-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
1
EFIKASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DALAM
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE ARAH TRANSFORMASI SEKOLAH
OLEH
ENCIK GOH BOON POH
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HENG EE
PULAU PINANG.
PN. TEOH HONG KEAN PESERTA NPQH KOHORT 10
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA KEDAH DARUL AMAN.
ABSTRAK
Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatan pencapaian
pelajar yang cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada
aspek kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Kertas ini adalah suatu
hasil refelksi pengetua, guru-guru dan pegawai pelajaran daerah
tentang perubahan yang berlaku di sekolah itu. Sekolah yang corot
dapat ditransformkan m e njadi sekolah cemerlang. Sekolah itu
menekankan disiplin yang utuh dan pembentukan sahsiah yang unggul
dalam setiap pelajar. Di samping itu, perkongsian visi dan misi,
kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran, pengajaran bermatlamat, pengharapan yang tinggi,
pengukuhan yang positif, pemantauan terhadap perkembangan, hak dan
tanggungjawab murid, permuafakatan rumah-sekolah dan organisasi
pembelajaran diamalkan oleh pihak pentadbir untuk m e m antapkan
kecemerlangan sekolah. Dengan pengurusan hal ehwal murid dalam
aspek disiplin kepada pelaksanaan kokurikulum dalam bidang seni
pertunjukan, dan diikuti dengan kepemimpinan instruktional, sekolah
itu berjaya mengecap pencapaian akademik dan kokurikulum y a n g
cemerlang. Kepemimpinan instruktional memperihalkan pengawasan dan
pengurusan kelas yang sistematik, peluang belajar yang bertambah,
persekitaran yang selamat, harapan untuk berjaya dapat menyumbang
kepada kejayaan sekolah ini dan memartabatkan impian pelajar.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
2
1. PENGENALAN
Sekolah Berkesan yang dipopularkan oleh Mortimore (1993)
menegaskan
kepada misi yang jelas, pengharapan kejayaan yang tinggi,
kepemimpinan
instruktional, pemantauan kemajuan pelajar yang kerap, peluang
belajar dan masa
tugasan pelajar, persekitaran yang selamat dan tersusun, dan
perhubungan rumah dan
sekolah.
Kepemimpinan Instruktional yang diuar-uarkan oleh Mortimore
(1995)
memberi tumpuan kepada perancangan strategik, mengiktiraf
keperluan untuk
membentuk status quo, menyalurkan tenaga ke arah proses
perubahan, melindungi
pelajar, memantau dan menilai kerja pelajar dan menambahbaik
sekolah.
Oleh itu, pelajar dapat belajar di sekolah dengan selesa dan
selamat. Mereka
mempunyai rasa sayang akan sekolah. Mereka dapat menganggap
sekolah itu
bagaikan rumah mereka sendiri. Dengan perasaan sebegini, maka
terbentuk suatu
motivasi intrinsik untuk menjaga nama baik diri dan sekolah.
Pelajar digalakkan
berkongsi bebanan tentang proses dan hasil pembelajaran
mereka.
Kertas kerja ini ditulis bertujuan berkongsi pengalaman seorang
Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (1994), kemudian dinaik pangkat kepada
Penolong Kanan
Pentadbiran (1997) dan Pengetua (2004) sampai pada hari ini di
Sekolah Menegah
Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Pulau Pinang. Kajian kes dan
penghasilan
kertas kerja ini adalah untuk memetakan refleksi pengalaman
transformasi sekolah,
amalan yang diguna pakai dikongsi bersama para pejuang
pembentukan modal insan
negara.
Walau bagaimanapun, kajian ini hanya berlandaskan sekolah yang
homogenus
(99.3% pelajar cina: 70.3% pelajar lelaki cina, 29.7% pelajar
perempuan cina) dan
sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan pada 1961; idea dan
tindakan yang
diutarakan mungkin tidak sesuai diimplimentasikan di sekolah
lain.
Kertas kerja ini mempunyai lima (5) bab. Bab pertama memberi
pengenal
yang jelas tentang kertas kerja; Bab 2 menceritakan latar
belakang sekolah dan era pra
transformasi; Bab 3 merupakan kemuncak kertas yang memperihalkan
lima (5) fasa
transformasi yang berlaku; Bab 4 memberi gambaran tentang
faktor- faktor kejayaan
dan Bab 5 adalah rumusan kertas ini.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
3
2. LATAR BELAKANG
SMJK Heng Ee adalah sebuah sekolah harian biasa dan bukan
sekolah
kawalan. Sekolah ini menerima pelajar daripada sekolah rendah
jenis kebangsaan
yang berhampiran. Dewasa ini, banyak pelajar Melayu, India dan
bangsa lain
menuntut di sekolah ini setelah tamat persekolahan di sekolah
rendah jenis
kebangsaan.
2.1 Sejarah Sekolah
Pengasas SMJK Heng Ee ialah Dato Rev. Father Arthur Julien.
Beliau
seorang mubaligh berbangsa Belgium. Pada tahun 1957, Father
Julien menggunakan
Sekolah Convent Tamil di Jalan Penang dan sebuah teratap di
sebelah gereja Pulau
Tikus untuk menubuhkan sekolah persendirian. Sekolah itu
mengajar kanak-kanak
miskin dan yang lanjut umur.
