3 RM12 RM36
13. Pokok Besar 10 FRIM
14. Tayar
(Terpakai)
3 RM5.00 RM 15.00
15. Tikar Getah 2 Gulung RM200 RM 400
16. Kertas Warna 2 RM13.00 RM 26.00
17. Alas Meja 1 RM38 RM 38
18. Biji Benih cili 2 RM1.60 RM3.20
19. Bijih Benih
kangkung
2 RM1.60 RM3.20
20. Baja 2 RM3.50
(Setengah kilo)
RM7
JUMLAH KESELURUHAN RM4650.40
8.2 Program Akademik Lawatan Ke FRIM
Bil Perkara Kuantiti
Anggaran
Kos Seunit
(RM)
Anggaran
KOS (RM)
1 Tempat meletak kereta 5
RM5.00 RM25.00
2 I. Tiup belon
II. Boling padang
III. Isi air dalam botol
IV. Merentas hutan
Belon
Pen penanda
Botol air
Buah kelapa
Botol kaca
50 orang
5 paket
1 kotak
15 botol
-
-
RM5.00
RM5.00
RM12.00
RM15.00
-
-
RM250.00
RM 25.00
RM 12.00
RM 15.00
-
-
3.
JUMLAH KESELURUHAN RM 302.00
8.3 Program Terapi Seni Visual
BIL. PERKARA KUANTITI ANGGARAN KOS
1. Peralatan :
1. Kertas A4
2. Gunting
3. Pensil 2B
1 paket
5 buah
1 kotak
RM10.00
RM 2.00
RM 5.00
4. Tepung
5. Garam
6. Pewarna
7. Lidi
8. Sosej
9. Nugget
2 paket
1 paket
1 paket
1 paket
3 paket
2 paket
RM 6.00
RM 1.00
RM 2.00
RM 2.00
RM 15.00
RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM63.00
8.4 Program Home Based
BIL PERKARA KUANTITIHARGA
(RM/UNIT)JUMLAH (RM)
1 BARANG MAKANAN 2 70 RM 140.00
2 KOS PENGANGKUTAN 2 30 (sehari) RM 60.00
3 HAMPER 2 30 RM60
JUMLAH RM 260.00
8.5 ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN
Senarai barang Kuantiti Harga seunit Harga1. Sarapan pagi
- Roti- Air kotak
2. Makan tengah hari- Nasi ayam- Air mineral
3. Minum petang- Air teh- Kuih-muih
1515
1515
1515
RM0.70RM1.50
RM4.00RM1.00
RM1.00RM0.50
RM0.70X15 RM1.50X15
RM4.00X15RM1.00X15
RM1.00X15RM0.50X15
RM10.50RM22.50
RM60.00RM15.00
RM15.00RM7.50
JUMLAH BESAR RM 130.50Hari pertama (7 Oktober 2013)
Hari kedua (8 Oktober 2013)
Senarai barang Kuantiti Harga seunit Harga1. Sarapan pagi
- Roti- Air kotak
2. Makan tengah hari- Nasi tomato- Air mineral
3. Minum petang- Air teh- Kuih-muih
1515
1515
1515
RM0.70RM1.50
RM4.50RM1.00
RM1.00RM0.50
RM0.70X15 RM1.50X15
RM4.50X15RM1.00X15
RM1.00X15RM0.50X15
RM10.50RM22.50
RM67.50RM15.00
RM15.00RM7.50
JUMLAH BESAR RM 138.00
Hari ketiga (9 Oktober 2013)
Senarai barang Kuantiti Harga seunit Harga1. Sarapan pagi
- Nasi lemak- Air mineral
2. Makan tengah hari- Nasi
berlauk- Air kotak
5050
5050
RM1.50RM1.50
RM2.00RM1.50
RM1.50X50 RM1.50X50
RM2.00X50RM1.50X50
RM75.00RM75.00
RM100.00RM75.00
JUMLAH BESAR RM325.00
Hari keempat (10 Oktober 2013)
Senarai barang Kuantiti Harga seunit Harga1. Sarapan pagi
- Roti- Air kotak
2. Makan tengah hari- KFC
3. Minum petang- Mee
goreng- Air teh
1515
50
1515
RM0.70RM1.50
RM10.00
RM2.00RM0.50
RM0.70X15RM1.50X15
RM10.00X50
RM2.00X15RM0.50X15
RM10.50RM22.50
RM500.00
RM30.00RM7.50
JUMLAH BESAR RM570.50
Hari kelima ( 11 Oktober 2013)
Senarai barang Kuantiti Harga seunit Harga1. Sarapan pagi
- Mihun goreng
- Air kotak
2. Makan tengah hari- Nasi berlauk- Air mineral
1515
1515
RM2.00RM1.50
RM2.00RM1.00
RM2.00X15RM1.50X15
RM2.00X15RM1.00X15
RM30.00RM22.50
RM30.00RM15.00
JUMLAH BESAR RM97.50
Hari keenam (12 Oktober 2013)
Senarai barang Kuantiti Harga seunit Harga1. Sarapan pagi
- Nasi goreng- Air teh
2. Makan tengah hari- Nasi tomato- Air mineral
7070
7070
RM3.00RM0.50
RM4.50RM1.00
RM3.00X70RM0.50X70
RM4.50X70RM1.00X70
RM210.00RM35.00
RM315.00RM70.00
JUMLAH BESAR RM630.00
8.5 Jumlah Keseluruhan
BIL. PERKARA ANGGARAN KOS
1.
2.
3.
4.
5.
Program Keceriaan.
Program Akademik Lawatan Ke FRIM
Program Terapi Seni Visual
Program Home Based
Perbelanjaan Makanan
RM 4650.40
RM 302.00
RM 63.00
RM 260.00
RM 1891.50
JUMLAH KESELURUHANRM 7166.90
9.0 SUMBER KEWANGAN
Bagi menjayakan pelaksanaan projek yang telah dirancang ini, kumpulan siswa/siswi
telah menjalankan perbincangan dan mencadangkan beberapa usaha yang boleh
diambil bagi mendapatkan dana yang mencukupi bersesuaian dengan peruntukan
kewangan yang diperlukan. Antara usaha yang boleh dijalankan dan telah
dipersetujui oleh semua siswa/siswi yang terlibat ialah:
i. Setiap daripada siswa/siswi perlu menyumbang sebanyak RM100 tiap
seorang sebagai yuran kumpulan untuk tambahan dana.
ii. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengambil inisiatif yang tersendiri
bagi mendapatkan sumbangan dana daripada pihak-pihak tertentu.
Surat bagi memohon dana adalah seperti di Lampiran A.
10.0 PROGRAM MINGGU KHIDMAT SISWA
Jadual yang dirancang bagi tempoh pelaksanaan Program Khidmat Siswa dari 7
Oktober sehingga 12 Oktober 2013 adalah seperti berikut:
HARI / TARIKH MASA AKTIVITI
Isnin
7 Oktober 2013
7.30pg – 8.00pg
8.00pg – 9.00pg
9.00pg – 12.00t/hari
2.00ptg – 6.30ptg
Ketibaan guru pelatih
Ice-breaking bersama pelatih PDK
Home-based
Kerja-kerja keceriaan/gotong-royong
Selasa
8 Oktober 2013
7.30pg – 8.00pg
8.00pg – 8.30pg
8.30pg – 12.30t/hari
2.00ptg – 6.30ptg
Ketibaan guru pelatih
Terapi (brushing)
Slot akademik (membina pasu
orkid)
Kerja-kerja keceriaan
Rabu
9 Oktober 2013
7.30pg – 8.00pg
8.00pg – 12.00t/hari
2.00ptg – 6.30ptg
Ketibaan guru pelatih
Lawatan akademik
Kerja-kerja keceriaan
Khamis
10 Oktober 2013
7.30pg – 8.00pg
8.00pg – 8.30pg
8.30pg – 10.30pg
10.30pg – 12.00t/hari
2.00ptg – 6.30ptg
Ketibaan guru pelatih
Terapi (brushing)
Slot akademik (uli doh)
Slot akademik (cucuk makanan)
Kerja-kerja keceriaan
Jumaat
11 Oktober 2013
7.30pg – 8.00pg
8.00pg – 8.30pg
8.30pg – 10.30pg
3.00ptg – 6.30ptg
Ketibaan guru pelatih
Terapi (brushing)
Slot akademik (origami)
Kerja-kerja keceriaan
Sabtu
12 Oktober 2013
7.30pg – 8.00pg
8.00pg – 11.00pg
11.00pg – 12.00t/hari
Ketibaan guru pelatih
Fire drill & pameran jabatan bomba
Majlis Perasmian Penutup
JADUAL AKTIVITI AMALI
Aturcara Tentatif Majlis Penutupan Program Khidmat Siswa ini adalah seperti di
Lampiran B.
11.0 PENUTUP
Di harap semua pihak yang berkaitan mendapat gambaran jelas mengenai
rancangan perlaksanaan Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan Kepong
dari 7 Oktober sehingga 12 Oktober 2013. Sehubungan dengan itu kerjasama
semua pihak adalah penting demi memastikan kejayaan Program Khidmat Siswa
ini.
Disediakan oleh :
_____________________
(SYARIFAH NURSOLLEHAH BT SYED MOHAMAD KHER)
SETIAUSAHA INDUK PROGRAM,
PDK TAMAN EHSAN KEPONG.
Disokong oleh :
_______________________
(FIRDAUS BIN KHAIRUDIN )
PENGERUSI INDUK PROGRAM,
PDK TAMAN EHSAN KEPONG.
Disahkan oleh :
__________________________
( PUAN ALIJAH BINTI UJANG )
PENSYARAH PEMBIMBING PROGRAM,
PDK TAMAN EHSAN KEPONG