OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-22 23-26 JANUARI 2014 “Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi” KERTAS KERJA PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI (OPKOM) XXII TARIKH 23 hingga 26 JANUARI 2014 TEMPAT TELUK KETAPANG,TERENGGANU ANJURAN KELAB OPTOMETRI FAKULTI SAINS KESIHATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
21
Embed
KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti ... · PDF fileTujuan kertas kerja ini adalah untuk mohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan ... jamuan hari raya
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
KERTAS KERJA
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI (OPKOM)XXII
TARIKH
23 hingga 26 JANUARI 2014
TEMPAT
TELUK KETAPANG,TERENGGANU
ANJURAN
KELAB OPTOMETRIFAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
KERTAS KERJA
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI KE-22KELAB OPTOMETRI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Program Operasi Khidmat
Masyarakat Optometri Ke-22 (OPKOM XXII). Selain itu tujuan kertas kerja ini juga adalah
untuk memudahkan urusan untuk mendapatkan sumbangan dan tajaan serta permohonan surat
pengecualian cukai.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
2.1 Persatuan Mahasiswa Optometri (PMO) merupakan nama asal kepada Kelab
Optometri. Nama Kelab Mahasiswa Optometri telah diganti dengan nama Kelab
Optometri pada tahun 2006. Kelab Optometri telah ditubuhkan pada tahun 1984 di
bawah Fakulti Perubatan. Ahli-ahlinya pada sesi tersebut terdiri daripada 15 orang
pelajar Optometri tetapi pada sesi ini telah meningkat kepada 130 orang ahli.
2.2 Sepanjang penubuhan kelab ini pelbagai program telah dianjurkan pada setiap tahun,
antaranya program Hari Mesra Optometri bersama pensyarah dan kakitangan jabatan,
perkhidmatan klinikal pada Majlis Konvokesyen, jamuan hari raya Optometri dan
Majilis Makan Malam Optometri.
Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometri (OPKOM) juga merupakan salah
satu agenda tahunan kelab ini. Program ini telah dianjurkan sebanyak 21 kali setakat
ini. Program ini telah diadakan di seluruh pelusuk Malaysia. Berikut adalah rekod
Program OPKOM yang telah dijalankan sepanjang penubuhan Kelab Optometri :
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
1. Negeri Perlis (1988)
2. Kg. Kebuni, Inanam, Sabah (23-30 Nov 1989)
3. Kg. Semanyir & Kg. Belukah Juling, Daerah Mersing, Johor (27 Januari- 1 Febuari
1991)
4. Kg. Durian Mentangau, Dungun, Terengganu (11-17 April 1992)
5. Kg. Sentua, Utan Aji, Perlis (1- 6 Febuari 1993)
6. Felda Jengka 7, Maran, Pahang (27 April – 2 Mei 1994)
7. Kg. Simpang Tiga & Kg. Sg. Nipah Darat,Selekoh, Perak (17- 23 April 1995)
8. Felda Kemahang I,II & III, Tanah Merah, Kelantan (26 April – 2 Mei 1996)
9. Kg. Parit Mahang, Jeram, Selangor (26- 30 Julai 1997)
10. Sek. Men. Sains Selangor (22-23 Januari 2000)
11. Kg. Sg. Kertas, Selayang, Selangor (11- 12 November 2000)
12. Sek. Men. Agama Kuala Lumpur, Kepong, Kuala Lumpur (20-21 Julai 2002)
13. Sek. Men. Keb. Sg. Rambai, Melaka (17-18 Januari 2004)
14. Kg. Ayer Hitam, Teluk Intan, Perak (28-30 Januari 2005)
15. Kg. Bangka’ Semong, Asajaya, Sarawak (30 Ogos-4September 2006)
16. Gugusan Felda Adela , Kota Tinggi, Johor (23-28 November 2007)
17. Rumah Bakti Hulu Kelang, Ampang, Selangor (21-22 Februari 2009)
18. Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam, Selangor (14-17 Disember 2009)
19. Pasir Gudang, Johor Bahru (10-13 Disember 2010)
20. Kampung Pasir Panjang di Sekinchan, Selangor (15-17 Februari 2012)
21. Kuala Kedah, Kedah (24-27 Januari 2013)
Pada kali ini, kami berhasrat melaksanankan program OPKOM di Teluk Ketapang,
Terengganu
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
2.3 Melalui Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometri kali ke-22 (OPKOM XXII)
ini diharapkan kami dapat meneruskan khidmat dan menabur bakti kepada masyarakat
yang kurang berkemampuan serta meningkatkan kesedaran masyarakat di sana
tentang kepentingan kesihatan okular.
