MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIK TARAF DAN KELENGKAPAN SURAU PENDAHULUAN Pihak pentadbir telah menyediakan sebuah surau untuk memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid menunaikan ibadah solat. Malah pihak pentadbir telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan di surau. Namun begitu surau sekolah masih kekurangan beberapa kelengkapan yang mana kekurangan ini boleh mengganggu guru-guru dan murid-murid menjalankan ibadat solat dan pengajaran serta pembelajaran di surau. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk menaiktaraf dan menambah kelengkapan di surau bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Oleh itu, kami guru-guru Pendidikan lslam telah berbincang mengenai perkara ini dan bersetuju untuk berusaha mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi mengurangkan beban sekolah. Perbincangan kami ini telah diajukan kepada pihak Guru Besar iaitu Puan Hajah Zaini bt. Baba dan beliau bersetuju dengan usaha yang ingin kami lakukan ini. MATLAMAT
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIK TARAF DAN KELENGKAPAN SURAU
PENDAHULUAN
Pihak pentadbir telah menyediakan sebuah surau untuk memberi kemudahan
kepada guru-guru dan murid-murid menunaikan ibadah solat. Malah pihak pentadbir
telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan di surau. Namun begitu surau sekolah
masih kekurangan beberapa kelengkapan yang mana kekurangan ini boleh mengganggu
guru-guru dan murid-murid menjalankan ibadat solat dan pengajaran serta pembelajaran
di surau. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk menaiktaraf dan
menambah kelengkapan di surau bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Oleh itu, kami guru-guru Pendidikan lslam telah berbincang mengenai perkara ini
dan bersetuju untuk berusaha mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi
mengurangkan beban sekolah. Perbincangan kami ini telah diajukan kepada pihak Guru
Besar iaitu Puan Hajah Zaini bt. Baba dan beliau bersetuju dengan usaha yang ingin kami
lakukan ini.
MATLAMAT
1. Menaiktaraf sistem paip di atas bumbung sekolah untuk mengelakkan suhu
panas matahari dan menggantikan kerosakkan paip yang sedia ada. Sistem
paip yang sedia ada menimbulkan masalah kepada guru dan pelajar
mengambil wuduk kerana air terlalu panas sehingga pernah menyebabkan
seorang pelajar melecur pada tangan.
2. Menaiktaraf dan menyediakan kelengkapan surau yang mencukupi untuk
kegunaan guru-guru dan murid-murid yang menunaikan ibadah solat serta
membaik pulih tempat ibadat yang juga dijadikan sebagai tempat pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif, lengkap dan memberi keselesaan kepada
guru-guru dan murid-murid bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran jawi,
al-Quran, bahasa arab dan fardhu ain selaras dengan kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam melahirkan generasi celik agama dan menjadi insan
yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
3. Menyediakan sebuah tempat pembelajaran yang kondusif, lengkap dan ceria
untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
dan seterusnya mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Jawi, Al-
Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Ini adalah selaras dengan objektif
j-QAF serta kehendak Kementerian Pelajaran dalam melahirkan pelajar yang
celik Pendidikan lslam.
OBJEKTIF
1) Mewujudkan persekitaran yang selesa bagi para pelajar dan guru semasa
menjalankan ibadah, terutamanya ketika berwuduk serta ketika proses
pengajaran dan pembelajaran .
2) Mewujudkan sebuah bilik yang pelbagai guna dengan pelbagai kelengkapan
dan seterusnya dapat memaksimumkan hasil pengajaran dan pembelajaran
3) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu memberi suasana p & p
lebih ceria serta boleh menarik minat pelajar terhadap pelajar.
4) Memberi kemudahan dan kelengkapan kepada guru-guru dan murid-murid
dalam pelaksanaan proses p & p.
5) Mewujudkan surau pelbagai guna dengan segala kelengkapan agar murid-
murid lebih berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
6) Melahirkan perasaan cintakan agama dan menghormati surau sebagai tempat
ibadat.
7) Mewujudkan Perpustakaan Mini bagi menjana pemikiran yang islamik,
cintakan ilmu, membudayakan ilmu dan lebih mengenali tokoh-tokoh Islam
seluruh dunia.
SASARAN
Warga Sekolah Kebangsaan USJ 20, Subang Jaya, Selangor iaitu guru-guru dan
murid-murid serta kakitangan sekolah.
PERALATAN DAN ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
Bil Peralatan Kos Jumlah1 Naiktaraf Sistem Paip Di atas
Bangunan Sekolah RM25 850 RM25 850
2 Naik taraf Laluan Hadapan/ Dan Perpustakaan Mini
RM 5 000 RM 5 000
3 Al-Quran RM 20 x 200 RM 4 0004 Al-Quran Tafsir RM 20 x 50 RM 1 0005 Perakam DVD RM 500 x 2 RM 1 0006 LCD RM 2000 x 1 RM 20007 Printer RM 300 x 1 RM 3008 Penghawa Dingin & pemasangan RM 6 750 RM 67509 Bunga/bahan keceriaan RM 600 RM 60010 Telekung sembahyang RM30 x 50 RM 150011 Selipar RM 5 x 20 RM 10012 Rehal kayu (DHO) RM60 x 50 RM 300013 Rak buku RM700 x 4 RM 280014 Rak Kayu RM500 x 2 RM 100015 White Board RM500 x 2 RM 100016 Kain Tabir RM250 x 1 RM 25017 Papan Kenyataan (softboard) RM300 x 1 RM 30018 Papan Kenyataan Bercermin
(Bahagian Dakwah)RM1200 x 3 RM 3600
19 Pendawaian RM 1500 RM 1500
20 Bahan P&P (alat bantu mengajar), buku ilmiah & papan tanda
RM5000 RM 5000
21 Hal-hal lain RM 3000 RM 3000
JUMLAH KESELURUHAN RM 69 550
PENUTUP
Diharapkan usaha ini akan memberi kesan semaksimum yang mungkin kepada
para pelajar dan para guru yang beragama lslam dalam meningkatkan kemahiran,
kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan ibadat dan pengajaran dan
pembelajaran serta program j-QAF sebagaimana yang diimpikan oleh mantan
Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada para pentadbir dan AJK Panitia Pendidikan Islam
atas komitmen yang diberikan terhadap program-program yang telah dan akan
dilaksanakan. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
………………………………………..( NORIMI BINTI ABDUL WAHAB) Penyelaras projek / Penyelaras Surau 011-33377742
Disahkan oleh,
……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 20JALAN USJ 20/6E, NO.TEL:03-8023186047630 SUBANG JAYA, SELANGOR. NO.FAX: 03-80235542
Ruj. : SKUSJ20/PPI/09 Tarikh : 12 April 2011Kepada :
IBU PEJABAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 3-10-1, PRESINT ALAMi, PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE 2, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tuan / Puan ,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.
2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama PIBG SK USJ 20 dan di alamatkan kepada :
3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja, Sebut Harga dan Pelan Surau yang berhubung dengan permohonan kami dan borang permohonan fisabilillah
4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Zaini bt. Baba selaku Guru Besar SK USJ 20 (03-80231860)
5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK J-QAF SEK.KEB.USJ 20, SUBANG JAYA
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak Surau Al-Madaniyyah untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.
2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama Radziah bt. Talhah dan di alamatkan kepada :
3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja yang berkaitan.
4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Norimi bt. Abdul Wahab (019-9317207) atau Siti Safinah bt. Shamsudin (019-3804564).
5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ruj. : SKUSJ20/PPI/05 Tarikh : 12hb Mei 2011Kepada :
IBU PEJABAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 3-10-1, PRESINT ALAMi, PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE 2, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tuan / Puan ,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK J-QAF SEK.KEB.USJ 20, SUBANG JAYA
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.
2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama Radziah bt. Talhah dan di alamatkan kepada :
3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja, Sebut Harga dan Pelan Surau yang berhubung dengan permohonan kami dan borang permohonan fisabilillah
4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Norimi bt. Abdul Wahab (019-9317207) .
5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………………………
s.kLembaga Zakat Selangor, Cawangan Subang Jaya
Ruj. : SKUSJ20/PPI/03 Tarikh : 3hb Feb 2010Kepada :
…………………………..
…………………………..
…………………………..
Tuan / Puan ,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK J-QAF SEK.KEB.USJ 20, SUBANG JAYA
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.
2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama Radziah bt. Talhah dan di alamatkan kepada :
Televisyen bersaiz kecil dan tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran..
Suasana dalam Surau/Musolla. -Air-cond yang berkuasa rendah dan tiada kelengkapan rak dan komputer
Ruang Mini Perpustakaan di Surau yang kurang lengkap (perlu bahan bacaan, pentas dan lantai jubin)Ruang (balkoni) tepi Surau yang berdekatan dengan bilik Muzik sehingga berlaku ketidakselesaan kerana