Dengan kesungguhan dan kegigihan Father Julien, persekolah
bermula di
sebuah premis di persimpangan Jalan Free School dan Jalan
Hamilton. Sekolah Heng
Ee pada masa ialah sebuah sekolah persendirian.
Pada tahun 1967, Sekolah Heng Ee menjadi Sekolah Menengah
Jenis
Kebahgsaan (conforming school). Pada awalnya, sekolah ini
sekolah lelaki. Pada
1991, pelajar perempuan diterima. Kelas Tingkatan Enam Aliran
Sains diadakan
pada tahun 2001 manakala kelas Tingkatan Enam Aliran Sastera
dibuka pada 2003.
2.2 Era Pra Transformasi
Prestasi pencapaian akademik SMJK Heng Ee tidak menggalakkan,
masalah
disiplin yang menjadi-jadi dan masalah gangsterisme, guru kurang
bermotivasi untuk
mengajar dan jelas sekali bukan pilihan ibu bapa untuk
mendaftarkan anak mereka di
sekolah ini.
Pelajar kelihatan liar, kurang kawalan dan bermaharaja lela di
sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran (P & P) langsung tidak mampu
dijalankan tanpa insiden
yang tidak menyenangkan. Budaya sekolah amat buruk sekali.
Pelajar sering bergaduhan dan berjudi di belakang kantin;
pinggan mangkuk sering dirosakkan; susah untuk dikawal.
ujar seorang pengusaha kantin lama
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
4
Kerusi dan meja terpaksa disimen ke lantai, kepingan kayu pada
kerusi yang
tebal diguna pakai untuk mengurangkan kes vandalisme dan
digunakan sebagai
senjata semasa pergaduhan. Daun pintu yang tebal bertujuan untuk
mencegah kos
membaiki dan tukar ganti yang mahal.
Walau bagaimanapun, sekolah ini masih mempunyai kekuatan: hasrat
dan
sokongan padu Lembaga Pengurus Sekolah untuk meningkatkan
prestasi dan
mengubah imej sekolah, pentadbiran sekolah sesi petang yang
masih terkawal dan
guru berpotensi menyumbang tenaga untuk membetulkan situasi.
Warga SMJK Heng Ee dahaga akan perubahan kerana situasi sekolah
di luar
kawalan. Identiti individu dan sekolah tercemar, sejajar dengan
Teori Perubahan oleh
Kurt Lewin (unfreezing-changing- refreezing) dalam buku Embi,
2003.
Pihak pentadbir yakin transformasi sekolah dapat diadakan dengan
stail
kepemimpinan yang autokratik dan berwawasan. Pada saat krisi,
cara pengeloaan
yang berbentuk menggempar (unfreezing) memang kena pada tempat
dan masanya.
Tindakan yang drastik dan dinamik adalah ubat yang paling
murjarab pada era itu.
Dulu, pelajar yang kena marah dan denda akan membalas dendam.
Mereka akan mencalarkan kereta guru. Pelajar menjatuhkan pasu bunga
dari tingkat tiga dan merosakkan kereta guru disiplin. komen Cikgu
Leow Lee Hooi yang mula bertugas pada 1975 hingga kini
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
5
3. TRANSFORMASI SEKOLAH Transformasi sekolah dijalankan
beringkat-peringkat. Hallinger et al., 1996
memberi garis panduan yang terperinci tentang kepemimpinan yang
berkesan dalam
menstranformasikan sekolah: merancang, memberitahu, mengarah,
menyokong dan
menilai.
Rajah 1
MODEL PEMBUDAYAAN SMJK HENG EE PULAU PINANG
Adaptasi daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(SKPM)
Stail SMJK Heng Ee menstranformasikan sekolah mirip kepada model
SKPM.
SKPM hanya diperkenalkan kepada sekolah pada awal 2000 untuk
memupuk
kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, SMJK Heng Ee menegaskan
aspek
disiplin dan kaunseling. Kedua-dua tunjang utama ini seiringan
dan saling membantu.
Oleh itu, SMJK mengambil lima (5) fasa untuk mencapai tujuan
tersebut
seperti yang tersenarai di bawah.
3.1 Fasa 1 (1994-1995)
Pada fasa perubahan yang terunggul, suasana sekolah yang teratur
menjadi
fokus utama. Piahk pentadbir berpendapat bahawa sekolah
memerlukan suatu watak
yang bersih dan terkawal. Maka pihak pentadbir memberi tumpuan
kepada
pemotongan rambut pendek, fail disiplin pelajar dan perkongsian
vis dan misi sekolah
semasa perhimpunan.
MENTARBIAH MANUSIA
DISIPLIN
KAUNSELING
KOKURIKULUM AKADEMIK
SAHSIAH
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
6
3.1.1 Pemotongan Rambut Pendek
Sebaik sahaja menyandang jawatan baru sebagai PK HEM SMJK Heng
Ee,
unit disiplin hanya mengamati gerak laku para pelajar yang
bersikap ala samseng.
Pengamatan kami menunjukkan bahawa segala pembaharuan yang bakal
diambil
hanya akan berjaya seandainya masalah disiplin pelajar ditangani
terlebih dahulu.
Oleh itu, dengan sokongan dan kerjasama daripada Encik Lee Hern,
selaku
Pemangku Pengetua pada ketika itu, kami berjaya
mengimplimentasikan
pemotongan rambut pendek untuk pelajar perempuan 1994.
Justifikasi pelaksanaan
menyimpan gaya rambut yang pendek dan kemas kami adalah untuk
meningkatkan
imej para pelajar perempuan agar status mereka setaraf dengan
pelajar-pelajar
perempuan sekolah elit jenis kebangsaan lain.
Pemotongan rambut ala crew cut yang diperkenalkan oleh Encik
Phuah
Chuah Poay, Pengetua sekolah dilaksanakan untuk pelajar lelaki
pada tahun 1995.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap pembaharuan yang
dilaksanakan
memang terpaksa menghadapi pelbagai halangan. Antaranya ialah
kecaman daripada
ibu bapa yang menuduh pihak sekolah melaksanakan sesuatu secara
melulu.
Tambahan pula, mereka mengadu bahawa implimentasi pemotongan
rambut ala crew
cut hanya mengaibkan anak mereka.
Pada ketika itu, pihak sekolah tidak dapat berundur ke belakang
demi
memenuhi hasrat sesetengah pihak. Dengan sokongan padu Lembaga
Disiplin
Sekolah dan pihak media (surat khabar cina tempatan), pihak
sekolah berjaya
melaksanakan pemotongan rambut pendek tanpa sebarang bangkangan
yang serius.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
7
3.1.2 Fail Disiplin Sekolah
Fail Disiplin Sekolah sebenarnya telah diimplimentasikan untuk
pelajar sesi
petang. Namun fail ini hanya mencatatkan salah laku pelajar ke
dalam senarai nama
kelas. Hukuman yang dikenakan pada ketika itu, adalah terserah
kepada budi bicara
guru disiplin. Setelah bermusyawarah dengan guru-guru disiplin
sekolah, kami
bersepakat untuk melaksanakan penggunaan Fail Disiplin Sekolah
untuk semua
pelajar. Fail Disiplin Sekolah pada peringkat ini telah
ditambahbaikan.
Fail ini mencatatkan segala salah laku pelajar setiap pelajar
secara individu.
Pada ketika itu, pihak pentadbir dan guru disiplin akan
berganding bahu untuk
meronda kelas dan kawasan sekitar untuk memberkas pelajar yang
datang lewat dan
ponteng kelas. Pelajar yang disabitkan bersalah akan dikenakan
hukuman sebatan.
Lembaga Disiplin dan pihak pentadbir mengadakan sesi
perbincangan dan maklum
balas setiap hari untuk menambahbaikan projek tersebut.
Fail Disiplin Sekolah dimantapkan secara berperingkat. Fail ini
ada tiga (3)
helaian kertas disiplin. Helaian pertama salah laku pelajar
adalah berwarna puith.
Sebaik sahaja kertas putih ini dipenuhi dengan salah laku
pelajar, maka ibu bapa
pelajar akan dijemput ke sekolah untuk berunding dengan pihak
sekolah.
Perundingan pada tahap ini hanya untuk memaklumkan kepada ibu
bapa akan
kenakalan anak mereka di sekolah. Mereka akan disuruh
menandatangani surat
jaminan kepada pihak sekolah bahawa anak mereka tidak akan
melanggar peraturan
sekolah lagi. Seandainya mereka masih berbuat demikian, maka
pihak sekolah tidak
teragak-agak untuk mengenakan hukuman gantung sekolah terhadap
anak mereka.
Pelajar yang telah menghabiskan helaian putih akan diberi
helaian biru.
Seandainya mereka memenuhkan helaian biru, ibu bapa pelajar akan
dijemput sekali
lagi untuk menandatangani surat jaminan dan digantung sekolah
paling maksimum
selama dua (2) minggu. Pelajar bermasalah disiplin yang serius
biasanya akan
mengurangkan salah laku mereka apabila berada pada helaian
merah. Seandainya
mereka memenuhkan helaian merah, hukuman mandatorinya ialah
buang sekolah.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
8
3.1.3 Perhimpunan Sekolah
Perhimpunan sekolah pada setiap hari Rabu diperkenalkan pada
tahun 1995.
Perhimpunan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar dan
guru akan
perkembangan semasa sekolah serta hasrat pihak sekolah. Di
samping itu,
perhimpunan ini juga digunakan sebagai suatu wahana untuk
mengembangkan visi
dan misi sekolah. Lantaran itu, perhimpunan ini juga dijadikan
pentas untuk
melaksanakan praise and approval kepada warga sekolah yang
telah
mengharumkan nama sekolah.
Pada akhir fasa ini, SMJK Heng Ee telah bertukar wajah menjadi
sebuah
sekolah yang agak terkawal dari segi disiplin. Semenjak
pengenalan fail disiplin
gerak geri pelajar dimantau dengan rapi dengan perekodan yang
sistematik. Pelajar
belajar dan P & P berkesan dapat memaksimumkan masa
pembelajaran. Oleh itu,
prestasi sekolah dapat ditingkatkan.
Walau bagaimanapun, pencapaian akademik pelajar masih belum
mencapai
tahap yang diimpiankan. Ibu bapa masih kurang senang hati
menghantar anak mereka
ke sekolah yang kurang prestasi ini.
3.2 Fasa 2 (1996-1997)
Setelah berjaya melaksanakan amalan disiplin yang ketat, fokus
kami pada
kali ini pula adalah lebih kepada peningkatan dan perkembangan
kokurikulum
sekolah. Fasa ini lebih tertumpu kepada mencungkil dan mengasah
bakat pelajar.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
9
3.2.1 Seni Pertunjukan Sekolah
Oleh itu, penglibatan kokurikulum pelajar telah diperhebat. Pada
1994, hanya
12 pelajar yang terlibat dalam pancaragam sekolah. Dengan
kerjasama Lembaga
Pengurus Sekolah serta pembaharuan yang diperkenalkan dalam seni
pertunjukan,
bilangan ahli turut meningkat.
3.2.1.1 Kumpulan Koir Sekolah
Pada tahun 1994, Kumpulan Koir Sekolah telah ditubuhkan. Selepas
dua tahun
berkempen, bilangan ahli berlipat ganda daripada 35 kepada 80
pelajar. Pada tahun
1997, Kumpulan Koir sekolah ini berjaya memperoleh Sijil
Cemerlang dan Johan
Negeri dan Naib Johan Kebangsaan pada 2000 dalam Pertandingan
Koir Sekolah-
Sekolah. Kumpulan ini berjaya mempertahankan Johan Peringkat
Negeri selama
enam (6) tahun berturut-turut. Dalam Kejohanan Nyanyian
Lagu-lagu Bahasa Cina
pada 2004, 2005 dan 2006, kumpulan koir yang sama memperoleh
Johan Peringkat
Negeri dan Kebangsaan.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
10
3.2.1.2 Orkestra Cina
Kumpulan Orkestra Cina ditubuhkan pada 1996. Pembentukan seni
muzik
klasik ini berjaya memulihkan budaya yang kian luntur di samping
menyemai jati diri
dan disiplin diri yang tinggi.
3.2.1.3 Konsert Sekolah
Konsert Sekolah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1996.
Persembahan
konsert ini adalah julung-julung kali dalam sejarah sekolah.
Persembahan konsert
SMJK Heng Ee bukan sahaja menarik bahkan juga bertaraf
profesional (keratan
akhbar cina tempatan) dan telah berlanjutan hingga kini. Setiap
kali persembahan
diadakan, konsert sekolah sering kali tersiar di dada-dada
akhbar.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
11
Atas kecemerlangan SMJK Heng Ee dalam bidang Seni Pertunjukan ,
sekolah
ini terpilih sebagai penerima Xin-Chuan Award yang merupakan
anugerah tertinggi
untuk sekolah-sekolah yang cemerlang dalam keempat-empat bidang
dalam Seni
Pertunjukan iaitu nyanyian, tarian, drama dan muzik. SMJK Heng
Ee merupakan
penerima anugerah berprestij yang keempat di Malaysia.
Kesimpulannya, pelajar SMJK Heng Ee dapat mempamerkan bakat
yang
terpendam dengan berjayanya. Walau bagaimanapun, pencapaian
akademik masih
ketinggalan. Pihak pentadbir sekolah masih kurang senang hati
dengan prestasi PMR
dan SPM yang sederhana sahaja. Maka P & P di bilik darjah
dijadikan sasaran.
3.3 Fasa 3 (1998-2000)
Keadaan disiplin yang terkawal dan perkembangan kokurikulum yang
agak
membanggakan telah mendorong pihak pentadbir untuk mengkaji
semula
perkembangan akademik sekolah. Pada peringkat ini prestasi
akademik pelajar
sekolah masih di tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, pelbagai
projek akademik
telah diperkenalkan dalam fasa ini. Antaranya ialah kelas
tambahan untuk pelajar sesi
pagi dan sesi petang, Program BITARA, Program Zero E untuk
pelajar PMR dan
ceramah kecemerlangan akademik dilaksanakan.
3.3.1 Kelas Bimbingan anjuran PIBG
Kelas tambahan anjuran PIBG telah diperkenalkan kepada
pelajar-pelajar pada
sesi petang. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi
akademik pelajar yang
kurang memuaskan. Pada ketika itu, sasaran kami juga untuk
membantu pelajar dari
Tingkatan Peralihan untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka.
Kelas tambahan
ini telah terbukti keberkesanannya apabila prestasi meningkat
dalam keputusan PMR
mereka.
Sebagai tindakan susulan, pelajar yang telah meningkat ke
Tingkatan 3 pada
sesi pagi ditawarkan menghadiri kelas tambahan . Kelas Tambahan
sesi pagi yang
diperkenalkan dan membenarkan pelajar-pelajar miskin menghadiri
kelas tambahan
tanpa dikenakan yuran yang tinggi iaitu hanya RM10 untuk empat
(4) kali kelas
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
12
bimbingan . Pelajar yang benar-benar kurang berkemampuan akan
diberi biasiswa
oleh PIBG sekolah untuk menghadiri kelas ini.
Jadual KEPUTUSAN STPM 2004
Keputusan Pelajar Cemerlang (Take Off Value)
Keputusan
Bil. Nama UPSR PMR SPM STPM Catatan
1997/1998 2000 2002 2004 1 Lim Wei Huang 15 poin 1A 7A 4A 2 Sim
Suat Yin 15 poin 2A 9A 4A
3 Oh Hock Lye 14 poin 5A 8A 4A UPSR: BM (D, B)
4 Fong Yew Weng 14 poin 8A 9A 4A UPSR: BM (B, D) 5 Lee Hooi
Theng 12 poin 3A 10A 4A
6 Chia Su Fan 11 poin 6A 9A 4A UPSR: BM (B, D)
7 Tiang Tow Leong 10 poin 5A 6A 4A 8 Lum Chia Yuee 9 poin 8A 10A
4A
9 Chia See Yan 8 poin 7A 9A 4A
10 Soon Chang Ping 19 poin 6A 10A 3A 11 P'ng Su Ching 16 poin 6A
7A 3A
12 Lee Heng Leong 15 poin 3A 2A 3A UPSR: BM (C, D)
13 Soon Kim Hock 14 poin 2A 1A 3A 14 Loh Sin Hoon 13 poin 6A 8A
3A
15 Goh Pei Yoong 12 poin 1A 2A 3A
16 Koay Kim Leong 11 poin 5A 4A 3A 17 Goh Siew Tying 10 poin 4A
9A 3A
18 Loo Zixi 9 poin 8A 6A 3A
3.3.2 A Word A Day
Suatu program pengukuhan kosa kata untuk ketiga-tiga bahasa
iaitu bahasa
Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris diperkenalkan pada
tahun 1998. Tujuan
program ini adalah untuk mengukuhkan kosa kata pelajar sesi
petang iaitu dari
Tingkatan Peralihan ke Tingkatan 2. Pelajar sesi petang akan
dihimpunkan di dewan
sekolah untuk mengikuti program ini sebelum loceng masuk kelas
untuk waktu
pertama. Kosa kata dengan maksudnya akan terpampang di papan
white board.
Program A Word A Day kemudian dipertingkatkan kepada A Sentence
A Day.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
13
3.3.3 rogram BITARA, Program Zero E untuk pelajar PMR dan
ceramah
kecemerlangan akademik
Program Intervensi BITARA dan Program Zero E bertujuan untuk
mengikis
pelajar-pelajar di peringkat galus (antara gagal dan lulus).
Pihak pentadbbir sekolah
dan ketua panitia bermesyuarat untuk mengesan akar umbi masalah
yang dihadapi
pelajar sekolah ini. Pemantauan yang berskala telah dilaksanakan
dari semasa ke
semasa. Selain itu, guru mata pelajaran yang ingin menjalankan
projek secara
bersendirian demi meningkatkan prestasi sekolah digalakkan
dengan bantuan pihak
pentadbir.
Unit Bimbingan dan Kaunseling menjemput para penceramah
untuk
memberikan ceramah kepada pelajar dari semasa ke semasa.
Penceramah yang
bertauliah dijemput untuk mendedahkan kepada pelajar tentang
teknik pembelajaran
yang betul, teknik menjawab soalan-soalan peperiksaaan dan
sebagainya.
Rajah 1 KEPUTUSAN PMR
0
20
40
60
80
100
120
1994 1995 1996 1997 1998 1999
% Lulus
8A
7A
6A
5A
Rajah 2
KEPUTUSAN SPM
0
10
20
30
40
50
60
70
1994 1995 1996 1997 1998 1999
% Lulus
9A
8A
7A
6A
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
14
Pada akhir fasa ini, pencapaian akademik sekolah bertambah baik.
Akan
tetapi, pihak pentadbir masih berhadapan dengan masalah kualiti
prestasi. Guru
diberi bimbingan dan latihan dalaman untuk memantapkan P & P
dalam kelas.
Pencerapan, penyeliaan dan penilaian diadakan untuk memastikan
mutu P & P
terkawal dan masa pembelajaran pelajar bertambah.
3.4 Fasa 4 (2001- 2004)
Pada tahun 2000, sekolah ini dipimpini pengetua baru iaitu Encik
Teoh
Kheng Hong yang berkaliber. Sokongan beliau merupakan katalis
untuk sekolah maju
setapak ke arah kecemerlangan. Dalam fasa ini, pihak pentadbir
sekolah menekankan
ciri-ciri kemanusiaan. Pelajar diperingatkan agar bersopan
santun dan berbudi pekerti.
Warga sekolah telah memahami dan menghayati visi dan misi
sekolah untuk
melahirkan insan yang progresif dan berkembang maju secara
menyeluruh dari segi
intelek, emosi, jasmani, dan rohani sejajar dengan FPK.
Pencapaian akademik sekolah
semakin meningkat dari setahun ke setahun dalam fasa keempat
ini. Keadaan disiplin
yang baik dan kecenderungan pelajar untuk belajar serta pelbagai
projek peningkatan
akademik dilaksanakan sedikit sebanyak menyumbang kepada tren
kemajuan
akademik sekolah.
3.4.1 Bahan Bacaan Khas Sekolah
Pada tahun 2001, kami menumpu kepada usaha membentuk insan
yang
kamil. Pihak pentadbir sekolah medorong dan membimbing Panitia
Bahasa Cina
menerbitkan satu siri bahan bacaan khas. Bahan bacaan ini
bertujuan untuk
menerapkan nilai-nilai murni di samping menyemai amalan suka
membaca dalam
kalangan pelajar sekolah.
Selain itu, penceramah khas dijemput untuk memotivasikan pelajar
serta
membina sikap jati diri pelajar. Bekas pelajar sekolah yang
telah berjaya di menara
gading dijemput untuk mendorong para pelajar belajar
bersungguh-sungguh untuk
mengikut jejak mereka.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
15
Sekarang, pelajar di sini baik-baik belaka. Mereka sedar akan
kesalahan dan akibat tindakan salah laku itu. Mereka tidak berani
berbuat jahat di sekolah lagi.
komen Cik Leow Lee Hooi
3.4.2 Kem Muzik
Pada tahun 2004 kem muzik diadakan dan mengimport teknik
muzik
daripada peuzik-pemuzik negara-negara Asia. Pancaragam sekolah
dari negara-
negara Asia seperti Singapura, Taiwan, Malaysia (Kuala Lumpur,
Johor, Selangor,
dan Sabah) dan Jepun dijemput ke Pulau Pinang untuk mengadakan
pertunjukan
bersama.
Tambahan pula, jurulatih muzik dan koir juga dijemput dari
Jepun, Kuala
Lumpur dan Singapura untuk mendidik anak murid di sekolah ini.
Kejayaan sekolah
ini untuk menganjurkan pelbagai kem muzik yang bertaraf
kebangsaan adalah hasil
kerjasama daripada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah.
Pasukan pancaragam sekolah berjaya meraih pingat emas dalam
Pertandingan
Pancaragam Peringkat Negeri Pulau Pinang dan menjadi salah satu
daripada dua
penerima pingat emas dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat
Kebangsaan.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
16
Pihak sekolah menghadapi ledakan pelajar yang mendadah.
Kawasan
sekolah tidak mampu menampung bilangan pelajar yang kian
bertambah. Hal ini
demikian kerana sekolah ini bukan sahaja menjanjikan suasana
yang selamat dan
kondusif untuk pembelajaran bahkan juga mencungkil bakat pelajar
dari segi
kokurikulum.
3.5 Fasa 5 (2005- ...)
Dalam fasa ini, pihak pentadbir menceburkan diri dalam aspek
penerbitan
dan mendokumentasikan kejayaan sekolah dalam pelbagai bentuk
media.
3.5.1 Unit Penerbitan Sekolah
Unit Penerbitan Sekolah menjadi kian aktif pada fasa ini.
Buletin
Sekolah diperkenalkan pada tahun 1997 untuk menyalurkan ideologi
sekolah. Semua
acara dan pencapaian sekolah akan dimuatkan dalam buletin ini.
Buletin sekolah ini
diedarkan dua hingga tiga kali setahun. Buletin ini telah
dipertingkatkan dari buletin
hitam putih ke buletin yang berwarna. Di samping itu, majalah
sekolah diperkenalkan
pada tahun 1994 dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Semua
keratan surat khabar
tempatan tentang SMJK Heng Ee akan diterbitkan semula dalam
majalah sekolah
sejak tahun 2001.
Setiap tahun, banyak ibu bapa akan merayu untuk mendaftarkan
anak meeka ke SMJK Heng Ee mereka berpendapat bahawa SMJK Heng Ee
suatu sekolah yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum kerana
sistem disiplin yang ketat.
Ulasan En Toh Kim Hock,
Penolong Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah Pulau, Pulau
Pinang.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
17
Selain itu, majalah Bahasa Cina Heng Feng dipertingkatkan dengan
adanya
lebih karya kreatif dan ilustrasi. Unit Penerbitan Bahasa
Inggeris pula
memperkenalkan makalah ulungnya yang bertajuk Fun English pada
2006.
Makalah ini merupakan kumpulan karya penulisan pelajar-pelajar
SMJK Heng Ee.
Sejajar dengan itu, Unit Penerbitan Bahasa Melayu akan
memperkenalkan Majalah
Bahasa Melayu pada tahun 2007. Majalah Bahasa Inggeris dan
Majalah Bahasa
Melayu akan diterbitkan sekurang-kurangnya sekali setahun dan
diedarkan kepada
semua pelajar sekolah.
3.5.2 Unit Peperiksaan Dalaman Sekolah
Pada tahun 2006, pihak pentadbir memastikan bahawa kualiti
kertas
peperiksaan dalaman dipertingkatkan. Kertas peperiksaan yang
disediakan mesti
memenuhi syarat peperiksaan sumatif awam yang standard. Selain
itu, kertas
peperiksaan itu mesti memenuhi syarat zero errata . Di samping
itu, penyedia dan
penyemak kertas Sains dan Matematik mesti merujuk kepada guru
Bahasa Inggeris
(sistem Buddy dalam PPSMI) untuk penyemakan Bahasa Inggeris.
Sekolah ini telah berubah wajah daripada sekolah samseng ke
sesebuah
sekolah yang disegani iaitu sekolah yang berdisiplin tinggi.
Kenyataan ini terbukti
apabila rayuan ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka ke
SMJK Heng Ee
( untuk Tingkatan 1) merupakan kes rayuan yang tertinggi di PPD
Pulau , Pulau
Pinang setiap tahun. Tambahan pula, sekolah ini merupakan
sekolah bukan kawalan
yang mempunyai bilangan pemohonan rayuan 7A dan 6A UPSR yang
tertinggi
terutamanya pada tahun 2005 dan 2006.
Sekolah mula mengorak langkah ke puncak kegemilangan apabila En.
Goh dilantik menjadi Pengetua sekolah ini pada 2005.
Komen En. Tan Chee Kheng, guru penyelaras pencapaian akademik
sejak 1997.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
18
Rajah 3 PENCAPAIAN PMR 1992-2005
0
20
40
60
80
100
PMR
19921993199419951996199719981999200020012002200320042005
Rajah 4 PENCAPAIAN SPM 1992-2005
0
20
40
60
80
100
SPM
19921993199419951996199719981999200020012002200320042005
Rajah 5 PENCAPAIAN STPM 2002- 2005
97.4
97.6
97.8
98
98.2
98.4
STPM
2002
2003
2004
2005
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
19
Rajah 6 ENROLMEN PELAJAR
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005
Cina Lelaki
Cina Perempuan
Melayu Lelaki
Melayu Perempuan
India Lelaki
India Perempuan
Lain-lain Lelaki
Lain-lain Perempuan
Jumlah Enrolmen
4 FAKTOR KEJAYAAN
Sekolah Berkesan harus mempunyai pemimpin yang mempunyai
kemahiran
teknikal, kemahiran perhubungan manusia, kemahiran pendidikan,
kemahiran
simbolik dan kemahiran kebudayaa (Sergiovanni, 1990).
Transformasi sekolah
SMJK Heng Ee berjaya dilaksanakan atas beberapa faktor yang
signifikan.
4.1 Gaya Kepemimpinan
Saya dan beberapa orang guru disiplin menerajui projek
mentansformasikan
sekolah. Kami membentuk dan menterjemah hasrat kepada guru untuk
mencapai
perubahan yang diimpiankan melalui kepentingan dan tenaga
bersama secara kolektif
(Bennis dan Nanus, 1985). Kami membina kepentingan bersama
(common interest),
membentuk nilai, budaya dan kepercayaan baru untuk mencapai
matlamat sekolah
(Bass, 1985).
Seterusnya, kami mengecap kepuasan bekerja berpasukan,
meningkatkan
kepercayaan dan semangat kekitaan, mempunyai identiti pasukan,
peka kepada
matlamat dan menjana perubahan demi mencapai kecemerlangan.
Apabila disiplin pelajar bertambah baik, maka berlaku peralihan
kepada
pencapaian akademik. Sebagai pendidik, kita harus menggalakkan
pertumbuhan
pembelajaran di kalangan pelajar seperti mana yang diamanahkan
dalam profession
perguruan, dalam Akta Pendidikan 1996, P.U.A (A) 531, Seksyan
18, 19, Peraturan 7,
8 dan 11.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
20
Perkongsian visi dan matlamat harus jelas mewujudkan semangat
kekitaan dan
usaha sama. Penetapan hala tuju sekolah, matlamat sekolah,
penyediaan sumber-
sumber yang diperlukan supaya berlaku pembelajaran, penyeliaan d
a n penilaian
pengajaran guru, penyelarasan program pembangunan staff dan
mewujudkan
hubungan rakan sejawatan di kalangan guru harus dipupuk
(Mortimore, 1993).
Pengurusan P & P dititikberatkan selaras dengan Standard
Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM). Ketrampilan guru, mengenal diri pelajar,
membentuk bilik darjah
yang belajar, harga diri pelajar, penilaian pembelajaran,
komuniti pembelajaran dan
pembelajaran yang bermakna menjadi sasaran semua warga
sekolah.
Dewasa ini, Model Kepemimpinan Situasi diguna pakai yang
mempelbagaikan stail kepemimpinanan mengikut kemahiran,
kemahiran dan
kesungguhan guru di sekolah (Hersey dan Blanchard dalam Razali,
1996). Dalam era
globalisasi dengan kecanggihan teknologi maklumat, gaya
kepemimpinan perlu
berubah mengikut perubahan situasi untuk mencapai keberkesanan
sekolah. Cara
pengendalian fungsi yang berbeza-beza harus sesuai dengan
situasi yang berbeza-beza.
4.2 Komunikasi yang Berkesan Untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkesan, kemahiran komunikasi yang
tinggi banyak membawa kelebihan. Pemimpin mesti dapat menawan
hati guru agar
matlamat sekolah tercapai. Komunikasi yang berkesan mempunyai
daya pengaruh
yang tinggi terhadap guru-guru di sekolah. Pengetua yang
berkemahiran komunikasi
tinggi dapat mempengaruhi dan memotivasi warga sekolah mencapai
visi sekolah.
Pengetua bertindak sebagai pemimpin instruktional dapat
mempengaruhi guru
supaya bersetuju melaksanakan program kurikulum secara sekarela.
Guru dapat
menjalankan P & P dengan berkesan: memastikan pelajar jelas
tentang apa yang
diajar, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, sering memberi
dan menerima
maklum balas dan memantau perkembangan dan pencapaian setiap
pelajar.
4.3 Kerjasama
Semua warga sekolah bekerjasama secara kolaboratif untuk
mencapai matlmat
sekolah. Sikap tulus pemimpin dalam proses mempengaruhi dan
meningkatkan
aspirasi guru dapat mensasar kepada matlamat yang dipersetujui
(Kouzes dan Posner,
1995). Penglibatan guru dalam membuat keputusan mempunyai
korelasi yang
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
21
signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif
terhadap kepemimpinan
pengetua dan pencapaian akademik yang tinggi (Hussein,
1993).
Untuk memupuk kerjasama daripada pelbagai pihak, pengetua harus
peka
terhadap segala caharan dan halangan, senitasa bertindak
mendengar secara aktif dan
pemberi maklum balas yang mahir. Di samping itu, pengetua perlu
bersifat syura
(open-minded) dan menangani masalah sekolah dalam keadaan
menang-menang (win-
win).
4.4 Penyeliaan dan Pemantauan
Pengetua sekolah harus mengambil tindakan untuk memastikan
kejayaan
kurikulum seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 531.
Surat Pekeliling
Iktisas Bil 3 / 1987 menekan kepada tanggungjawab pengetua
menyelia P & P,
memantau dan menilai pengajaran guru. Di samping itu, pengetua
harus memastikan
guru mengajar, pelajar belajar, P & P mengikut proses yang
betul.
Pemastian kualiti dalam proses penilaian diharuskan, PKPA Bil 1
/ 1992.
Pengetua bertanggungjawb mencerap serta memantau prestasi
pelajar dan menilai
prestasi sekolah. Selain itu, pengetua harus menjalankan
tindakan pemulihan ke atas
proses P & P yang bermasalah.
Pengetua harus sedar bahawa semakin banyak pelajaran yang
dikuasai,
semakin tinggi pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar akan
meningkat jika pelajar
belajar dengan bantuan guru.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
22
5. RUMUSAN Oleh itu, pemimpin memainkan peranan yang penting
dalam kejayaan
organisasi sekolah. Pengetua hari ini harus berani menghadapi
cabaran yang semakin
kompleks di sekolah pada abad ke-21. Kita sebagai penjawat awam
agar bersikap
akauntibiliti dan telus, menyahut seruan YAB Datuk Seri Haji
Abdullah Bin Ahmad
Badawi, Perdana Menteri kita ke arah pembina insan yang
cemerlang, gemilang dan
terbilang.
In many ways, the school principal is the most important and
influential individual in any school .. it is his leadership that
set the tone of the school, the climate for learning, the level of
professionalism, the morale of the teachers and the degree of
concern for what students may or may not become . if a school is
vibrant, innovative, child-centred place; if it has the reputation
for excellence in teaching; if students are performing to their
best ability, one can almost always points to the principals
leadership as the key to success. Sergiovanni,1995 : 83
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
23
BIBLIOGRAFI Bass, B. M. (1990). From transactional to
transformational leadership: Learning to share the vision.
Organizational Dynamics. 18, 19-31. Direktori Sekolah-sekolah
Menegah Conforming Malaysia. (2005). Majlis Pengetua SMJK Malaysia.
182-183. Fraser, B. J. (1989). Research synthesis on school and
instructional effectiveness. International Journal of Educational
Research. 13(7), 707-719. Hallinger, P., Bickman, L. & Davis,
K. (1996). School context, principal leadership and student
achievement. Elementary School Journal. 96, 498-518. Hussein
Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur.
DBP. Ibrahim Mamat. (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan
Cabaran Kepemimpinan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kozes, J. M.,
& Posner, B. Z. (1995). The leadership challenge: How to keep
getting extraordinary things done in organization. San Francisco:
Jossey-Bass Publishers. Lussier, R.N. (2002). Human Relations in
Organizations: Application and Skill Building. Boston: Mc-Graw
Hill. Majalah Sekolah SMJK Heng Ee Pulau Pinang ke-20. 2005.
Mortimore, P. (1993). School Effectiveness and management of
effective learning and teaching. School Effectiveness and School
Improvement, 4(4), 290-310. Mortimore, P. (1995). Key
characteristics of effective schools. Paper presented at Seminar
Sekolah Efektif. Institut Aminuddin Baki, 13-14 Julai, 1995.
Newman, F., Smith, B., Allenworth, E., & Bryk, A. (2001).
Instructional program coherence: What it is and why it should guide
school improvement policy. Educational Evaluation and Policy
Analysis, 23(4), 297-321. Muhamad Ali Embi (2003). Konsep Asas
Pengurusan Sumber Manusia: Penggunaan Konsep. KL: Utusan
Publications.
Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributions. Recollections of
Dato Father A. Julien: A lifetime of Dedication to Chinese
Education. 2005. Sergiovanni, T. J. (1990). Value-added leadership:
How to get extraordinary performance in schools. San Francisco:
Jossey-Bass Publishers.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
24
Sergiovanni, T. J. (1995). The principalship: A reflective
practice perspective. Boston: Allyn and Bacon. William, G. (1998).
Choice Theory: A New Psychology of Personal Freedom. NY: Harper
Perennial. Zafir Mohd Makhbul, Razilah Mohd Hasun. (2003). Mengurus
Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Utusan Publicators. Zainuddin
Zakaria, Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Kemahiran Memimpin:
Pemimpin Terbaik Menetukan Kecemerlangan Organisasi. Kuala Lumpur:
PTS Professional. PENGHARGAAN En Balasandran A/L Ramaih, Pensyarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah. En. Toh Kim
Hock, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pulau, Pulau Pinang. Cik
Leow Lee Hooi Ketua Panitia Kemahiran Hidup, AJK Kurikulum. En. Tan
Chee Kheng, Guru Penyelaras Pencapaian Akademik, SMJK Heng Ee. Pn.
Tan Ah Ewe, Guru IT, SMJK Heng Ee. Warga SMJK Heng Ee.
-
Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2 IAB Cawangan
Utara
25
KERTAS KERJA SEMINAR KEPEMIMPINAN INSTRUKTIONAL
TAJUK EFIKASI HAL EHWAL MURID DALAM KEPEMIMPINAN
INSTRUKTIONAL
KE ARAH KECEMERLANGAN TRANSFORMASI SEKOLAH
SATU KAJIAN KES DI SMJK HENG EE PULAU PINANG
Pembentang:
EN GOH BOON POH PN TEOH HONG KEAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI