KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2012/2013 TARIKH 10 HINGGA 12 MEI 2013 TEMPAT DEWAN GEMILANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/ I (JAKSA) KOLEJ KERIS MAS SESI 2012/2013 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN”
13
Embed
KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN … · 2.0 PENGENALAN Kejohanan Badminton ... badminton. Lahirnya jaguh badminton masa kini iaitu Datuk Lee Chong Wei iaitu
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON
PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2012/2013
TARIKH
10 HINGGA 12 MEI 2013
TEMPAT
DEWAN GEMILANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/ I (JAKSA)
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN”
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2013
DEWAN GEMILANG, UKM
10 HINGGA 12 MEI 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 1
KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON
PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2013
SEKRETARIAT SUKAN & REKREASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2012/2013
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Kejohanan
Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2013.
2.0 PENGENALAN
Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah ini diadakan kali keduanya di bawah
kelolaan Sekretariat Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/ i
(JAKSA) Kolej Keris Mas sesi 2012/2013. Pemilihan nama piala pusingan sebagai Piala
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (HASCUP) adalah kerana beliau adalah tokoh sukan
badminton yang banyak memainkan peranan dalam mengangkat martabat sukan ini di
peringkat nasional dan antarabangsa. Sepanjang beliau menjadi penaung kepada
Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pelbagai kejayaan berjaya diraih seperti Piala
Thomas 1992 dan pingat Sukan Olimpik. Sehingga kini, beliau masih mengikuti
perkembangan badminton negara dan terus diakui sebagai peminat nombor satu sukan
badminton.
Kejohanan ini dilihat berpotensi untuk diadakan pada setiap tahun sebagai salah satu
kejohanan berprestij di peringkat universiti. Hal ini kerana permainan badminton semakin
menjadi salah satu permainan pilihan rakyat Malaysia terutamanya dan juga para pelajar
amnya. Dengan kewujudan kelab-kelab badminton yang semakin banyak pada masa kini,
keadaan tersebut dilihat mampu untuk melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan ini
seperti pada zaman kegemilangan badminton negara suatu masa dulu. Kejohanan ini
secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh kelab-
kelab yang lahiriahnya diwujudkan kerana minat yang mendalam terhadap dunia
badminton. Lahirnya jaguh badminton masa kini iaitu Datuk Lee Chong Wei iaitu
pemain badminton nombor satu dunia sedikit sebanyak diharap mampu menjadi sumber
inspirasi dan pemangkin kepada kewujudan lebih ramai jaguh bertaraf dunia pada masa
hadapan sekiranya lebih banyak kejohanan bertaraf tinggi diadakan disamping sistem
pembangunan di peringkat akar umbi dipertingkatkan secara lebih sistematik dan
berkesan. Kejohanan yang akan diadakan ini mensasarkan penyertaan daripada ahli-ahli
kelab badminton di bawah Persatuan Badminton Negeri terutamanya yang bertapak di
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang.
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2013
DEWAN GEMILANG, UKM
10 HINGGA 12 MEI 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 2
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.
4.0 MATLAMAT
4.1 Menyanjung jasa dan khidmat bakti YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah dalam
mencapai kejayaan gemilang sukan badminton tanah air.
4.2 Menjadi medan kepada semua kelab yang bertanding menampilkan bakat-baru
dalam dunia badminton di samping mengiktiraf kewujudan dan peranan kelab.
4.3 Mempromosikan kepada masyarakat amalan gaya hidup yang sihat dan aktif
melalui bersukan.
4.4 Menjadi kayu ukur pencapaian yang baik kepada kelab-kelab yang bertanding.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Program berasaskan
Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) seperti berikut :
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil
lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat
mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam
melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3)
: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2013
DEWAN GEMILANG, UKM
10 HINGGA 12 MEI 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 3
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat
Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua
pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan
sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
(HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.
Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu
memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua
bidang yang diceburi.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya
kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara
yang tercinta.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan
dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku
perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat
Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang
kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu
menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk
kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
6.0 TEMA
“ Membudayakan Sukan Mencipta Kejayaan ”
Tema ini dipilih berdasarkan matlamat dan objektif program yang telah digariskan iaitu
membudayakan sukan dalam kehidupan seharian. Bersukan mampu mengurangkan risiko
penyakit-penyakit kronik dan menghindar kita dari tabiat hidup yang buruk. Gabungan
faktor ini memangkinkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang.
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2013
DEWAN GEMILANG, UKM
10 HINGGA 12 MEI 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 4
7.0 ANJURAN
Sekretariat Biro Sukan dan Rekreasi
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/ i (JAKSA)
Kolej Keris Mas
Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Kejohanan ini akan diadakan pada:
Tarikh : 10 hingga 12 Mei 2013
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
9.0 TEMPAT KEJOHANAN
Tempat kejohanan akan diadakan di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan
Malaysia
10.0 PUBLISITI
Liputan publisiti atau hebahan mengenai kejohanan ini akan dihantar melalui Persatuan
Badminton Negeri untuk hebahan kepada kelab-kelab badminton di bawah naungannya.
Selain itu hebahan turut akan dibuat melalui laman sosial seperti blog dan facebook.
Publisiti kejohanan ini dirancang akan bermula seawal 2 bulan sebelum kejohanan
bermula.
11.0 CADANGAN PENYAMPAI HADIAH KEJOHANAN
Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton
1) YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali
Mantan Isteri Perdana Menteri
2) Y.B. Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
3) Y.Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah bt Syed Hasan
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2013
DEWAN GEMILANG, UKM
10 HINGGA 12 MEI 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 5
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : 32 pasukan terdiri daripada 5 beregu lelaki berjumlah 320 orang
16 pasukan terdiri daripada 1 beregu wanita berjumlah 32 orang
Bilangan pegawai kejohanan bertauliah : 3 orang
Bilangan pengadil kejohanan bertauliah : 18 orang
Bilangan urusetia : 100 orang urusetia terdiri daripada pelajar dan staff UKM
13.0 CARTA ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Sekretariat HASCUP,
d/a Pejabat JAKSA,
Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Muhammad Amir bin Norasikin – 017-371 9098)