S.A.T.U(SELAMAT ADALAH TUJUAN UTAMA)MURID WASPADA, HIDUP
SEJAHTERAANJURAN:
LEMBAGA DISPLIN DAN PENGAWAS& PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSK
ALAM DAMAIDENGAN KERJASAMATHE GREEN HORNET , SDN. BHD
( CENTRE FOR STREETWISE SELF DEFENCE) PENCERAMAH:
MASTER SAIFUL HAMIRUZZAMAN B. MOHD HAZIR ( PH.D SCIENCE
CRIMINOLOGY)TARIKH:3 JULAI 2014 KHAMIS )( 9.00 -11.00
PAGI)TEMPAT:DEWAN TERBUKA SK ALAM DAMAIKERTAS KERJA DASARJOM ELAK,
JANGAN JADI MANGSA!!!MURID WASPADA, HIDUP
SEJAHTERA1.0PENGENALANLembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu
badan yang membantu pihak
pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid.
Manakala persatuan ibu bapa dan guru berperanan membantu pihak
sekolah membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi
terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang
penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat
yang harmoni dan aman.Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah
yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa hebat diperkatakan dan
sering terpampang di dada akhbar. Antara kes yang melibatkan murid
sebagai mangsa adalah kes culik, rogol, buli dan lain-lain. Berapa
ramai agaknya ibu bapa yang membekalkan anak-anak dengan ilmu dan
panduan keselamatan diri di tempat terbuka di dalam dan luar
sekolah, di jalan raya atau ketika melayari Internet?
Berapa ramai pula yang telah mengajar anak-anak untuk berkata
tidak kepada orang yang tidak dikenali? Mungkin ada yang berbuat
demikian. Namun kebanyakannya didapati hanya menyerahkan sepenuhnya
keselamatan anak-anak kepada pihak sekolah, pemandu van sekolah,
polis dan masyarakat sekeliling sehinggalah kejadian yang tidak
diingini berlaku.
Dalam dunia langit terbuka, jenayah berlaku tanpa sempadan.
Tidak hanya berlaku secara berhadapan tetapi juga di alam siber
yang kini menjadi medium sosial generasi hari ini.
Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai bentuk jenayah,
keganasan, ugutan fizikal, buli siber, ganguan seksual dan bahan
lucah sehingga ada yang membawa kepada kes pembunuhan.Oleh itu,
Lembaga Lembaga Displin Dan Pengawas dan Persatuan Ibu bapa dan
Guru Sk Alam Damai dengan kerjasama The Green Hornet , Sdn. Bhd (
Centre For Streetwise Self Defence) mengambil inisiatif untuk
mendidik para pelajar menjaga keselamatan diri. Bak kata pepatah,
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Didikan dan panduan
sebegini seharusnya dimulakan dari peringkat sekolah rendah
lagi.2.MATLAMAT:Memberi peluang kepada para murid mencambahkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran mengenai keselamatan diri.3.OBJEKTIF:Di
akhir program ini, peserta dapat :-3.1 Meningkatkan disiplin diri
yang menjadi pemangkin kehidupan sejahtera 3.2 Melahirkan kesedaran
dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.3.3 Menanamkan
nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.3.4 Menimbulkan
kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi
jenayah.3.5 Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan
dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.3.6 Melahirkan murid yang
bertanggungjawab kepada agama, bangsadan negara dalam hal menangani
jenayah.3.0NAMA PROGRAMS.A.T.USELAMAT ADALAH TUJUAN
UTAMA4.0MOTTOMURID WASPADA, HIDUP SEJAHTERA5.0ANJURANLembaga
Displin Dan Pengawas & Persatuan Ibu bapa dan Guru Sk Alam
Damai Dengan Kerjasama The Green Hornet , Sdn. Bhd ( Centre For
Streetwise Self Defence)
6.0PENCERAMAHMaster Saiful Hamiruzzaman b. Mohd Hazir ( Ph.D
Science Criminology)
7.0TEMPATDEWAN TERBUKA SK ALAM DAMAI8.0TARIKH3 JULAI
20149.0SASARANMurid tahap 1 ( Tahun Pra sekolah,1,2 DAN 3)Murid
tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)10.0STRUKTUR JAWATANKUASAPenasihat : Puan
Hajah Zawyah bt Ahmad
Pengerusi bersama : Puan Noratipah bt Mustafa
: En. Azmi b. Ab RahimPenyelaras
: Encik Mior Muhammad Shariff b. Ahamad
: Puan Aida Suraya bt KharilSetiausaha bersama : Encik Ayub b
Abdul Rashid
: Puan Norimah bt Mohd Talib
: AJKPERSIAPAN & TEKNIKALEn Ahmad Farit bin MazlanEn Mohd
Sufian Bin Ismail
DISIPLINEn Wan Fakhrudin B Wan Yunus
En Ayob Bin Rasyid Pn Noorlida Binti Ismail
Pn Norhafifa Bt Abdul Halim
En. Mohd Robaizan bin Mohd FauziPn Rusliza Binti Zainal
Abidin
PERSIAPAN TEMPAT ( SEBELUM/SELEPAS)
Pekerja
BUKU PROGRAMPn. Kesumawati bt MohamedPuan Norsharizan bt Ami
NordinCENDERAMATA JEMPUTANPn Sabrabee Bt Mustaffa
Pn. Normila bt MokhtarPENGACARA MAJLISPuan Aida Suraya bt
Kharil
BACAAN DOA
Encik Fathi b. Abdullah
PENDAFTARANPn Muzdalipah Binti Musa
Pn Wong Swee Fang
JURUFOTO
En Mohd Suhairi Bin Saidan Khadri
DOKUMENTASIPn Puspa Mastura Bt Omar
Puan Mastura binti Che Omar
11.0DESKRIPSI JAWATANKUASAPENYELARAS Memastikan Perjalanan
Program Selaras Dengan Perancangan Membentangkan Kertas Kerja Dasar
Kepada Jawatan Kuasa
SETIAUSAHA:
Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
Menguruskan surat menyurat
Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat
Membuat laporan setelah program tamat
AJK DOKUMENTASI Menyiapkan Dokumentasi Dalam Tempoh 2 Minggu
Selepas Program Dijalankan AJK DISIPLIN Menjaga disiplin
peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal Melaksanakan
dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol
yang betulAJKPERSIAPAN & TEKNIKAL: Menyediakan segala peralatan
yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk kegunaan
sepanjang program Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang
mencukupi dan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum digunakanAJK
CENDERAMATA: Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang
memerlukan bantuan Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak
sekolah, penceramah PENGACARA MAJLIS Menjadi juru acara semasa
majlis perasmian/ penutup berlangsung.KEBERSIHAN & KESELAMATAN
Memastikan kebersihan kawasan sekitar program Memantau keselamatan
murid sepanjang programPENDAFTARAN Menyediakan borang kehadiran
Mencatat/ mengambil kehadiran murid Melaporkan kehadiran murid
kepada setiausahaJuru foto dan siaran web Merakam aktivti sepanjang
program Menyerahkan gambar kepada setiusaha untuk laporan
12.0TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM( rujuk lampiran) 13.0PANDUAN
MODUL(Rujuk Lampiran E)14.0BELANJAWAN
PERBELANJAANBayaran peserta RM300X 2 jam =RM 600.00
( kepada The Green Hornet , Sdn. Bhd ( Centre For Streetwise
Self Defence)
JUMLAH PERBELANJAAN KASAR= RM 600.0015.0 PENUTUP Sesungguhnya
kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar
segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif
yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam
kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.MURID
WASPADA, HIDUP SEJAHTERADisediakan oleh:(ENCIK AYUB B ABDUL
RASHID)Penyelaras, Program S.A.T.U
SK Alam Damai.
Disemak oleh:
( HAJAH ZAWYAH BT AHMAD )Guru Besar,SK Alam DamaiTENTATIF
8.30 pagi - Murid murid tahap 2 masuk ke dewan bersama guru
subjek semasa
8.40 pagi - Bacaan doa
8.45 pagi - ucapan Guru Besar SK Alam Damai
8.50 pagi- tayangan video Keselamatn KAtakan Tidak
9.00 pagi - Ceramah dan demonstrasi teknik mempertahankan
diri
10.00 pagi - rehat tahap 2
- Murid murid tahap 1 masuk ke dewan bersama guru subjek
semasa
10.10 pagi- sambungan Ceramah dan demonstrasi teknik
mempertahankan
diri
11.00 pagi- bersuraiLAMPIRAN KERTAS KERJA UNIT DISIPLINHALAMAN
4