This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Secondary Schools Assessment (PMR) examination. But they are enforced to undergo the
single one syllabus nationwide. Therefore, the weak students are not able to catch up the
teaching and learning process and its outcomes. Sadly, the teachers cannot apply the Mastery
Learning technique because they have to finish the syllabus before the uniform tests and
examinations. Providing syllabus based on need analysis is a smart step to coup with the
problem. The small number of expert and trained teachers in teaching and learning Arabic
language is also contribute to the shortness in students‟ Arabic capability. Assuming that all
of the religious teachers can teach Arabic language is a wrong assumption. Besides, the
Arabic text books provided to the schools are not undergoing the readability test so that be
useful to the level of the secondary school students. Hence, they cannot take much benefit
from it. The students also get less interest of the available Arabic dictionaries. The lack of
contextual Arabic dictionary in the market contributes to the problem.
Keywords: Arabic language syllabus, trained teachers, text book, Arabic dictionary
PENDAHULUAN
Isu-isu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan Bahasa Arab Tinggi (P&P BA
& BAT) adalah amat rencam dan pelbagai ragam. Dalam semua aspek, didapati masih
banyak masalah yang dihadapi walaupun terdapat usaha-usaha yang boleh dibanggakan untuk
mengatasi masalah-masalah ini. Menurut Mat Taib Pa (2006), penguasaan bahasa Arab di
kalangan pelajar Melayu amat lemah. Kelemahan mereka pula lebih ketara berbanding
dengan pelajar-pelajar dahulu, walaupun dalam keadaan buku teks yang lebih baik,
kurikulum yang lebih mantap dan guru yang lebih berkelayakan. Kelemahan ini juga
dirasakan semakin hari semakin meningkat.1
Dalam penulisan ini, isu P&P Bahasa Tinggi (BAT) di Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) menjadi fokus perbincangan. Tidak dinafikan sebahagian besar isu yang
akan dibincangkan adalah juga isu yang sentiasa diperkatakan oleh guru-guru di semua jenis
sekolah menengah yang mempunyai mata pelajaran BAT, namun penulis cuba
mengetengahkan isu-isu yang menjadi permasalahan sebenar P&P BAT di SABK.
BAHASA ARAB TINGGI
Mata pelajaran yang disebut sebagai Bahasa Arab Tinggi ialah satu mata pelajaran yang
diambil murid aliran agama yang telah mengambil mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ia diajar kepada murid-murid Tingkatan 4
dan Tingkatan 5. Sehingga tahun 2009, ia dikenali sebagai Bahasa Arab Tinggi (BAT)
1 Dasar-dasar Umum Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
di Malaysia, m.s. 1
36
dengan kod peperiksaan di Lembaga Peperiksaan 2361/1 (Kertas 1) dan 2361/2 (Kertas 2).
Mulai tahun 2010, mata pelajaran ini dikenali sebagai „Bahasa Arab‟ semula.
Objektif umum P&P Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah ialah
“membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis serta mampu mempraktiskannya mengikut tema dan situasi tertentu. Ia
juga bertujuan membekalkan pelajar dengan perbendaharaan kata, kaedah nahu dan sarf dan
hafazan-hafazan terpilih, di samping membina kemampuan pelajar menggunakan bahasa
secara betul dan membina keperibadian pelajar dengan nilai-nilai akhlak mulia”.2
Manakala objektif khusus P&P Bahasa Arab sekolah menengah pula adalah seperti berikut:
i- Mendengar dan memahami siaran-siaran (Arab) serta memperkatakannya
ii- Bercakap dengan fasih dalam situasi tertentu
iii- Membaca dan memahami bahan-bahan (bacaan Arab)
iv- Menulis dan memahami kandungan penulisan dan pelbagai jenis dan tujuan
v- Menguasai kemahiran menulis kaligrafi Arab seperti Khat Naskh, Ruq‟ah dan Thuluth
dengan kaedah yang betul.
vi- Menghafaz dan memperdengarkan hafazan-hafazan dan wazan-wazan sarf yang asas
vii- Menguasai asas kaedah nahu Arab serta mampu menggunakannya secara fungsian
viii- Menguasai sekurang-kurangnya 1,500 perbendaharaan kata Arab serta
menggunakannya dengan betul.3
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
SABK adalah sekolah menengah agama yang dahulunya ditadbir urus oleh kerajaan-kerajaan
negeri di bawah Jabatan Agama Islam masing-masing. Kewujudan masalah-masalah
infrastruktur, sumber manusia dan latihan yang berterusan di sekolah-sekolah tersebut
membawa kepada cadangan pengambilalihan oleh kerajaan pusat. Melalui perjanjian
persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kerajaan-
kerajaan negeri yang ditandatangani pada 20084, sehingga 2010 terdapat sebanyak 139 buah
SABK di seluruh negara. Bilangan ini jauh lebih besar berbanding Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) yang berjumlah 55 buah semuanya.5
2 al-Manhaj al-Mutakamil li al-Madaris al-Thanawiyyah, al-Manhaj al-Dirasi li al-Lughah al-‘Arabiyyah, m.s 3
3 Ibid.
4 Dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) Di Antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan-Kerajaan
Negeri Berkaitan Pengambilalihan Sekolah Menengah Agama Negeri 2008 5 Kertas Makluman Laporan Pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) Dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010
37
Daripada 139 buah SABK ini, terdapat SABK yang setaraf dengan Sekolah
Berasrama Penuh Agama (KISAS, SMAP Labu dan SMAP Kajang) / Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi (SBPI) / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). SABK yang
dikatakan setaraf itu ialah seperti Sekolah Menengah Imtiaz dan SMA (Atas) Sultan Zainal
Abidin (Terengganu), Sekolah Agama Menengah Bestari (Selangor), SMA Maahad al-
Mashoor Al-Islami (P. Pinang) dan lain-lain lagi. Penarafan ini berdasarkan syarat
pencapaian 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), fasih membaca
Al-Quran dan mahir tulisan Jawi untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah
tersebut. SABK kategori ini penulis labelkan sebagai SABK Kelas 1.
Di samping SABK Kelas 1, terdapat SABK yang mensyaratkan pencapaian minimum
3A UPSR, boleh membaca Al-Quran dan menulis Jawi. SABK ini penulis labelkan sebagai
SABK Kelas 2. Manakala terdapat juga di sana sejumlah besar SABK yang tidak
mengenakan syarat minimum UPSR, bacaan al-Quran dan tulisan Jawi, bahkan terpaksa
menerima kehadiran pelajar Tingkatan 1 yang berminat untuk memasuki sekolah menengah
agama. Malahan kecenderungan untuk memasuki sekolah menengah agama kadang-kadang
bukan datang daripada diri pelajar itu, sebaliknya pilihan ibu bapa yang beranggapan sekolah
menengah agama mampu membentuk akhlak dan peribadi yang mulia anak-anak mereka di
zaman cabaran dunia tanpa sempadan ini. SABK yang penulis labelkan sebagai SABK Kelas
3 ini tidak membuat pemilihan dalam pengambilan pelajar Tingkatan 1 kerana jika pemilihan
dan tapisan dibuat, sudah tentu SABK kategori ini akan mengalami masalah kekurangan
murid. Di samping itu, ruang untuk masyarakat mendapatkan pendidikan agama untuk anak-
anak mereka akan menjadi sempit disebabkan pencapaian keputusan UPSR yang tidak
memberansangkan. SABK kategori ini menerima kemasukan pelajar yang tidak tahu
membaca dan menulis Jawi, buta al-Quran, bahkan ada di antaranya yang tidak fasih
membaca dan menulis rumi. Antara ketiga-tiga kategori SABK ini, penulis akan
memfokuskan isu-isu dan permasalahan P&P BAT di SABK Kelas 3.
ISU PERTAMA: Sukatan Pelajaran (SP) BAT yang sama digunakan untuk murid yang
mempunyai latar belakang kelayakan yang amat berbeza.
Tidak dinafikan Malaysia mengamalkan dasar kurikulum berpusat, iaitu satu kurikulum yang
tunggal digunakan di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara. Hal ini
termasuklah SP BAT. Persoalan yang seharusnya difikirkan oleh pihak-pihak berwajib
38
khususnya Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK
KPM), adakah wajar kita menyatukan pembelajaran BA dan BAT di antara murid di SABK
Kelas 3 dan murid di SBP Agama, SBPI dan SMKA? Kita sendiri yang mengasingkan
mereka di sekolah menengah berdasarkan pencapaian mereka dalam UPSR, kebolehan
mereka dalam membaca dan menulis Jawi serta al-Quran, tiba-tiba kita satukan mereka
dengan satu SP yang sama untuk mata pelajaran yang memerlukan asas-asas Jawi dan al-
Quran yang mantap seperti bahasa Arab ini. Murid terpilih kita tempatkan di SBP dan SMKA
yang mempunyai segala kemudahan dan sumber tenaga pengajar yang mencukupi dan
terlatih, manakala murid lemah dan rata-rata miskin kita tempatkan di SABK Kelas 3 dengan
segala kekurangan infrastruktur dan tenaga pengajar yang tidak mencukupi dan tidak terlatih.
Dengan perbezaan status sekolah yang amat jauh ini, kita mewajibkan mereka belajar dan
bersaing dengan SP, penilaian dan peperiksaan yang sama dan seragam. Adakah ini suatu
kewajaran dan keadilan untuk murid-murid ini? Sedangkan SP Bahasa Arab yang
dikeluarkan KPM sendiri menyatakan:
Sepatutnya kita mengasingkan SP bahasa Arab untuk para pelajar di Malaysia. Satu
SP untuk kelompok pelajar di SBP Agama, SBPI, SMKA dan SABK Kelas 1 yang terpilih
dan mempunyai potensi untuk menyambung pengajian di universiti negara Timur Tengah
atau universiti tempatan dalam pengkhususan bahasa Arab. Mereka ini diunjurkan untuk
menjadi pelapis dan penambah nilai kepada guru bahasa Arab dan guru agama yang masih
kekurangan kuantiti dan kepakaran sekarang.
Satu SP bahasa Arab lagi ialah untuk pelajar di SABK Kelas 2 dan SABK Kelas 3
yang memasuki sekolah agama kerana minat mereka atau keluarga mereka kepada
pendidikan agama. Ketika di peringkat menengah rendah, mereka boleh diajar bahasa Arab
dengan SP yang sama dengan kelompok pertama di atas sehingga menduduki peperiksaan
PMR. Apabila mereka tidak menguasai SP bahasa Arab sehingga peperiksaan PMR, maka
apabila mereka naik ke Tingkatan 4 di sekolah yang sama dan tidak berpindah ke sekolah
6 al-Manhaj al-Mutakamil li al-Madaris al-Thanawiyyah, al-Manhaj al-Dirasi li al-Lughah al-‘Arabiyyah, m.s2
39
menengah harian, mereka diajar menggunakan SP bahasa Arab khusus untuk mereka
mengikut keperluan sebenar mereka. Sebagai contoh, mereka boleh diajar bahasa Arab
khusus untuk memahami ibadat solat, wirid dan doa seharian. Mereka diharapkan menjadi
seorang muslim yang faham agama mereka, berakhlak mulia dan mampu memimpin
komuniti mereka seperti menjadi imam dan bilal.
Pelajar-pelajar SABK Kelas 3 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan memperolehi keputusan yang baik, mereka akan diberi pilihan untuk
berpindah ke SBP atau SMKA. Selalunya mereka akan berpindah ke sekolah yang lebih baik.
Sekali lagi murid di SABK Kelas 3 ini disaring untuk naik ke Tingkatan 4. Kebanyakan
mereka yang tinggal di SABK Kelas 3 ini memperolehi keputusan gagal “E” atau lulus “D”
dalam mata pelajaran BA PMR. Namun dengan segala kelemahan itu, sekali lagi mereka
dipaksa mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi yang sememangnya tinggi dan hanya
sesuai untuk murid-murid yang memperolehi sekurang-kurangnya „B‟ dalam PMR. Inilah
yang dilakukan pengurusan SBPI di mana murid yang gagal mencapai „A‟ atau „B‟ dalam
subjek Bahasa Arab PMR akan ditawarkan ke Tingkatan 4 aliran Sains Tulen atau Sains
Teknikal dengan menggugurkan subjek BAT. Malangnya murid-murid di SABK Kelas 3
yang gagal „E‟ subjek BA PMR pun dipaksa dan terpaksa mengambil subjek BAT dalam
Tingkatan 4.
Analoginya seolah-olah murid yang gagal dalam Matematik Moden PMR dipaksa
mengambil Matematik Tambahan semasa di Tingkatan 4. Inilah perkara yang amat tidak
masuk akal telah berlaku sekian lama kepada subjek BAT di SABK Kelas 3 khususnya.
Justeru, apakah yang ingin kita suarakan? Apakah murid di SABK Kelas 3 yang gagal subjek
BA PMR tidak boleh mempelajari bahasa Arab di Tingkatan 4 dan seterusnya? Jawabnya
tidak. Mereka boleh mempelajari bahasa Arab tetapi bukan bahasa Arab dengan SP BAT
yang dipelajari rakan-rakan mereka di SBP Agama, SBPI dan SMKA. Mereka wajib diberi
pilihan untuk mempelajari bahasa Arab mengikut keperluan mereka sebagai seorang muslim.
Mereka perlu mempelajari bahasa Arab yang mereka gunakan di dalam solat, wirid dan doa
mereka sehari-hari. Di sinilah letaknya kepentingan membuat analisis keperluan (need
analysis) sebelum sesuatu kurikulum itu dilaksanakan ke atas golongan sasar. Pelajar yang
tidak mahir menulis Jawi dan membaca al-Quran tidak mungkin mampu menguasai
40
kandungan SP BAT. Pelajar ini mungkin mempunyai kecerdasan dan potensi yang lain. Dan
dari sinilah juga idea P&P Bahasa Arab untuk tujuan khas perlu diberi perhatian.7
Berdasarkan petunjuk pencapaian BA mereka dalam PMR, tiada keperluan untuk
mereka membuang masa mempelajari sesuatu subjek yang sudah diketahui mereka akan
gagal atau lulus di tahap minimum sahaja di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Apalah ertinya belajar bahasa Arab selama lima tahun dan berakhir dengan kegagalan yang
telah boleh dijangkakan berdasarkan tahap penguasaan tulisan Jawi, bacaan al-Quran dan
kegagalan mereka menguasai asas-asas bahasa Arab di peringkat PMR.
Sebagai contoh, peratus kelulusan calon PMR 2009 (42 orang) untuk subjek Bahasa
Arab di SMA Dato‟ Haji Tan Ahmad, Jelebu, N. Sembilan ialah 28.6%. 39 orang daripada
calon-calon ini telah menduduki peperiksaan SPM 2011 di sekolah yang sama dengan peratus
kelulusan 56.4%. Daripada 56.4% yang lulus ini, 41.0% mendapat kelulusan tahap minimum
„D‟ (7 orang) dan „E‟ (9 orang), manakala 43.6% (17 calon) daripada jumlah calon
keseluruhan mendapat keputusan gagal „G‟. Bila dijumlahkan calon yang mendapat „D‟, „E‟
dan „G‟ (33 calon) maka peratus yang boleh dikira tidak menguasai SP BAT ialah 84.6%. Ini
jelas menunjukkan keupayaan calon menguasai subjek BAT tidak jauh berbeza dengan
penguasaan mereka di peringkat BA PMR.
Jadual 1: Analisa Pencapaian BA PMR 2009 – 2011 SMA Dato‟ Haji Tan Ahmad
TA
HU
N
BIL
CA
LO
N
A B C D E LULUS
BIL
% BIL
% BIL
% BIL
% BIL
% BIL
%
2011
41 2 4.9 0 0.0 9 22.0 13 31.7 17 41.5 24 58.5
2010
27 1 3.7 0 0.0 3 11.1 5 18.5 18 66.7 9 33.3
2009
42 0 0.0 2 4.8 2 4.8 8 19.0 30 71.4 12 28.6
7 Ta’lim al-Lughah al-‘Arabiyah li Aghradh Khassah: al-Nazarah al-Awwaliyyah dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia, m.s. 151. Berkaitan model Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan
Khas, sebuah buku bertajuk al-‘Arabiyyah li al-‘Ibadah telah dihasilkan oleh sekumpulan guru bahasa Arab di
Pusat Bahasa UIAM.
41
Jadual 2: Analisa Pencapaian BAT SPM 2009 – 2011 SMA Dato‟ Haji Tan Ahmad