SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT 21020 KUALA TERENGGANU TERENGGANU KERTAS KERJA MINGGU SAINS 2011 TARIKH : 25 JULAI 2011 HINGGA 27 JULAI 2011 HARI : ISNIN HINGGA RABU TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT KUALA TERENGGANU
SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT21020 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
KERTAS KERJA
MINGGU SAINS 2011
TARIKH :
25 JULAI 2011 HINGGA 27 JULAI 2011
HARI :
ISNIN HINGGA RABU
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKITKUALA TERENGGANU
ANJURAN :
PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT
1.0 PENGENALAN
Sains merupakan cabang ilmu yang unik dan menyeronokkan. Program ini merupakan
satu usaha untuk menarik perhatian murid terhadap Sains supaya dapat merasai
matapelajaran ini mudah dan senang dipelajari jika mereka menghayati keunikan
matapelajaran ini. Minggu Sains yang akan diadakan ini merupakan satu aktiviti yang
dapat memberi pendedahan kepada murid terutamanya yang berkaitan dengan sains. Di
samping itu, ia juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai
sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Sehubungan dengan itu, Panitia Sains
Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit mengambil inisiatif merencanakan program
Minguu Sains sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Melalui aktiviti ini, program ini diharap dapat memberikan peluang kepada
para murid mengetahkan bakat dan minat mereka dalam aktiviti penerokaan dan
pengayaan dalam bidang Sains.
2.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah bertujuan untuk :
1. Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains.
2. Menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi di kalangan murid.
3. Mempelbagaikan cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
4. Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
manusia.
5. Menambah pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan teknologi.
6. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sains dan teknologi
kepada manusia.
7. Memupuk semangat bekerjasama.
3.0 MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 25 Julai 2011 hingga 27 Julai 2011
Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Tempat : Sek.Keb.Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu
Masa : (Rujuk tentatif program)
4.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA
4.1 Tahun 1
4.2 Tahun 2
4.3 Tahun 3
4.4 Tahun 4
4.5 Tahun 5
5.0 TENTATIF PROGRAM
ISNIN (25 JULAI 2011)
7.30 – 8.00 PAGI : Majlis perasmian Minggu Sains oleh Yang
Berusaha Tuan Guru Besar SK DABARA
8.30 – 10.00 PAGI : Pertandingan “Fun With Colour” (Tahun 1)
: Pertandingan “Butterfly vs. Frog” (Tahun 2)
11.00 – 1.00 PETANG : Aktiviti “Smart Science” (Tahun 4 dan Tahun 5)
SELASA (26 JULAI 2011)
8.00 – 9.30 PAGI : Pertandingan “My Scrap Book” (Tahun 3)
11.00 – 12.00 TGH : Pertandingan “Scientist Model” (Tahun 4)
12.00 – 1.30 PETANG : Pertandingan “Sky Scrappers” (Tahun 5)
RABU (27 JULAI 2011)
7.30 – 8.00 PAGI : Majlis perasmian penutup Minggu Sains dan
penyampaian hadiah
6.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran 1
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
7.1 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
En. Rosdi bin Jusoh
PengerusiYM En. Ku Ab. Rahman bin Ku Nopiah
Naib Pengerusi IPn. Hasmah bt Othman
Naib Pengerusi IIEn. Mohd Nor bin MamatPenyelarasCik Nurhidayah bt Adnan
Setiausaha Cik Nur Farhanah bt Mohd Amin
BendahariCik Sharmilah a/p Karunanithy
7.2 JAWATANKUASA KERJA
UrusetiaCik Nurhidayah bt AdnanCik Nur Farhanah bt Mohd Amin
AJK AktivitiEn. Mohd Ghazali bin IsmailPn. Rosslina bt Mohd Noor
AJK PeralatanEn. Mohd Faizal bin AmdanPn. Zaleha bt Muhamad
AJK Hadiah dan CenderamataEn. Mohd Syafiq Bin IsmailPn. Hjh. Hayati bt Ali
AJK Perasmian dan PenutupEn. Mohd Hafiz bin Abd RazakCik Fatimah Mashaifiza bt Mohad
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
NO. PERKARA BILANGAN JUMLAH
1. Bunting 1 x RM 25.00 RM 25.00
2. Hadiah RM 100.00
3. Barang runcit
(Smart Science)
RM 50.00 RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 175.00
8.2 PERMOHONAN BARANG KEPERLUAN
BIL. BARANG KUANTITI
1. Air mineral 1 kotak
2. Kertas A4 1 rim
3. Kertas lukisan 1 rim
9.0 PENUTUP
Diharapkan agar Minggu Sains 2011 ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang.
Selain itu, program ini diilhamkan bukan sahaja untuk mengaplikasikan ilmu yang telah
dipelajari malah dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang telah terjalin antara
murid-murid dan guru-guru. Kejayaan program ini juga menggambarkan komitmen
semua pihak dalam menggerakkan minat murid dan menghargai sumbangan sains dan
teknologi terhadap manusia. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan
keredhaan daripada Allah S.W.T. Pihak penganjur dengan hormatnya memohon
pertimbangan dan kelulusan pihak sekolah bagi menjayakan program ini. Segala
kerjasama dan perhatian yang diberi oleh pihak sekolah didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
................................................................. ......................................................(NUR FARHANAH BT MOHD AMIN) (ROSSLINA BT MOHAMMAD) Setiausaha Minggu Sains 2011 Guru Panitia Sains SK Darat Batu Rakit. SK Darat Batu Rakit.
Disokong oleh :
.......................................................(YM EN. KU AB. RAHMAN BIN KU NOPIAH) Guru Penolong Kanan I SK Darat Batu Rakit.
Ulasan: ................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
_____________________________________________________________________
Diluluskan oleh :
.......................................................(EN. ROSDI B. JUSOH)Guru Besar SK Darat Batu Rakit.
Ulasan :...............................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
LAMPIRAN 1
Perincian Aktiviti
1.0 Pertandingan
1.1 Tahun 1
Pertandingan : “Fun With Colour”
Masa : 1 ½ jam
Tempat : 1 Arif
Pertandingan mewarna poster “Science Is Fun” melibatkan semua murid Tahun 1 Arif
dan penyertaan adalah secara individu. Lakaran lukisan disediakan di atas kertas A4.
Semua peserta hanya dikehendaki mewarna mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan warna air yang terdiri daripada tiga warna asas (merah, kuning dan biru).
Konsep Sains yang cuba diterjemahkan ialah pencampuran warna primer untuk
membentuk warna sekunder dan tertier serta mengaplikasi warna dalam kehidupan.
1.2 Tahun 2
Pertandingan : “Butterfly VS Frog”
Masa : 1 ½ jam
Tempat : 2 Arif
Pertandingan ini melibatkan semua murid Tahun 2 Arif. Murid dibahagikan kepada 12
kumpulan (3 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan dibekalkan dengan plastisin,
mounting board, gam dan gunting. 6 kumpulan akan membina model kitaran hidup rama-
rama manakala 6 kumpulan lagi akan membina model kitaran hidup katak. Kreativiti
murid dalam mempersembahkan model menjadi penentu untuk menjadi pemenang. Tajuk
kitaran hidup haiwan dipilih sejajar dengan kandungan silibus Sains Tahun 2. Ia juga
bertujuan untuk memperkukuh ilmu pengetahuan murid terhadap tajuk ini.
1.3 Tahun 3
Pertandingan : “My Scrap Book”
Masa : 1 ½ jam
Tempat : 3 Arif
Kesemua murid Tahun 3 wajib menyertai pertandingan ini yang akan dijalankan secara
individu. Murid akan menghasilkan buku skrap yang mengandungi keratan daun tumbuh-
tumbuhan pelbagai bentuk yang dikutip di kawasan sekitar sekolah. Bagi melengkapkan
cabaran, daun-daun tersebut perlu dikelaskan mengikut kreativiti murid masing-masing.
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membuat pengelasan yang
merupakan salah satu daripada kemahiran proses sains.
1.4 Tahun 4
Pertandingan : “Scientist Model”
Masa : 1 jam
Tempat : Dewan sekolah
Pertandingan “Scientist Model” akan disertai oleh murid Tahun 4 dan akan berlangsung
di dewan sekolah. Pertandingan ini mempamerkan murid sebagai model yang membawa
bahan dan radas Sains sambil memakai “lab coat” berserta muzik iringan yang menarik.
Murid akan bekerja di dalam kumpulan (5-6 orang). Seorang wakil dipilih daripada setiap
kumpulan untuk menjadi model Cat Walk. Rasional pertandingan ini adalah untuk
memberi gambaran secara nyata serta memperkukuh dan menambah pengetahuan murid
tentang kegunaan alat radas Sains.
1.5 Tahun 5
Pertandingan : “Sky Scrappers”
Masa : 1 ½ jam
Tempat : Kantin sekolah
Bagi pertandingan ini, murid Tahun 5 akan dipecahkan kepada 10 kumpulan dimana
setiap kumpulan akan diberi cabaran untuk membina sebuah model bangunan pencakar
langit. Murid akan dimaklumkan mengenai perkara ini 4 hari sebelum pertandingan
berlangsung supaya mereka dapat mengumpul bahan-bahan terbuang agar ianya dapat
digunakan untuk membina model bangunan. Kesungguhan dalam menyahut cabaran
merupakan tujuan utama pertandingan ini dijalankan, di samping memupuk semangat
bersatu padu di dalam kumpulan. Pembinaan model bangunan ini memerlukan penekanan
terhadap koset kestabilan dan kekukuhan. Selain itu, ia juga mendorong murid untuk
berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan model bangunan pencakar langit yang
cantik, stabil dan kukuh.
2.0 Aktiviti
2.1 “Smart Science”
Masa : 2jam
Tempat : Dewan sekolah
“Smart Science” akan melibatkan semua murid Tahun 4 dan 5. Aktiviti ini berkonsepkan
stesyen, dimana setiap murid akan diberi peluang untuk mencuba setiap aktiviti yang
disediakan di setiap stesyen. Dalam “Smart Science” ini, 5 aktiviti Sains yang mudah
disediakan bertujuan untuk melibatkan penyertaan murid secara 'hands-on' dan 'minds-
on' supaya dapat membuka kerangka minda murid tentang fenomena-fenomena harian
serta meningkatkan minat mereka dalam Sains. Selain itu, “Smart Science” juga
bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara saintifik dan mendedahkan
murid dan guru Sains sekolah kepada aktiviti-aktiviti mudah untuk menyiasat dan
memahami fenomena-fenomena harian. 5 aktiviti yang akan disediakan termasuklah :
i. Spinning egg
ii. Balloon in the cup
iii. Magic word
iv. Speed boat
v. Air is everywhere
vi. 5 seconds
2.2 Kuiz terbuka
Tarikh : 26 Julai 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pg – 1.30 ptg
Terdapat 2 kategori kuiz iaitu :
i. Kategori A – Tahun 4 dan Tahun 5
ii. Kategori B – Tahun 2 dan Tahun 3
Untuk menyertai kuiz, murid boleh membeli helaian soalan kuiz daripada guru Sains
dengan harga RM 0.10 bagi setiap keping dimana tida had yang ditetapkan untuk jumlah
penyertaan. Soalan yang berbeza tahap disediakan bagi setiap kategori. Soalan kuiz akan
dibuka penjualannya seawal jam 8.00 pagi dan penyertaan akan ditutup pada jam 1.30
petang pada hari yang sama. Pemenang dipilih mengikut kategori.