BENGKEL MEWARNA UNTUK MURID-MURID TAHUN 4 TARIKH: 12 OGOS 2015 HARI: SABTU TEMPAT: SJK(C) KULAI 2 ANJURAN: PPG_PSV AMBILAN FEB 2012 IPGKTI
BENGKEL MEWARNA UNTUK
MURID-MURID TAHUN 4
TARIKH:
12 OGOS 2015
HARI:
SABTU
TEMPAT:
SJK(C) KULAI 2
ANJURAN:
PPG_PSV AMBILAN FEB 2012 IPGKTI
KERTAS KERJA BENGKEL MEWARNA UNTUK MURID-MURID TAHUN 4
1. PENDAHULUAN
Pelajar PPG bercadang mengadakan bengkel murid berkaitan mewarna bagi murid tahun 4
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 2 bagi meningkatkan profesionalisme keguruan dan
memenuhi keperluan proforma pengajian.
2. MATLAMAT
Menambahkan ilmu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk abad
ke-21 dan juga memahami dengan lebih jelas dan terperinci tentang pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang melibatkan profesion perguruan khasnya.
3. OBJEKTIF
1. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar PPG.
2. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan menguasai kemahiran interpersonal dan
intrapersonal.
3. Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan suasana di luar bilik
darjah.
4. Mempunyai pengetahuan asas dan bertukar pandangan tentang inovasi dan
kecemerlangan pendidikan.
4. PENGISIAN PROGRAM
Mengadakan bengkel murid yang berunsurkan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
dan meningkatkan professional keguruan.
5. KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahun 4 SRJKC Kulai 2
6. SUMBER KEWANGAN
Pelajar PPG Ambilan Feb 2012 : RM 20 x 12 orang
Jumlah : RM 240.00
7. PELAKSANAAN PROGRAM
1. Tarikh : 12 Ogos 2015
2. Hari : Sabtu
3. Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang
4. Tempat : Dewan SRJKC Kulai 2
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER DAN PERBELANJAAN KEWANGAN
PENERIMAAN PEMBAYARAN
BIL PERKARA AMAUN (RM)
BIL PERKARA AMAUN (RM)
1 KUTIPAN DARI PESERTA
(12 orang x RM20.00 ) 240.00
1 CENDERAHATI PENCERAMAH DAN KEPADA SEKOLAH
MAKAN DAN MINUM PESERTA
ALAT TULIS DAN PERALATAN
80.00
140. 00
20.00
JUMLAH BESAR 240.00 JUMLAH BESAR 240.00
9. TENTATIF PROGRAM
12 OGOS 2015
07.30 - 08.00 pagi - Pendaftaran
08.00 - 10.00 pagi - Bengkel Asas Rekaan dan Prinsip
Seni
10.00 - 10.30 pagi - Sarapan pagi
10.30 - 11.30 pagi - Bengkel Asas Mewarna
11.30 - 12.30 pagi - Bengkel Mewarna
12.30 - 01.00 tengah hari - Soal selidik
01.00 - 01.30 petang - Penutup
10. JAWATANKUASA PROGRAM
PENGERUSI : PUAN LIEU FEI SHYN
NAIB PENGERUSI : PUAN IDA SUHANA BINTI YAHYA
SETIAUSAHA : PUAN LIIK SIEW LING
BENDAHARI : PUAN FARRAH HEZA BINTI HAMZAH
PERSIAPAN TEMPAT: ENCIK ASRI BIN HALIT
PERALATAN : PUAN WONG WAN TING
BUKU PROGRAM : PUAN SURIANI
MAKANAN : PUAN KAMISAH TUMIN
CENDERAHATI : PUAN CHRISTINA METHEWS A/P GNANA MUTHU
SIARAYA : PUAN ROSNI ABDUL MAJID
KEBERSIHAN : PUAN LEE BOON CHUAN
PENDAFTARAN : PUAN PREMALATHA A/P MOHANADASS
11. PENUTUP
Pihak penganjur berharap program ini dapat memberi manfaat kepada murid dan guru.
Seterusnya, diharapkan program ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang
dirancangkan. Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan
dengan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………….. …………………………...(LIIK SIEW LING) (LIEU FEI SHYN)Setiausaha Bengkel Mewarna Pengerusi Bengkel MewarnaPPG FEB 2012 . PPG FEB 2012IPGKTI IPGKTI