KEM KECEMERLANGAN ILMU TARIKH : 31 MEI, 1 JUN – 2 JUN 2015 TEMPAT : GELORA BEACH RESORT, BACHOK, KELANTAN ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.0 PENGENALAN Kem Kecemerlangan Ilmu dirancangkan oleh Unit Kurikulum Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menikmati suasana pembelajaran yang lebih santai tetapi berinformasi. Kem Kecemerlangan Ilmu ini lebih memfokuskan kepada para pelajar yang bakal dan akan menduduki peperiksaan UPSR dan matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dengan adanya kem sebegini para pelajar dapat mengetahui pelbagai teknik yang berkesan dan mampu menjana pelbagai idea yang mantap dalam meraih kecemerlangan yang lebih gemilang dan terbilang. 2.0 RASIONAL 2.1 Untuk mencapai kecemerlangan UPSR, pelajar-pelajar perlu dikumpul dan diberi penjelasan tentang matlamat dan hala tuju masing-masing.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KEM KECEMERLANGAN ILMU
TARIKH : 31 MEI, 1 JUN – 2 JUN 2015
TEMPAT : GELORA BEACH RESORT, BACHOK, KELANTAN
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN
Kem Kecemerlangan Ilmu dirancangkan oleh Unit Kurikulum Sekolah Rendah
Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk
menikmati suasana pembelajaran yang lebih santai tetapi berinformasi. Kem
Kecemerlangan Ilmu ini lebih memfokuskan kepada para pelajar yang bakal dan akan
menduduki peperiksaan UPSR dan matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan UPSR
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dengan adanya kem
sebegini para pelajar dapat mengetahui pelbagai teknik yang berkesan dan mampu
menjana pelbagai idea yang mantap dalam meraih kecemerlangan yang lebih gemilang
dan terbilang.
2.0 RASIONAL
2.1 Untuk mencapai kecemerlangan UPSR, pelajar-pelajar perlu dikumpul dan
diberi penjelasan tentang matlamat dan hala tuju masing-masing.
2.2 Kebanyakan pelajar kurang yakin untuk melibatkan diri dalam P&P terutama
apabila disoal oleh guru.
2.3 Pengurusan masa pelajar amat sederhana sehingga banyak masa pelajar tidak
dapat diuruskan dengan berkualiti.
2.4 Pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan saling membantu dalam
pembelajaran terutama kepada pelajar yang setara pencapaian mereka.
3. 0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai P&P lebih menarik.
3.2 Memberi kefahaman dan kemahiran pengurusan masa dan kesedaran kepada pelajar
perlunya belajar secara berterusan dan mengulangkaji dengan berkesan.
3.3 Membentuk pelajar yang berdisiplin dalam menguruskan masa.
3.4 Menerap budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya lebih cakna informasi.
3.5 Meningkatkan bilangan pelajar mendapat ’A’ dalam semua matapelajaran yang
diterapkan dalam Kem Kecemerlangan Ilmu ini.
4. 0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tahun 6 2015 seramai 47 orang pelajar.
5.0 JAWTANKUASA INDUK
Penasihat : Pn. Hjh Siti Esah bt Hj Yaacub
Pengerusi : En. Zakaria bin Mat Adanam
Naib Pengerusi 1 : En. Supian bin Ab. Ghani
Naib Pengerusi 2 : En. Saharuddin bin Osman
Penyelaras : Pn. Norzihan bt Noor Aziz
Setiausaha : Pn. Nik Aizon bt Nik Baidilleh
Bendahari : Pn. Nik Marzani bt Nik Yahya
Ahli Jawatankuasa : En. Hasmizi bin Che Lah
En. Muhammad Hanif bin Ismail
Pn. Wan Pauziah Wan Yakob
Pn. Kamariah bt Mohd
Pn. Mariani bt Awang
Pn. Norhima bt Ibrahim
Pn. Mulyati Rozali
6.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN KEM
6.1 SUMBER KEWANGAN
BIL PERKARA CATATAN JUMLAH
1. Yuran Peserta 47 x RM 50.00 RM 2350.00
2. PIBG RM 1000.00
3. Tabung Kecemerlangan RM 500.00
4. Sumbangan Luar RM 1592.00
JUMLAH RM 5442.00
6.2 PERBELANJAAN KEWANGAN
BIL PERKARA CATATAN JUMLAH
1. Penginapan/ Dewan/ Tapak Riadah RM44 X 47 RM 2068.00
2. Makan dan Minum RM20 X 50 RM 1000.00
3. Fail dan isian RM 2.00 X 47 RM 94.00
4. Bayaran penceramah RM 200 X 4 subjek RM 800.00
5. Rencam RM 200.00
6. Pengangkutan RM 300.00
7. Kain rentang RM 100.00
8. Cenderahati guru RM40 X 17 RM 680.00
9. Cenderahati jemputan tazkirah RM100 X 2 RM 200.00
JUMLAH RM 5442.00
7.0 TENTATIF PELAKSANAAN
Rujuk Lampiran yang disertakan
8.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang peranan dan
tanggungjawab mereka ke arah menjadi pelajar yang lebih komited dalam akademik dan
berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2015. Selain itu, diharapkan juga program ini
dapat meningkatkan lagi disiplin dan keyakinan diri pelajar melalui aktiviti yang
dijalankan untuk menjadi pelajar yang berdaya saing dan maju.
Ruj :SRATAAP 800-11/1-9 (79) Tarikh : 28 April 2015
Yang BerusahaDato’ Timbalan Majlis Agama Islam dan Adat IstiadatMelayu KelantanKompleks Islam DArulnaim15200 Kota Bharu
Dato’,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN TAMBAHAN BAGI MENJAYAKAN KEM KECEMERLANGAN ILMU PELAJAR SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling, SRATAAP akan mengadakan satu Kem Kecemerlangan Ilmu untuk pelajar tahun 6 2015 seramai 47 orang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana berikut :
Tarikh : 31 Mei, 1 Jun & 2 Jun 2015 (Ahad - Selasa)Tempat : Gelora Beach Resort, Bachok, KelantanProgram : Kem Kecemerlangan Ilmu
4. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar pihak Dato’ dapat menghulurkan sumbangan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang program ini dijalankan. Bersama ini disertakan Kertas Kerja Program untuk rujukan pihak Dato’. Segala sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Muamalat PIBG KECEMERLANGAN, No akaun : 03020001277711.
5. Segala sokongan dan sumbangan ikhlas dari pihak Dato’, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah S.W.T membalasnya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAJAH SITI ESAH YAACUB)Guru Besar Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri s.k - Sektor Pendidikan Islam, JPN- PPD Kota Bharu
SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI16100 Kota Bharu, Kelantan