2.4 Setakat ini banyak program komuniti sihat telah dijalankan oleh program Optometri
antaranya adalah OPKOM, OPKIM, Sihat 1Malaysia, PERMATA, penyaringan
penglihatan di sekolah-sekolah, pejabat kerajaan dan juga syarikat swasta. Program
seumpama ini mengehadkan aktivitinya kepada penyaringan penglihatan sahaja
dengan menggunakan instrumentasi Optometri yang minima kerana kerumitan untuk
mengangkut alatan yang mahal dari klinik ke tempat lawatan. Tambahan pula berlaku
kesukaran untuk meletakkan alat di ruang yang sesuai dengan pencahayaan yang
terkawal.
2.5 Klinik Optometri Bergerak telah disumbangkan oleh 1MDB yang mana peruntukkan
sebanyak RM2.1 juta telah diperuntukkan bagi pembelian bas dan peralatan di
dalamnya. Klinik Optometri Bergerak boleh membawa kebaikan bukan sahaja pada
manusia sejagat tetapi juga mampu menyumbang kepakaran dan latihan kemahiran
pada pelajar dan penyelidik. Bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi ini merupakan
satu sumbangan bermakna bagi meneruskan usaha usaha murni kerajaan yang bukan
setakat menyediakan keperluan bagi memudahkan program komuniti IPT tetapi juga
satu komitmen unggul yang mempamerkan keperihatinan kerajaan terhadap kebajikan
masyarakat di Malaysia.
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
MISI
Memberi perkhidmatan pemeriksaan mata yang percuma di samping memberi pengetahuan
dan ilmu tentang kesihatan mata supaya dapat meningkatkan taraf kesedaran masyarakat
tentang kesihatan mata.
3.0 MATLAMAT
3.1 Memartabatkan Optometri sebagai kerjaya profesional dalam bidang Sains Kesihatan.
3.2 Melahirkan bakal graduan Optometri yang berkeyakinan tinggi dan beretika.
3.3 Meningkatkan taraf kesedaran masyarakat tentang kesihatan mata.
3.4 Menjalin kerjasama dengan ahli-ahli kesihatan masyarakat.
3.5 Memberi perkhidmatan pemeriksaan mata komprehensif kepada masyarakat yang
kurang berkemampuan.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kemahiran klinikal dan komunikasi para pelajar.
4.2 Mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dengan menabur bakti kepada
masyarakat sekeliling.
4.3 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang situasi sebenar alam pekerjaan.
4.4 Menyumbangkan khidmat sosial kepada komuniti.
4.5 Memperkenalkan Optometri sebagai salah satu prospek kerjaya yang menjamin masa
hadapan.
4.6 Meningkatkan kesedaran masyarakat di sana tentang kepentingan kesihatan okular.
4.7 Menjalin ukhuwah antara para pelajar dan masyarakat luar.
4.8 Mendekati dan beramah mesra dengan penduduk kampung.
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
4.9 Memupuk semangat harmoni di kalangan mahasiswa optometri dengan kelompok
masyarakat.
4.10 Memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak muda bagi meningkatkan
keyakinan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.
5.0 TEMA
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
6.0 ANJURAN
Kelab Optometri Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan
Kerjasama Penyelaras Parlimen dan Jkkkp Teluk Ketapang, Terengganu.
7.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 23-26 Januari 2014
Masa : 6.00 pagi (23 Januari 2014) hingga 5.30 petang (26 Januari 2014)
8.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan ialah Teluk Ketapang, Terengganu.
9.0 PUBLISITI
Strategi publisiti adalah menggunakan kain rentang, radio, online dan risalah.
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
10.0 CADANGAN PERASMI
I. Perasmian Pembukaan
1. Profesor Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari
II. Perasmian Penutup
1. Dr. Zainora Binti Mohammed
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta : 62 orang
1. 11 orang dari Tahun 2 Kelab Optometri
2. 17 orang dari Tahun 3 Kelab Optometri
3. 34 orang dari Tahun 4 Kelab Optometri
Pensyarah penasihat : 1. Dr. Zainora Binti Mohammed
2. Dr. Bashirah Binti Ishak
3. Dr. Mohd ‘Izzuddin Hairol
SRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
12.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
13.0 PERINCIAN PROGRAM
13.1 TAKLIMAT
Slot ini akan dikendalikan oleh Pengarah Program, saudara Wan Mohd Nasrul Bin
Wan Mohd Kamil. Penerangan akan diberikan kepada para peserta mengenai
perjalanan program seperti program tentatif, pembahagian tugas dan maklumat
mengenai ujian saringan penglihatan dan pameran yang disediakan.
13.2 MAJLIS PERASMIAN
Majlis perasmian ini akan disempurnakan oleh Profesor Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah
Mukari, Dekan Fakulti Sains Kesihatan. Upacara pembukaan tapak pameran dan
klinikal turut diadakan. Selain itu, acara kemuncak majlis ini adalah penyerahan anak
angkat kepada keluarga angkat.
13.3 KLINIKAL DAN PAMERAN
Objektif slot ini membolehkan masyarakat mendapat pemeriksaan mata secara
PERCUMA dan memberikan bingkai dan kanta secara PERCUMA kepada individu
yang mengalami masalah penglihatan. Slot ini akan dikendalikan oleh penuntut-
penuntut jurusan Optometri UKM dan dipantau oleh beberapa orang penyelia dari
Program Optometri & Sains Penglihatan. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah
penilaian penglihatan dekat dan jauh, pemeriksaan kuasa kaca mata, medan
penglihatan, pemeriksaan kesihatan mata dan sebagainya. Pameran pula akan
dikendalikan oleh beberapa orang penuntut yang ditugaskan untuk memberikan
penerangan kepada para pelawat. Pameran kesihatan ini bertujuan untuk meningkatkan
tahap kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mata. Selain itu, ia bertujuan untuk
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
menjelaskan salah faham dan mitos mengenai kesihatan khususnya penyakit okular.
Aktiviti sebegini bukan sahaja memberikan khidmat kepada masyarakat bahkan ia
dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan penuntut yang terlibat.
13.4 GOTONG – ROYONG
Gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk membantu masyarakat kampung dalam
kerja pembersihan dan baik pulih kawasan Masjid. Program ini dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara peserta dengan masyarakat kampung.
13.5 SUKAN RAKYAT
Sukan rakyat ini merupakan pertandingan sukan yang melibatkan penyertaan para
pelajar UKM, penduduk kampung dan pemimpin secara bersama. Aktiviti ini
merupakan satu pendekatan dalam memupuk nilai mesra pemimpin dan mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain.
14.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
15.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat menyurat
sila hubungi :
Urusetia program,Operasi Khidmat Masyarakat Optometri 22 (OPKOM XXII),Kelab Optometri,Fakulti Sains Kesihatan,Universiti Kebangsaan Malaysia,Jalan Raja Muda Abdul Aziz,50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62897480/7495 (Pejabat Program Optometri & Sains Penglihatan UKM KL)
Tel : 019-9612804 (Saudara Wan Mohd Nasrul Bin Wan Mohd Kamil,Pengarah
OPKOM XXII)
16.0 SYOR/PENUTUP
Program ini merupakan satu usaha mahasiswa menyumbangkan khidmat kepada
masyarakat luar. Diharapkan program ini dapat memberikan pengalaman berharga
serta pendedahan yang maksimum kepada mahasiswa sebagai persiapan untuk
berkhidmat kepada masyarakat selepas tamat pengajian kelak. Kami mengharapkan
pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapat memberikan
sokongan dan bantuan sepenuhnya untuk menjayakan program ini.
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
Disediakan oleh :
.........................................
( NUR FADHLINA BINTI JUNUS )
Setiausaha 1,
Operasi Khidmat Masyarakat Optometri ke-22 (OPKOM XXII)
Kelab Optometri
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2013/2014
Disahkan oleh :
.......................................
( DR MOHD ‘IZZUDDIN HAIROL )
Pengarah Penasihat 2,
Operasi Khidmat Masyarakat Optometri ke-22 (OPKOM XXII),
Kelab Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sesi 2013/2014
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
Disokong oleh :
..........................................
(DR.ZAINORA BINTI MOHAMMED)
Ketua Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Diluluskan oleh :
..........................................
(PROFESOR DR. SITI ZAMRATOL-MAI SARAH MUKARI)
Dekan,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI Ke-2223-26 JANUARI 2014
“Dari Mata Turun Ke Hati, Mencipta Kenangan Kekal Abadi”
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT OPTOMETRI KALI KE-22
PENAUNG
Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan ShahabudinNaib Canselor, UKM
PENGERUSI
Y. Bhg. Prof.Ir.Dr.Othman A. KarimTimbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
PENYELARAS
Timbalan PendaftarJabatan Perkhidmatan Pelajar
PENASIHAT
Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah MukariDekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM