KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS TARIKH 22 HINGGA 24 MAC 2013 TEMPAT DEWAN BESAR, KOLEJ KERIS MAS, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/ I (JAKSA) KOLEJ KERIS MAS SESI 2012/2013 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN”
13
Embed
KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA … · kejohanan badminton piala pengetua kolej keris mas universiti kebangsaan malaysia 22 hingga 24 mac 2013 ” membudayakan sukan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA
KOLEJ KERIS MAS
TARIKH
22 HINGGA 24 MAC 2013
TEMPAT
DEWAN BESAR, KOLEJ KERIS MAS,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/ I (JAKSA)
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN”
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 2
KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan pelbagai dari Jabatan Perhidmatan Pelajar(JPPel) untuk mengadakan
Kejohanan Badminton Piala Pengetua Kolej Keris Mas bagi sesi 2012/2013.
2.0 PENGENALAN
Kejohanan Badminton Piala Pengetua Kolej Keris Mas merupakan kejohanan pemanas
badan yang kali kedua diadakan sebelum Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti
Hasmah bt Mohd Ali. Kejohanan ini menyasarkan penyertaan daripada 64 beregu lelaki
yang mana setiap beregu berpeluang memenangi hadiah menarik dan ditawarkan
menyertai Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah pada bulan Mei 2013.
Kejohanan ini akan diadakan di Dewan Besar, Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej, Kolej
Keris Mas yang mempunyai kemudahan yang cukup bagi menjayakan pertandingan ini.
Kejohanan ini dijangka akan menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum, lapisan umur dan latar belakang. Kejohanan ini juga akan
diadili dan dikendalikan sendiri sepenuhnya oleh Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa
Kebajikan Siswa/ i (JAKSA) Kolej Keris Mas sesi 2012/2013. Sebelum kejohanan
bermula, satu kursus pengendalian sukan badminton akan dijalankan demi memantapkan
teknik pengurusan acara sukan dan membina kerjasama baik antara ahli jawatankuasa
pelaksana. Di akhir kejohanan, diharapkan satu bakat baru dalam dunia badminton
Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dan negara Malaysia amnya dapat
ditonjolkan serta dikembangkan pada masa hadapan.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 3
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1 Mencari penyertaan untuk Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah
4.2 Menyediakan platform kejohanan pemanas badan bagi peserta Kejohanan
Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah
4.3 Mendedahkan kepada jawatankuasa simulasi sebenar penganjuran kejohanan
sebelum Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah
4.4 Mencungkil bakat baru dalam arena badminton Universiti Kebangsaan Malaysia
4.5 Meningkatkan profesionalisme para peserta bekerja dalam berpasukan.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan
Kontrak Pembelajaran(Learning Contract) seperti berikut :
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil
lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat
mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam
melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3)
: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat
Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua
pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan
sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
(HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.
Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 4
memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua
bidang yang diceburi.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya
kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara
yang tercinta.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan
dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku
perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat
Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang
kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu
menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk
kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
6.0 TEMA
“Membudayakan Sukan Mencipta Kejayaan”
Tema ini dipilih berdasarkan kesesuaian nama program dan matlamat serta objektif
penganjuran kejohanan yang berorientasikan sukan. Kejayaan yang bakal dicipta bukan
sekadar di kejohanan ini malah lebih jauh dari ini dan tidak hanya diraih oleh peserta
bahkan pihak penganjur juga.
7.0 ANJURAN
Biro Sukan dan Rekreasi
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)
Kolej Keris Mas
Sesi 2012/2013
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh :22 hingga 24 Mac 2013
Hari :Jumaat dan Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 5
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan ialah di Dewan Besar, Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.0 PUBLISITI
Publisiti bagi program ini akan dihebahkan di media massa seperti berikut :
10.1 RTM
10.2 Media Prima Berhad
10.3 All Asia Network Broadcast (ASTRO)
10.4 Utusan Melayu
10.5 Kumpulan Karangkraf
10.6 Dewan Bahasa dan Pustaka
10.7 TV Al Hijrah
10.8 Bernama
11.0 CADANGAN PENYAMPAI HADIAH KEJOHANAN
Cadangan penyampai hadiah kejohanan adalah seperti berikut :
1) Y.Bhg. Dr. Ruslin bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas
2) Y.Brs. Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas
3) Y.Brs. Tuan Syed Kamarudin bin Haji Sadak
Pengurus Kolej Keris Mas
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : 128 orang
Bilangan urusetia : 40 orang urusetia
Bilangan pengadil : 6 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013
” MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN ” 6
14.0TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 BELANJAWAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila