KERTAS KERJA CANCER CHARITY CYCLING KOLEJ PENDETA ZA‟BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 2 MAC 2014 TEMPAT DATARAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 ANJURAN BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ PENDETA ZA‟BA DENGAN KERJASAMA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA TEMA “distance doesn’t count, donation do”
14
Embed
KERTAS KERJA CANCER CHARITY CYCLING KOLEJ … · KERTAS KERJA CANCER CHARITY ... Program Cancer Charity Cycling di bawah Karnival Premier Za‟ba 2014 ... Unsur-unsur penggunaan Bahasa
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
CANCER CHARITY CYCLING
KOLEJ PENDETA ZA‟BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
2 MAC 2014
TEMPAT
DATARAN PUTRAJAYA, PRESINT 3
ANJURAN
BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA‟BA
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel
NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
TEMA
“distance doesn’t count, donation do”
“Distance doesn’t count, donation do”
2 Mac 2014
KERTAS KERJA
CANCER CHARITY CYCLING
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
untuk mengadakan program Cancer Charity Cycling .
2.0 PENDAHULUAN
Program Cancer Charity Cycling di bawah Karnival Premier Za‟ba 2014 (KAPREZA „14)
merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej
Pendeta Za‟ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia,
Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Karnival yang berkonsepkan hari keluarga ini telah masuk tahun yang kesembilan dan menjadi
satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za‟ba. Maka, KAPREZA yang bakal berlangsung
pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan dengan
matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za‟ba dengan pihak
pegurusan Kolej Pendeta Za‟ba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang
berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri
Malaysia, Y.A.B. Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Distance doesn‟t count, donation do” menjadi pilihan tema bagi program ini bertujuan untuk
mencambahkan sifat prihatin mahasiswa/i terhadap isu semasa serta masyarakat sekeliling dalam
masa yang sama memupuk sukan berbasikal yang semakin dipandang sepi. Konsep riadah santai
yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program yang
berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kemasyarakatan dan tidak lupa
menyelitkan nila-nilai murni. Program ini mendapat kolaborasi bersama „Nasional Cancer Society
“Distance doesn’t count, donation do”
2 Mac 2014
Malaysia‟ dimana hasil kutipan ini akan terus disalurkan kepada persatuan tersebut bagi membantu
insan yang memerlukan.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za‟ba
khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi di samping
membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang
secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri
dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum
dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen
kemanusiaan.
Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program Cancer
Charity Cycling yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara dwibahasa untuk menarik
minat para pengunjung.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan
penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan
pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai satu medium kepada mahasiswa/i untuk berbakti dan sentiasa
peka terhadap isu semasa serta masyarakat sekeliling dengan cara beriadah .
4.0 MATLAMAT
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za‟ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
“Distance doesn’t count, donation do”
2 Mac 2014
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i
dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga penghuni
Kolej Pendeta Za‟ba serta pihak badan bukan kerajaan.
5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memupuk nila-nilai moral di luar dewan kuliah
5.3 Meningkatkan minat warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melibatkan diri dalam
aktiviti luar.
5.4 Menunjukkan sokongan dan keprihatinan mahasiswa/i kepada „Nasional Cancer Society
Malaysia‟
6.0 TEMA
“Distance doesn’t count, donation do”
7.0 ANJURAN
Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za‟ba dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, National Cancer Society
Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 2 MAC 2014
Masa : 7.00pagi - 1.00tengah hari
“Distance doesn’t count, donation do”
2 Mac 2014
9.0 TEMPAT
Dataran Putrajaya , Presint 3
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa,
flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. Golongan
sasaran adalah warga Kolej Pendeta Za‟ba, semua warga kolej kediaman Universiti Kebangsaan
Malaysia, kelab-kelab berbasikal di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya serta pelajar-pelajar di
institusi berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia.
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmi Pembukaan
Datuk Dr.Noor Azlan Ghazali
Naib Cancelor
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah Krew program Cancer Charity Cycling : 14 orang
Jumlah peserta : 200 orang [anggaran]
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
“Distance doesn’t count, donation do”
2 Mac 2014
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Program yang berkonsepkan riadah santai ini amat bersesuaian dengan mahasiswa/i yang
inginkan sesuatu yang menyeronokkan di samping dapat menyihatkan badan. Program satu
hari ini juga melibatkan orang luar kerana penyertaan akan dibuka untuk orang ramai
menyertai dan sama-sama menagamalkan gaya hidup sihat dengan tujuan utama adalah
untuk menderma kepada yang benar-benar memerlukan melalui kerjasama dengan
Nasional Cancer Society Malaysia.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:
NURUL ALIA BINTI MAT NASIR SUHAILI BINTI MAHMUD
Ketua Pengarah Cancer Charity Cycling Timbalan Ketua Pengarah Cancer Charity Cycling
Karnival Premier Za‟ba 2013 Karnival Premier Za‟ba 2013
Kolej Pendeta Za‟ba Kolej Pendeta Za‟ba
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia