SEK.KEB.(2) SIMPANG LIMA, KLANG KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2011 TARIKH : 22,23 DAN 24 APRIL 2011 ANJURAN : PERGERAKAN PUTERI ISLAM SK2SL TEMPAT : KEM REKREASI BUKIT HIJAU,JERAM, KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN. SASARAN : AHLI UNIT BERUNIFORM
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEK.KEB.(2) SIMPANG LIMA, KLANG
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNANUNIT BERUNIFORM 2011
TARIKH :22,23 DAN 24 APRIL 2011
ANJURAN : PERGERAKAN PUTERI ISLAM
SK2SL
TEMPAT :
KEM REKREASI BUKIT HIJAU,JERAM, KUALA SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN.
SASARAN :
AHLI UNIT BERUNIFORM
1. PERSATUAN BULAN SABIT MERAH2. TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
3. PERGERAKAN PUTERI ISLAM4. PANDU TUNAS PUTERI
5. PENGAKAP
1. PROGRAM
Perkhemahan Unit Beruniform 2011
2. MAKLUMAT PROGRAM
TARIKH : 22, 23 dan 24 2011
HARI : Jumaat, Sabtu & Ahad.
TEMPAT : Kem Rekreasi Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.
TEMPOH : 3 Hari 2 Malam
MASA : Sepenuh Masa
ANJURAN : Pergerakan Puteri Islam SK 2 Simpang Lima, Klang.
3. RASIONAL
Program ini dirancang agar dapat memberi peluang kepada peserta untuk
menimba ilmu pengetahuan di luar persekitaran sekolah. Pelaksanaan program
seperti ini yang mementingkan pengurusan masa dan pengurusan kumpulan yang
baik boleh melatih dan menanam sikap terpuji yang akan memberi kesan kepada
setiap peserta.
Di samping itu, para peserta perkhemahan ini akan memberi pengalaman dan
pengetahuan yang menarik serta dapat menghayati keindahan kepelbagaian
sumber alam semula jadi.
4. MATLAMAT
Mendedahkan peserta dengan pelbagai aktiviti, persekitaran dan pembelajaran
melalui situasi serta menyediakan mereka dengan ilmu perkhemahan. Antara
matlamat lain program ini adalah untuk menanamkan sikap menghargai dan cinta
terhadap alam sekitar, membantu murid menyelesaikan sesuatu perkara dengan
semangat kerjasama berpasukan serta mengurus masa dengan baik.
Di samping itu, mereka diharap akan dapat membentuk disiplin, menerapkan
nilai-nilai murni, menyerlahkan bakat kepimpinan dan mengeratkan silaturrahim
di kalangan para peserta, guru-guru dan masyarakat setempat.
5. OBJEKTIF
Meningkatkan daya ketahanan melalui kepelbagaian emosi dan mental
menerusi aktiviti yang dijalankan
Meningkatkan keyakinan diri, melatih dan membentuk disiplin serta
kerjasama berpasukan yang tinggi
Mendedahkan peserta kepada aktiviti yang bercorak pembelajaran melalui
pengalaman
Membentuk sikap kecintaan kepada alam sekitar
Menyerlahkan potensi dan bakat kepimpinan dalam diri peserta
6. KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar adalah terdiri daripada murid Tahap 2 yang menganggotai
sebarang pasukan unit beruniform dan berminat menyertainya.Sasaran peserta
adalah seramai 60 orang serta 10 orang guru pengiring.
Pasukan unit beruniform yang ditubuhkan di sekolah ini ialah Pergerakan
Pengakap, Tunas Puteri, Pergerakan Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah
serta Persatuan Bulan Sabit Merah.
7. PERATURAN AM PROGRAM
Para peserta adalah terdiri daripada ahli pasukan Unit Beruniform Tahap
Dua yang berpakaian lengkap.
Setiap peserta dikehendaki membawa alatan yang dibenarkan sahaja.
Setiap peserta wajib mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/
penjaga masing-masing.
Para peserta tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dari semasa ke
semasa.
Para peserta dikehendaki mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang.
8. PERSONALIA
Seramai 10 orang Guru Penasihat Unit Beruniform dilantik sebagai fasilitator
Jawatankuasa induk dan AJK kerja yang terdiri daripada :
- Penaung - Penasihat.
- Penyelaras - Setiausaha.
- Bendahari - Naib Setiausaha.
- Naib Bendahari - Urusetia Penginapan.
- Urusetia Makanan - Urusetia Keselamatan.
- Urusetia Aktiviti - Urusetia Peralatan.
- Urusetia-urusetia lain yang difikirkan perlu.
9. ANGGARAN KOS
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Anggaran Pendapatan
Yuran peserta 60 x RM100.00 = RM 6000.00
Sumbangan PIBG = RM 500.00
Sumbangan Luar / Tajaan = RM 1000.00
JUMLAH = RM 7500.00
Anggaran Perbelanjaan
Bayaran Pengangkutan ( RM 15 X 60 ) = RM 900.00
Bayaran Makanan ( RM 70 X 70 ) = RM 4900.00
Bayaran Saguhati / Cenderamata = RM 500.00
T/ Shirt ( RM 15 X 60 ) = RM 900.00
Lain-lain = RM 300.00
JUMLAH = RM 7500.00
10. PELAKSANAAN PROGRAM
Melantik Jawatankuasa Induk dan Kerja
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Memilih peserta dan kutipan yuran
Tentatif program (lampiran)
Bedah Siasat (Post Mortem)
11. KEPERLUAN DAN PERALATAN
Penyediaan kelengkapan merupakan aspek yang penting dalam setiap perkhemahan
sama ada sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Antara peralatan dan
kelengkapan yang perlu disediakan ialah :-
11.1 Penyediaan oleh pihak sekolah
- khemah igloo
- lampu
11.2 Penyediaan oleh Penganjur
- Sijil
- Peti pertolongan cemas
- Cenderamata / hadiah
- Belerang
- peralatan memasak / Logistik
- Pengangkutan
11.3 Penyediaan oleh peserta
- pakaian
- pinggan / cawan
- ubat-ubatan
- alat tulis
- alat kebersihan diri
12. JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG : PN.HJH. JUMAIYAH BT. HAMZAH
Guru Besar SK2SL
PENASIHAT : PN.DAHLIA ASMARA ABD.RAHMAN
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
( sehingga 28.02.2011 )
PENGERUSI : PN. SITI RABITAH BT. AMAT TASLIM
Ketua Guru Penasihat Puteri Islam.
PENYELARAS : EN. JAMHARIRI B.M.SHAFIAI
Guru Penasihat Pengakap
SETIAUSAHA : PN. RASHIDAH BT. KHAPID
Guru Penasihat Puteri Islam
NAIB S/U : EN. MOHD. FAIRUZ BIN MOHD.SAHID
Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja
Sekolah
BENDAHARI : PN. SITI NORFAZILAH BT. SARUMAN
Guru Penasihat Puteri Islam
N / BENDAHARI : PN. HJH SITI MARHUMAH BT. MESRI
Guru Penasihat Puteri Islam
AJK 1) Ketua Guru Penasihat PBSM
2) Ketua Guru Penasihat Tunas Puteri
3) Ketua Guru Penasihat Pengakap
4) Ketua Guru Penasihat TKRS
13. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras : EN.JAMHARIRI BIN SHAFIAI
Kem Komandan : EN.MOHD. RAMDZAN BIN CHE MAT
Timb.K/Kom : PN. SITI RABITAH BT AMAT TASLIM
AJK :
Pendaftaran : PN. VIMALA, PN. ROSE
Peralatan : EN.MOHD FAIZUL, EN.MOHD. FAIRUZ
Pengangkutan : EN.KAHARUDDIN, PN. SANISAH
Penginapan : PN. SITI RABITAH, PN. RASHIDAH
Kerohanian : PN SITI NORFAZILAH , PN. VIJAYAWARY
Makanan :, PN. FADZLINA, PN. SITI ANIZAH
Sijil / hadiah : PN. PN. IDA ROSMAWATI, PN. JEYANTHI
PN. SITI HAMIDAH
Aktiviti : EN.MOHD.ERWAN, PN. SITI MARHUMAH
Keselamatan : EN. MOHD. RAMDZAN, CIK SITI SURAYA
Buku Program : PN. INDRANI, PN. YOONG YEN SEAN,
Kebersihan : PN. FADZLINA, EN. ERWAN
Dokumentasi : EN.ZAMRI, EN.FAIRUZ, EN.JAMHARIRI
Publisiti : EN. M. FAIRUZ, USTAZ ZAMRI,
PN.ZAMZURIDA
Persembahan : EN.SHAIFUL AKMAL
SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS TINDAKAN
1. PENGERUSI 1. Membentuk Jawatankuasa Induk / Kerja
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuki.
2. Bahawasanya sekolah kami akan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut
mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 30, 31 Oktober dan 1 November 2007.
Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tempat : Impian Country Resort, Ulu Langat, Selangor.
Anjuran : Pergerakan Pengakap SK2 Simpang Lima.
3. Sehubungan dengan ini, kami berharap agar pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan
ikhlas bagi menampung keperluan dan kekurangan, seterusnya menjayakan aktiviti tersebut.Di
sini kami sertakan lampiran kertas kerja perkhemahan tersebut untuk tatapan pihak tuan.
4. Diharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan sewajarnya. Segala kerjasama dan
jasa baik daripada pihak tuan amatlah dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian , Terima Kasih.
“KEJUJURAN DAN KETEKUNAN” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas,
……………………………………. Rujukan kami : bil (01) dlm……..sk2sl……………………………………. Tarikh : 01 Mac 2011Tan Sri / Dato' / Tuan / Puan,
SURAT KEBENARAN MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuki.
2. Adalah dimaklumkan sekolah kami akan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 22, 23 dan 24 April 2011.Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad.Tempat : Kem Rekreasi Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.Anjuran : Pergerakan Puteri Islam M'sia SK 2 SPG LIMA.Bayaran : RM 100.00 ( termasuk t'shirt )
3. Perkhemahan ini terbuka kepada semua pelajar Tahap 2. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memberi kebenaran kepada anak jagaan masing-masing untuk menyertainya. Selain memperolehi pengalaman baru di luar bilik darjah,murid yang menyertai perkhemahan ini juga akan mendapat markah bonus untuk rekod penilaian ko-kurikulum pada akhir tahun.
4. Pihak sekolah akan sentiasa memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelajar semasa mengikuti program tersebut. Sekiranya terdapat permasalahan dan kecederaan, di harap pihak tuan / puan dapat memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk menanganinya.
5. Bagi memastikan kelancaran perkhemahan tahunan ini, pihak penganjur tidak akan melayan sebarang penarikan diri di saat akhir.
6. Kerjasama dan jasa baik tuan / puan untuk menjayakan program ini amatlah dihargai serta diucapkan terima kasih.
.................................................................................. potong di sini.................................................................
.............................................................U/P : Guru Besar SK 2 Simpang Lima, Klang.
Saya.......................................................... Ibu bapa / penjaga kepada................................................................Kelas...............................MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN anak / jagaan saya menyertai Perkhemahan Unit Beruniform 2009. Saya sertakan bayaran sebanyak RM................ untuk tujuan tersebut.